Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Tuesday, August 10, 2010

Books Preview- Pocket Fable Series

Rangkaian Pocket Fable Series ini adalah rangkaian buku-buku klasik bersiri yang comel dan bersaiz poket, sesuai untuk di baca oleh anak-anak anda. Selain mudah dipegang oleh tangan kanak-kanak yang kecil, ia juga mudah di bawa ke mana sahaja. Harganya juga amat berbaloi.

Terdapat banyak koleksi cerita Pocket Fable Series ini tetapi pihak Genius Baby Resources hanya memilih tajuk-tajuk tertentu sahaja. Ini kerana pihak kami hanya memilih buku yang memaparkan ayat yang pendek dan mudah di baca oleh anak anda. Pihak GBR amat mementingkan pembacaan seawal usia, jadi pemilihan buku untuk bayi dan kanak-kanak seharusnya memiliki ciri-ciri seperti ini – TULISAN YANG BESAR DAN JELAS SERTA MUDAH DIBACA. Buku-buku yang telah dipilih ini kebanyakkan mempunyai satu ayat di setiap muka suratnya.

Walaupun buku ini mempunyai gambar di atas perkataan itu (yang mana ia sudah tentu akan menarik perhatian anak anda untuk melihatnya berbanding dengan ayat yang ditulis di bawahnya), sekurang-kurangnya perkataan yang pendek ini dapat membantu anda untuk mengajar anak anda membaca serta menikuti apa yang anda baca. Apabila anak anda sudah petah berkata-kata, adalah amat menyeronokkan apabila anda membaca bersama-sama dengannya. Biarkan anak anda memegang buku itu dan menyelaknya sendiri supaya dia merasa “berkuasa” dan merasa dirinya penting dalam sessi bacaan itu.

Jangan lupa memuji anak anda setiap kali dia berjaya membaca perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Sekiranya, anak anda masih belum pandai membaca @ masih bayi, anda boleh membacakan buku ini untuknya dan gunakan jari telunjuk anda untuk menunjukkan setiap patah perkataan yang ada. Gunakan suara yang berbeza beserta intonasi apabila tiba di tempat yang mempunyai tanda “ “ . Ini dapat menarik perhatian anak anda untuk fokus kepada apa yang ingin anda sampaikan. Sebagai tambahan pengajaran, setiap kali habis membaca dan ketika anda sedang menutup buku tersebut, sebutkan degan jelas ayat ini “ The End”, atau “ Habis” dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya. Amalkannya selalu dan jangan terkejut jika anak anda juga akan menyebutnya setiap kali dia habis membaca. Itulah yang berlaku kepada anak saya, Qarissa! J

Harga: RM 1.95 sekeping

Penghantaran:

COD (di pejabat Genius Baby Resources)

RM 5.00 (menggunakan Pos Ekspress)

* Anda boleh melihat senarai dan koleksi Pocket Fable Series yang dijual oleh pihak Genius Baby Resources ini di laman fanpage Facebook Genius Baby On Board.





*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Worth To Buy Books,


No comments: