Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Stimulasi 18SX: Bermain Ketika Menenen!

Yer, tajuk ini memang kontroversi. Silap-silap jadi highest ranking atau popular post dalam blog GBOB ni! Ekekekek.. Bukan niat saya nak glamourkan entry ni dengan tajuk macam ni tapi ia sememangnya berlaku antara saya dan Zayra. Memang seronok sampai Zayra tergelak-gelak. Terus saya rasa macam nak buat entry untuk berkongsi aktiviti saya dengan Zayra ketika menenenkannya. Tapi, mula-mula saya agak keberatan juga nak buat entry ni tau, takut ada orang salah faham atau para bapa @ budak-budak muda plak tetiba terexcited tgk tajuk. Hahahha. Sungguh lah tak sesuai kan. Jadi, pada mereka yang ter"bumped" di laman web ini dengan niat mencari bender-benda haram - HARAP MAAF! ANDA TERSALAH CHANNEL! Ekekekek.. 

Sorry brader, lu salah channel ooooo... ini baekkkk punya blog tau!!

Saya harap para pembaca tak memandang serong aktiviti ini, sebab aktiviti ini hanya berlaku antara kita dan anak- ketika meyusukan mereka. Dan yang bestnya, hanya ketika penyusuan badan sahaja aktiviti ini boleh dilakukan. Haaaa... another good reason why we must breastfeed anak kita tau!.Kalau tak breastfeed pun boleh juga, tapi cam kelakar sikit ah. Cthnya, saya tak main dah aktiviti nih dengan Qarissa. Takut ooo...silap-silap hilang puting! Hahahhaa... Mungkin nampak remeh, tapi ia adalah stimulasi yang berkesan. Bukan sahaja disebabkan oleh "bonding time" yang precious tuh, tetapi juga stimulasi sentuhan yang memainkan peranan besar dalam perkembangan otak bayi kita ketika stimulasi dilakukan. 

Angelina Jolie yg hot walaupun menenen!

Saya tak pasti samada diluar sana ada tak para ibu bapa yang buat, memang dah lama buat, atau ada yang dah kongsi pun kat blog, atau ada yang tak pernah buat, atau ada yang buat tapi malu nak kongsikan di blog sebab ia agak 18SX lah kan ..:) Saya pun malu juga nak cerita sebab ianya agak terbuka tapi saya fikir positif sahaja. Saya nak kongsikan stimulasi ini untuk para ibu yang menyusukan anak, jadi saya harap para pembaca tak pandang serong niat saya yer. Mana lagi medan yang boleh saya kongsikan pun, blog ni jer lah yang ada, tempat wadah saya nak kongsikan apa yang saya lalui dengan anak-anak setiap hari. So, otak jangan kotor haaaaaaa! Ekekekek.. 

Betul-betul hebat yerk wanita bernama ibu nih?

Ok, masa kita susukan anak, pernah tak anak kita main-mainkan kita? Maksudnya, dia sengaja tarik2 mulut dia takmo hisap nenen kita? Mesti geram kan? Nak-nak time tu susu tengah melimpah ruah. Adoi, habis basah baju dibuatnya. Saya ingat lagi susu saya punyalah banyak sampai memancut-mancut! Time tulah si Zayra nih buat perangai duk lepaskan nenan saya! Terus saya "tangkap" mulut dia dan masukkan balik! Hahahhaa.. Saya berjaya! Terkulat-kulat Zayra punya muka sebab kena "paksa" hisap nenen Mummy! Hahahah... Mummy notty yer nak ...:) Tapi tak selalu ah dia buat camtu. Baby yang baik Zayra tuh..hehehe..

Mak aiii...dah overhaul dah ni saya rasa! Tapi mmg powerlah mak dia nih!

Ok, aktiviti nih boleh dilakukan sebelum atau selepas anda menyusukan anak. Sebabnya, time tuh susu kita belum keluar @ dah habis kan? Kalau tengah-tengah menyusu atau masa nak menyusu tuh dah penuh sgt sampai melimpah, agak tak sesuai lah kan.:) Apa yang anda boleh buat, katalah anda nak main aktiviti nih sebelum anak betul-betul menyusu, anda boleh buat suara teruja dan excited macam nih, "Haaa...hambek nih ...hambek nih ... kena kat muka dia ..This is your face baby! This is your eyes, your nose, your cheeks" , sambil kita pegang nenen kita tuh dan halakan kat bahagian-bahagian tersebut. Mesti kelakar sebab anak cam dah tak sabar-sabar nak menyonyot kan, tapi kita sakat-sakat dan bergurau ngan dia. Lebih best lagi, kita acah-acah macam nak masukkan dalam mulut dia tapi pastu kita kuarkan balik nenen tu, atau kita setakat sapu-sapu jer nenen tuh sikit-sikit kat mulut dia.. Ekekekek.. Mesti cam kesian jer kan baby kita tu (jahatnya aku nih ..apalah aku ajar mak bapak wat camni kan .. hehehehh) tapi korang try lah buat. Aku rasa baby suka tau! Sebab dia macam paham kita bergurau sebenarnya. Silap-silap anak korang mengekek-ngekek kesukaan. Just like Zayra did bila aku main-main ngan dia. Sambil-sambil tuh, boraklah ngan anak. Boleh juga ajar anak secara tak langsung macam, "Baca Bismillah dulu, baru Mummy bagi, hehehhee...cepatttt! Baca Bismillah dulu ....Hembek nih ..hambek ni ..Bismillahirrahmanirrahim, ok we count together, 1...2...3!!" dan terus sumbat nenen tuh dalam mulut anak. Hehhehe.. Percayalah cakap aku, mesti best punya permainan nih. Tapi orang kenalah main betul-betul, kena letak diri korang macam budak-budak jugak, tak boleh ah serius sangat kan? Alah apa nak malu kan, kita ngan anak jer, berdua jer, bukan aku suruh buat depan orang ramai pun kan! Ekekekeke...

Tengok, betapa nak menunjukkan kalau anak kita BF, otak dia akan bergeliga tau! Hehehhe

Kenapa aku kata ia stimulasi yang bagus? Ok, yang pertama dah tentu masa tuh kita sedang memeluk anak kan? Anak kita rasa secure dalam pelukan tuh. That is the best moment kita bonding dengan anak. Dan bila kita bermain dengan dia sebelum atau selepas menenen, anak akan rasa sentuhan yang berbeza. Kulit tangan dengan kulit breast kan berbeza. Kulit breast kan lembut, mestilah anak suka sentuhan yang berbeza di seluruh mukanya. Dan apa yang best, bila dia dengar suara kita cuba nak bergurau dan dia pun faham dan tergelak-gelak, dan ketawa atau gelak itu sangatlah baik untuk kesihatan bayi. Mungkin korang akan suka bila baca fakta ini: 
  1. Untuk bayi, gelak selama 1 minit adalah sama seperti mereka sedang melakukan senaman selama 20 minit! Jadi, bila anak kita gelak, ia merupakan satu bentuk senaman pada mereka!
  2. Ketawa atau gelak dapat menstimulasikan otak anak kita mengeluarkan sejenis hormon yang dapat menstimulasikan pengeluaran endorphin (sejenis hormon yang dapat mengurangkan kesakitan) 
Mak aiii.. preggy lagi skali haruslah tgk muka baby ni selalu especially tang mata dia ..macam anak patung!

Haaaa..bestkan? Bukan senang kita nak buat anak kita gelak kalau tak betul-betul kan? Nak-nak kita dan suami nih pulak jenis yang serius memanjang. Yerlah, banyak masalah nak pikir kan .. masalah negara, masalah kewangan, masalah pejabat, masalah jiran yang suka gantung sepentot sesuka hati kat mana port yg dia suka dan sebagainya, nak gelak pun tak sompek! Hhehehe..Jangan macam tuh, korang pernah tak baca yang banyak pesakit menggunakan terapi ketawa sebagai salah satu penyembuhan alternatif? Dan ia sememangnya berkesan! 

Macam ni pun best kan? Tak membazir susu kita. Me pun suka buat camni masa susu banyak dulu!

So, bolehlah Mummy-mummy cuba try test aktiviti nih dengan baby masing-masing okeh! Pastu leh komen dan bgtau apakah hasilnya. Bagi siapa yang pernah try aktiviti songsang nih, bolehlah share jugak experience masing-masing samada ianya berkesan untuk anak anda tak? Atau adakah anda seronok bermain permainan ini? As i always said, stimulation can be anytime & anywhere. So, this is one of the activities yang boleh dilakukan! :) Dont Try this at home okeh!

Ni baru betul! Papa, dont try this at home! Ekekeke

post signature
post signature

Monday, January 17, 2011

Breastpump 'MAHAL' VS Corset 'MAHAL' : Yang Mana Sanggup Dibeli?

Ingat tak entry yang saya janji nak kongsikan minggu lepas? Tentang apa yang kawan saya tag saya di laman Facebook? Hari nih saya nak kongsi kan apa yang kawan tulis di notesnya. Dia malas nak buat entry kat blog dia, jadi dia buat notes sahaja. Tak kesahlah, janji ia memberi manfaat pada semua. Kan Eyna kan! Hhehehe.. 

Saya rasa isu yang akan diutarakan di sini mungkin ada yang akan buat sesetengah para ibu;
  1. Sentap tak tentu pasal 
  2. Hangin jer sebab terkena batang hidung sendiri. Rasa nak lepuk jer kawan aku tuh!
  3. Tergelak sebab rasa kelakar 
  4. Tersenyum sumbing kambing sebab rasa "Hhehehe..macam kena jer citer ni ngan diri aku?" 
  5. Sokong 100% pendapat kawan saya itu! Memang betul sungguh apa dia tulis nih tau!
  6. Rasa nak buat satu entry plak dekat blog sendiri pasal isu yang sama! Ekekekek....
  7. Kata dalam hati "Ada aku kesah? Aku nak cantik aku punya pasal lah! Aku takmo nenen aku londeh! Tak paham2 ker ha! Kang kalau dah londeh sapa nak jawab ha????" 

Tak kesah lah korang berada di nombor berapa pun di kedudukan di atas, atau mungkin ada nak tambah situasi sendiri ker kan..hehehe.. apa yang boleh aku cakap. Korang nilaikan lah entry ni dengan hati terbuka tanpa rasa prejudis ok. Yang mana perlu didahulukan, yang mana perlu dikemudiankan. Atau bagi yang berduit, isu ni mungkin hanya picisan, beli dua-dua sudaaaaaa.. Apa ada hal kan? Satu untuk nampak cantik depan suami, satu untuk dapat berkasih sayang dengan anak  dan dua-dua dapat pahala. Tapi kalau pakai korset nak nampak cantik kat opis utk lelaki lain tgk...heehe..sendiri jawablah dengan Allah yer noksss.. Ahcik takmo campur! Wakakakaka..  Ok, di bawah ni Notes di FB kawan saya..:) *saya betulkan sedikit ejaan yang silap atau colorkan perkataan penting ikut suka saya .. hehehehe.. tapi tak ubah apa2 yang dia dah tulis tau!

***********************************************************************

Sebelum membaca perlu korang ingat note ini tiada kaitan dgn ibu2 yg dah berusaha menyusukan anak tetapi tidak berjaya...

Saya terpanggil untuk menulis note ini kerana ada perasaan utk saling ingat mengingati sesama ibu-ibu. Selain itu mungkin kerana tidak berapa setuju dengan pendapat seorang rakan yang mengatakan membeli Breastpump itu mahal jika dibanding dengan corset yang baru dibelinya. Sebenarnya saya menerima panggilan telefon drp seseorang, juga yang melahirkan anak lebih kurang tarikhnya dgn saya. Pn. X telah menyatakan bahawa dia telah pon membeli sepasang corset yg berharga "*K!!" untuk kelihatan KURUS sebelum naik opisss. Hmmm.. terus sy ty padanya.. "Tak susah ker pakai corset nak pam susu nanti??" Jawabnya "Tak laaa..senang jer tak susah.. lagi pon corset ni membanyakkan susu kauuu.!!".. Oh, dalam hati saya bagus laaa pakai corset boleh banyak susu.."So nanti naik keje tak susah laa kau .. sebab stok susu ko mesti dah banyakkkk kan..". Jawabnya ..."Taklaa aku tak stok pon.. lg pon aku pam pam takmo keluar. malas aku nak pam! aku bg baby direct jer!!"....(Nak jer aku ni ckp .. apa laa punya emak td kata susu banyak mencurah-curah sbb pakai corset tu so.. pelik naper tak nak stok susu??) Hmmm...tiba2 dia tanya saya "Ko tak nak pakai ker corset nihhh???.. Beli ngan aku laa.. bagusssssss aku baru pakai seminggu dah KURUSSSSSS"....

Ehem... dlm hati saya nak jer cakap.. aku ni gemok sangat ker?? dan dlm hati sy dah agak dia sebenarnya hendak mencari 'client' haha.. tapi sy jawab, "Tak nak laa.. lagi pon aku dulu BF Aqeel pon aku dah ilang beribu2 lemon kg..kang aku pakai corset lagi bersilang pangkah tulang rusuk aku!! Haha lagi ponn aku nak menten mcm ni..tak terpikir pon dlm otak aku ni nak kurus hehe.. yg aku pikir mcmana nak menten berat sekarang! " :D .. tiba2 dia ckp ... "Ooo ko punya stok dah banyak ker??" then bila sy ckp dah banyak and boleh support sehingga Aryn berumur 4 bulan.. member mula terkerjuttt dan tanya "Pam brand apa yg ko pakai.. harga berapa???" saya pon terangkan pasal pam tersebut dan harganya (iaitu lebih kurang SATU PER-EMPAT dari harga corset dia) dan tiba2 dia kataaa "MAHALLLLLLLLLNYAAAAAAAAAAA".. hahhh?? Bg sy itu tidak mahal . Saya invest utk masa depan anak saya!!!! Mungkin dia lupa dgn penyusuan badan yg berterusan boleh munguruskan badan malaaahh menjauhkan ibu dr breast cancer dan cancer ovari!!.Jika dibandingkan dgn corset dia.. yg dia kata mampu menghindarkan cancer dgn adanya "infra red!" dan segala tok nenek punya kaler infra !! :p.. Ok fine.. tp dia lupa BF ini caranya lebih ASLI dan tiada kesan tindak balass.. InsyaAllah..

Sebenarnya hendak seribu daya betul tak?? Untuk ibu-ibu yg baru melahirkan... rebut laa peluang ini masih belum terlewat.. saya harap sangat-sangat kawan saya itu dapat berfikir lebih *WARAS* dan meng-invest duit dia ke pilihan yang lebih bermakna!! :D. Nak jer BEBEL panjang pd dia...

1) Ko tak rasa kesian ker tgk orang lain susu anak tp ko dah siap2 letak target "Aku maybe susu anak aku sampai 4 bulan jer kot.. or 6 bulan jer kot.. mcm tak boleh laa..susu tak kuar!!" Weh NIAT itu PENTINGGGGGGG.. kalau awal2 niat tu dah setakat itu mcmana nak sampai ke 2 tahun!! Tiada susu dan badan GEMOK bukan alasannnn.. Aku yg kurus seikat kangkung ni pon boleh kenapa ko tak boleh??? (FYI Aqeel tu dia stop menyusu badan dengan aku sewaktu umur dia 2 tahun 10 bulan!! Itu pon doc yg suruh stop sebab aku peknenkan Aryn).. Yang ko ikat perot semata-mata untuk kurus tu naper? Sedangkan anak itu lebih memerlukan zat-zat dari ibunya????

2) Tak sedih ker tgk anak tu terkulat-kulat pandang kita time ko nyusu kan dia.. and tetiba ko stop pastu bagi dia susu formulaa???... BF tuuuuuu merapatkannnnn IBU dan ANAK tauu.. sangat-sangat.. ko tak nak ker anak tu rapat dengan kau??

3) Ko tak tgk ker zaman skarang ni budak yg dah mcm2 spesis dan 'peel' wujud yg tak boleh nak dikawal.. hasil dr susu formula tuu?? Tak nak ker tgk anak tu jd manusia dari SUSU MANUSIA??

4) Breastpump yg ko kata mahal tuuuuu jauh lebih murah dari pada susu tin yg ko akan beli setiap bulannn.Silap2 dalam setahun harga susu yg ko beli tu 3 biji breastpump yg BAIK!

5) Tak rasa rugi ker...dengan peluang yang ada.. PELUANG ni DATANG SEKALI jer tau. Yer hanya SEKALIII.. umur anak tak mungkin berundur.. semakin hari semakin besar...curi laa masa 2 tahun ni.. untuk menyusu sambil merapatkan kasih syg ibu n anak... :) Rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

6) Jangan laa bg alasan... umur baby tuu baru 2 bulan BELUM terlambatttttt.. Mmg belum terlambat untuk ko menyusukan diaaa.. maksud AKU MENYUSU SECARA EKSKLUSIF!!.. Ada caranya untuk tambah susu.. letak tepi laa dulu 'corset mahal ' tuuuuu jangan ikat perot untuk kurus kerana anak!!!..Yg penting jaga kesihatan. Kalau rasa nak KAYA or tambah rezeki dgn jual corset.. pendapat aku la kan.. better tumpu kat baby ni duluuuuuu... ANAK itu REZEKI dari ALLAH... selagi dia masih ada ko jagalah sebaiknya.. Jangan nanti ko leka.. ALLAH AMBIL ANAK KO SEMULAAA.. ko menyesal.. masa tu dah TAK BERGUNA...

Sekiann..ko buat laa pilihan dan investment yang BIJAK!!..Note ni tiada kene mengena dgn ibu2 yg x dpt bf bb atas sbb kesihatan dsbgnya ;)

-hanya mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan- ;) Dan nak budak ni baca sebenarnya!!.. xoxo

***********************************************************************

So apa pendapat anda? Hmmm.. pendapat saya? Dah pun saya jawab kat wall FB dia secara giler2. Saya kan memang giler giler-giler orangnya! Jadi, pendapat saya untuk entry kali nih, di blog ini ..Adalah ..jeng jeng ... 


*

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KER "MOM'S DAY OUT" @ BLING LUSTRE PADA 29 JANUARI 2011 NANTI & BERJUMPA SENDIRI DENGAN PUAN FARAH FARHAN DARI SARAKIDS UNTUK MENDAPATKAN TIPS-TIPS DAN NASIHAT-NASIHAT BERGUNA DAN BERILMIAH TENTANG SUSU IBU! :) :D KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT!

* bukan Puan Farah Farhan jer yang ada tau! Ramaaaiiiii lagi ..siap ada bidan bersalin Kak Engku lagi yg akan bg talk pasal penjagaan lepas bersalin! Hehehhehe...


post signature
post signature