Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, April 29, 2011

Jemputan Kedua: 1st Year Anniversary & FAMEKids Launching

Salam Kengkawan semua, okay ..seperti yang di janjikan, ini adalah jemputan kedua dari Watie & Team Bling Lustre untuk anda semua. Ha ..ni dah dua kali jemput, kalau tak datang dosa tau! Ekekekek.. So make sure semua yang ada kat KL dan Selangor tuh, kalau tak balik kampung, jangan lupa singgah ke Majlis kami yer.:) 

Diam tak diam, dah setahun pun penubuhan Bling Lustre ni kan. Alhamdulillah, walaupun baru setahun jagung usianya, tapi personally saya rasa banyak juga pencapaian Bling Lustre nih, dan pencapaian yang paling besar rasanya adalah JV dengan Genius Baby On Board. Hahhahahaa.. Betul tak partner2 semua ..(mesti cakap btol tau....kalau tak aku tak datang majlis kang ..ekekkekek). Rasa macam sekejap jer waktu berlalu. Masa Lyna duk sibuk-sibuk buat majlis setahun yg lepas, dia ajak saya dtg, saya baru lepas nak habis pantang si Zayra. Saya tak dapat datang pun majlis tu, sedih jugak tapi siapa sangka, sekarang nih bukan setakat datang, siap kena prepare segala bagai untuk majlis anniversary nih. Tuan rumah katakan ..:) Kuasa Allah kan, I'm so happy that after 2 months pembukaan Bling Lustre, I join them and now we're getting stronger & stronger Insya Allah..:) 

Dan sempena setahun usia penubuhan Bling Lustre ni, kami melangkah setapak ke hadapan dengan menubuhkan FAMEKids, satu kumpulan sokongan khas untuk ibu-ibu yang ada anak istimewa @ OKU, tidak kira dari segi fizikal atau mental. Rasanya ramai pembaca blog ni dah tau apa itu FAMEKids coz me & Lyna memang ada buat entry berkenaan dengan FAMEKids di blog kami, menceritakan tentang anak-anak istimewa kami iaitu Zayra & Fahry. Bagi sesiapa yang baru baca dan mengikuti blog nih, terima kasih saya ucapkan dan sebarkanlah tenntang FAMEKids, kerana memang niat saya dan Lyna ingin sama-sama memberikan sokongan dan semangat pada ibu-ibu diluar sana yang mungkin tidak tahu kewujudan kumpulan sokongan ini. 

Mungkin ada yang kata, kenapa nak buat FAMEKids, banyak kumpulan sokongan di luar sana kan? Cukuplah saya katakan, FAMEKids ditubuhkan oleh 2 ibu yang mempunyai anak istimewa. Kita dalam kapal yang sama. Kita lebih memahami bagaimana rasanya berdepan dengan anak istimewa, berdepan dengan masyarakat dan berdepan dengan pelbagai soalan yang kadangkala tak terjangkau dek fikiran kita oleh masyarakat di luar sana. How we want to deal with it? Bagi yang tiada anak OKU (takmo cakap istimewa sebab nanti ramai mak bapak kata anak aku pun istimewa lah weiii... hehehehh), mungkin boleh menasihati, memberi semangat tetapi pada saya secara peribadi, ianya tida sama dengan mereka yang memang ada anak istimewa. 

Dulu masa saya belum ada Zayra, saya tumpang simpati dengan kawan-kawan lain, cuba beri semangat tapi jauh disudut hati saya, saya tahu kata-kata itu tidak dapat membantu sangat kerana saya sendiri tidak tahu kata-kata terbaik untuk diucapkan. Saya takut kata-kata saya mengguris hati mereka. Lalu, saya pun tak banyak bicara bila berdepan dengan ibu-ibu hebat ini. Tapi kini, saya sendiri dianugerahkan Allah dengan Zayra yang juga istimewa dan OKU, begitu besar rahmat Allah pada kami sekeluarga, kehadiran Zayra bagaikan sebutir permata yang Allah hadiahkan pada saya & suami dengan satu tujuan murni- Rasai lah kamu menjadi ibu kepada anak istimewa wahai hambaku Watie, dalamilah perasaan mereka, gelojak hati mereka, kerana kini kamu di dalam kapal yang sama. Gunakanlah segala kelebihan yang AKU berikan pada kamu untuk melakukan sesuatu pada masyarakat, berbakti dan  mencurahkan ilmu dan berkongsi pengetahuan yang kamu tahu. Berikan semangat pada mereka, kerana kini kamu sudah tahu kata-kata terbaik untuk diucapkan pada semua ibu bapa ini, dan kamu tahu bagaimana ingin melayani anak-anak kecil yang akan sering bertanya tentang anak-anak OKU ini, maka sebarlah ilmuKu pada semua. (oh...sayunya masa saya tulis nih, bergenang air mata, dan terus teringat Zayra yang sedang lena diulit mimpi..) Maka kerana itulah saya & Lyna ingin tubuhkan FAMEKids, pada kami - BIAR KECIL TAPI BERHASIL. Small group but efektif. Saya tahu bukan mudah untuk kami berkumpul sesama kami, tetapi Insya Allah, akan kami usahakan sebaik mungkin. Kalau boleh, dapat lakukan few activities dalam setahun dengan anak-anak ini semua, bersama para ibu bapa yang hebat ini. Sungguh saya teruja nak jumpa semua.:) Saya mohon anda semua dapat hubungi saya jika ada anak istimewa, sebab niat saya untuk menjadikan anda semua istimewa di Majlis FAMEKids itu nanti. :) Kalau anda yg baca nih ada kenal mana2 para ibu yg ada anak istimewa, jgn lupa sebarkan tentang FAMEKids yer. Terima kasih setulus hati dari kami. 

Dan, seperti yang anda semua tahu, saya juga akan membuat Majlis Hari Lahir Zayra, dan Zayra akan diapit oleh 2 jejaka hensem lagi kacak bergaya iaitu Aisy & Airy (anak Kay) di majlis tersebut. Bertuah kan Zayra. Tu baru time kecik, time besar tak tahulah saya .. hahahahhaa.... Perasan giler mak Zayra nih! :) Mommy Lyna jgn jeles yer, nanti tahun depan giliran anak awak, 3 jejaka hensem tuh mengapit Zayra plak yer! Hahahha... Tetiba saya teringat satu jejaka berbangsa India menegur saya di Hot Bazaar Klang Sentral masa saya tengah jalan-jalan dengan Zayra window shopping. Dia kata, "Saya tgk anak akak dari jauh tadi, comel betul lah dia nih...". Hhehehe.. Dah malam-malam pun masih lagi jejaka tuh nampak wajah Zayra. Saya perasan Zayra nih kan, bila org tgk jer muka dia terus jatuh sayang, tapi bila nampak tangan dia selepas tuh, terus jadi lagi sayang pada dia!:) Memang anak bertuah!

Di majlis ini juga, kami ada bukak dlm lebh kurang 10 booth jualan untuk memeriahkan acara. Setakat yg saya diberitahu semalam, ada lagi 7 booth utk disewa. Baru semalam pun saya sempat nak iklankan pasal booth ni. Hari ni saya tak pasti berapa lagi booth yang tinggal. Boleh call Kay - 0163222760 untuk maklumat lanjut jika anda semua berminat nak sewa booth pada hari tersebut. Kami akan bg 2 meja dan 2 kerusi untuk anda. :) Dan, sapa yg cepat bg logo syarikat kat saya, saya akan masukkan logo syarikat anda di banner! :) So, better hurry or else - sorry.. ehhehehe.. 

Apa lagi yer? Haaaa.. kami sekarang dalam proses untuk dapatkan sokongan dari beberapa para celebriti dan artis jemputan bagi memeriahkan acara pada hari tu. Saya harap sangat agar they can make it to meet this great parents & FAMEKids ni tau ..:) Insya Allah ..:) Kerja yang baik selalunya akan dimudahkan ..Amin. Sebelum saya terlupa, jika ada mana-mana usahawan/ usahawati yang ingin sponsor any produk utk diletakkan dalam goodie bag para celebriti dan wartawan serta hadiah untuk kanak-kanak, bolehlah hubungi saya atau Kay juga. Kami perlukan 30 pax sahaja untuk setiap barangan yg anda ingin sponsor. And dont forget to put your brochure juga ..:)

Dan di sini saya nak inform dengan bangganya ..hehehe.. Our Official Photographer for that day is LENSA GUA, yang diterajui anak muda berjiwa besar- Erie. Tak sabar saya nak tgk hasil kerja Erie pada hari tersebut. :) Thanks for the sponsor Erie. Nak tau servis apa yang Erie buat, tunggu yer ..Nanti saya masukkan entry pasal LENSA GUA nih ..:) Nama company pun sempoi jer kan .. macam orangnya juga..saya suka! :) 

To end my entry kali nih, saya attachkan brochure invitation untuk tatapan anda semua. :) Dan bagi mereka yang belum isikan borang utk RSVP, sila isikan borang di bawah nih yer. Siapa yang dah isi di entry Birthday Zayra tuh, tak perlu isi lagi, saya dah ada rekodnya. :) I just wanna make sure everything run smoothly, dari segi makan dan keselesaan tetamu .:) So, make sure kengkawan isi borang di bawah yer. Klik jer link nih:


Jgn tak datang tau!:) Tak sabar nak jumpa semua..:)

Klik untuk besarkan..:)

Sapa nak tgk peta ke Bling Lustre, boleh klik sini..:)


post signature

post signature

Thursday, April 28, 2011

Jemputan Pertama: 1st Birthday Rania Quzayra Rizal.


Ha, mesti ramai tertanya-tanya kenapa tajuk entry ni ada Jemputan Pertama? Ekekekkek.. sebab ada jemputan kedua, thats y tajuk dia jemputan pertama. :P Nanti Watie update jemputan yang kedua kay. tgh siapkan brochurenya ..:)

Dalam jemputan yang pertama ini, Watie dengan segala rendah dirinya (memang rendah pun ahcik nih nokss!) nak menjemput semua saudara mara & kawan-kawan yang baca blog ni untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis hari lahir Zayra yang pertama pada 8 Mei 2011 (Ahad) depan. Zayra punya real b'day is on 7 April, tapi memang dah plan dari awal nak sambut sekaligus dengan majlis pelancaran FAMEKids & 1st Year Anniversary Bling Lustre (tu lah jemputan yang keduanya ..heheh). Almaklumlah, Zayra kan "peneraju" FAMEkids sekali ngan boyfriend dia si Fahry tuh, so memang sesuai lah sangat buat bday dia time launching tuh. 

Aunty2 semua jgn tak datang tau! Penat Zayra wat muka kiut nih!

So, make sure kengkawan block date 8 Mei 2011 tuh tau. Memandangkan majlis birthday nih agak besar berbanding majlis Qarissa dulu, Watie nak mintak kengkawan isikan form kat bawah nih (bagi sesiapa yang confirm nak datang) so that Watie leh estimate food. Dulu jemput sedara, jiran n kengkawan so bolehlah estimate foodnya, tapi skang maybe ada kengkawan blogger yg Watie tak pernah jumpa sebelum ni, takut Watie nanti food tak cukup plak, lebih takper jangan kurang bak kata orang, malu ahcik nanti weiii... hehehehe... isi form ni sekali jer okay ..sebab Jemputan kedua yang akan Watie buat entrynya selepas ini pun akan guna form yang sama juga, so taklah penat uols nak isi form jer kerjanya ..hahahahha... :) 

Jgn lupa datang tau kengkawan, Watie teringin nak jumpa kengkawan yang selama nih support Watie & Genius Baby On Board. Tanpa uols, GBOB pun tak wujud agaknya ..:) Love uols ....:) Klik link di bawah untuk mengesahkan kehadiran anda. :)


Dan di sini Watie attachkan kad jemputan untuk semua yer..:) Klik utk besarkan. Dan jangan lupa. Temanya Pink & Blue okay ...:)  See you there friends ..:)


post signature
post signature

Monday, April 25, 2011

Transfer Factor: Testimoni Seorang Ibu


Saya telah di tag oleh sahabat saya, Eyna di notes FB beliau agak lama sebelum beliau mengetag saya berkenaan kecelakaan yang menimpa Hairuman. Kerana saya merasakan keperluan untuk berkongsi kisah Hairuman yang memerlukan  bantuan kewangan, maka saya poskan dahulu entry berkaitan di sini hingga terlupa yang saya ada lagi hutang entry dalam blog ini. :) 

Semasa kami berborak di FB berkenaan dengan TF, saya masih ingat lagi yang Eyna tanya saya samada saya ni member TF ker, saya bgtau dia, "Ha lah .. tapi aku tak sempat2 nak bgtau org pun beb, aku join dr akhir tahun lepas, tu pun share dengan akak aku sebab dia nak bg anak dia dan mak aku, aku nak bg anak aku, so both of us share lah ..". Kemain suka kawan saya sebab dia pun ada cerita tersendiri pasal TF ni. Semangat dia suruh saya kongsikan info TF di blog saya, tapi memanglah saya bz sangat dengan agenda harian sampai tak sempat2 nak buat entry TF sampailah hari yg saya ceritakan pasal saya "dinikahkan" dengan TF tuh dalam entry ini. Saya minta Eyna kongsikan di blog beliau macam mana dia berkenalan dengan TF, saya nak tahu juga cerita lengkap pasal Aqeel dan disebabkan sungguh happy & excited, Eyna janji nak kongsikan di blog beliau. Sayangnya, ini perempuan sungguh bz sampai dia lupa yang laman web dia dah expired sebab tak renew maka hilanglah segala maklumat blog @ webnya. Eekeke.. Sudahnya, dengan tak mandi, masih bau ashem, Eyna buat notes kat FB dan tag saya serta rakan-rakannya. :) Thank you so much lah beb! Aku sangat-sangat menghargai pengalaman yang ko kongsikan ni. Siap ada yg mintak entry ko kat emel aku sebab tak boleh tgk notes yang ko buat! Tak "friend" di FB kekdahnya! So, mana leh nampak. Hehehee.. jadi, aku pun dengan happynya nak kongsi apa yang Eyna tulis dalam Notes di FB beliau di laman web GBOB dan personal blog anak-anak aku ni. :)

In fact, aku suprise jugak bila Eyna tulis pasal Doktor dia bgtau, yang di kalangan doktor-doktor juga, apabila mereka melawat ceruk-ceruk desa, they take this TF sebab dorang jumpa macam-macam patient dan terdedah pada risiko yang agak tinggi. Terus lah aku teringat Dr Radha, pemilik OleWorld yg juga Doktor anak-anak aku (another Doktor, bukan yang rekomen aku TF tu), bila aku borak2 ngan dia pasal TF, dia bgtau aku yg dia dan isteri serta sahabat-sahabat beliau dikalangan Doktor juga memang amalkan amik TF, but they dont really promote it aggressively because of the profession & etika kedoktoran di M'sia yang tak membenarkan Doktor promote produk MLM walaupun produk tuh baik & bagus,  senang citer, sendiri tahu, sendiri makan, dan kalau ada patient yg memerlukan TF, dorang akan suggest to use the TF, sometimes tak bgtau pun patient yg TF is under MLM sebab MLM nih memang macam taboo kat M'sia. Sebut MLM semua takut, hehehe.. (aku pun nyampah gak kalau dengar ada MLM company yg suka sgt manipulate pelanggan dan leader2 yg suka "pijak" downline utk dia naik ke atas). Dan lagi, aku tanya Dr Radha kenapa takmo jual TF padahal Doktor and family pun guna, sebagai Doktor, lebih mudah lah Doktor nak promote dan jual TF kan? Kata-kata beliau membuatkan aku tersentak juga, beliau bgtau aku, "Yeah, you're right. Its too easy for me to sell TF to my patients, that is why I dont feel the heat, I'm working on my business right now..bla ..bla ..bla..." Lebih kurang gitulah kata Doktor Radha. Waaahhh.. kagum jugak aku dengar jawapan dia. Sebagai Doktor yang mengamalkan TF, keluarga pun makan TF, ada bg pada patient makan TF tapi tak buat business pun @ buat MLM pun dengan TF ni sebab beliau rasa pekerjaan itu terlalu mudah bgnya sampai tak rasa "spark" atau semangat yg menyala-nyala nak jual TF sebagai sumber pendapatan tambahan. Bagi beliau, ia tak mencabar diri dan minda kerana terlalu mudah, so he don't want to get involve in the TF business.  Hmmmm.. hebat  gak tuh! Membuktikan yang tak semua orang memandang MLM sebagai lubuk duit dan cara cepat untuk kaya. Memang aku setuju. mana-mana business pun, jangan harap lah nak dapat 4D yer! (Duduk diam dapat duit) Takder maknanya! 

Oklah, takmo bebel lagi.. Aku copy paste apa yang Eyna tulis pasal pengalaman beliau bersama TF untuk tatapan semua pembaca blog ini.:) Aku repair sedikit apa yang Eyna tulis, dari segi ejaan dan warna tetapi tidak langsung mengubah isi kandungannya. Almaklumlah, org tak mandi petang lagi, ejaan pun berterabur! Wakakakak.. Jgn marah dude! I Love You! Hahahahhaa

********************************************************************

Saya sanggup tak mandi untuk tulisss note ni!! hahaha

by Eyna Hafeey on Tuesday, January 18, 2011 at 4:09pm




Salam uols.. sebelum baca sukati korang laa nak tutup idung ker hapa haha.. yg nyata aku mmg belum sempat mandi.. bizi ngurus anak dsbgnya... (*alasan jer tuhhhh*).. sebenarnya tadi saya sambil2 nyusukan Aryn sy dok baca blog rakan2.. terbaca laa blog 'SexyWatie' (chewah haha) .. bukan per beb dia ni bff aku so aku dlm paler otak ni mmg nak baca blog dia coz aku tau dia skali wat entry nescaya 4 kurun baca pon tak abis dlm erti kata lain sempat laa Aryn tertido sambil nyusu.. :).. dia mmg menulis panjang sebab tu karangan slalu dpt A time skolah!!

Ok laa straight to the point.. sorry korang sy mmg takder masa nak menten blog so tulis kat sini jer k!... Sesapa yang pernah view gambar kat album I love BF mesti ada came across picture TF kan??? Yup Transfer Factor!! Ok b4 menulis panjang ni antara sebab aku wat note nih..sy tau mesti ada yg kata...

1) e eh minah ni.. aritu sibuk promote breastfeeding naper perlu nak amik TF??!!
2) dia ni mesti jual produk MLM!!
3) boleh caya ker??

Hhaha peringkat mana pon korang tu tp yg nyata tujuan saya hanya SATU nak BERKONGSI!! :).. Naper saya beriya2 nak share?? Sebab yg pon pernah menghadapai situasi apa yg sesetengah dr korang hadapi... contohnya anak demam panas and sy ni kuat selsema n resdung!!

Saya mula kenal TF ni sejak Jan 2010.. itu pon sebabkan anak sy Aqeel demam panas..Aqeel ni sejak kecil..dari tahun 2007 dia sentiasa ikut saya outstation ke hulu ke hilir sy usung..semuanya gara2 dia nyusu badan .. nak dijadikan cerita satu hari tahun 2009 semasa sy meeting di Putrajaya dan menginap di Hotel UNITEN tiba2 Aqeel demam panas.. panasnya lain macam...sepanjang 2 tahun BF tak pernah dia sakit mcm ni.. dalam hati saya mungkin demam biasa jer kot..mujur saya ada bawa bekalan ubat.. dlm hati tetap merungut mungkin pengudaraan dlm hotel ni tak bersih agaknya... slalu ok jer..sy tel hubby..nak tak nak habis jer meeting sy bergegas balik ke Ipoh.. lepas jumpa doc kami.. dlm seminggu demamnya hilang...

2 bulan kemudian demam panasnya datang lagi..kali ni agak panas... suhunya sgt tinggi..kebetulan hari minggu... jd kami terus ke GH.. ke emergency dan di tahan di ICU.. doc ambil darah.. tetapi resultnya ok..ingatkan denggi.. doc kata mungkin infection..segala ubat telah di telan.. Nurofen..ubat yg masuk dipunggung pon dah baper kali masuk.. sampai Aqeel jd fobia stp kali kami buka seluarnya..

Selang beberapa bulan kejadian yg sama juga... mcm biasa selalunya sy akan ke klinik swasta.. and kalau still gak suhu nya tinggi kami terus ke GH.. begitu laa rutin macam-macam cara sy ikhtiar.. orang kata mmg tak tido malam laa kalau anak sakit.. mana dia sentiasa merengek.. tak mahu makan ..dan sebagainya.. segala mcm saya cuba.. lap dengan air asam jawa.. mandi dengan lendir bunga raya.. air beras.. pergi ke Tambun untuk dapatkan air dari An-Nursyrah.. minum air badak.. mcm2 lagi laaa...tapi panasnya semakin tinggi dan setiap kali demam Aqeel akan cakap.. "Maaa mata Atel tak nampak maaa .. mata tak nampak.." :(.. Sedihnya seorang ibu hanya tuhan jer tahu.. dlm hati turut doa jangan laa anak aku buta....

Perkara tu berlanjutan sehingga awal tahun 2010!...Doktor pakar sudah kenal dengan kami..ambil darah sudah sebati dengan Aqeel...sampai laa satu hari dia demam lagi saya bawanya berjumpa Doctor R di klinik swasta.. Doc R ni dah mmg jadi famili doc utk keluarga kami.. dah biasa dgn dia... so visit kali tu saya mintak doc printkan segala history demam Aqeel..bila doc print out tengok2 tahun 2009-2010 rupanya setiap 2-3 bulan skali dia akan highfever.. so doc kata ada something wrong some where..kalau normal sepatutnya 4 bulan skali baru budak demam.. sy ceritakan pdnya.. yg Aqeel mmg sy beri susu badan..di mana silapnya???? So dia minta saya bersabar.. apa yg jadi ni dengan kehendak Allah..katanya "Antibodi anak tu dah ada... dr susu ibu tapi mungkin kita perlu boost upkan lagi"... sy kurang paham... sehingga laa dia terangkan pada saya fungsi TF (Transfer Factor) :).. so sy setuju untuk mencuba.."Jika berterusan mcm ni doc takot mata anak awak rosak.. and kemungkinan boleh tak nampak!!"..Masa tu hanya Allah jer tahu per yg kami rasa...demam panas ni kalau tak di jaga mmg effectnya terus ke otak...

Seperti yang disarankan oleh doctor.. untuk Aqeel saya hanya beri 7 biji sahaja.. Bermakna 1 biji sehari (tempoh seminggu).. doc kata lepas tu kita tgk dulu ok tak.. sesuai atau tak dengan dia.. kalau ok tak perlu continue...cukup setakat itu...doa-doalah... Alhamdulillah sejak ambil pada Jan 2010 sehingga kini mmg dia dah tak demam panas.. syukur sangat.. sy tau dia sukar sakit sejak kecik.. selsema pon tidak.. batuk pon tidak..sebab tu bila dia demam saya agak risau.... kiranya dah dan resultnya memuaskan... sebab itu jika ada rakan2 yg anaknya demam panas or mudah sakit.. cuber laa TF ni.. untuk kuatkan antibodi anak tu yer.. :)

Saya berjumpa semula dgn Doc R baru2 ini.. untuk amik supplement saya.. and Doc jugak suruh saya try TF Plus untuk resdung saya yg makinnnn teruk nih.. Alhamdulliah.. lepas makan 7 biji.. dah hilang dah idung yg gatal n bersin di waktu pagi!! :)...Suker!..Sebelum ni sy susah nak selsema n demam..lepas bersalin Aqeel yg sy rasa antibodi dah lemah slalu selsema!!! Sebab tu aku sangat rekemen untuk koranggggggggg!!.. Selain saya kakak sy pon beri anak dia mkn tau.. anak2 dia semua lelah.. lepas makan TF ni alhamdulillah tak perlu ker klinik utk nebulizer!!!..Bg sesiapa yg nak try ikhtiar utk sembuhkan pelbagai penyakit.. try laa TF nih...

Saya tak jual ekk.. sy pon beli dengan doctor.. :).. Saya juga masih teringat Doc R bgtau saya "TF ni bukan awak jer makan.. maksud saya bukan patient jer makan.. Doctor pon makan tau...dulu masa saya dengan hospital gomen.. sebelum pegi melawat klinik2 desa.. jumpa org ceruk sana sini.. kami pon di suruh makan TF ni.. tapi doc makan 4 biji sekali makan.. sebab kami berjumpa mcm2 patient n risiko lebih tinggi utk dapat penyakit!!..Pakar pon advice amik ni"...

So dr situ saya cuber... :).. And alhamdulillah doa sy nak mencari jalan untuk sembuhkan resdung n selsema saya ni akhirnya jumpa gak jalan penyelesaian.. kalau tak asyik ler telan Allerpid..yg hanya bertahan 1/2 hari jer kot... :D

Kalau korang nak try kan.. cuber tanya doc2 korang.. just sebut jer Transfor Factor hokeh!.. Takyah sebut nama sy haha x dpt diskaun pon :p.. Sy pon beli di sini RM3.5 sebijik..(dah naik harga.. last year RM3.30).. kalau kat KL dalam RM5 kot sebiji..

Ini TF yang Aqeel makan:)

Hari tu semasa sy seronok nak berkongsi info pasal TF ni skali terbaca status Watie bg anak dia makan TF!!..Terus sy online dan berchatting dgn dia.. rupanya Doc dia pon rekemen benda yg sama... ;).... Tapi korang kene baca info TF ni dari blog dia k...sangat-sangat infomatif!!!


Kenapa saya recommend kat korang??

1) sebab produk ni HALAL!! (yer beb korang bleh tgk laa kat botol tu sendiri)
2) sebab TF ni PDR- Physican Desk Reference para doktor
3) untuk share info.. sebab tgk ramai yg status 'running nose laa' , demam la.. x sihat laa.. ;)..(tapi saya tak jual yer ini product)

*yang penting sambil berusaha jangan lupa berdoa pd Allah.. ;)

sekian.. k nak mandi... *mandi petang laa bukan pagi!!*

********************************************************************
So, that is what yang Eyna tulis di FB Notes beliau. Lama giler baru nak masuk dalam blog saya kan? Dah bulan 3 pun, dia tulis bulan 1. Saya save dalam draft, terus terlupa nak publish .. ni kemas2 kan blog, baru sedar yg ada  hutang entry .. ekekkek.. takperlah, better late than never kan? 

Alhamdulillah, saya dapat banyak maklum balas positif dari parents yang membeli TF dari saya dan mengamalkannya, baik melalui SMS atau melalui emel. Insya Allah, nanti saya kongsikan Free Testimoni yang saya dapat tuh. Saya tak suruh Mommy ni tulis pun tau! Tapi Mommy2 nih yang update saya perkembangan anak kesayangan mereka lepas makan TF. I'm happy for them, and happy to be part of them too. Kita berusaha, Allah juga yang menentukan kan. This TF adalah salah satu usaha kita untuk meningkatkan immunisasi tubuh anak-anak dan kita juga. Macam saya, bila anak demam jer, memang letak terus 3 biji dalam susu. Bila tak demam, kengkadang terlupa plak! Hhahahah.. Tu lah ..selalu take things for granted kita nih!. OK geng, see you in the next entry kay! 

post signature
post signature

Friday, April 22, 2011

Quzayra: Bergusti Sambil Menyanyi?

Video ni kira dah basi dah nih, sebab dah lama jugak dah nih ..dalam bulan Mac rasanya video ni di ambil, masa Zayra umur 10-11 bulan kot, tapi nak share jugak dalam blog sebelum terlupa, memandangkan Mommy sgt sibuk (ntah hapa yg sibuk pun tak tahulah ...) sampai nak menulis pun jadi tersangkak-sangkak, nak rekod suara pun masih serak2 kering, so sebelum blog ni berasap, baik aku share video si comel Zayra tgh menyanyi.

Zayra pandai nyanyi? Hehehhe.. Pandailah! Aku pun sebenarnya langsung tak sangka dia akan sebut di tempat yang betul tau! Sebab asalnya aku suka2 nyanyi untuk Qarissa, si Q tuh segala macam serba serbi lagu dia nak nyanyi skang, dari mula sampai habis plak tuh! Macam- macam lagu dia nyanyi. Kemain lagi tergelek2 siap wat action bagai bila nyanyi. So, one day, bila aku nyanyi for Q, tetiba si Zayra lak yg menyahut kat hujung ayat! Terkejut beruk jap aku. Padan muka, underestimate anak lagi! Hhahaha.. Bukanlah underestimate sebenarnya, sebab mmg aku tak expect Zayra akan sambung, sebab lagu tuh aku suka2 nyanyi sesama ngan Q, sekali dia lak sambung.. mau tak terkejut aku! Pastu bila dia dah sambung line pertama, aku nyanyilah line kedua, saja nak tgk dia sambung tak? Sekali dia sambung lah wei! Wahhhh.. memang Zayra tahu lah .. heheh.. dulu masa Q time 10-11 bulan, dia taklah pandai "menyanyi".. maybe sebab Zayra asyik tgk kakak dia nyanyi.. member sudah jeles dan nak tayang kepoweran dia nyanyi gak kot? Hehhehehe..

So, aku sempatlah rakamkan saat-saat Zayra menyambung ayat aku time lagu Twinkle-Twinkle nih, kesian kan Zayra, kakak kemain sayang sampai habis anak aku sorang tuh kena buli ngan kak long dia, dia grip leher kawan tuh sampai susah Zayra nak gerak (ker bengang sebab Zayra nak overshadow dia? Hahhaha), dah macam nak bergusti pun ada! Aduhai... dah sayang2 ..pastu dia terus lepaskan dengan selamba! Hambek ko..tergolek lah Zayra, sib baik atas katil. Mengong lah Mommy tgk dua budak cilik nih bergurau! Mehlah kita layan video "gusti sambil menyanyi" nih..



post signature

post signature

Tuesday, April 12, 2011

Aktiviti @ GBOB Sepanjang April & Mei 2011

Wow, bulan April dan bulan Mei nih memang banyak betul lah aktiviti hujung minggu kan? Tak terkejar Watie dibuatnya. Sampai demam-demam ni ha! Dengan anak-anak pun tak sihat. Nak berblog pun bercinta sungguh tau! Dah semangat aku rakam suara lemak merdu lagi berkrim nih untuk Tips Stimulasi yang pertama, skali tuh lebih 10 minit, terus kena reject bila nak save project tu! Hampeh tul... sabar jer haku. Dah kena rekod balik, tapi skang tekak sakit, cakap sikit batuk, cakap sikit batuk, dah tuh camno? Tgh gigih makan ubat so leh rekod cepat2 dan share dgn anda semua. Risau jugak sebab hujung minggu nih ada kelas Playgroup, so kalau Teacher tak sihat, nanti kelas tak happening kan? Hehehehe... 

Cakap pasal happening, saya happy sgt sebab dapat feedback yg sgt bagus kat Facebook tentang kelas yg diadakan minggu lepas. Ni 1st time GBOB buat kelas Level 3 ( 13- 18 months), full house & so happening!. Level 2 ( 6- 12 months) pun full house & hhappening, siap terlebih sorang sebab ada miscommunication berlaku. Hehehe..Dan memang rasa penuh sebab hampir 10 Daddy yg dtg join sama termasuk atuk dan nenek yg sangat teruja nak tgk aktiviti yg cucu mereka join nih. Saya sgt bangga dan gembira walaupun gabra jugak takut dorang tak selesa. Saya nak suruh masuk dalam Seminar Area to rest tapi nampaknya semua tak sabar nak tgk anak-anak dan cucu beraksi. Nasib baik juga meja for Art Class dah diketepikan, so memang luas ah tempat, they sit and watch happily.:) Saya tak sempat nak wat entry khas utk tuh, almaklumlah, one man show katakan, hubby takder nak tolong tangkap gambar, so memang takder gambar pun, cuma banyak gambar yg diambil oleh para peserta. Semua excited hokay! :) Penat tak yah citer ah. 2 days in a row, 3 classes on Saturday and 3 classes on Sunday, tapi bila tgk muka my lovely kids, saya terus hilang penat, lepas dah duduk sorang-sorang barulah rasa nak upah org massage satu badan! Hahahahahha....

Ok, takmo bebel banyak2 lagi.Sebab banyak informasi yang nak dikongsikan dengan anda semua, Watie compile dalam ni so that anda semua tahu apa yg berlaku @ GBOB. Takut kalau tak sempat nak wat entry lagi, so at least semua dah tahu maklumat penting @ GBOB kan. Kalau ada masa, Watie akan buat entry khas kay. :) So here it goes :)

  • Jumaat (16 April 2011) - Ahad (18 April 2011), saya nak jemput anda semua ke Smart Kids @ PWTC yang menyambut ulang tahunnya yg ke 10. Pihak Brillkids Malaysia ada bukak booth di sana! Booth kami nombornya 3168. Insya Allah Watie akan ada di sana pada hari Jumaat, Untuk hari Sabtu dan Ahad, hanya selepas pukul 3 pm, baru Watie ada di sana sebab Watie ada kelas Playgroup. Mula-mula Watie ingat nak cancel kelas, tapi tak sampai hati sebab asyik cuti jer. Kesian kat my kids, hubby pun bising, katanya jgnlah asyik cuti jer, kesian budak-budak tak jumpa Teacher. So, saya pun tak jadi nak cuti, cuma kelas Playgroup pukul 2pm  sahaja yg saya batalkan, itupun 90% student pukul 2 pm masuk kelas pukul 10 am dan 12 noon, so kelas pun dibuat as usual. Lepas habis kelas, saya shoot terus ke PWTC. Semoga Allah merahmati saya dan bg kekuatan ala-ala Superwoman, so saya tak penat untuk hari Sabtu dan Ahad sebab Ahad pun ada class @ 10 am & 11.30 am :) Jangan lupa cari Watie kalau dtg booth ok!   
                                          
  • Sabtu (23 April 2011) - The Great Cloth Diaper Change- Guiness World Book Of Records Diaper Changing Challenge. Acara ni akan diadakan dr pukul 10 pm - 1 am di Scriptory Box, tapi siangnya, dr pukul 10 am - 4 pm, ada  Fund Raising Event like booth, baby photo shoot, GCDC T-Shirt & Freebies utk mereka yg datang awal. So bolehlah shopping barang-barang baby di situ nanti okeh! :) Dengar cerita acara nih di adakan di beberapa buah negara dan Malaysia adalah salah satu darinya. Mereka nak pecahkan rekod menukar Cloth Diaper secara berterusan antara negara-negara yang menyertai petandingan ini dan akan masuk World Book of Record tau. Sapa nak tau lebih lanjut pasal nih, atau maybe nak join the program, bolehlah hubungi terus Penganjur di emel gcdmalaysia@gmail.com. Untung-untung muka masuk CNN .. :) 






  • Ahad (24 April 2011) - 2nd Open Day @ Sara Kids di Denai Alam Recreation & Riding Club. Sahabat saya, Puan Farah Farhan akan mengadakan Rumah terbuka Untuk SaraKids buat kali kedua dan saya dijemput untuk menjadi MC @ Pengacara pada hari itu. Insya Allah, jika tiada aral melintang pukang, saya akan berada di sana dari mula hingga akhir. Ini satu penghormatan buat saya, dan sebagai tanda sokongan untuk sahabat saya. Bangga saya dengan Farah yang kini menjadi duta Nutri 99- iaitu produk menambah susu badan ibu. Dah siap beli pun saya satu pek, tak tunggu launching pun. Hehehee..:) Jadi, kelas Playgroup Level 2 dan Level 3 akan di di bawa ke minggu seterusnya, Insya Allah. Minggu ini kita rehat ok anak-anak genius saya semua, kita ramai-ramai ke DARC tuh, banyak acara menarik sepanjang hari tau! Rugi tak datang, Siap masuk Malaysian Book Of Records summore! :) Kalau nak tengok teacher Watie membebel panjang-panjang, mehlah datang! Kekekeke.. kata dapat microphone.. memang tak dapek nak tolong ah kan .. hahahahhaa... 

  • Ahad (1 Mei 2011) - Seminar ECE @ GBOB pada pukul 2.30 pm - 8.00 pm. Pendaftaran dibuka sekarang dan sesiapa yang berminat untuk menghadiri Seminar ECE ini, bolehlah membuat pembayaran ke dalam akaun Genius Baby Resources samada CIMB atau MBB dan emelkan bukti pembayaran ke geniusbabyonboard@gmail.com. Hanya RM 199 untuk seorang peserta dan jika datang bersama suami, cuma RM 350 sahaja untuk satu pasangan. :) Material Seminar, makanan & minum petang akan disediakan:) 

  • Ahad ( 8 Mei 2011) - Wisma Bling Lustre Anniversary. Ha... ni mmg saat yang ditunggu-tunggu. So, kena rancang dengan teliti so the event akan meriah dan bewarna-warni. I need time to discuss with our parners about this event, tentatively memang tarikh nih, so any updates, apa yang akan dibuat, apa yang akan dilancarkan, definitely Watie akan inform yer ..:) Tungguuuuuuu!
Photobucket
  • Ahad ( 15 Mei 2011) - Seminar ECE untuk pemenang Majalah PaMa @ Karangkraf dari pukul 9.30am - 3 pm. Kalau anda nak join Sessi Seminar nih, ada 6 seat kosong lagi, but u need to inform me first okeh..:) 1st Come 1st Serve ..:) 

  • Ahad (22 Mei 2011) - Kids Day Out @ Scriptory Box, dengan kerjasama Genius Baby On Board.  Ingat tak Watie kata yang Kids Day Out pada hujung minggu ni sepatutnya diadakan? Tapi sebab ada Smart Kids punya program, Watie terpaksa tunda Kids Day Out nih, jadinya, setelah diadakan perbincangan dengan my partners, we all dah setuju nak buat Kids Day Out pada tarikh 22 Mei ini pukul 2.30 pm - 6.30 pm. Ada lebih kurang 5-6 Art  & Craft yang akan dibuat oleh anak anda. Penyertaan dibuka sekarang untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun dan maksimum 20 pax sahaja untuk Sessi Kids Day Out ni. Siapa cepat dia dapat okeh! :) So, cepat2 register dengan GBOB kalau nak anak anda join this happening functions..:) 

Hambek ko...banyak kan event April & Mei nih ..Penuh schedule saya. Harap semuanya berjalan lancar Insya Allah ..:) So kengkawan, siap2 block date memasing okeh! See you soooonnnnn!


post signature

post signature

Saturday, April 9, 2011

Advertorial: Buaian Aqiqah Untuk Di Sewa.

Salam kengkawan semua, today Watie nak iklankan sikit produk yang berkaitan dengan bayi lah jugak kan ..:) iaitu buaian Aqiqah. :) Kita kan dah biasa sgt dengar Majlis Cukur Jambul, Aqiqah dan sebagainya, memang selalunya dibuat meriah especiallu utk anak sulung .. heheh..just like Qarissa lah ..(masuk anak kedua, mak dia dah letih dah .. terus wat Aqiqah kat Kemboja jer)  .. hahahahhaa.. 


Boleh masuk 2 baby lah .. good for sapa yg ada kembar! Jimat kos!

Dalam banyak-banyak persediaan, mesti yg paling pening adalah buaian untuk anak kita baring kan? Tu lah yg paling orang kita titik beratkan sgt .. nak nampak cantik, molek, comel, gah dan sebagainya .. tapi tu jugaklah yg paling susah nak cari. Masa Qarissa dulu, memang nasib baik sebab arwah mak mertua punya kawan memang ada buaian rotan, dan mak mertua aku memang pandai hias menghias nih, sama ngan adik dia ..:) so memang kerja-kerja tuh suma aku pas kat dorang jer ..:) Nasib baik juga arwah mama pandai dan kreatif untuk designkan kelapa tuh kasik cantik nak letak rambut Qarissa, kalau tak, memang togel jer lah .. aku mana reti nokss! Hhahahaha... salah satu sebab time Zayra aku tak wat cukur jambul adalah sebab mak Zayra ni dah mim alif lam sin, dan juga sebab arwah mak mertua pun dah takder, so org kuat aku dah takder dalam bab hias menghias, plus aku rasa kalau wat kat Kemboja tuh, orang betul-betul miskin dapat makan daging Aqiqah tuh, dan kalau ikut Islam, tuh lah yg sebaik-baiknya, so we decided to take the Al-Ameen package jer lah ..:) 


Hiasan bunga dia pun sgt lawa kan!

But anyway, kalau anak sulung tuh, macam seolah-olah Wajibulngunnah kekdahnya kalau Majlis Cukur jambul nih kan? Hahahhaa..So, skang, sapa nak buat, tak ya pening-pening dah mana nak carik buaian cantik okeh ..meh aku rekomen kawan aku punya buaian nih, memang sangatlah cantik, menarik, tertarik ko memang da'bomb! Hehehhehe...Sib baik aku kenal Ina ni masa dah buat Aqiqah Zayra, kalau tak, terpengaruh gak lah nak buat lagi skali sebab semuanya dah disiapkan dalam pakej yg my Ina bagi nih ..:) 


Besi dia nampak teguh. Ina kata memag besi buaian betul.. Ina menjadi kreatif dgn rekaan buaian nih! :)

Ina bgtau aku, asalnya dia buat this buaian sebab dia pun susah nak jumpa buaian cantik yg dia berkenan, kalau ada pun, harganya Ya Ampun..mmmg mahal, dah macam pelamin kahwin kekdahnya! So, dia pun decide nak buat sendiri, tempah sendiri, dan lepas pakai, bolehlah buat-buat sewa (like what she did now). Kebetulan pulak, Auntie dia kalau tak silap aku, pandai bab hias-menghias niih, so they work together lah kalau ada any tempahan dan sebagainya dari pelanggan. Bagus kan? Harga yang dia letak pun tak lah mahal aku rasa .. oklah kot.. berbanding dgn harga luar. Kalau sapa nak diskaun, kenalah tanya tuan punya buaian terus yerk! Cubalah try-try sebut enius Baby On Board, mana tahu dia bg diskaun extra! Wakakakkaa... 


So, here aku letak gambar2 buaian nih, memang sungguh lovely wei ..design dan gambarnya, memang teringat kenangan meng"aqiqah" kan Qarissa dulu ..ehhehe... gempak gilosss.. ngan mak-bapak hover! Kecoh satu AP ni ha! Wakakka... Anak sulung katakan .. Aku dgn rambut siap set, kemain cun siap letak bunga hokay! Hahhaha... Sabar jer lah! .. So, kalau sapa berminat nak tempah, nak tengok dan nak sewa buaian ni untuk majlis anak masing-masing, bolehlah uols contact Ina di talian yang disertakan di bawah ni ok .. :) Kalau tak nampak aku bg kat sini lah ..senang sikit korang cek - 0126255927 (Ina).


post signature

post signature

Tuesday, April 5, 2011

Tips Stimulasi Bayi & Kanak-Kanak: Suka Tak Kalau Watie Buat Segmen Ni?

Salam semua pembaca blog GBOB, suka tak kalau Watie buat Tips Stimulasi Bayi & Kanak-Kanak di blog nih? Setelah agak lama rasanya tak bersiaran setiap hari di blog dan FB, Watie datang satu idea untuk memberikan lebih manfaat pada semua pembaca blog GBOB ni..:)  Sorry lah yerk sebab lama juga tak update blog. Insya Allah pasni Watie akan cuba juga untuk update blog walau sesibuk mana sekalipun.:) Well, this weekend must be a very bz weekend for me as this is my first time class ada Saturday & Sunday. Tak sabar rasanya nak jumpa all the students, and also the new students yang nak datang Trial ..:) Insya Allah kita jumpa minggu ni kay. :) Siapa yang masih belum buat bayaran tuh, today is the last day utk buat payment, so Watie harap pembayaran tuh dapat dilakukan, jadi on the day tak lah Watie kelam kabut lepas habis kelas untuk collect Mommy punya payments, selain dari untuk memastikan tempat anda di Playgroup GBOB :) 

Ok, Watie ada satu idea yang Watie plan nak buat tapi its a little bit different sebab Watie akan gunakan suara lemak-lemak merdu Watie ni untuk bercakap dengan anda semua. Ok tak? Rasanya lebih dekat di hati lah kan bila kita dengar suara orang tuh? Hahhaha.. (sebenarnya malas nak taip panjang-panjang). Watie kan cakap laju?? So, kalau bercakap tuh, few minutes dah setel dah, kalau nak tulis, nanti tetiba mental block pulak, terus lupa, so mana-mana yang Watie rasa perlu untuk Wtie gunakan suara, Watie akan rekod dan buat dalam bentuk You Tube atau Podcast, so anda dapat dengar suara Watie terus ..:) Ok tak camtuh?

So, Watie plan utk buat satu segmen khas iaitu Tips Stimulasi Bayi & Kanak-Kanak di blog nih, so that anda boleh dengar my excited voice bila bercerita tentang Stimulasi Bayi & Kanak-Kanak, ni kiranya first time lah Watie try nak rekod my voice dan bg orang dengar, so , memanglah Watie perlukan feedbacks anda semua untuk bgtau whether its ok or not if  I record my voice and deliver the info like this. :)

So, mulai sekarang, siapa yang nak dengar this info, kenalah rajin2 pasang speaker kuat2 ok..:) Kalau takut bos dengar, pakai earphone ..hahahah . So, for more info pasal ni, boleh dgr apa yang Watie nak sampaikan kat bawah. :) As I told uols, I need your feedbacks on this matter, so jgn lupa tinggalkan komen anda pada Watie di blog ni atau FB yerk ..:) I really appreciate your feedbacks or comments on this matter friends ..:)

Till then .. c ya in my next entry ..:) Happy Stimulating! Tak sabar rasanya nak share Tips Stimulasi Bayi & Kanak-Kanak ni if dapat feedbacks yang menggalakkan dari semua ..:)

video

post signature

 post signature