Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, June 23, 2010

Mini Seminar - Borak Santai Pasal Early Education

Lama rasanya tak update blog ni. Banyak mender nak buat at 1 time, mmg sungguhlah terkocoh-kacah. Banyak story nak bgtau tapi me so tide up dengan anak-anak, homeschool a.k.a stimulations at home, my e-book & now mini seminar. Perghh...mmg sungguh mencabar but alhamdulillah, aku still can catch up. Terpaksa stop kejap penulisan e-book sebab nak fokus on mini seminar yang bakal di buat dalam waktu terdekat nih.. Insya Allah.

Mesti ada kengkawan blogger yang tertanya-tanya - apa mini seminar si Watie nak buat nih? Hheheh.. Ok, to cut long story short (tapi, my terms of short is "still long").. hahahhaa..me plan nak buat a seminar pasal early childhood education. Alhamdulillah, sejak berblog, me dapat banyak feedback from parents- mothers terutamanya on how they really love to see me teaching my baby, my passion towards early education and ramai yang mintak tips dan pandangan. They even want to pay me to consult them! :) For the last 2 years, banyak jugak aku kongsikan cerita bgmn aku mendidik Qarissa..& now Zayra pulak. They want me to do some sort of seminar, cerita everything pasal ECE dan tips2 mengajar anak. So, hampir 2 tahun aku "belajar dengan Qarissa", rasanya aku dah sedia nak share my experience dengan semua. Isnt that GREAT?? The time has come....!!!

But, instead of doing full seminar & bengkel, aku start dengan mini seminar dulu. I call it -Borak Santai. Ini bertujuan sebagai sessi "pemanas badan" sebelum seminar & bengkel dimulakan. Maklumlah, sebelum seminar yang betul diadakan, adalah sangat penting & sangat penting (sengaja tulis 2 x) untuk kita paham kenapa ECE is very important. In fact, istilah ECE pada aku sendiri adalah sejak baby, bukan 4 tahun masa masuk Taska tu. Its too late for me..:) Lama sungguhlah rasa nak tengok anak aku pandai asas-asas yang penting macam membaca kalau amik masa sampai 4 tahun. Jadi, bila kita dah faham kenapa ECE tuh penting dimulakan sejak awal lagi, we can set our mind - apa target kita dalam tempoh 3- 5 tahun akan datang. Taklah kita terkapai-kapai tak tahu arah tuju atau rasa its a waste of time to learn all this sebab anak kita masih kecil. They dont know anything ..anyway .. (wooohoo..silap besarrr tuh ..:)


I'm getting excited about all this, tak sabar nak jumpa mak-mak yang sama passionnya seperti aku dan berkongsi pendapat dan pengalaman. Mesti seronok kan! :) Me skarang tengah deal & dlm proses akhir untuk menentukan tempat, tarikh & bayaran yang akan dikenakan. Once dah confirm everything, i will surely post it here! Yang pasti, harga untuk mini seminar ni jauh, sangat jauh lebih murah dari harga seminar dan bengkel yang bakal diadakan nanti. It's a 2 hour talk & i will post the topic on my next entry kay..:) Memang rugi siapa yang tak datang this mini seminar, sebab rasanya this is THE ONLY ONE & ONLY MINI SEMINAR ak.a BORAK SANTAI yang akan dibuat. Sebab lepas nih, me plan nak terus buat seminar & bengkel yang full- whole day punya seminar with hands on activity. As i said earlier - ni sessi pemanas badan. Nak hidupkan enjin jer .. hhahaha..tetiba teringat plak kereta racing kat pusat mainan Sogo tuh -"Gentleman, START YOUR ENGINE!!!!" :)

Sapa yang sesuai datang this mini seminar yerk? Well, for me - SEMUA YANG RASA NAK ANAK DIA PINTAR!! Bakal-bakal ibu @ wanita mengandung, 1st time parents, yang ada few children tapi masih mencari teknik terbaik dalam menstimulasikan anak menjadi pintar dan yang ada anak di bawah 5 tahun. Kalau dapat datang suami isteri lagi bagus. Jadi both of u dapat rasa aura keterujaannya dalam mendidik anak-anak. 2 brains is better than 1 kan ..:) Mungkin ada family yang salah sorang (husband atau wife) yang against to ECE ni, sebab mungkin they tot that baby should be baby, tak yah sibuk2 nak dera baby tu belajar, sampai masanya, pandailah baby tu nanti. Tapi, pasangannya pulak ada pendapat lain which suka sgt early education. So, this seminar mmglah sgt sesuai utk uols... As i said ealier, pemahaman tentang ECE tuh sgt penting dan bila dah paham kenapa kita kena start ASAP, then no doubt da..terus pecut on doing whatever we can to stimulate our babies giler-giler for her 1st 3 - 5 years of life ...:)

So my friends .. wait for my next entry about this mini seminar a.k.a Borak Santai kay ..:) Cant wait to meet uols in that seminar!! Sapa yang dah rasanya tak sabar sgt ... leh ah tinggalkan komen, bg nama & emel. Nanti dah confirm semua, i akan update yer. If nak tinggalkan hp lagi bagus, senang Watie nak contact nanti. Leh emel i kat geniusqarissa[at]gmail.com & give ur particular (if takmo reveal hp at my comment area). C u soon brilliant Mummy & Daddy!!!!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Getting Excited,
5.13 am

Monday, May 31, 2010

Otak Anak VS Otak Kita!

Sememangnya kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah melihat dunia dari perspektif yang berbeza. Mereka begitu mudah menyerap segala apa yang diajarkan, just like a sponge. That is why kita kena gunakan masa 5 tahun pertama (lebih baik jika the first 3 years) sebaik mungkin untuk membina asas yang penting untuk anak kita. Bukan bermakna jika anak kita pandai"membaca" di awal usia, dia adalah genius (jika kita lihat secara +ve) , atau kita telah 'mendera' anak kita dengan begitu dasyat (jika dilihat secara -ve) . Semuanya terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk melihatnya dari sudut mana.

As for me, my objective is straight forward & simple. I want my children to be able to read as soon as possible sebab itu adalah asas pembelajaran yang pertama. Aku juga nak memudahkan kerja cikgu di kemudian hari sebab i know the teacher ada banyak anak murid utk di jaga, bukan anak aku sorang, so I want my children to be capable of reading, writing & learning with a minimum supervision from the teacher. But, at the same time, I want my children to be happy doing it! I want them to do it naturally, happily without noticing that they are actuallyLEARNING!. Sebab tuh aku banyak buat the activities dalam bentuk games session & it really works. I found it easier to do it while they are small (maybe sebab aku lum ada anak yg besar lagi..) but the experience ajar anak buah aku membuatkan aku rasa mmg lagi mudah ajar anak kecil coz they dont know how to say NO!!! As long as we create a happy environment & lots of excitement during the session, they would love it!! Berbeza dengan anak yg dah besar sikit(more than 3 years). Bila dorang pandai cakap, they tend to ignore us & say "NO, tak mau baca lah .. takmo blajar lah .nak tgk kartun ...bla bla bla ..". So, bila dah jadi cam tuh, we have to be creative in order to make them back on track .. senang citer, kena kerja lebih sket ah .. hehehhe..

Dan, dalam kebanyakan masa, apa yang kita nampak dan fikirkan selalu tak sama dengan apa yg anak kita fikirkan. Sebabnya mudah. Anak kita (yg bawah 5 tahun) lebih banyak menggunakan otak kanan berbanding otak kiri. Rasanya ramai yang tahu fungsi otak kanan dan otak kiri, so tak yah lah aku explain lebih lanjut kan ..:) . Just like Q, i discover something interesting masa bercuti ke PD minggu lepas. As usual, dia suka lari dan lompat-lompat. To make her stay & sit sekejap, aku bg dia buku untuk dia belek-belek. Time tuh, aku sempat amik buku ASRO Guideline. So aku bg dia dan she sit happily & start to turn the page. Sampai kat satu page ni, ada tulis perkataan ni:

SEE

Aku tunjuk the word to her dan tanya dia, "What is this sayang?". Agak-agak korang, apa yang Q sebut? Well, she suprise me when she said "ORANGE"!!! Hmmm.. Now korang tau kenapa aku suprise kan ...! Hhehe..Mula-mula terkujat gak aku..dari mana datang orange ni plak? (Sebab Q mmg boleh sebut both - SEE & ORANGE bila dia nampak perkataan tu), so I'm wondering, dah terang-terang ejaannya SEE, jauh benar dari ORANGE tuh .. but immediately i noticed yang warna SEE kat buku tuh adalah warna ORANGE... Hmmm. no wonder .. ! And again, my mind start to think y .. dan tahulah aku bahawa ternyata the way baby think & look at any perspective berbeza dengan kita. They are so wonderful & can do amazing things .. Now, cuba korang test pulak sebut WARNA-WARNA kat bawah ni :



YELLOW BLUE GREEN RED PINK PURPLE


Heheheh...agak-agak leh tak? Kalau dah confident betul semuanya ..think back! I want uols to say the COLOUR, not the WORD .. Aha!!! Now u know how hard is it kan!! That is y I am so suprise of my dear little baby when she say ORANGE!!! I truly believe each & every baby is GENIUS in their own way. It just the matter of how u manipulate their intelligence, and when u've done ur part, they will suprised and amaze u till ur jaw drop!!! Hehhehe..So my frend..apa tunggu lagik?? Go & stimulate & play with your baby & toddlers NOW!!! & I mean it...NOWWWW!!!!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

& dont forget to have fun too!!


Monday, May 10, 2010

Cara Mudah Mintak Anak Kita Mengemas!

Hehhe..meh aku nak share cara paling mudah yg aku amalkan untuk Qarissa supaya dia mengemas sendiri barang mainannya atau suruh dia kutip balik stokin-stokin atau baju-baju adik dia yg dia sepahkan! Hhehe..ada unsur-unsur tak puas hati nampaknya si Q tuh sebab baby Zayra dah amik chest drawer dia dalam bilik aku. Hahah.. Baju Q aku simpan dalam bilik dia sebab dia dah besar tapi setiap pagi, dia mesti bukak drawer adik dia dan buang stokin atau baju .. hmmm... sabar jer hakuuu!!!

Memang kat Gymboree, ada di ajar nyanyian untuk masuk kan balik mainan dalam box. Jadi, aku mmg gunakan lagu tuh, tapi aku tukar lirik dia ikut kesesuaian lah. Memang berkesan! Mula-mula masa kat Gymboree dia tak ikut sangat, sebab baru lagi, tapi me keep continue doing it at home sejak dah tahu that song...keep on repeating it, so Q dah macam anak patung pakai bateri dah! Hahhaa..Setiap kali dia buang2 barang, atau aku nak suruh dia kemas, mmg aku akan nyanyi dan dia secara automatik akan terus kutip dan simpan balik barang tuh! Hahahha.. Senang kerja mak noksssss!

Lagu dia cam ni ..:) So simple & easy!

"Picking Up The BLOCKS and put them in the BASKET"
"Picking Up The BLOCKS and put them in the BASKET"
"Picking Up The BLOCKS and put them in the BASKET"
" Here at our HOME"

Yang huruf2 warna biru tuh pepandailah korang tukar ikut kesesuaian yerk...:) Kena amalkan selalu aktiviti nih, dan untuk permulaan (bg yg belum pernah buat), korang kena nyanyi sambil tunjukkan pd anak. Sesama kemas. Mungkin korang leh amik blocks tuh dan bg kat anak, then amik satu lg blocks utk diri sendiri dan sesama mskkan blocks tuh dlm basket yg ada. Dah lama2, anak akan buat sendiri!

Korang ulang-ulang lirik tuh, sampailah habis dia mengemas yer! Pastu jgn lupa tepuk tgn lepas anak dah habis mengemas!! Kenalah puji selalu, nanti next time dia mesti suka bab-bab kemas-mengemas nih. Mak nya plak, suka bab-bab "nyanyi -menyanyi" nih! Hahahhaha...

Senang kan?? Selamat mencuba!!!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Memang Berkesan!!

Friday, May 7, 2010

Video - Qarissa Read A-Z & 1-10 @ 22 months age!

Alhamdulillah, @ 22 months age, my dear baby Qarissa dah pun completekan course A-Z dan 1- 10 dia..tak sangka jugak aku, coz all this while, aku tak ajar dia A-Z directly, more to phonics and word reading, tapi due to exposure towards all kinds of DVD's, Q secara tak langsung dah recognize all the letters.

Semuanya bermula bila Daddynya yang duduk dalam kereta, tak tau nak buat apa & Mummy pulak tgh leka beli DVD. So, Daddy amik the travel Magic Board and start to write. Again, Daddy takder idea nak tulis words apa, so secara mudahnya, Daddy terus tulis A. Suprisingly, Q terus baca, and Daddy get excited, tulis pulak B ...then again, Q baca B..sudahnya sampai ke Z si Qarissa ni baca everytime time Daddy dia tulis the letter kat board tu. Hhehehe.. Naik bulu roma Daddy tauuu..

Then Daddy dah tak tahu nak tulis apa lagi, terus letak Magic Board kat tepi but this smart little princess still want to read! Dia amik balik that board & pass to daddy..Daddy try pulak tulis number. Start with 1 until 10... and she read it tooooo!! Wahhh....Happynya Daddy .. heheh..

And 2 days after the incident, we managed to capture the moment Q read A-Z & 1-10..Pandai Daddy Q amik hati Q untuk wat reading session waktu pagi. Tergedik-gedik minah nih semangat nak membaca siap nak duduk rapat-rapat lagi .. :)

Kali nih, Mummy plak jadi cameraman, dan baby Zayra jadi penyanyi latar.. Hahhaha.. yg suara baby baca ABC (kalau korang dapat dengar lah ..versi baby..ahaks!) kat belakang tuh ..suara Cik Zayra kita lah tuh .. ahhaha.. Mummy wat 2 in 1 job ..sambil amik video, sambil dukung Zayra plus Mummy dalam pantang! Power kan Mummy nih ..Power Puff Mummy!! Hahhaha...

Lama gak video nih dalam 5 minit lebey ..so terpaksa masuk kat You Tube .. kalau rajin ..korang layanlah .. hehhee.. :)

My Qarissa Read A-Z & 1-10


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Proud Of My Q's,

Tuesday, March 23, 2010

Membaca Merangsang Otak Bayi Anda!

Aku nak share some information yang aku dapat kat paper Metro on 17/2/2010. Sesapa yang lum baca tuh, bolehlah praktikkan apa yang terkandung dalam artikel nih yer..:) Happy reading!!
*****************************************************************************

ADAKAH si kecil anda sering hilang perhatian? Adakah mereka mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian walaupun tugas itu cukup mudah? Berikut beberapa cara membantu kanak-kanak memberi perhatian dengan penuh minat:

* Untuk kanak-kanak berusia antara setahun hingga tiga tahun, mereka belajar dengan begitu cepat kerana otak mereka berupaya menyerap apa saja yang mereka lihat dan terokai. Masa paling baik untuk membentuk keupayaan si kecil menumpukan perhatian adalah ketika di peringkat bayi.

* Membaca kepada bayi terbukti sebagai salah satu kaedah terbaik. Tambahan pula, amalan bercakap dengan mereka memang berkesan.

* Tidak kira apa saja yang dituturkan kerana biarpun mereka tidak memahami perkataan itu, bunyi suara dan ekspresi muka anda akan menarik minat si kecil buat seketika.

* Kajian menunjukkan kegiatan membaca kepada kanak-kanak pada sebarang usia akan merangsang perkembangan otak mereka.

* Selepas si kecil melepasi usia setahun, selera makan mereka mula berkurangan. Si kecil yang dua tiga bulan sebelum ini begitu menikmati makanan, kini hanya duduk dan bermain dengan makanan mereka. Pada peringkat umur ini, lebih baik letakkan sejumlah kecil makanan dalam pinggan dan biarkan si kecil habis makan dan seterusnya meminta untuk menambah makanan.

* Untuk kanak-kanak tiga hingga enam tahun, mereka lazimnya dihantar ke taman didikan dan diperkenalkan dengan pembelajaran berstruktur.

* Bentuk pembelajaran di sini berlainan daripada apa yang mereka lalui sebelumnya, jadi amat penting kanak-kanak diberikan sokongan mental serta nutrien yang betul.

* Kanak-kanak juga gemar bertanya. Menjawab soalan mereka dengan betul dan secara yakin adalah satu cara menarik untuk membantu mereka belajar dengan lebih berkesan. Sikap suka ambil tahu dengan minda yang terbuka amat penting untuk pembelajaran yang berkesan. Ini dapat membantu si kecil itu apabila dia memasuki alam persekolahan, universiti mahupun apabila bekerja kelak.

* Satu lagi cara untuk meningkatkan perhatian si kecil adalah melalui kaedah memupuk sikap bertanggungjawab. Beri mereka haiwan kesayangan supaya mereka dapat belajar banyak perkara. Salah satu ialah sikap memberi perhatian terhadap haiwan terbabit. Dia juga akan belajar erti kasih sayang, mula bertanggungjawab dan berbangga pada diri sendiri.

* Hadkan masa menonton televisyen. Menonton televisyen untuk jangka masa yang terlalu lama akan menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk memberi perhatian dalam jangka panjang.
Biasanya, rancangan televisyen akan bertukar dari satu topik ke topik yang lain semata-mata untuk menarik minat penonton. Rancangan itu juga disertai pelbagai jenis iklan, malah anda dianggap bertuah sekiranya minda anda akan terus tertumpu pada apa yang ditonton selama beberapa minit! Tambahan pula, kemudahan alat kawalan jauh memudahkan anda menukar saluran dengan senang, sehingga fokus anda semakin berkurangan, daripada beberapa minit kepada beberapa saat!

* Ketika tempoh pembesaran, si kecil terdedah kepada gula-gula, biskut, minuman dan makanan ringan. Kebanyakan makanan ini kurang mengandungi khasiat yang diperlukan untuk perkembangan otak si kecil.

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Sharing Is Caring,