Anak ini anak yang bertuah. Anak yang mengajar aku erti satu ketabahan, erti satu kesabaran, erti satu kekuasaan, erti satu harapan. Melalui anak yang dikurniakan Allah SWT ini, aku belajar sesuatu yang mungkin tidak pernah aku kisah selama ini, yang mungkin aku alpa selama ini. Jika tiada anak ini, mungkin aku akan terus melayan anak-anakku seperti mana aku melayan anak sulungku dahulu. Mungkin aku tidak akan berubah, takkan pernah berubah! Aku akan terus mengikut arus semasa dalam membesarkan anak, yang aku rasakan itulah cara sebaiknya dalam proses mendidik dan membesarkan mereka.
Kerana terlalu inginkan Zayra ku berdikari dan tidak malu dengan keadaan tangannya, sejak lahir lagi, aku sudah menanamkan sifat berdikari dalam dirinya. Mungkin nampak kejam, aku akui memang hatiku "kering" dalam proses membesarkan Zayra. Tiada istilah "kesian" bila dia jatuh, tergolek atau sukar untuk mengimbangi badannya ketika merangkak dulu. Jika ada pun perasaan itu, cepat2 aku buangkan dari dalam lubuk hati dan apa yang terkeluar cumalah, "Its ok Zayra, I know u can do it! Come baby! Dont cry!" dengan muka selamba tanpa terkocoh-kacah membantunya menstabilkan diri, seolah-olah tiada perasaan kasihan sedikit pun! I call it "Taliban Style". Dan, apabila aku melakukannya hari demi hari, ternyata satu tembok kekebalan yg kukuh semakin menebal di hati ini, sehingga aku rasa seolah-olah Zayra ini tiada langsung kekurangannya. Sampai satu tahap, walaupun aku rasa sesuatu perkara itu mustahil untuk Zayra lakukan dengan kekurangan yang ada pada tangannya, aku tetap membiarkan sahaja kerana ingin melihat bagaimana Zayra "menyelesaikan masalah itu". Yer, dengan hati kering, tanpa perasaan kasihan atau cuba membantu!
Seboleh-boleh dia mahu makan sendiri, tidak mahu saya memegang sudunya!
Semuanya aku lakukan kerana aku tidak mahu Zayra merasa "kasihan" pada diri sendiri, mengharap pertolongan orang atau merasa rendah diri. Yer, betul, dia anak perempuan, yang akan membesar menjadi seorang remaja dan wanita. Tangan kanan adalah tangan yang besar maknanya terutama dalam masyarakat Melayu yang penuh dengan adab sopan dan tatasusila. Mungkin sekarang Zayra masih tidak mengerti akan kekurangan tangannya itu, akan tiba satu masa dia akan bertanya mengapa dan kenapa ianya berlaku terhadap dirinya, mengapa tangannya berbeza dengan kakaknya dan orang lain, dan aku harap, pada saat itu, aku akan bersedia menjawab segala persoalan anakku. Walaupun dengan deraian air mata, aku akan menjawap soalan itu dengan penuh kasih sayang serta motivasi untuknya meneruskan kehidupan harian tanpa rasa malu dan rendah diri.
Aku dapat rasakan yang "Taliban Style" yang aku tanamkan dalam hatiku secara perlahan-lahan telah pun meresap masuk dalam hati Zayra juga. Dalam tempoh 19 bulan hidupnya, sehingga entry ini ditulis, Zayra sememangnya penuh dengan kejutan. Tidak malu aku katakan, dalam sesetengah perkara, Zayra sememangnya lebih advance dari kakaknya Qarissa, yang membuatkan aku terfikir satu perkara - "Adakah kerana cara layanan aku yang berbeza untuk kedua-dua anakku membuatkan Zayra menjadi seperti yang aku lihat sekarang? " - Sangat berdikari, tidak mahu dibantu dan mahu melakukan semuanya sendiri selagi mampu. Ia cuma mengambil masa 1 tahun untuk aku lihat perbezaan yang sangat nyata terhadap kedua-dua anakku dari segi "kemandirian", yang menyebabkan aku duduk termenung memikirkan adakah ini kerana cara asuhan yang berbeza? Dan, dengan hati yang berat, aku terpaksa mengakui, sememangnya cara asuhan yang berbeza itulah yang membuatkan aku dapat melihat 2 karakter yg berbeza dalam diri anak-anakku. Ya! Aku..akulah yang membentuk siapa anak2 ku dalam tempoh 3 tahun dan 1 tahun ini. Kalau ada orang yg harus dipersalahkan, maka akulah orang itu!
Dengan tangan kiri inilah, segala-galanya dia lakukan sendirian. Walaupun susah, walaupun payah, Zayra tidak pernah mengalah!
Aku bersyukur kerana menyedarinya dalam tempoh awal kehidupan mereka dan masih belum terlambat untuk aku mengubah situasi ini. Kerana itu, aku seharusnya bersyukur dikurniakan Zayra, kerana tanpa Zayra, mungkin aku akan masih bersikap seperti dulu - Terlalu memanjakan, Terlalu sayang, Terlalu takut, Terlalu berjaga-jaga dan Terlalu melindungi hingga semuanya harus di kawal, semuanya tak boleh, dan hampir kesemuanya aku akan cuba lakukan untuk Qarissa. Itu lah aku sejak kelahiran Qarissa! Aku JARANG SEKALI MEMBERIKAN PELUANG pada Qarissa untuk melakukan apa-apa aktiviti dengan sendiri walaupun dia boleh melakukannya. Sesiapa yang pernah mengikuti kisah hidupku & anak-anak pasti pernah membaca entry yang aku tulis, meluahkan rasa risau dalam proses pembesaran Qarissa satu ketika dulu. Bagaimana kami suami isteri terlalu "over-protective" dan terlalu berjaga-jaga dalam semua segi demi memastikan kondisi Qarissa di tahap yang baik. Sungguh tidak aku sangka, proses membesarkan Zayra dengan "Taliban Style" telah membuka satu lembaran baru dan seterusnya menyedarkan aku yang aku seharusnya melayan Qarissa dengan cara yang sama dan bukan dengan cara yang aku lakukan selama ini! Terima kasih Zayra Sayang, kalau tiada Zayra, atau jika Zayra lahir dengan normal tanpa ada kekurangan di tangan kanan itu, mungkin Mommy masih lagi melayan kamu dan kakak seperti mana yang Mommy lakukan sebelum ini. Mommy tak malu mengaku yang Mommy "sedikit silap" kerana tidak memberikan kakak Qarissa peluang yang sama seperti yang Mommy lakukan pada kamu.
Ketika melihat perbezaan karakter pada kedua-dua anak saya, saya bermonolog dengan diri sendiri. Satu persoalan yang saya tanyakan pada diri saya, yang menyebabkan saya tersentak seterusnya rasa amat bersalah pada Qarissa, dan dengan serta merta saya berazam untuk mengubah keadaan ini secepat mungkin- "Watie, mengapa kau melayan Qarissa seperti dia CACAT sedangkan kau melayan Quzayra seperti dia anak yang NORMAL SERBA SERBI?" Ya Allah!! Sungguh saya sendiri terkejut dan terpana dengan persoalan yang saya tanyakan pada diri sendiri itu kerana saya sememangnya melakukan perkara tersebut!! Saya melayan Qarissa seolah-olah dia tiada tangan!:- Saya @ Nor (maid saya dahulu) suapkan dia makan walaupun dia boleh makan sendiri sebab saya takut nasi jatuh & bersepah, saya rasa dia tidak pandai pegang sudu, saya kemaskan mainannya walaupun dia boleh kemas sendiri dengan bantuan saya, saya tak bagi dia pegang pensel warna selalu kerana saya takut ianya tajam dan akan tercucuk pada mata anak kesayangan saya, saya tak bagi dia marker kerana saya takut dia masuk mulut, saya pastikan maid saya ikut Qarissa ke mana sahaja jika kami keluar shopping dan pastikan dia tidak jatuh sebab saya takut kuman akan mudah hinggap di tubuh badan Qarissa, saya tidak suruh dia bukak seluar @ bajunya sendiri sebab saya rasa dia tak pandai lagi, saya pakaikan kasutnya setiap kali kami keluar tanpa sedikitpun meminta dia cuba belajar memakainya sendiri sebab saya takut kotoran di kasut tersebut melekat di tangannya malah banyak lagi yang saya sekat hanya kerana saya takut sesuatu yang tidak baik berlaku pada anak kesayangan saya! Teruknya saya sebab memandang rendah pada kebolehan anak sendiri! Takutnya saya sehingga tanpa saya sedar, saya sebenarnya telah menyekat anak saya dari meneroka persekitarannya! Tapi kenapa dengan Zayra semuanya boleh? Semuanya ok? Adakah kerana Zayra ada kekurangan @ dalam bahasa mudah - CACAT - yang menyebabkan saya cuba "menormalkan" anak saya? Kenapa saya bagi peluang itu pada Zayra dan tidak pada Qarissa? Ya Allah! Sungguh saya rasa bersalah bila memikirkan yang selama ini, saya berlaku tidak adil pada Qarissa. Tanpa saya sedari sayalah sebenarnya orang yang bertanggungjawab "MENCACATKAN" anak saya QARISSA yang kelahirannya normal! Qarissa anak yg sangat bijak malah membanggakan saya sekeluarga dengan kebolehannya membaca di awal usia kerana SAYA MEMBERIKAN PELUANG itu padanya, tetapi tanpa saya sedari, SAYA SENDIRI YANG MENUTUP PELUANGNYA dari segi yang lain pula. Saya sangat bersyukur kerana saya cepat sedar dan masih tidak terlambat untuk saya mengubah keadaan ini. Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana saya boleh memberikan dan menceritakan pengalaman ini kepada anda semua untuk dijadikan pengajaran dan iktibar.
Zayra akan menggelengkan kepala bila sayu mahu memegang sudu itu, saya ingatkan dia tidak mahu makan, rupanya dia tidak mahu saya bantu! Dia mahu pegang sendiri!
Menyesal? Tidak ada gunanya saya menyesal. Saya akan lebih menyesal jika saya tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan, ego dan tidak mahu mengakui kelemahan dan kekurangan diri saya sebagai insan biasa yang juga ada salah dan silap. Sekurang-kurangnya saya cepat sedar dan kemudian berusaha memperbaiki keadaan. Saya masih belum terlambat dan Alhamdulillah, Qarissa dapat menerima perubahan itu walaupun agak memberontak pada mulanya. Siapa yang tidak marah jika selama ini dilayan bagaikan Puteri Kayangan, dan apabila sudah mula pandai demand, sudah biasa berada dalam kesenangan, secara tiba-tiba semua keistimewaan itu ditarik semula? Saya bersyukur kerana Qarissa dapat menerima perubahan itu dengan positif malah lebih gembira sekarang. Tiada apa yang lebih menggembirakan saya bila anak kesayangan saya sudah pandai berdikari. Sudah pandai memakai dan membuka kasut sendiri dan bukan itu sahaja, mengambil kasut tersebut dan berkata pada dirinya sendiri, "Put on the rack!" sambil meletakkannya di rak kasut. Dengan aplikasi Montessori yang saya lakukan di rumah, saya dapat lihat kesannya dalam tempoh waktu yang sekejap. Kerana itu, saya sangat menghargai kaedah Montessori. Ia memberikan satu sentimental value pada saya.
Saya sering memandang sesuatu yang berlaku itu secara positif, dan cuba menyampaikan pada pembaca saya juga secara positif. Saya tidak menyalahkan diri saya 100% kerana sememangnya pengalaman mendewasakan kita. Pertama kali menjadi ibu, saya tiada pengalaman, tiada cara yang benar-benar berkesan dalam mendidik anak mengikut acuan sebenar. Malah, buku yang terlaris dan terhebat juga pun belum tentu mampu memberikan kita panduan yang terbaik dalam mendidik anak. Kita dan anak bukan robot, yang apabila ditekan suisnya, akan mengikut segala apa yang kita inginkan. Sememangnya guru yang terbaik adalah pengalaman kita sendiri dan kesediaan kita UNTUK BERUBAH dan MENCUBA TEKNIK- TEKNIK yang kita rasakan berkesan dari masa ke semasa. Saya rasa bertuah kerana melalui pengalaman hebat ini, yang memberi pengajaran yang besar pada saya, yang kemudiannya dapat saya gunakan untuk sama-sama berkongsi dengan anda semua terutama pada ibu-ibu muda yang pertama kali menjadi ibu.
Saya masih ingat, betapa rakan-rakan yang yang pertama kali melihat Zayra memegang cawan kaca satu ketika dahulu, ketika saya makan malam di Chili's, kagum sungguh dengan kebolehan Zayra mengguna kedua-dua tangannya. :)
Nasihat ikhlas saya, berilah PELUANG itu kepada anak anda. Jangan sekat penerokaan mereka hanya kerana anda MALAS INGIN MENGEMAS, anda rasa BELUM SAMPAI MASANYA LAGI, anda TIDAK SABAR MENUNGGU, anda TIDAK SANGGUP MENDENGAR JERITAN & TANTRUM mereka, anda TERLALU OVER PROTECTIVE dan 1001 ALASAN yang menyebabkan anak anda tidak dapat meneroka persekitaran mereka sehabis baik. Saya sering juga berborak dengan para ibu bapa yang datang ke kelas Playgroup, menceritakan kerenah anak masing-masing dan saya dapati hampir kesemuanya mempunyai jalan cerita yang sama. Alasan-alasan di atas seringkali diguna pakai dalam membesar dan mendidik anak. Saya sudah melaluinya, terus terang saya katakan, - UBAHLAH KEADAAN INI jika anda mahu melihat yang TERBAIK dalam diri anak anda. Contoh mudah: Ramai ibu bapa malu bila anak buat perangai di shopping complex, berguling-guling di lantai bila tidak dapat apa yang mereka inginkan. Akibat malu dan tidak mahu mendengar jeritan anak, cepat sahaja Mommy @ Daddy memenuhi permintaan anak asalkan mereka diam, terutamanya 1st time parents. Betul tak?? Tanpa anda sedari, anda yang memberikan PELUANG dan JALAN untuk anak "menguasai" anda. Percayalah, mereka akan selalu sahaja melakukan perkara itu lagi & lagi setiap kali kehendak mereka tidak dipenuhi kerana "cara itu berjaya!" Siapa yang turut sama-sama "menjayakan" cara tersebut kalau bukan anda??
Sama juga untuk kes-kes anak tidak mahu @ lambat bercakap, atau cepat marah bila kehendak mereka tidak dipenuhi. Keep on throwing things atau menjerit-jerit dan menangis-nangis bila sahaja mereka tidak puas hati. Saya faham, sebagai ibu, kita cepat faham apa yang anak kita mahukan. Hanya dengan mimik muka dan gestures sahaja, anda sudah faham apa yang anak inginkan. Anak kita tidak perlu bersusah payah memberitahu kita apa yang mereka inginkan kerana tanpa memberitahu kita sekalipun, kita tetap akan faham, betul tak? Jadi, untuk apa mereka bercakap @ bersusah payah mengeluarkan suara kalau "tanpa suara" sekalipun, mereka boleh dapat apa yang mereka inginkan? Inilah PELAJARAN berharga yang saya belajar dari anak saya Qarissa. Saya akui, saya kasihan juga dengannya kerana "she learned it the hard way". Selepas dimanjakan begitu lama, saya tiba-tiba menjadi seorang ibu yang tiada belas kasihan, tiada perasaan dan menggunakan kaedah "Taliban Style", kaedah yang sama, yang saya gunakan terhadap Zayra semata-mata untuk melihat anak saya berubah menjadi lebih baik. Niat saya hanya satu, I really need to fix this! I made mistakes, I admit it, and I want to change it the best way I can. Saya mahu menebus kembali kesilapan saya dulu. Memang sukar pada mulanya, apatah lagi suami saya seorang yang sangat protective dan terlalu menyayangi anaknya. Saya harus membuktikan yang kaedah saya berjaya, barulah saya dapat memujuk suami untuk sama-sama berganding bahu dan tenaga mengaplikasikan teknik ini. Saya masih ingat, saya memberi ceramah PERCUMA pada hubby dalam usaha "menghasut" beliau untuk sama-sama "tegas dalam kelembutan" dalam mendidik Qarissa. Saya beritahu hubby, Qarissa sangat bijak dan pandai memanipulasikan orang disekelilingnya untuk mendengar apa yang dia mahukan. Tetapi apabila dengan saya (tanpa Daddynya), Qarissa menjadi sgt independent, pandai bawak diri, boleh dikatakan berdisiplin dan sungguh mudah untuk diuruskan. Berbeza sungguh bila Daddynya ada! Bila suami saya melihat perbezaan tingkah laku Qarissa dari hari ke hari, barulah suami turut sama mengaplikasikan teknik tersebut dan alhamdulillah, kini Qarissa menjadi semakin baik dari hari ke hari. Dia tahu yang saya dan Daddynya sudah dapat "menguncinya" dengan cara kami sendiri. Qarissa masih lagi manja seperti dahulu, sikit-sikit Daddy, sikit-sikit Daddy tetapi semuanya terkawal dan tidak lagi melampau seperti dulu. :)
Tekun makan dengan penuh selera. Walaupun banyak yg tumpah dari masuk ke mulut, saya dapat rasakan Zayra puas kerana itu hasil usahanya sendiri!
Seperti juga kes-kes sepah-menyepah barang permainan, bila anak bermain, sudah tentu lah bersepah satu rumah, kita jadi penat dan cepat sahaja marah, terutama bila kita penat bekerja dan balik rumah, anak buat perangai, mengamuk-ngamuk dan sepah2 barang sambil menangis inginkan perhatian kita. Sudah tentu kita tension dan cepat sahaja naik darah. Kita tidak sabar dan cepat-cepat mengemas barang2 tersebut tanpa langsung memberi peluang anak kita mengemas sendiri selepas bermain. Kita tidak sabar menunggu mereka mengemas kerana lambat, kita dah penat dan kita nak cepat-cepat selesaikan pekerjaan itu hingga kita lupa, yang kitalah sebenarnya yang mengajar anak kita menjadi "mua" atau dalam bahasa yg tidak sedap di dengar - "pemalas". Agak kasar bunyinya, tapi itulah yang saya rasakan bila saya menyedari kesilapan saya. Saya masih ingat, ketika saya cuba mengaplikasikan teknik ini, memang ia sungguh mencabar kesabaran saya, apatah lagi saya memang kurang sabar dan pemarah orangnya. Kalau tak sabar, mau makan pelempang juga anak saya tau! Huhuhu..ganas jugak mak Q ni yerk! Hahahaha.. Tapi saya cuba coolkan diri sehabis boleh, dengan muka tiada perasaan, saya pandang Qarissa dengan perasaan kosong dan berkata dengan penuh confident, "It's ok Qarissa, you can cry here all night! Mommy can wait! Dont worry Darling, keep on crying until you feel like taking the things you throw and say sorry!" Saya tidak sekali-kali memberikan Qarissa peluang untuk dia menguasai saya, walaupun saya penat dan rasa ingin mengalah sahaja, tapi saya cekalkan hati & keep on telling myself, that this will work! Dan seperti yang diduga, selepas penat menangis, mengamuk dan melepaskan perasaan marahnya kira-kira 45 minit, Qarissa mengutip barang yang dilemparnya kemudian datang dan meminta maaf pada saya. Yer, 45 minit saya berdiri dan buat muka toya depan dia, langsung tak berperasaan dan tidak memandang ke matanya bila dia cuba memanggil saya semata-mata untuk membaling barang bagi melempiaskan rasa marah! Yes Mommy & Daddy, our child can be very manipulative and we must know how to handle that kalau tak nak anak kita memanipulasikan kita. Bila Qarissa tahu yang tekniknya tidak menjadi setiap kali dia cuba lakukan, akhirnya dia mengalah dan secara perlahan-lahan, mengubah sikapnya mengikut kehendak saya & hubby. Sudah tentu ada "give & take" dalam proses penyesuaian dan perubahan ini, tetapi dari hari ke hari, ianya semakin mudah kerana stage yang sukar itu sudahpun saya lalui dengan jayanya. Tidak saya nafikan, ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan kekeringan hati yang maha hebat! Hahahaha.. Lucky me sebab saya ni SOHO Mom orang kata, jadi saya ada masa nak tunggu 45 minit (tanpa duduk! Berdiri sahaja!) melihat tantrum anak saya dalam bilik! Selagi tak kemas, selagi tak mintak maaf, kita duduklah sama-sama dalam bilik sampai lebam! Hahaha..Saya faham kalau Mommy2 yang bekerjaya tiada masa untuk menunggu selama itu kerana terikat dengan beban kerja tetapi jika boleh, lakukanlah jika anda masih belum menemui cara berkesan dalam membantu anak menjadi lebih baik dari segi sikap & tingkah laku.
Haruslah saya ingatkan juga, ia agak sukar dilaksanakan kalau tiada mutual understanding di kedua-dua belah pihak. Isteri nak buat, hubby tak sanggup atau sebaliknya. Jika belum bersedia, pastikan anda bersedia dr segi mental dan fizikal dahulu. Sebab, jika salah seorang tidak setuju, agak sukar nak laksanakan sebab time anak tantrum @ mengamuk, Mommy nak cuba bertegas tapi Daddy tak tahan dan cuba pujuk anak. It can get worst, I must let u know earlier. Anak akan dapat msg yang salah sebab dia rasa ada orang cuba backing dan sokong apa yang dia lakukan. Sebab tuh, Watie awal-awal dah bgtau hubby, kalau apa yang saya buat masa anak mengamuk atau tantrum tidak kena dimatanya, jangan ditegur depan-depan anak. Biar saya selesaikan semuanya, kemudian barulah dia tegur saya. Saya tidak mahu anak-anak mendapat msg yang salah kerana Mommy "begini" dan Daddy pula "begitu". Alhamdulillah, suami juga memahami walapun saya tahu, dalam hatinya, dia tidak setuju dengan cara saya dalam setengah-setengah keadaan. Selepas anak dah ok, dah tak mengamuk, semua dah tenang, baru kami akan bincang elok2 dan suami akan tegur saya kalau dia merasakan yang saya terlalu tegas dengan anak-anak. Saya juga akan buat begitu. Bila hubby bertegas dengan Q, memang saya buat bodoh jer, saya tak sokong pun anak saya. Hehehehe.. Sebab tuh Q tahu, kalau dengan Mommy, memang susah sikit dia nak "makan". Kalau dengan Daddy ok lagik..kekekek.. tu lah nasib saya, asyik jadi BAD COP jer lah... Huhuhu..Tak kesahlah apa pun istilahnya, janji anak saya berubah ke arah kebaikan. :)
Gambar yg membuatkan saya tersenyum sendirian..
Saya menceritakan pengalaman saya ini dengan ikhlas, dengan panjang lebar, dengan perasaan yang berbaur di hati, sekali sekala bertakung air mata di tubir mata saya dengan harapan agar semua pembaca blog ini dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah saya ini. Ia nampak remeh, tetapi memberikan impak yang sangat besar pada diri saya. Mengajar saya untuk tidak terlalu melindungi sehingga menyebabkan anak saya tidak dapat meneroka persekitarannya secara semulajadi dan sungguh pahit untuk saya mengakui yang sayalah orang bertanggungjawab "MENCACATKAN" anak saya sendiri! Yang lebih terkesan, anak saya yang kedua, yang sememangnya dilahirkan kekurangan dari segi fizikal yang telah menyedarkan saya bahawa dia boleh buat segala-galanya kerana saya memberikan PELUANG itu, di mana PELUANG itu jarang saya berikan kepada anak saya yang NORMAL. Mungkin kata-kata "MENCACATKAN anak sendiri" itu agak melampau untuk sesetengah ibu-bapa, tetapi saya menggunakan kata-kata itu untuk menyedarkan diri saya sendiri, kerana ia terlalu pahit untuk saya akui, menyebabkan saya rasa sangat terpukul dan serta merta ada satu kuasa yang menolak diri saya untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki keadaan. Syukur pada Allah SWT, saya berjaya membetulkan keadaan sebelum ia terlambat. Kerana itu, saya rasa saya harus berkongsi dengan anda, terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu bapa, agar anda tidak "mencacatkan anak sendiri" yang dilahirkan sempurna dengan mengekang penerokaan mereka hanya kerana sifat-sifat mazmumah kita - tidak sabar, malas, penat, letih, tak larat, mengantuk, asyik nak cepat, asyik nak marah, asyik nak mengeluh, asyik nak membebel, takut jadi itu dan ini dan sebagainya. Saya tahu anda faham apa maksud saya selepas membaca bebelan saya yang sungguh panjang lebar di pagi Jumaat ini. Tidak banyak yang saya minta, cuma doa anda untuk kebahagiaan saya dunia akhirat bersama keluarga, agar Allah SWT memberikan saya kekuatan akal fikiran dan idea-idea bernas untuk saya kongsikan dengan anda diruangan maya ini ketika anda sembahyang Zohor dan sembahyang Jumaat nanti okeh! :) Love uols, kita jumpa lagi minggu depan, Insya Allah. :) Salam hari Jumaat kawan-kawan ..:) Kalau anda rasa nukilan hati saya ini dapat membantu membuka minda keluarga, sahabat dan kenalan anda, bolehlah anda kongsikannya dengan mereka dengan clik butang share di atas. Sharing is caring kan :)
1 comment:
Good write up and sharing.appreciate it very much.
Post a Comment