Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Tuesday, March 23, 2010

Membaca Merangsang Otak Bayi Anda!

Aku nak share some information yang aku dapat kat paper Metro on 17/2/2010. Sesapa yang lum baca tuh, bolehlah praktikkan apa yang terkandung dalam artikel nih yer..:) Happy reading!!
*****************************************************************************

ADAKAH si kecil anda sering hilang perhatian? Adakah mereka mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian walaupun tugas itu cukup mudah? Berikut beberapa cara membantu kanak-kanak memberi perhatian dengan penuh minat:

* Untuk kanak-kanak berusia antara setahun hingga tiga tahun, mereka belajar dengan begitu cepat kerana otak mereka berupaya menyerap apa saja yang mereka lihat dan terokai. Masa paling baik untuk membentuk keupayaan si kecil menumpukan perhatian adalah ketika di peringkat bayi.

* Membaca kepada bayi terbukti sebagai salah satu kaedah terbaik. Tambahan pula, amalan bercakap dengan mereka memang berkesan.

* Tidak kira apa saja yang dituturkan kerana biarpun mereka tidak memahami perkataan itu, bunyi suara dan ekspresi muka anda akan menarik minat si kecil buat seketika.

* Kajian menunjukkan kegiatan membaca kepada kanak-kanak pada sebarang usia akan merangsang perkembangan otak mereka.

* Selepas si kecil melepasi usia setahun, selera makan mereka mula berkurangan. Si kecil yang dua tiga bulan sebelum ini begitu menikmati makanan, kini hanya duduk dan bermain dengan makanan mereka. Pada peringkat umur ini, lebih baik letakkan sejumlah kecil makanan dalam pinggan dan biarkan si kecil habis makan dan seterusnya meminta untuk menambah makanan.

* Untuk kanak-kanak tiga hingga enam tahun, mereka lazimnya dihantar ke taman didikan dan diperkenalkan dengan pembelajaran berstruktur.

* Bentuk pembelajaran di sini berlainan daripada apa yang mereka lalui sebelumnya, jadi amat penting kanak-kanak diberikan sokongan mental serta nutrien yang betul.

* Kanak-kanak juga gemar bertanya. Menjawab soalan mereka dengan betul dan secara yakin adalah satu cara menarik untuk membantu mereka belajar dengan lebih berkesan. Sikap suka ambil tahu dengan minda yang terbuka amat penting untuk pembelajaran yang berkesan. Ini dapat membantu si kecil itu apabila dia memasuki alam persekolahan, universiti mahupun apabila bekerja kelak.

* Satu lagi cara untuk meningkatkan perhatian si kecil adalah melalui kaedah memupuk sikap bertanggungjawab. Beri mereka haiwan kesayangan supaya mereka dapat belajar banyak perkara. Salah satu ialah sikap memberi perhatian terhadap haiwan terbabit. Dia juga akan belajar erti kasih sayang, mula bertanggungjawab dan berbangga pada diri sendiri.

* Hadkan masa menonton televisyen. Menonton televisyen untuk jangka masa yang terlalu lama akan menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk memberi perhatian dalam jangka panjang.
Biasanya, rancangan televisyen akan bertukar dari satu topik ke topik yang lain semata-mata untuk menarik minat penonton. Rancangan itu juga disertai pelbagai jenis iklan, malah anda dianggap bertuah sekiranya minda anda akan terus tertumpu pada apa yang ditonton selama beberapa minit! Tambahan pula, kemudahan alat kawalan jauh memudahkan anda menukar saluran dengan senang, sehingga fokus anda semakin berkurangan, daripada beberapa minit kepada beberapa saat!

* Ketika tempoh pembesaran, si kecil terdedah kepada gula-gula, biskut, minuman dan makanan ringan. Kebanyakan makanan ini kurang mengandungi khasiat yang diperlukan untuk perkembangan otak si kecil.

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Sharing Is Caring,

2 comments:

Anonymous said...

TQ so much for sharing these ...

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

tq for sharing