Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, March 4, 2011

Quzayra Read With LR @ 10 Months Age.

Masih ingat video di bawah? Inilah video pertama yang saya rakamkan, saya menjadi titik tolak bermulanya Genius Baby On Board. Saya tidak menyangka dan tidak juga menduga, yang video ini memberikan inspirasi yang bukan sedikit untuk para ibu bapa di luar sana. Saya gembira dapat berkongsi maklumat dengan anda, dan membuktikan yang anak kita sememangnya bijak! Dan saya lebih gembira apabila mendapati, semakin hari, semakin banyak video-video sebegini dihasilkan oleh rakan-rakan saya, baik rakan-rakan sekolah, universiti, FB malah rakan-rakan yang saya kenal melalui alam internet, atau mungkin melalui perbualan di telefon sahaja. Bertambah bangga kerana hampir kesemuanya bayi dan kanak-kanak melayu Islam yang ibu bapanya percaya & yakin dengan konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 


My Genius Qarissa

Kini, segala-galanya seolah-olah berulang kembali. Saya seolah-olah di bawa kembali ke masa silam, setahun setengah yang lepas, melihat kembali senario yang sama, tempat yang sama, meja yang sama, file yang sama cuma orang dan umurnya sahaja yang berbeza (oh, dan Lappynya pun lain sedikit..heheheh..ni memang Lappy anak-anak saya). Ya, kali ini dengan Quzayra pula. Terharunya saya, kerana saya merasakan saya semakin tua, anak sulung saya dah masuk 2 tahun 9 bulan, yang nombor 2 dah pun 10 bulan. Tau-tau jer nanti, Zayra pun dah 2 tahun lebih..:( Sekejap betul masa berlalu kan? Memang pilu juga mengenangkan anak-anak kita akan besar, akan bijak, akan pandai, masuk sekolah Tadika, kemudian Sekolah Rendah, seterusnya Sekolah Menengah & Universiti, Insya Allah. Dan kita akan mengharungi hari-hari tua bersama suami tercinta jika panjang umur dan kalau dapat rezeki cepat, mungkin bercucu pula. Hmmmm.. Putaran dunia.:) Sesungguhnya, inilah bekalan dan kenangan yang akan saya simpan sampai bila-bila. Melihat kembali anak kecil saya yang bijak, melihat kembali betapa petahnya mereka berkata-kata dan membuat aksi, menggembirakan saya setiap hari, memenatkan saya tanpa jemu. Merekalah bayi yang pernah saya kendong, yang pernah saya pangku, saya pernah saya peluk, cium, babab dan gomol. Selamanya mereka akan menjadi bayi saya, menjadi puteri di hati saya & suami. :) Saya tidak akan jemu memainkan setiap video yang ada dalam koleksi saya untuk mengingatkan saya apa yang telah saya lakukan sebagai ibu semasa mereka kecil, apa tanggungjawab yang saya telah laksanakan sebagai pemegang amanah Allah SWT dan apa yang telah saya lakukan kepada masyarakat sebagai rakyat Malaysia. Apabila saya berusia 60 tahun nanti, kalau panjang umur dan jika saya menatap kembali setiap video yang ada, mungkin saya akan menangis dengan penuh rasa terharu, mungkin saya akan menontonnya dengan cucu saya pula, dan ketika itu, saya sangat berharap saya telah pun melakukan sesuatu yang anak saya banggakan. Saya harap, ketika itu, blog ini masih lagi aktif dan anak saya dapat membaca setiap patah kata yang ibunya coretkan, setiap inci pencapaian mereka saya tuliskan, bukan bermaksud saya menceroboh privasi anak saya, langsung tidak terniat begitu, tetapi kerana ingin mereka tahu yang saya bangga, cukup bangga dengan mereka dan saya ingin memberitahu dunia betapa gembiranya saya memiliki anak secantik dan sebijak mereka. :) Semoga Allah SWT merahmati dan memanjangkan usia kami sekeluarga. Amin ..:)


My Genius Quzayra


post signature
post signature

Thursday, March 3, 2011

Testimoni & Feedback Seminar 27/2/2011: Apa Kata Mereka?

Berikut adalah borang testimoni dan maklumbalas yang diberikan oleh para peserta Seminar ECE  pada hari Ahad lepas. Disebabkan dah terlewat habis Seminar, dan semua dah sibuk nak siap-siap balik, sampai ada yang lupa nak pulangkan form pada saya. Takperlah, saya faham, saya yang silap sebab amik masa banyak sgt dari peserta saya, sory kay. Jadi, saya attach di sini mana yang sempat pulangkan testimoni dan feed back form pada saya untuk Seminar kali ini. :) 
Testimoni:

 Nama: Mohamed Zulkifli Mokti
Testimoni: Seminar ini telah membuka minda saya untuk mengambil berat tentang education dan sama-sama membantu isteri untuk mendidik anak kami. Anda buat anda akan dapat hasil. Tima kasih syukur kepada Allah kerana telah memilih saya untuk menghadiri seminar GBOB ini


 Nama: Nor Fazillah Jamaluddin
Testimoni: Seminar ini benar-benar memberi kesan kepada diri saya yang betapa pentingnya ECE pada anak saya seawal bayi. Seminar ini juga menyedarkan saya yang selama 2 1/2 tahun ini saya tidak menggunakan masa yang diberi untuk memberi, mengajar n mendidik anak dengan cara yang betul dan berkesan. "TRUST" is a magic word for me after this. TQ to GBOB.  

Nama: Mahfuzah Mahmud
Testimoni: Sangat seronok untuk diaplikasikan untuk anak saya.

 Nama: Nor Sakilawati Abdul Wahab
Testimoni: Seminar ini sangat bagus kerana ia memberi kesedaran tentang pentingnya stimulasi awal kanak-kanak / bayi.  Ia mengajar ibu menjadi lebih bersifat terbuka, kreatif dan lebih menghargai anak. 


 
  Nama: Sharifah Dalila Syed Idrus
Testimoni: The facilitator has a very vast knowledge and experience on ECE and willing to share and answer any question thrown to her definitely an eye opener to ECE since it's very new in M'sia, worth every penny spent and highly recommended to parents who are still in the dark of what ECE is. 

 Nama: Hasrine Abdulllah
Testimoni: Overall Good Seminar 

Feedback Form












Untuk melihat entry penuh berkenaan Seminar yang dilangsungkan minggu lepas, atau ingin mengetahui trentang Sessi Seminar setereusnya, sila klik link di bawah :



post signature

post signature

Bersyukurlah Wahai Para Ibu & Bapa..

Bersyukurlah ...


Bersyukurlah  apabila anak kita menangis, kerana itu menandakan dia ada suara dan ada air mata

Bersyukurlah apabila anak kita kuat menyepah, kerana itu menandakan dia ada tangan, dia ingin meneroka

Bersyukurlah apabila anak kita tantrum, kerana itu menunjukkan dia ada perasaan, dan dia cuba melepaskan rasa di hati. 

Bersyukurlah apabila anak kita mengamuk sambil menendang-nendang, kerana itu menandakan yang dia ada kaki dan cuba memaksimumkan kakinya sebaik mungkin. 

Bersyukurlah apabila anak kita kuat membebel, kerana itu menandakan dia ada mulut dan tidak bisu. 

Bersyukurlah apabila anak kita banyak bertanya soalan, kerana itu menandakan yang dia ingin tahu, dan ingin belajar sesuatu. 



*Kita terlalu banyak mengeluh dan merungut apabila berlaku perkara di atas. Kita sering melihat sesuatu yg berlaku dr sudut yang negatif sahaja, cuba kita lihat dari sudut yang lain pula, dan kita akan bersyukur dengan setiap kurniaan yang Allah SWT berikan. Fikirkan seketika, sekiranya Allah menarik kembali nikmat ini, rasanya sudah terlambat untuk kita bersyukur ... * 


post signature

Peringatan untuk saya juga yg kadang kala tersasar....

post signature

Wednesday, March 2, 2011

Memperkenalkan Duta Rasmi GBOB!

Heheheh.. Tajuk gempak tak hengat! Poyo jer Watie nih! Eekkeke.. Niat di hati memula nak gak cari Duta Rasmi GBOB, tapi sudahnya saya  rasa yang terbaik untuk jadi Duta Rasmi GBOB anak-anak saya sendiri iaitu Qarissa & Quzayra dan mungkin juga anak-anak yang bakal lahir akan datang. Eekekke.. Sebab nya mudah, kalau tidak kerana anak-anakku yang tersayang ini, takkan lah wujud Genius Baby On Board di muka bumi ini! Seriously!! Its all because of my children, sebab tu lah tertubuhnya GBOB. Dan saya percaya, apa sahaja yang kita buat ikhlas demi untuk anak dan keluarga, Allah SWT akan merahmati perjalanan dan memudahkan segala-galanya. Just like Dr Titzer, apa yang beliau lakukan? Mengeluarkan produk khas untuk mengajar bayi membaca, semuanya bermula kerana anaknya, Aleka. Dan kini, produknya terkenal di seluruh dunia! Walaupun anak beliau dah pun masuk Havard, video beliau dah agak oldies terutama warnanya, tapi masih lagi kita gunakan kerana kaedahnya yang berkesan. Begitu juga dengan Mr KL Wong, yang juga mengeluarkan produk Little Reader, kerana anaknya Felicity, dan kini makin ramai ibu bapa menggunakan Little Reader sebagai alat bantu mengajar bayi mereka membaca. Malah GBOB selain ADH Brillkids merupakan pengedar produk ini di Malaysia. Alhamdulillah, happy sgt dapat kongsi produk yang baik di Malaysia dengan semua para ibu bapa yang cintakan ECE. 

 Qarissa my genius model!


Both of them, Dr Titzer dan Mr KL Wong menggunakan anak masing-masing sebagai contoh terbaik membuktikan pada dunia yang bayi sememangnya genius, dan itulah juga yang ingin saya lakukan. Menggunakan anak sendiri untuk membuktikan bahawa dengan bimbingan berterusan, dengan permainan stimulasi yang sering dilakukan, segalanya mungkin. Bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sedikit pun tidak terniat di hati saya begitu, kerana apa yang lebih penting bg saya ialah mengubah minda ibu bapa terhadap ECE. Hanya Allah SWT yang tahu betapa gembiranya saya apabila hari demi hari, saya menerima msg, sms, komen dan video dari para ibu bapa memberitahu perkembangan anak mereka yang sangat positif selepas menerima consultation dari saya, menggunakan produk yang saya syorkan dan selepas menghadiri Seminar saya. Tidak sabar untuk saya dengar komen para ibu bapa yang datang bengkel dan kemudian mengaplikasikan kaedah yg diajar pada Bengkel tersebut terhadap anak mereka. :) Apa hasilnya yer? Sudah pasti positif dan memberangsangkan! :) 

Both of my babies..will always be my babies..!

Video ini di ambil around 1 am! Yer, kul 1 pagi dan si Qarissa nih masih lagi "tergila-gilakan" Little Readernya. Percaya tak kalau saya kata, sometimes pukul 2 am Q boleh bangun tidur dan mengigau mintak Little Reader sampai menangis-nangis!! Mau tak tensen me & hubby! Bangun pagi, terpisat-pisat dia turun katil, muka dan rambut masih serabai, gi depan Lappy dan sebut Little Reader!! Pepagi buta, datang dekat saya, saya kemain peluk, say good morning, kiss and hug bagai... suruh dia peluk dan sayang saya (which she did) dan bila saya kata, "Do you love Mummy?". Apa dia jawab? dengan muka toya, "LITTLE READER!" Caittttt!  Ni apa kes nih??? Memang rasa nak hangin dan marah jer tau, tapi saya pikir sebab dia dah addicted sgt dengan LR, dan dia anggap tu mainan dia, saya sabarkan hati jer. Malah, saya "tegur" diri sendiri yang sometimes tersasar jugak, saya sepatutnya bersyukur sebab anak saya suka pada permainan yang mendatangkan faedah dan bukan permainan yang bukan-bukan!

Model saya yang gediks!

Dan video ini juga membuktikan bahawa tidak kira apa jenis font, bercampur antara huruf kecil atau tidak, bewarna-warni atau satu warna, ia masih lagi boleh dibaca dan difahami oleh anak kecil saya, seterusnya menidakkan apa yang dipercayai dan diamalkan oleh pihak lain. Kalau siapa pernah baca entry saya bertajuk, "Padanlah Anak Kita Lambat Baca!", saya ada memberitahu tentang seorang kakak yang mendengar presentation saya tentang LR, katanya, mereka tidak dibenarkan tunjuk font yang berbeza pada student, tidak dibenarkan tunjuk warna selain merah, hitam dan putih pada student. Tidak boleh tunjuk huruf besar kerana takut mengelirukan kanak-kanak genius tersebut. Hmmm..saya personally rasa apa yang dipercayai itu really insult the genius student tau! Memalukan bila kita underestimate kemampuan otak bayi dan cuba membandingkan dengan otak kita yang kononnya bijak pandai nih. Saya tak salahkan akak tuh pun, beliau hanya mengikut arahan, jadi saya rasa yang membuat arahan tu lah yang patut memperbaiki semula struktur pengajaran mereka apabila buat program untuk pihak Taska atau Tadika ni. Haruslah tukar kalau silibus tuh zaman 80an punya atau mungkin 90-an punya yang dah tak relevan atau tak sesuai lagi, haruslah disemak kembali. :) Itupun kalau kita nak anak-anak ini setanding dengan anak-anak negara luar yang maju :)  Oklah, takmo bebel panjang2, meh kita layan video nih jom!

Qarissa Read Genius Baby On Board & Say Welcome to uols! :) 

post signature


post signature

Seminar ECE 27 Feb 11 Yg Lambat Habis & Seminar Seterusnya..

Alhamdulillah, Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di GBOB telah pun selamat berlangsung pada hari Ahad yang lalu. Lama betul rasanya saya tak update dalam blog ni, memang bz betul sampai nak berupdate  pun tak sempat-sempat. Maklumlah, hari Sabtu saya dah sibuk ngan kelas Playgroup, hari Ahad ada Seminar, then Isnin pulak ada customer nak datang ofis, plus saya sibuk menyediakan peralatan untuk Bengkel pada hari Ahad ini pula. Juga nak pastikan kelas hari Sabtu ni berjalan lancar. Perghhh...mau tak "bengkok" dibuatnya. Syukur saya dapat melaksanakan semua kerja ini dengan sempurna. Terima kasih pada semua yang memahami kesibukan saya, kalau saya lambat balas emel, msg, sms dan sebagainya. Sorry sgt kay .. :(  I will try to answer that asap. Komen2 dalam blog ni pun tak sempat nak balas, saya cuma tgk kat hp jer komen2 tuh .. sambil senyum2 kambing sorang-sorang .. Haruslah bukak tru Lappy kalau nak balas balik. Insya Allah, saya akan balas juga .. :)

Saya bersama peserta Seminar 27 Feb 2011. Hubby masing2 dah hilang sebab dah turun, kesian hubby uols. Sorry kay!

Me & Puan Nora Misya
Sibuk mengisi borang :)

Seminar yang berlangsung hari Ahad lepas telah pun di hadiri seramai 12 orang peserta. It supposed to be 18, tapi 6 orang tak dapat hadir kerana berlakunya beberapa perkara yang tidak dirancang pada hari tersebut, so the 6 participants akan datang Insya Allah for our next Seminar on Mac nanti. Ini bermakna hanya ada maksimum 10-12 tempat sahaja lagi untuk Seminar akan datang. Dan rasanya, dah tinggal 2-4 tempat jer lagi memandangkan dah ada pun buat payment as Early Birds to come for Seminar in Mac 2011 ni. Siapa yang dah htr msg kat emel saya, tapi saya tak balas lagi, no worries kay, saya dah reserve your seat. I try to reply the msg by today yer. :)

Me & Puan Sakilawati
Me & Puan Sharifah Dalila

Seminar kali ini di hadiri oleh 2 pasangan suami isteri iaitu Puan Aisyah & Encik Zaimi dan Puan Fazilah & Encik Zulkifli. Yang lainnya semua Mommies yang hebat!. Ada 2 wanita mengandung juga iaitu Puan Hasrine dan Pn Zanah. Tahniah pada Encik Zulkifli & Encik Zaimi kerana menyokong isteri dengan menghadiri Seminar ini. Menarik juga sebab Encik Zulkifli memang nak datang sebagai tanda sokongan pada isteri. Menurut Encik Zul, beliau jarang di rumah, jadi masa dengan isteri dan anak-anak sangat limited. So, this is how he repay back all his wife punya sacrifice besarkan anak. Oh! Terharunya saya dengar! Tahniah Fazillah, bertuah dapat hubby penyayang. Encik Zaimi, suami Puan Aisyah pula kesnya sama dengan Encik Azmi di Sessi yg lepas (nama pun nak dekat-dekat sama yerk! Heheh). Kes kena paksa! Hehehe.. Tapi bestnya, beliau juga menyokong isteri dengan hadir dan mendengar betapa ECE ini penting untuk beliau sama-sama mengetahuinya demi anak tersayang. Bak kata Aisyah- "Sampai rasa nak mengandung lagi laaaaa!" Hahahha. Tu kena mintak ngan hubby yer! Ahaks! Selain itu, Sessi kali ini agak menarik kerana ada seorang ibu KIASU iaitu Pn Hasrine. Tergelak-gelak saya dengar cerita beliau, betapa kiasunya beliau sejak mengetahui pasal Right Brain & Shichida Method ketika anaknya berusia setahun lebih. Punyalah rasa nak "mati" bila baca forum Singapore pasal this Right Brain di mana dalam forum tu ada sorang Mommy Chinese tuh tulis "Kan Chiong, Kan Chiong" (Matilah aku ..Matilah aku ...!) bila Mommy tuh dapat tahu pasal Right Brain masa umur anak dia setahun (pada dia dah lambat sgt lah tuh!), so Puan Hasrine kata, kalau Mummy nih duk kata Kan Chiong Kan Chiong, maknanya aku ni apa? Almost die lah!! Hadoiii... Tergelak-gelak lah we all dengar cerita Hasrine. Macam-macam cerita yang saya dengar dari para peserta yang datang kali ini. Ada yang anak dah besar pun, around 14 years old iaitu Puan Zanah, tapi Puan Zanah tetap datang untuk dengar apa yang ingin saya kongsikan dan apa  yang belia boleh lakukan sebagai ibu untuk bantu anak di dalam kandungan selain anaknya yang nombor 3, yang masih kecil juga. :)

Me & Puan Hasrine
Me & Puan Norzanah

Seminar kali ini juga mencatat sejarah yang tersendiri apabila buat pertama kalinya, seorang ibu hebat datang dari luar Kuala Lumpur. Saya sungguh tabik spring pada ibu hebat yang juga seorang peguam ini iaitu Mahfuzah atau saya panggil Fuzah, dari mana beliau hadir? Dari KOTA BHARU, KELANTAN! Naik apa? Naik KAPAL TERBANG! Berapa tambang? RM 200++ pergi sahaja, belum tambang balik lagi! Lagi mahal dari harga tiket Seminar saya kan? Sungguh saya terharu, sungguh saya berbesar hati, sungguh saya berterima kasih, kerana ibu muda yang cantik dan manis ini sanggup mengorbankan masanya, wangnya, meninggalkan suami dan anak-anak lain di rumah, hanya membawa yang sulung sahaja demi untuk menimba ilmu di GBOB. Saya juga berterima kasih kepada suami Fuzah kerana menggalakkan serta membenarkan Fuzah hadir ke Puchong menghadiri Seminar saya, dan suami Fuzah sanggup menjaga bayi Fuzah yang berusia 3 bulan itu. Kalau nak diikutkan, suami Fuzah juga mahu datang bersama, memandangkan ada anak kecil dan perjalanan yang agak jauh, suaminya berkorban, tidak datang ke Seminar dan mengambil keputusan untuk jaga anak-anak yang lain di rumah, dan hanya Fuzah sahaja yang terbang ke KL dengan anak sulungnya. Ini membuktikan, demi anak-anak, demi menimba ilmu, segala-galanya mampu di lakukan. Maafkan saya, jika selepas ini, ada para ibu bapa memberi alasan JAUH untuk tidak menghadiri Seminar saya, saya tidak dapat terima alasan itu. Kalau Fuzah boleh TERBANG beratus kilometer dengan kos penerbangan pergi-balik yang LEBIH MAHAL dari kos Seminar saya, rasanya memang saya tidak boleh terima alasan JAUH tuh kan? :) Kena bagi alasan lain nih .. ahaks! Tak bagus tau ..hidup banyak alasannnn jerrr! Orang dah kemana-mana, kita sibuk nak reka & cipta alasan jer! Hehehe.. 

Me & Puan Mahfuzah & her pretty dotter. Kenapa baju saya lain? Hehehe. Sebab tukar baju after Seminar utk nenen Zayra!:) 

Saya juga tidak menyangka yang Seminar kali ini lewat juga habisnya dari masa yang dijangkakan. Memanglah saya rasa bersalah sgt, tau-tau jer dah pukul 4.30 ptg!!!! Kesian sgt dengan hubby2 yang dah ready nak amik isteri at around 3 tu. Yerlah, masa Seminar bulan Jan, saya janji habis kul 2.30, sekali habis 3.30, so Seminar kali nih, saya bgtau lah habis pukul 3 pm, dengan harapan saya boleh make sure ia habis sharp at 3. Sekali habis kul 4.30 ptg!! Lagi lambat pulak! Adoii.. Serius rasa bersalah tau! Hubby saya pun tegur, dia kata kesian suami-suami tuh menunggu isteri sampai tertidur-tidur. I should manage my time dgn lebih baik lah. Tu lah, kuat sgt "membebel", sampai terbabas! Ahaks. Saya dengan ini meminta maaf pada para bapa yang menunggu lama, dan pada para peserta yang kena balik lambat gara-gara Seminar habis lambat. Harap tak serik dtg lagi kay... Sorry kawan-kawan .. hu hu ...


Me & Puan Fazillah 
 Me & Encik Zulkifli. 


Dan, di sini juga saya membuka pendaftaran untuk Seminar ECE yang akan di adakan pada bulan Mac 2011 nanti. Berikut adalah maklumatnya.:



Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh:  27 Mac 2011 (Ahad)
Masa: 9.30 pg - 3.30 pm (bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 16-18 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
* untuk mereka yang membayar sebelum 10 Mac 2011, diskaun sebanyak RM 49 akan diberikan. Anda hanya perlu membayar RM 150 sahaja. *

Dan, berikut adalah apa yang akan dikongsikan di dalam Seminar:


  • Apakah Maksud Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education @ ECE) 
    • Apa yang Anda Faham tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak 
    • Definasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Negara 
    • Bila Kita Seharusnya Bermula Untuk Mengajar Anak?
    • Apakah Pendapat & Pilihan Yang Ada?
    • Mengapa Mesti Bermula Seawal Usia?
    • Anatomi Otak & Kaitannya Dengan Fasa Perkembangan Anak Anda
    • Kuasa Otak Bayi & Sambungannya 
    • Apakah Maksud "Windows Of Opportunity". 
    • Mitos & Fakta Tentang Otak Bayi 
    • Stimulasi Ketika Mengandung 
    • Bagaimana Otak Anak Anda Berkembang?
    • Bagaimana Memaksimumkan Potensi Bayi Anda


    Pakej Early Bird
    Pakej Keluarga
    Pakej Member Get Member 
    (Affiliates GBOB tidak boleh menggunakan Pakej di atas kerana anda telah menerima komisen hasil recommendation anda.  ) 

    Bagi yang berminat untuk menghadiri seminar ini, anda boleh membuat pembayaran ke dalam akaun Genius Baby On Board samada melalui Maybank atau CIMB. Selepas pembayaran dibuat, sila emelkan bukti pembayaran kepada pihak kami di geniusbabyonboard@gmail.com. Pihak kami akan memberikan anda borang pendaftaran untuk di isi sebagai rujukan pihak kami. Berikut adalah maklumat akaun pihak GBOB:

    Nama: Genius Baby Resources
    CIMB: 1290 000 1364 059
    MAYBANK: 5628 4310 1387

    Sekiranya anda mempunyai soalan yang ingin ditanyakan, bolehlah anda isikan borang pertanyaan di bawah ini   dan pihak kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin. 







    *

    *

    *

    *
    *
    contact form faq
    verification image

    Contact form powered by 123ContactForm

    Saya menerima beberapa emel dari Pengusaha Taska & Tadika yang mereka juga berminat untuk menghadiri serta menghantar staff mereka to attend this Seminar. Saya sangat menghargainya dan menggalakkan agar pengusaha serta staff mereka menghadiri Seminar ini. Ini kerana, bukan setakat menambah ilmu yang baru (I believe Pengusaha Taska dan staff juga seorang ibu atau mungkin bakal-bakal ibu kan?), tetapi apa yang lebih penting adalah kesedaran dan tanggungjawab mereka ketika melayan dan bermain dengan anak-anak yang datang ke Taska atau Tadika setiap hari. Mereka adalah "barisan hadapan" yang akan melayani kerenah bayi dan kanak-kanak genius ini. Sekiranya mereka sedar betapa pentingnya tanggungjawab yang mereka pikul dan harapan yang ibu bapa letakkan di bahu mereka sepanjang mereka bekerja, sudah pasti staf-staff ini akan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Dan mereka akan merasa bangga, bangga kerana kerjaya yang mereka lakukan ini sangat suci, sangat murni, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat nanti. :) 

     Me & Puan Aisyah
    Me & Encik Zaimi

    Buat pertama kalinya juga, Genius Baby On Board menyediakan sijil kepada  para peserta yang hadir ke Seminar @ Bengkel di GBOB ini. Saya sangat berharap dengan adanya Sijil ini, setiap kali anda melihatnya di dinding rumah, ingatlah anak tersayang dan apa yang telah anda lakukan untuk perkembangan mental dan fizikal mereka. Ingat kembali apa yang telah saya kongsikan dengan anda semua ketika Seminar ini. Semoga ia menjadi peringatan pada kita semua sehinggalah anak kita dewasa. Insya Allah ..:) 

    My great participants! Cian anak Fuzah tantrum masa nih, takmo bergambar. Hehehe
    Habis seminar, saya memangku Zayra sambil menerangkan pasal LR yang ingin Fuzah & Fazillah dapatkan. Rindu betul saya ngan dia. :)
    Tengah2 explain, nak menenan pulak Zayra. Nak balas dendam satu hari tak dapat mengutil lah tuh! Tu yg saya kena tukar baju tuh! Hehehe..

    post signature

    post signature