Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Showing posts with label GBOB Bengkel. Show all posts
Showing posts with label GBOB Bengkel. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Di Sebalik Tabir IKS: Kelajuan Kuasa Kuda Seorang Watie!

Hahaha.. Aku takmo tulis banyak lah hari nih ..sebab lepas korang tgk Sessi temuramah nih, korang mesti mengah punya .. So, baik aku tak yah bebel panjang2 yer! Wakakakak.. Dalam masa kurang dr 9 minit, aku cover 3 soalan yang sering mak bapak tanyakan .. :) So check this out bebeh! No script, no nothing .. all sepontan jer! Hu hu .. Bila nak cakap selowwwww nih?????



Bersedia untuk melihat video "berkuasa kuda!"

post signature

post signature

Sunday, March 6, 2011

What's Hot @ GBOB On February & Mac?

* entry ini merupakan entry melekat, memikat dan terpikat sehingga 6 Mac 2011. Sila skroll page di bawah untuk melihat entry terbaru kami. Terima Kasih * 

*************************************************************************

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung dari Februari - Mac 2011 di Genius Baby On Board dan Bling Lustre (Scriptory Box). Memandangkan banyak aktiviti setiap minggu di Wisma Bling Lustre, saya mengambil keputusan untuk membuat satu link khas seperti yang anda lihat ini bagi memudahkan para pembaca blog mengikuti perkembangan aktiviti ini dengan lebih mudah dan membaca maklumat berkaitan dengan aktiviti-aktivi yang bakal berlangsung ini melalui link-link yang disertakan (jika ada). Link akan diberikan  di bawah adalah untuk entry yang telah pun disediakan sebelum Majlis berlangsung untuk memudahkan anda menyertainya jika berminat. Ada juga aktiviti yang tidak saya sertakan link, seperti Playgroup @ GBOB kerana ia sememangnya diadakan setiap minggu untuk Level 1, 2 dan 4 dan hanya apabila kelas untuk minggu tersebut selesai, baru saya akan updatekan maklumatnya di laman blog ini. begitu juga dengan aktiviti di Scriptory Box, kadangkala ada entry yg saya akan buat dan kadangkala ada yang tidak.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti di bawah, baik di GBOB atau di Scriptory Box,  anda boleh mengubungi saya untuk menempah tempat anda dengan kadar segera. :) 

Sila scroll down ke bawah untuk melihat entry terkini di Genius Baby On Board :) 
*****************************************************************

What's Happening @ GBOB & Bling Lustre on February & Mac 2011

Genius Baby On Board 

12 Februari 2011 (Saturday) : Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 3.30 pm)
19 Februari 2011 (Saturday): Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 1 pm)
26 Februari 2011 (Saturday): Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 3.30 pm)
5 Mac 2011 (Saturday): Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 1 pm)


Scriptory Box @ Bling Lustre 


post signature

post signature

Monday, February 14, 2011

Stimulasi: Idea Untuk Ibu Bekerjaya :)


Saya selalu menerima sungutan serta keluhan para ibu yang menggunakan "kerjaya" sebagai ALASAN dan HALANGAN UTAMA untuk mereka menstimulasi anak mereka. Menurut mereka, sebagai ibu bekerjaya, masa mereka sangat limited dan mereka jarang bertemu dengan anak. Pagi-pagi, dah sibuk nak bersiap dan hantar ke nursery, balik dah lewat petang. Sampai rumah dah nak dekat Magrib. Mandi, sembahyang, rehat, duduk kejap, anak dah nak tidur. Esok bermula rutin seperti biasa, sampailah hujung minggu barulah ada masa terluang untuk anak. Itupun sedikit, sebab time weekend, banyak pula kerja rumah yang menanti untuk di buat. Lipat kain, gosok baju, kemas rumah dan sebagainya. jadi, masa mereka dengan anak itu memang sangat limited. 
Adoi... macam saya jer kat atas nih ..tapi selalu both anak kat pangku, tangan menaip komputer! Ahaks..

Saya sering memberikan motivasi kepada ibu bekerjaya agar mereka sedar yang mereka boleh menstimulasi anak mereka di mana sahaja. Tidak perlu tunggu waktu yang sesuai untuk menstimulasi anak. Semua masa adalah sesuai. Hanya kita yang perlu kreatif dan mengembangkan idea kita dalam bentuk permainan agar masa "emas" kita dengan anak digunakan sebaiknya. Saya sering menggunakan Seminar ECE dan akan datang, Bengkel Stimulasi sebagai medan untuk saya mencurahkan ilmu dan idea pada para ibu bapa tentang hal-hal sebegini. (Sebab tu lah anda kena register, satu hari suntuk kita borak, main dan jadi budak-budak tau! Ahaks ..) Sekiranya anda tahu yang stimulasi adalah sesuatu yang mudah dan menggembirakan both u & your baby .. there will be NO ARGUMENT at all!:) 


Kalau nak kata bekerjaya, saya pun kerja juga kan? Memang betul saya kerja sendiri, dan ada kaitan dengan ECE, jadi mungkin ada yang merasakan ianya mudah bagi saya. Hmmm..Anda silap juga kalau berfikir begitu. Kalau siapa yang perasan, yang datang Playgroup saya @ Level 4 (Qarissa) atau Level 2 (Zayra), boleh dikatakan hampir setiap minggu, both of my children macam Chips More - Kejap ada, Kejap takder. Bila time yg Qarissa rasa nak keluar dari Seminar Room, dia keluar, kalau tak, Q melepak jer kat dalam Seminar Area layan DVD atau LR. Time Bubbles memang dia kuar lah kan ..giler bubbles si kenit tuh ..ehehhe..Yang Zayra pulak, dia manja nak saya layan dia jer, so sometimes bila dia nangis, maid akan bawak masuk ke Seminar Area. Saya akui, bila time kelas, saya tumpukan perhatian pada student2 lain berbanding anak sendiri. Jadi bila masanya saya nak stimulate anak sendiri pula kan? Haaaa..tu lah saya kata, kita kena kreatif dalam "bermain" dengan anak kita. Kalau nak ikutkan sekarang, masa saya hampir tiada tau! Saya kerja macam takder hari esok, banyak betul saya kena buat, org kerja 8 jam sehari, saya 12 jam pun tak habis-habis lagi. Memang betul lah orang kata kalau bisnes sendiri, memang penat camner pun, kita redah jugak. Hidup mati kita lah kan bisnes ni. Memang letih, tapi tak boleh mengeluh sebab inilah jalan yang dah kita pilih. :) 

Jarang juga saya dapat melayan Qarissa di Art Class ketika Playgroup.. Sedihnya ..:( Tapi saya tebus masa saya di waktu yang lain!:) 

Jadi, saya pun tak mau Mommy-Mommy kat luar tuh mengeluh sebab kerja makan gaji, jadi masa dengan anak kurang. Orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? Heheheh.. Saya bagi idea sikit dalam entry ni untuk ibu-ibu yang bekerjaya okeh! Stay at home Mom atau Work at home Mom pun boleh buat ..no hal punya ..! Hehehhe.. Okeh ..bila kita nak hantar anak ke nursery atau time nak balik dari ambil anak di nursery, sapa drive kereta? Kalau kita drive dan anak disebelah, mungkin kita boleh buka any Audio CD dan nyanyi bersama di sepanjang perjalanan menuju ke nursery. kalau dalam kereta ada DVD, kita bukakkan any Education DVD (saya ulang yer ..Education DVD tau .. bukan Ultraman, Ben 10 atau Power Rangers!) dan kita sama-sama berborak pasal cerita itu. Kalau hubby yang drive dan kita pegang anak, lagi best. Lebih banyak akiviti yang kita boleh buat sepanjang perjalanan ke nursery tuh. Tak payah pasang DVD atau Audio CD pun takper. Kita sendiri boleh jadi CLOWN untuk anak kita. :) Contohnya, aktiviti stimulasi yang saya lakukan dengan Zayra ini. 


Anda boleh tiru aksi saya seperti di dalam video yang saya sertakan di bawah ini. Semasa ini, tarikhnya 9 Disember 2010, Zayra baru 8 bulan, me & hubby dalam perjalanan ke satu tempat, saya dah lupa lah ke mana, tapi area Shah Alam la. Jalan jem dan saya mengambil kesempatan untuk menstimulasi Zayra sepenuhnya! Sempat lak tuh hubby amik video tau! Hehehe.. Sambil jalan pelan-pelan redah jem, hubby amik, sib baik pakcik motor besar takder wei! Punyalah suka si Zayra, sampai dia mengekek-ngekek kesukaan. She really enjoy playing with me. Cuba anda perhatikan wajah dan mimik muka saya masa tuh! Huduh kan? Hahahaa.. tapi anak saya suka! Bayi sememangnya suka melihat dan meniru mimik muka yang dia nampak. Makin pelik @ huduh muka kita, makin lah dia suka ..:) Sebab tuh lah anak murid saya yang dalam lingkungan 0-12 bulan terutamanya, cukup suka memandang saya berbanding ibu mereka ketika di kelas Playgroup! Kalau tak percaya tanya mak-mak yang dah join tuh! Sebab Teacher Watie nih the best and hot CLOWN IN TOWN! Ahaks ..! 


Lagu yang saya nyanyikan adalah lagu rhymes - Apples & Bananas. Lagu ni saya suka sebab ianya adalah cara yg paling best nak ajar anak kita vowel sound - AEIOU. Liriknya pun senang nak ikut. Saya pernah buat sekali masa Level 4 dan para ibu bapa pun enjoy dan tergelak2 sebab they have to "crack" their mind to change the letter A for Apples & Bananas to AEIOU. Funny giler masa tuh ..:) No worries, level 2 & 3 pun akan guna the same song juga, cuma pendekatannya berbeza :) Jadi, anda boleh tiru aksi saya bermain dengan anak ini. Bukan hanya mimik muka, dengan mata tertututup dan terbuka, mulut muncung macam ikan dan tertutup kembali, saya juga menggunakan lutut untuk mengangkat Zayra ke atas sedikit dan menurunkannya kembali. :) Memang both of us had fun sangat that day. Dengar Zayra gelak, saya rasa bahagia sungguh! Dan saya tau yang gelak juga sangat baik untuk kanak-kanak. Senaman yang menyihatkan! Bukan senang juga nak bagi anak gelak tau! Harus berusaha lebih sedikit ...:) 

Bahagia sungguh bila sessi peluk-peluk anak dalam Playgroup kan? Suka betul saya bila Qarissa lari mendapatkan saya, dan anak-anak saya yang lain pun sama nak peluk. I feel loved! Hehehehe

Ok Mommy-Mommy semua, enjoy the video, dan jangan lupa cuba buat dengan anak masing-masing okeh! Kalau nak tahu lebih banyakkkkkk lagi stimulasi yang boleh anda praktikkan dengan anak, bolehlah mendaftar ke Bengkel Stimulasi yang akan saya adakan pada awal bulan Mac 2011 ini. Masih belum terlambat untuk anda mendapatkan harga Early Birds. Tarikh tutup pembayaran untuk Early Birds ialah 18 Februari 2011, cuma RM 350 sahaja dan selepas itu, harganya akan menjadi RM 399. :) Berikut adalah  maklumat tentang Bengkel Stimulasi yang akan saya adakan buat pertama kalinya di GBOB : 

Tarikh: 6 Mac 2011 (AHAD)
Masa: 10 am - 6 pm 
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak 
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)

Max Participants: 10 orang sahaja.
 (first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 18 Feb 2011 cuma RM 350 sahaja)

* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan. 

Bagi yang berminat untuk menghadiri sessi Bengkel ini, bolehlah menempah tempat dengan menghubungi saya di talian di bawah atau emelkan kepada geniusbabyonboard@gmail.com supaya saya boleh mengemelkan anda borang untuk di isi. Untuk pembayaran pula, anda boleh memasukkan yuran pendaftaran ke dalam akaun yng diberikan di bawah. 

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387




post signature

post signature

Sunday, February 13, 2011

Bengkel Stimulasi Di Tunda ke 6 Mac 2011

Makluman Kepada Semua, 

Bengkel stimulasi yang dijadualkan untuk di adakan pada 6 February 2011 telah ditunda ke 6 Mac 2011 berikutan cuti panjang Hari Raya Cina dari 4-6 Feb 2011 yang lalu. Saya hanya sempat membuat pengumuman tentang penundaan tarikh ini di laman Facebook dan menghantar emel kepada peserta-peserta seminar yang lalu dan kepada mereka yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke Bengkel ini. Maafkan saya kerana tidak sempat membuat pengumuman rasmi di laman blog sehinggalah hari ini akibat kesibukan yg terlampau. :) 

Di sini, saya ingin mengumumkan bahawa bengkel stimulasi ini akan diadakan seminggu selepas Seminar (yang dijadualkan berlangsung pada 27 February 2011) iaitu pada 6 Mac 2011 (Ahad)  di pejabat GBOB. Bagi yang berminat untuk menghadiri Bengkel Stimulasi ini, anda bolehlah membuat penempahan tempat  dengan GBOB dengan kadar segera. Tempahan juga dibuka untuk mereka yg telah pun mendaftarkan diri pada Seminar @ 27 Februari 2011 memandangkan anda telah pun menghadiri Seminar sebelum Bengkel di adakan. Tempahan hanya dibuka untuk 10 orang pertama sahaja dan mereka yang membuat bayaran sebelum 18 Februari 2011 akan mendapat Early Bird Price iaitu RM 350 sahaja/pax. Di bawah adalah maklumat yang berkaitan dengan Bengkel Stimulasi yang akan diadakan itu.

*********************************************************** 

Buat pertama kalinya pihak GBOB akan mengadakan satu Bengkel Stimulasi di GBOB pada awal bulan Mac ini. Bengkel ini akan di adakan dari pagi hingga ke petang. Saya sangat menggalakkan para ibu bapa yang pernah datang ke Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di GBOB untuk menghadiri Bengkel Stimulasi ini kerana ia merupakan pelengkap kepada apa yang telah anda ketahui dan kuasai semasa Sessi Seminar tersebut. Jika di Sessi Seminar, saya menerangkan dengan jelas dan lengkap berkaitan dengan Kepentingan Pendidikan Awal dan kaitannnya dengan pertumbuhan otak bayi, di dalam Bengkel ini pula, kita akan bersama-sama melaksanakannya. Saya akan mengajar para peserta yang hadir BAGAIMANA STIMULASI boleh dilakukan terhadap bayi dan anak anda. Ia akan dipenuhi dengan aktiviti Role Play, dan syarat utamanya - ANDA TIDAK BOLEH MALU! 

Ini kerana sepanjang sessi tersebut, pada kebanyakan waktu, anda akan bermain dengan anak patung yang akan disediakan oleh pihak GBOB dan anak patung itu akan menjadi "anak" anda pada hari tersebut. Saya tidak menggalakan anda membawa bayi dan anak anda pada Sessi Bengkel kerana dikhuatiri mereka akan keletihan & tantrum kerana Bengkel ini dijalankan dari pagi ke petang. Saya kasihankan bayi anda yang mungkin akan penat dan tidak dapat bertahan menunggu ibunya bermain dengan "anak" yang baru:) Melainkan jika ada sesiapa yang boleh menjaga  anak anda di kawasan Kids Zone sepanjang anda menjalani latihan praktikal di dalam Seminar Area, saya tiada masalah mengenainya. Bukan apa, saya tidak mahu anda rasa rugi menghabiskan wang untuk menghadiri Bengkel ini, sudahnya anda terpaksa duduk sahaja dan tengok tanpa dapat melakukan praktikal kerana melayani kerenah anak. :) 


Di dalam Bengkel Stimulasi ini juga, saya tidak akan menerangkan kembali apa yang telah diterangkan semasa Sessi Seminar dahulu. Saya hanya akan fokus kepada Stimulasi dan kepentingannya serta cara-cara anda boleh menstimulasi otak bayi anda. Its all about HOW, HOW & HOW. Kerana itulah, sangat penting untuk anda menghadiri Seminar ECE dahulu supaya tiada lagi tanda tanya dan persoalan tentang ECE. Apabila anda sudah jelas dan mengerti konsep ini, Insya Allah anda akan melalui sessi Bengkel Stimulasi ini dengan rasa yang gembira dan fikiran yang terbuka. 

Apakah yang anda akan pelajari semasa Sessi Bengkel ini nanti?
  • Pengenalan Stimulasi 
  • Persekitaran Stimulasi 
  • Kepentingan Stimulasi
  • Motor Kasar dan Motor Halus
  • Aktiviti - aktiviti Stimulasi Visual - 9 + 10 Aktiviti akan di ajar serta dilakukan bersama. 
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Pendengaran - 6 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Sentuhan - 5 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Fizikal - 11 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Stimulasi Untuk Menggalakkan Anak Membaca 
  • Baby Signing - What Is It?
  • Kebaikan & Faedah Baby Signing 
  • 20 ASL of Baby Signing akan di ajar. 
Selain dari perkara-perkara di atas, anda juga akan menerima:
  • Kit Permulaan Stimulasi - mengandungi beberapa alat bantu stimulasi yang boleh anda gunakan dengan bayi dan anak anda.Simple tapi berkesan. Anda pasti teruja!
  • CD yang mengandungi :
    • Kesemua aktiviti yang diterangkan di dalam Bengkel malah lebih lagi. Mungkin di dalam Bengkel, anda diperkenalkan dengan satu aktiviti tetapi terdapat beberapa aktiviti yang mempunyai tujuan yang sama. Jadi, kami berikan semuanya untuk anda jadi material dan bahan latihan anda akan bertambah. 
    • Kad Visual Stimulasi yang boleh anda cetak dan gunakan serta merta. 
    • Lagu-lagu serta ryhme yang digunakan di dalam Bengkel akan di compilekan di dalam satu folder, jadi mudah untuk anda  berlatih dan menghafalnya di rumah. kebanyakannya adalah ryhme yang saya nyanyikan sendiri :) 
    • Video Aktiviti Stimulasi yang saya rakamkan sejak Qarissa kecil, dan ada juga video dari luar negara. Ada di antara Video ini saya kongsikan di laman blog dan ada juga yang tidak. 
    • Video 20 Baby Sign yang telah di compilekan dalam satu folder untuk anda berlatih menggunakan bersama anak kesayangan anda. 
  • Sijil Kehadiran dari Genius Baby On Board. 
Siapa yang patut hadir? 
  1. Ibu @ Bapa yang mempunyai anak seawal 0-4 tahun . Aktiviti yang saya lakukan di dalam Bengkel ini boleh diguna dan dipraktikkan sehingga anak anda bersusia 4 tahun, dan jika mereka menyukainya, anda boleh gunakannya sampai bila-bila! 
  2. Pengusaha Taska, Nursery & Tadika. - Boleh menghantar pekerja anda untuk menghadiri Bengkel ini agar mereka dapat memberikan stimulasi terbaik kepada bayi dan kanak-kanak dalam jagaan mereka. Ia dapat memberikan nilai tambah untuk Taska @ Tadika yang anda kelolakan. 
  3. Ibu mengandung yang ingin menyiapkan diri dengan memberikan stimulasi maksimum sebaik sahaja anak tersayang dilahirkan. 
  4. Sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah ilmu dalam bidang ECE dan Teknik Stimulasi ini. 
Maklumat tentang Bengkel ini:

Tarikh: 6 Mac 2011 (AHAD)
Masa: 10 am - 6 pm 
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak 
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)

Max Participants: 10 orang sahaja.
 (first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 18 Feb 2011 cuma RM 350 sahaja)

* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan. 

Bagi yang berminat untuk menghadiri sessi Bengkel ini, bolehlah menempah tempat dengan menghubungi saya di talian di bawah atau emelkan kepada geniusbabyonboard@gmail.com supaya saya boleh mengemelkan anda borang untuk di isi. Untuk pembayaran pula, anda boleh memasukkan yuran pendaftaran ke dalam akaun yng diberikan di bawah. 

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387


post signature


post signature

Wednesday, January 26, 2011

Bengkel Stimulasi: How To Develop Your Baby's Brain.

Buat pertama kalinya pihak GBOB akan mengadakan satu Bengkel Stimulasi di GBOB pada awal bulan Februari ini. Bengkel ini akan di adakan dari pagi hingga ke petang. Saya sangat menggalakkan para ibu bapa yang pernah datang ke Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di GBOB untuk menghadiri Bengkel Stimulasi ini kerana ia merupakan pelengkap kepada apa yang telah anda ketahui dan kuasai semasa Sessi Seminar tersebut. Jika di Sessi Seminar, saya menerangkan dengan jelas dan lengkap berkaitan dengan Kepentingan Pendidikan Awal dan kaitannnya dengan pertumbuhan otak bayi, di dalam Bengkel ini pula, kita akan bersama-sama melaksanakannya. Saya akan mengajar para peserta yang hadir BAGAIMANA STIMULASI boleh dilakukan terhadap bayi dan anak anda. Ia akan dipenuhi dengan aktiviti Role Play, dan syarat utamanya - ANDA TIDAK BOLEH MALU! 


Ini kerana sepanjang sessi tersebut, pada kebanyakan waktu, anda akan bermain dengan anak patung yang akan disediakan oleh pihak GBOB dan anak patung itu akan menjadi "anak" anda pada hari tersebut. Saya tidak menggalakan anda membawa bayi dan anak anda pada Sessi Bengkel kerana dikhuatiri mereka akan keletihan & tantrum kerana Bengkel ini dijalankan dari pagi ke petang. Saya kasihankan bayi anda yang mungkin akan penat dan tidak dapat bertahan menunggu ibunya bermain dengan "anak" yang baru:) Melainkan jika ada sesiapa yang boleh menjaga  anak anda di kawasan Kids Zone sepanjang anda menjalani latihan praktikal di dalam Seminar Area, saya tiada masalah mengenainya. Bukan apa, saya tidak mahu anda rasa rugi menghabiskan wang untuk menghadiri Bengkel ini, sudahnya anda terpaksa duduk sahaja dan tengok tanpa dapat melakukan praktikal kerana melayani kerenah anak. :) 

Di dalam Bengkel Stimulasi ini juga, saya tidak akan menerangkan kembali apa yang telah diterangkan semasa Sessi Seminar dahulu. Saya hanya akan fokus kepada Stimulasi dan kepentingannya serta cara-cara anda boleh menstimulasi otak bayi anda. Its all about HOW, HOW & HOW. Kerana itulah, sangat penting untuk anda menghadiri Seminar ECE dahulu supaya tiada lagi tanda tanya dan persoalan tentang ECE. Apabila anda sudah jelas dan mengerti konsep ini, Insya Allah anda akan melalui sessi Bengkel Stimulasi ini dengan rasa yang gembira dan fikiran yang terbuka. 

Apakah yang anda akan pelajari semasa Sessi Bengkel ini nanti?
  • Pengenalan Stimulasi 
  • Persekitaran Stimulasi 
  • Kepentingan Stimulasi
  • Motor Kasar dan Motor Halus
  • Aktiviti - aktiviti Stimulasi Visual - 9 + 10 Aktiviti akan di ajar serta dilakukan bersama. 
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Pendengaran - 6 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Sentuhan - 5 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Fizikal - 11 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Stimulasi Untuk Menggalakkan Anak Membaca 
  • Baby Signing - What Is It?
  • Kebaikan & Faedah Baby Signing 
  • 20 ASL of Baby Signing akan di ajar. 
Selain dari perkara-perkara di atas, anda juga akan menerima:
  • Kit Permulaan Stimulasi - mengandungi beberapa alat bantu stimulasi yang boleh anda gunakan dengan bayi dan anak anda.Simple tapi berkesan. Anda pasti teruja!
  • CD yang mengandungi :
    • Kesemua aktiviti yang diterangkan di dalam Bengkel malah lebih lagi. Mungkin di dalam Bengkel, anda diperkenalkan dengan satu aktiviti tetapi terdapat beberapa aktiviti yang mempunyai tujuan yang sama. Jadi, kami berikan semuanya untuk anda jadi material dan bahan latihan anda akan bertambah. 
    • Kad Visual Stimulasi yang boleh anda cetak dan gunakan serta merta. 
    • Lagu-lagu serta ryhme yang digunakan di dalam Bengkel akan di compilekan di dalam satu folder, jadi mudah untuk anda  berlatih dan menghafalnya di rumah. kebanyakannya adalah ryhme yang saya nyanyikan sendiri :) 
    • Video Aktiviti Stimulasi yang saya rakamkan sejak Qarissa kecil, dan ada juga video dari luar negara. Ada di antara Video ini saya kongsikan di laman blog dan ada juga yang tidak. 
    • Video 20 Baby Sign yang telah di compilekan dalam satu folder untuk anda berlatih menggunakan bersama anak kesayangan anda. 
  • Sijil Kehadiran dari Genius Baby On Board. 
Siapa yang patut hadir? 
  1. Ibu @ Bapa yang mempunyai anak seawal 0-4 tahun . Aktiviti yang saya lakukan di dalam Bengkel ini boleh diguna dan dipraktikkan sehingga anak anda bersusia 4 tahun, dan jika mereka menyukainya, anda boleh gunakannya sampai bila-bila! 
  2. Pengusaha Taska, Nursery & Tadika. - Boleh menghantar pekerja anda untuk menghadiri Bengkel ini agar mereka dapat memberikan stimulasi terbaik kepada bayi dan kanak-kanak dalam jagaan mereka. Ia dapat memberikan nilai tambah untuk Taska @ Tadika yang anda kelolakan. 
  3. Ibu mengandung yang ingin menyiapkan diri dengan memberikan stimulasi maksimum sebaik sahaja anak tersayang dilahirkan. 
  4. Sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah ilmu dalam bidang ECE dan Teknik Stimulasi ini. 
Maklumat tentang Bengkel ini:

Tarikh: 6 February 2011 (AHAD)
Masa: 10 am - 6 pm 
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak 
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)

Max Participants: 10 orang sahaja.
 (first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 30 Jan 2011 cuma RM 350 sahaja)

* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan. 

Bagi yang berminat untuk menghadiri sessi Bengkel ini, bolehlah menempah tempat dengan menghubungi saya di talian di bawah atau emelkan kepada geniusbabyonboard@gmail.com supaya saya boleh mengemelkan anda borang untuk di isi. Untuk pembayaran pula, anda boleh memasukkan yuran pendaftaran ke dalam akaun yng diberikan di bawah. Ada yang menghubungi saya bertanyakan tentang sessi Seminar seterusnya, Insya Allah, saya akan mengadakannya pada 27 February 2011 dan akan kongsikan maklumat tersebut esok. 

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387


post signature

post signature

Tuesday, January 18, 2011

Testimoni Seminar 9/1/2011: Apa Kata Mereka?

Buat pertama kalinya, saya menyediakan satu borang khas untuk semua para peserta saya memberikan testimoni ikhlas mereka terhadap Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak @ GBOB yang mereka hadiri. Jika sebelum ini saya hanya memberikan borang Feedback, tapi mulai tahun 2011 ini, saya menambah satu lagi borang, bertujuan untuk menilai diri sendiri dengan apa yang peserta katakan. Dari situ, saya berharap agar saya dapat memperbaiki diri dari masa ke semasa. 

Mohd Razi: 
Mohd Razi: Amat berguna dan bermakna sekali setelah apa yang saya pelajari dari Puan Watie dan saya akan gunakan ilmu yang disampaikan pada keluarga saya dan masyarakat. Terima kasih.

Anis Niza
Anis Niza: Sangat menyeronokkan. Terlalu banyak information yang perlu digest. Syukur, dari hobi suka-suka  waktu rehat, dapat jumpa info tentang Seminar yang baik ini. TQVM

Saya juga bercadang untuk menggunakan Testimoni yang mereka berikan ini sebagai senjata pemasaran ketika mempromosikan Seminar. Inilah salah satu cara strategi marketing yang di ajar oleh Irfan Khairi ketika saya mendengar Seminar beliau hari tu. Sapa yang belum baca, boleh klik sini. Memang selama ini saya tahu dan sedar tentang kepentingan Testimoni, in fact sejak saya membuat bisnes Perfume iaitu Perfume For All, memang ada testimoninya, cuma tidaklah saya tekankan sangat. Sebab itu, salah satu azam saya adalah untuk menekankan Testimoni ikhlas dari para pelanggan saya  untuk mana-mana bisnes sekalipun. :) Lagipun, ini adalah salah satu cara saya menghargai pelanggan saya yang memuji atau mengkritik saya. Jadi, penat macam mana pun, nak amik gambar, transfer gambar, upload dan sebagainya, saya dah berniat nak masukkan juga komen-komen mereka.

Latifah (Fasha)
Latifah (Fasha)Seminar pendidikan awal kanak-kanak sangat bagus. Biarpun i belum berkahwin, ia banyak bagi kesedaran tentang pembelajaran awalan baby 3 bulan dan sebelum kelahiran. Ia juga boleh membantu i memberi penerangan kepada keluarga dan sahabat-sahabat yang ada anak atau belum.

Nuradyani Rosli
Nuradyani Rosli: This seminar is really interactive seminar where the participants can learn and also share their experience. It has answered some of my  unanswered questions about ECE. It's good to have Watie as an enthusiastic speaker too. Her passion is so transparent and can be contagious. 

Di sini saya salin semula apa yang mereka katakan beserta gambar dan borang asal. Ada juga peserta yang tidak sempat menulis borang, tetapi mereka mengemelkan Testimoni mereka kepada saya. Insya Allah akan saya kongsikan di entry yang lain. Kepada para peserta Seminar saya, terima kasih saya ucapkan di atas komen dan testimoni yang jujur dan ikhlas ini. Ia penting untuk saya memperbaiki diri dari masa ke semasa. Insya Allah. Ia membuatkan saya bertambah yakin dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya rasa sangat  puas apabila matlamat saya tercapai melalui Seminar ini- Mengubah minda terhadap kepentingan ECE terhadap bayi dan kanak-kanak. Saya rasa puas apabila peserta saya merasakan wang yang mereka laburkan untuk mendengar apa yang ingin saya katakan itu BERBALOI, MALAH LEBIH DARI ITU. Saya terharu apabila ada rakan saya, Zaidathul Akma yang membuat komen di FB albumnya berkenaan dengan Seminar saya yang beliau hadiri buat pertama kali (bulan 7 tahun 2010). Saya pastekan di sini apa yang ditulis beliau di laman Facebooknya:

*****************************************************

"THUMBS UP!!!!!!! itu yg aku bley kata kat bff aku sorg nih - Norhidawati Abdu Aziz. Aku puji bukan sebab ko bff aku tp sebab ketelusan, keikhlasan dan kesungguhan kau dalam berkongsi ILMU+PENGALAMAN kau sendiri kpd semua org. Wpun aku sampai lambat (sesat punye pasal) tp aku sgt puasssssssssss (jgn fikir lain plis) dgn seminar tuh...memg aku xdpt kat tempat lain...ko punye penerangan yg details membeliakkan mata + hatiku tentang fungsi OTAK baby...dan spt biasa kau memang IBU FORMULA kan bukan susu formula (kau ibu hebat - bf rules!)

yg mbuka mata aku adelah penerangan ko tentang maksud genius tuh - bukan utk kita menunjuk2 anak kita pandai/utk mghebah2kan anak kita pandai tp ape yg sepatutnye kita tolong anak kita yg dahagakan pertolongan utk menyambungkan sel2 otaknye dgn formula kau cipta - LIRASEDEBAU (aku hafal plis!) hehehe...LIHAT-RASA-SENTUH-DENGAR-BAU...baby dahagakan itu....mereka tidak tertekan langsung tetapi meminta sgtttttttt parentsnye mbantu utk menyambungkan sel2 otaknye agar tidak lupus begitu shj apabila usia mjangkau 3thn...thats y penting pembelajaran utk baby bwh 3thn...iaitu sejak dari dlm perutttttt (huhuhu aku dh ketinggalan jauh terus cam nak ade anak ke 2 plak...amin...)

kau tau? laki aku siap suruh aku ulang ape yg ko ajar kat kelas td almaklumler aku nih kan PELUPA! huhuhu...yg paling utama tersemat disanubari + yg aku cari2 selama mjaga aesya nih adelah kaedah, masa dan ape yg aku patut buat - kau telah bantu aku menemui jawapannya...salah satunya adelah - jual mahal sket utk bg dia excited utk tahu ttg sesuatu benda (cth flash card tuh buat laju2 utk 1 second je) pastuh simpan....dan baby boleh capture sepantas 1 saat - amazing gilerrrrr!

rugiiiiii siapa x dtg! hehehe...aku harap kau boleh konduk seminar yg sama semula next time sebab memang permulaan yg bagus utk org mengandung-anak bwh 6thn...jgn risau watie! kau share je ape pengalaman ko...wpun kebanyakan seminar aku pegi dorang banyak sorokkan dia punye "secret recipe" tp pada pendapat aku dari segi ilmu yg amat bermanfaat - sekali kau kongsi ALLAH gandakan beribu2 lemon lg ILMU+NIKMAT utk kau...pegang pd itu! insyaALLAH mesti ramai parents kat luar sana akan carik kau punye! sebab kalau kita ade ILMU + X KONGSI kita org pertama yg akan terhumban ke neraka! nauzubillah!

aku doakan kau terus maju jaya bersama basrijaya...muahahahah...xlah! aku yakin kau sgt jitu + hebat dan mampu membantu ibu bapa kat luar sana yg terkial2 mcari ILMU utk merangsang minda anak2 mereka.

para ibubapa kat luar sana (especially mak2) jgn lah risau wpun kita bekerja cari rezki utk anak2 takot masa anak2 terabai - percayalah mcm watie kata "jegot kalau kau kata kau xde masa 5 minit pon utk ajar (rangsang) anak kau - memang aku lempang!) huhuhu aku pegang ayat ko watie sampai skang (sebab tuh menggelabah sentiasa takot dilempang - aku selalu ckp kat laki aku - ehhh x bolehhh nanti watie lempang kang...hahahaha)

aku harap parents kat luar sana x salah faham dgn ERTI GENIUS tersebut sebab semua baby adelah genius sejak dari dlm perut cuma tugas kita utk mengekalkan+meneruskan kegeniusan mereka semua...tabiksssss!"

******************************************************
Yuni
Yuni: WOW! Tidak sangka betapa pentingnya Early Education, nilai yang dibayar tidak dapat dibandingkan dengan ilmu yang diperolehi. 

Memang saya terharu, sungguh! Dan kata-kata semangat seperti inilah yang membuatkan saya sedaya upaya memastikan seminar yang akan datang lebih baik dari seminar yang pernah saya lakukan walaupun ia berkisar tentang perkara yang sama. Setiap hari ilmu saya akan bertambah. Pengalaman saya semakin banyak dan research yang saya  lakukan dan penemuan saya dalam bidang ECE semakin meningkat. Kerana itu, setiap kali Seminar saya di buat, ada sahaja perkara dan maklumat baru yang ingin saya kongsikan dengan peserta. Sebab itulah, dari 4 jam, meleret2 hingga 6 jam! Saya berharap, peserta saya tidak bosan mendengar bebelan saya dan "brain wash" saya selama 6 jam itu. :) 

Jiey:
Jiey: This seminar is definately an eye-opener. Watie managed to bring up the importance of giving early education to children. The content of the seminar is also comprehensive that in such a short period, Watie is able to cover the important angles of ECE. The Seminar is really interesting as Watie encourage participation from the floor; instead of just one way communication. 


Dan, saya akhiri entry ini dengan satu testimoni yang cukup menarik untuk saya kongsikan dengan anda semua. In fact, bolehlah saya katakan testimoni ini adalah "Testimoni Of The Day'. Hehhhe.. Kerana apa? Kerana Encik Azmi adalah satu-satunya Daddy @ Suami yang hadir pada hari tersebut. Beliau menemani isterinya, Anis Niza yang comel lote dan cantik tu. Adakah beliau datang ke Seminar ini rela hati? TIDAK! Adakah beliau dipaksa datang? YA! Anis "memaksa" suami tersayang menemankannya dan hasil "pujukan berterusan setiap malam" berjaya  membuatkan suami Anis ikut sama. Saya suka kejujuran Encik Azmi kerana saya yang bertanya soalan tersebut dipermulaan Seminar (dan saya dah agak juga yang beliau dipaksa. Hehehhe). Jawapan beliau yang jujur membuatkan saya "looking forward" to see his opinion @ testimoni about the Seminar. Adakah saya berjaya mengubah persepsi beliau atau mungkin "kerugian masa" beliau. Alhamdulillah, rasanya saya berjaya. Dan saya akui apa yang Encik Azmi tulis tentang Cons @ kontranya Seminar ini mengenai "Terlalu banyaknya maklumat yang perlu di "hadam" dalam masa yang singkat dan time management yang kurang baik." 

Memang saya akui, itulah juga yang saya rasakan secara peribadi. Seperti yang saya katakan, terlalu banyak, yer, terlalu banyak yang ingin saya kongsikan dan masa sememangnya mencemburui saya. Siapa yang mengenali saya pasti tahu yang saya bercakap memang laju. Seboleh mungkin saya cuba memperlahankan kelajuan kuasa kuda percakapan saya demi memastikan semua peserta dapat memahami sepenuhnya apa yg cuba saya sampaikan dalam tempoh masa yang saya rasa cukup singkat itu.  Alhamdulillah, semuanya jelas dan faham malah suka bila saya cakap laju jadi mereka tak sempat pun nak rasa ngantuk. Ekekeke.. Janji saya semasa mempromosikan Seminar hanyalah  4 jam sahaja, tetapi sering terbabas. Mesti lebih dari anggaran awal saya. Mungkin selepas ini saya harus memperbaiki pengurusan masa saya, seperti yang dicadangkan Encik Azmi, samada panjangkan masa atau kurangkan material. Saya lebih suka option yang pertama, panjangkan masa dan beritahu pada bakal Peserta agar mereka tahu yang mereka mungkin akan berkurung di GBOB untuk sekurang-kurangnya 6-7 jam! Agak-agak boleh tahan tak? Hhehehe.. Pasal anak, mesti boleh kan?? Harus saya akui, saya kasihan juga dengan para peserta kerana seperti yang mereka katakan, terlalu banyak yang perlu di hadam dalam masa yang singkat, memang penat OTAK kita kan? Haaaaa..baru tau kan .. Time is running out to stimulate our children right  ..? Hhehehehe.. 

Kyairul Azmi
Kyairul Azmi: Pros: 1. Very informative 2. Kesedaran ECE harus diterapkan juga kepada kaum bapa agar mereka sedar kepentingan ECE.  3. A very good eye-opener. Cons: Too many information to process in a short duration. Time management is not good. Either increase the duration of the Seminar or cut down the presentation materials. 

Insya Allah, saya akan melakukan satu lagi siri Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada bulan Februari ini. Begitu juga dengan Bengkel. Bengkel Stimulasi akan mengambil masa sehari suntuk dari pagi ke petang, manakala Seminar ECE pula separuh hari. Saya sangat menggalakkan kehadiran peserta yang pernah menghadiri Seminar saya ke Bengkel Stimulasi ini kerana selepas pemikiran anda telah di "cuci" dengan clorox sepenuhnya, adalah mudah untuk anda mengikuti Bengkel ini dengan hati yang terbuka dan seronok. Anda akan menerima kit stimulasi, dokumen & material yang berkaitan dan VCD yang berkaitan dengan aktiviti- aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Ini merupakan pertama kali saya melakukan Bengkel Stimulasi selepas mengambil masa berbulan-bulan memastikan segala-galanya sempurna. Ada lebih 100 slide & I pray to Allah SWT yang masa akan berlalu dengan lambat pada hari tersebut agar saya dapat menyelesaikan tugasan saya dalam tempoh waktu yang diberikan. Insya Allah. Saya akan membuat entry khas tentang Bengkel Stimulasi ini. Di bawah adalah maklumat tentang Bengkel Stimulasi @ GBOB. 

Tarikh: 6 February 2011 (AHAD) 
Masa: 10 am - 6 pm 
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak 
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)

Max Participants: 10 orang sahaja.
 (first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 30 Jan 2011 cuma RM 350 sahaja)

* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan. 


Dan sessi Seminar yang seterusnya akan dilakukan pada hujung bulan February 2011 seperti di bawah: 


Tarikh: 27 February 2011 (Ahad)
Masa: 9.30 pg - 2 pm (mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi

(Semua Peserta akan diberikan dokumen & material  pada hari tersebut)


Maximum Participant: 10 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax 
( Early Birds before 30 Jan 2011 cuma RM 150 sahaja)



* Makan Tengahari  akan disediakan. 


Dan promosi Seminar ini adalah seperti berikut:




Bagi kedua-dua Bengkel Stimulasi & Seminar ini, pembayaran boleh dilakukan menggunakan bank transfer atau internet banking  ke akaun Genius Baby Resources, Tunai di pejabat GBOB, credit card @ debit card di pejabat GBOB atau melalui PayPal. Berikut adalah maklumat akaun Genius Baby Resources.

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387

PayPal account: geniusqarissa@gmail.com

post signature
post signature