Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, December 29, 2010

Padanlah Anak Kita Lambat Baca!!


Karnival Upin & Ipin yang baru sahaja tamat semalam di SACC Convention Centre menemukan aku dengan pelbagai lapisan ibu-bapa, orang perseorangan dan agensi yang terlibat dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. Semuanya suka dan percaya dengan kehebatan Little Reader dalam mengajar anak mereka membaca seawal usia. Ramai juga yang skeptikal dan bertanya macam-macam soalan, tapi bila tengok video testimoni Qarissa, Quzayra dan Felicity yang dimainkan berulang kali, mereka mulaa membuka minda.

Memang tak menang tangan aku melayan pelanggan dan membantu Team Brillkids sepanjang 5 hari tersebut. Staff Brillkids sememangnya sangat fokus dan komited dalam melaksanakan tugas mereka, malah lebih seronok dan bersemangat apabila mendengar aku membuat presentation pada pelanggan. Its all facts dan takder "kang kalikong". Semuanya benar dan realiti, memang seronok buat bisnes yg direct to the point dan ada matlamat serta objektif nih. :) Walaupun penat sampai hilang suara dan demam menjelang hari terakhir Karnival, aku tetap datang dan bertahan kerana merasakan betapa perlunya produk ini diperkenalkan pada ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak yang masih kecil. :) 

Apa yang mengejutkan aku sepanjang 5 hari ni, adalah tentang cara-cara yang Tadika amalkan ketika mengajar kanak-kanak. Aku berjumpa dengan 2 pelanggan yang berbeza. Satu pengetua Taska dan Tadika  dan satu lagi kerja di Kementerian yang related to ECE. Bila aku tunjukkan flash card LR yang memberikan variety (4 design, font, saiz dan warna yang berbeza), akak tuh macam terkejut sikit. Dan aku pulak yang terkejut bila dia kata lebih kurang camnilah bunyinya, "Kita kat tadika tak dibenarkan tunjuk font atau color yang berbeza pada murid. Cuma warna hitam & putih dan satu font sahaja.Sebab tuh akak pelik tengok flashcard you nih!".  Aku memang terkejut giler dengar, pastu aku tanya lagi, "Siapa yang suruh ajar camtuh kak? Maksud saya, guideline tuh dah diberikan ker?" Dan kakak tuh yer, memang ada guideline untuk Tadika-tadika ni semua, aku rasa maybe ikut garis panduan yang diberikan oleh kementerian yang berkaitan. Aku pulak dengan selambanya cakap, "Ohhhh.. padanlah budak-budak kat Malaysia ni agak kureng advance kalau nak dibandingkan dengan budak oversea, sebab kita sendiri yang limitkan pemikiran mereka!". Akak tuh cuma mampu mengangguk dan tersenyum. 

Akak kedua yang kerja di bahagian yang ada kaitan dengan Kementerian pun berkata perkara yang sama. Suaminya juga pernah kerja di bahagian yang berkaitan ECE, seingat aku more to Tabika KEMAS kot, dan dia pun setuju yang cara pendekatan yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak nih outdated dan membosankan. Dan, diakhir pembentangan, she bought the whole set of Little Reader utk anak-anak dia:..) 

 Well, melihat 2 situasi dan senario di atas, this is my personal view. Aku mengaku yang aku tiada Tadika, aku tak pernah pergi kursus mengendalikan Tadika @ Taska (sebab memang tiada keperluan pun, aku memang tak operate Taska @ Tadika), jadi maybe aku tak tahu syarat-syarat yang kementerian tetapkan dalam mengendalikan subjek-subjek untuk semua murid. Aku hanyalah seorang ibu yang mempunyai anak kecil dan telah pun diberikan pendidikan seawal usia dan alhamdulillah, anak-anakku berjaya mengenalpasti perkataan dan "membaca" seawal 1 tahun (anak pertama) dan 5 bulan (anak kedua). In fact, aku sangat percaya yang ALL BABIES ARE GENIUS! Pendapat peribadi aku - KENAPA KITA NAK LIMITKAN PEMIKIRAN ANAK KITA DENGAN HANYA MEMBENARKAAN MEREKA TENGOK FONT YANG SAMA DAN CUMA WARNA HITAM & PUTIH?  

Bukankah bagus jika anak kita dapat melihat KEPELBAGAIAN dalam sesuatu perkataan dan boleh menyebut kesemua perkataan tersebut tidak kira apa pun saiznya, apa pun warnanya, dan apa pun fontnya? Seperti contoh : fishfishFISH dan Fish. Ia masih mempunyai maksud yang sama walaupun font, warna, dan saiznya berbeza bukan?  Itulah KEPELBAGAIAN yang aku maksudkan. Anak kita boleh menyebut kesemuanya kerana ia adalah perkataan yang sama! Sedihnya kalau anak kita tidak dapat menyebut FISH berbanding fish hanya kerana kita TIDAK MEMBERI PELUANG pada anak kita melihat perkataan tersebut! Tidak hairanlah jika anak kita ketinggalan berbanding dengan anak orang lain! Kita yang SEMPITKAN pemikiran kita sendiri, dan mengajak anak dan bayi kita yang GENIUS tuh bersama-sama! Goshh... sedihnya!

Aku tidak pasti samada hanya Tabika KEMAS di bawah kerajaan sahaja yang begitu, atau semua Tadika dan Taska Swasta juga bergitu. I have no idea sebab aku belum hantar Qarissa ke Tadika @ Taska lagi. Mungkin ibu bapa yang dah ada anak yang ke Tadika atau Taska boleh ulas isu ini. Tapi pada aku, tak kira Tadika@ Taska kerajaan mahupun swasta mestilah memberi peluang seluas-luasnya pada bayi dan kanak-kanak ni meneroka potensi mereka sejauh yang boleh. Jangan limitkan pemikiran anak kita. Aku yakin dengan adanya bantuan dan guideline  dan cikgu yang bertauliah, anak kita pun boleh setanding dengan mereka di luar negara!. Tak semua orang mampu nak hantar anak ke Tadika Swasta sebab kos nya tinggi, jadi Tadika @ Taska Kerajaan kenalah juga ubah subjek atau cara pendekatan mengajar bayi dan kanak-kanak. kalau cara lama tuh dah lapuk sangat, tukarlah ikut arus terkini. Kesian budak-budak tuh..:(

Mengajar bayi? Hmm..rasanya masih belum ada lagi mana-mana centre yang declare that they can teach baby on daily basis. Seminggu sekali mungkin ada like Shichida Method atau Tweedle Wink. Kebanyakannya aktiviti @ playskool untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, itupun tak semua Taska yang buat. Sebab tuh, kita sebagai ibu bapa, kena jugak amik tahu, apa aktiviti atau stimulasi yang boleh kita lakukan dirumah untuk bayi kita. Kita tak boleh nak harapkan orang lain! Kita yang bertanggungjawab terhadap perkembangan fizikal & mental anak kita dan bukan  cikgu! Itulah yang selalu aku tekankan dalam Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang aku kendalikan di Genius Baby On Board. 

Bercakap tentang Seminar, di sini aku nak mengajak ibu bapa, wanita mengandung atau ibu yang dah ada anak berderet tapi masih lagi nak tahu tentang Early Childhood untuk sama-sama mendaftarkan diri ke Seminar yang bakal dianjurkan oleh Genius Baby On Board pada bulan Januari nanti. Macam-macam maklumat yang akan uols perolehi dalam tempoh 4 jam (atau mungkin lebih bergantung pada sessi diskusi) tentang kepentingan ECE dan kaitannya dengan perkembangan otak bayi. Its very important for us to know why we must start early and as soon as the baby born!. Berikut adalah maklumat tentang seminar ini.:

Informasi Seminar

Dan pihak Genius Baby On Board juga membuat promosi-promosi berikut. 





Harap maklum bahawa seminar yang bakal di adakan ini adalah seminar tertutup dan terbuka untuk 10 orang pertama yang mendaftar sahaja. :) Anda di alu-alukan untuk membawa anak ke Seminar ini. Dan pihak Genius Baby juga mempunyai kawasan khas iaitu Kidz Zone untuk anak anda bermain. :) Selain itu, kami juga menyediakan persekitaran stimulasi dan mesra keluarga. So, marilah sama-sama memeriahkan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini supaya kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita dan bukan setakat menjadi "pengikut" kepada apa yang telah di setkan berkurun dahulu.. :(

post signature


post signature

No comments: