Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, October 5, 2012

Bajet Bayangan 2013: Harapan Seorang Ibu & Pendidik

Sana sini orang bercerita tentang Bajet 2013. Yang mana dapat faedahnya, akan tersenyum gembira dan bersyukur. Yang mana tak terkena tempiasnya...harus tetap bersyukur kerana kita masih dikurniakan nikmat pendengaran oleh Allah SWT untuk "mendengar" Bajet yang dibentangkan itu. Yer, kita mesti sentiasa ada sebab untuk bersyukur walaupun saya tahu ramai yang kurang berpuas hati dengan Bajet 2013 ini terutama mereka yang bekerja sendiri atau swasta. :) Kalau ditanyakan pendapat peribadi saya terhadap Bajet 2013 ini, cukuplah kalau saya katakan yang saya ingin SEMUA rakyat dpt menikmati segala faedah yg diberikan secara terus, tanpa melalui org tengah atau kerenah birokrasi dan bukan hanya rakyat terpilih seperti dalam kes BR1M. Ketahuilah bahawa rakyat dlm golongan "medium income" baik di luar bandar apatah lagi di bandar besar yang paling tersepit dalam keadaan ekonomi sekarang dengan inflasi yg mencanak-canak naiknya. Nak ke kiri tak layak, nak ke kanan pun tak lepas..Sudahnya..MELEPASSS, lepas tuh SESAK NAFASSS... hehehe..:)

Saya tidak mahu bercerita panjang pasal POLITIK di sini kerana saya ada agenda yang lebih penting. Saya ingin mencatatkan Bajet Bayangan 2013 yang saya harapkan sebagai seorang IBU dan seorang PENDIDIK. Memandangkan saya berkecimpung dalam bidang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak, maka seharuslah Bajet Bayangan yang ingin saya bentangkan ini berkaitan dengan Pendidikan Awal juga. Tetapi, saya yakin..cukup yakin SEMUA IBU BAPA di Malaysia akan mendapat manfaat YANG PALING BESAR sekiranya kerajaan merealisasikan Bajet Bayangan ini. Dari golongan yang berpendapatan rendah, sederhana tinggi atau tinggi akan mendapat manfaatnya.  Bukan hanya ibu bapa, tetapi juga para pelajar dan guru-guru Taska & Tadika, baik swasta mahupun kerajaan akan mendapat manfaatnya secara terus. Insya Allah.

Mari kita lihat Bajet Bayangan 2013 saya. Sebelum saya terus menaip, saya ucapkan - SELAMAT BERANGAN. Yakinlah yang satu REALITI bermula dengan hanya ANGAN-ANGAN. Selepas anda membaca dan melihat sendiri gambar-gambar REALITI yang saya paparkan ini, anda akan merasakan apa yang saya minta sebagai seorang ibu & pendidik adalah sedikit, sangat sedikit dari apa yang kerajaan boleh sediakan sebenarnya. Semoga satu hari nanti PM kita akan dapat melihat sendiri apa yang Ibu & Bapa inginkan. Amin. 

**********************************
1. Sebagai ibu, saya merasakan yg PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK seawal bayi SANGAT PENTING kerana anak-anak inilah yg akan mencorakkan masa depan negara dan ia bermula dari dalam kandungan dan bukannya 5 tahun. Mereka adalah aset negara yang paling berharga. Siapakah orang ORANG LUAR PERTAMA yang akan mengasuh dan mendidik anak-anak ini selepas ibu bapa mereka? Yer, pihak Taska & Tadika lah menjadi pihak yang PERTAMA akan menyentuh hati dan perasaan anak-anak syurga ini dalam proses pembesaran mereka. Kita semua tahu yang 6 tahun PERTAMA usia anak adalah SANGAT KRITIKAL dari segi pembanguan mental, fizikal, rohani, jasmani dan sahsiah diri seorang anak. Maka dengan itu, saya merasakan yang perhatian yang sewajarnya haruslah diberi kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang ini. SEMUA Taska dan Tadika kerajaan harus di naik taraf dari semua segi, baik dari modul pembelajaran, persekitaran dan yg paling penting tenaga kerja yang profesional dan berilmu, bukannya mereka yg menjadikan kerjaya Guru Taska atau Tadika sebagai kerja part-time sementara mendapat tawaran yang lebih baik. Turn over yg tinggi dlm sektor pendidikan awal ini adalah tidak baik untuk perkembangan emosi bayi dan kanak-kanak. Apa yang dapat dilihat, kerja Guru Taska dan Tadika di Malaysia ini dipandang sebelah mata, remeh dan enteng, tidak seperti tadika-tadika di negara luar seperti USA @ Jepun. *sekadar memberi beberapa contoh*

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan

2. Untuk memastikan tenaga kerja profesional berminat dalam bidang pendidikan awal ini, layanlah mereka dengan profesional juga. Treat them like one. Naikkan gaji dan tetapkan satu tangga gaji untuk guru Taska dan Tadika yang tinggi agar turn over dikalangan guru-guru taska dan tadika ini dpt dikurangkan. Hantar mereka ke pelbagai kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Awal, Psikologi Bayi & Kanak-Kanak, Bagaimana berurusan dengan Special Needs Baby & Toddlers atau yang sewaktu dengannya. Lakukan On Job Training jangka pendek di pelbagai Institusi di dalam dan luar negara untuk menambah dan mengaplikasikan ilmu tersebut, yang mereka dapati melalui pengalaman sebenar dan bukan setakat pembacaan. Kursus ini bolehlah dilakukan 2 bulan sekali agar ilmu mereka semakin bertambah mengikut suasana semasa. Untuk memastikan komitmen mereka dlm kerajaan, mereka yg dihantar berkursus mesti ada menandatangani perjanjian bertulis dgn Kerajaan yg mereka harus bekerja untuk satu tempoh masa yg ditetapkan. Ini bagi mengelakkan mereka berhenti kerja atau mencari kerja baru di tempat lain. *tetapi rasanya, jika gaji telah dinaikkan dan langkah-langkah proaktif dilaksanakan bagi meletakkan profession ini ditempat yang tinggi dan sepatutnya, tidak akan ada masalah turn over yang berlaku, jika ada, mungkin ianya sangat sedikit dan kes-kes yang terpencil sahaja*


Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School In Japan

3. Modul pembelajaran di Tadika yg ada sekarang harus diperhalusi dan dilakukan perubahan mengikut keadaan semasa. Modul ini bolehlah bermula dari anak berusia 4 tahun-6 tahun. Sebarang modul yg tidak sesuai lagi harus dikeluarkan dan digantikan dgn modul atau subjek yg lebih efektif mengikut zaman. Modul yg ada haruslah berasaskan permainan @ belajar sambil bermain dan menggunakan keempat-empat unsur semulajadi iaitu api, air, tanah dan angin. Modul ini pula wajib disemak setahun @ 2 tahun sekali bagi memastikan ianya up to date dan sesuai dgn keadaan semasa.

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan

4. Modul pembelajaran di Taska harus diperkenalkan di mana setiap bayi baru lahir hingga 2 tahun yg dihantar ke Taska kerajaan harus mempunyai aktiviti-aktiviti yg konsisten dan terancang agar stimulasi untuk memantapkan kelima-lima deria mereka dijalankan dgn sempurna. Sama seperti Tadika, Taska juga perlu mempunyai modul sendiri dan aktiviti yg berasaskan permainan stimulasi dan tidaklah bayi ini hanya makan, minum dan tidur sahaja setiap hari tanpa ada aktiviti khusus utk merangsang otak dan deria mereka. Bagi anak yang berusia 2-4 tahun, mereka juga mempunyai modul khas yang dapat diaplikasikan mengikut tahap umur mereka sebelum mencecah 4 tahun. Fasa 0-4 tahun ini SANGAT KRITIKAL sebelum mereka memasuki Tadika yang sudah tentu modul pembelajarannya lebih sistematik dan terancang. Sekali lagi, modul ini haruslah berasaskan permainan @ belajar sambil bermain dan menggunakan keempat-empat unsur semulajadi iaitu api, air, tanah dan angin.

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Kindergarten Design Grows Up: contemporary nursery-school projects
Fagerborg Kindergarten

5. Persekitaran Taska dan Tadika kerajaan harus diubah supaya ianya kelihatan ekslusif, ceria, penuh stimulasi, tahap keselamatan maximum dgn cctv, keselesaan optimum dengan aircond dan ruang yang luas di dalam dan diluar kelas agar anak2 ini dpt meneroka persekitaran mereka dengan baik. Lebih molek lagi jika semua Taska dan Tadika kerajaan ini didirikan dalam satu kawasan khas @ built for purpose atau banglo 2 tingkat yg selesa untuk anak bermain sambil belajar. 

Kindergarten @ Nagaoka Japan.
Kindergarten Kekec, Slovania

7. Kemudahan Taska 1st class dengan ruang tempat tidur khas menggunakan stackable cot dan bagi bayi menggunakan baby cot. Susun atur barang-barang dan reka letak alat bantu mengajar harus selaras dan sama utk semua Taska dan Tadika kerajaan, seolah-olah konsep Francais, jadi setiap Taska dan Tadika Kerajaan rekabentuknya sama dari sekecil-kecil mainan hinggalah sebesar-besar rumah @ bangunan. Dengan ini, sudah pasti Taska dan Tadika kerajaan dipandang tinggi dan meletakkan ianya ke satu tempat yang dihormati dan di kagumi. Secara tidak langsung, ini akan "memaksa" Tadika Swasta bekerja keras bagi memastikan tempat mereka setanding dengan Tadika & Taska Kerajaan bagi menarik perhatian golongan masyarakat kelas tinggi untuk menghantar anak mereka belajar di situ. Sudah pasti ketika ini SEMUA Ibu Bapa berebut-berebut mahu ke TASKA dan TADIKA @ KEMAS milik kerajaan. Bayarannya murah dan mampu bayar dengan fasiliti kelas pertama. Siapa yang mahu menolaknya kan? :)

Timayui Kindergarten, Columbia

8. Ratio guru dengan pelajar yang rendah supaya guru boleh fokus dan memastikan setiap anak murid mendapat perhatian sewajarnya. Satu kelas terhad pd 10 pelajar dengan 2 guru. Jika ruang luas, bolehlah diambil sehingga maximum 50 pelajar dengan 10 guru. Jika ruang tidak begitu luas, paling maksimum 30 pelajar dalam satu Taska @ Tadika dengan 6 guru terlatih dan profesional. Ini bagi memastikan guru dapat memberi perhatian yang lebih kepada setiap pelajar mereka, membuat lebih banyak 1 to 1 session serta mengenalpasti sekiranya terdapat murid-murid mereka yang perlukan perhatian khusus dengan lebih awal seperti simptom Slow Learner, Dislexia, HyperActive, ADHD, Austism (Mild, Middle & Severe) atau lain-lain isu pembelajaran dengan lebih cepat. Ini bagi membolehkan guru memberikan maklum balas kepada ibu bapa anak-anak ini agar mereka dirujuk kepada Pakar Pembangunan Kanak-Kanak dengan segera dan jika perlu, di hantar ke Sekolah Taska @ Tadika Khas (Special Needs) milik Kerajaan yang mempunyai Fasiliti yang lebih canggih dan Guru-guru yang lebih terlatih khas untuk membantu anak-anak syurga ini.

Sarragueimines Nursery, France

9. Adakan subjek tambahan seperti Iqra, Kelas Hafazan, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Mental Aritmetik, Kelas Renang, Kelas Drama, Kelas Piano, Kelas Pengucapan Awam,  dan sebagainya mengikut  kecenderungan dan minat anak dalam modul sedia ada bagi anak-anak berusia 4-6 tahun di Tadika agar pelajar dapat memaksimumkan potensi mereka, menjadi anak-anak yang lebih berwibawa dan berdaya saing serta mampu berhujah dengan fakta sedari kecil lagi. Sudah tentu semuanya ini berasaskan bermain sambil belajar dan bukannya terlalu menekankan akedemik. ITS ALL ABOUT PLAY!

School Barvaux-Condroz, Belgium

10. Dengan semua kemudahan dan modul yang ada untuk Taska, Tadika Kerajaan ini, sudah pasti SEMUA ibu bapa ingin menghantar anak ke tempat-tempat ini. Taska dan Tadika kerajaan harus meletakkan satu aras penanda kepada Tadika swasta yang lain dan membuktikan bahawa kerajaan berada dalam kelasnya yg tersendiri. Bayaran bulanan mengikut kawasan tetapi mestilah mampu dibayar dan tidak membebankan ibu bapa. Sbg cth: Di kawasan bandar, harga mungkin RM 100 - RM 150 sebulan atau lebih rendah mengikut kajian yang harus dilaksanakan dahulu sebelum menetapkan bayaran (mungkin boleh mengikut tangga gaji ibu bapa, yang mana agak mampu bolehlah bayar lebih sedikit tetapi maksimum RM 150, yang mana kurang mampu bolehlah bayar antara RM 30-50 sebulan atau yang mana sangat tidak mampu bolehlah diberikan PERCUMA), tetapi dikawasan pedalaman, harganya mestilah lebih murah dengan fasiliti, kemudahan dan tenaga kerja yg mestilah setaraf sama seperti di bandar. Apabila tadika dan taska kerajaan dipandang tinggi dan berjaya meletakkan diri mereka dalam kelasnya yg tersendiri, sudah pasti Tadika Swasta akan bekerja lebih keras lagi untuk memastikan mereka juga harus sekurang-kurangnya sama standard dgn Taska @ Tadika kerajaan. Mereka juga akan memberi gaji lebih tinggi pada staff, memastikan modul mereka menarik tetapi masih mengikut garis panduan yang diberikan kerajaan, kemudahan dan fasiliti yg lebih baik serta persekitaran yg lebih kondusif untuk perkembangan minda kanak-kanak. Dari segi harga pula, mereka mungkin akan meletakkan harga yg mampu milik dan tidak keterlaluan mahal kerana mereka tahu Taska dan Tadika kerajaan lebih baik serba serbi dgn harga yg jauh lebih murah. Ianya persaingan yg sihat.

Kindergarten, Paris, France
Kindergarten Design Grows Up: contemporary nursery-school projects
The Stockholm Nursery

11. Bagi anak-anak yang memerlukan perhatian khusus @ Special Needs Kids, kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi serta tenaga kerja mahir untuk mengendalikan anak-anak ini.  Pusat Rehabilitasi (Rehab Centre) yang lengkap dengan peralatan perubatan perlu dibina bagi menampung keperluan anak-anak ini. Dalam Rehab Centre ini, perlulah mempunyai sekurang-kurangnya seorang Doktor Pakar Pembangunan Kanak-Kanak dan Paedtrician untuk memantau perkembangan mental dan fizikal anak-anak ini, dibantu dengan pasukan perubatan seperti Physiotherapist (PT), Occupational Therapist (OT), Speech Therapist (ST),  Behaviorial Therapist (BT), Special Needs Teacher & Special Needs Assistant Teacher. Semuanya di dalam satu tempat agar lebih mudah kebajikan anak-anak ini dijaga setiap hari. Beberapa kelas EIP @ Early Intervention Programme harus  dibuka di Pusat Rehab ini dan pisahkan kelas-kelas ini mengikut tahap anak-anak dan jenis perhatian khusus yang mereka perlukan. Sebagai contoh, mana-mana anak syurga yang perlukan rawatan fisio seperti anak Cereberal Palsy (CP) @ Global Delay Developmental (GDD) *sekadar menyebut beberapa contoh*, bolehlah mendaftar di EIP dan datang ke sini setiap hari seolah-olah mereka datang ke kelas biasa. Selain fisio, mereka juga mungkin perlukan bantuan OT, ST @ BT dan ia perlu dilakukan setiap hari. Sama seperti Taska @ Tadika, masa yang diperuntukkan untuk menjalankan semua terapi-terapi ini adalah selama 4 jam setiap hari. Special Needs Teacher serta Assistant boleh membantu anak-anak ini di dalam kelas dengan panduan dan tunjuk ajar dari Doktor, ST & OT. Aktiviti yg mereka lakukan dalam kelas khas ini mestilah mengikut laporan dan arahan dari Doktor Pakar, OT & ST untuk memastikan perkembangan anak-anak ini  mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam tempoh tertentu. Begitu juga jika anak-anak ini disahkan Autisme, Slow Learner, HyperActive, Dislexia @ ADHD *sekadar menyebut beberapa contoh*, @ mereka dirujuk oleh Pakar Kanak-Kanak ke Pusat Rehab ini atas apa-apa isu yang berkaitan, mereka juga di tempatkan di kelas-kelas EIP dan datang setiap hari, sama seperti kanak-kanak di Tadika & Taska. Apabila anak-anak ini sudah pulih dan nampak perkembangannya yang positif, bolehlah mereka dimasukkan semula ke Tadika @ Taska kerajaan dan sekali sekala, mengikut jadual yang ditetapkan, dapatkan rawatan pesakit luar di Pusat Rehab ini agar Doktor Pakar dapat memantau perkembangan anak ini dari masa ke semasa. *nampak macam susah direalisasikan, tapi sebenarnya tidaklah sesusah mana. Itulah perlunya BAJET. Kalau gaji yang ditawarkan setimpal dan faedah yang diterima menarik hati sebagai pekerja kerajaan, ramai yang sanggup belajar dan bekerja dalam bidang ini kerana jawatan itu sentiasa ada dan diperlukan. Tenaga kerja mahir seperti PT, OT & ST rasanya ramai di Malaysia, (tapi kebanyakkannya berkerja dengan pihak swasta kerana gaji yang ditawarkan lebih lumayan berbanding kerajaan), cuma Doktor Pakar Pembangunan Kanak-Kanak sahaja yang kurang. Dibandar besar seperti KL & Selangor pun agak sukar nak jumpa dan senarai menunggunya begitu panjang sehingga bertahun! Apatah lagi di bandar-bandar kecil di Malaysia. Menyedari situasi dan senario ini, maka haruslah kerajaan menggalakkan lebih banyak pelajar-pelajar lepasan SPM yang layak untuk mendalami bidang Pembangunan Kanak-Kanak agar kekosongan jawatan itu di isi di setiap bandar dan negeri di Malaysia ini. *


Tromso Kindergarten


12. Memang benar di Malaysia ada persatuan-persatuan seperti NASOM, KINWANIS, DAM,  SPASTIK atau lain-lain Persatuan untuk anak-anak Istimewa tetapi kebanyakkannya NGO @ Association dan bukannya direct under government. Alangkah indahnya dunia jika kerajaan sendiri mempunyai Pusat Rehabilitasi canggih bertaraf dunia khas untuk bayi dan kanak-kanak ini di setiap negeri di Malaysia. Sudah tentu harga nya lebih murah berbanding swasta dan golongan miskin dan sederhana boleh menghantar anak mereka ke sini setiap hari. Agak mendukacitakan apabila terapi-terapi yang penting seperti Fisio, Occupational dan Speech di hospital kerajaan hanya dapat dilakukan sebulan sekali atau maksimum 2 kali untuk seorang kanak-kanak. Bagaimana mungkin kita dapat melihat perubahan yang signifikan terhadap kanak-kanak itu jika sessi-sessi Terapi yang penting ini dilakukan sekali-sekala? Dan, masa yang kita ada pun tidaklah panjang. 6 TAHUN PERTAMA sahaja atau mungkin lebih sedikit untuk anak-anak istimewa ini  menyerap segala maklumat dengan baik. Stimulasi yang dilakukan secara berterusan sudah pasti akan berlakunya peningkatan ketara terhadap diri anak-anak ini. Saya sudah melihatnya sendiri di depan mata,   bagaimana stimulasi khas yang diberikan setiap hari merubah seluruh kehidupan anak-anak menjadi hampir seperti kanak-kanak normal yang lain, Tetapi jika stimulasi yang wajib ini pun jarang mereka terima kerana pelbagai kekangan yang ada, bagaimana mungkin mereka menjadi lebih baik? Bagi ibu bapa yang kaya raya, tiada masalah untuk mereka pergi ke Pusat Rehab swasta kerana mereka lebih dari mampu, tetapi bagaimana pula dengan golongan pertengahan dan bawahan? Kerana itulah, kita melihat ramai anak-anak istimewa ini terlantar tanpa dirawat dengan sewajarnya :(.

Yuyu-No-Mori Nursery School @ Japan. 
A Large atrium space gets fully utilised in the Yuyu No-Mori Nursery In Japan- where the children may play among the nets above the heads of their classmate.
 Yuyu-No-Mori Nursery School @ Japan. 

13. Bagi ibu bapa yang terdiri dari golongan pertengahan, kerajaan bolehlah memberi pilihan atau Option kepada mereka. Merekalah inilah yang paling tersepit dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.  Untuk lebih memudahkan pemahaman tentang golongan medium income ini, mereka tidaklah miskin sangat dan mereka juga tidaklah kaya sangat. Sebagai contoh, hidup di bandar besar seperti KL & Selangor, dengan pendapatan suami dan isteri jika di campur berjumlah RM 5K - RM 8K sekalipun, belum tentu cukup bagi menampung kehidupan terutama jika mempunyai anak yang ramai. Orang kata, cukup makan pakai dan tidaklah sampai meminta bantuan tetapi untuk bermewah-mewah jauh sekali. Katakan sebagai contoh, jika OT @ ST di Hospital kerajaan jumlah RM 20 sekali datang, untuk menyediakan sebanyak RM400 sebulan (20 hari, 5 kali seminggu) untuk anak syurga mereka melakukan sessi-sessi Terapi ini tidaklah begitu membebankan, rasanya mereka masih mampu menyediakan wang sebanyak itu tetapi untuk datang setiap hari selama 20 hari sebulan adalah sangat mustahil buat masa sekarang, seperti yg saya katakan di atas, dapat buat Terapi 2 kali sebulan pun dah cukup baik :(. Tetapi, untuk mereka ke Pusat Rehab swasta yang dapat memberikan mereka kemudahan itu, harganya cukup tinggi dan sememangnya membebankan, mencecah beribu-ribu ringgit sebulan! Tapi apa pilihan yang mereka ada? Hendak tak hendak, mereka datang juga Pusat Rehab Swasta kerana ia menawarkan apa yang pihak kerajaan tidak dapat tawarkan. Semua orang inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Ikatlah perut, carilah kerja part time, buatlah 2-3 kerja dalam satu masa, koreklah segala wang simpanan yang ada, demi untuk melunaskan pembayaran setiap bulan di Pusat tersebut. Berbalik kepada Option atau Pilihan tadi, bagi golongan ini, sekiranya mereka memilih untuk ke Pusat Rehab Swasta, kerajaan mungkin boleh membantu dalam bentuk subsidi perubatan, iaitu diskaun seabnyak 40-50% dari jumlah bil yang diterima. Ini dapat membantu meringankan beban para ibu bapa ini, dalam masa yang sama, mereka yang benar-benar kurang mampu dapatlah memenuhi slot Terapi yang ada di Pusat Rehab Kerajaan dengan bayaran yang murah. Walaupun bil bulanan di Pusat Rehab Swasta masih mencecah ribuan ringgit selepas diskaun @ subsidi itu, sekurang-kurangnya ia sangat membantu kewangan keluarga dari golongan berpendapatan sederhana ini. Seperti yang saya katakan, golongan ini tidaklah miskin sangat, mereka bekerjaya, berpelajaran tinggi tetapi mereka juga tidaklah terlalu kaya sehingga memandang wang berjumlah RM 2000 seolah-olah RM 2 ringgit.


Kindergarten Ring Around A Tree- Tachikawan Japan
Kindergarten Ring Around A Tree- Tachikawan Japan

14. Dari segi makanan pula, baik Taska, Tadika @ Pusat Rehab Kerajaan ini, haruslah ada tukang masak khas di sekolah yg akan menyediakan makanan mengikut nutrisi yg diperlukan bayi dan kanak kanak itu. Ini sangat penting kerana apa yang dimakan menjadi darah daging kita selama-lamanya. Pastikan semuanya HALALAN TOYYIBAN. Ini  bagi memastikan anak-anak ini mendapat khasiat yang cukup untuk perkembangan mental dan fizikal, rohani dan jasmani mereka. Mungkin ada anak-anak istimewa yang perlukan diet khusus dalam makanan harian, maka ibu bapa perlulah membekalkan diet tersebut agar perkembangan anak mereka tidak terjejas.

Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.
Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.
Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.

14. Saya tidak tahu apakah yg saya bayangkan ini relevan atau tidak, boleh diaplikasi atau tidak tetapi jauh disudut hati saya, saya rasa ia boleh dilaksanakan jika Bajetnya ada dan tidak tirus @ bocor. Ia sudah pasti mendapat sokongan padu rakyat jelata dari semua golongan. Jika perancangannya betul, telus dgn bajet yg cukup, ia memang sangat relevan. Pasti ibu bapa tidak risau menghantar anak mereka ke Taska atau Tadika kerana mereka tahu anak mereka mendapat yg terbaik dlm hidup mereka. Tidak lagi mereka risau anak mereka meninggal akibat tersedak susu, pagi hantar bercium beserta senyuman, petang balik bercium beserta tangisan *sedihnya tak dapat saya gambarkan..:'(, semoga Allah SWT memelihara anak-anak syurga kita semua..Amin..* Ibu bapa pasti gembira kerana anak mereka mendapat sekolah Taska & Tadika kelas pertama, Guru kelas pertama, Modul kelas pertama, Fasiliti kelas pertama dan segala-galanya kelas pertama dengan HARGA YANG SANGAT MAMPU BAYAR! Secara tidak langsung, ini juga akan meningkatkan emosi para ibu dan bapa ke tahap yg lebih baik kerana tidak perlu risau akan tahap kesihatan dan keselamatan anak mereka kerana semua guru dan tenaga pengajarnya profesional. Ini sudah tentu akan meningkatkan daya saing mereka dalam bekerja, meningkatkan prestasi dan seterusnya dpt membantu negara meningkatkan ekonomi.

Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun
Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun
Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun

Saya rasa setakat ini sahaja Bajet Bayangan 2013 yang ingin saya bentangkan ini. Mungkin ia seolah-olah mustahil buat masa ini, tetapi biarlah ia kekal di blog ini selama-lamanya. Siapa tahu, di masa akan datang, apa yang saya tuliskan ini menjadi kenyataan.:) Mungkin Bajet Bayangan 2013 saya ini ada yang kurang di sana sini, atau perlu diubahsuai mengikut keadaan semasa, tetapi objektif dan matlamatnya sama. Dan siapa tahu, mungkin anda yang membaca entry ini mengenali PM kita & Menteri Pelajaran dengan rapat, geng minum kopi @ open table orang kata, dapatlah mencetak entry ini dan berikan terus kepada mereka untuk di baca. Kerana inilah apa yang kami semua mahukan, yang kami harapkan sebagai rakyat Malaysia. Harapan & pandangan ikhlas dari seorang IBU yang juga seorang PENDIDIK anak-anak syurga baru lahir hinggalah 4 tahun..:)

Jika anda rasa apa yang saya tuliskan di atas adalah sesuatu yang TIDAK MUSTAHIL dan anda juga INGINKAN perkara yang sama, KONGSIKAN artikel ini di blog dan di wall FACEBOOK anda. It can do wonders, Insya Allah ..:) Amin..

post signature