Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Ikhlas Dari Hati: HORMATI Masa Anak Kita.


Saya sering mengingatkan ibu bapa yang hadir di Playgroup saya, jadikan kelas hujung minggu ini sebagai HARI BERMAIN BERSAMA ANAK. Masa 45 minit - 1 jam yg diperuntukkan itu adalah KHAS untuk anak anda. RESPECT THEM..its their time. Jika tidak ada aral melintang yg menyebabkan anda benar2 tidak boleh datang, jgn sengaja ponteng kelas atas alasan2 yg tidak kukuh. 

Adalah hampir mustahil untuk anda bermain dgn anak dirumah dlm suasana dan persekitaran yg penuh stimulasi bersama rakan-rakan sebaya tanpa gangguan,betul tak? Kadang-kadang nak duduk 10 minit bersama pun cukup susah apabila anak sgt aktif dan tidak mahu duduk diam dan bermain bersama atau lebih suka bermain sendirian. 


Itulah pentingnya Playgroup. Di GBOB, kami sgt mementingkan nilai-nilai kekeluargaan dan akan memastikan ibu bapa melakukan semua aktiviti bersama anak. Kami pastikan ibu ini menjadi 'bayi dan kanak-kanak' semula agar mereka dpt memahami anak syurga mereka dengan lebih mendalam. Ini dpt memudahkan ibu bapa melakukan perkara yg sama di rumah dan ia lebih mudah kerana anak memberikan kerjasama yg baik dlm sessi permainan, kerana apa yg anda lakukan sama dgn apa yg mereka pelajari dan main di dalam kelas. 

Anak-anak juga di ajar mendisiplinkan diri dan bergaul dengan rakan sebaya dlm suasana stimulasi yg kondusif. Mereka tidak sedar yg kami sebenarnya sedang mengasah skil2 mereka seperti playing skills,waiting skills,turn taking skills, sharing skills, talking skills, fine & gross motor skills, social skills, interaction skills & pelbagai skill lain dlm bentuk permainan yg menyeronokkan. 


Dengan hanya RM 50/Class, anda akan dpt semua faedah ini dan apa yg paling berharga..momen indah ini akan terpahat di ingatan anak selama-lamanya.. Wajah anda ada di mana-mana dlm hidup mereka kerana sedari kecil, you're in their life..you participate and spread your love continuously.. 

It's great to be toddlers and children again..:) Believe me...I've gone through the process and there is no regret at all. In fact, it makes me appreciate all the tiny little things that the children achieved, not only my children but all my Playgroup kiddos.. :) 


Zaman ini pernah kita lalui, ianya begitu indah sekali, tak mungkin berulang kembali, yang tinggal hanyalah memori, terpahat kukuh di sanubari...:) 

Dan kini, anak syurga kita sedang melalui fasa yang sama..pastikan kita menggunakan sisa-sisa masa yang ada untuk MENCIPTA KENANGAN INDAH PALING ABADI yang takkan luput dari ingatan mereka..Percayalah, ia KEKAL SELAMANYA... Apa yang lebih berharga, di setiap kenangan yang kita ciptakan untuk anak syurga itu, WAJAH KITA, SUAMI & ISTERI ada di mana-mana, ada di setiap ruang, ada di setiap kisah dan ada di setiap dimensi hidup mereka. Mana mungkin anak itu melupakan kita bila mereka dewasa, apabila wajah kita dan suami berada di mana-mana dalam minda mereka? 


Sharing With L.O.V.E, 
Teacher Watie,
Playroup @ Puchong, Shah Alam, Johor Bharu & Bandar Botanic Klang.

post signature

Tuesday, March 12, 2013

Quzayra On Media: Majalah NUR Mac 2013

Personal thanks to Kak Azza from Majalah NUR kerana sudi menemuramah saya untuk ruangan HIKMAH tentang kisah kelahiran Yaya dan bagaimana saya membesarkan anak syurga ini.:) Semoga secebis kisah kisah ini dapat memberikan inspirasi kepada semua para Ibu Bapa, baik yang empunyai anak istimewa atau anak yang normal atau tipikal, Insya Allah . :) 





Majalah Nur Mac 2013 - Ruangan HIKMAH
post signature

Friday, October 5, 2012

Bajet Bayangan 2013: Harapan Seorang Ibu & Pendidik

Sana sini orang bercerita tentang Bajet 2013. Yang mana dapat faedahnya, akan tersenyum gembira dan bersyukur. Yang mana tak terkena tempiasnya...harus tetap bersyukur kerana kita masih dikurniakan nikmat pendengaran oleh Allah SWT untuk "mendengar" Bajet yang dibentangkan itu. Yer, kita mesti sentiasa ada sebab untuk bersyukur walaupun saya tahu ramai yang kurang berpuas hati dengan Bajet 2013 ini terutama mereka yang bekerja sendiri atau swasta. :) Kalau ditanyakan pendapat peribadi saya terhadap Bajet 2013 ini, cukuplah kalau saya katakan yang saya ingin SEMUA rakyat dpt menikmati segala faedah yg diberikan secara terus, tanpa melalui org tengah atau kerenah birokrasi dan bukan hanya rakyat terpilih seperti dalam kes BR1M. Ketahuilah bahawa rakyat dlm golongan "medium income" baik di luar bandar apatah lagi di bandar besar yang paling tersepit dalam keadaan ekonomi sekarang dengan inflasi yg mencanak-canak naiknya. Nak ke kiri tak layak, nak ke kanan pun tak lepas..Sudahnya..MELEPASSS, lepas tuh SESAK NAFASSS... hehehe..:)

Saya tidak mahu bercerita panjang pasal POLITIK di sini kerana saya ada agenda yang lebih penting. Saya ingin mencatatkan Bajet Bayangan 2013 yang saya harapkan sebagai seorang IBU dan seorang PENDIDIK. Memandangkan saya berkecimpung dalam bidang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak, maka seharuslah Bajet Bayangan yang ingin saya bentangkan ini berkaitan dengan Pendidikan Awal juga. Tetapi, saya yakin..cukup yakin SEMUA IBU BAPA di Malaysia akan mendapat manfaat YANG PALING BESAR sekiranya kerajaan merealisasikan Bajet Bayangan ini. Dari golongan yang berpendapatan rendah, sederhana tinggi atau tinggi akan mendapat manfaatnya.  Bukan hanya ibu bapa, tetapi juga para pelajar dan guru-guru Taska & Tadika, baik swasta mahupun kerajaan akan mendapat manfaatnya secara terus. Insya Allah.

Mari kita lihat Bajet Bayangan 2013 saya. Sebelum saya terus menaip, saya ucapkan - SELAMAT BERANGAN. Yakinlah yang satu REALITI bermula dengan hanya ANGAN-ANGAN. Selepas anda membaca dan melihat sendiri gambar-gambar REALITI yang saya paparkan ini, anda akan merasakan apa yang saya minta sebagai seorang ibu & pendidik adalah sedikit, sangat sedikit dari apa yang kerajaan boleh sediakan sebenarnya. Semoga satu hari nanti PM kita akan dapat melihat sendiri apa yang Ibu & Bapa inginkan. Amin. 

**********************************
1. Sebagai ibu, saya merasakan yg PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK seawal bayi SANGAT PENTING kerana anak-anak inilah yg akan mencorakkan masa depan negara dan ia bermula dari dalam kandungan dan bukannya 5 tahun. Mereka adalah aset negara yang paling berharga. Siapakah orang ORANG LUAR PERTAMA yang akan mengasuh dan mendidik anak-anak ini selepas ibu bapa mereka? Yer, pihak Taska & Tadika lah menjadi pihak yang PERTAMA akan menyentuh hati dan perasaan anak-anak syurga ini dalam proses pembesaran mereka. Kita semua tahu yang 6 tahun PERTAMA usia anak adalah SANGAT KRITIKAL dari segi pembanguan mental, fizikal, rohani, jasmani dan sahsiah diri seorang anak. Maka dengan itu, saya merasakan yang perhatian yang sewajarnya haruslah diberi kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang ini. SEMUA Taska dan Tadika kerajaan harus di naik taraf dari semua segi, baik dari modul pembelajaran, persekitaran dan yg paling penting tenaga kerja yang profesional dan berilmu, bukannya mereka yg menjadikan kerjaya Guru Taska atau Tadika sebagai kerja part-time sementara mendapat tawaran yang lebih baik. Turn over yg tinggi dlm sektor pendidikan awal ini adalah tidak baik untuk perkembangan emosi bayi dan kanak-kanak. Apa yang dapat dilihat, kerja Guru Taska dan Tadika di Malaysia ini dipandang sebelah mata, remeh dan enteng, tidak seperti tadika-tadika di negara luar seperti USA @ Jepun. *sekadar memberi beberapa contoh*

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan

2. Untuk memastikan tenaga kerja profesional berminat dalam bidang pendidikan awal ini, layanlah mereka dengan profesional juga. Treat them like one. Naikkan gaji dan tetapkan satu tangga gaji untuk guru Taska dan Tadika yang tinggi agar turn over dikalangan guru-guru taska dan tadika ini dpt dikurangkan. Hantar mereka ke pelbagai kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Awal, Psikologi Bayi & Kanak-Kanak, Bagaimana berurusan dengan Special Needs Baby & Toddlers atau yang sewaktu dengannya. Lakukan On Job Training jangka pendek di pelbagai Institusi di dalam dan luar negara untuk menambah dan mengaplikasikan ilmu tersebut, yang mereka dapati melalui pengalaman sebenar dan bukan setakat pembacaan. Kursus ini bolehlah dilakukan 2 bulan sekali agar ilmu mereka semakin bertambah mengikut suasana semasa. Untuk memastikan komitmen mereka dlm kerajaan, mereka yg dihantar berkursus mesti ada menandatangani perjanjian bertulis dgn Kerajaan yg mereka harus bekerja untuk satu tempoh masa yg ditetapkan. Ini bagi mengelakkan mereka berhenti kerja atau mencari kerja baru di tempat lain. *tetapi rasanya, jika gaji telah dinaikkan dan langkah-langkah proaktif dilaksanakan bagi meletakkan profession ini ditempat yang tinggi dan sepatutnya, tidak akan ada masalah turn over yang berlaku, jika ada, mungkin ianya sangat sedikit dan kes-kes yang terpencil sahaja*


Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School In Japan

3. Modul pembelajaran di Tadika yg ada sekarang harus diperhalusi dan dilakukan perubahan mengikut keadaan semasa. Modul ini bolehlah bermula dari anak berusia 4 tahun-6 tahun. Sebarang modul yg tidak sesuai lagi harus dikeluarkan dan digantikan dgn modul atau subjek yg lebih efektif mengikut zaman. Modul yg ada haruslah berasaskan permainan @ belajar sambil bermain dan menggunakan keempat-empat unsur semulajadi iaitu api, air, tanah dan angin. Modul ini pula wajib disemak setahun @ 2 tahun sekali bagi memastikan ianya up to date dan sesuai dgn keadaan semasa.

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan

4. Modul pembelajaran di Taska harus diperkenalkan di mana setiap bayi baru lahir hingga 2 tahun yg dihantar ke Taska kerajaan harus mempunyai aktiviti-aktiviti yg konsisten dan terancang agar stimulasi untuk memantapkan kelima-lima deria mereka dijalankan dgn sempurna. Sama seperti Tadika, Taska juga perlu mempunyai modul sendiri dan aktiviti yg berasaskan permainan stimulasi dan tidaklah bayi ini hanya makan, minum dan tidur sahaja setiap hari tanpa ada aktiviti khusus utk merangsang otak dan deria mereka. Bagi anak yang berusia 2-4 tahun, mereka juga mempunyai modul khas yang dapat diaplikasikan mengikut tahap umur mereka sebelum mencecah 4 tahun. Fasa 0-4 tahun ini SANGAT KRITIKAL sebelum mereka memasuki Tadika yang sudah tentu modul pembelajarannya lebih sistematik dan terancang. Sekali lagi, modul ini haruslah berasaskan permainan @ belajar sambil bermain dan menggunakan keempat-empat unsur semulajadi iaitu api, air, tanah dan angin.

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Kindergarten Design Grows Up: contemporary nursery-school projects
Fagerborg Kindergarten

5. Persekitaran Taska dan Tadika kerajaan harus diubah supaya ianya kelihatan ekslusif, ceria, penuh stimulasi, tahap keselamatan maximum dgn cctv, keselesaan optimum dengan aircond dan ruang yang luas di dalam dan diluar kelas agar anak2 ini dpt meneroka persekitaran mereka dengan baik. Lebih molek lagi jika semua Taska dan Tadika kerajaan ini didirikan dalam satu kawasan khas @ built for purpose atau banglo 2 tingkat yg selesa untuk anak bermain sambil belajar. 

Kindergarten @ Nagaoka Japan.
Kindergarten Kekec, Slovania

7. Kemudahan Taska 1st class dengan ruang tempat tidur khas menggunakan stackable cot dan bagi bayi menggunakan baby cot. Susun atur barang-barang dan reka letak alat bantu mengajar harus selaras dan sama utk semua Taska dan Tadika kerajaan, seolah-olah konsep Francais, jadi setiap Taska dan Tadika Kerajaan rekabentuknya sama dari sekecil-kecil mainan hinggalah sebesar-besar rumah @ bangunan. Dengan ini, sudah pasti Taska dan Tadika kerajaan dipandang tinggi dan meletakkan ianya ke satu tempat yang dihormati dan di kagumi. Secara tidak langsung, ini akan "memaksa" Tadika Swasta bekerja keras bagi memastikan tempat mereka setanding dengan Tadika & Taska Kerajaan bagi menarik perhatian golongan masyarakat kelas tinggi untuk menghantar anak mereka belajar di situ. Sudah pasti ketika ini SEMUA Ibu Bapa berebut-berebut mahu ke TASKA dan TADIKA @ KEMAS milik kerajaan. Bayarannya murah dan mampu bayar dengan fasiliti kelas pertama. Siapa yang mahu menolaknya kan? :)

Timayui Kindergarten, Columbia

8. Ratio guru dengan pelajar yang rendah supaya guru boleh fokus dan memastikan setiap anak murid mendapat perhatian sewajarnya. Satu kelas terhad pd 10 pelajar dengan 2 guru. Jika ruang luas, bolehlah diambil sehingga maximum 50 pelajar dengan 10 guru. Jika ruang tidak begitu luas, paling maksimum 30 pelajar dalam satu Taska @ Tadika dengan 6 guru terlatih dan profesional. Ini bagi memastikan guru dapat memberi perhatian yang lebih kepada setiap pelajar mereka, membuat lebih banyak 1 to 1 session serta mengenalpasti sekiranya terdapat murid-murid mereka yang perlukan perhatian khusus dengan lebih awal seperti simptom Slow Learner, Dislexia, HyperActive, ADHD, Austism (Mild, Middle & Severe) atau lain-lain isu pembelajaran dengan lebih cepat. Ini bagi membolehkan guru memberikan maklum balas kepada ibu bapa anak-anak ini agar mereka dirujuk kepada Pakar Pembangunan Kanak-Kanak dengan segera dan jika perlu, di hantar ke Sekolah Taska @ Tadika Khas (Special Needs) milik Kerajaan yang mempunyai Fasiliti yang lebih canggih dan Guru-guru yang lebih terlatih khas untuk membantu anak-anak syurga ini.

Sarragueimines Nursery, France

9. Adakan subjek tambahan seperti Iqra, Kelas Hafazan, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Mental Aritmetik, Kelas Renang, Kelas Drama, Kelas Piano, Kelas Pengucapan Awam,  dan sebagainya mengikut  kecenderungan dan minat anak dalam modul sedia ada bagi anak-anak berusia 4-6 tahun di Tadika agar pelajar dapat memaksimumkan potensi mereka, menjadi anak-anak yang lebih berwibawa dan berdaya saing serta mampu berhujah dengan fakta sedari kecil lagi. Sudah tentu semuanya ini berasaskan bermain sambil belajar dan bukannya terlalu menekankan akedemik. ITS ALL ABOUT PLAY!

School Barvaux-Condroz, Belgium

10. Dengan semua kemudahan dan modul yang ada untuk Taska, Tadika Kerajaan ini, sudah pasti SEMUA ibu bapa ingin menghantar anak ke tempat-tempat ini. Taska dan Tadika kerajaan harus meletakkan satu aras penanda kepada Tadika swasta yang lain dan membuktikan bahawa kerajaan berada dalam kelasnya yg tersendiri. Bayaran bulanan mengikut kawasan tetapi mestilah mampu dibayar dan tidak membebankan ibu bapa. Sbg cth: Di kawasan bandar, harga mungkin RM 100 - RM 150 sebulan atau lebih rendah mengikut kajian yang harus dilaksanakan dahulu sebelum menetapkan bayaran (mungkin boleh mengikut tangga gaji ibu bapa, yang mana agak mampu bolehlah bayar lebih sedikit tetapi maksimum RM 150, yang mana kurang mampu bolehlah bayar antara RM 30-50 sebulan atau yang mana sangat tidak mampu bolehlah diberikan PERCUMA), tetapi dikawasan pedalaman, harganya mestilah lebih murah dengan fasiliti, kemudahan dan tenaga kerja yg mestilah setaraf sama seperti di bandar. Apabila tadika dan taska kerajaan dipandang tinggi dan berjaya meletakkan diri mereka dalam kelasnya yg tersendiri, sudah pasti Tadika Swasta akan bekerja lebih keras lagi untuk memastikan mereka juga harus sekurang-kurangnya sama standard dgn Taska @ Tadika kerajaan. Mereka juga akan memberi gaji lebih tinggi pada staff, memastikan modul mereka menarik tetapi masih mengikut garis panduan yang diberikan kerajaan, kemudahan dan fasiliti yg lebih baik serta persekitaran yg lebih kondusif untuk perkembangan minda kanak-kanak. Dari segi harga pula, mereka mungkin akan meletakkan harga yg mampu milik dan tidak keterlaluan mahal kerana mereka tahu Taska dan Tadika kerajaan lebih baik serba serbi dgn harga yg jauh lebih murah. Ianya persaingan yg sihat.

Kindergarten, Paris, France
Kindergarten Design Grows Up: contemporary nursery-school projects
The Stockholm Nursery

11. Bagi anak-anak yang memerlukan perhatian khusus @ Special Needs Kids, kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi serta tenaga kerja mahir untuk mengendalikan anak-anak ini.  Pusat Rehabilitasi (Rehab Centre) yang lengkap dengan peralatan perubatan perlu dibina bagi menampung keperluan anak-anak ini. Dalam Rehab Centre ini, perlulah mempunyai sekurang-kurangnya seorang Doktor Pakar Pembangunan Kanak-Kanak dan Paedtrician untuk memantau perkembangan mental dan fizikal anak-anak ini, dibantu dengan pasukan perubatan seperti Physiotherapist (PT), Occupational Therapist (OT), Speech Therapist (ST),  Behaviorial Therapist (BT), Special Needs Teacher & Special Needs Assistant Teacher. Semuanya di dalam satu tempat agar lebih mudah kebajikan anak-anak ini dijaga setiap hari. Beberapa kelas EIP @ Early Intervention Programme harus  dibuka di Pusat Rehab ini dan pisahkan kelas-kelas ini mengikut tahap anak-anak dan jenis perhatian khusus yang mereka perlukan. Sebagai contoh, mana-mana anak syurga yang perlukan rawatan fisio seperti anak Cereberal Palsy (CP) @ Global Delay Developmental (GDD) *sekadar menyebut beberapa contoh*, bolehlah mendaftar di EIP dan datang ke sini setiap hari seolah-olah mereka datang ke kelas biasa. Selain fisio, mereka juga mungkin perlukan bantuan OT, ST @ BT dan ia perlu dilakukan setiap hari. Sama seperti Taska @ Tadika, masa yang diperuntukkan untuk menjalankan semua terapi-terapi ini adalah selama 4 jam setiap hari. Special Needs Teacher serta Assistant boleh membantu anak-anak ini di dalam kelas dengan panduan dan tunjuk ajar dari Doktor, ST & OT. Aktiviti yg mereka lakukan dalam kelas khas ini mestilah mengikut laporan dan arahan dari Doktor Pakar, OT & ST untuk memastikan perkembangan anak-anak ini  mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam tempoh tertentu. Begitu juga jika anak-anak ini disahkan Autisme, Slow Learner, HyperActive, Dislexia @ ADHD *sekadar menyebut beberapa contoh*, @ mereka dirujuk oleh Pakar Kanak-Kanak ke Pusat Rehab ini atas apa-apa isu yang berkaitan, mereka juga di tempatkan di kelas-kelas EIP dan datang setiap hari, sama seperti kanak-kanak di Tadika & Taska. Apabila anak-anak ini sudah pulih dan nampak perkembangannya yang positif, bolehlah mereka dimasukkan semula ke Tadika @ Taska kerajaan dan sekali sekala, mengikut jadual yang ditetapkan, dapatkan rawatan pesakit luar di Pusat Rehab ini agar Doktor Pakar dapat memantau perkembangan anak ini dari masa ke semasa. *nampak macam susah direalisasikan, tapi sebenarnya tidaklah sesusah mana. Itulah perlunya BAJET. Kalau gaji yang ditawarkan setimpal dan faedah yang diterima menarik hati sebagai pekerja kerajaan, ramai yang sanggup belajar dan bekerja dalam bidang ini kerana jawatan itu sentiasa ada dan diperlukan. Tenaga kerja mahir seperti PT, OT & ST rasanya ramai di Malaysia, (tapi kebanyakkannya berkerja dengan pihak swasta kerana gaji yang ditawarkan lebih lumayan berbanding kerajaan), cuma Doktor Pakar Pembangunan Kanak-Kanak sahaja yang kurang. Dibandar besar seperti KL & Selangor pun agak sukar nak jumpa dan senarai menunggunya begitu panjang sehingga bertahun! Apatah lagi di bandar-bandar kecil di Malaysia. Menyedari situasi dan senario ini, maka haruslah kerajaan menggalakkan lebih banyak pelajar-pelajar lepasan SPM yang layak untuk mendalami bidang Pembangunan Kanak-Kanak agar kekosongan jawatan itu di isi di setiap bandar dan negeri di Malaysia ini. *


Tromso Kindergarten


12. Memang benar di Malaysia ada persatuan-persatuan seperti NASOM, KINWANIS, DAM,  SPASTIK atau lain-lain Persatuan untuk anak-anak Istimewa tetapi kebanyakkannya NGO @ Association dan bukannya direct under government. Alangkah indahnya dunia jika kerajaan sendiri mempunyai Pusat Rehabilitasi canggih bertaraf dunia khas untuk bayi dan kanak-kanak ini di setiap negeri di Malaysia. Sudah tentu harga nya lebih murah berbanding swasta dan golongan miskin dan sederhana boleh menghantar anak mereka ke sini setiap hari. Agak mendukacitakan apabila terapi-terapi yang penting seperti Fisio, Occupational dan Speech di hospital kerajaan hanya dapat dilakukan sebulan sekali atau maksimum 2 kali untuk seorang kanak-kanak. Bagaimana mungkin kita dapat melihat perubahan yang signifikan terhadap kanak-kanak itu jika sessi-sessi Terapi yang penting ini dilakukan sekali-sekala? Dan, masa yang kita ada pun tidaklah panjang. 6 TAHUN PERTAMA sahaja atau mungkin lebih sedikit untuk anak-anak istimewa ini  menyerap segala maklumat dengan baik. Stimulasi yang dilakukan secara berterusan sudah pasti akan berlakunya peningkatan ketara terhadap diri anak-anak ini. Saya sudah melihatnya sendiri di depan mata,   bagaimana stimulasi khas yang diberikan setiap hari merubah seluruh kehidupan anak-anak menjadi hampir seperti kanak-kanak normal yang lain, Tetapi jika stimulasi yang wajib ini pun jarang mereka terima kerana pelbagai kekangan yang ada, bagaimana mungkin mereka menjadi lebih baik? Bagi ibu bapa yang kaya raya, tiada masalah untuk mereka pergi ke Pusat Rehab swasta kerana mereka lebih dari mampu, tetapi bagaimana pula dengan golongan pertengahan dan bawahan? Kerana itulah, kita melihat ramai anak-anak istimewa ini terlantar tanpa dirawat dengan sewajarnya :(.

Yuyu-No-Mori Nursery School @ Japan. 
A Large atrium space gets fully utilised in the Yuyu No-Mori Nursery In Japan- where the children may play among the nets above the heads of their classmate.
 Yuyu-No-Mori Nursery School @ Japan. 

13. Bagi ibu bapa yang terdiri dari golongan pertengahan, kerajaan bolehlah memberi pilihan atau Option kepada mereka. Merekalah inilah yang paling tersepit dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.  Untuk lebih memudahkan pemahaman tentang golongan medium income ini, mereka tidaklah miskin sangat dan mereka juga tidaklah kaya sangat. Sebagai contoh, hidup di bandar besar seperti KL & Selangor, dengan pendapatan suami dan isteri jika di campur berjumlah RM 5K - RM 8K sekalipun, belum tentu cukup bagi menampung kehidupan terutama jika mempunyai anak yang ramai. Orang kata, cukup makan pakai dan tidaklah sampai meminta bantuan tetapi untuk bermewah-mewah jauh sekali. Katakan sebagai contoh, jika OT @ ST di Hospital kerajaan jumlah RM 20 sekali datang, untuk menyediakan sebanyak RM400 sebulan (20 hari, 5 kali seminggu) untuk anak syurga mereka melakukan sessi-sessi Terapi ini tidaklah begitu membebankan, rasanya mereka masih mampu menyediakan wang sebanyak itu tetapi untuk datang setiap hari selama 20 hari sebulan adalah sangat mustahil buat masa sekarang, seperti yg saya katakan di atas, dapat buat Terapi 2 kali sebulan pun dah cukup baik :(. Tetapi, untuk mereka ke Pusat Rehab swasta yang dapat memberikan mereka kemudahan itu, harganya cukup tinggi dan sememangnya membebankan, mencecah beribu-ribu ringgit sebulan! Tapi apa pilihan yang mereka ada? Hendak tak hendak, mereka datang juga Pusat Rehab Swasta kerana ia menawarkan apa yang pihak kerajaan tidak dapat tawarkan. Semua orang inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Ikatlah perut, carilah kerja part time, buatlah 2-3 kerja dalam satu masa, koreklah segala wang simpanan yang ada, demi untuk melunaskan pembayaran setiap bulan di Pusat tersebut. Berbalik kepada Option atau Pilihan tadi, bagi golongan ini, sekiranya mereka memilih untuk ke Pusat Rehab Swasta, kerajaan mungkin boleh membantu dalam bentuk subsidi perubatan, iaitu diskaun seabnyak 40-50% dari jumlah bil yang diterima. Ini dapat membantu meringankan beban para ibu bapa ini, dalam masa yang sama, mereka yang benar-benar kurang mampu dapatlah memenuhi slot Terapi yang ada di Pusat Rehab Kerajaan dengan bayaran yang murah. Walaupun bil bulanan di Pusat Rehab Swasta masih mencecah ribuan ringgit selepas diskaun @ subsidi itu, sekurang-kurangnya ia sangat membantu kewangan keluarga dari golongan berpendapatan sederhana ini. Seperti yang saya katakan, golongan ini tidaklah miskin sangat, mereka bekerjaya, berpelajaran tinggi tetapi mereka juga tidaklah terlalu kaya sehingga memandang wang berjumlah RM 2000 seolah-olah RM 2 ringgit.


Kindergarten Ring Around A Tree- Tachikawan Japan
Kindergarten Ring Around A Tree- Tachikawan Japan

14. Dari segi makanan pula, baik Taska, Tadika @ Pusat Rehab Kerajaan ini, haruslah ada tukang masak khas di sekolah yg akan menyediakan makanan mengikut nutrisi yg diperlukan bayi dan kanak kanak itu. Ini sangat penting kerana apa yang dimakan menjadi darah daging kita selama-lamanya. Pastikan semuanya HALALAN TOYYIBAN. Ini  bagi memastikan anak-anak ini mendapat khasiat yang cukup untuk perkembangan mental dan fizikal, rohani dan jasmani mereka. Mungkin ada anak-anak istimewa yang perlukan diet khusus dalam makanan harian, maka ibu bapa perlulah membekalkan diet tersebut agar perkembangan anak mereka tidak terjejas.

Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.
Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.
Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.

14. Saya tidak tahu apakah yg saya bayangkan ini relevan atau tidak, boleh diaplikasi atau tidak tetapi jauh disudut hati saya, saya rasa ia boleh dilaksanakan jika Bajetnya ada dan tidak tirus @ bocor. Ia sudah pasti mendapat sokongan padu rakyat jelata dari semua golongan. Jika perancangannya betul, telus dgn bajet yg cukup, ia memang sangat relevan. Pasti ibu bapa tidak risau menghantar anak mereka ke Taska atau Tadika kerana mereka tahu anak mereka mendapat yg terbaik dlm hidup mereka. Tidak lagi mereka risau anak mereka meninggal akibat tersedak susu, pagi hantar bercium beserta senyuman, petang balik bercium beserta tangisan *sedihnya tak dapat saya gambarkan..:'(, semoga Allah SWT memelihara anak-anak syurga kita semua..Amin..* Ibu bapa pasti gembira kerana anak mereka mendapat sekolah Taska & Tadika kelas pertama, Guru kelas pertama, Modul kelas pertama, Fasiliti kelas pertama dan segala-galanya kelas pertama dengan HARGA YANG SANGAT MAMPU BAYAR! Secara tidak langsung, ini juga akan meningkatkan emosi para ibu dan bapa ke tahap yg lebih baik kerana tidak perlu risau akan tahap kesihatan dan keselamatan anak mereka kerana semua guru dan tenaga pengajarnya profesional. Ini sudah tentu akan meningkatkan daya saing mereka dalam bekerja, meningkatkan prestasi dan seterusnya dpt membantu negara meningkatkan ekonomi.

Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun
Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun
Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun

Saya rasa setakat ini sahaja Bajet Bayangan 2013 yang ingin saya bentangkan ini. Mungkin ia seolah-olah mustahil buat masa ini, tetapi biarlah ia kekal di blog ini selama-lamanya. Siapa tahu, di masa akan datang, apa yang saya tuliskan ini menjadi kenyataan.:) Mungkin Bajet Bayangan 2013 saya ini ada yang kurang di sana sini, atau perlu diubahsuai mengikut keadaan semasa, tetapi objektif dan matlamatnya sama. Dan siapa tahu, mungkin anda yang membaca entry ini mengenali PM kita & Menteri Pelajaran dengan rapat, geng minum kopi @ open table orang kata, dapatlah mencetak entry ini dan berikan terus kepada mereka untuk di baca. Kerana inilah apa yang kami semua mahukan, yang kami harapkan sebagai rakyat Malaysia. Harapan & pandangan ikhlas dari seorang IBU yang juga seorang PENDIDIK anak-anak syurga baru lahir hinggalah 4 tahun..:)

Jika anda rasa apa yang saya tuliskan di atas adalah sesuatu yang TIDAK MUSTAHIL dan anda juga INGINKAN perkara yang sama, KONGSIKAN artikel ini di blog dan di wall FACEBOOK anda. It can do wonders, Insya Allah ..:) Amin..

post signature

Sunday, September 9, 2012

Asthma Attack: Saya Sedih, Hiba Terharu & Rindu!


Di saat saya menaip warkah kali ini, saya berada di Wad @ DEMC Shah Alam. Saya di tahan dalam wad sejak hari Jumaat malam, setelah asma menyerang saya buat kali ketiga dalam tempoh 4 hari. :( Sudah hampir 15 tahun saya tidak diserang asma dan setelah beranak dua, ia kembali menjengah. Mungkin kerana batuk dan selsema yang berpanjangan sejak Hari Raya ke2, paru-paru saya sudah dijangkiti kuman, its a lung infection dan saya harus di tahan untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi memastikan saya pulih seperti sediakala.

Saya di serang asma buat kali pertama pada pagi Selasa yang lepas lebih kurang pukul 3 pagi ketika ingin tidur selepas menyiapkan entry Tips Stimulasi: Menggalakkan Anak Membaca & Mengeja Sambil Bermain. Secara tiba-tiba saya rasa dada saya seperti dicengkam kuat dan saya semakin sukar bernafas. Tidak mahu mengambil risiko, saya kejut suami dan kami pergi ke Klinik secepat mungkin dan saya mengambil neb buat pertama kalinya selepas 15 tahun :( Doktor memberikan saya Antibiotik dan pelbagai ubatan bg meredakan batuk dan selsema dan saya makan ubat dengan konsisten, sayangnya, tiada langsung kesan penyembuhan! Ubat hampir habis tapi saya masih tidak sembuh. Hanya kesan sementara yg saya alami di mana bila waktu pagi, saya rasa saya tidak selsema tetapi sebenarnya saya tahu semua bakteria dan virus itu sedang "bertakung" di muka, dahi dan pipi saya sampai saya nak bercakap pun jadi sengau! Memang tension!

Photo: Saya rasa hiba apabila mendapat sms dr semua ibu bapa yg menyertai Playgroup@ GBOB, yg memberikan semangat pd saya untuk lebih kuat dlm menghadapi hari sukar saya sekarang. Kita merancang, Allah SWT yg menentukan. After the 3rd asthma attack within 3 days, saya di suruh ke Specialist petang tadi dan sekarang di wad. Sungguh saya sedih kerana saya sgt bersemangat selepas dtg ke GBOB pagi tadi dan menyediakan alat bantu mengajar dan menghias pejabat mengikut tema Merdeka Raya Celebration esok..apakan daya..:( Terima Kasih para ibu bapa yg memberi sokongan penuh anda pada saya...terharu dan bergenang air mata saya di sini..:'(. Anak2 syurga semua, Doakan Teacher Watie cepat sembuh yer sayang...:) Amin....*menaip sambil buat neb..mode frust tp redha...* amd start missing my Q's and Daddy tooo...*crying mode*

Sedih? Memang saya sedih. Apatah lagi saya terpaksa membatalkan kelas Playgroup yang saya dan anak-anak syurga saya tunggu-tunggu selepas bercuti 3 minggu lamanya. Bukan sedikit sms yang saya terima dari para ibu bapa yang mengatakan anak mereka sudah rindukan Teacher Watie dan menjadikan video saya di You Tube sebagai pengubat rindu, jadi saya sememangnya menunggu masa untuk kembali bersama bergembira dengan anak-anak syurga saya, sayangnya, Allah SWT lebih mengetahui. 

Pagi Jumaat yang lepas, saya dan suami yang sedang bercuti pergi ke pejabat GBOB untuk membuat persiapan bagi mengadakan Playgroup dengan tema Merdeka Raya. Sejak bercuti Raya, saya tidak singgah ke pejabat kerana sibuk dengan urusan keluarga dan saya perlu memastikan GBOB berada dalam keadaan yang kemas, bersih dan tidak berhabuk. Faham sajalah dah 3 minggu tak masuk ofis, bila saya cek toilet pun, dah ada serangga yang mati di lantai .. :) Jadi saya bersihkan pejabat, toilet dan dan terus menyediakan alat bantu mengajar dan permainan utk hari Sabtu. Memang terus rasa semangat walaupun jauh di sudut hati saya, saya agak risau dengan kesihatan saya yg belum 100% pulih dr selsema dan batuk. Badan pun dah semakin mengembang dengan jayanya sempena Hari Raya ini..hahahhaa... takut la tak dapat nak "mengejar tahap kecekapan dan kepantasan" anak-anak ini nanti. Hhehehe.. Adoiii!


My bff dari sekolah menengah, Shima. Siap bg saya bear @ baloon, rasa cam dak kecik plak...comey! Thanks dear!

Selesai mengemas, saya dan suami mengambil Qarissa di sekolah dan kemudian balik rumah dan berkemas untuk ke rumah kakak saya seperti biasa yang saya lakukan setiap kali menjelangnya hari Jumaat. Sebelum itu, saya singgah mengambil Zayra dari sekolah. Sebelum keluar rumah, saya makan dahulu ubat yang Doktor berikan. Ketika berjalan menuju ke sekolah Zayra, saya rasa sedikit pening dan jari jemari saya agak menggeletar. Risau dengan keaadaan itu, saya ajak suami ke Klinik sekali lagi dan diberikan nebuliser. Doktor kata masih ada wheezing sound dan saya di arahkan ke Emergency Unit mana-mana Hospital dengan segera kerana asma saya tidak pulih dan asyik menyerang kembali dalam tempoh yang singkat. Barulah saya tahu yang antara kesan Ventolin akan membuatkan jari jemari menggeletar tetapi selama berbelas tahun ini, saya makan Ventolin untuk meredakan asma, ok sahaja, langsung takder kesan, baik lagi adalah! Hmmm, saya dapat rasakan tindak balas ini sesuatu yg tidak baik buat saya. Mungkin tubuh saya berada dalam keadaan tidak stabil menyebabkan kesan Ventolin ini nampak nyata sedangkan sebelum ini tidak.  Terus saya ke DEMC untuk rawatan lanjut dan akhhirnya, saya berkampung di sini sejak Jumaat. :(


Khayra yg nyata sekali merindui saya, becok sungguh mulutnya , seronok saya melayannya ..:) Adyan jadi mandur, satu bilik dia cek..ehhehee

Untuk mengkhabarkan pada ibu bapa yang kelas terpaksa dibatalkan adalah sesuatu yg sangat menyedihkan saya. Suami saya berpesan agar cepat2 sms pada ibu bapa kerana malam makin menjengah dan kesian mereka kalau dapat tau lambat. Takut-takut kalau parents dah semangat masak-masak untuk datang Playgroup sebab kami buat potluck untuk tema kali ini. Semua akan pakai baju raya, dengan Mommy & Daddy akan bergaya, sekali tak jadi pula kan..:( Terima kasih pada semua parents yang sgt memahami keadaan saya, dan memberikan kata-kata peransang untuk saya sihat semula agar mereka boleh melihat Teacher Watie menjadi ceria kembali.. :) Saya sangat menghargainya.

Photo: Waiting to be warded :-(
Ketika ini, saya baru sahaja menerima neb utk kali ke 2,  di klinik sekali, bila sampai hospital, Doktor bagi lagi. Saya di tahan di observation ward, dan ketika ini saya sedang menaip msg untuk semua para ibu bapa @ Playgroup GBOB. Muka toyaaa jerr...

Alhamdullillah, kesihatan saya beransur pulih berkat doa yang tidak putus-putus dari semua. Lawatan yang dilakukan oleh keluarga, rakan-rakan dan anak-anak syurga saya yang berkesempatan melawat saya di Hospital menaikkan kembali semangat saya untuk cepat-cepat pulih dan kembali aktif bersama menyampaikan ilmu Allah SWT, dunia dan akhirat pada mereka. Rasa terharu dan disayangi lah sangat, segan pun yer, macamlah sakit teruk sgt yerk sampai nak kena tahan wad .. hehehe.. malu jer anak murid dtg tgk Teacher selebet dock! Hihihi.. Tapi best bila dorang still kenal saya, mana yg macam blur-blur tuh, bila saya nyanyi lagu tema setiap minggu, terus pandang muka saya lama-lama pastu cam nak cakap, "Erkkk...apsal Aunty ni tau lagu skolah aku????" Hhahaha.. pastu baru anak-anak saya tuh perasan sayalah Teacher yang selalu mereka dambakan setiap minggu. Ewaaaahhhh..poyonya! Hahahhaaha..


Furqan dan Mommy serta Daddy yang turut datang melawat Teacher Watie. Tq sayang ...Teacher sangat2 menghargainya ..:)

Dan di saat ini, saya amat merindukan anak-anak syurga saya di rumah- Qarissa dan Quzayra. Buat pertama kalinya tidur saya tidak ditemani kedua-dua anak syurga itu. Saya agak risau kerana Zayra masih mencari susunya di waktu malam. Apakan daya, untuk saya sihat dengan lebih cepat, saya terpaksa berkorban. Saya rindukan peluk cium Zayra dan Qarissa di waktu malam, walaupun lasak ketika tidur, saya gembira, kerana itulah tanda anak saya ada disamping saya, kadang-kadang ada di atas dada, kadang-kadang di bawah ketiak, dicelah kaki, kepala di bawah kaki di atas dan pernah juga "kakinya di mukaku". Hhehehhe.. Saya bernasib baik kerana anak-anak juga sangat manja dengan Daddynya, jika salah seorang dr kami ada, sekurang-kurangnya tidaklah mereka terasa sangat ketiadaan saya selama 2-3 hari ini. Sebagai pengubat rindu, saya mainkan kembali video-video di You Tube untuk melihat keletah Zayra yang selalu saya rindukan. :) Saya suka sekali video di bawah ini. Sambil membebel, sambil terselit keyakinan Zayra tentang tangannya yang diberi Allah. Yakin sekali anak syurga itu kan...:) Zayra memang kebanggaan Mommy ..:)

Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya saya apabila anak-anak syurga saya ini melawat saya pada hari Ahad, dua malam saya tidak bersama mereka benar2 membuatkan saya rinduuuuu...:(



Video Zayra menjadi pengubat kerinduan saya di hospital, keletah serta mulutnya yang petah berborak dengan saya membuatkan saya begitu rindu ingin bermain dan melayan kerenahnya ..:)

Suami saya juga begitu supportive dalam waktu-waktu yg amat saya perlukan ini. Saya sgt menghargainya dan yang menyeronokkan saya, ketika suami menemani saya di Hospital tanpa kehadiran anak-anak (*thanks to my new maid too yg menjaga anak-anak saya dengan baik..), kami menghabiskan masa berkualiti berdua yang mana jarang juga dapat berdua-duaan begitu sejak beranak-pinak ni. Hehehhe..Semua suami isteri yg dah ada anak pasti tahu yang "our precious" time antara suami dan isteri berdua tidak banyak sedikit pasti akan berkurangan bila adanya anak-anak sebagai penyeri rumahtangga. Nak berjalan berpegang tangan berdua pun kengkadang susah ..sebab nak pegang anak-anak yg sentiasa inginkan ibu atau ayah memegang tangan mereka ketika berjalan. Mana yg nak berdukung, yg nak menyusu .. yang nak perhatian..heheheh.. saya ni kalau anak-anak nampak saya nak peluk manja-manja ngan Daddy dorang pun, dorang jeles tau! Tak boleh nak peluk-peluk depan dorang, memang kena marahlah jawabnya .. hehehhe..Adoiiilahhh...!

Setiap kali bergambar, anak pasti ada sama, kalau nak amik gambar romantik @ peluk-peluk, kena buat cepat-cepat sebelum mereka lari bekejar pada kami atau amik gambar masa anak-anak takder depan mata. Heheheh..*gambar semasa hari raya baru-baru ini- hubby bg nama temanya- Kotak-kotak cinta..hehehe*

Saya berdoa dan berharap anda juga tolong doakan agar saya cepat sembuh dan dapat kembali berbakti demi anak bangsa Malaysia, Insya Allah ..Terima kasih sekali lagi di atas sokongan yang tidak putus-putus dari semua. Dari lubuk hati saya yang paling dalam, saya amat menghargainya . :) XOXO...

post signature

Friday, March 16, 2012

Apalah Nasib: Identiti Saya Di Curi Lagi!

Yer, identiti saya di curi lagi. Kalau dulu, wajah saya digunakan sebagai profile picture di laman sosial TAGGED, Kali ini sebagai testimoni produk kecantikan pula! Saya tidak mahu mendedahkan produk tersebut di sini kerana pemilik perniagaan produk kecantikan itu sudahpun meminta maaf secara peribadi kepada saya di atas insiden yang memalukan ini, dan memenuhi tuntuan saya untuk membuat kenyataan secara terbuka di laman Fanpage beliau selepas saya melempiaskan rasa kecewa saya di laman Facebook mengenai dan membuat satu album mengenainya serta bukti-bukti yang ada. Walaupun saya berasa ralat kerana beliau tidak dapat memberikan bukti dari mana beliau menerima gambar tersebut, kerana menurut beliau, ianya diberi melalui emel di FB tetapi FB nya kini tidak dapat dibuka, saya menghargai permintaan maaf darinya, maka saya rasa tidaklah perlu hal ini diperbesarkan lagi, cuma saya menulis di laman blog ini, hanya untuk memberitahu para pembaca agar tidak mudah terpedaya dengan apa yang anda lihat kerana belum tentu ianya benar.


JANGAN GELAK DULU!! *Hahahaha..saya tahu anda dah gelak sebab saya pun gelak tgk!!*Saya dah edit gambar ni sebab masa ni saya belum bertudung..so saya tunjuk muka jer lah yer ..:) Saya tak reti edit, so pakai belasah jer guna Paint dan conteng mana yang patut! kekke..Inilah gambar saya yang dicuri dan digunakan sebagai testimoni kononnya saya menggunakan PRODUK X .Hambek ko! Sapa yang tak terliur nak beli produk kalau dulu jerawat macam kulit durian banyaknya, tetiba jadi licin kan? Wakakaka..tu belum tgk yang terkini, kalau tak, mau dia ambil gambar yg terkini agaknya..:)

Saya memandang serius perkara ini kerana, ianya sangat bertentangan dengan etika perniagaan, bukan hanya  kerana menggunakan gambar tanpa kebenaran, tetapi juga kerana sememangnya saya tidak pernah menggunakan produk tersebut seumur hidup! Apatah lagi saya kini menjalankan perniagaan yang melibatkan ramai orang awam, yang sering saya jumpa, kalaulah mereka percaya yang saya memang menggunakan produk tersebut, dan mereka membelinya dengan harapan mendapat wajah idaman, tetapi kemudian tidak tercapai, siapa yang harus dipersalahkan? Tak pasal-pasal saya pula dikatakan penipu!. Kerana itu saya cukup kecewa dan marah pada saat saya diberitahu yang wajah saya digunakan sebagai testimoni. Kalau betul saya tak kisah, malah saya memang jenis promote produk yang saya rasa bagus dan berkesan dan saya dah cuba, *sapa kenal saya mesti tahu saya macam mana kan...*  tapi ini memang tak betul, manalah saya tak berangin 2  hari lepas, apatah lagi gambar tuh masa saya belum bertudung, gambar masa saya masih kerja di CRONY tahun 2005, saya baru sahaja mendirikan rumah tangga masa tu, saya tak tahulah apalah yang cantik sgt gambar tuh, sampai asyik kena curi jer. Ni pun memang rasa nak kuarkan suma gambar tuh! Tu suma  gambar peribadi yang saya gunakaan utk testimoni masa saya kerja dan buat laman web untuk syarikat saya bekerja. Dah lama giler saya tak update website tuh, saya bz sgt, takder masa pun yer, lupa camner nak edit pun ya! Huhuhuu... lama gilerr dahhh! Hampir 7 tahun! 


Ni gambar kenangan takleh lupa ..1st time saya pakai tudung, 1 hari sebelum puasa .. saja menggatal beli tudung sementara tunggu hubby htr baju melayu ..:) konon2 nak buat gempak kat my sis yg bukak exhibition kat Mid valley ..memang gempak pun ..suma terkejut beruk saya pakai tudung time nih ..what a sweet moment .. ni TANPA SEABARANG MEKAP... hehehe .. so nanti skroll dan bezakan sendiri lah yer ...:)

Nak dijadikan cerita pula, baru-baru ini, ramai sungguhlah kawan2 tanya saya pakai produk apa, kenapa muka nampak cerah, glowing, cantek, dan macam2 lah lagi komen yang saya terima, sampai sudahnya saya buat satu album pasal ni, sebab tuh bila jadi camni, saya mmg agak risau, sebab memang ada yang percaya saya pakai produk tersebut. Hu hu ..nak bina nama bukannya senang, tapi nak meruntuhkannya, sangatlah senang .. with just few clicks and sharing, everything GONE! Sebab tu saya harus bertegas dalam hal ini, untuk menjaga nama baik saya juga, sebab dah mula terfikir, entah-entah..5 tahun akan datang, album "Magic Me" dalam FB aku pun kena rembat oleh org yg tak bertanggungjawab, dan declare kata itu muka dia, semata-mata nak menang pertandingan online, atau ada yg sengaja nak gunakan gambar tuh untuk lariskan perniagaan dia. Jadi, lebih baik saya declare awal-awal. :) Sebab, saya langsung tak sangka, gambar saya kerja CRONY tuh, kemain ramai lah sgt peminatnya sampai ada yg nak amik tanpa kebenaran, memang pelik lah sgt saya rasa..ada macam2 orang dalam dunia ni rupanya .. hu hu..


Me masa baru2 pakai tudung ..bajet cantek lah jugak nih ..wkakakaka.. perasan giler noks... ni saya pakai mekap juga ...raya katakan ..., lagipun sejak saya mula bertudung, saya suka juga mekap walaupun tipis sahaja sebab takmo nampak pucat dan tak berseri:), Im deaing with people so kena juga pastikan penampilan diri kemas dan segar. :)

So, biarlah saya berterus-terang jer. Sepanjang saya kerja CRONY, memang saya pakai produk tersebut kerana sebagai staff, kami memang sgt digalakkan utk pakai produk company. Dan memang produk tuh bagus. Kulit muka saya  memang bermasalah sejak remaja lagi dan bertambah teruk bila nak kahwin. Tension sgt lah agaknya. Kerja keras cari duit nak kawin katakan..Hhahaha.. So, memang saya guna CRONY dan ada juga combination with Cellnique. Dermologica pun pernah pakai masa anak dara dulu, cakap jer brand hapa noks..mak masa muda memang habis duit beriubu riban beli barang muka tapi cantik tak jugakkk..skang dah kawin, beli susu anak lagik best!! Hhahahaha..Saya masih ingat, ada sorang stokis CRONY bgtau saya, jenis muka saya ni, kalau dah beranak baru cantik dan tak berjerawat. Saya pun iyakan jer lah, sebab memang dah fed up tgk muka sendiri. Malas aku nak panjang citer. Hhahaa.. Iyo kan jer... :P . Sekali memang betul beb! Saya ngandungkan Qarissa, masa tuh saya dah resign, siap beli stok CRONY berlambak2 sblm berhenti sebab nanti dah berhenti harga staff tak dapat lagi..wkakakka * keji giler...* , tak semena-mena, semua jerawat saya macam terkena sumpahan, sikit demi sikit hilang sampailah satu jerawat pun takder! Muka bersih giler tapi saya LANGSUNG TAK PAKAI APA2! Tersimpan jer produk saya kat rumah sebab saya memang tak guna, muka saya dah ok kan ...*malas pun yer ..pembawakan budak katakan, tak kuasa aku nak melawa...* Ramai orang tanya, saya direct jer sound, "Aku nih kalau ko tanya, pencuci muka pun takder! Aku pakai bedak talkum jer kalau nak keluar wei!". Memang 3 tahun++ saya langsung tak pakai apa2 kat muka ni. Jimat giler kos aku, mekap pun ala kadar jer. Sampailah Zayra lahir, pun masih ok muka saya, licin tanpa jerawat cuma saya perasan kulit muka saya ada bulu-bulu halus sebab dia mula nak menjadi kulit kering.


Ni pun gambar raya 2011.. raya pertama saya cam pengantin ..bajet pengantin baru ..perasan giler wei!!. hahahha..mekap itu wajib yer!! :) Tapi skang it's secondary, ada function baru pakai, kalau tak, tak koser.. hehehe


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)

Then, last year 2011, rasanya time nak dekat puasa kot, my sister suruh I beli produk kecantikan wajah sebab dia kata, kita dah 3 series, nanti start sagging, bla..bla ..bla * macamlah aku tak tahu dah  aku kerja CRONY, bukan tu ker yang aku duk gebang hari-hari? hahahah..* then saya kata oklah, produk apa ko nak rekomen, then masa tuh akak saya baru nak try Apple Stemcell, so saya tak pikir panjang, amik jer lah terus sebab masa tuh ada promo. Produk dia cuma ada krim siang & malam tapi takder pencuci muka and toner, so saya beli pencuci muka Safi Rania (sampai skang ada lagik...hahah) dan toner dia saya beli Miracle Water SKII (pun sampai skang ada lagi..). Memang bagus produk Apple Stemcell tuh, kulit saya jadi lembap dan bersih licin, kawan-kawan ramai juga yang tegur, nampak sihat & serata warna kulit cumanya, kulit saya TAK GLOWY dan TAK CERAH. Saya sempat guna 4 botol, 2 kali pagi dan 2 kali malam. Sampailah satu malam di akhir bulan December 2011 kalau tak silap.....jeng-jeng jeng....:)


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :) With my dear genius baby Zayra on the way balik KL masa kami bercuti di Cherating bulan lepas. 

Kakak ngan adik saya duk sok-sek-sok-sek dalam bilik kat umah Along saya tuh, masa tuh saya baru sampai, every weekend mmg saya berumahtangga kat umah Along saya tuh, dan sebab saya tak puas hati apa lah pompuan dua orang ni duk ngumpat tak nak ajak aku join sama, heheheh.. saya pun terus mencelah tanpa bagi salam, "Apa ni ..apa nih ... apa korang tgh cakap ni tak ajak aku sama, cepat cerita!!!" Dan dorang pun citerlah pasal produk kecantikan yang dorang baru nak try...konon2 banyak artis pakai, *saya tak nak sebut nama terang2an, kang tak pasal2 kena saman* dan berkesan lah ..bla-bla..bla..so saya sound akak saya, "Along, hari tuh ko suh aku beli Stemcell skang ni ko plak tukar lain yerk? sabar jer!!" Pastu saya sambung, "Oh..artis ni pakai yer ..artis tu pun pakai, ah bak mai satu set meh aku try bagus sgt ker .. Apple Stemcell aku pun memang kebetulan dah nak habis nih .." Hahhahaha..kong ajau kan ..? Marah tapi pastu siap order satu. Entahlah apsal saya malam tuh terus jer order tak pikir panjang pun. Saya dapat barang tuh dalam 2 minggu, dan terus pakai sampailah sekarang, dah 3 bulan dah pun. Apa yang leh saya kata, setakat ni, memang produk tuh lah yang terbaik saya pernah try selama ni. Terbaik dan berkesan. Bukan sorang dua tegur muka saya ni ha, ramai na yg tegur tu yg sampai buat album kat FB tuh. Dari sms, emel, msg, semuanya org tanya, agaknya nampak sgt lah kot, kalau tak org tak tanya erk? Yang kelakar tuh, ayat-ayat macam, "Sejak pakai tudung ni makin lawa pulak Teacher Watie nih?" Hahhahaa..tergelak saya, yerlah, kebetulan lah kot, tak lama pas saya pakai tudung, saya bertukar pada produk ni, sebab tu lah saya amik masa juga nak cari kembali gambar2 saya yang bertudung sebelum saya pakai produk ni untuk dijadikan perbandingan. *dan sebab tu juga saya hangin bila tgk org guna  gambar saya yang dulu, masa saya tak bertudung  sebagai testimoni, kalau betul saya ni nak menipu, saya guna jer gambar lama nih, confirm senang jual wei! Sebab memang dulu muka saya banyak bulan!Hahah* 


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)  Saya rasa sungguh poyo bila tgk gambar nih tau! Wakakaka.. Bajet cantik lah tu konon,tak koser mak nok! Hahahhaa

Dan, biarlah saya bgtau kat sini jer, penat dah nak jawab soalan orang, hehehe..saya bukan artis @ model, nak cover2 cakap tak pakai apa2, atau nak sorok-sorok bila org tanya, atau bg alasan cliche macam jaga pemakanan, senaman setiap hari, minum air cukup dan yang paling tak boleh blah tuh, kesan air smayang! Adoilaaaa...so saya bgtau jer, saya pakai TABITA. Produk from Indonesia, saya beli ngan Adik saya, dia yg jual kat saya, saya takut nak beli kat tempat lain @ dealer lain walaupun ada yang kata leh dapat harga lagi murah sebab katanya TABITA banyak ciplak. Unless saya jumpa dealer yang jual TABITA Original dgn harga yg lg murah dari adik saya jual, maybe saya bertukar dealer lah..eheheh *habis aku kena ketuk ngan adik aku nih kang! Wakakaka*.  Saya beli exclusive pack yang leh tahan 3 bulan, saya baru nak masuk set kedua, dan kesannya saya dapat lihat tak sampai sebulan saya guna, tak habis pun set pertama tuh, hasil dah nampak. Ada yang kata kalau beli direct from Indon dapat murah, saya tak tahulah tu sebab saya pun lum sempat gi Indon lagi. Kekkeke..kalau saya gi, saya jumpa yang ori dan murah harganya berbanding dgn apa yang saya beli skang, saya akan rembat banyak2 buat stok 2-3 tahun! Hahhahahaa.


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)  This is with my genius Qarissa, pun masa balik dr Cherating bulan  lepas. 

Yang baca ni, mesti nak tanya ada peeling ker tak kan? *Aku dah tau dah soalan korang ..hehheh*. Memang ada but very mild, depends on kulit gak lah, kalau kulit memang tak pernah jaga atau pakai apa2, berkerak gak lah kot dia bersihkan. Hehhehe.. Macam saya, tak teruk pun peeling dia, halus2 jer, macam  kena sunburn, tapi bila kena matahari, tak pedih dan tak panas, biasa-biasa jer, cuma muka rasa tegang giler macam pakai mask. So, bila rasa tegang sgt tuh, saya amik Miracle Water SKII, balance yang saya ada sebelum ni, dan sapu satu muka untuk kurangkan rasa tegang tuh, dan dia akan ok as usual. Cuma untuk 2 minggu - 3 minggu jer, pastu dah takder dah. Walaupun pakai toner yang sama, dia takkan peeling dah, unless kalau lama tak pakai toner, memang bila guna balik, dia akan peeling sikit lah. Macam saya, hari tuh saya nak kuarkan kulit mati sekitar hidung, saya letak lebih2 kat sekitar hidung, cuma hidung jer lah yang keluar kulit mati yang ada bulu2 halus tuh, tempat lain tak efek pun. Dan bagusnya produk ni *sepatutnya produk2 yang claim kata dia punya produk bagus tuh sepatutnya hasil dia begini juga* , walaupun tak pakai sehari dua, atau maybe seminggu, dia takkan ada kesan yang menghodohkan lagi wajah. Macam Watie, memang selalulah lupa, kadang2 buat2 lupa nak guna krim malam, kecuali masa awal-awal lah semangat ..biasalah tuh kan ..wkakaka.. Malas sungguh rasa kalau tak betul-betul, tapi yg bestnya, walaupun tak guna, dia takder efek pun, kulit u nampak ok dan sihat je. tu yg rasa happy bila guna. Saya cukup takut kalau produk2 yang bila kita tak pakai, kulit kita akan jadi lagi teruk dari sebelum ni. Pelik kan, kalau brand yang famous2 tuh, tak kisahlah mahal ke murah, mana pernah ada kesan negatif kalau kita stop pakai atau bertukar ke produk lain. Tu yg cukup takut nak try produk sebarangan tau. Takut nanti bila stop jadi masalah pula kulit kita. ;(. 


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :) Ni masa dalam keta tgh verangan  dan snap picture sorang2..hehehe

Ok, apa yang saya nampak beza sebelum dan selepas pakai TABITA ni? Hmmm..yang paling nyata, setiap kali amik gambar, dan secara live juga, nampak GLOWY dan CERAH, in fact SANGAT CERAH & PUTIH sampai hubby tegur saya masa dia snap gambar terbaru saya kat Launching @ GBOB JB , "Hishhhh...muka kemain putih !!! " Tapi dia tak komen lebih2 sebab dia tahu dalam handbag saya dah takder compact powder. kalau ada pun, saya takkan pakai, sebab warna dah lari jauh dah dari dulu. Dulu saya verangan konon2 nak kulit ala-ala bronze, so saya belilah yang compact khas from Makeup Forever, saja gatal nak try konon2 nak jadi Beyonce, skali tak habis pakai, hubby slalu cakap dulu *sblm saya guna TABITA*, yang muka saya nampak gelap bila pakai compact tuh, *bukan gelap, bronze yer bang ..bronze...wkakkakakka*,  tapi skang, muka dah cerah, memang buruk ah kalau pakai jugak, tu yang saya tak pakai lagik.. Sayang lah jugak, banyak lagi balancenya ..tapi takperlah .. tak pakai lagi best ..ekekkek..:) Ha, mesti ada yang teringin nak tanya, kalau nak beli camner kan? Sapa nak tau lebih lanjut leh ah call adik saya, nama dia Nana kat hp ni - 0102265786, ada gak member2 & client GBOB yang nak order dr saya, boleh jer, nanti saya ambik jer dari adik saya dan bagi atau pos.:)


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)  Dan ini yang terbaru, masa launching kat GBOB. Sumpah masa ni saya teringin nak mekap tau ..dah lah function rasmi, nak jumpa ramai orang ..tapi ..*korang jangan senyum kambing atau gelak yer kalau saya cakap..* saya cari mekap kit saya TAK JUMPA!!!! Hadoi la...sampai skang tak jumpa ..camno aku nak mekap pasni weiii! *Saya cuma dapat pakai lipgloss jer, tuh pun  free gift dari Pink Rose Beauty sebab sapa buat urutan kat situ baru-baru ni. Teruk kan saya ni ..Belasah jer lah ..sib baik tak nampak selebet jer hari tuh. Hahahaha..Watie oh Watie ..asal boleh jer ko yerk...

So, saya harap semua jelas dan kalau ada nampak gambar saya di mana-mana laman sosial, website yang bukan saya buat sendiri, tolong ah jangan percaya tu saya ..Dan kalau anda nampak gambar2 bertudung (sebelum dan selepas) yang saya letak dalam ni kononnya digunakan untuk testimoni produk kecantikan, mintak tolong bgtau saya dan bgtau kat owner produk tuh, sebelum saya declare kat FB, semua org share kata she's trying to cheat the public, better lah dia remove kan ..Saya dah mula nak rasa letih pasal kecurian identiti ni. Kalau mak artis, mak tak kisah noksss... muka mak bersepah2 dalam Majalah dan Paper, tapi saya ni  bukan artis, saya org berniaga, sebab tuh saya agak kisah dengan hal-hal sebegini. Dan saya harap, baik usahawan lain mahupun pembeli dan orang perseorangan, janganlah ambil jalan mudah untuk melariskan produk atau mendapat perhatian dengan menggunakan identiti orang lain. Berdosa tau! Bukan setakat dosa, bila org dapat tau, dapat malu besar! Saya betul2 harap ia tidak berlaku lagi. :)

*****************************************
PENGUMUMAN TERBUKA
18 October 2012:

Saya ingin memaklumkan bahawa saya TIDAK LAGI memakai produk TABITA setelah begitu banyak rumours mengenai produk ini mengandungi merkuri dan hidrokuinon. Saya merasakan yang saya perlu membuat pengumuman terbuka setelah agak ramai pelanggan serta rakan-rakan maya bertanyakan kepada saya tentang produk ini selepas melihat entry saya. Terus-terang, saya tidak mahu merosakkan perniagaan @ menabur pasir ke dalam periuk nasi kawan-kawan lain (samada saya kenal atau tidak) yang menjual TABITA secara online atau offline, tetapi memandangkan ramai yg ingin membeli dari saya, sedangkan saya tidak menjual lagi bagi pihak adik saya, saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan terbuka ini. 

Ketika mendapat tahu tentang berita ini, saya agak risau kerana ada menjualnya pada saudara mara yang berminat dan juga rakan-rakan. Ketika ini, berita ini belum saya ketahui. Tidak lama selepas itu, ia mula tersebar di online dan rakan saya memberikan link mengenai TABITA di internet, tetapi masih belum dapat diyakini sepenuhnya, jadi saya masih tidak mahu membuat pengumuman ini secara terbuka lagi. Lebih mengelirukan apabila lab test di Indonesia itu seolah-olah telah diubahsuai. Saya menerima beberapa info dari orang yang berbeza, semuanya gambar yg sama, tapi resultnya berbeza. Ketika itu, saya pun telah berhenti memakai Smooth Lotion dan hanya memakai krim siang. Krim malam pun jarang di pakai kerana saya MALAS. *as usual, awal-awal jer gigih*. Dan Matt Finishing Tabita masih saya pakai sekali-sekala sehingga sekarang. 

Apa yang membuatkan saya percaya yang TABITA tidak selamat adalah apabila rakan saya membuat aduan di BFPK dan beliau memberikan mesej melalui FB kepada saya. Saya salinkan semula apa yang beliau berikan pada saya. Sejak dari itu, saya terus berhenti memakai produk ini dan sekali sekala menggunakan Matt Finishing TABITA. (*Matt finishing ni macam BB Cream, saya secara peribadi rasa Matt Finishing ni tidak mengandungi sebarang kandungan yang bahaya). 

Assalamualaikum wbt,

Aduan pihak puan melalui emel berkenaan Produk Tabita Skin Care kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) adalah dirujuk.

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM telah menjalankan analisa makmal forensik terhadap produk Tabita Skincare pada penghujung tahun 2011 dan mendapati salah satu jenis produk ini iaitu Tabita Smooth Lotion dikesan mengandung racun berjadual hydroquinone. Oleh kerana produk ini diimport daripada Indonesia dan terdapat ramai pengedar persendirian di Malaysia, siasatan lanjut ke atas laman web dan blogspot akan dilakukan.

Terima kasih di atas perhatian dan kerjasama pihak puan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Bahagian Aduan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-78413200 

Untuk lebih bersikap adil, saya rasa jika anda khuatir atau memerlukan maklumat lanjut, bolehlah hubungi sendiri nombor yang saya sertakan itu untuk menyemak sendiri. Selain itu, untuk lebih memuaskan hati pada mereka yang telah membeli produk ini dan rasa khuatir mengenai kandungannya, saya syorkan agar anda membawa produk anda ke Jabatan Kimia Malaysia untuk membuat ujian terhadap kandungan produk anda, krana ada juga rumours mengatakan yang Tabita banyak yang tiruan.  Anda boleh menghubungi nombor di bawah dan tanya samada mereka boleh malakukan ujian tersebut atau tidak.

Jabatan Kimia Malaysia,
Jalan Sultan
46661 Petaling Jaya, Selangor
03-7985 3000

Kepada mereka yang menjual Tabita, maafkan saya kerana saya buat Pengumuman Terbuka ini untuk memberitahu mereka yang melayari laman web ini yg saya tidak lagi memakai TABITA dan tidak lagi menjualnya, sebelum ini, setiap kali mereka message, saya balas dan memberitahu perkara yang sama, jadi lebih baik saya buat pegumuman terbuka. Langsung tidak ada niat untuk mensabotaj perniagaan anda. Terpulang lah pada pelanggan yang membaca jika masih ingin membeli, cuma saya tidak lagi menjual produk ini. Harap maklum. 

post signature
post signature