Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Showing posts with label Reading. Show all posts
Showing posts with label Reading. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

Tips Stimulasi: Menggalakkan Anak Membaca & Mengeja Sambil Bermain!

Salam Sejahtera semua! Masih dalam mood hari raya yer? Banyak betul jemputan open house dan kenduri kahwin kan? Watie ni sampai batuk-batuk dan sakit tekak sejak raya ke 2 sampai skang masih belum baik betul, sampai terpaksa cancel kelas Playgroup last weekend sebab takut jadi pembawa virus untuk anak-anak genius saya di GBOB. Insya Allah by this week Watie dapat pulih seperti sedia kala dan bolehlah mula menguruskan dan mengempiskan perut secepat mungkin. Hehhehe.. :) Dah rindu sgt dengan anak-anak syurga saya di GBOB!

Hari ni Watie nak kongsikan dengan anda semua beberapa cara yang boleh anda aplikasikan dengan anak anda di rumah: Bagaimana untuk menggalakkan anak anda membaca & mengeja sambil mereka bermain dengan gembira. Yang best tuh, mereka tak sedar yang sebenarnya anda sedang mengajar mereka! Yang anak-anak tau, mereka seronok sekali bermain dengan huruf-huruf yang ada, sambil mencantum-cantumkan huruf-huruf tersebut membentuk satu perkataan yang boleh difahami. 

Mungkin selama ini kita terlalu menekankan ejaan dengan cara menyuruh anak menulis di atas kertas apabila kita menyebutkan perkataannya. Apa kata kali ini, kita ubah suasana tersebut dengan cara yang lebih santai dan menyeronokkan, dan ia melibatkan hampir kesemua deria mereka iaitu melihat, merasa, menyentuh dan mendengar. Bukan itu saja, anak kita juga akan meningkatkan tahap fokus mereka apabila mereka mula mencari huruf-huruf yang diperlukan untuk membina satu perkataan yang boleh difahami maksudnya. 

Google Image

Prinsip PERTAMA yang WAJIB anda semua patuhi sebagai ibu bapa ketika melakukan tugasan ini : LAPANGKAN HATI, SET MINDA YANG ANDA SEDANG BERMAIN DAN DI LARANG MENGUJI ANAK! Ini adalah satu permainan dan BUKAN PERTANDINGAN, jadi apabila bermain, tiada  peraturan khusus, dan permainan adalah suatu perkara yang MENYERONOKKAN, SO MAKE IT FUN! Jika anak buat salah 100 kali sekalipun, tidak mengapa! Keep on encouraging them to take the right letter and combine it together. Jika anda perlu ulang beratus kali untuk satu-satu perkataan itu, do it! Jika anda perlu bantu anak untuk ejakan perkataan tersebut, ejakan pada mereka walaupun anda terpaksa mengulangnya lagi & lagi!. Setiap kali anda rasa penat atau frust sebab anak masih tak dapat mengeja dengan betul, SILA KEMBALI KE PRINSIP PERTAMA! And yes...ketika anda rasa FRUST, ketika itulah sebenarnya anda SEDANG MENGUJI ANAK anda! :P 

Play pretend time...Q kata - Tiger eat trees! Heheheh..

Nak Watie bagi contoh dalam bentuk ayat pula? Hehhehe.. *kena lecture mak-ayah betul-betul dulu sebelum bg tips sebab Watie tau ramaiiiii sesangaatttt parents yang baru main 5-6 minit, bila anak tak dapat buat apa yang disuruh, mak-ayah dah mengeluh, dah penat, dah rasa anak tak pandai, dah rasa frust dan bertambah frust bila anak plak tak menunjukkan kesungguhan, muka anak boring dan anak kata tak nak main pastu anak blah tinggalkan kawasan permainan...padahal muka kita yang kelat cam tertelan anak cicak dalam air Coke bila soalan pertama kita gagal di jawab oleh anak- Anak boleh tahu okay ..takleh tipu anak tau!*  Meh kita tgk contoh ayat!

Ayat 1: "Alah...CAT pun takleh eja lah kakak ni ..Apa lah kakak ni .. salah tuh! Bukan D lah...T! T! Amik T tuh!! Dah 5 tahun pun tak pandai-pandai lagi. Mommy dulu 5 tahun dah baca buku tau!"
*sibuk nak bangga diri ngan anak plak...bajet bagus punya Mak! Hahhahaah*  

Ayat 2: "Iskkk..dah 10 kali Mommy eja kan pun masih tak dapat-dapat lagi. Kan Mommy dah kata, CAR tuh ejaannya C-A-R! Amik huruf-huruf tuh!"
*baru 10 kali ajar dah nak melenting. Bajet bagus btol Mak nih! Wakakak*

Ayat 3: "Dah lah, asyik nak eja CAT jer dari tadi. Kakak kan dah pandai eja CAT. Kita eja lain lah pulakkkkk...cuba eja HIPPOPOTAMUS!!!" 
*takder keja lain asyik nak testtttttt jer kerja dia...yang susah-susah pulak tuh disuruhnya anak masa mula-mula main..ni satu lagi kes - macam bagussss! hahhaah*

Ayat 4: " Isk adik nih, huruf B dengan P pun tak tahu bezakan..kan Mommy dah bgtau banyak kali!!Ni P! Ni B! Tengok betul-betul!!!"
* padahal Mak dia sebut B ngan P pun tak jelas..tak guna kaedah Phonics, anak tak berapa dengar pastu salahkan anak plak - macam bagussss! :P*

Zayra pun suka sangat..:)

Rasanya 4 contoh ayat di atas dah cukup untuk menunjukkan betapa TERUKNYA anda ni ketika bermain dengan anak. Asyik nak kondemmmm jer kerjanya. Hihihi... Tapi, bila kita betul-betul setkan minda kita yang ini adalah PERMAINAN, kita takkan kisah pun kalau nak berulang kali terangkan, tunjukkan, sebutkan dan ejakan untuk anak kita. Kita akan rasa lebih relax, lebih tenang dan cool malah lebih happy ketika sessi permainan tersebut. Dan percayalah, bila kita relax, bila kita tenang, kita TAK PEDULI LANGSUNG apa outputnya, maksudnya kita tak kisah pun samada  di akhir permainan itu, anak kita dapat membaca dan mengeja atau tidak, sebab apa yang lebih penting pada kita adalah the "valuable & precious bonding time together" dengan anak syurga kita. Kita happy, anak happy. Sama seperti bila kita ajak anak main di padang. Anak lari sana, lari sini, lompat sana sini, panjat sana sini, gelak suka hati dan semua orang happy, betul tak? Takder pun kita sibuk nak uji anak kita tu masa kat padang. Buatlah apa pun, break the rules, janji seronok! Balik rumah, hati rasa puas sebab dapat gembirakan anak. Samalah macam tips game yang akan Watie kongsikan selepas ini. Nak bg anak happy tapi dalam masa yang sama, mengajar mereka sesuatu yang lebih bermakna. 

KOALA!

Sebab tuh Watie suruh kita UBAH MINDA KITA DAHULU, sebab kitalah sebenarnya PUNCA anak tak nak buat apa-apa aktiviti yang berunsurkan PELAJARAN, kerana kita memandang "pelajaran" itu sebagai sesuatu yang serius, yang harus dibuat dengan betul, tidak boleh salah langsung, harus diuji untuk melihat anak bijak atau tidak, harus duduk mengadap buku, tak boleh lari sana-sini  masa Mommy @ Daddy mengajar dan macam-macam lagi lah! Banyak betul rules & regulationnya sampai anak rasa PELAJARAN ITU MEMBOSANKAN! Bila anak tak menunjukkan minat, mulakan mak-ayah komplen anak macam tu lah, anak macam ni lah, sudahnya anak tu di label - DEGIL! Tapi pernah tak kita terfikir mengapa situasi ni berlaku? Fikirlah sejenak, buangkan rasa ego anda dan fikir semula apa yang anda telah lakukan selama ini. Ia satu hakikat yang menyakitkan dan sukar diterima, tapi itulah yang sebenarnya. Biarlah anda kecik hati ngan statement nih, sebab mungkin takder orang kat luar sana nak sedarkan anda dan kalau anda BENCI saya sebab statement di atas, maknanya saya berjaya mengetuk minda anda untuk berfikir sejenak adakah benar apa yang saya katakan ini. Sama-samalah kita muhasabah diri dan ketika saya menaip entry ini, saya juga mengingatkan diri sendiri..:) Inilah juga yang akan saya tekankan di Seminar ECE saya - YANG PERLU DIUBAH MINDANYA ADALAH KITA, BUKAN ANAK!!

PANDA!
Ok,cukup rasanya bebelan untuk mak dan ayah dan rasanya anda dah bersedia untuk bergembira!! Its a HAPPY MOMENT TIME!!! Mula-mula, anda bgtau anak dengan wajah dan raut muka teruja, excited dan tak sabar! Bgtau anak yang anda ada satu permainan yang sangat best yang anda nak main dengan dia. Ajak anak main sama. Then, anda keluarkan jigsaw puzzle A-Z yang anda ada, jika tiada, anda boleh buat sendiri macam flash card tuh, tapi kalau dapat wood jigsaw puzzle tu, ia akan lebih menarik sebab mereka boleh pegang dan rasa huruf2 tuh. Lagipun, ianya bewarna-warni dan of course lebih menarik. Macam contoh gambar di bawah, Watie gunakan Double Layer Jigsaw Capital & Small Letter A-Z. Ada huruf besar dan huruf kecil dalam satu jigsaw. Jika anda tiada this jigsaw, boleh pakai jigsaw A-Z dan a-z yang berasingan, yang anda ada. Watie galakkan agar gunakan jigsaw yg ada both Capital & Small letter, selain dapat memudahkan anda untuk buat perkataan yang menggunakan lebih dr satu huruf yang sama *seperti contoh Ball*, ia juga dapat membantu anak mengenal huruf besar dan kecil secara tak langsung dalam waktu yang sama. Kalau boleh, anda terus teraburkan jer huruf-huruf tuh di lantai, biar bersepah, jadi anda dan anak boleh buat aktviti mencari huruf tersembunyi bersama-sama. Menajamkan mata anak, fokus anak dan seterusnya minda anak! :)

 
Double Layer Jigsaw Puzzle A-Z
Suruh Q eja Sock, pastu dia kata, "Macam Han Jae dgn Irfan!!" Heheheh.. Q terpengaruh nak pakai socks to school sebab tgk this 2 boys pakai dalam kelas.. :)

Bila dah bersepah, ajak anak sama-sama mengeja satu perkataan mudah. Contohnya CAT. Bila nak ajak mengeja dan mencari huruf tuh, mestilah dengan intonasi suara yang teruja dan happy, bukannya garang atau seperti memberi arahan dr bos pada kuli pulak yer! Memang lah anak langsung tak der semangat nak cari, lagi disepah dan dibalingnya huruf tuh adalah ..ehehhehe..:) Kita bgtau anak, cthnya: "Ok sayang, jom kita spell CAT sama-sama jom?? How to spell CAT??  C-A-T..... CAT!! Ok, Kakak cari huruf C dulu yer... cepat sayang, cepat..kita tgk sapa jumpa C dulu ..ok ready??? 1, 2 go!! *sambil kita pun sama-sama cari tapi biarlah anak yang mengambilnya, kalau kita jumpa dulu, pura-pura tolak huruf tu depan anak bg dia nampak huruf C tuh, dan bila dia jumpa, jerit kuat2 yang kita happy dan dia pandai sebab jumpa dulu huruf C tuh*  Asingkan huruf C di satu tempat yang anak boleh nampak jelas dan ulang perkara yang sama untuk huruf A dan T. Sedikit lagi tips untuk anda, semasa menyebut C-A & T, gunakan kaedah phonics jadi anak akan lebih jelas dengan sebutan anda di samping membantu anak untuk persediaannya ke Tadika nanti, atau jika anak anda dah ke Tadika, ini dapat membantunya mengingat kembali apa yang telah di ajar oleh guru di sekolah. Selain itu, untuk lebih menarik, rekakan satu lagu intonasi sendiri disamping anda mengeja. Apa sahaja lagu mengikut kreativiti anda. Sambil anda dan anak cari huruf, sambil anda nyanyikan lagu, cthnya: "C-A-T, CAT!  C-A-T, CAT!  I can spell CAT! You can spell CAT!! Kehh, Aeeh, Tehhh,  CAT, Kehh, Aeeh, Tehhh,  CAT, I love CAT, You Love CAT!! ". Ulang & ulang lagu tu sampailah semua huruf dijumpai dan jgn lupa hi-5 dengan anak anda sambil berikan puji-pujian. Terus susun huruf tersebut di satu tempat dan bila semua huruf dah dijumpai, bolehlah digabungkan dan encourage anak untuk baca perkataan tersebut. 

Siap bawak Butterfly Jigsaw takut tak cukup jigsaw Double Layer tuh..hover tau!

Macam mana nak suruh anak baca kalau anak belum pandai baca? Ok, ni kena berlakon sikit. Kalau kita tahu anak kita memang belum pandai baca, kita ASSUME yang dia tahu baca. Bila kita ASSUME dia tahu baca, our intonation of voice akan berubah betul tak? Taklah suara kita pun cam tak konfiden yang anak tak boleh baca. Hehehhe.. So, bila kita ASSUME dia boleh baca, kita terus tanya dengan selamba, intonasi relax dan cool, "Ok Kakak, kita dah susun semua nih, Kakak cepat ajar Mommy what word is that?" Dan PAUSED! Tunggu reaksi anak. Dia jawab atau tidak. Jika dia tidak jawab, ulang lagi sekali, gunakan ayat yg sedikit berbeza, cthnya, "Cepatlah Kakak, ajar Mommy, Mommy tak pandailah, ni perkataan apa nih Kakak?" Dan PAUSED lagi! Jika anak masih diam, kita jawab sendiri dengan suara yang relax dan cool serta happy, "Kakak ingat tak tadi Mommy nyanyi - C-A-T, CAT!, so, this is CAT sayang, sebut Kakak..- CAT! Ok, now, cuba kakak spell pulak. Mommy nak tengok, kakak pandai kan??" Dan PAUSED lagi. Tgk reaksi dan tindak balas anak, dia eja atau tidak. Dan jika dari awal anak memberikan kerjasama yang sebaiknya, pujilah dan hargailah anak dengan penuh rasa kasih sayang, peluklah anak, cium pipinya, tepuk belakangnya, bg hi-5 padanya dan pujilah dia dengan kata-kata penghargaan seperti, "Cayalah Kakak, Kakak ni pandai lah sayang, Mommy bangga sangat dengan Kakak tau!". 

3D Animals to put on the jigsaw puzzle..suka btol Q!

Dan, sekiranya anak anda sememangnya tahu membaca dan mengeja & anda tahu hakikat itu dr awal lagi, teruslah memuji anak & janganlah anda rasa ia tidak penting *kerana anda dah tahu memang anak tu dah pandai membaca & mengeja* lantas tidak memberikan kata-kata pujian pada mereka. Saya masih lagi teruja dan cukup suka memuji serta menggalakkan Qarissa mengeja CAT walaupun perkataan itu dia dah tahu sejak bayi lagi. :) Pujian itu PERCUMA jadi mengapa harus kedekut??? Anda bolehlah mengajak anak mengeja perkataan-perkataan mudah yang lain dengan menggunakan puzzle-puzzle ini. Mulakan dengan perkataan yang mempunyai 3 huruf seperti CAT , kemudian barulah 4 huruf seperti CAKE atau 5 huruf seperti TIGER. Jika anda hanya mempunyai salah satu jenis Jigsaw sahaja, anda bolehlah meminta anak anda mengeja perkataan-perkataan mudah yang tidak menggunakan huruf yang berulang. 

Satu lagi tips yang anda boleh amalkan, yang menyeronokkan bagi saya dan mengujakan bagi Qarissa, dah macam magic dah bila saya buat aktiviti ini dengan Q, suka betul dia, hehehe.. Bila saya aplikasikan kaedah Pattern Phonics di Little Reader ke dalam permainan ini. Siapa yang membeli Little Reader dengan GBOB pasti tahu terdapat Pattern Phonics di dalam software tersebut kan? Bg siapa yang tiada, boleh dapatkan sedikit gambaran di sini. Selepas anak mengeja perkataan CAT, minta anak keluarkan huruf C dan kemudian suruh dia masukkan huruf B dan letakkan di tempat C. Dan suruh anak baca kembali apakah perkataannya. Ia menjadi BAT. Kemudian, gantikan huruf B dengan huruf-huruf lain seperti P,CH & M dan sebagainya dan suruh anak baca atau anda baca dan suruh anak ikut kembali. Secara tidak langsung, anak akan faham yang bunyi A-T adalah AT dan bila ditukarkan perkataan hadapan, ia menjadi bunyi yang berbeza. Dr sini, anak akan belajar Phonics secara semulajadi, di mana mereka atau tahu bunyi-bunyian seperti Beh, Peh, Cheh, Mm dan sebagainya, :) Dan apabila ditukar huruf ia menjadi sesuatu objek atau perkara yang berbeza. Dalam Pattern Phonics Di Little Reader, walaupun perkataan itu tidak ada makna, ianya tidak mengapa kerana dalam Pattern Phonics, tujuannya adalah untuk mengajar bunyi. Cthnya, gantikan B dengat huruf J. Jadinya JAT. JAT itu tiada makna kan? Tetapi kita bukan ingin mengajar makna disini, tetapi mengajar yang J itu bunyinya Jeh. Watie harap anda jelas dengan penerangan ini. :) Kalau dah jelas dan faham bagaimana nak bermain dengan anak, tukarkan lah pula A-T menjadi A-D! Haaa...banyak lagi bunyi yang akan timbul. Di sinilah pentingnya sebutan anda dengan anak. Jangan BAT & BAD sama jer bunyinya tau. :) Itulah pentingnya Phonics. Kita akan sebut dengan jelas, Teh & Deh nya! :) 

Ok, another tips. Eja kan apa yang anak suka sebut. Cthnya, seperti Qarissa,  dia suka sekali melihat Water Fountain. Dari rumah sampai ke sekolah, ada sahaja water fountain yang dia tgk sepanjang jalan. Tak jemu-jemu setiap hari. Jadi, Watie nak galakkan dia mengeja, Watie ajak Qarissa eja Water Fountain sama-sama. Watie bunyikan secara Phonics, ejakan untuk Q, minta dia cari hurufnya dan Qarissa akan susun satu-satu huruf sampailah jadi perkataan penuh. Memanglah dia suka betul bila dah jadi perkataan penuh. Teruja dan fokus betul! Dan dia akan tersenyum girang sambil berkata, "Mommy, look! Water Fountain!" Hmmmm..panjang kan? Tapi bila anak dah suka, boleh jer dia eja dengan bantuan kita dan baca. Dan, Qarissa lakukannya tanpa jemu dan hampir setiap hari dia nak eja Water Fountain walaupun Watie tak suruh, Dia sendiri yang bagitahu Watie, dia nak spell Water Fountain & of course I will help her again & again..sampailah dia pandai eja sendiri..:) So, amik tahu perkataan apa yang anak anda suka sebut dan tanya dia, dia nak eja perkataan apa. Kemudian, eja sama-sama. :) Best kan?

 
Excited mengeja!


Selain dari menggunakan Alphabet Wood Jigsaw Puzzle ini, anda juga boleh gunakan Match & Spell Puzzle seperti di bawah. Ianya memang direka khas untuk anak anda mengeja dan menyelesaikan Puzzle dalam masa yang sama. Ianya di namakan Self Correcting Puzzle kerana apabila anak anda tidak memasukkan dengan betul, mereka akan menyedarinya sendiri dan segera membetulkannya. Sama seperti cara di atas, begitulah anda gunakan untuk bermain Puzzle ini. Beritahu anak apakah binatang yang sedang di cari itu. Cthnya, Bear. Eja pada anak : B-E-A-R dan minta anak gabungkan kesemuanya. Selepas siap, minta anak sebutkan hurufnya satu demi satu, *lebih baik dengan keadah Phonics, tetapi jika tidak pun, tidak mengapa, atau lakukan kedua-duanya serentak pun ok juga* dan selepas itu, minta anak membacanya - BEAR! Jangan lupa puji bila anak berjaya menyelesaikan Puzzle tersebut. Minta anak lihat gambar binatang itu dan berboraklah mengenainya. Anda akan dapat nilai tambah disitu apabila anak mengasah skill berkomunikasi mereka dengan menceritakan pada anda apa yang mereka faham melalui gambar tersebut. Lebih best lagi, jika anda anda beli contoh binatang 3D yang sama dan minta anak letakkan binatang tersebut di Puzzle yang betul! Mesti anak happy, just like my Q's! 

 
Match N Spell Animals Jigsaw
Leka, teruja..:)


Banyak lagi teknik, dan cara yang akan Watie kongsikan bersama anda semua bagaimana cara terbaik bermain dengan anak, dan bukan setakat bermain sahaja, malah lebih dari itu di Seminar ECE Watie yang akan datang, pada 17 September 2012 (Isnin) ini. Watie menjemput anda semua meluangkan masa untuk sama-sama menggali ilmu dan terus mengaplikasikannya sebaik sahaja anda pulang dan Insya Allah, anda akan menjadi orang yang baru selepas pulang dari Seminar Pendidikan Awal kanak-Kanak yang Watie kelolakan ini. Watie kongsikan sekali lagi maklumatnya, dan jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah anda hubungi watie di talian 0162033340 atau emel Watie di geniusbabyonboard@gmail.com. 

Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh: 17 September 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pg - 3 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
Alamat: Genius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 5 September 2012 (Rabu), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *
Pakej Suami Isteri: RM 350 / couple. (Jika anda mendaftar awal @ Early Bird, sila gunakan harga RM 170/pax di atas. )

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387


Watie rasa perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda idea bagaimana bermain dengan anak dengan cara yang menyeronokkan di samping memberikan mereka input yang sangat berguna. Insya Allah, kita akan berjumpa lagi di entry akan datang dan jika anda sudah mengaplikasinya teknik ini dengn anak anda, tahniah saya ucapkan dan bolehlah bagi maklum balas pada Watie apakah output yang anda dapat. Anak suka? Teruja? Seronok? Nak main lagi? Dah pandai baca? Pandai mengeja? Kongsilah di bahagian komen ini agar kita sama-sama mendapat faedahnya, Insya Allah. 

DEER!

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat pada anda dan rakan-rakan yang lain, bolehlah berkongsi dengan mereka dengan menekan butang Share di icon-icon yang ada di bahagian bawah artikel ini. :) Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya dan semoga Allah SWT mengurniakan saya ilham-ilham yang lebih baik di masa akan datang yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua. Amin..:) Jumpa lagi yer! Salam sayang!

post signature

Monday, October 10, 2011

LR Testimony: Baby Armani Pun Dah Pandai Baca! Yeay!!!



Saya nak share FB msg yang dihantar oleh Ema kepada saya akhir bulan Sept yang lalu. Happy sgt baca emel dari beliau, yang berterima kasih pada saya for all the consultations and recommendations especially on Little Reader. Ema ni pernah datang my ECE Seminar masa tgh preggy dulu .. so memang banyak information yang beliau sudah dapat dan dah ready sebelum kelahiran Armani lagi. Persediaan yang cukup rapi saya rasa, untuk ibu yang pertama kali mengandung dan melahirkan. :) Tahniah saya ucapkan pada beliau dan suaminya yang cukup mementingkan ECE serta percaya yang bayi sememangnya genius!.Masih terbayang di tubir mata saya perbualan kami masa Seminar dulu, excited sungguh Ema lepas habis  Seminar .. cepat betul masa berlalu kan? Dah pandai pun Armani Boy tu ha.. hehehe..  Meh kita tgk apa yang Ema tulis dalam FB msg nih okay ..:) Terima kasih saya ucapkan pada Ema for the lovely msg...sesungguhnya saya tumpang happy mendengar berita hebat ini .. dan tak sabar nak tunggu videonya! We want video! We want video! Hehheheheh... :)

Keratan FB msg Ema:) 

Saya kopipes juga apa yang ditulis Ema dalam Fb tersebut untuk memudahkan pembacaan..:) 

"kak watie!!!! armani boy dah boleh baca!!! at least saya lah rasa dia boleh baca. td masa main2 ngn dia,guna falshcard ybcr tu saja je suruh dia pick words n to my surprise dia pick words yg betul!! saya cuba a few words ye lah incase tu kebetulan je betul kan.skali all the words dia pick tu betul.time nak record je dia dh mls.hahaha..mcm tau2 je.tq tq tq tq..i learn a lot from ur class ur blog n zayra mmg idol saya.hahaha.jeles zayra can read as early as 5mo.in a good way lah kan.pastu aesya pun dh pandai.hehe.wpun xdpt ajar dia full time mcm akak n kak zai,i guess betul lah yg kak watie cakap..5min everyday pun dh cukup.saya cuma ada time htr armani boy to babysitter je during weekdays nak ajar dia.Alhamdulillah!! suka xterhingga.tq for sharing all the infos n experience! tq kak!"

Sesiapa yang nak tahu, nak dapatkan info dan nak beli Little Reader, bolehlah berhubung dengan saya terus melalui nombor di bawah ok..:) Will be happy to help uols...:)

post signature

post signature

Monday, May 23, 2011

Stimulation: 3 Ways to Play Flash Card With Your Baby.

Lama betul rasanya Watie tak kongsi tips2 stimulasi dengan semua peminat blog Genius Baby On Board ni kan? Rindu betul nak share ngan uols semua tau, Watie masih ingat yg Watie kata nak rekod my voice dan share tips stimulasi tapi until today, tak sempat2 nak rekod lepas my voice "hilang" kejap last 3 weeks. Sejak majlis kat SaraKids tuh, suara Watie ni kengkadang ok, kengkadang tak ok sgt, maybe sebab everyweek ada kelas, banyak plak tuh, jadi suara Teacher tak konsisten sebab banyak dah "membebel" dalam kelas. Hehehe.No worries, ada rezeki, mesti Watie rekod dan bg anda dengan punya okeh! :) 

Ok, hari nih Watie nak kongsikan cara-cara Watie bermain flash card dengan anak. Dah lama sebenarnya Watie nak rekod yang proper punya cara, maksud Watie amik video guna videocam, buat cantik2 jadi semua dapat dgr dengan jelas dan mudah utk uols buat ngan anak masing-masing, Sayangnya, kalau nak tunggu siap video tu, silap2 anak uols semua dah besar! Hahahaa.. Apa taknya, bznya dah satu hal sampai tak terekod, time nak amik tuh takder sapa nak tolong amik, hubby kerja, time hubby kat umah, maknya pulak bz wat kerja lain sebab time tu lah nak berkejar2 siapkan suma kerja umah while hubby tgk2 anak (maidless kan sekarang ..hehehhehe), bila kat opis, time nak rekod plak, videocam tinggal kat umah! Adoi...macam2 lah "alasannya" yang mana kalau Watie pikir nak video yg PERFECT dan cun, memang alamat lambat lah nak share ngan uols. So, Watie rasa, lebih senang Watie rekod guna BB hubby jer, mana yg sempat kita rembat jer lah time buat aktiviti tuh kan, janji ada video dan dapat kongsi dengan anda semua. Betul tak? Sekurang-kurangnya anda dapat idea how it works dan boleh praktikkan kat umah. Unless ada mana-mana company yg shoot video nak sponsor utk buat video berkualiti for Genius Baby On Board stimulation technique, kecik tapak tangan, tapak opis Watie tadahkan! Hehehehe..

So, video yg uols tgk kat You Tube ini adalah cara yang Watie lakukan setiap kali main flash card dengan anak-anak, mungkin suara Watie tak kuat sangat & gambar tak cantik sebab guna video HP jer kan, but still leh dgr dan leh nampak how I did it. Cuba perhatikan betapa fokusnya Zayra ketika sessi ini. Tak berkelip dia pandang flash card tuh kan? :) Memang tahap fokus Zayra tinggi sebab Watie dah latih sejak dia lahir lagi. Sebab tuh dia boleh tgk flash card dalam sessi yg agak lama. Sebab tuh juga Watie kata 6 bulan pertama hidup anak tuh penting untuk kita pastikan all the 5 senses berfungsi dengan baik dan dalam masa yang sama, stimulasi dilakukan secara berterusan dengan teknik-teknik tertentu. Kerana apa yang kita lakukan pada masa itu (6 bulan pertama) akan beri kesan apabila umurnya semakin meningkat. Tapi  sayangnya, jarang parents especially kaum Melayu (sorry, kena tekankan jugak sebab ia hakikat) menitik beratkan stimulasi awal ini. Terutama 0-6 bulan. Sebab tuh juga kelas Playgroup Level 1 @ GBOB jarang ada student, sedangkan my expectation masa bukak kelas ni dulu, Level 1 ni lah yang akan ramai, sebab time tu lah PALING PENTING, walaupun mungkin aktivitinya nampak simple berbanding Level lain (yerlah, anak masih belum boleh buat apa2 sangat pun, bergolek pun belum, so ramai parents rasa tak penting dan tak nampak macam mana stimulasi tuh boleh akan berkesan, indirectly underestimate anak lah tuh! If only they know how important it is, tak sempat nak berpantang lebih2 kot! Heheheh). Ternyata apa yang Watie sangkakan memang betul - KESEDARAN TENTANG ECE DI KALANGAN IBU BAPA MASIH KURANG TERUTAMANYA UNTUK BAYI 0 -6 BULAN. 

Dan kerana itu juga Watie banyak juga terima komen dan keluhan seperti "Anak saya tak fokus sangat", "Anak saya suka pandang tempat lain bila saya tunjuk flash card", "Attention span dia kejap jer" dan sebagainya. Dan bila saya tanya, "Tempoh 3 bulan pertama anak U lahir, apa U lakukan dengan anak?" dan "Another 3 months lagi, apa U buat?" dan kebanyakan jawapannya - Jarang buat apa-apa, setakat main ala kadar, bg minum susu, tidurkan, mandikan dan setiap hari perkara yang sama berulang. Bila anak dah umur 7 bulan ke atas, dah pandai meniarap, dah pandai sikit buat aksi itu ini, baru parents ada rasa nak hantar anak ke kelas-kelas Playgroup seperti mana yang ada di GBOB. Itu pun tak ramai yang tahu. Memang Watie akui kelas-kelas begini tak banyak yang ada, tapi tak banyak juga ibu bapa yang peduli sebab mereka rasa anak mereka kecil lagi, tak tahu apa-apa, buang masa dan buang duit. Sebab tuh Watie senyum jer bila parents duk komplen-komplen anak dia itu lah ..ini lah (bila anak dia dah besar dalam lingkungan setahun setengah ke atas). Hmmmm...kalaulah anak tuh leh cakap masa dia lahir-lahir tu, mau mau pengsan 3 hari  mak dia dengar anak dia membebel tau! Hahahaha... Komplen jer pandai! Apa awak buat kat anak masa dia baby untuk BANTU ..BANTU..BANTU..anak tuh supaya dia boleh jadi seperti yang anda mahukan? Ketuk kepala kanan dan kiri, tanya diri sendiri okeh ..:) So, tak adil kalau nak komplen jer bila anak dah besar sedangkan kita tak buat apa-apa semasa dia membesar tuh kan? :) 

Ada 3 video di bawah kerana 3 cara yang sering Watie gunakan setiap kali Watie main flash card dengan anak. Kenapa Watie sebut "main"? Sebab ia sememangnya sessi permainan dan bukan pertandingan. Bila kita main, no rules, no worries, kita happy dan tidak berorientasikan hasil dan keputusan. Kenapa nak risau dan sibuk dengan "end result" jika kita tahu pada akhirnya result dia akan jadi sangat baik dan mengejutkann? (Seperti mana anda terkejut bila pertama kali tgk anak orang lain "membaca" di usia muda kan? Sekarang tak terkejut lagi bila anak sendiri pun menunjukkan outcome yang sama!) Saya terima banyak msg dan emel dari ramai kawan-kawan yang memberitahu perkembangan anak masing-masing selepas menerima consultation, membuat pembelian produk-produk yang saya syorkan dan mendengar nasihat saya. Saya tumpang gembira dan bangga dengan anda serta anak genius anda. Now you believe that ALL BABIES ARE GENIUS kan? :)

Ada juga yang tanya saya, macam mana Watie ajar anak spelling? Watie ajar ABC tak? Dia kenal huruf ker? Dia menghafal ker? Dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan, saya tak ajar anak spelling, saya tak ajar anak saya ABC, anak saya kenal semua huruf, anak saya antara menghafal dan tidak. Mula-mula dulu, looks like dia menghafal, tapi lama-kelamaan, bila makin banyak perkataan dia tgk, dia dah boleh decode the words, dan perkataan yg dia tak pernah tgk pun, bila kita tunjuk, dia boleh baca. Bila words yang suku katanya panjang, ada juga yang dia silap sebut, tapi as usual, saya dengan happynya akan betulkan dan sebut dengan jelas TANPA SEDIKIT PUN RASA KECEWA SEBAB DIA SALAH SEBUT! Kenapa saya besar dan birukan ayat sebelum ni? Sebab ada ibu yang saya jumpa FRUST sebab anak dorang salah sebut atau tak sebut langsung perkataan yang disuakan pada mereka. Umur anak berapa? Dalam lingkungan 15 - 19 bulan! Wahai Mommy, setiap kali kita main dengan anak, the KEYWORD yang mesti selalu ada dalam fikiran kita- FUN! It must be FUN! Jangan risau tentang hasilnya, apa yang lebih penting kita bergembira dengan anak. Jangan risau Mommy, mereka akan tunjukkan kebolehan mereka when YOU LEAST EXPECTED IT! Kalau Mommy sungguh-sungguh, terlebih semangat nak tgk anak bijak ker tak, setiap jam main flash card pastu asyik test jer anak pandai jawab ker tak, memang takder nya anak you nak layan. Kita balik kena main! Dorang pulak yang duk gelakkan kita dalam hati.Hehehehe..Jadi, lebih baik Mommy have fun, rasa enjoy dan puas main ngan anak sambil gelak ketawa. Aura positif yang kita berikan pada anak ini yang akan buatkan anak kita rasa tenang dan tak tertekan untuk tunjukkan kepandaian mereka. Yang penting, kita REPEAT the activities on daily basis tanpa jemu. :)

Ok, dah banyak bebel lah nih.. Larat lagi ker uols nak baca nih? Hhehehe.Sorrylah, Teacher Watie nih kalau dah mula membebel, memang payah nak stop! Wakakaka.. Okeh okeh .. kita terus ke cara yang pertama. Dalam video pertama nih, kalau anda tengok, cara pertama yang Watie gunakan adalah teknik "Satu Kad Satu Saat" seperti yang pernah keluar dalam paper Metro tu. Bergantung kepada tahap fokus anak, anda mungkin boleh gunakan 5 kad sebagai permulaaan. Kalau fokus anak makin meningkat, boleh tambah another 5 cards to make it 10. Pastikan jarak mata anak dengan kad jangan terlalu dekat sebab tak bagus untuk view mereka. Nanti senang juling, especially baby kan memang ada juling-juling air sikit masa awal2 usia tu. So, kena pastikan at least 8-12 inci jaraknya antara kad dengan anak. Pastikan anak pandang ke arah kad, I know its not easy coz as I said, sometimes attention span anak tak lama. Sebab tuh Watie suh start dengan 5 kad dulu. Bila anak pandang, terus imbaskan kad tuh dengan cepat - 1 kad 1 saat. Kalau lepas 5 saat, anak masih pandang, just continue the same kad, maknanya mungkin anda boleh buat 2 continuos session for the same card. Pastikan bila Mommy tunjuk kad dan sebut perkataan tuh dengan jelas pada waktu yang sama, jangan kelam kabut nak tukar ke kad baru, sampai apa yang u sebut tak sama dengan apa yang u tunjuk kat anak. Lain jadinya kang. Hehehe.. So, memang Mommy kena praktis dulu. Time anak tidur tuh, just berlatih slip over the card one by one, very fast, tak yah sebut dulu perkataan tuh, berlatih slip kad jer. Bila dah ok, baru berlatih sebut dengan betul. Secara tak langsung, pronounciation Mommy pun akan jadi lebih bagus, sebab ia penting untuk anak dengar apa yang kita cakap, so kalau Mommy punya sebutan tak betul, nanti anak pun sebut tak betul di kemudian hari.:) 

Ada yg tanya Watie, kad apa nak tunjuk? Flash card biasa boleh ker? Watie strongly suggest kad yang hanya tertulis perkataan sahaja, sebab kita nak anak kita cepat baca kan? Mestilah kena tunjuk perkataan, kalau tunjuk gambar, memang dia akan tgk gambar jer, dia takkan tengok pun perkataan tu. Unless anak kita dah pandai baca, bila kita suakan gambar + perkataan, dia boleh baca juga sebab dia akan tgk perkataan dan kemudian relatekan dengan gambar. Macam mana Watie tahu? Sebab Watie pernah main dengan Qarissa, bukan flashcard tapi jigsaw puzzle. Kecik jer jigsaw tuh, Watie tunjuk dia jigsaw BIRD & PARROT dalam masa yang sama. Kalau tgk gambar, sama jer kan? Kids yang belum tahu baca mungkin akan sebut BIRD jer for both jigsaw (sebab dia based on gambar semata).Tapi, Qarissa sebut BIRD & PARROT & masa Watie tunjuk tuh, Watie fokus kat mata Qarissa, nak tengok dia pandang tak perkataan kecik bawah gambar tu, ternyata dia memang pandang perkataan dulu, baru tengok gambar. Sebab tuh Watie galakkan parents invest pada Little Reader, sebab its a complete software dan hardware yang ajar anak membaca. Ada flashcard yang lengkap yang boleh kita gunakan setiap hari. Dulu Watie ada jual YBCR punya flash card tapi dah discontinue product tuh, memang dah takder jual lagi. Restock pun takder. Kalau ada memang Watie jual dah. So, memang in terms of reading flashcard, hanya LR jer yg ada buat masa nih. Kalau rasa LR mahal sangat, Mommy kena lah rajin sikit, buat sendiri flashcard tuh dan main dengan anak. Nak seribu daya, takmo seribu dalih kan? Heheheh..So, Mommy boleh try cara pertama ni masa main ngan anak kay. This is what they call sight words, terus tunjuk the whole word, tak yah buang masa nak eja-eja bagai. Ada hiway, nak ikut jalan kampung watper? Bukan kena bayar tol pun kan? Hehehe...


Cara Pertama: Sight Words with Zayra Video 1/3

Ok, cara kedua pula sama dengan cara pertama CUMA BEZANYA - anda tunjuk atau point jari telunjuk anda dari kiri ke kanan perkataan di dalam flash card itu, jadi anak anda tahu membaca adalah dari kiri ke kanan. So, mungkin akan amik masa dalam 2 saat atau lebih sikit, bergantung pada kecekapan anda mengimbas kad tersebut dengan laju. Thats y Watie strongly suggest Mommy @ Daddy berlatih untuk imbas kad masa free time, cthnya bila time anak tidur. Tak payah baca kad pun, just berlatih to flash laju-laju jer, bila dah pandai dan cekap, baru start to read pulak the word sambil imbas kad. But we must make sure apa yang kita sebut tuh TEPAT - the PRONUNCIATION tuh mesti betul. Ni penting sebab kalau kita salah sebut, bunyi dah lain, anak kita akan absorb apa yg kita sebut. Another thing, kita kena pastikan kad yang kita imbas sama dengan apa yang kita sebut. Tak boleh kelam kabut sampai apa yang kita sebut tak sama dengan apa yang kita tunjuk. Cthnya, kad pertama APPLE dan kad di belakang APPLE adalah BALL. Nak cepat punya pasal (sebab Watie kata satu kad satu saat kan ..hehehe) so, kita sebut APPLE tapi dalam masa yang sama kita dah angkat kad APPLE tuh dan anak pulak nampak kad yg tertulis perkataan BALL masa kita sebut APPLE tu, so cara ini pun salah. Salah besar tuh. Hehehehe... So make sure apa yang kita sebut betul dan masa kita flash pastikan anak fokus dan dgr serta nampak perkataan yg betul ok. Ada juga Mommy yg kata English mereka tak power sgt, jadi mereka takut nak guna flash card tuh, nanti sebutan kat anak pun tak betul. Ok Mommy, saya bukan suh Mommy jadi mat salleh in order to play the flash card, yang penting SEBUTAN tuh mesti betul, tapi kalau Mommy tak sure, Mommy mmg kena study balik atau dengar kat internet bunyi yg betul, atau tanya lah sesiapa. Malu bertanya sesat jalan kan? Hehehe, terus terang, saya pun dulu bukanlah power sgt pun English, saya masih ingat lagi, masa buatkan file untuk Qarissa dulu, saya tak pasti nak sebut CROW (burung gagak) tuh bunyinya OO atau OW. Saya cek kat internet. Memang leceh tapi tuh bukan alasannya kalau betul nak pandai. Sebenarnya kesilapan yang kita lakukan yg akan buat kita ingat sesuatu perkara itu sampai mati kan? :) Bagi parents yang beli LR tuh, tak risau sgt sebab dalam software, memang kita leh dengar dengan jelas sebutannya kan? Siap ada 3 suara yang berbeza lagi. So, time kita duduk sama-sama dengan anak tuh, we are also learning to pronounce the word dengan betul & bila kita pakai flash card tanpa software, kita dah tak risau lagi. In fact, tanpa sedar akan turut sama memperbaiki our pronunciation di mana kita sendiri dapat bezakan sebutan yang bunyinya dekat-dekat macam T dan D. Tu yang berlaku pada diri saya. I have to admit that my English especially my pronunciation is getting better is because of the LR software. :) 

Cara Kedua: Sight Words with Zayra Video 2/3

Cara ketiga pula adalah apa yang saya panggil Multisensory Time. Pada waktu ini, masa bukanlah sesuatu yang penting, we can take our own sweet time untuk tunjuk flash card kat anak (tapi janganlah melampau sangat lamanya untuk satu kad..ehhehe.. kita boleh agak-agak kan?), sebabnya kita akan tunjuk gambar sekali. As uols know and admit, babies and kids memang suka sekali tgk gambar kan? So, inilah masanya untuk kita berinteraksi dengan anak, cerita tentang gambar yang related dengan perkataan yang kita tunjukkan itu. Cara ketiga nih, kita boleh gabungkan cara kedua dan terus bukak @ flip flash card sambil kita terangkan apakah maksud perkataan yang kita sebutkan tuh. Untuk lebih menarik, kita mesti buat voice, buat mimik muka, buat sound dan buat apa sahaja lah yang perlu untuk menarik perhatian anak kita to keep on looking at the flash card. Contohnya, bila kita flip the flash card tuh, kita cakap PEEK A BOO! Dengan suara ala-ala terkejut dan suprise! (suprise sangattttttt...padahal dah nak muntah darah kita ulang the same card kan? Wakakakakka). Ajak anak sekali untuk buat apa yang kita buat. Baby  will try to imitate us. Memang sangat fun ok! Sebab dia akan fokus lebih lama kalau tgk gambar, itulah juga reason kenapa kita mesti tunjuk perkataan dahulu dan pisahkan gambar dengan perkataan tuh, sebab kalau dia tengok gambar dulu, peratusan untuk dia tengok perkataan sahaja adalah sangat sedikit, mungkin tak tengok langsung agaknya. :) Sebab tuh saya sering ulang pada pelanggan saya - JADIKAN GAMBAR SEBAGAI HADIAH ATAU REWARD KEPADA ANAK. Bila dia tengok perkataan yang kita suakan, kita jadikan gambar sebagai hadiah. Sebab tuh buat masa sessi ketiga. Last part. :) Time tuh juga, kita boleh bersenang lenang sikit, maksud saya, kita tak terikat pada waktu satu @ 2 saat seperti cara pertama dan kedua tu. :) Anda boleh tengok contoh dalam video You Tube di bawah. 



Cara Ketiga: Sight Words with Zayra Video 3/3

Ok, rasanya dah panjang sungguh Watie menulis pasal flash card kali ni kan? Watie harap pembaca-pembaca yang mengikuti blog ini akan dapat sedikit sebanyak ilmu yang Watie cuba sampaikan ini. Jangan lupa try dengan anak at home and do let me know the outcome okeh? :) If u feel like sharing this info to your family or friends, by all means ... silakan ..:) Tekan butang share yang ada atau boleh copy paste kat blog masing-masing, but dont forget to give the credit to GBOB blog skali okeh friends. :) Until then, Insya Allah ..jumpa lagi di entry akan datang.:)  Happy giler rasanya dapat siapkan entry nih. Kalau nak tau, nak dekat 3 hari baru siap tau! Hahahaha.. Apa taknya, tengah-tengah menulis anak nak susu, nak ajak main, kakak nak kacau adik, daddy nak kacau Mommy .. adoiiii.. (and now Zayra ngah menenen sambil saya menaip) Heheheh.. tapi saya suka..sebab itu maknanya orang-orang tersayang ada disekeliling saya! :) Ok..kita jumpa lagi!. :)

post signature

post signature

Wednesday, March 2, 2011

Memperkenalkan Duta Rasmi GBOB!

Heheheh.. Tajuk gempak tak hengat! Poyo jer Watie nih! Eekkeke.. Niat di hati memula nak gak cari Duta Rasmi GBOB, tapi sudahnya saya  rasa yang terbaik untuk jadi Duta Rasmi GBOB anak-anak saya sendiri iaitu Qarissa & Quzayra dan mungkin juga anak-anak yang bakal lahir akan datang. Eekekke.. Sebab nya mudah, kalau tidak kerana anak-anakku yang tersayang ini, takkan lah wujud Genius Baby On Board di muka bumi ini! Seriously!! Its all because of my children, sebab tu lah tertubuhnya GBOB. Dan saya percaya, apa sahaja yang kita buat ikhlas demi untuk anak dan keluarga, Allah SWT akan merahmati perjalanan dan memudahkan segala-galanya. Just like Dr Titzer, apa yang beliau lakukan? Mengeluarkan produk khas untuk mengajar bayi membaca, semuanya bermula kerana anaknya, Aleka. Dan kini, produknya terkenal di seluruh dunia! Walaupun anak beliau dah pun masuk Havard, video beliau dah agak oldies terutama warnanya, tapi masih lagi kita gunakan kerana kaedahnya yang berkesan. Begitu juga dengan Mr KL Wong, yang juga mengeluarkan produk Little Reader, kerana anaknya Felicity, dan kini makin ramai ibu bapa menggunakan Little Reader sebagai alat bantu mengajar bayi mereka membaca. Malah GBOB selain ADH Brillkids merupakan pengedar produk ini di Malaysia. Alhamdulillah, happy sgt dapat kongsi produk yang baik di Malaysia dengan semua para ibu bapa yang cintakan ECE. 

 Qarissa my genius model!


Both of them, Dr Titzer dan Mr KL Wong menggunakan anak masing-masing sebagai contoh terbaik membuktikan pada dunia yang bayi sememangnya genius, dan itulah juga yang ingin saya lakukan. Menggunakan anak sendiri untuk membuktikan bahawa dengan bimbingan berterusan, dengan permainan stimulasi yang sering dilakukan, segalanya mungkin. Bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sedikit pun tidak terniat di hati saya begitu, kerana apa yang lebih penting bg saya ialah mengubah minda ibu bapa terhadap ECE. Hanya Allah SWT yang tahu betapa gembiranya saya apabila hari demi hari, saya menerima msg, sms, komen dan video dari para ibu bapa memberitahu perkembangan anak mereka yang sangat positif selepas menerima consultation dari saya, menggunakan produk yang saya syorkan dan selepas menghadiri Seminar saya. Tidak sabar untuk saya dengar komen para ibu bapa yang datang bengkel dan kemudian mengaplikasikan kaedah yg diajar pada Bengkel tersebut terhadap anak mereka. :) Apa hasilnya yer? Sudah pasti positif dan memberangsangkan! :) 

Both of my babies..will always be my babies..!

Video ini di ambil around 1 am! Yer, kul 1 pagi dan si Qarissa nih masih lagi "tergila-gilakan" Little Readernya. Percaya tak kalau saya kata, sometimes pukul 2 am Q boleh bangun tidur dan mengigau mintak Little Reader sampai menangis-nangis!! Mau tak tensen me & hubby! Bangun pagi, terpisat-pisat dia turun katil, muka dan rambut masih serabai, gi depan Lappy dan sebut Little Reader!! Pepagi buta, datang dekat saya, saya kemain peluk, say good morning, kiss and hug bagai... suruh dia peluk dan sayang saya (which she did) dan bila saya kata, "Do you love Mummy?". Apa dia jawab? dengan muka toya, "LITTLE READER!" Caittttt!  Ni apa kes nih??? Memang rasa nak hangin dan marah jer tau, tapi saya pikir sebab dia dah addicted sgt dengan LR, dan dia anggap tu mainan dia, saya sabarkan hati jer. Malah, saya "tegur" diri sendiri yang sometimes tersasar jugak, saya sepatutnya bersyukur sebab anak saya suka pada permainan yang mendatangkan faedah dan bukan permainan yang bukan-bukan!

Model saya yang gediks!

Dan video ini juga membuktikan bahawa tidak kira apa jenis font, bercampur antara huruf kecil atau tidak, bewarna-warni atau satu warna, ia masih lagi boleh dibaca dan difahami oleh anak kecil saya, seterusnya menidakkan apa yang dipercayai dan diamalkan oleh pihak lain. Kalau siapa pernah baca entry saya bertajuk, "Padanlah Anak Kita Lambat Baca!", saya ada memberitahu tentang seorang kakak yang mendengar presentation saya tentang LR, katanya, mereka tidak dibenarkan tunjuk font yang berbeza pada student, tidak dibenarkan tunjuk warna selain merah, hitam dan putih pada student. Tidak boleh tunjuk huruf besar kerana takut mengelirukan kanak-kanak genius tersebut. Hmmm..saya personally rasa apa yang dipercayai itu really insult the genius student tau! Memalukan bila kita underestimate kemampuan otak bayi dan cuba membandingkan dengan otak kita yang kononnya bijak pandai nih. Saya tak salahkan akak tuh pun, beliau hanya mengikut arahan, jadi saya rasa yang membuat arahan tu lah yang patut memperbaiki semula struktur pengajaran mereka apabila buat program untuk pihak Taska atau Tadika ni. Haruslah tukar kalau silibus tuh zaman 80an punya atau mungkin 90-an punya yang dah tak relevan atau tak sesuai lagi, haruslah disemak kembali. :) Itupun kalau kita nak anak-anak ini setanding dengan anak-anak negara luar yang maju :)  Oklah, takmo bebel panjang2, meh kita layan video nih jom!

Qarissa Read Genius Baby On Board & Say Welcome to uols! :) 

post signature


post signature

Thursday, February 17, 2011

GBOB On Media: Bayi Genius @ Harian Metro


Alhamdulillah, cerita tentang Genius Baby On Board telah pun disiarkan di Harian Metro semalam. Pagi-pagi lagi  saya dah dapat SMS dari Kak Faiz bgtau yang beliau dah pun membeli paper tersebut dan excited dgn cerita GBOB. Wahhhhh... saya pun dengan segeranya bangkit dari katil, amik kunci kereta dan terus menuju ke kedai tepi jalan kat area rumah untuk borong paper Harian Metro edisi Rabu. Hehehe.. Ane tuh mesti pelik, sampai 4 keping saya borong. Hahahaha... 
Tak sompek-sompek nak balik rumah, saya parking tepi jalan jap, sambil membelek paper. Mula-mula nampak gambar Dynas dalam edisi sisipan Rap, dalam hati, kurusnya Dynas nih ..jeles mak noksss!  Sekali tuh bila saya bukak page-page seterusnya, terkejut beruk saya! Mak aiii.... besarnya muka aku!!! Adoiii.. tajuk tak tahannnnn... - Bayi Genius.. Wowww... segannya! Then, saya dengan segeranya buka ms 8. Baca tajuk dia - "Satu kad, satu saat, tiga ",  then me was like .."Aik... kenapa ayat dia tak habis erk???" Saya belek lagi pastu tarik terus keratan lain yang ada.  Pastu barulah nampak "kali sehari" punya ayat tu. Lorrr... 2 muka surat penuh ker??? Campur muka depan dah 3 pages ker citer pasal GBOB nih? Perghhhh! Serius saya terkejut sungguh! Tak sangka citer pasal saya dan anak-anak sampai 3 muka surat bewarna. Terharu sungguh saya rasa. Di kesempatan, saya nak ucap sekali lagi terima kasih pada Kak Siti yang sudi temuramah saya dan kak Anis yang sudi ambil gambar saya anak beranak on that day. Saya betul-betul menghargainya. :)

GEMBIRA...Norhidawati merangsang anak-anaknya menerusi kad imbasan yang diberi tiga kali sehari.
GEMBIRA...Norhidawati merangsang anak-anaknya menerusi kad imbasan yang diberi tiga kali sehari.

Memang semalam hari yang sungguh sibuk buat saya. Sampai 4-5 kali phone saya "hang" dan kena reset semula. Dgn SMS, panggilan dan notification emel serta FB yg masuk, memang pening ah kot memori phone tu ..Habis saya kena sakat ngan kengkawan kat FB... Sabar jer lah .. nak jadi maid tolong bawak air lah, nak eksen lap almari buku kat belakang saya (dlm gambar tuh lah ..) nak masuk manik tudung pun jadi lah ..., memang lawak giler kengkawan skolah dan uni saya tuh .. tuh belum lagi dorang komen cakap, "akak wartawan nih aku rasa ada salah tulis la, patutnya dia tulis, Menurut Norhidawati yang lebih mesra di panggil SEXYWATIE .." ...hahahaha....kong ajau!!!! Tu semua gara-gara masa kat uni dulu lah tuh, time ngah baru2 belajar create emel, kemain semangat guna nama sexywatie lah, babywatie lah..prettywatielah .. ntah hapa2 lah lagi nama2 "budak baru nak naik" nih kan! hhahahha... Yerlah, dulu sexy, skang seksa! Dulu baby, skang dah ada baby! Dulu pretty ..skang .. errkk... pretty lagi kot?  Wakakakaka....Memang lawak bila ingat zaman sekolah ngan zaman uni dulu kan? The best memories  yang ada dalam kamus hidup saya. How fast time flies.. more than 12 years dah pun ia berlalu ..:(
Foto
MENONTON CAKERA PADAT...masa dua beradik ini banyak dihabiskan di hadapan televisyen dengan bantuan ibu mereka.

Saya membaca coretan Kak Siti dengan senyuman yang melebar di muka. Sungguh saya macam tak percaya, itu cerita saya dan anak-anak. Tak pernah saya fikir pun, satu hari nanti cerita saya jadi bahan tatapan rakyat Malaysia khasnya. Saya masih ingat  ramai kawan sekolah, kawan uni dan kawan blog bgtau kat saya, masa tuh saya bangga sangat sebab Along saya featured in Metro Ahad, di sisipan Karisma on Mac 2010. Habislah saya gebang satu FB, suruh kengkawan beli, siap saya scan lagi keratan tuh dan masuk dalam FB, buat cerita dalam blog, semualah kawan2 saya tumpang happy dan bangga, ramai yang kata lepas ni turn saya pulak, semua konfiden jer, siap cakap, percayalah Watie ..aku yakin pasni ko pulak kuar paper! Saya gelak besar time tuh, saya aminkan jer, padahal saya tak nampak pun "celah bedah" mana saya nak kuar paper nih! Saya buat bisnes perfume @ home, sibuk ngan anak-anak & I'm happy the way I am. So takder langsung fikir-fikir featured dalam paper nih. Masa tuh mana ada GBOB lagi. Takder Center pun, tapi kuasa Allah SWT kan, siapa sangka, tak sampai setahun Along saya masuk paper, giliran saya dan anak-anak pula masuk paper. Berbeza ruangan dan hari jer. :) Cantik sungguh aturan Allah SWT kan ... Kak Siti pun kata perkara yang sama, bila saya ceritakan perjalanan hidup saya, dari kerja, sampai ada Qarissa, pastu kenal ngan Mommy2 hebat macam Lyna dan Jiey, pastu saya pula dapat anak ajaib si Zayra tu (wahhhh..sedap pulak guna perkataan AJAIB lepas saya kata tangan Zayra tangan AJAIB kat FB smalam .. meh kita tukar the word istimewa ke ajaib pulak jom! hahahah), memang macam diatur-atur dengan cantik jer cerita hidup saya ni ..:) Semuanya kehendak Allah kan ..?:)


Yang paling saya suka dalam artikel kat Harian Metro, adalah cara pengolahan tentang Quzayra's condition. Walaupun ada sedikit typing error, di mana, apa yang berlaku pada Zayra bukanlah satu penyakit, ianya adalah satu keadaan atau senang citer "accident dalam perut" lah .. eekekke.. yang berlaku 1 daripada 32,000 kelahiran, yang mana doktor pun tidak tahu bagaimana tulang tangan tersebut tidak tumbuh sepenuhnya masa Zayra di dalam rahim saya. Sampai lahir pun Doktor tak dapat detect yang tulang tangan Zayra tidak tumbuh sepenuhnya. Memang di Malaysia sangat jarang perkara ni berlaku, selalunya berlaku pada mereka yang berada di luar negara. Kira Zayra ni wakil Malaysia lah! Haruslah kita berbangga kerana kita ada wakil negara yer! Ahaks! Nama condition yang di alami Zayra ini adalah Symbrachydactyly. Dan uniknya tgn Zayra sebab dia masih ada jari dan ruas-ruas. Selalunya kalau condition macam nih, samada jari tuh akan berbentuk nubbins (daging terlebih, nak jadi jari tak jadi) atau takder langsung. Tapi Zayra punya tangan nih siap boleh nampak tinggi rendah jarinya tuh mengikut jari kita yang normal ni, cuma dia pendek sebab takder tulang. :)  


Kenapa saya suka pengolahan cerita Zayra? Sebab ia dilakukan tanpa ada unsur-unsur sedih, sayu atau meminta simpati masyarakat. Ia tidak "dihighlightkan" menjadi satu tajuk besar. Apabila membaca cerita saya dari awal, tiada siapa sangka Quzayra adalah anak istimewa kan? Hanya di akhir artikel, barulah diceritakan tentang kondisi tangan Zayra dan ianya juga diceritakan secara sempoi, seperti tiada apa-apa berlaku. Kerana itu saya suka. Kerana, selama ini, kita terlalu disogokkan dengan cerita-cerita sebegini. Asal cacat jer anak tuh, sedih, asal kurang upaya jer, muram, asal  tak cukup sifat jer, di katakan meminta simpati dan sebagainya. Saya tidak pasti samada ianya memang dari hati ibu bapa tersebut atau cara pengolahan penulis yang menunjukkan seolah-olah keluarga ini meminta simpati, tetapi pendapat peribadi saya - Tidak semua cerita kita adalah cerita yang menyedihkan. Banyak juga yang menyeronokkan. Dan saya percaya, semua ibu yang ada anak istimewa TIDAK MEMINTA SIMPATI MASYARAKAT. Betul tak? Apa yang kami mahukan adalah keadilan, dimana kami dan anak-anak dilayan selayaknya dan bukan dipandang seolah-olah beban, menyusahkan orang lain dan ada diskriminasi antara golongan OKU dan bukan. Sebab itulah, saya tidak kisah langsung jika cerita anak saya jadi paparan, kerana jika boleh saya ingin mengubah stigma tersebut. Biar kami menentang arus, bercerita tentang anak kami yang sememangnya istimewa, apa yang mampu mereka lakukan, yang mungkin tidak semua kanak-kanak normal mampu lakukan dalam usia mereka. Dan kalau apa yang berlaku pada Zayra boleh memotivasikan ibu bapa ini, tidak kira ada anak istimewa atau tidak, saya dengan gembira akan menghebahkannya pada dunia. Jujur saya katakan, akan terbit perasaan bangga setiap kali saya memberitahu setiap orang yang saya jumpa tentang Zayra, tentang apa yang berlaku padanya. Saya bangga apabila memberitahu orang yang anak saya anak istimewa. It's all in our mind kan? Kalau kita bangga, kita takkan rasa malu, kalau dah setiap hari perkataan tersebut (anak aku anak istimewa, aku bangga dgn anak aku dan nak satu dunia tau pasal dia), perkara tuh akan jadi mainan di bibir kita seterusnya kita akan bertindak mengikut apa yang kita fikir dan cakapkan. Sebab tuh mudah betul mulut saya memberitahu orang yang saya jumpa yang anak saya special in a way yg dia takder tulang pada tangan kanannya. Dah terbiasa, orang tak tanya pun kepoh gak nak bgtau! Wakakakakka! Sorry lah yer .. saya mmg kepohci! hahahaha...

Foto
BIJAK...Qarissa bersama adiknya Quzayra tekun membaca kad imbasan.

Akhir kata di entry ini, saya ingin rakamkan penghargaan pada semua pembaca Harian Metro yang membaca artikel berkenaan Bayi Genius semalam, dan terus menghubungi saya, menghantar emel, menghantar SMS, menyertai komuniti GBOB dan memberi komen di FB, add saya di FB dan macam-macam lagi. Terima kasih saya ucapkan. Saya sangat terharu dan dalam masa yg sama, takut juga. Saya tahu harapan orang pada saya tinggi sekarang. Siap ada yg suruh saya bukak cawangan kat JB tuh, malah negeri2 kat Malaysia! Aduhhh ..besarnya harapan semua. Insya Allah, saya akan cuba yang terbaik. Saya tidak perfect, saya bukan doktor atau pakar kanak-kanak, saya adalah ibu kepada 2 Q's :) dan ibu juga kepada anak-anak yang datang Playgroup saya setiap minggu, saya belajar banyak perkara dari ibu bapa yang datang dan belajar dari kanak-kanak ini sendiri. Insya Allah, saya akan cuba melayani pertanayaan dan soalan para ibu bapa yang ada. Serius pening! Hehhee.. banyak soalan sampai tak terjawab saya dibuatnya. Hehhee.. Sepanjang tulis entry ni pun, 5-6 kali phone saya berdering-dering, bertali arus sampai tak sempat saya nak jawab pun ada. lepas satu call, satu call. :) Happy saya sebab banyak  parents dah alert pasal ECE nih ..:)

Sesiapa yang masih belum membaca cerita GBOB di harian metro semalam, saya sertakan linknya di bawah :


dan 


Dan sebagai kenangan-kenangan, (tak lama lagi hilanglah info nih kat online paper ni kan), saya attachkan artikel tersebut di blog ini ..:) Ada sedikit typing error dari segi ejaan dan otak kiri (sepatutnya otak kanan) yang ditulis, jadi saya betulkan siap2 di bawah ini yer :)

**********************************************************

PADA usia 17 bulan, kanak-kanak ini sudah boleh membaca dan menyebut perkataan dengan lancar. Malah, lebih menakjubkan apabila dia mula mengenal huruf pada kad imbasan menjelang usia enam bulan. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kanak-kanak seusianya.

Malah, ketika berkunjung ke Genius Baby On Board yang terletak di Puchong, Selangor, Rania Qarissa Rizal Saiful Rizal, 3, sama seperti kanak-kanak lain, namun kesukaan pada bahan bacaan amat terserlah apabila sepanjang masa dia memegang buku, kad imbasan atau berdamping dengan komputer peribadi. Kini, dia juga mula mendalami bahasa Arab dan Cina hanya berpandu kepada cakera padat di bawah pengawasan ibunya, Norhidawati Abdul Aziz, 30.

Menurut Norhidawati atau mesra dipanggil Watie, apa yang berlaku kepada Qarissa bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana semua bayi dan kanak-kanak adalah bijak dan mereka mampu melakukan apa saja sekiranya mendapat rangsangan yang betul daripada ibu bapa. 

Apa yang penting, ibu bapa harus mendapatkan ilmu terlebih dulu mengenai kepentingan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak sejak dilahirkan dan sehingga pembesaran mereka.



Ibu kepada dua cahaya mata comel ini memberitahu, keterujaannya untuk melihat anaknya membaca pada usia awal kerana rasa tercabar apabila menonton video kanak-kanak di luar negara yang mampu membaca pada usia enam bulan. Sejak itu, dia sanggup melakukan apa saja demi melihat anaknya mampu membaca pada awal usia.
“Perkara pertama dilakukan ialah dengan membeli kad imbasan lalu menunjukkan pada Qarissa menggunakan teknik satu kad satu saat sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam. Sepanjang melakukan aktiviti itu, Qarissa tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun saya tetap meneruskannya dan tidak berputus asa.

“Menjelang hari keempat, Qarissa mula menangis kerana ingin memegang kad, namun saya tidak membenarkannya dan tetap menunjukkan kepadanya,” ujarnya yang mengakui apabila anak mula menyukainya, itulah masa sesuai untuk membentuk minat membaca kepada anak-anak.

Kesukaran mencari produk sesuai untuk bayi terutama dalam konteks pengajaran di Malaysia, memberi cabaran kepada Watie, namun dia bernasib baik kerana pada usia Qarissa 11 bulan, dia terjumpa laman sesawang Little Reader ketika sedang melayari Internet lantas dia menggunakan peluang yang ada untuk mengajar Qarissa dengan berpandukan kepada laman sesawang itu.

“Menariknya, proses pembelajaran menerusi Little Reader tidak membosankan dan menyeronokkan kerana semua aktiviti dilakukan menerusi gambar dan muzik serta kaedah bermain. Jadi anak-anak tidak berasa tertekan kerana pengajaran dilakukan seperti mana bermain.

“Lebih penting anak anda mampu membaca dalam tempoh yang singkat. Namun, semuanya terpulang kepada ibu bapa bagaimana mereka berkeinginan membentuk anak mereka,” katanya.

Sepanjang tempoh itu Watie mengajar anaknya tanpa jemu, walaupun ada masanya Qarissa tidak menunjukkan minat dan membiarkan saja. Namun, Watie tidak berputus asa kerana dia percaya bagi mendapat hasilnya bukanlah dalam tempoh singkat walaupun perlu mengajar sehingga 100 atau 1,000 kali sekalipun dia yakin Qarissa akan menunjukkan perubahannya.

Memang benar ada kalanya apabila rasa tidak yakin, Qarissa terus saja menunjukkan perubahan positif sehingga pada suatu hari Qarissa boleh membaca dengan lancar setiap baris ayat dan inilah saat paling menggembirakan bagi Watie. Baginya, kebolehan ditunjukkan anaknya itu membuktikan semua bayi adalah genius.

“Saya selalu tidak yakin dengan kemampuan Qarissa, tetapi apabila dia menunjukkan perubahan di luar jangkaan menyebabkan saya percaya ibu bapa harus menanam rasa percaya dengan kebolehan anak-anak. Jangan berprasangka anak tidak bijak dan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Dia sering merangsang otak kanan anaknya dengan perasaan kasih sayang manakala pada waktu malam menggunakan teknik sheseida iaitu bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur bagi merangsang otak kanan mereka.

Selepas kelahiran anak pertama Rania Qarissa, Watie terus berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya, malah dia tidak menunggu masa yang lama untuk merangsang otak Quzayra, anakknya yang kedua.

Pada usia lima bulan, dia terus menggunakan cara yang sama seperti mana diberikan kepada Qarissa dan semakin percaya yang semua bayi adalah bijak. Quzayra dilahirkan tanpa tulang pada tangan kanan bermula daripada pergelangan sehingga jari dan hanya daging semata-mata yang membentuk tangan dan jari.

Walaupun mempunyai ruas, jarinya tidak dapat dibuka, ditutup mahupun digerakkan seperti kebiasaannya. Istimewanya juga kerana tangan itu boleh dilentur ke mana saja tanpa rasa sakit.

Menurut Watie, kelahiran Quzayra cuma satu antara 32,000 kelahiran dan sebagai kanak-kanak istimewa berpenyakit symbrachydactyly, dia mahu membuktikan Quzayra mampu seperti mana kanak-kanak lain.

“Saya dapat rasakan yang sesungguhnya kelahiran Quzayra adalah untuk membuka mata saya dan suami terhadap keagungan ciptaan Allah dan menyebarkan setiap inci maklumat menerusi penglihatan, perasaan dan proses menerusi deria mata dan otak, seterusnya berkongsi dengan masyarakat melalui penulisan di alam maya.

“Ini bertujuan supaya masyarakat sedar betapa Allah SWT menciptakan setiap makhluknya itu sempurna dan kesempurnaan itu terlalu subjektif, terpulang kepada kita sendiri untuk melihatnya dalam bentuk yang berbeza,” ujarnya.

Kini, Quzayra yang dilahirkan pada 7 April 2010 mengagumkan ibunya dengan kebijaksanaannya. Quzayra memanipulasikan kekurangan dirinya dengan begitu baik sehingga tidak nampak kekurangannya.

Contohnya, walaupun memiliki tapak tangan kanan kecil dan lembut, dia bertepuk tangan menggunakan pergelangan tangan yang bertulang dan bukannya tapak tangan. Ini kerana sekiranya bertepuk tapak menggunakan tangan pasti tidak akan berbunyi berbanding lengan bertulang.

“Sebagai ibu saya berharap apa yang berlaku kepada Quzayra akan memberikan motivasi kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa supaya percaya dengan kebolehan anak-anak bagaimana sekalipun keadaan mereka.

“Tanamkan dalam diri yang anak kita boleh, bijak dan pandai, malah anak kita genius untuk melakukan apa yang kita tidak sangka dan dia boleh melakukannya.

“Tanamkan dalam minda yang kita teruja untuk melihat setiap inci perkembangan terbaru anak dan yakin mereka akan menunjukkan kehebatan mereka,” katanya.

Tambah Watie, apabila ibu bapa berada dalam minda positif, aura positif akan terpancar dan sentiasa mengelilingi diri mereka setiap masa. Ini sangat baik untuk perkembangan mental atau fizikal anak.

*******************************************************************************

KETIKA usia Quzayra sembilan bulan dan Qarissa mencecah dua tahun setengah, apa yang dilakukan Norhidawati dicatat dalam blog peribadinya.

Tanpa disangka penulisannya menjadi ikutan dan ikon kepada golongan ibu sehinggakan mereka meminta dia mengadakan bengkel mini mengenai pengalamannya mendidik Qarissa dan Quzayra. 
“Memang saya tidak yakin dengan kemampuan selama ini. Maklumlah untuk memberikan ilmu kepada ibu bapa, diri sendiri harus mempunyai ilmu pengetahuan yang meluas. 

“Sedikit demi sedikit daripada Quzayra saya membina keyakinan diri. Saya tambahkan ilmu keibubapaan menerusi pembacaan di Internet.

Menurut Norhidawati atau mesra dipanggil Watie, apa yang berlaku kepada Qarissa bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana semua bayi dan kanak-kanak adalah bijak dan mereka mampu melakukan apa saja sekiranya mendapat rangsangan yang betul daripada ibu bapa. 

Apa yang penting, ibu bapa harus mendapatkan ilmu terlebih dulu mengenai kepentingan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak sejak dilahirkan dan sehingga pembesaran mereka.

Seminar mini yang pertama diadakan di Wisma Bling Lustre pada 17 Julai 2010 dengan kehadiran 22 peserta. Setelah mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa serta pembaca blog, dia bertekad melakukan yang terbaik dengan membuka Genius Baby On Board pada Oktober 2010. 

Setakat ini, Genius Baby On Board sudah menjalankan beberapa seminar mengenai kepentingan rangsangan awal kepada anak-anak serta bengkel untuk kanak-kanak yang berbeza tema pada setiap minggu. 

Antara aktiviti ialah permainan, aktiviti fizikal, mengenal huruf dan seni bahasa merangkumi kraftangan bagi merangsang daya kreativiti mereka. 

Menurutnya, ramai ibu bapa kini kurang terdedah mengenai perkembangan awal kanak-kanak iaitu kepentingan memberikan rangsangan terutama pendengaran yang baik kepada anak mereka. 

Dalam erti kata lain, apa yang didengari oleh anak-anak sama ada melalui persekitaran, orang terdekat, kaca televisyen, cakera padat dan radio akan mempengaruhi perkembangan mereka. 

Justeru sebagai ibu bapa, sangat penting memastikan anak-anak mendengar sesuatu perkataan itu, tidak kira sama ada bahasa Melayu, Inggeris atau apa saja bahasa dengan sebutan dan pengucapan yang jelas. 

“Ini kerana bayi sangat bijak sehingga mereka boleh menyerap apa saja yang mereka dengar menggunakan deria pendengaran dan menyimpan maklumat itu di dalam otak sehingga tiba masa yang sesuai untuk mengucapkannya. 

“Bayangkan sekiranya anda ‘memberi makan’ kepada otak anak anda dengan perkataan yang tidak memberi sebarang makna atau pelat, bahasa pasar atau bahasa daerah, sedikit sebanyak ini akan tersimpan kemas di dalam otak genius mereka. 

“Justeru, pengalaman ini yang saya ingin kongsi dengan semua ibu bapa menerusi Genius Baby On Board supaya ibu bapa memulakan proses rangsangan kepada anak pada usia yang awal ketika dalam kandungan lagi,” katanya. 

Rangsangan boleh dilakukan di mana-mana saja tanpa mengira waktu dan tempat. Ini kerana proses pembelajaran tidak perlu dilakukan secara serius sebaliknya dilakukan seperti mana bermain supaya mereka tidak jemu atau tertekan ketika belajar, sekali gus menjadikan proses pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan. 

Bagi pembaca yang ingin menyertai seminar atau kursus anjuran Genius Baby On Board, boleh melayari laman sesawang www.geniusbabyonboard.blogspot.com  atau Facebook www.facebook.com/geniusbabyonboard.


post signature
post signature