Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Showing posts with label GBOB ECE Seminar. Show all posts
Showing posts with label GBOB ECE Seminar. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Parenting Seminar & Motivation Talk by Genius Baby On Board: 1 Mei 2013

PARENTING & MOTIVATION SEMINAR: 
KUASA OTAK ANAK: BAGAIMANA MENINGKATKAN KEPINTARAN MEREKA TANPA TEKANAN? 



Antara Topik Utama Yang Akan Dibincangkan: 

 # Psikologi Bayi & Kanak-Kanak
 # Bila Seharusnya Bermula Untuk Mengajar Anak?
 # Mengapa Mesti Bermula Seawal Usia? 
# Anatomi Otak & Kaitannya Dengan Fasa Perkembangan Anak 
# Bagaimana Otak Anak Berkembang? 
# Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Anak Dengan Mudah? 
# Kuasa Otak Anak & Potensinya 
# Pengendalian anak-anak yang mempunyai isu tingkah laku 

Objektif UTAMA Seminar & Motivasi ini: 

1: MENGUBAH secara TOTAL pandangan Ibu Bapa tentang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak dan betapa PENTINGNYA STIMULASI dalam 6 tahun PERTAMA hidup seseorang anak itu. 

2: Memberi kesedaran Ibu Bapa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak bukan setakat Alif Ba Ta, 123 dan ABC sahaja, ia lebih besar dari apa yang kita semua sangkakan. 

Output Seminar: 

1: Peserta yang hadir akan melihat "PENDIDIKAN AWAL" ini dengan dimensi yang berbeza dari apa yang mereka fahami selama ini dan Insya Allah, mengubah diri menjadi Ibu Bapa yang lebih bersemangat dan bermotivasi dalam menggunakan masa yang "sedikit", yang masih ada, untuk menstimulasi anak syurga masing-masing. 

2: Tidak menjadikan alasan "sibuk bekerja" untuk tidak menunaikan HAK anak dalam menerima pendidikan di rumah kerana telah mengetahui teknik-teknik yang boleh diaplikasikan serta merta untuk meningkatkan kepintaran anak dengan cara yang mudah, menyeronokkan dan berkesan. 

3: Setelah memahami fungsi otak & psikologi anak dlm seminar ini, para peserta akan menginsafi bahawa: Untuk melihat perubahan berlaku pada diri anak, Ibu Bapa yang WAJIB BERUBAH DAHULU! Insya Allah, melalui penerangan yang detail, para Ibu Bapa akan lebih menghormati anak, sabar dan merendah diri setiap kali bermain dengan anak kerana sudah memahami fitrah sebenar anak mereka. 

Tarikh & Lokasi: 1 Mei 2013 (Rabu), 9 pg - 5pm, Dewan Kuliah KISMEC (Kedah Industrial Skills & Management Development Centre), Sungai Petani, KEDAH. 

Harga: 
RM 170 seorang (Harga Early Bird sblm 30 Mac 2013) 
RM 199 seorang (Harga bermula 1 April 2013) 
RM 350 (harga suami isteri /psgn bermula 1 April 2013) 

*untuk harga suami isteri / psgn sebelum 30 Mac 2013, sila gunakan harga Early Bird RM 170 untuk pendaftaran. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Watie 016-2033340 atau emel ke geniusbabyonboard@gmail.com. Sila isikan borang di bawah selepas pendaftaran dibuat bagi memudahkan semakan.

https://docs.google.com/forms/d/1_6KtOF_JmcA0g9OgRupQmiC978hea7_ayAxsMs1c4E4/viewform

Kongsikan maklumat di atas jika anda rasa ia dapat mengubah hidup para Ibu Bapa yang anda kenali, Insya Allah. :)

post signature

Wednesday, August 29, 2012

Seminar ECE 17 September 2012: Pendaftaran Di Buka Sekarang!

Seperti yang saya beritahu siang tadi di Fanpage Genius Baby On Board, saya dengan ini membuka pendaftaran untuk Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk bulan September, seminar yang ketiga yang di adakan pada tahun 2012 ini. Seminar yang bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Pertumbuhan Otak Bayi ini akan dijalankan pada 17 September 2012, iaitu pada hari Isnin, sempena cuti ganti Hari Malaysia yang jatuh pada hari Ahad 16 Sept 2012.

Seperti Seminar yang lepas, kali ini juga saya akan mengadakan Seminar ini pada waktu pagi. Saya rasa jika saya lakukan Seminar ini pada waktu pagi, saya ada banyak masa untuk melayani pertanyaan dari para peserta saya. Harus saya ingatkan pada bakal peserta yang kemungkinan besar Seminar ini akan tamat lebih lewat dari yang dijadualkan kerana ia bergantung kepada sessi Q & A dan sharing dari para peserta yang hadir. Saya harap agar sesiapa yang berniat untuk menghadirkan diri di Seminar ini agar tidak membuat sebarang appointment dengan pihak lain di sebelah petang bg mengelakkan anda kelam kabut pada hari tersebut. Make sure every penny you spend to come to this Seminar worth okeh! So all of us akan puas hati, Insya Allah ..:)

Di bawah ini adalah maklumat tentang Seminar yang bakal diadakan:

Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh: 17 September 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pg - 3 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
Alamat: Genius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 5 September 2012 (Rabu), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *
Pakej Suami Isteri: RM 350 / couple. (Jika anda mendaftar awal @ Early Bird, sila gunakan harga RM 170/pax di atas. )

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387

Sila emelkan bukti pembayaran anda ke geniusbabyonboard@gmail.com dan pihak kami akan mengemelkan borang penyertaan kepada anda untuk di sini bagi proses penyediaan Sijil Kehadiran. Siapa yang patut hadir di Seminar ini?


  • Ibu & Bapa @ Penjaga Anak-anak Syurga:)
  • Guru-guru Taska @ Tadika
  • Ibu Mengandung & Bakal Ayah
  • Mereka yang berminat dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Semua yang terlibat dalam tumbesaran bayi & anak-anak anak sehingga usia 6 tahun.


Semoga anda mengambil kesempatan dan sisa-sisa masa yang masih ada untuk menambah ilmu dalam membesarkan anak-anak syurga anda. Memandangkan Watie begitu sibuk di hujung minggu dengan kelas Playgroup, Watie menggunakan sepenuhnya masa cuti ganti pada hari biasa untuk menjalankan Seminar ini agar ilmu & pengalaman yang saya ada dapat dikongsi dengan anda semua, semoga Allah SWT memberkati usaha ini dan kita semua diberi kesihatan dan kelapangan masa untuk sama-sama menambah dan berkongsi pengetahuan, Insya Allah.

Jumpa anda di GBOB!

post signature

Friday, March 30, 2012

Seminar ECE 1 Mei 2012: Pendaftaran Di Buka Sekarang!!


Seperti yang saya beritahu siang tadi,  saya dengan ini membuka pendaftaran untuk Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk bulan Mei, seminar yang kedua yang di adakan pada tahun 2012 ini. Seminar yang bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Pertumbuhan Otak Bayi ini akan dijalankan pada 1 Mei 2012, bersamaan dengan cuti umum yang jatuh pada hari Selasa.. Sengaja saya memberitahu anda pada akhir bulan Mac supaya mereka yang berminat mempunyai masa untuk mengumpul wang bagi menghadiri Seminar ini.:) Kalau nak jimat lagi, register sebagai Early Birds dan boleh jimat lebih lagi!

Seperti Seminar yang lepas, kali ini juga saya akan mengadakan Seminar ini pada waktu pagi. Saya rasa jika saya lakukan Seminar ini pada waktu pagi, saya ada banyak masa untuk melayani pertanyaan dari para peserta saya. Harus saya ingatkan pada bakal peserta yang kemungkinan besar Seminar ini akan tamat lebih lewat dari yang dijadualkan kerana ia bergantung kepada sessi Q & A dan sharing dari para peserta yang hadir. Saya harap agar sesiapa yang berniat untuk menghadirkan diri di Seminar ini agar tidak membuat sebarang appointment dengan pihak lain di sebelah petang bg mengelakkan anda kelam kabut pada hari tersebut. Make sure every penny you spend to come to this Seminar worth okeh! So all of us akan puas hati, Insya Allah ..:) 

Di bawah ini adalah maklumat tentang Seminar yang bakal diadakan:

Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi 
Tarikh:  1 Mei 2012 (Selasa)
Masa: 10.00 pg - 3 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
AlamatGenius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 15 April 2012 (Ahad), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *
Pakej Suami IsteriRM 350 / couple. (Jika anda mendaftar awal @ Early Bird, sila gunakan harga RM 170/pax di atas. )

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387

Saya melihat kembali entry yang saya tulis sebelum ini dan membacanya bait demi bait. Tentang betapa pentingnya ECE itu, dan ia bukan lagi sesuatu yang OPTIONAL tetapi adalah satu HAK yang wajib kita tunaikan sebagai ibu bapa dalam  menjaga amanah Allah SWT. Dan sungguh! Saya rasa terkesan dengan  penulisan itu, dan saya suka sekali ingin berkongsi bersama anda sekali lagi. Mungkin kali ini dan juga pada masa akan datang. Kerana kita ini mudah LUPA, dan seringkali tersasar. Dengan pembacaan yang berulang-ulang, berkali-kali, Insya Allah, kita akan ingat apa tujuan kita memberikan pendidikan awal ini kepada anak-anak. Apa nawaitu kita, dan bagaimana kita bertindak mengatasi cabaran-cabaran yang mungkin berlaku di sepanjang proses perkembangan anak-anak kita. So here we go ...let us remind ourself again & again ...:)

***************************************************************

Berkenaan Seminar ECE pula, Watie memang agak teruja dan berdebar juga, almaklumlah, dah lama juga tak buat Seminar kan.. ehhehe.. teruja sgt sebab ada banyak mender nak kongsi dengan para ibu bapa ni semua, kerana pengalaman Watie pun dah bertambah seiring dengan pertambahan usia (tua dah aku ni noksss..), pengalaman sendiri dan pengalaman org lain, ujikaji dan research serta penemuan sendiri melalui anak-anak dan pelajar-pelajar Watie membuatkan Watie rasa ECE ini bukan lagi sesuatu yang optional atau pilihan pada ibu bapa, bukan lagi sesuatu yang "kita buat kerana org lain buat", bukan lagi sesuatu yang "kalau ada masa buat baru nak buat", bukan lagi "tunggu dia besar lah baru htr sekolah, kesian nak pressure anak-anak kecil" dan 1001 lagi ALASAN yang diberikan semata-mata untuk menutup kelemahan diri kerana tidak berjaya mengaplikasikan ECE pada anak-anak. Pendidikan awal kanak-kanak adalah satu HAK, HAK dan HAK anak-anak kita yang TIDAK BOLEH KITA ABAIKAN SAMA SEKALI walau sesibuk mana pun kita, walau sebesar @ sekecil mana pun pangkat kita, walau sebesar @ sekecil mana pun gaji yg kita terima setiap bulan! Ini adalah HAK yang WAJIB kita tunaikan pada setiap anak-anak kita, tidak kira apa saja kelebihan dan kekurangan yang ada pada anak kita. Jangan sebab anak kita ada sedikit kekurangan dari segi fizikal, percakapan, perbuatan, perangai atau apa sahaja yg kita rasakan "memberi masalah", kita abaikan HAK anak kita dan kemudian menyalahkan takdir. Lepas tuh, dengan nada merendah diri (kononnya..) kita kata "Saya redha!". Gunalah bahasa dengan betul. Jgn cakap "Saya redha" selagi kita belum berusaha sehabis baik merubah keadaan. Dalam bahasa direct yg saya nak guna *maaf kalau ada yg tak suka, sila baca dengan gaya kerek, hehhee* "DEAL WITH IT!!!" Itulah warna warni kehidupan kita. Itulah yg harus kita hadapi dalam membesarkan anak-anak. Apabila kita sudah lakukan sehabis baik, sepenuh daya dan adanya perubahan *walaupun sedikit* dalam diri anak kita, ia adalah satu ganjaran yang lebih besar daripada wang berjuta! It's priceless, believe me!

Kenapa Watie cakap macam ni? Kerana Watie dah melaluinya dan masih berusaha membantu anak Watie dealing with her deficiency, sebab tu Watie berani cakap. Kalau sapa masih ingat, Watie ada ceritakan dalam entry INI bagaimana perlakuan @ behaviour Qarissa berubah selepas ketiadaan maid, dia tantrum dengan  sangat teruk secara tiba-tiba, ditambah pula dia agak lambat bercakap dan tidak sesosial seperti mana yang Watie inginkan walaupun dari usia seawal 3 bulan, Watie dah bawa dia ke Gymboree untuk bersosial. She's ok with friends but most of the time she like to be alone. Then, bila campur dengan anak-anak my eldest sister masa awal2 Watie takder maid dulu, baru nampak yg Q needs help in social & interaction skills, lebih lagi dari apa yang Watie lakukan selama ini. Straight away Watie bawak Qarissa to diagnose her sebab nampak ada tanda-tanda ASD (Autistic Symptom Disorder) dalam dirinya. First diagnosed, Doktor kata its a mild one on behaviour and speech dan ada banyak faktor luaran yang mungkin menjadi penyebab berlakunya keadaan sedemikian, lagipun its too early to tell sebab Q baru 2 tahun 9 bulan masa tu. Then the 2nd appnt & diagnosed at 3 years 3 months, Dr kata she's not an ASD and very normal for children to act & behave like that *kena bebel summore sebab dia kata I anxious  sgt*. Apa pun istilah, label atau komen yang Doktor berikan, hanya satu yang bermain di kepala Watie ketika itu, "HOW I CAN HELP MY DAUGHTER  TO OVERCOME THIS & BECOME BETTER?" Seriously, itu sahaja yang Watie fikirkan ketika itu. Yang lain tolak tepi! Of course, as a mother, ada sedikit rasa terkilan kerana perkembangan sosial & komunikasi anak kita agak kurang berbanding anak orang lain walaupun kelebihannya yg sangat ketara adalah her reading skills, tapi dah namanya pun manusia, kita tidak akan pernah puas! But again...Watie tidak sekali-kali membenarkan perasaan terkilan itu menghalang Watie dari melakukan apa yang sepatutnya Watie lakukan as a mother. Bersyukur juga kerana Watie bergiat dalam bidang ECE consultation & motivation, Watie dapat merubah keadaan negatif kepada positif  dengan cepat dan back on track as soon as I know my daughter needs help. Kerana apa?? Kerana Watie tahu itu adalah HAK anak Watie untuk dapat rawatan yang terbaik dalam mengatasi kekurangan dirinya. Hingga kini, Watie masih lagi membantu bukan sahaja Qarissa, tetapi juga Zayra dalam melayari kehidupan kanak-kanak mereka dengan penuh gembira dan penuh dgn ilmu serta skill kehidupan tanpa mereka sedari - kerana semuanya dalam bentuk PERMAINAN dan TANPA TEKANAN! Ia tidak akan terhenti setakat ini, ia akan berterusan sehinggalah mereka boleh berdikari sendiri, tidak kira berapa lama masa yang mereka perlukan untuk berdikari sendiri. Dan apabila perubahan positif dalam diri Qarissa berlaku hari demi hari dengan penuh kejaiban, ia adalah satu momen indah yang tidak dapat diganti dengan segunung  @ selautan wang, intan mahupun berlian! Its totally priceless that I can't describe in words!! Itulah kepuasan hakiki yang Watie rasakan sebagai seorang ibu. From time to time, pasti akan ada sahaja kerenah anak kita yang kita sendiri tidak dapat gambarkan atau bayangkan apa yang akan berlaku di masa akan datang, tetapi kita pasti akan mengharungi dengan penuh gigih tanpa mengeluh sedikitpun kerana kita tahu, kita sudah pun menunaikan HAK anak kita untuk mendapat yang TERBAIK dalam hidupnya!

Mesti pembaca semua pelik kan, kenapa si Watie ni membebel bukan main panjang mukadimahnya, dan ianya hampir tiada kaitan dengan Seminar yang bakal dilakukan? Hehehe.. If you think that this whole story  is not related at all,  let me tell you that you're TOTALLY WRONG!! my dear readers. Yesss!! This Seminar is NOT ABOUT YOUR GENIUS CHILD! It's ABOUT YOU!!! It's ALL ABOUT YOU! Anda tidak perlu risaukan anak anda di rumah, mereka baik-baik sahaja, mereka memang genius! Apa yang sepatutnya anda risaukan adalah DIRI ANDA SENDIRI!!! How you change your mindset towards the ECE that counts! Itu yang sepatutnya perlu anda risaukan sekarang! Bagaimana anda melihat betapa pentingnya ECE dalam kehidupan awal anak anda sehingga anda sanggup mengenepikan masa anda, wang ringgit anda dan tenaga anda hanya untuk  "belajar menjadi bayi dan kanak-kanak semula??" Selepas anda faham betul-betul tentang perkara ini, percayalah cakap saya, "YOU WILL DO ANYTHING WITHIN YOUR POWER & WHATEVER IT TAKES TO GIVE THE BEST FOR YOUR CHILD!!!"

Saya terpanggil untuk menulis entry dengan gaya begini kerana saya dapati sgt ramai, terlalu ramai ibu bapa yang inginkan anak mereka menjadi pandai, bijak, cerdik, smart, genius dan pelbagai istilah lagi sehingga mereka terlupa bahawa ANAK ITU SEMEMANGNYA DILAHIRKAN GENIUS!!! Mereka terlupa bahawa MEREKALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENJADIKAN ANAK MEREKA TIDAK GENIUS LAGI! Apa yang terakam dalam otak dan minda kita selama ini sebagai ibu bapa adalah - "25 A1 adalah GENIUS!" atau "Masuk OXFORD di usia 10 tahun adalah GENIUS!" atau "Membaca di usia 1 tahun adalah GENIUS!!" *erkkk..macam perli diri sendiri jer..?ekkekek..and the list goes on...Biarlah saya berterus-terang di sini. Anda TIDAK AKAN DAPAT ITU di SEMINAR saya. Apa yang anda akan dapat adalah satu kesedaran dan keinsafan betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, betapa singkatnya masa yang kita ada dalam menunaikan HAK anak-anak kita dan mengapa kita harus melakukan semua ini di awal-awal kehidupan mereka. Its a TURNING POINT for all of you, I can say that. Ia akan merubah pandangan anda 100% terhadap pendidikan awal itu sendiri. Dan, Insya Allah, anda akan jadi org yg berbeza selepas anda melangkah keluar dari pejabat GENIUS BABY ON BOARD nanti. Anda adalah ibu bapa yang baru, yang mengerti kenapa anda harus  memberi pendidikan awal kepada anak-anak, anda tidak lagi memandang enteng atau memandang rendah pada ECE atau lebih teruk lagi, mengutuk atau memperlekehkan mereka yang mengaplikasikan ECE pada anak masing-masing. Kerana anda sudah betul-betul mengerti apa ECE itu sebenarnya. Ia lebih besar dari 25A1 yang anda harapkan dari anak anda, lebih penting dari masuk Oxford di usia 10 tahun yang anda impikan akan berlaku dalam kehidupan anak anda malah lebih bermakna dari membaca di usia 1 tahun yang anda inginkan dari anak anda. Ia sememangnya lebih dari itu pembaca yang tersayang. Percayalah, ia lebih dari itu..Sebab itu saya katakan -  It's NOT About Your GENIUS Child, It's All About YOU! 


Something to think about before I end the entry:

  • Jika saya tidak mengubah diri saya menjadi lebih POSITIF tatkala mendengar khabar yang anak kedua kesayangan saya cacat di tangan kanan ketika kelahirannya, adakah anda rasa saya akan kembali berblog? Mewarwarkan dan memberitahu kepada dunia seolah-olah bangga bahawa anak kedua saya dilahirkan kekurangan dari segi fizikal, yang mana ketika itu nama saya sudah agak dikenali ramai dikalangan para bloggers yang mengikuti kisah anak sulung saya?? 
  • Jika saya rasa saya ini sudah CUKUP BAGUS dan PAKAR dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, adakah anda rasa saya akan berterus terang pada anda semua, hakikat yang saya juga ada melakukan kesilapan yg saya akui dalam entry "Mencacatkan Anak Sendiri", yang dibaca ribuan orang hujung tahun lepas? Bukankah ia seperti "membuka pekung di dada" kepada seluruh dunia, yang mana artikel tersebut turut di kongsi bersama rakan-rakan & keluarga terdekat, sedangkan ketika itu saya sudah mempunyai follower tegar, samada secara nyata dan silent reader, saya juga ada pelanggan tetap dan perniagaan yang berkaitan dengan ECE seperti Playgroup, Seminar & Bengkel? Mengapa harus saya berbuat begitu?
  • Jika saya ambil mudah, ego dan berada dalam "in denial" state tatkala saya menyedari yang anak sulung saya memerlukan bantuan dari segi social dan interaction, adakah anda rasa saya akan segera berjumpa Doktor di PPUM utk mendiagnosis anak saya, dan demand pada Doktor Kanak-Kanak di sana yang saya inginkan Sessi Occupational Therapy untuk saya dan anak hadiri bersama bagi membantu mengatasi kekurangan tersebut? Bukan itu sahaja, walaupun pertemuan kali kedua dengan Doktor mengatakan yang anak sulung saya ok-ok sahaja, nothing to worried about, saya masih tetap mahu hadir ke Sessi Therapy tersebut dan melakukan aktiviti-aktiviti permainan dengan lebih fokus yg khusus untuk meningkatkan skill anak saya di rumah. Kenapa harus bersusah payah selepas diberitahu berita gembira itu? 
Hanya SATU SAHAJA jawapan untuk semua soalan di atas  iaitu : It's ALL ABOUT ME!! Saya yang menentukan apa yang saya ingin lakukan terhadap kehidupan saya dan kehidupan anak-anak kecil saya! Saya mengambil sikap - Sebelum saya mengubah anak-anak saya, keluarga saya, mengubah anda semua dan mengubah orang lain, saya MESTI mengubah diri saya sendiri! Saya mesti melawan rasa takut saya, rasa malu saya, saya negatif dalam diri saya dan segala macam perasaan berbaur yang timbul ketika berada dalam situasi-situasi yang boleh dikatakan "sukar" seperti di atas. Sememangnya ia sgt mencabar, dan seperti yang saya tulis dalam rangkap kelima di atas, itulah yang saya katakan pada diri saya sendiri setiap kali saya berhadapan dengan situasi seperti ini - "DEAL WITH IT! DEAL WITH IT WATIE!", dan secara perlahan-lahan, saya berjaya mengusai akal dan fikiran saya untuk melakukan perkara yang harus saya lakukan sebagai seorang ibu, kerana saya cuba sedaya upaya saya untuk meletakkan HAK anak-anak saya ditempat yang sepatutnya ia diletakkan. 

Melalui cerita-cerita dalam entry saya selama ini, anda boleh lihat yang saya lebih suka gunakan pengalaman saya sendiri kerana secara peribadi, itu lebih berkesan kerana saya bercerita dari hati. Lagipun, saya berpendapat yang blog ini juga adalah diari kehidupan saya dengan keluarga dan anak-anak, bila mereka besar nanti, saya ingin mereka baca apa yang telah saya lalui sepanjang membesarkan mereka dan saya ingin mereka tahu yang saya bangga menjadi ibu mereka walau siapa pun mereka, walau bagaimana pun keadaan dan tingkah laku mereka ketika kecil. Di samping itu juga, saya ingin semua pembaca saya tahu yang saya ini juga ibu biasa, sama seperti anda semua, yang mungkin melakukan kesilapan dengan anak-anak tanpa saya sedari, yang kadangkala saya gagal mengawal emosi marah saya ketika anak-anak saya buat perangai, dan kemudian saya melakukan perkara yang membuatkan saya menyesal ketika emosi saya kembali stabil. Kita semua manusia biasa, kesilapan itu sering saja melingkari hidup kita, walaupun betapa bagusnya kita, walaupun betapa hebatnya kita di mata orang. Saya ingin anda tahu yang tiada sesiapa pun yang sempurna di sini, saya buat silap, anda juga buat silap. Apa yang lebih penting, adalah MENYEDARI KESILAPAN itu dan BERUSAHA MEMPERBAIKINYA secepat mungkin. Ia bukannya mudah, itu saya akui, kita semua ada ego masing-masing, bagaimana kita mengawal ego dalam kembara mencari satu ilmu yang sebelum ini tidak pernah @ kurang kita ambil tahu, bukanlah sesuatu yang mudah. Terus terang saya katakan, satu ketika dahulu, saya bukanlah WATIE seperti yang anda kenal sekarang dr segi "tahap kesabaran" dengan anak-anak kecil. :)   Siapa sangka, kini saya dikelilingi bayi dan kanak-kanak hampir setiap hari. Dan saya percaya, ianya kerana frasa "It's All About ME!". Saya yang inginkan ianya berlaku, saya sedia berubah demi untuk memastikan ianya berlaku dan saya sanggup menghadapi cabarannya kerana sayalah yang menentukan, membenarkan dan merelakan ianya berlaku dalam hidup saya. Anda bagaimana? Bersediakah anda berubah demi anak anda???


***************************************************************
Jika  YA, jumpa saya di Seminar ini pada 1 Mei 2012 - Selasa @ 10 am. Cuti hari pekerja, dan kita bekerja untuk membahagiakan anak & keluarga, maka ambillah kesempatan hari cuti ini untuk mendapatkan satu ilmu yang sangat berguna, sebagai pelaburan untuk anda gunakan bukan hanya untuk anak yang ada, tapi juga untuk anak yang bakal tiba di masa akan datang, Insya Allah ..:) Jumpa anda 1 Mei ini..Salam sayang..

post signature

post signature

Seminar ECE 6 Feb 2012: Full Board, Full Energy & Full Of Information!

Wow! Tak pernah saya lewat sampai macam ni skali untuk updates pasal Seminar ECE! Dah nak masuk 2 bulan dah pun ni ha ..barulah dapat update story dalam blog. Ada cerita di sebalik kelewatan ni sebenarnya. Saya dah create entry dengan penuh semangat sampai 4-5 jam depan Lappy, siap berhenti dan sambung semula kerja-kerja penulisan, lepas dah siap semua, saya save as usual, tetapi secara tiba2 semuanya HILANG! Yer..HILANG!!! Macam nak giler Watie cuba cari semula entry tuh, back space jgn citer lah .. memang tu yang 1st skali Watie buat..then, cari dalam history rekod, cuba sedaya upaya untuk dapatkan balik data yang ada, tapi sayangnya, memang takder rezeki untuk dapat balik all the info. Memang sgt frust.. sgt kecewa dan terus down...Rasa cam nak nangis pun ada. Terus malas nak buat apa2 tau. Bayangkan semuanya dah siap .. dah save pun tp with just a click, everything GONE! Jangan tanya saya kenapa, sampai hari ni saya tertanya2 kenapa tiba2 data tu hilang dan tak boleh retrieve semula.. Sgt sedey ... tapi apa pun .. perjuangan mesti diteruskan. Lama juga saya amik masa nak menulis pasal Seminar yang telah berlangsung tuh. Frust tak boleh nak cakap.. ehehehe..:) 


Peserta Seminar ECE @ GBOB - 6 Februari 2012

Saya bersama Puan Fatin

Tapi saya masih perlu berkongsi cerita dgn anda semua betapa seronoknya saya hari itu kerana Seminar saya dihadiri oleh 16 para ibu bapa, siap terlebih sorang dari yang apa yang saya tetapkan. :) Saya harus berterima kasih sebanyaknya kepada Allah SWT kerana membantu saya dan mengembalikan suara saya yang hilang dalam minggu tersebut. Kalau sapa masih ingat, awal bulan Februari, Watie diserang sakit tekak yang agak kronik dan memang langsung orang tak boleh paham apa yang saya nak sampaikan. saya cukup risau tapi syukur sgt, pagi 6 Feb 2012 itu, suara saya dikembalikan Allah untuk tempoh 6 jam dan habis sahaja Seminar, tekak saya sakit kembali! Hebat kan kuasa Allah ..:) Allah memberi saya peluang untuk berkongsi dengan para ibu bapa semua dan selepas habis tanggungjawab itu, Allah kembalikan sakit saya supaya saya boleh berehat sepenuhnya dan jangan terlalu kuat bekerja sampai kesihatan tak terjaga..:) Hmmm..ada cerita juga yang berlaku sepanjang bulan Februari & Mac ini, takperlah, biar saya simpan sahaja, nanti bila kena masa dan ketikanya, saya akan berkongsi dengan semua..:)  

Kemainn lagi membebel noooo!
Saya bersama Puan Azza. Kurusnya ko yang ..jeles akak tau! Hehehe
Saya bersama Puan Sabrina. Salute you dear!! 

Seminar kali ini agak istimewa dari Seminar yang lepas-lepas, selain dari kehadiran yang penuh, terdapat 2 peserta yang datang dari luar Kuala Lumpur, drive all the way from Kuantan & Ipoh, iaitu Puan Rohana Fara & Puan Jegie. Saya sangat bangga dan berterima kasih pada mereka kerana sudi meluangkan masa menghadiri Seminar saya dan semoga mereka mendapat manfaatnya. Ini juga merupakan kali pertama Seminar saya dihadiri oleh peserta yang bukan berbangsa Melayu, iaitu Puan Jegie. Saya sangat terharu kerana jujur saya katakan, apabila saya membuat Seminar ini, fokus saya sudah tentu untuk menyebarkan maklumat, berkongsi info dan membantu mereka yang sebangsa & seagama dengan  untuk memahami dengan lebih jelas kepentingan ECE terhadap anak masing-masing. Ini kerana, satu ketika dahulu, saya dapati ECE lebih mudah diterima dan diamalkan oleh kaum lain sepeti Cina & India di Malaysia berbanding kaum Melayu. Alhamdulillah, senario ini kian berubah dengan baik sekali dan kini saya dapati ramai para ibu bapa muda di kalangan kaum Melayu mula mengakui hakikat kepentingan Pendidikan Awal itu dan bukat setakat mengakui tapi turut mengamalkannya. Kerana itu, bila ada Puan Jegie yang berbangsa India menghadiri Seminar ini, saya gembira kerana ini bermakna perkongsian saya terhadap ECE ini mendapat tempat juga di hati kaum yang lain. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan dan saya akan perbaiki lagi mutu penyampaian saya dari masa ke semasa demi untuk memastikan misi saya tercapai. Insya Allah ..:) 

Saya bersama Puan Jegie. Thanks a lot dear!
Saya bersama Puan Sarah. Excited nak tunggu baby keluar! Hehehhe
 
Kenal kan sapa nih? Hhehehe.. Ni lah partner saya di JB- Teacher Aida yang fun & havoc! Jika anda berada di JB atau ada saudara mara di JB yang anaknya berusia antara 12 bulan- 4 tahun, bolehlah ajak datang ke GBOB JB @ layari Fanpage GBOB JB - www.facebook.com/gbobjb

Saya juga harus berterima kasih dengan Puan Intan Juliana kerana walaupun suaminya tidak sihat dan dimasukkan ke hospital, beliau masih tetap datang ke GBOB untuk mendengar apayang ingin saya kongsikan pada hari tersebut. Itulah namanya komitmen. Beliau membawa anak kecilnya bersama kerana ingin sama-sama menggali ilmu pada hari tersebut. Seminar kali ini juga dihadiri oleh 2 bapa hebat iaitu Encik Radzi & Encik Fauzi bersama isteri masing-masing. Dan, seperti biasa, terdapat juga ibu mengandung iaitu Puan Sarah  yang mengandung anak sulung & Puan Rossa yang kini mengandung anak kedua. Saya sangat bangga dengan mereka kerana bersemangat untuk mengaplikasikan apa yg telah saya kongsikan pada hari itu. Selain itu, ada juga para ibu yang datang dari pelbagai latar belakang seperti Puan Rosmah, Puan Fatihah, Puan Fatin, Puan Linda, Puan Azza, Puan Sabrina, Teacher Aida & Puan Shareena dan saya sangat kagum dengan semangat untuk melakukan yang terbaik pada anak masing-masing yang mereka tunjukkan.

Suasana Seminar. Cool & Relax tapi otak sgt penat & stressed! Hahhaha
Saya bersama Puan Intan Juliana
Saya bersama Puan Rossa. Pretty preggy Mommy!

Melihatkan semangat dan kesungguhan mereka yang sanggup datang dari jauh, dalam apa juga keadaan yang berlaku, membuatkan saya terfikir, tidak ada lagi ALASAN yang boleh diberi oleh mereka yang suka MENCIPTA ALASAN untuk tidak menghadiri Seminar @ kursus-kursus sebegini. Tidak perlu memberikan alasan-alasan seperti jauh, susah, leceh, dan alasan paling sering digunakan- BUSY. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang tidak busy. Semua orang pun busy. Jika anda tidak busy, ada sesuatu yang TIDAK KENA dengan anda, Mungkin anda seorang yang telah PENCEN dan tidak tahu apa yang ingin dilakukan atau anda terlantar dirumah dan perlukan bantuan dari orang keliling untuk membantu menguruskan anda. Yer, kita semua busy, tetapi bagaimana anda menguruskan urusan kesibukan anda itulah yang membezakan anda dengan orang lain. Kalau saya katakan, sesiapa yang datang ke Seminar saya akan dapat 2 jongkong emas dengan berat 100g setiap seorang, apa tindakan anda? Percayalah, anda akan tetap datang walaupun duduk di hujung dunia, walaupun terpaksa bertongkat hanya kerana ingin mendapatkan jongkong emas tersebut bukan?? Yer, kerana adanya DESIRE dalam hati dan diri anda untuk mendapatkannya!! Samalah juga dengan kes Seminar ini. Jika anda rasa ianya penting untuk anda, untuk anak anda, untuk generasi anda, anda akan tolak tepi semua kesibukan anda untuk satu hari dan meluangkan masa untuk mendengar apa yang ingin saya kongsikan. Agak menyedihkan apabila ada ibu bapa yang tidak kisah menghabiskan wang beratus ringgit untuk membeli pakaian dan barang mekap sendiri tetapi berkira apabila ingin mendalami ilmu untuk memberikan yang terbaik pada anak mereka. Percayalah Mommy & Daddy, ilmu yang anda dapat dengan pelaburan yang SEKALI ini dapat dapat digunakan selama-lamanya. Bukan hanya untuk seorang anak, tetapi untuk anak-anak yang akan datang juga, tetapi baju dan mekap yang anda beli setiap bulan itu akan habis atau tidak boleh lagi dipakai apabila sampai waktunya. Kerana itulah saya tidak kisah melaburkan wang untuk membeli buku-buku keibu-bapaaan, perniagaan dan motivasi diri kerana ia satu pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding membeli mekap & baju!

Tekun mendengar ..:)
Proud of uols! Sayang tak dapat ambil gambar semua sbb ada yang kena balik cepat. Biasalah, seminar Watie ni kalau tak lambat habis tak sah! Hehehhe
Saya bersama Puan Shareena

Saya sangat menyukai Sessi Seminar seperti ini kerana saya dapat berjumpa dengan pelbagai latar belakang Mommy & Daddy, berkongsi kisah dengan mereka dan secara tidak langsung saya juga belajar sesuatu yang baru serta menambah ilmu pendidikan awal saya dengan lebih banyak lagi. Seperti contoh, berkongsi kisah dengan Puan Sabrina membuatkan saya rasa sangat risau, dan turut merasa "ketakutan dan rasa cuak" yang agak mendalam. Saya sangat menghormati kerja beliau yang mana beliau bertugas sebagai seorang guru yang mengendalikan kanak-kanak yang delay dalam pembelajaran. Apa yang membuatkan saya terkejut, beliau menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak darjah 6 *bukan 6 tahun yer .. tapi darjah 6 @ 12 tahun* yang masih TIDAK BOLEH MEMBACA di sekolah tersebut!. Sungguh saya tersentak dan seolah-olah satu batu besar menghempap kepala saya! Maaf jika saya silap info, sebab saya dah hampir lupa maklumatnya, tapi kalau tak silap saya, kanak-kanak ini normal sebenarnya tapi di kesan delay apabila memasuki sekolah. Saya sedih sebenarnya, dalam keadaan negara yang ingin menuju ke arah negara maju, penuh dengan kemudahan, internet dihujung jari, banyak facilities dan bantuan, masih terdapat kanak-kanak yang sangat lemah di usia 12 tahun! Saya tidak suka menyebut "Siapa yang harus dipersalahkan?" kerana  saya sendiri tidak tahu latar belakang kanak-kanak itu. Adalah tidak adil saya ingin menyalahkan ibu bapanya kerana mungkin mereka berusaha bersungguh-sungguh membantu anak mereka tetapi masih tidak berjaya atau belum menunjukkan peningkatan ketika ini. Tetapi apabila mendengar cerita salah seorang peserta Seminar saya yang juga hadir pada hari itu, di mana iparnya yang TIDAK PEDULI dengan perkembangan mental dan fizikal anak yang kini sudahpun berusia 7 tahun, saya turut rasa marah dan geram juga. Atas alasan "tidak mahu memaksa anak atau membebankan otaknya", ibu bapa ini langsung tidak melakukan apa-apa untuk membantu anak mereka yang TERNYATA sangat lemah dalam pelbagai perkara. Hinggakan sangat ketara perbezaan antara anak ini yg berusia 7 tahun ini dengan anak peserta Serminar ini yang berusia 4 tahun dari banyak segi, samada dari segi membaca, menyelesaikan masalah, berfikir baik dan buruk dan sebagainya. Bagaimana yer, seorang ibu dan bapa itu tega melihat sesuatu yang tidak betul berlaku di depan mata tanpa rasa risau dengan perkembangan anak sedikit pun? Sungguh saya tak dapat memahami perkara itu. Sedangkan Qarissa yang saya dapati memerlukan bantuan yang lebih dari segi sikap *tantrum & attachment disorder* dan percakapan *late talker* ketika di usia 2 tahun 9 bulan dahulu, saya dah kelam kabut pergi sana sini untuk belajar dan memastikan saya dapat membantunya dari 2 segi itu, tapi rupanya masih ada ibu bapa yang langsung tidak rasa bersalah membiarkan anak mereka terkapai-kapai mencari penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi  itu. Hmmm..sedih rasanya ..Saya risau, kerana makin lambat di perbaiki masalah ini, keadaan akan jadi makin sukar. Yang lebih ironik, kedua-dua ibu bapa ini lulusan Ijazah Universiti dan peserta Seminar saya lulusan SPM sahaja! :) Dari sini, kita dapat lihat betapa "keturunan" itu tidak begitu memberi nilai tambah kepada perkembangan otak anak. Maksudnya, ibu bapa yang bijak, otaknya geliga, belum tentu lagi anaknya akan turut pandai jika tidak distimulasi dengan betul dan begitulah sebaliknya. Apa yang lebih penting adalah STIMULASI, dan kita harus sedar yang STIMULASI itu perlu di lakukan dalam tempoh 3 tahun PERTAMA usia anak, dan BUKAN 3 tahun SELEPAS anak berusia 8, 9. atau 10 tahun! Hasilnya sama sekali TIDAK SAMA! 

Saya bersama Puan Fatiha. Happy go lucky Mom tapi asyik takuttt jer ..ahaks! But getting better lepas ajak Hariz dtg trial Playgroup @ GBOB.
Saya bersama Puan Linda.

Sebagai consultant ECE, saya akan cuba memberikan nasihat yang terbaik untuk semua para ibu bapa yang ingin mendengar apa yang saya kongsikan tetapi ia terpulang kembali kepada mereka samada ingin mengaplikasikannya atau tidak. Saya tahu kesibukan kita mencari nafkah untuk keluarga, lebih-lebih lagi hidup di bandar besar yang semuanya mahal, kadang-kadang menyebabkan sesetengah perkara yang penting dalam hidup anak kita agak terabai, saya faham, tetapi kalau tidak boleh setiap hari, sekurang-kurangnya seminggu sekali tu luangkan lah masa dengan anak. Fahami isi hati mereka dan selami dunia anak anda. Sebenarnya tidak susah untuk anda membuatkan anak tersenyum dan mempelajari sesuatu yang baru dari anda setiap hari. Sambil anda mandikan anak, buatkan susu anak, atau memakaikan pakaian anak, banyak perkara yang anda boleh sentuh dan berbicara dengan mereka secara efektif dalam masa yang sama. Saya telah mengamalkannya dan saya dapati ia sememangnya menjimatkan masa saya. Mana yang saya boleh buat at 1 go, saya akan buat, jadi saya jimat masa sedikit. :) 

Saya bersama Encik Fauzi, suami Puan Sarah. 
Saya bersama Puan Rosmah.
Saya bersama Encik Radzi, suami Puan Rosmah. 

Insya Allah, saya akan membuka pendaftaran untuk Seminar saya yang akan datang, iaitu pada 1 Mei 2012. Saya akan buat satu entry khas dalam masa terdekat ini, dan siapa yang berminat untuk meyertai saya, bolehlah berbuat demikian. Sengaja Watie bgtau akhir bulan 3, agar anda boleh menyimpan wang gaji anda untuk hadir ke Seminar ini, dan seperti biasa, jika anda cepat membuat pembayaran, anda akan mendapat harga Early Bird, Insya Allah. Nantikan entry saya mengenai Seminar bulan Mei ini. Insya Allah, jika sambutan yang diterima menggalakkan, ada lebih dari 20 peserta, I'm thinking of doing the Seminar at other place, bukan di GBOB. Kita tgk macam mana sambutannya. Saya lebih suka buat dipejabat, lebih santai dan relax, tapi kalau ramai peserta, saya harus pastikan tempat yaang lebih selesa untuk semua. We see how, i will confirm the place later yer ..:) Until then, jgn lupa simpan duit gaji bulan ni untuk ke Seminar di bulan Mei nanti! Cuti umum tuh tau .. not on weekends, but on Tuesday. :) 

Saya bersama Puan Fuzah
Saya bersama Puan Rohana Fara. Pretty Mommy from Kuantan..:)
Shopping after Seminar habis...

post signature
post signature

Wednesday, February 8, 2012

Testimoni ECE Seminar 6 Feb 2012 @ GBOB HQ

 Alhamdulillah, kelmarin @ hari Isnin yang lepas, sempena cuti Maulidur Rasul, GBOB telah pun berjaya mengadakan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang pertama kalinya buat tahun 2012 ini. Insya Allah, satu entry khas mengenai Seminar ini akan Watie buat kemudian kerana semua gambar ada kat hp hubby .:) Kat hp Watie cuma sempat amik gambar borang Testimoni sahaja. So, sebelum Watie lupa, lebih baik Watie share kan dalam blog dulu. Hehehe..


Full board Alhamdulillah ..gambar yg hubby kongsi kat FB beliau, saya rembat lah kan .. hehehe.. banyak lagi kat hp dia tapi tak sempat transfer ...)

I'm happy to share with uols the Testimoni written by my participants. Sepatutnya ada 16 testimoni, tapi bila dah habis, saya cek, cuma ada 11 jer, maybe saya tak perasan kat mana diletakkkannya yg lagi 5 borang, atau borang Testimoni tuh takder dalam file peserta menyebabkan mereka juga tak dapat nak tulis dan beri feedback. Alhamdulillah, nampaknya semua berpuas hati dengan Seminar ECE ini dan sesungguhnya ia merupakan satu seminar yang berjaya membuka mata dan hati mereka betapa pentingnya ECE itu sendiri dalam kehidupan anak masing-masing. Jom kita tgk apa yang mereka tulis okeh :) Sorry Watie kena hitamkan hp mereka utk menjaga privacy my participants but no worries, kalau rasa nak hubungi mereka, bolehlah gunakan emel yang disertakan dalam borang tu. Takut nombor tuh disalah guna oleh mereka-mereka yang suka "menjual hp number" pelanggan pada syarikat2 tertentu yang buat Telemarketing..ekekekke:) Tu okeh lagi .. kalau dia jual nama GBOB @ nama Watie pada my clients, lagi haru oooo... So, jom tengok.. :)

Fatiha: Seminar ini beri kesedaran pada saya - masa prime time anak yang perlu dihargai sepenuhnya. Doakan saya dapat usahakannya dengan anak-anak. Amin.  (*Amin, saya doakan. Mari kita sama-sama doakan semua ibu bapa berjaya mendidik anak mereka dengan baik dan sempurna, Amin..)
Aida AtiqahSeminar yang sangat bagus! Sekarang saya menyedari betapa pentingnya kita kena menghabiskan masa bersama anak-anak. Teringat pulak ayat "Hargailah seseorang / sesuatu sebelum kita kehilangannya'. Berikan hak yang sepatutnya untuk mereka. (*yess..kerana masa itu tidak akan berulang lagi. Its only once in your life time. :)
AzzalinaKnow you, Playgroup & Seminar was the best moments in my life and that was good information that I get. Bout the Seminar, Teacher Watie need to control emotion, hehehe..kita pun sedih bila Teacher sedih.  (*tergelak saya baca testimoni ni, tu lah salah satu sebab saya elak2 nak buat selalu Seminar nih, susah betul nak kontrol kesedihan saya terutamanya bila kita tahu hakikat dan masa yg kita ada tidak lama, hubby kata nanti nampak tak "pro" bila nangis..but I just cant help it, but suprisingly, saya dapat kontrol juga hari Isnin tu, tak meleleh dah macam yg dulu-dulu. Hehehe.. bertakung jer sebab dah berhari-hari I talk to myself, to control my emotion sehabis baik, dah lah suara serak teruk, kalau meleleh, habislah semua hingus kuar dan suara lagilah teruk hilang..Allah memang bantu saya hari tu .. Amin...) 
Muhamad FauziIt teach me what is early Childhood all about. Very beneficial to us. Every parents should attend this Seminar. (* En Fauzi adalah salah satu dari 2 orang Daddy yang hadir pada hari tersebut. Respect him, she came with her sweet wife yang preggy 13 minggu, anak pertama! And I know they got the input that they can applied to the baby in the womb! Yeahhh!) 
Mahfuzah AbasVery good Seminar. Really membuka mata saya ECE ini sangat penting (*Fuza nih lagi best, kelakar dia cerita macam mana dia tahu pasal GBOB. Katanya, dia baru sangat tahu pasal kewujudan GBOB ni. Asalnya dia nak tahu pasal Little Reader. Google punya google, terjumpa blog yang ada cerita pasal LR dan juga GBOB dalam tu. Terus lah masuk blog GBOB dan kebetulan tahu yang Watie buat Seminar. Tak fikir panjang, terus mendaftar untuk hadir. Yer..semudah itu!)
Intan JulianaSeminar yang sangat bagus. Memberikan pendedahan tentang teknik-teknik yang dipakai dalam ECE memandangkan kesedaran tentang ECE itu sudah ada, cuma kekurangan ilmu, kesabaran, "courage", semangat untuk menjalankannya secara konsisten. (*Saya tumpang simpati dalam masa yang sama sangat berbangga dengan semangat Intan yang sanggup hadir walaupun suaminya di tahan di wad kerana disyaki demam denggi, pada awalnya beliau mengatakan tidak dapat hadir keraana tiada siapa yang boleh dipercayai untuk menjaga anaknya Rausyan Hadi, tetapi  saya memberi kebenaran beliau membawa anaknya bersama dan dapat juga kami berjumpa hari itu. Mari kita doakan suami Intan cepat sembuh dan Intan dapat berita gembira kerana menurut beliau, she's expecting!) 
JegieYou have done a great job in creating awareness on ECE. It's an eye opener and those method /stimulation that I've learn will be practice. Thank you for your effort.:) (*Jegie merupakan satu-satunya peserta Seminar ECE saya yang bukan berbangsa Melayu yang hadir pada hari itu, dan beliau juga adalah peserta saya yang pertama yang bukan berbangsa Melayu hadir sepanjang saya mengendalikan Seminar ECE selama ini. I feel so honoured as my main intention having this kind of Seminar ini adalah untuk membantu menyedarkan bangsa saya sendiri, ibu dan ayah terutamanya, tentang betapa pentingnya ECE dan apabila bangsa lain turut menghargai & mengiktiraf usaha yang saya lakukan, saya rasa sangat terharu. Thanks for the support Jegie. Ops..Lupa nak bgtahu, bukan tu saja, Jegie juga datang dari luar Kuala Lumpur! All the way from Perak!)  
Maisarah Mohammad YusapSangat membantu kami dalam merancang pendidikan anak-anak. Sangat teruja! Terima Kasih. :)  (*isteri Encik Fauzi. Wanita comel yang bertuah kerana suaminya menyokong penuh ECE ini. So romantic nama pun digabungkan bersama sampai saya plak yang keliru. Heheh..Tapi senang ingatlah - Sarah Fauzi.. :) 
Rosmah Mohd ZabidiVery very interesting. rasa nak jadi full housewife so that I can practice ECE to my children.  (*memang ramai yg rasa nak jadi housewife sepenuh masa so that they can have all the golden time with their children. But no worries, sekiranya ada kemahuan, wanita bekerjaya juga pasti mampu menjana minda anak dengan sempurna dan bagus!) 
RossafenazSangat menarik dan sangat penuh dengan  info yang berguna untuk dipraktikkan dengan anak/ semasa hamil. Mungkin boleh dipanjangkan lagi menjadi kursus 1 hari beserta dengan praktikal bagaimana untuk menjalani sendiri ECE dari rumah.  (* Hehehe, senyum jer saya baca testimoni Rossa.. Seminar yang sepatutnya habis pukul 2 hari tu pun habis pada pukul 4 petang, Lewat 2 jam dari jadual asal, kalau campur dengan kursus, memang sampai malam lah jawapnya. Hehehe.. Sebab tu saya adakan Bengkel Stimulasi untuk sehari tapi memandangkan masa saya sgt2 tight, jarang betul saya dapat melakukannya..hu hu ..last year sempat buat sekali jer Bengkel tu..hu hu) 
ShareenaSeminar ini bukan sahaja beri tips untuk stimulate anak-anak, malah memberi pendedahan how to react with your child positively..continously. Keep on sharing Watie! I'm glad dapat jumpa orang macam you, really believe in ECE! and orang yang I boleh banyak belajar tentang ECE. Thanks again. Good job and you are really awesome!! (*Tq so much Shareena, I really appreciate it ..:) terharu baca your testimoni..:)


Sesungguhnya saya berterima kasih di atas Testimoni ikhlas yang diberikan. Saya amat-amat menghargai apa yang anda coretkan dan ia menjadi pencetus semangat pada saya untuk memperbaiki kelemahan diri saya dari masa ke semasa. Semoga Allah SWT membantu saya, memberikan saya idea-idea yang bernas,  memebrikan kesihatan pada saya, dan memberikan saya ilham untuk menyampaikan ilmu-ilmuNya pada semua sehingga nafas yang terakhir. Amin. 

post signature

post signature

Tuesday, January 17, 2012

1st ECE Seminar For 2012 @ GBOB: It's NOT About Your GENIUS Child, It's All About YOU!

Alhamdulillah, setelah puas menilik, membelek dan mencongak-congak tarikh yang paling sesuai untuk Watie adakan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini, Watie akhirnya memilih 6 Februari 2012 sebagai tarikh keramat untuk Watie mulakan Sessi Seminar buat pertama kalinya di tahun 2012 ini. Tarikh 6 Feb 2012 tuh memang bukan weekend pun, ia adalah cuti umum gantian sempena Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Ahad, dan hari Isnin tu cuti ganti. memang sengaja Watie pilih tarikh tuh sebab jadual Watie tersangat padat. Terus-terang Watie katakan, Watie hampir tiada masa yg sesuai untuk buat Seminar @ Bengkel kerana sibuk dgn kelas Playgroup every weekends, Sabtu dan Ahad pula tu, tambahan lagi GBOB Johor nak bukak tak lama lagi, jadi memang terkejar2 Watie dibuatnya. Jemputan mengadakan Seminar di pejabat rakan-rakan niaga juga tidak dapat Watie penuhi buat masa ini. Mungkin sehingga Watie dapat seorang Teacher yang berdedikasi & can run the class dengan baik, pelan-pelan Watie lepaskan kelas tuh pada Teacher dan ada banyak masa untuk fokus on other things like Seminar, Bengkel dan jemputan-jemputan ini, Insya Allah ..:)

Kalau ikut perkiraan dan jadual Watie sepanjang tahun 2012 nih, hanya 4 kali sahaja Seminar ECE yang bakal Watie lakukan tahun ini, SEMUANYA BUKAN HUJUNG MINGGU, dan kalau tiada aral melintang. Tarikh yang Watie pilih semuanya cuti umum dan jatuh on weekdays. Berikut adalah perancangan Watie untuk mengadakan Seminar di tahun 2012 ini, Insya Allah: 



6 Februari 2012 (Isnin) - Cuti Ganti Sempena Maulidur Rasul 
1 Mei 2012 (Selasa) - Cuti Hari Pekerja
17 September 2012 ( Isnin) - Cuti Ganti Sempena Hari Malaysia 
13 November 2012 (Selasa) - Cuti Perayaan Deepavali. 

Jadi, para ibu bapa sekalian, sekiranya anda berminat untuk menghadiri Seminar ECE ini, mungkin anda kena korbankan salah satu hari cuti anda untuk datang ke GBOB dan menghadiri Sessi Seminar ini. :) Kalau ada sebarang perubahan, Watie akan bgtau from time to time, di blog dan FB Genius Baby On Board ye.. :) Dan berikut adalah informasi tentang Seminar yang bakal di adakan pada 6 Februari 2012 ini.


Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh:  6 February 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pg - 2 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
Alamat: Genius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 22 Januari 2012 (Ahad), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387

Berkenaan Seminar ECE pula, Watie memang agak teruja dan berdebar juga, almaklumlah, dah lama juga tak buat Seminar kan.. ehhehe.. teruja sgt sebab ada banyak mender nak kongsi dengan para ibu bapa ni semua, kerana pengalaman Watie pun dah bertambah seiring dengan pertambahan usia (tua dah aku ni noksss..), pengalaman sendiri dan pengalaman org lain, ujikaji dan research serta penemuan sendiri melalui anak-anak dan pelajar-pelajar Watie membuatkan Watie rasa ECE ini bukan lagi sesuatu yang optional atau pilihan pada ibu bapa, bukan lagi sesuatu yang "kita buat kerana org lain buat", bukan lagi sesuatu yang "kalau ada masa buat baru nak buat", bukan lagi "tunggu dia besar lah baru htr sekolah, kesian nak pressure anak-anak kecil" dan 1001 lagi ALASAN yang diberikan semata-mata untuk menutup kelemahan diri kerana tidak berjaya mengaplikasikan ECE pada anak-anak. Pendidikan awal kanak-kanak adalah satu HAK, HAK dan HAK anak-anak kita yang TIDAK BOLEH KITA ABAIKAN SAMA SEKALI walau sesibuk mana pun kita, walau sebesar @ sekecil mana pun pangkat kita, walau sebesar @ sekecil mana pun gaji yg kita terima setiap bulan! Ini adalah HAK yang WAJIB kita tunaikan pada setiap anak-anak kita, tidak kira apa saja kelebihan dan kekurangan yang ada pada anak kita. Jangan sebab anak kita ada sedikit kekurangan dari segi fizikal, percakapan, perbuatan, perangai atau apa sahaja yg kita rasakan "memberi masalah", kita abaikan HAK anak kita dan kemudian menyalahkan takdir. Lepas tuh, dengan nada merendah diri (kononnya..) kita kata "Saya redha!". Gunalah bahasa dengan betul. Jgn cakap "Saya redha" selagi kita belum berusaha sehabis baik merubah keadaan. Dalam bahasa direct yg saya nak guna *maaf kalau ada yg tak suka, sila baca dengan gaya kerek, hehhee* "DEAL WITH IT!!!" Itulah warna warni kehidupan kita. Itulah yg harus kita hadapi dalam membesarkan anak-anak. Apabila kita sudah lakukan sehabis baik, sepenuh daya dan adanya perubahan *walaupun sedikit* dalam diri anak kita, ia adalah satu ganjaran yang lebih besar daripada wang berjuta! It's priceless, believe me!


Kenapa Watie cakap macam ni? Kerana Watie dah melaluinya dan masih berusaha membantu anak Watie dealing with her deficiency, sebab tu Watie berani cakap. Kalau sapa masih ingat, Watie ada ceritakan dalam entry INI bagaimana perlakuan @ behaviour Qarissa berubah selepas ketiadaan maid, dia tantrum dengan  sangat teruk secara tiba-tiba, ditambah pula dia agak lambat bercakap dan tidak sesosial seperti mana yang Watie inginkan walaupun dari usia seawal 3 bulan, Watie dah bawa dia ke Gymboree untuk bersosial. She's ok with friends but most of the time she like to be alone. Then, bila campur dengan anak-anak my eldest sister masa awal2 Watie takder maid dulu, baru nampak yg Q needs help in social & interaction skills, lebih lagi dari apa yang Watie lakukan selama ini. Straight away Watie bawak Qarissa to diagnose her sebab nampak ada tanda-tanda ASD (Autistic Symptom Disorder) dalam dirinya. First diagnosed, Doktor kata its a mild one on behaviour and speech dan ada banyak faktor luaran yang mungkin menjadi penyebab berlakunya keadaan sedemikian, lagipun its too early to tell sebab Q baru 2 tahun 9 bulan masa tu. Then the 2nd appnt & diagnosed at 3 years 3 months, Dr kata she's not an ASD and very normal for children to act & behave like that *kena bebel summore sebab dia kata I anxious  sgt*. Apa pun istilah, label atau komen yang Doktor berikan, hanya satu yang bermain di kepala Watie ketika itu, "HOW I CAN HELP MY DAUGHTER  TO OVERCOME THIS & BECOME BETTER?" Seriously, itu sahaja yang Watie fikirkan ketika itu. Yang lain tolak tepi! Of course, as a mother, ada sedikit rasa terkilan kerana perkembangan sosial & komunikasi anak kita agak kurang berbanding anak orang lain walaupun kelebihannya yg sangat ketara adalah her reading skills, tapi dah namanya pun manusia, kita tidak akan pernah puas! But again...Watie tidak sekali-kali membenarkan perasaan terkilan itu menghalang Watie dari melakukan apa yang sepatutnya Watie lakukan as a mother. Bersyukur juga kerana Watie bergiat dalam bidang ECE consultation & motivation, Watie dapat merubah keadaan negatif kepada positif  dengan cepat dan back on track as soon as I know my daughter needs help. Kerana apa?? Kerana Watie tahu itu adalah HAK anak Watie untuk dapat rawatan yang terbaik dalam mengatasi kekurangan dirinya. Hingga kini, Watie masih lagi membantu bukan sahaja Qarissa, tetapi juga Zayra dalam melayari kehidupan kanak-kanak mereka dengan penuh gembira dan penuh dgn ilmu serta skill kehidupan tanpa mereka sedari - kerana semuanya dalam bentuk PERMAINAN dan TANPA TEKANAN! Ia tidak akan terhenti setakat ini, ia akan berterusan sehinggalah mereka boleh berdikari sendiri, tidak kira berapa lama masa yang mereka perlukan untuk berdikari sendiri. Dan apabila perubahan positif dalam diri Qarissa berlaku hari demi hari dengan penuh kejaiban, ia adalah satu momen indah yang tidak dapat diganti dengan segunung  @ selautan wang, intan mahupun berlian! Its totally priceless that I can't describe in words!! Itulah kepuasan hakiki yang Watie rasakan sebagai seorang ibu. From time to time, pasti akan ada sahaja kerenah anak kita yang kita sendiri tidak dapat gambarkan atau bayangkan apa yang akan berlaku di masa akan datang, tetapi kita pasti akan mengharungi dengan penuh gigih tanpa mengeluh sedikitpun kerana kita tahu, kita sudah pun menunaikan HAK anak kita untuk mendapat yang TERBAIK dalam hidupnya!

Mesti pembaca semua pelik kan, kenapa si Watie ni membebel bukan main panjang mukadimahnya, dan ianya hampir tiada kaitan dengan Seminar yang bakal dilakukan? Hehehe.. If you think that this whole story  is not related at all,  let me tell you that you're TOTALLY WRONG!! my dear readers. Yesss!! This Seminar is NOT ABOUT YOUR GENIUS CHILD! It's ABOUT YOU!!! It's ALL ABOUT YOU! Anda tidak perlu risaukan anak anda di rumah, mereka baik-baik sahaja, mereka memang genius! Apa yang sepatutnya anda risaukan adalah DIRI ANDA SENDIRI!!! How you change your mindset towards the ECE that counts! Itu yang sepatutnya perlu anda risaukan sekarang! Bagaimana anda melihat betapa pentingnya ECE dalam kehidupan awal anak anda sehingga anda sanggup mengenepikan masa anda, wang ringgit anda dan tenaga anda hanya untuk  "belajar menjadi bayi dan kanak-kanak semula??" Selepas anda faham betul-betul tentang perkara ini, percayalah cakap saya, "YOU WILL DO ANYTHING WITHIN YOUR POWER & WHATEVER IT TAKES TO GIVE THE BEST FOR YOUR CHILD!!!"

Saya terpanggil untuk menulis entry dengan gaya begini kerana saya dapati sgt ramai, terlalu ramai ibu bapa yang inginkan anak mereka menjadi pandai, bijak, cerdik, smart, genius dan pelbagai istilah lagi sehingga mereka terlupa bahawa ANAK ITU SEMEMANGNYA DILAHIRKAN GENIUS!!! Mereka terlupa bahawa MEREKALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENJADIKAN ANAK MEREKA TIDAK GENIUS LAGI! Apa yang terakam dalam otak dan minda kita selama ini sebagai ibu bapa adalah - "25 A1 adalah GENIUS!" atau "Masuk OXFORD di usia 10 tahun adalah GENIUS!" atau "Membaca di usia 1 tahun adalah GENIUS!!" *erkkk..macam perli diri sendiri jer..?ekkekek..and the list goes on...Biarlah saya berterus-terang di sini. Anda TIDAK AKAN DAPAT ITU di SEMINAR saya. Apa yang anda akan dapat adalah satu kesedaran dan keinsafan betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, betapa singkatnya masa yang kita ada dalam menunaikan HAK anak-anak kita dan mengapa kita harus melakukan semua ini di awal-awal kehidupan mereka. Its a TURNING POINT for all of you, I can say that. Ia akan merubah pandangan anda 100% terhadap pendidikan awal itu sendiri. Dan, Insya Allah, anda akan jadi org yg berbeza selepas anda melangkah keluar dari pejabat GENIUS BABY ON BOARD nanti. Anda adalah ibu bapa yang baru, yang mengerti kenapa anda harus  memberi pendidikan awal kepada anak-anak, anda tidak lagi memandang enteng atau memandang rendah pada ECE atau lebih teruk lagi, mengutuk atau memperlekehkan mereka yang mengaplikasikan ECE pada anak masing-masing. Kerana anda sudah betul-betul mengerti apa ECE itu sebenarnya. Ia lebih besar dari 25A1 yang anda harapkan dari anak anda, lebih penting dari masuk Oxford di usia 10 tahun yang anda impikan akan berlaku dalam kehidupan anak anda malah lebih bermakna dari membaca di usia 1 tahun yang anda inginkan dari anak anda. Ia sememangnya lebih dari itu pembaca yang tersayang. Percayalah, ia lebih dari itu..Sebab itu saya katakan -  It's NOT About Your GENIUS Child, It's All About YOU! 


Something to think about before I end the entry:

  • Jika saya tidak mengubah diri saya menjadi lebih POSITIF tatkala mendengar khabar yang anak kedua kesayangan saya cacat di tangan kanan ketika kelahirannya, adakah anda rasa saya akan kembali berblog? Mewarwarkan dan memberitahu kepada dunia seolah-olah bangga bahawa anak kedua saya dilahirkan kekurangan dari segi fizikal, yang mana ketika itu nama saya sudah agak dikenali ramai dikalangan para bloggers yang mengikuti kisah anak sulung saya?? 
  • Jika saya rasa saya ini sudah CUKUP BAGUS dan PAKAR dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, adakah anda rasa saya akan berterus terang pada anda semua, hakikat yang saya juga ada melakukan kesilapan yg saya akui dalam entry "Mencacatkan Anak Sendiri", yang dibaca ribuan orang hujung tahun lepas? Bukankah ia seperti "membuka pekung di dada" kepada seluruh dunia, yang mana artikel tersebut turut di kongsi bersama rakan-rakan & keluarga terdekat, sedangkan ketika itu saya sudah mempunyai follower tegar, samada secara nyata dan silent reader, saya juga ada pelanggan tetap dan perniagaan yang berkaitan dengan ECE seperti Playgroup, Seminar & Bengkel? Mengapa harus saya berbuat begitu?
  • Jika saya ambil mudah, ego dan berada dalam "in denial" state tatkala saya menyedari yang anak sulung saya memerlukan bantuan dari segi social dan interaction, adakah anda rasa saya akan segera berjumpa Doktor di PPUM utk mendiagnosis anak saya, dan demand pada Doktor Kanak-Kanak di sana yang saya inginkan Sessi Occupational Therapy untuk saya dan anak hadiri bersama bagi membantu mengatasi kekurangan tersebut? Bukan itu sahaja, walaupun pertemuan kali kedua dengan Doktor mengatakan yang anak sulung saya ok-ok sahaja, nothing to worried about, saya masih tetap mahu hadir ke Sessi Therapy tersebut dan melakukan aktiviti-aktiviti permainan dengan lebih fokus yg khusus untuk meningkatkan skill anak saya di rumah. Kenapa harus bersusah payah selepas diberitahu berita gembira itu? 
Hanya SATU SAHAJA jawapan untuk semua soalan di atas  iaitu : It's ALL ABOUT ME!! Saya yang menentukan apa yang saya ingin lakukan terhadap kehidupan saya dan kehidupan anak-anak kecil saya! Saya mengambil sikap - Sebelum saya mengubah anak-anak saya, keluarga saya, mengubah anda semua dan mengubah orang lain, saya MESTI mengubah diri saya sendiri! Saya mesti melawan rasa takut saya, rasa malu saya, saya negatif dalam diri saya dan segala macam perasaan berbaur yang timbul ketika berada dalam situasi-situasi yang boleh dikatakan "sukar" seperti di atas. Sememangnya ia sgt mencabar, dan seperti yang saya tulis dalam rangkap kelima di atas, itulah yang saya katakan pada diri saya sendiri setiap kali saya berhadapan dengan situasi seperti ini - "DEAL WITH IT! DEAL WITH IT WATIE!", dan secara perlahan-lahan, saya berjaya mengusai akal dan fikiran saya untuk melakukan perkara yang harus saya lakukan sebagai seorang ibu, kerana saya cuba sedaya upaya saya untuk meletakkan HAK anak-anak saya ditempat yang sepatutnya ia diletakkan. 

Melalui cerita-cerita dalam entry saya selama ini, anda boleh lihat yang saya lebih suka gunakan pengalaman saya sendiri kerana secara peribadi, itu lebih berkesan kerana saya bercerita dari hati. Lagipun, saya berpendapat yang blog ini juga adalah diari kehidupan saya dengan keluarga dan anak-anak, bila mereka besar nanti, saya ingin mereka baca apa yang telah saya lalui sepanjang membesarkan mereka dan saya ingin mereka tahu yang saya bangga menjadi ibu mereka walau siapa pun mereka, walau bagaimana pun keadaan dan tingkah laku mereka ketika kecil. Di samping itu juga, saya ingin semua pembaca saya tahu yang saya ini juga ibu biasa, sama seperti anda semua, yang mungkin melakukan kesilapan dengan anak-anak tanpa saya sedari, yang kadangkala saya gagal mengawal emosi marah saya ketika anak-anak saya buat perangai, dan kemudian saya melakukan perkara yang membuatkan saya menyesal ketika emosi saya kembali stabil. Kita semua manusia biasa, kesilapan itu sering saja melingkari hidup kita, walaupun betapa bagusnya kita, walaupun betapa hebatnya kita di mata orang. Saya ingin anda tahu yang tiada sesiapa pun yang sempurna di sini, saya buat silap, anda juga buat silap. Apa yang lebih penting, adalah MENYEDARI KESILAPAN itu dan BERUSAHA MEMPERBAIKINYA secepat mungkin. Ia bukannya mudah, itu saya akui, kita semua ada ego masing-masing, bagaimana kita mengawal ego dalam kembara mencari satu ilmu yang sebelum ini tidak pernah @ kurang kita ambil tahu, bukanlah sesuatu yang mudah. Terus terang saya katakan, satu ketika dahulu, saya bukanlah WATIE seperti yang anda kenal sekarang dr segi "tahap kesabaran" dengan anak-anak kecil. :)   Siapa sangka, kini saya dikelilingi bayi dan kanak-kanak hampir setiap hari. Dan saya percaya, ianya kerana frasa "It's All About ME!". Saya yang inginkan ianya berlaku, saya sedia berubah demi untuk memastikan ianya berlaku dan saya sanggup menghadapi cabarannya kerana sayalah yang menentukan, membenarkan dan merelakan ianya berlaku dalam hidup saya. Anda bagaimana? Bersediakah anda berubah demi anak anda???

Kepada mereka yang telah membuat pembayaran Seminar, saya teruja untuk bertemu anda semua! :) 


post signature

post signature