Saya nak share FB msg yang dihantar oleh Ema kepada saya akhir bulan Sept yang lalu. Happy sgt baca emel dari beliau, yang berterima kasih pada saya for all the consultations and recommendations especially on Little Reader. Ema ni pernah datang my ECE Seminar masa tgh preggy dulu .. so memang banyak information yang beliau sudah dapat dan dah ready sebelum kelahiran Armani lagi. Persediaan yang cukup rapi saya rasa, untuk ibu yang pertama kali mengandung dan melahirkan. :) Tahniah saya ucapkan pada beliau dan suaminya yang cukup mementingkan ECE serta percaya yang bayi sememangnya genius!.Masih terbayang di tubir mata saya perbualan kami masa Seminar dulu, excited sungguh Ema lepas habis Seminar .. cepat betul masa berlalu kan? Dah pandai pun Armani Boy tu ha.. hehehe.. Meh kita tgk apa yang Ema tulis dalam FB msg nih okay ..:) Terima kasih saya ucapkan pada Ema for the lovely msg...sesungguhnya saya tumpang happy mendengar berita hebat ini .. dan tak sabar nak tunggu videonya! We want video! We want video! Hehheheheh... :)
Keratan FB msg Ema:)
Saya kopipes juga apa yang ditulis Ema dalam Fb tersebut untuk memudahkan pembacaan..:)
"kak watie!!!! armani boy dah boleh baca!!! at least saya lah rasa dia boleh baca. td masa main2 ngn dia,guna falshcard ybcr tu saja je suruh dia pick words n to my surprise dia pick words yg betul!! saya cuba a few words ye lah incase tu kebetulan je betul kan.skali all the words dia pick tu betul.time nak record je dia dh mls.hahaha..mcm tau2 je.tq tq tq tq..i learn a lot from ur class ur blog n zayra mmg idol saya.hahaha.jeles zayra can read as early as 5mo.in a good way lah kan.pastu aesya pun dh pandai.hehe.wpun xdpt ajar dia full time mcm akak n kak zai,i guess betul lah yg kak watie cakap..5min everyday pun dh cukup.saya cuma ada time htr armani boy to babysitter je during weekdays nak ajar dia.Alhamdulillah!! suka xterhingga.tq for sharing all the infos n experience! tq kak!"
Sesiapa yang nak tahu, nak dapatkan info dan nak beli Little Reader, bolehlah berhubung dengan saya terus melalui nombor di bawah ok..:) Will be happy to help uols...:)
Lama betul rasanya Watie tak kongsi tips2 stimulasi dengan semua peminat blog Genius Baby On Board ni kan? Rindu betul nak share ngan uols semua tau, Watie masih ingat yg Watie kata nak rekod my voice dan share tips stimulasi tapi until today, tak sempat2 nak rekod lepas my voice "hilang" kejap last 3 weeks. Sejak majlis kat SaraKids tuh, suara Watie ni kengkadang ok, kengkadang tak ok sgt, maybe sebab everyweek ada kelas, banyak plak tuh, jadi suara Teacher tak konsisten sebab banyak dah "membebel" dalam kelas. Hehehe.No worries, ada rezeki, mesti Watie rekod dan bg anda dengan punya okeh! :)
Ok, hari nih Watie nak kongsikan cara-cara Watie bermain flash card dengan anak. Dah lama sebenarnya Watie nak rekod yang proper punya cara, maksud Watie amik video guna videocam, buat cantik2 jadi semua dapat dgr dengan jelas dan mudah utk uols buat ngan anak masing-masing, Sayangnya, kalau nak tunggu siap video tu, silap2 anak uols semua dah besar! Hahahaa.. Apa taknya, bznya dah satu hal sampai tak terekod, time nak amik tuh takder sapa nak tolong amik, hubby kerja, time hubby kat umah, maknya pulak bz wat kerja lain sebab time tu lah nak berkejar2 siapkan suma kerja umah while hubby tgk2 anak (maidless kan sekarang ..hehehhehe), bila kat opis, time nak rekod plak, videocam tinggal kat umah! Adoi...macam2 lah "alasannya" yang mana kalau Watie pikir nak video yg PERFECT dan cun, memang alamat lambat lah nak share ngan uols. So, Watie rasa, lebih senang Watie rekod guna BB hubby jer, mana yg sempat kita rembat jer lah time buat aktiviti tuh kan, janji ada video dan dapat kongsi dengan anda semua. Betul tak? Sekurang-kurangnya anda dapat idea how it works dan boleh praktikkan kat umah. Unless ada mana-mana company yg shoot video nak sponsor utk buat video berkualiti for Genius Baby On Board stimulation technique, kecik tapak tangan, tapak opis Watie tadahkan! Hehehehe..
So, video yg uols tgk kat You Tube ini adalah cara yang Watie lakukan setiap kali main flash card dengan anak-anak, mungkin suara Watie tak kuat sangat & gambar tak cantik sebab guna video HP jer kan, but still leh dgr dan leh nampak how I did it. Cuba perhatikan betapa fokusnya Zayra ketika sessi ini. Tak berkelip dia pandang flash card tuh kan? :) Memang tahap fokus Zayra tinggi sebab Watie dah latih sejak dia lahir lagi. Sebab tuh dia boleh tgk flash card dalam sessi yg agak lama. Sebab tuh juga Watie kata 6 bulan pertama hidup anak tuh penting untuk kita pastikan all the 5 senses berfungsi dengan baik dan dalam masa yang sama, stimulasi dilakukan secara berterusan dengan teknik-teknik tertentu. Kerana apa yang kita lakukan pada masa itu (6 bulan pertama) akan beri kesan apabila umurnya semakin meningkat. Tapi sayangnya, jarang parents especially kaum Melayu (sorry, kena tekankan jugak sebab ia hakikat) menitik beratkan stimulasi awal ini. Terutama 0-6 bulan. Sebab tuh juga kelas Playgroup Level 1 @ GBOB jarang ada student, sedangkan my expectation masa bukak kelas ni dulu, Level 1 ni lah yang akan ramai, sebab time tu lah PALING PENTING, walaupun mungkin aktivitinya nampak simple berbanding Level lain (yerlah, anak masih belum boleh buat apa2 sangat pun, bergolek pun belum, so ramai parents rasa tak penting dan tak nampak macam mana stimulasi tuh boleh akan berkesan, indirectly underestimate anak lah tuh! If only they know how important it is, tak sempat nak berpantang lebih2 kot! Heheheh). Ternyata apa yang Watie sangkakan memang betul - KESEDARAN TENTANG ECE DI KALANGAN IBU BAPA MASIH KURANG TERUTAMANYA UNTUK BAYI 0 -6 BULAN.
Dan kerana itu juga Watie banyak juga terima komen dan keluhan seperti "Anak saya tak fokus sangat", "Anak saya suka pandang tempat lain bila saya tunjuk flash card", "Attention span dia kejap jer" dan sebagainya. Dan bila saya tanya, "Tempoh 3 bulan pertama anak U lahir, apa U lakukan dengan anak?" dan "Another 3 months lagi, apa U buat?" dan kebanyakan jawapannya - Jarang buat apa-apa, setakat main ala kadar, bg minum susu, tidurkan, mandikan dan setiap hari perkara yang sama berulang. Bila anak dah umur 7 bulan ke atas, dah pandai meniarap, dah pandai sikit buat aksi itu ini, baru parents ada rasa nak hantar anak ke kelas-kelas Playgroup seperti mana yang ada di GBOB. Itu pun tak ramai yang tahu. Memang Watie akui kelas-kelas begini tak banyak yang ada, tapi tak banyak juga ibu bapa yang peduli sebab mereka rasa anak mereka kecil lagi, tak tahu apa-apa, buang masa dan buang duit. Sebab tuh Watie senyum jer bila parents duk komplen-komplen anak dia itu lah ..ini lah (bila anak dia dah besar dalam lingkungan setahun setengah ke atas). Hmmmm...kalaulah anak tuh leh cakap masa dia lahir-lahir tu, mau mau pengsan 3 hari mak dia dengar anak dia membebel tau! Hahahaha... Komplen jer pandai! Apa awak buat kat anak masa dia baby untuk BANTU ..BANTU..BANTU..anak tuh supaya dia boleh jadi seperti yang anda mahukan? Ketuk kepala kanan dan kiri, tanya diri sendiri okeh ..:) So, tak adil kalau nak komplen jer bila anak dah besar sedangkan kita tak buat apa-apa semasa dia membesar tuh kan? :)
Ada 3 video di bawah kerana 3 cara yang sering Watie gunakan setiap kali Watie main flash card dengan anak. Kenapa Watie sebut "main"? Sebab ia sememangnya sessi permainan dan bukan pertandingan. Bila kita main, no rules, no worries, kita happy dan tidak berorientasikan hasil dan keputusan. Kenapa nak risau dan sibuk dengan "end result" jika kita tahu pada akhirnya result dia akan jadi sangat baik dan mengejutkann? (Seperti mana anda terkejut bila pertama kali tgk anak orang lain "membaca" di usia muda kan? Sekarang tak terkejut lagi bila anak sendiri pun menunjukkan outcome yang sama!) Saya terima banyak msg dan emel dari ramai kawan-kawan yang memberitahu perkembangan anak masing-masing selepas menerima consultation, membuat pembelian produk-produk yang saya syorkan dan mendengar nasihat saya. Saya tumpang gembira dan bangga dengan anda serta anak genius anda. Now you believe that ALL BABIES ARE GENIUS kan? :)
Ada juga yang tanya saya, macam mana Watie ajar anak spelling? Watie ajar ABC tak? Dia kenal huruf ker? Dia menghafal ker? Dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan, saya tak ajar anak spelling, saya tak ajar anak saya ABC, anak saya kenal semua huruf, anak saya antara menghafal dan tidak. Mula-mula dulu, looks like dia menghafal, tapi lama-kelamaan, bila makin banyak perkataan dia tgk, dia dah boleh decode the words, dan perkataan yg dia tak pernah tgk pun, bila kita tunjuk, dia boleh baca. Bila words yang suku katanya panjang, ada juga yang dia silap sebut, tapi as usual, saya dengan happynya akan betulkan dan sebut dengan jelas TANPA SEDIKIT PUN RASA KECEWA SEBAB DIA SALAH SEBUT! Kenapa saya besar dan birukan ayat sebelum ni? Sebab ada ibu yang saya jumpa FRUST sebab anak dorang salah sebut atau tak sebut langsung perkataan yang disuakan pada mereka. Umur anak berapa? Dalam lingkungan 15 - 19 bulan! Wahai Mommy, setiap kali kita main dengan anak, the KEYWORD yang mesti selalu ada dalam fikiran kita- FUN! It must be FUN! Jangan risau tentang hasilnya, apa yang lebih penting kita bergembira dengan anak. Jangan risau Mommy, mereka akan tunjukkan kebolehan mereka when YOU LEAST EXPECTED IT! Kalau Mommy sungguh-sungguh, terlebih semangat nak tgk anak bijak ker tak, setiap jam main flash card pastu asyik test jer anak pandai jawab ker tak, memang takder nya anak you nak layan. Kita balik kena main! Dorang pulak yang duk gelakkan kita dalam hati.Hehehehe..Jadi, lebih baik Mommy have fun, rasa enjoy dan puas main ngan anak sambil gelak ketawa. Aura positif yang kita berikan pada anak ini yang akan buatkan anak kita rasa tenang dan tak tertekan untuk tunjukkan kepandaian mereka. Yang penting, kita REPEAT the activities on daily basis tanpa jemu. :)
Ok, dah banyak bebel lah nih.. Larat lagi ker uols nak baca nih? Hhehehe.Sorrylah, Teacher Watie nih kalau dah mula membebel, memang payah nak stop! Wakakaka.. Okeh okeh .. kita terus ke cara yang pertama. Dalam video pertama nih, kalau anda tengok, cara pertama yang Watie gunakan adalah teknik "Satu Kad Satu Saat" seperti yang pernah keluar dalam paper Metro tu. Bergantung kepada tahap fokus anak, anda mungkin boleh gunakan 5 kad sebagai permulaaan. Kalau fokus anak makin meningkat, boleh tambah another 5 cards to make it 10. Pastikan jarak mata anak dengan kad jangan terlalu dekat sebab tak bagus untuk view mereka. Nanti senang juling, especially baby kan memang ada juling-juling air sikit masa awal2 usia tu. So, kena pastikan at least 8-12 inci jaraknya antara kad dengan anak. Pastikan anak pandang ke arah kad, I know its not easy coz as I said, sometimes attention span anak tak lama. Sebab tuh Watie suh start dengan 5 kad dulu. Bila anak pandang, terus imbaskan kad tuh dengan cepat - 1 kad 1 saat. Kalau lepas 5 saat, anak masih pandang, just continue the same kad, maknanya mungkin anda boleh buat 2 continuos session for the same card. Pastikan bila Mommy tunjuk kad dan sebut perkataan tuh dengan jelas pada waktu yang sama, jangan kelam kabut nak tukar ke kad baru, sampai apa yang u sebut tak sama dengan apa yang u tunjuk kat anak. Lain jadinya kang. Hehehe.. So, memang Mommy kena praktis dulu. Time anak tidur tuh, just berlatih slip over the card one by one, very fast, tak yah sebut dulu perkataan tuh, berlatih slip kad jer. Bila dah ok, baru berlatih sebut dengan betul. Secara tak langsung, pronounciation Mommy pun akan jadi lebih bagus, sebab ia penting untuk anak dengar apa yang kita cakap, so kalau Mommy punya sebutan tak betul, nanti anak pun sebut tak betul di kemudian hari.:)
Ada yg tanya Watie, kad apa nak tunjuk? Flash card biasa boleh ker? Watie strongly suggest kad yang hanya tertulis perkataan sahaja, sebab kita nak anak kita cepat baca kan? Mestilah kena tunjuk perkataan, kalau tunjuk gambar, memang dia akan tgk gambar jer, dia takkan tengok pun perkataan tu. Unless anak kita dah pandai baca, bila kita suakan gambar + perkataan, dia boleh baca juga sebab dia akan tgk perkataan dan kemudian relatekan dengan gambar. Macam mana Watie tahu? Sebab Watie pernah main dengan Qarissa, bukan flashcard tapi jigsaw puzzle. Kecik jer jigsaw tuh, Watie tunjuk dia jigsaw BIRD & PARROT dalam masa yang sama. Kalau tgk gambar, sama jer kan? Kids yang belum tahu baca mungkin akan sebut BIRD jer for both jigsaw (sebab dia based on gambar semata).Tapi, Qarissa sebut BIRD & PARROT & masa Watie tunjuk tuh, Watie fokus kat mata Qarissa, nak tengok dia pandang tak perkataan kecik bawah gambar tu, ternyata dia memang pandang perkataan dulu, baru tengok gambar. Sebab tuh Watie galakkan parents invest pada Little Reader, sebab its a complete software dan hardware yang ajar anak membaca. Ada flashcard yang lengkap yang boleh kita gunakan setiap hari. Dulu Watie ada jual YBCR punya flash card tapi dah discontinue product tuh, memang dah takder jual lagi. Restock pun takder. Kalau ada memang Watie jual dah. So, memang in terms of reading flashcard, hanya LR jer yg ada buat masa nih. Kalau rasa LR mahal sangat, Mommy kena lah rajin sikit, buat sendiri flashcard tuh dan main dengan anak. Nak seribu daya, takmo seribu dalih kan? Heheheh..So, Mommy boleh try cara pertama ni masa main ngan anak kay. This is what they call sight words, terus tunjuk the whole word, tak yah buang masa nak eja-eja bagai. Ada hiway, nak ikut jalan kampung watper? Bukan kena bayar tol pun kan? Hehehe...
Cara Pertama: Sight Words with Zayra Video 1/3
Ok, cara kedua pula sama dengan cara pertama CUMA BEZANYA - anda tunjuk atau point jari telunjuk anda dari kiri ke kanan perkataan di dalam flash card itu, jadi anak anda tahu membaca adalah dari kiri ke kanan. So, mungkin akan amik masa dalam 2 saat atau lebih sikit, bergantung pada kecekapan anda mengimbas kad tersebut dengan laju. Thats y Watie strongly suggest Mommy @ Daddy berlatih untuk imbas kad masa free time, cthnya bila time anak tidur. Tak payah baca kad pun, just berlatih to flash laju-laju jer, bila dah pandai dan cekap, baru start to read pulak the word sambil imbas kad. But we must make sure apa yang kita sebut tuh TEPAT - the PRONUNCIATION tuh mesti betul. Ni penting sebab kalau kita salah sebut, bunyi dah lain, anak kita akan absorb apa yg kita sebut. Another thing, kita kena pastikan kad yang kita imbas sama dengan apa yang kita sebut. Tak boleh kelam kabut sampai apa yang kita sebut tak sama dengan apa yang kita tunjuk. Cthnya, kad pertama APPLE dan kad di belakang APPLE adalah BALL. Nak cepat punya pasal (sebab Watie kata satu kad satu saat kan ..hehehe)so, kita sebut APPLE tapi dalam masa yang sama kita dah angkat kad APPLE tuh dan anak pulak nampak kad yg tertulis perkataan BALL masa kita sebut APPLE tu, so cara ini pun salah. Salah besar tuh. Hehehehe... So make sure apa yang kita sebut betul dan masa kita flash pastikan anak fokus dan dgr serta nampak perkataan yg betul ok. Ada juga Mommy yg kata English mereka tak power sgt, jadi mereka takut nak guna flash card tuh, nanti sebutan kat anak pun tak betul. Ok Mommy, saya bukan suh Mommy jadi mat salleh in order to play the flash card, yang penting SEBUTANtuh mesti betul, tapi kalau Mommy tak sure, Mommy mmg kena study balik atau dengar kat internet bunyi yg betul, atau tanya lah sesiapa. Malu bertanya sesat jalan kan? Hehehe, terus terang, saya pun dulu bukanlah power sgt pun English, saya masih ingat lagi, masa buatkan file untuk Qarissa dulu, saya tak pasti nak sebut CROW (burung gagak) tuh bunyinya OO atau OW. Saya cek kat internet. Memang leceh tapi tuh bukan alasannya kalau betul nak pandai. Sebenarnya kesilapan yang kita lakukan yg akan buat kita ingat sesuatu perkara itu sampai mati kan? :) Bagi parents yang beli LR tuh, tak risau sgt sebab dalam software, memang kita leh dengar dengan jelas sebutannya kan? Siap ada 3 suara yang berbeza lagi. So, time kita duduk sama-sama dengan anak tuh, we are also learning to pronounce the word dengan betul & bila kita pakai flash card tanpa software, kita dah tak risau lagi. In fact, tanpa sedar akan turut sama memperbaiki our pronunciation di mana kita sendiri dapat bezakan sebutan yang bunyinya dekat-dekat macam T dan D. Tu yang berlaku pada diri saya. I have to admit that my English especially my pronunciation is getting better is because of the LR software. :)
Cara Kedua: Sight Words with Zayra Video 2/3
Cara ketiga pula adalah apa yang saya panggil Multisensory Time. Pada waktu ini, masa bukanlah sesuatu yang penting, we can take our own sweet time untuk tunjuk flash card kat anak (tapi janganlah melampau sangat lamanya untuk satu kad..ehhehe.. kita boleh agak-agak kan?), sebabnya kita akan tunjuk gambar sekali. As uols know and admit, babies and kids memang suka sekali tgk gambar kan? So, inilah masanya untuk kita berinteraksi dengan anak, cerita tentang gambar yang related dengan perkataan yang kita tunjukkan itu. Cara ketiga nih, kita boleh gabungkan cara kedua dan terus bukak @ flip flash card sambil kita terangkan apakah maksud perkataan yang kita sebutkan tuh. Untuk lebih menarik, kita mesti buat voice, buat mimik muka, buat sound dan buat apa sahaja lah yang perlu untuk menarik perhatian anak kita to keep on looking at the flash card. Contohnya, bila kita flip the flash card tuh, kita cakap PEEK A BOO! Dengan suara ala-ala terkejut dan suprise! (suprise sangattttttt...padahal dah nak muntah darah kita ulang the same card kan? Wakakakakka). Ajak anak sekali untuk buat apa yang kita buat. Baby will try to imitate us. Memang sangat fun ok! Sebab dia akan fokus lebih lama kalau tgk gambar, itulah juga reason kenapa kita mesti tunjuk perkataan dahulu dan pisahkan gambar dengan perkataan tuh, sebab kalau dia tengok gambar dulu, peratusan untuk dia tengok perkataan sahaja adalah sangat sedikit, mungkin tak tengok langsung agaknya. :) Sebab tuh saya sering ulang pada pelanggan saya - JADIKAN GAMBAR SEBAGAI HADIAH ATAU REWARD KEPADA ANAK. Bila dia tengok perkataan yang kita suakan, kita jadikan gambar sebagai hadiah. Sebab tuh buat masa sessi ketiga. Last part. :) Time tuh juga, kita boleh bersenang lenang sikit, maksud saya, kita tak terikat pada waktu satu @ 2 saat seperti cara pertama dan kedua tu. :) Anda boleh tengok contoh dalam video You Tube di bawah.
Cara Ketiga: Sight Words with Zayra Video 3/3
Ok, rasanya dah panjang sungguh Watie menulis pasal flash card kali ni kan? Watie harap pembaca-pembaca yang mengikuti blog ini akan dapat sedikit sebanyak ilmu yang Watie cuba sampaikan ini. Jangan lupa try dengan anak at home and do let me know the outcome okeh? :) If u feel like sharing this info to your family or friends, by all means ... silakan ..:) Tekan butang share yang ada atau boleh copy paste kat blog masing-masing, but dont forget to give the credit to GBOB blog skali okeh friends. :) Until then, Insya Allah ..jumpa lagi di entry akan datang.:) Happy giler rasanya dapat siapkan entry nih. Kalau nak tau, nak dekat 3 hari baru siap tau! Hahahaha.. Apa taknya, tengah-tengah menulis anak nak susu, nak ajak main, kakak nak kacau adik, daddy nak kacau Mommy .. adoiiii.. (and now Zayra ngah menenen sambil saya menaip) Heheheh.. tapi saya suka..sebab itu maknanya orang-orang tersayang ada disekeliling saya! :) Ok..kita jumpa lagi!. :)
Alhamdulillah, Preview Little Reader telah pun selamat berlangsung dengan jayanya di GBOB 2 minggu yang lalu. Lebih dari 16 orang menghadiri Sessi Preview PERCUMA yang julung-julung kali di adakan ini. Selain dari mereka yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai apa yang boleh ditawarkan oleh Little Reader kepada anak mereka, terdapat juga Affiliates & Education Consultants GBOB yang datang untuk mendengar dengan lebih teliti dan menyeluruh tentang kebaikan yang Little Reader mampu tawarkan agar mudah mereka berkongsi kebaikan Little Reader ini kepada prospek mereka. :)
Sessi bermula lebih kurang pukul 2.30 pm dan berakhir pada pukul 4.30 pm tetapi seperti biasa, membawa hingga lewat petang untuk sessi consultation :) Insya Allah, pihak GBOB akan mengadakan lagi sessi Preview percuma ini agar para ibu bapa dapat melihat sendiri secara lengkap bagaimana LR dpt membantu anak mereka membaca dalam waktu yg singkat tanpa rasa stress malah cukup menyeronokkan :)
Alhamdulillah, sepanjang sessi preview tersebut, saya berjaya mengupas dengan lebih detail mengapa dan kenapa para ibu bapa harus melaburkan wang mereka pada Little Reader, apakah kebaikan dan kelebihannya berbanding produk lain yang ada di pasaran. Apa yang mampu ditawarkan oleh LR dan apa yang tidak mampu diberikan oleh produk lain. Dengan cara ini, ibu bapa akan dapat melihat sendiri perbezaannya dan membuat pilihan yang tepat. Sekurang-kurangnya para ibu bapa tahu terdapat satu produk yang secara spesifik mengajar anak mereka membaca dan ianya bermula seawal 3 bulan! Saya tidak mengatakan produk lain tidak baik, malah saya bukan sahaja menjual produk LR, tetapi saya menjual pelbagai produk dari pelbagai jenama yang khusus untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak tetapi dengan perbandingan yang saya lakukan atas kapasiti seorang Consultant akan membantu para ibu bapa membuat keputusan yang bijak. Semuanya bergantung kepada umur, keperluan dan budget parents dan Insya Allah, saya akan membantu sebaik mungkin.
Saya akhiri entry ini dengan memaparkan apa yg ditulis oleh rakan yg juga pelanggan saya tentang Little Reader ini di FB beliau. Saya sgt gembira malah mengalu-alukan semua para pelanggan GBOB yg pernah berjumpa dan mendapatkan consultation saya dalam mendidik dan menstimulasi anak-anak memberikan saya apa sahaja feedback melalui apa sahaja sumber. Saya gembira sungguh kalau mereka "tag" saya di FB dengan video anak masing-masing membaca. Rasa sungguh happy, bersyukur dan berbaloi apa yg saya usahakan selama ini. :) Semoga lebih banyak lagi video anak-anak melayu Islam membaca seawal usia malah sewaktu bayi akan dikongsikan selepas ini. Insya Allah.
Semasa saya sedang print screen FB saya ini, Qarissa ada dipangku saya sambil melihat apa yang saya lakukan. Tidak semena-mena dia menyebut " Things We Wear". 2 3 kali dia sebut setiap kali melihat saya print screen, paste, save menjadi file JPG dan buka kembali. Hmmm..kalau dah melihat perkataan sebagai satu objek, membaca jer lah kerja dia! :P
Komen Zaidhatul Akma di sebelah kanan tentang LR. Beliau sendiri mengakui yang LR lebih ampuh dari Your Baby Can Read. Saya rasa para ibu bapa yang pernah mendapatkan consultation dr saya tentang kedua-dua perbandingan ini mesti masih ingat apa yang saya beritahu kan? :)
Cuba baca komen Zaidathul di sebelah kiri tentang apa yang anaknya berjaya lakukan. bayi memang hebat dan genius kan! :) I told uols dy maaaa... Hehehehe ...
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kepentingan memberikan anak anda stimulasi pendengaran yang baik. Apa yang saya maksudkan dengan stimulasi pendengaran yang baik? As simple as this : Apa yang anak anda dengar dari persekitarannya, dari sekelilingnya, dari orang yang terdekat dengan mereka dan dari apa yang mereka tonton atau dengar. Kita sebagai ibu bapa adalah memastikan anak kita mendengar sesuatu perkataan itu, tidak kira bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau apa sahaja bahasa yang ada di dunia ini dengan jelas sebutan dan pengucapannya. Jangan kerana anak kita masih kecil, kita bercakap ikut sedap rasa, ikut sedap mulut atau mungkin pelat bayi. Sesekali mungkin okeh, yer satahu baby memang sangat kiut & we tend to cakap pelat2 kan? Hehehe, saya pun macam tuh jugak, tapi bila teringat kembali, cepat2 saya kontrol and change my voice intonation and pronounciation.
Kenapa ia penting? kalau anda tgk, tagline GBOB adalah ALL BABIES ARE GENIUS! Dan saya sangat berpegang kepada tagline tersebut. Bayi sememangnya sangat genius sehingga mereka boleh menyerap apa sahaja yang mereka dengari menggunakan deria pendengaran dan menyimpan maklumat tersebut di dalam otak mereka sehingga tiba masa yang sesuai untuk mengucapkannya. Just imagine apabila anda "memberi makan" kepada otak anak anda dengan perkataan-perkataan yang tidak memberi sebarang makna, atau pelat, atau bahasa pasar, atau bahasa daerah malah lebih teruk lagi kalau anak anda tumpang sama tgk VCD atau movie kat TV yang penuh dengan sumpah seranah (sebab satu keluarga bergaduh berebut harta). Sedikirt sebanyak anda anda akan menyerap maklumat tersebut di dalam otak genius mereka.
Saya memang gediks!
Tetapi, cuba bayangkan jika anda memberikan anak atau lebih tepat lagi bayi anda (yer, sedari bayi..) mendengar sesuatu yang baik dan memberikan manfaat, contohnya mendengar Al-Quran, Muqaddam, DVD Education, Nursery Rhyme dan sebagainya yang bermanfaat, inilah yang akan diserap oleh anak anda ke dalam otaknya. Secara mudah: Apa yang kita bagi @ feed, itulah yang akan di "makan" oleh anak. Jangan salahkan anak kalau mereka sukakan Ben 10 @ Ultraman @ Strawberry Shortcake kalau itu yang anda tunjukkan pada mereka. Anak kita tak tahu apa-apa, malah kewujudan cerita tersebut pun dia tak tahu, kita yg gatal tgn gi bukak tunjuk kat dorang dengan harapan kerja-kerja kita dapat diselesaikan tanpa gangguan kan? Hmmm.. Ingat saya tak tahu? Hheheheh....Ckp pasal Strawberry Shortcake, dah 2 tahun setengah hidup Qarissa, baru saya tunjuk DVD tuh padanya, dan sekarang..hambek ko! Sikit-sikit Straw, be be beryyyy...Straw be be beryyyyyy!!! Dia nyanyi lagu tuh jer ... Hhehehe..
Dan, saya percaya ramai ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak yang menguasai bahasa Inggeris dengan sangat baik tanpa perlu bersusah payah mengajar mereka, betul tak? Semuanya hasil bantuan channel-channel luar negara dan Astro seperti 613, Disney Channel dan sebagainya. Balik-balik kerja jer, terus terkejut dan bangga sebab anak sebut perkataan bahasa Inggeris dengan sangat betul, petah malah siap accent yang "berhabuk" lagi. Memang kalah lah mak dia... :) Itulah yang saya maksudkan stimulasi pendengaran yang baik. Anak kita akan menyerap segala apa yang mereka dengar dan mengucapkan kembali tanpa rasa susah langsung! With no effort at all! Secara semulajadi sahaja. Tapi kalau kita? Ya Allah, 10 kali dengar belum tentu boleh betul. Kalau betul pun, accent mesti orang kata ngada-ngada, nak sebut cam mat salleh celup kekdahnya! Hahahaha...
Kerana itulah sangat penting kita memberikan anak kita mendengar bunyi dan sebutan yang jelas, baik, betul dan kalau nak ajar English misalnya, janganlah kita memberikan DVD (walaupun DVD Education) yang accentnya berbunyi seperti English + Cina. Kalau nak ajar Cina, pastikan bahasa dan sebutan itu disebut dengan jelas dan betul. Bahasa Mandarin lebih mencabar kerana ada 4 bunyi @ intonasi yang harus dipelajari. Susah giler noksss... tapi si Qarissa belajar (belajar mender, main jerrrr) dengan sangat gembiranya. Ntah hapa yang dia suka pun aku tak paham. Bila tgk Mandarin file - Toung Chuo' punya file kat LR tuh, tergelak2 macam tgk sarkis kekdahnya, padahal mender yang sama jer dengan English punya file. Tapi terer btol dia sebut semua perkataan walaupun saya belum PLAY file tuh! Saya sampai sudah tak hafal2. Otak tepu mak dia nih!
Saya juga ingin berkongsi cerita dengan anda, salah seorang participant saya di Seminar yang lalu, Kak Nur memberitahu bahawa anaknya yang sebelum ini membesar di New Zealand, English mestilah berhabuk kan, siyes beb, suka saya dengar anak dia cakap English. Menurut Kak Nur, bila di Malaysia dan mula bercampur gaul dengan rakan-rakan yang lain, dan mungkin juga penggunaaan Bahasa Inggeris di sekolah anaknya more to Chinese English, bila balik rumah, anak Kak Nur tend to use the Chinese English slang. English tapi berbunyi Cina, padahal masa kat New Zealand Dairy Board tuh, her English was fantastic! Di sini, bolehlah kita simpulkan, betapa mudahnya otak anak kita menyerap segala maklumat yang mereka dengari dan mengaplikasikannya dengan mudah tanpa effort at all! Siap boleh ikut persekitaran dia membesar lagi! Jadi, terpulanglah pada kita bagaimana kita ingin membentuk anak kita melalui stimulasi pendengaran ini .:)
Saya akhiri entry kali ini dengan video Qarissa membaca menggunakan LR. Kalau uols nak tau video ni saya amik guna my BB jer. Dan file LR tuh memang takder suara dan gambar. Cuma perkataan semata-mata, sebab file tu merupakan file yang saya guna untuk kelas Playgroup saya. Saya gunakan LR sebagai alat bantu untuk membuat material semasa kelas dengan lebih mudah dan file ini adalah file Opposite.:) Si kenit ni pulak, bila saya tgh-tengah test file tuh, sibuk duk baca-baca, mula-mula excited, dah nak akhir2 tuh bunyi pun macam malas jer. Bak kata Lyna, anak ko pun dah boring tgk perkataan ni tak mencabar minda langsung nak baca! Ekekeke.. Aku tak suruh pun, dia yg sibuk-sibuk nak baca!. Dah lama juga file ni dalam simpanan saya, saya dah lupa pun, sampailah baru-baru ni bila kat KLCC, saya nak tunjuk demo pada client, saya jumpa file nih, dan terus berniat nak kongsikan entry pasal sebutan ni dengan pembaca blog saya. Saya nak ajak pembaca semua dengar sebutan yang keluar dari mulut Qarissa. Perkataan-perkataan seperti THICK, BACK, BLACK, CLOSE, OPEN, SIT, DIRTY, CLEAN dan sebagainya. Banyak naaa aku pun dah lupa apa si Q ni bebel. Hahahhaa.. Tapi yang penting, deengar sebutannya. Very precise and jelas untuk budak bawah 2 tahun setengah kan? Penggunakan ck, cl, dir dalam bahasa Inggeris mengikut Phonics yang sangat baik saya rasa. Dan dia belajar tanpa effort langsung! Saya pun tak sebut jelas macam tu kot?? Semuanya melalui apa yang dia dengar di file Little Reader selama ini. Ada 3 suara berbeza dan suara tuh sangat jelas dengan accent yang sangat baik. Dan, inilah hasilnya! Tak bermakna anda tiada LR, anak anda tak boleh mempunyai accent seperti ini, ada banyak sumber lain. No worries, yang penting, apa yang anda beri kepada anak anda untuk mereka dengar! :) kalau boleh, carilah VCD yang berkualiti dan baik, dapat British punya lagik best ooo.. jatuh cinta saya dengan accent British. Ekekekeke.. hover noksss!
Semenjak aku menceburkan diri dalam bidang Early Childhood Education nih, ramai juga parents yang tanya berkenaan dengan keberkesanan Little Reader sebagai satu alat bantu untuk mengajar anak mereka dengan lebih berkesan. Kerana aku sendiri menggunakan Little Reader sejak zaman batu dahulu, sebelum dia ada ko-kurikulum untuk setahun lagi, sejak version dia 1.0 sampailah dah jadi 2.0.6 nih, jadi agak mudah untuk aku explain dan berkongsi pendapat pada pelanggan aku tentang perbezaan dan kebaikannya.
Memandangkan ramai yang tanya tru telefon, emel dan sebagainya, aku rasa adalah lebih baik jika aku buat satu sessi @ preview khas berkenaan Little Reader di pejabat Genius Baby On Board. Siapa yang rasa nak tahu lebih lanjut, nak consultation lebih lagi pasal Little Reader, bolehlah ditanyakan pada Watie during the Preview. Bukan apa, melalui telefon, msg, emel ataupun bertentang mata ketika karnival @ exhibition di adakan, kadang-kadang ada macam-macam gangguan time tu kan? Cthnya ketika Karnival Upin & Ipin hari tuh, mungkin Watie tak dapat nak explain lebih lanjut masa di Karnival kerana bising, bunyi muzik yang kuat sampaikan nak bercakap pun menjerit-jerit. Mungkin masa tuh, tak semua info dapat Watie berikan pada parents. :) Sebab tuh Watie plan nak buat this Preview kat office.
PREVIEW ni PERCUMA sahaja. Secara jujurnya, Watie rasa adalah sesuatu yang adil sekiranya ibu bapa mendapat peluang untuk memahami dan mengetahui kebaikan sesuatu produk sebelum mereka membelinya. Tak kisahlah produk itu mahal atau murah. Mahal tak semestinya bagus dan murah tak semestinya tak berkualiti. Yang penting, kita tahu kenapa kita beli dan apakah kebaikannya pada kita dan yang penting - pada anak. Bila kita tahu maklumat yang penuh tentang sesuatu produk itu, barulah kita akan rasa puas hati untuk mengeluarkan wang kita. Tak kisah sikit atau banyak. Sebab kita tahu nilai yang kita dapat. :)
Kalau tanya pada Watie - Bagus sangat ker Little Reader ni? Jawapannya adalah YES: Sangat bagus dan sangat ampuh. Apa yang bagus, apa yang ampuh? Akan Watie explain in details masa Sessi Preview itu nanti. Boleh Watie bandingkan juga dengan produk-produk yang similar, yang ada di pasaran. Bukan bermaksud memburukkan produk lain, tidak sama sekali, itu bukan cara Watie memberi consultation, kerana Watie percaya semua produk ada kelebihannya masing-masing, in fact, bukan Little Reader sahaja yang GBOB jual, ada banyak lagi produk di GBOB :) Cuma Watie akan tunjukkan perbezaan yang antara satu produk dengan satu produk yang lain dari banyak segi, cthnya harga, kesesuaian produk dengan usia anak, apa yang ada dan apa yang takder antara satu sama lain dan sebagainya. Jadi parents boleh nampak apakah yang terbaik untuk mereka pilih, yang penting SESUAI UNTUK USIA ANAK MEREKA. (Bagus kan bila kita tak terikat dengan mana-mana syarikat, kita bebas memberikan pendapat berdasarkan reseach yang kita buat dan pengalaman kita menggunakan produk tersebut)
Lepas dah dapat maklumat tuh, ibu bapa semua bolehlah buat judgement dan keputusan sama ada ianya berbaloi atau tidak untuk dibeli. :) No worries, no obligation. Bukan nya datang pastu kena paksa beli. Apa curlass wat bisnes camtuh kan? Menjatuhkan reputasi ahcik jer noks.. Hahaha.. As i always said, I've done my part as Consultant - berikan maklumat yang terbaik pada my client without prejudice, terpulang pada client buat keputusan berdasarkan budget, kepentingan, keperluan dan sebagainya. Cuma satu jer Watie minta, kalau rasa produk tu bagus, tapi belum ada rezeki nak beli, bolehlah rekomen kat keluarga atau rakan-rakan yang mungkin memerlukannya (boleh gak tambah pendapatan sampingan, kumpul-kumpul, silap2 leh dapat FREE jer satu utk anak kita.. ekekek). Dan bila rasa dah ada cukup budget nak beli, janganlah lupakan GBOB. Datang balik carik Watie @ my Education Consultants a..k.a my affiliates, jangan cari orang lain pula yer..:) Barulah ada situasi menang-menang di situ kan?
Ini juga peluang untuk mana-mana Education Consultant @ Affiliates datang membawa teman-teman atau pelanggan-pelanggan berpotensi. Selain dari dapat belajar cara membuat presentation secara tidak langsung, dapat juga menambah pendapatan sekiranya prospek anda berminat dengan produk ini. Anda hanya perlu follow up sahaja dengan rakan-rakan ini dan sekiranya mereka membuat pembelian, ada mendapat komisen sebanyak 10% dari GBOB. Di sini juga Watie nak ambil kesempatan untuk jemput sesiapa yang berminat untuk menjadi Education Consultants @ Affiliates GBOB menyertai komuniti kami. Hanya perlu emelkan sahaja permintaan anda di geniusbabyonboard[at]gmail.com dan pihak kami akan bg standard emel untuk di issi sebagai rujukan pihak kami. Terdapat pelbagai cara untk menambah pendapatan dengan GBOB dan tidaklah sesukar mana.:)
Baiklah, berikut adalah maklumat tentang FREE Preview yang bakal di jalankan nanti. Kepada Education Consultants @ Affiliates GBOB, Watie memang galakkan anda semua datang menghadiri sessi ini supaya anda lebih jelas akan kebaikan produk ini, maka lebih mudah anda untuk berkongsi kebaikannya dengan kawan-kawa atau prospek yang lain .;)
Tarikh: 23 Januari 2011 (Ahad)
Masa: 2.00 pm - 4.00 pm
Tempat: Pejabat GBOB, 47-2, Jln Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, 47120, Puchong Selangor
Bayaran: PERCUMA
Sesiapa yang berminat untuk mennghadiri Preview ini bolehlah hubungi Watie menggunakan nombor kat bawah ni ok. Boleh Watie budget berapa ramai nak datang on that day ..:) Kepada sesiapa yang terbaca maklumat nih, bolehlah kongsikan tentang FREE PREVIEW ni pada kawan-kawan yang lain. Mungkin mereka juga memerlukan maklumat ini. :) Klik jer button share kat bawah dan kongsikan di laman web atau facebook @ blog anda. Senang kan! Thanks Pals.. Appreciate it ..
Me @ 2nd Day with Saladin & Friends. Citer kat TV 1. Tinggi btol model dia ooo...
Rasanya masih tak terlewat lagi aku nak wat corat corect pasal Karnival Upin & Ipin ni . Apa yang berlaku sekitar 5 hari aku berada di sana. Apa yang boleh di katakan? WOW! Memang havoc sungguh penangan Upin & Ipin yer! Barulah aku tahu dan sedar yang rupanya aku nih jarang betul tgk TV9. Bukan setakat TV9, semua TV pun jarang. Banyak tgk berita atau info terkini tru internet jer. Sampaikan baru-baru ni aku suruh hubby potong jer ASTRO punya channel dan amik yang paling murah. The RM 30++ punya pakej. Sebab, aku rasa rugi betul bayar RM 100++ sebulan tapi boleh kira dgn jari berapa kali aku tgk ASTRO Channel. Sebulan 3 kali pun payah! That bad haaaa... Apa idaknya, asyik ngan DVD anak, pastu sibuk dgn GBOB, manalah ada masa nak layan TV. :)
Hero Malaya ..:)
Our booth:)
Aku yg gemok dengan maskot ..apsal nampak gemok? goshh
Jual lah apa sahaja, janji ada nama & gambar Upin & Ipin, alamat senang lah laku. Dari coklat, baju, buku, alat tulis sampai lah ke pewangi kereta pun ada Upin & Ipin tau! Memang crowd ramai sangat, semua bangsa ada tapi memang nampak macam banyak orang kita lah ..: The main reason, sebab buat kat Shah Alam aku rasa. Shah Alam kan memang area Malay. Dan main character Upin & Ipin pun Melayu. Memang sesuai lah sangat. :)
Sepanjang 5 hari tuh, memang aku bz jugak, sampai hilang suara, demam sikit dan batuk serta selsema. Percaya tak, until now masih blum baik sgt. Padan muka aku, makan ubat malas, Transfer factor tertinggal lak kat opis. Ari tuh makan 3 biji dah okeh sikit selsema aku, sekali aku bantai minum ais pulak. ekekeke..sesuka hati jer kan ..:P. Memang oklah Karnival yang pertamma kali diadakan atas nama Upin & Ipin ni. Dulu karnival ni dikenali dengan nama SuaRasa. But now, Karnival Upin & Ipin. memang menggila2 budak2 semua dgn karakter nih! memang 5 hari tuh femes btol lah Upin & Ipin and friends. Paling best asyik tukar baju, naik pentas, joget2 dan sessi bergambar:) Sekali amik atas pentas RM 10 hokay... :)
Joget2..
Ramai tak.....
Cuma satu jer yg aku rasa tak syok. Karnival ni dilakukan di dalam tempat tertutup, kat SACC Mall. Dan exhibitor punya booth quite near dengan pentas utama. Memang lah sangat bising dan sangat tak selesa terutamanya untuk we all yg nak buat presentation nih kan. Aku bukan bercakap, tapi menjerit2 nak lawan suara speaker tuh! Hadoi.. memang sesak nafas dibuatnya! Tension pun ada. Yerlah, kita bayar booth bukannya murah, berbelas ribu gak (nasib baik bukan aku yg bayar, my sis yang bayar) tapi terasalah jugak kan ..coz our team really wanna make sure boleh cover booth price, but it was quite hard to talk dan cust juga susah nak fokus. Lucky the product memang bagus, dan cust nampak the different between LR dan other products yang ada di pasaran. LR masih baru di Malaysia. In fact, we are the only distributor in Malaysia. As usual, mender baru mestilah perlukan sedikit masa utk dikenali ramai. :) So, hopefully, mender nih akan difikirkan sama oleh penganjur. kalau exhibitor punya barang jenis direct jual, tak yah buat presentation, takper lah kan .. duduk dengar layan lagu2 memang best, tapi kalau stok kena bg talk, mmg sesak napas wei! Tu yg sampai hilang sore dan demam2 tuh..:)
Our Learn By Art :) amik gambar pepagi time takder org lagi.. ehhee
Our booth:) Penuh!
Laku gak Learn By Art ni ;)
And me, jumpa ramai kengkawan internet, kawan sekolah, kawan blogger yang sudi datang singgah ke booth we all. Siap jumpa sorang member cari.com.my yang kenal me through my entry kat laman forum tuh. Anak dia comel sgt, rambut perang cam mat salleh. So tiny, then aku tegur lah hubby dia (masa tuh lum nampak dia lagi), bgtau comelnya anak u ...:) Then tetiba dia tegur aku cakap dia kenal aku through forum cari. Teruslah we all borak panjang. Rupanya baby yang aku tegur tuh adalah anak dia yang juga special. Club foot & Cleft Palate. Bhg dalam jer. dari luar langsung tak nampak apa .. Pretty as always. :) Lama gak borak2 .. and will surely keep in touch. Internet can do wonders kan!! :)
Femnesnya korang nokssss:)
Testimoni Live in Malaysia .. ahaks!
As i told u before, ramai juga pelanggan yang beli tuh datangnya dari Taska & Tadika. They want to use this Little Reader Software untuk banyak tujuan. Selain untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan servis pada para pelanggan dengan "mengajar" bayi dan kanak-kanak membaca seawal mungkin menggunakan subbjek sedia ada, mereka juga membelinya untuk memudahkan kerja mereka merekacipta flash card, stories, dan mengajar pelbagai bahasa kepada kanak-kanak ini. Senanglah seba gunakan Platform LR unttuk print out dan buat modul subjek bagi kelas2 yang bakal di adakan. :)
Anak Kak Rozi yg bongsu. Tgh buat Beady Doh ..:)
Ada juga yang memula cam skeptikal, tapi bila tunjuk video Qarissa & Quzayra, semua jadi teruja. Bila dengar jer boleh buat file sendiri dalam bahasa Arab (in fact any bahasa di dunia nih), excited btol akak sorang nih. Sampai sanggup tarik balik hubby dia yang dah sedia nak balik. Hehehhe..Duduk dan dengar sampai habis, then beli satu! Ada juga yang datang 2 kali macam my lovely client Naadhira, masih student sambung Master, sanggup datang 2 kali untuk wat booking for her children. Sanggup bayar bulan2 secara cash janji anak dapat belajar dengan cepat. Sorang lagi kak Rozita yang memang nak sgt beli, sekali bila balik rupanya hubby dia dah terbelikan GROLIER untuk anak dia, but she still love LR, sebab dia dah nampak bezanya. Dia nak anak dia PANDAI MEMBACA SECEPAT MUNGKIN. Lucky me sebab aku pun consultants GROLIER, dan tak terikat pada mana-mana syarikat, so, aku akan beri consultation pada client tanpa ada bias lah kan. First soalan mesti tanya umur anak punya. :) Then baru ke soalan2 yg seterusnya like budget, apa matlamat yg u nak anak u tau and so on.
Naadhira, my lovely client .. anak dia ensem tau! Tak sangka hubby dapat snap gambar nih!
Tengah explain ..:)
Bagusnya kak Rozita nih, sampai dah habis Karnival Upin & Ipin pun, masih contact aku dan siap cakap nak rekomen kat kawan dia. And she still look for any other product yang specific utk ajar anak baca, selain LR, kalau aku ada (mestilah ada .. :) Saya sangat bangga dengan mak-bapak camni. They really want the best for their children and I can really see that. :) Walaupun sibuk, bekerja, penat cari duit, banyak tanggungan, tapi masih lagi cuba mengenepikan sedikit budget untuk perkembangan minda anak. tak banyak sikit, mesti nak tepikan juga. Tak bermaksud kalau tak beli LR, anak tak pandai ataau tak boleh baca btol tak? Ada beribu cara yang kita boleh gunakan, ada banyak produk, cuma kita kena pandai pilih, ikut yg sesuai dengan budget kita dan yang penting, usia anak. In fact, nak buat flash card sendiri pun okeh, nak buat file sendiri pun lagi bagus. Dapat jimat duit. Cuma mungkin, kita kekurangan dari segi masa. Nak buat semua tuh dalam keadaan kita yg bekerja, keluar pagi balik petang, sampai umah dah malam, tuh yg buatkan ramai juga yg berhenti separuh jalan. Sebab tu adanya alat bantu macam nih yang memudahkan kerja kita dan menjimatkan masa kita sebenarnya .:)
Ni lah Kak Rozita uh. Pun tak sangka hubby manage to capture this photo.
Variety In The Flash Card
Citer pasal team spirit, my sister team memang best. Semua giler2 dan tak betul sket. Time2 nak akhir tuh, semua wat kepala giler dan join Team Les Copaque everytime dorang menari especially lagu Chicken Dance. Memang sporting lah kiranya, dan sampai dapat pujian dari team les Copaque sendiri. Happening beb! :) Dan, hari terakhir, dorang memang pulun sales kaw-kaw, sampai nak tutup kedai aku masih lagi menerangkan kebaikan LR pada pengetua Tadika dan Taska Dzul Iman @ Seksyen 7 Shah Alam ..Hheheheh...
Sand Art.
Lagi2 joget ..:)
Hopefully next time, bolehlah we all join lagi this Karnival. Best jumpa ramai orang dan dapat kawan baru. Insya Allah, kalau takder aral melintang pukang, jumpa kami di Smart Kid Exhibition bulan 4 ni yer!