Monday, October 24, 2011
Montessori Approach Cloth Book - My 1st Activity Yang Sangat Best!
Tuesday, August 10, 2010
Books Preview- Pocket Fable Series
Terdapat banyak koleksi cerita Pocket Fable Series ini tetapi pihak Genius Baby Resources hanya memilih tajuk-tajuk tertentu sahaja. Ini kerana pihak kami hanya memilih buku yang memaparkan ayat yang pendek dan mudah di baca oleh anak anda. Pihak GBR amat mementingkan pembacaan seawal usia, jadi pemilihan buku untuk bayi dan kanak-kanak seharusnya memiliki ciri-ciri seperti ini – TULISAN YANG BESAR DAN JELAS SERTA MUDAH DIBACA. Buku-buku yang telah dipilih ini kebanyakkan mempunyai satu ayat di setiap muka suratnya.
Walaupun buku ini mempunyai gambar di atas perkataan itu (yang mana ia sudah tentu akan menarik perhatian anak anda untuk melihatnya berbanding dengan ayat yang ditulis di bawahnya), sekurang-kurangnya perkataan yang pendek ini dapat membantu anda untuk mengajar anak anda membaca serta menikuti apa yang anda baca. Apabila anak anda sudah petah berkata-kata, adalah amat menyeronokkan apabila anda membaca bersama-sama dengannya. Biarkan anak anda memegang buku itu dan menyelaknya sendiri supaya dia merasa “berkuasa” dan merasa dirinya penting dalam sessi bacaan itu.
Jangan lupa memuji anak anda setiap kali dia berjaya membaca perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Sekiranya, anak anda masih belum pandai membaca @ masih bayi, anda boleh membacakan buku ini untuknya dan gunakan jari telunjuk anda untuk menunjukkan setiap patah perkataan yang ada. Gunakan suara yang berbeza beserta intonasi apabila tiba di tempat yang mempunyai tanda “ “ . Ini dapat menarik perhatian anak anda untuk fokus kepada apa yang ingin anda sampaikan. Sebagai tambahan pengajaran, setiap kali habis membaca dan ketika anda sedang menutup buku tersebut, sebutkan degan jelas ayat ini “ The End”, atau “ Habis” dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya. Amalkannya selalu dan jangan terkejut jika anak anda juga akan menyebutnya setiap kali dia habis membaca. Itulah yang berlaku kepada anak saya, Qarissa! J
Harga: RM 1.95 sekeping
Penghantaran:
COD (di pejabat Genius Baby Resources)
RM 5.00 (menggunakan Pos Ekspress)
* Anda boleh melihat senarai dan koleksi Pocket Fable Series yang dijual oleh pihak Genius Baby Resources ini di laman fanpage Facebook Genius Baby On Board.
Tuesday, December 8, 2009
Product Review: Peter & Jane Book Series
Friday, October 23, 2009
Product Review - First Concept Book & Fable Series.
- Interesting - menarik perhatian untuk Qarissa baca & belek setiap hari
- Ilustrasi yang menarik & bewarna-warni - so that dia suka tengok, sambil-sambil aku boleh ajar warna-warna kat dia.
- Mudah dipegang - Saiz yang kecik @ sederhana supaya anak kita mudah untuk memegang sendiri buku tersebut & menyelak satu persatu muka suratnya. Kalau yang besar sangar sizenya, aku yang akan pegangkan dan open the page for her.
- Words yang pendek dalam satu muka surat- INI YANG PALING PENTING! Agak susah nak dapat buku yang ada ayat-ayat pendek dalam satu buku. Kebanyakan panjang-panjang belaka. Bukan tak bagus, tapi tak berapa sesuai untuk Qarissa, sebab susah nak point to the words masa buat reading session if words dia panjang-panjang.
In terms of "kekurangan" dalam both of this series, adalah dari segi "tahan lasak" nya. Memandangkan buku ni bukanlah hard cover, jadi ia amat mudah untuk kemek @ koyak especially jika anak kita jenis suka mengoyak buku. Alhamdulillah, Qarissa sejak kecil lagi tidak menujukkan tanda-tanda untuk mengoyak buku. Memang aku latih dia untuk open the page one by one. Lucky me sebab setakat ni dia cuma suka koyak tisu dan paper sahaja but not her books. Setakat nih, masih belum ada lagi buku yang mennjadi mangsanya, cuma kalau kemek atau "lusuh" tuh biasalah, kalau dah asyik belek jer setiap hari kan. Hu hu ...So, if your baby @ toddlers bukan jenis yang suka koyak buku, ia bukanlah satu masalah, but if they do, i think u need to start teaching them on how to take care of a book.
Monday, July 20, 2009
Product Review - Disney First Look & Find Book
- Bukunya jenis kulit keras, dari luar sampailah dalam. Semuanya keras. Jadi boleh tahan lama.
- Warna dalam buku ni sangat menarik dan ceria untuk anak-anak tgk. Princess dia semua lawa-lawa & kualiti warna nya tinggi.
- Kulit dia tebal macam ada sponge dan ada blink-blink yang timbul. Aku mmg suka this kind of books sebab nak stimultae deria rasa tgn Qarissa. Memang aku selalu ambil tgn Qarissa dan usap-usap kat kulit buku tuh sebab nak bg dia rasa the tekstur
- Dia bukan hanya buku cerita yg biasa tetapi ada juga aktiviti yang merangsang minda.
- Kita boleh buat aktiviti ni bersama anak kita. Very simple & fun. Walaupun Q baru setahun 3 minggu, aku tetap tunjukkan dia & borak-borak with her pasal aktiviti ni. Its too early untuk ajak dia main sama in the aktiviti but i just try my luck. Yang penting Q suka belek buku. Tu yang penting, Tanamkan sifat suka & cinta pada buku sejak kecil. Seriously, aku dah nampak hasilnya. Q memang tak boleh tgk aku atau Nor pegang buku! Dia mesti nak pegang sama. Hehehe..nanny Q, si Nor selalu bgtau, bila setiap kali dia baca buku, Q akan ambil any book & pretend to read. Dia selak-selak buku yang dia tgh pegang. Hehhee..So cute ..
- Selain dari membaca, kita juga boleh mencari benda tersembunyi. Kalau korang tgk gambar yg aku attach ni, setiap page dalam buku ni ada cerita tersendiri. Kalau anak dah pandai baca, kita galakkan dia untuk baca arahan dalam buku ni dan cuba suruh anak translate balik dalam bahasa Melayu @ bahasa ibunda. Secara tak langsung, kita polish anak kita untuk bertutur dalam 2 @ 3 bahasa.
- Then, kita suruh dia cari gambar di sebelah kiri (dalam kotak putih tu) dan cari gambar yang serupa dalam page tersebut. Ini dapat meningkatkan tumpuan mata & fikiran anak kita. Stimulate in a fun way. Jangan lupa PUJI bila dia dapat cari gambar yg sama!! Kalau nak lagi best, kita leh wat game macam "Sapa cepat dia menang". Kita kira sampai 3 dan cepat-cepat tunjukkan gambar yg sama. Sapa tunjuk dulu dia menang. Tapi kita try lah pretend yang kita tak nampak the same picture & bagi anak kita menang. Kenalah berlakon sket kan..Hehhehe..jadi anak wayang. Bila kita bg anak kita menang (Make it real & bukan nya dengan cara fake hokayy..heheh) dan kita puji kecekapan dia sambil tepuk tangan, anak kita akan rasa bangga dan secara tak langsung, meningkatkan keyakinan dia untuk bertindak lebih aktif dan jadi lebih cemerlang. Kita semai perasaan yakin diri jadi anak kita tak rendah diri bila berkumpul dengan kawan-kawan sekolah yang lain. Sekali-sekala kita pula yang menang, supaya anak kita rasa yang ada pertandingan kat situ. Kalau kita asyik kalah jer, nampak na yang kita nih purposely nak bg anak menang kan ..nampak sangatlah kepura-puraannya .. Hhehehe..Thats the game shud be lah i rasa. Hishh..bila lah nak main ngan Qarissa cam ni kan ..Mesti best! Hehhe..takper-takper ..i share with uols dulu, nanti dah tiba masanya, i pulak main ngan Q .. hmm...
- Kita juga boleh buat aktiviti sendiri dengan jadi lebih kreatif. Mungkin kita boleh suruh anak kita tunjukkan mana fish contohnya, ada berapa ekor frog, kita boleh tanya frog in malay apa maknanya, apa yang sedang Prince Eric tu buat, berapa ekor duck yang ada, dan macam-macam lagi. Try to be creative as much we can. Yang penting adalah komunikasi 2 hala. Sebab this is the way untuk kita rapatkan hubungan antara ibu @ bapa dengan anak. Dari sini juga, mungkin anak kita akan rasa rapat dengan kita and start to share whatever in their mind.
- Buku ni ada dalam 6 - 7 muka surat yang berbeza ceritanya. Aktiviti yang utama adalah mencari benda tersembunyi tetapi seperti yang aku katakan di atas, kita perlu menjadi kreatif dan maksimumkan penggunaan buku ni sepenuhnya. Di muka surat akhir buku ini, ada juga cadangan-cadangan untuk kita memaksimumkan penggunaan buku ini selain dari mencari benda tersebunyi. Jadi, kita boleh mendapat sedikit idea on how to maximize this book!
- Seperti yang korang boleh tgk di belakang buku ini, ada diterangkan dengan jelas, apa yang toddlers boleh buat. They can search, point & match. They also can make comparisons and discover concepts such as size, shapes & colors. They can follow simple directions and can read book alone!
- Pada pendapat aku, buku ni amat sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan ke atas sampailah 7 tahun. Kat belakang buku nih kata this book selamat utk kanak-kanak berusia 0 months +. Mungkin kalau anak kita masih kecil, kita pegangkan this book & borak-borak with our baby. Biar mata baby kita tgk all the colorful pictures. As soon as they can understand simple instruction and start talking, kita dah boleh galakkan anak kita bercakap dengan memberikan buku ini untuk bermain bersama-sama. Kiranya, kalau anak bercakap pun tak sia-sia lah . Bukan cakap kosong. Hhehehhe..Tapi, aku yg dah berumur nih pun suka cari benda tersembunyi. So, aku rasa sesapa pun boleh memiliki buku nih kot, walaupun takder anak. Wakakak..Sendiri main lah...tapi kalau buat hadiah time b'day, mesti lagi best. Parents yg dapat mesti happy!!
- Harganya pula, cuma RM 34. 90. MPH sometimes buat warehouse sales, if ada, kita boleh dapat up to 30% diskaun. But, i cant wait to have it plus i tak tahu bila ada sales & whether time sale to ada diskaun atau tak. So better aku beli siap-siap. Heheehe..
