Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Showing posts with label Product Review - VCD(s). Show all posts
Showing posts with label Product Review - VCD(s). Show all posts

Monday, July 25, 2011

DVD Recommendation: Mothergoose Club Nursery Rhyme

Dah lama Watie nak share about this DVD pada semua pembaca. Watie belikan Qarissa this VCD sempena birthday dia bulan 6 yang lalu. Tak sompek nak amik gambar DVD, dah selamat pun Qarissa keluarkan dari sarungnya, hadoi.. terus off nak amik gambar ..heheh.. sudahnya Watie kopipes jer lah gambar yg ada kat tenet dia tu utk tatapan anda semua. 
   
Actually, sebelum Watie beli DVD nih, Watie download the You Tube all the video yang ada. Kualiti dia oklah, so-so jer..nama pun You Tube kan .. yang penting my Q's enjoy the video. Masa tuh, takder kuar lagi DVDnya. Memang Watie harap sangat ada kuar DVD Mothergoose ni sebab memang enjoy anak2 Watie tengok, dengan mak-mak dia skali happy tgk..hehe..sayangnya masa tuh blum kuar lagi. 

Bila dapat tahu yang Team Mothergoose Club keluarkan DVD untuk rangkaian Nursery Rhyme, terus Watie belikan untuk Qarissa, kebetulan plak bday dia dah dekat, sesuai sgt lah belikan dia as her 3rd birthday present. Watie beli tru internet sebab kat Msia memang takde this video. Bila convert duit Msia, dalam RM 60 rasanya, tapi Watie beli guna Pay Pal so terus bayar pakai USD. Bila dah beli dan tgk, memang puas hati ah..kualiti dia bagus sgt .. color dia very bright and clear ..siap ada subtittle English lagi.. different sikit dengan You Tube version dan memang takder potong2 cam You Tube la.. memang best sgt .. puas hati okay! 

Apa yg bagus DVD nih? Watie suka sebab dia guna "orang betul", bukan kartun. Dan watak-watak yang ada tuh semuanya best dan very cheeky. Yang penting, the voice is very clear and precise. Penggunaan bahasa Inggeris yang baik dan semua Nursery Rhyme dia adalah lagu-lagu yang femes dan mudah di ingat oleh anak dan parents jugak. Memang DVD ni fokus on Nursery Rhyme sahaja. Dia ajar anak kita apa maksud "Rhyme" tu. Watie selalu bg advise & consultation pd Mommy betapa pentingnya Rhyme dalam mengajar anak kita sesuatu malah ia adalah permulaan awal utk anak kita membaca. Melalui nyanyian, adalah lebih mudah untuk anak kita menguasai sesuatu bahasa. Kalau kita yang yang dah tua ni pun, kalau selalu dgr lagu Jepun pun, mesti hafal dah kan? Heheh..samalah anak kita pun, cuma dorang lagi cepat dan advance dr kita lah kan ..:) 

All the action dan tarian serta aktiviti yang ada dalam DVD ni mudah untuk kita ingat dan ikut. Wati ingat lagi, kat umah my sis ada satu bekas siram bunga plastik, memang khas untuk kanak-kanak, mainan punya. Masa Watie mandikan Qarissa, dia ternampak this bekas, terus dia amik dan sing "Mary-Mary..%&^(( rary ...."  (hahaha.. aku dengar Mary pastu rary jer at the end ..), tapi lucky me sebab Watie tgk sama DVD tuh, so Watie tahu lagu apa yang Q nyanyi. Dia nyanyi lagu - Mary-Mary Quite Contrary. Dan memang dalam VCD tuh pun, the Mary tgh siram pokok bunga guna bekas plastik tu. Then terus Watie nyanyi sesama ngan Q. Mula2 memang tak hafal, jarang dgr kan ..tapi lama2, kita pun akan hafal juga Nursery Rhyme ni. Ramai parents yg bgtau Watie during Playgroup yang dorang tak hafal lagu Nursery Rhyme, hanya tahu sikit2 jer yg femes cam Twinkle Twinkle dan Baa- Baa Black Sheep..yang lain suma failed. Heheheh.. Memang lah ..kalau jarang nyanyi memang tak hafal, thats y Mommy kena korbankan telinga jugak..Nyanyi sesama dan cuba hafal lirik. Alah ..lagu cinta leh hafal .. lagu Stacy leh hafal .. cuba hafal lagu Nursery Rhyme ..sure boleh punya ..Ahaks!.

So, sesapa yang nak beli this DVD, memang watie recommend kan lah utk beli .. Puas hati. Mahal sikit tapi oklah sebab kat Msia susah nak dapat Nursery Rhyme yang kualitinya bagus. Maybe boleh beli as present, so taklah rasa mahal sgt ..Hehehhe.. Boleh klik kat website nih - http://www.mothergooseclub.com/store.php

Mothergoose Club DVD 

Harga dia USD 15 . Ada juga pakej2nya tapi Watie beli DVD sahaja. Ada juga banyak printables activities untuk Mommy print & play with anak-anak. Rajin2 google website tuh kay. Dari segi penghantaran, amik masa 2 minggu jer.:) Somethis, this Mothergoose Club Team ada buat promotion tru website & FB, so ada diskaun sikit, so bolehlah uols grab the ooportunity bila ada diskaun tuh ..:) 

Ok friends, selamat mendegar lagu2 dalam DVD ni kay ..:) See you soon...:) 


post signature

post signature

Friday, July 10, 2009

Product Review - VCD My First English Grammar.

Aku beli this VCD last few weeks @ Tesco Setia Alam. Tak plan pun nak beli sebenarnya, tapi aku nih memang "allergik" kalau nampak apa-apa DVD Education. So, aku pun duk belek-belek & try VCD ni sebelum beli. Harga pun murah dalam RM7.90 jer sekeping. Tajuk dia "My First English Grammar".


My First English Grammar Volume 1 & 2

VCD ni dalam Bahasa Melayu. Memandangkan aku takde langsung VCD Education in Malay, thats why aku beli lah jugak, boleh tambahkan perbendaharaan kata utk Qarissa. Selepas aku tgk VCD nih, aku rasa this type of VCD sesuai jika kita mainkan untuk kanak-kanak yang dah paham dan reti bercakap. Macam dalam usia 3 tahun ke atas dan sangat bagus kalau dah masuk Tadika. Ia adalah persediaan sebelum masuk Darjah 1 untuk memantapkan kemahiran grammar kanak-kanak. Its good for them, tapi kalau untuk Qarissa, aku personally rasa kurang menarik untuk age dia. Sebab, dia terlalu muda dan mentah untuk mengaplikasikan apa yang di terangkan dalam VCD tu. Its ok, aku akan simpan the VCD sampailah Q paham nanti ..hehheh..


Anak aku yg excited bila dapat new VCD

Cerita dalam VCD ni adalah mengenai cikgu yang sedang mengajar anak muridnya berbahasa Inggeris. Cikgu tuh cakap dalam bahasa Malaysia dan selepas tuh tanya murid-murid dia apakah maksud sesuatu perkataan dalam Bhs Inggeris. Yang aku ingat, macam perkataan "comel". Cikgu dia tanya kat anak murid, maksud perkataan "comel" dalam bhs Inggeris dan kemudian anak murid dia jawab - cute. Then ada ajar pasal noun, pronouns, adjectives & banyak lagi secara interactive. Macam contoh, "big, bigger,biggest" dan perbezaan maksud setiap kata-kata tu.

Personally, aku rasa ia sangat bagus terutama untuk kanak-kanak yang penggunaan Bahasa Inggeris di rumah sangat kurang. Dengan menonton VCD ni, ia akan dapat membantu mereka menambahkan perbendaharaan kata, pandai menggunakan frasa dengan tepat dan melatih skill grammar mereka. Well, aku nih pun kengkadang grammar tunggang terbalik..wakakak..Memang ada sesetengah org tak mementingkan grammar, tapi aku pulak mmg pentingkan grammar. Kalau grammar salah, aku rasa segan sket nak tulis @ cakap. Walaupun tak perfect, aku try my best utk gunakan phrase atau ayat-ayat dengan grammar yg betul walaupun skema jer bunyinya.Hahah..janji grammar aku betul. Mungkin dalam perbualan harian, grammar tak ditekankan sangat, tapi dalam penulisan, its very important..


As usual, trying to open the casing. Hhehe..confirm tak berjaya sayang!

Cuma satu jer aku kurang gemar tentang the company yg produce VCD ni. The content of the subjects boleh dimuatkan dalam satu VCD @ DVD, tapi dia pecahkan kepada 2 VCD. Aku rasa uols pun tahu kenapa. Kenapa nak jual RM 10 untuk sekeping VCD @ DVD sedangkan kita boleh buat 2 VCD@DVD & sell at RM 15.80 betul tak..? Hmmmm... Ada sesapa nak burn ker VCD aku nih? Wakakkak....nanti KPDNHEP cari aku plak wei....!!


Masih mencuba nasib...Ahaks!

So, untuk ibu-bapa yang ada anak dalam lingkungan 3 tahun ke atas, memang sesuai dapatkan VCD ni di TESCO @ mana-mana kedai VCD yang berhampiran.

*feel free to contact me, Watie @ 019-2371229 for appointment & consultation on early education*

Selamat ber"grammar-grammar" an,