free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Tuesday, September 13, 2011

Apa Yang Hebat Menjadi Teacher Playgroup?

* BEWARE! Entry membel bulan SYAWAL yg tak hengat panjang! Sila gigihkan diri untuk membaca hingga noktah terakhir. Hehehe...*

***********************************************

Diam tak diam, dah hampir setahun saya menjadi Teacher Watie. Siapa sangka, dari seorang wanita yg aktif, lasak dan tak berapa nak pandai berkomunikasi dgn anak2 kecil (melainkan anak sendiri), saya xsangka yg saya ada bakat terpendam melayan kerenah anak2 yg pelbagai. Pernah saya berkata pada diri sendiri masa zaman anak dara dulu, 'Iskkkk..takderlah aku ni nak jadi cikgu, "mampuih" anak org aku kerjakan kot??'. Masa tu saya baru lepas mengajar adik perempuan bongsu saya, si Kamaliah tu..saya ajar dia Math, sampai menangis dia saya kerjakan! Saya garang btol time tu! Sampai terkeluar ayat camni, (sila baca dgn nada tinggi macam singa betina!)"Apa ko ni bo**h sgt xpaham2 apa akak ajar!!! Macam ni lah!!" (sambil menunjukkan caranya). Bila ingat balik,rasa kesian sgt, menyesal pun ada tau! Suka2 jer aku nak menyumpah adik sendiri. Lepas saya marah dia tu lah, saya ckp kat diri sendiri yg saya tak mungkin jadi cikgu. Mmg tak sesuai dgn sikap tak menyabar saya ni, sampai tobat si Lieya tu nak suh sy ajar lagi! Tu lah skali saya ajar dia. Heheheh...Phobia adik aku! Skang adik bongsu saya tuh dah sambung belajar kat UiTM Sarawak dah pun. :) Tapi kuasa Allah SWT, sekarang saya mengajar bukan kanak- kanak yg dah sekolah, tapi bayi sekecil 5 bulan lagi! Memanglah betul org kata, bila jadi ibu, naluri keibuan kita akan mengubah sikap kita menjadi wanita yg lebih sensitif dan lembut.

Rasanya, saya mula melatih diri menjadi "cikgu yang penyayang" bila Along saya melahirkan anak sulungnya, Dania 6 tahun yg lepas. Memang saya suka melayan kerenahnya, selain dr mengajar serta membacakan buku untuk Dania setiap kali saya datang melawat kakak saya. Sampai saya ni jadi Aunty kesayangan Dania lah kiranya..until now, dah nak masuk darjah 1 pun anak buah saya tuh! Saya praktikkan ilmu- ilmu keibu bapaan 'sesedap rasa' saya sebagai persediaan mempunyai anak sendiri kelak, dan alhamdulillah, lepas mendapat anak sendiri, saya lg bersemangat untuk menjadi yg terbaik. Insya Allah. ;)

Menjadi Teacher Playgroup pada saya tidaklah sesukar mana jika kita mempunyai minat yg mendalam untuk mendidik anak- anak ini. Tapi, ia akan jadi agak sukar jika kita tidak memahami, tidak memberi peluang dan tidak percaya pada anak-anak ini. Pada saya, ada banyak beza kalau kita kerja untuk mendapat gaji semata-mata dgn kita kerja untuk melihat sendiri perkembangan anak- anak ini dr masa ke semasa di depan mata kita. Jujur saya katakan, saya tidak dapat menggambarkan dengan kata- kata betapa seronok dan gembiranya saya melihat setiap inci perubahan yg berlaku terhadap anak murid saya setiap minggu. Dari yang menangis sewaktu kali pertama bertemu, tidak mahu bersalaman, tidak mahu bergaul, tidak mahu bermain, malah ada yg mengamuk dan berguling- guling kerana kemahuan mereka untuk terus bermain tanpa henti tidak dpt dipenuhi ketika itu sehinggalah mereka menjadi seorang anak yg gembira, mendengar kata, tidak malu bergaul, pandai bersosial, berkongsi & bermain bersama malah saya bangga mengatakan anak murid saya semuanya berdisiplin. Bagi ibu bapa yg pertama kali menghantar anak mereka ke sessi Trial di GBOB, hampir kesemuanya teruja, ada yg sedikit pelik, ada yg kagum malah ada yg risau bila melihat anak-anak saya yg hadir begitu mendengar kata, memberikan kerjasama yg sgt baik dan memahami arahan yg diberikan serta berdisiplin. Risau tu bukan apa, heheheh...sebab Mommy2 ni kata kat saya, nampak bagus sgt budak2 ni boleh duduk berkumpul dgr apa saya nak cerita tanpa sibuk nak berlegar2 ke sekeliling kelas macam anak mereka yg baru 1st time dtg. Hehehe.. Bila tgk macam tak percaya dan of course lah Mommy ni akan rasa 'anak aku ker yg pelik ni, tak macam anak org tuh pun?' Hahahahha... kita mmg selalu suka sgt nak banding anak kita ngan anak org kan? Macam lah saya tak tahuuuuuu...:P

Sebenarnya, saya pun tak sangka kanak-kanak ini boleh memberikan kerjasama yg sgt baik sewaktu sessi Playgroup. Waktu mula-mula buat dulu, saya risau betul kalau anak-anak ini takmau dengar apa saya nak 'bebel', takut kang aku bebel sorang2 jer ni kang! Hahahahhaha..tapi Alhamdulillah, it was beyond my expectation. Ada pelbagai kerenah dan tingkah laku anak2 yg saya jumpa dan ia berbeza antara satu sama lain, pendekatan yg digunakan untuk memikat hati anak2 ini juga berbeza dan saya belajar byk perkara daripada mereka sebenarnya. Apa yg boleh saya simpulkan - Kepercayaan itu WAJIB ADA baik daripada pihak guru APATAH LAGI ibu bapa sendiri. Kalau hanya guru yg mempercayai yg anak itu akan berubah tetapi ibu bapa TIDAK PERCAYA yg anak sendiri boleh berubah, ia takkan berjaya. Terus terang saya katakan, tak payah hantar anak to this kind of class kot..sebabnya mudah:- Kelas seminggu sekali; kalau ibu bapa pun tak percaya yg kelas sebegini dapat membantu prestasi anak mereka akan meningkat, mereka takkan rasa ia penting dan bila rasa tak penting, kita akan ambil sambil lewa dan tak praktikkan apa yg dilakukan dalam kelas di rumah. Masa yg anda habiskan dgn anak dirumah adalah lebih lama dr masa yg anda habiskan di kelas iaitu 45 minit ke satu jam setengah, jadi apa yg anda harapkan di kelas seperti ini jika anda tidak sama-sama memainkan peranan sebagai 'guru' di rumah?

Tetapi jika anda PERCAYA yg ia dapat membantu anak anda, bukan setakat anak tetapi anda juga akan enjoy bermain bersama anak. Kita sudah terlalu tua dan kerja yg berlambak kat pejabat membuatkan kita stress dan lupa bagaimana untuk menjadi kanak-kanak semula, betul tak? Kita dah lupa cara yg betul dan menyeronokkan utk bermain sambil belajar. Kita cuma ada satu hari sahaja untuk kita luangkan dalam seminggu untuk 'menjadi kanak-kanak semula'. Itupun hanya 45 minit hingga satu jam setengah maksimum yg kita betul2 luangkan dengan anak kita tanpa gangguan sesiapa, betul tak? Sebab tuh kita kena 'pulun kaw kaw' bila time tuh! Bila kita enjoy dtg kelas untuk sama-sama bermain dgn anak, energi dan aura yg kita rasakan itu dapat kita pindahkan pada anak tanpa kita sedari. Bila kita di rumah dan anak cuba mengulangi apa yg mereka pelajari di kelas, kita juga akan turut sama bermain dan mengulangi apa yg telah dipelajari setiap minggu. Inilah keseronokan+pembelajaran tanpa kita sedari yg saya maksudkan tadi. Secara tak langsung, kita dah tahu apa yg kita nak main dengan anak dan faham apa yg anak kita suka dan kita sendiri akan dapati, hubungan ibu-bapa dan anak akan menjadi lebih rapat berbanding dulu.

Itu kepercayaan dari ibu bapa. Kepercayaan dari pihak guru juga tidak kurang pentingnya. Jika guru tidak percaya yg anak itu akan berubah, terutamanya anak yg kita boleh nampak jelas kekurangannya di mana, ia akan memberi kesan psikologi di mana mungkin guru akan 'cuba mengelak' utk berkomunikasi dengan anak itu sewaktu dalam kelas. Cthnya begini; As Teacher, during the Playgroup Session, mungkin bila kita tanya dia soalan, dia buat tak tahu jer atau tak jawab langsung soalan kita, so next time we tend not to communicate with them atau cuba elak utk bertanya any question sbb takut dia tak reply. Atau mungkin bila kita nak bg mainan pada anak itu masa Play Time, dia takmo datang kat kita, next time bila nak bagi lagi mainan, kita terus jer bg mainan tu sebab takmo masa kita terbuang nak tunggu dia datang amik sendiri. Secara peribadi, saya rasa ini tidak membantu perkembangan anak tersebut. Saya percaya pada komunikasi 2 hala walaupun kadang-kala di minggu-minggu awal mereka datang, hanya komunikasi satu hala sahaja yg berlaku. Saya merasakan yg adalah menjadi tanggungjawab saya sehabis baik untuk 'menjinakkan' anak-anak ini menyukai saya, menyukai kelas dan menyukai segala-galanya yg ada di sessi Playgroup. Jika tiada perubahan dalam tempoh 1 ke 2 bulan, saya harus berbincang dengan ibu bapa dan memberikan consultation on this sebab saya percaya perubahan itu PASTI ADA, dan jika tiada atau kurang, saya harus berbincang dengan ibu bapa on HOW WE CAN HELP THE CHILD. Di sinilah pentingnya kepercayaan dan komunikasi antara guru dan ibu bapa. Mesti ada sesuatu yg kurang di mana-mana yg menyebabkan anak-anak tidak menunjukkan peningkatan di kelas.

Bercakap tentang kepercayaan antara guru, ibu bapa dan anak, saya nak berkongsi kisah yg saya lalui sendiri, yg menyebabkan saya sgt gembira, terharu, sangat puas hati malah rasa hebat sebab jadi Teacher Playgroup apabila saya berjaya menerobos sempadan yg sebelum ini sukar ditembusi. Hebatnya kuasa sebuah kepercayaan, saya melihat perubahan yg sgt memberansangkan yg berlaku terhadap anak murid saya di sessi Playgroup. Saya namakan anak saya ni X jer lah yer..macam X-Men gitu...gagah perkasa kekdahnya! Heheheh....X ni masa sebelum join, Daddy dia dah bgtau yg X ni ada sedikit kekurangan dari segi komunikasi dan socil skills. Dah 4 tahun tp masih belum pandai bercakap dan bila cek, ada mild Autism doktor kata. Daddy dia tau pasal GBOB melalui RTM dan berminat nak hantar X ke kelas Playgroup saya. Bila saya jumpa X for the first time, memang kita leh nampak perbezaan dia dengan rakan sebaya. Kita boleh nampak yg X bukan kanak-kanak biasa yg berusia 4 tahun. X antara murid yg paling dewasa dalam Playgroup saya sebab dia dah 4 tahun, tp communication dan social skills dia agak kurang berbanding student yg 2 - 3 tahun. First time datang, salam pun tak mau, memang takut2, bila cakap mmg mata tak pandang kita langsung. Memang ada sedikit ciri-ciri Autism pada X, tapi saya masih mahu mencuba untuk lihat ada tak perubahan yg boleh saya bantu. Jika parents X nak bg peluang pada X, saya juga nak tgk sejauh mana saya boleh bantu X. Jika kurang outcomenya, sekurang-kurangnya kita telah mencuba kan.? :) Minggu2 seterusnya ada perubahan yg saya nampak tapi masih tidak memuaskan hati saya. Saya bg masa lebih untuk X adapt dgn sorrounding dia, dan saya secara peribadi berterima kasih pada parents X yg rajin datang kelas dan jarang ponteng kalau takder sebab yg betul2 kukuh walaupun perubahan X tidaklah ketara. Jadi, mudah untuk saya lihat dan pantau perkembangan X. Jujur saya katakan saya risau pada mulanya. Saya harus akui yg saya tidak ada pengalaman dalam mengendalikan kanak-kanak yg memerlukan perhatian lebih atau any special case, jadi saya takut saya tak dapat achive my own KPI (kononnyaaa..hehehhe), tapi saya tawakal dan dari minggu ke minggu, saya yakinkan diri saya, yg X akan ada perubahan. Bila saya tanya ibu X, katanya jika di rumah, X akan melakukan semula apa yg telah dia pelajari dalam kelas, selalu juga dia menyanyi sendirian serta mengulang kembali apa yg dia pelajari tetapi secara sendirian. In terms of communications among family members, eye contact mmg tiada.

Di dalam kelas pula, saya dapati X kadangkala happy dan kadangkala suka duduk dan observe sahaja. Kadang- kadang, dia ikut kepala dia jer, kalau rasa nak baring tu, pakai baring jer bila2 masa dia nak..hehehe.. Sian juga tgk Mommy X nak tarik X sebab X boleh tahan bam bam, mmg geram tgk dia, dah macam adik bongsu saya si Irfan tuh, tp X ni putih, Irfan sedikit gelap kulitnya. Hehehe..Bila dia happy, dia akan ketawa kesukaan dan enjoy the game, cuma kadangkala keseronokan dia boleh datangkan bahaya sebab as an mild Autism kid, X tak tahu tindakan yg dibuat itu bakal membahayakan dirinya sendiri dan juga rakan lain. Jadi memang kena hati-hati sikit during his Playgroup Session. Saya risau juga kalau2 terjadi insiden yg tak di ingini semasa kelas tapi Alhamdulillah, setakat ini ok-ok sahaja. Masih boleh di kawal dengan bantuan ibunya dan X juga mendengar kata saya bila saya tegur. Pada kebanyakan masa, mmg dia tak pandang mata saya dan tak berapa nak ada 2 way communication dengan saya. Tapi saya tgk X ni smart juga budaknya, dalam segmen Problem Solving Skill yg saya adakan setiap minggu, X boleh buat dengan mudah. Sebab tu saya percaya kalau kena caranya, kena pendekatannya, X akan jadi lebih baik.

Disebabkan rasa tanggungjawab dan ingin lihat perkembangan yg lebih dari X, sebelum Ramadhan yg lepas, saya meminta ibu X menunggu sebentar selepas kelas untuk saya berborak dengan ibunya tentang perkembangan X selepas hampir 2 bulan menyertai Playgroup saya. Hampir satu jam setengah juga saya berborak dgn Mommy X tentang perkembangan X, banyak yg saya tanya tentang apa yg ibu X lakukan untuk bantu X terutama dr segi perubatan. X ada juga ke Speech Therapy, dan menurut ibunya, aktiviti yg dilakukan di sana hampir sama dengan apa yg dilakukan di Playgroup saya. Menurut ibunya lagi, hanya tinggal 1 tahun untuk Doktor membuat penilaian terhadap X, samada ada perubahan atau tidak terhadap beberapa kekurangan yg dihadapi X sekarang. Mendengarkan ini, saya rasa bersyukur sekali kerana ibu X memilih Playgroup sebagai salah satu cara untuk membantu anaknya kerana sememangnya ia pilihan yg tepat. Dalam masa yg sama, saya rasa bersyukur dan gembira kerana dapat berkongsi pengetahuan dan ilmu yg saya dapat sewaktu perjumpaan dengan Occupational Therapist Qarissa. Seeeeee..bila kita lihat sesuatu secara positif, sekejap jer Allah SWT tunjukkan kenapa DIA gerakkan hati saya untuk bantu Qarissa secepat mungkin. Walaupun kes Qarissa taklah besar pun, kalau org lain mungkin tak pergi kot jumpa Therapist nih, macam besar sgt issuenya bila kita sebut 'Therapist' kan..hehehehe...tapi saya tetap pandang positif. Satu yg tersemat di dalam minda saya masa membuat keputusan nak jumpa Therapist untuk bantu Q adalah untuk menggali sebanyak mungkin maklumat sewaktu sessi Terapi tersebut, selain untuk saya amalkan pada Qarissa dan Quzayra, saya boleh juga bantu ibu bapa yg ada anak-anak yg ada simptom yg lebih kurang sama. Saya ni suka mengembangkan secara positif dan kreatif setiap apa yg dipelajari di sessi Terapi, jadi banyak juga idea- idea kreatif dan ntahapahapa yg saya tokok tambah utk lihat sendiri hasilnya. Memang sgt positif, jadi bila nampak kesan kat anak-anak saya, saya jadi confident nak bg idea pada parents lain. Masa sy bg consultation tu, Q belum pergi pun Speech Therapy, dan Occupational Therapy pun baru nak masuk 3 kali, tp sebab saya dah yakin dgn apa yg saya buat, saya dengan suka hatinya berkongsi dengan Mommy X utk lakukan perkara yg sama. Allah SWT memang nak tolong saya tau, sebabnya kan...dalam masa yg sama saya borak2 ngan Mommy X tu, tetiba hubby bg signal dan tunjuk mata, dan saya terus faham signal tuh bermaksud yg X ni mmg takder eye contact, dan hubby juga perasan simptom tersebut..(hubby saya w/pun xinvolve dgn kelas, tp dia tetap amik tahu pasal anak2 murid saya..best kan.? Dia kenal most of my kids....) dan di saat itu juga Allah bg idea kat saya untuk buat sesuatu nak test betul ker X ni mmg tak pandang mata org ketika bercakap atau sebenarnya mata itu kurang stimulasinya sekian lama hingga menyebabkan X rasa tak pandang mata pun takper, dia still boleh dapat apa dia nak walaupun tanpa eye contact.

Subhanallah, bila saya test dua tiga kali dan buat sedikit soalan secara 2 hala antara saya dan X (dalam keadaan X tidak sedar yg saya sebenarnya sedang menguji tahap fokus matanya), ternyata X mampu melihat mata saya! Dan jawapan yg diberikan pd saya memang betul! Suka betul hati saya Allah sahaja yg tahu! Apa tidaknya, ilham datang on the spot, terus test dan berjaya! Buat pula depan-depan ibunya, jadi mak dia nampak camner saya buat, dan lihat sendiri yg mmg ada eye contact yg berlaku, jadi saya terus galakkan ibunya untuk berlatih di rumah, dengan melakukan lebih banyak aktiviti yg menjurus ke arah fokus mata X, dan dibuat dalam keadaan fun dan santai, tanpa dia sedar yg ibunya sedang melakukan sesuatu yang dapat membantunya berubah menjadi seperti kanak-kanak normal yg lain. Kami berdua pulang dengan harapan, saya mmg berharap agar ada perubahan selepas ini kerana X akan bercuti sepanjang Ramadhan dan saya teruja utk berjumpa X selepas Ramadhan untuk melihat apakah bantuan yg diberikan oleh ibunya di rumah ada perbezaannya selepas 4 minggu kami berborak.

Dan hari Sabtu lepas, adalah hari pertama X datang ke kelas berjumpa saya. Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya saya merasakan satu kejayaan yg sgt besar bila melihat perubahan X. Harus saya ucapkan tahniah dan terima kasih pada ibunya kerana mengambil serius nasihat dan cadangan saya dalam memastikan X dibantu sedaya upaya dan yg paling penting-PERCAYA yg anaknya akan berubah menjadi lebih baik jika dibantu! Happy sungguh bila ibunya kata X sudah ada eye contact. Yg paling best, saya nampak sendiri perubahan X dalam kelas. X lebih alert, dah mula nak dgr dan faham arahan, eye contact yg sgt baik berbanding dulu, nampak lebih happy dan enjoy dalam kelas, dah mula nak pandai sharing, tak malu- malu lagi dan tak buat kepala sendiri. Cthnya, we all main bean bag, dan saya suruh X baling dalam mangkuk yg disediakan, saya peluk dia kuat2 supaya dia tak pergi ke mangkuk tuh, saya nak dia fokus dan lempar bean bag dalam bakul yg betul dan beliau berjaya lakukan. Yg membuatkan saya happy, dia tak kesah sy peluk dia kuat2 dan dia faham arahan saya untuk baling dr kedudukan sekarang, tak boleh pergi dekat mangkuk. Ada 2 mangkuk yg berbeza, dan dia baling ke mangkuk yg betul berdasarkan arahan saya. Hebat sungguh rasanya apabila anak murid kita menunjukkan peningkatan yg sungguh memberangsangkan kan? Sumpah saya tumpang gembira! Dan yg paling saya terkejut, X buat pertama kalinya memakai apron masa kelas Art! Selama ni, sekali pun dia tak pernah pakai! Mommy dia tunjuk jer terus dia tolak dan tak mau, tapi hari Sabtu lepas, X pakai, malah siap zap on apron tu dengan kemas sekali. Subhanallah, sungguh besar perubahan X yg saya nampak. Ada juga X baring- baring as usual, tp dia baring 'kena pada tempatnya'. Dan, member dah mula nak main game Row Your Boat okeh...hhihihi..kuruslah mak dia pasni.. Ekekeke.. Sebelum ni Mommy dia pun ala-ala jer main game tu, maybe sebab X pun tak berapa interested nak main dan Mommy pun tak larat sebab X bam-bam kan, but this time, X sgt enjoy dan kami sgt happy! Habis kelas, saya berborak ngan Mommy X, katanya dia sgt seronok melihat perubahan X tetapi sgt penat!! Yer, itu saya akui dan saya boleh faham betapa penatnya Mommy X menjalankan misinya bila saya lihat dalam tempoh satu bulan sahaja, banyak perubahan positif yg berlaku. X masih belum boleh bercakap penuh, tapi beliau lulus cemerlang dr aspek yg lain. Saya tidak begitu risau sebab kita harus bergerak step by step, bila step pertama dah lulus, kita pergi ke step kedua dan seterusnya, jadi selepas ini bolehlah kita fokus on speech disamping mengukuhkan social skills yg sedia ada. Saya bgtahu ibu X, sama sahaja penatnya ibu- ibu ini cuma ceritanya berbeza. Cthnya; Kita penat sebab nak ajar anak kita bercakap, ibu lain mungkin penat sebab anaknya tak henti-henti bercakap sampai tahap nak layan pun kadang-kadang malas kan? Hehehee..saya percaya setiap org ada bahagian masing-masing dan terpulang ada kta bagaimana nak mengendalikan situasi yg Allah SWT berikan pada kita dengan rasa bersyukur dan redha. It is how we look on the matter yg paling important. Bila saya tanya ibu X, "Penat tp berbaloi kan? Puas hati kan bila nampak perubahan anak?", Ibu X menjawab sambil tersenyum, "Oh Yesss! Memang puas hati!".

Dan itulah juga kepuasan sebenar yg saya rasai apabila menjadi sebahagian daripada mereka yg terlibat dalam melihat perubahan ini. Itulah perasaan yg paling hebat saya rasakan dan perasaan itu saya dapat dengan menjadi Teacher Playgroup! Hebat kan menjadi seorang Teacher Playgroup? Hehehehe...

post signature

post signature

Tuesday, September 6, 2011

Cerita Aidilfitri Saya Tahun Ini!

Salam Aidilfitri, rasanya masih tak terlambat Watie & keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin pada anda yang melayari laman blog ni. Sibuk sungguh saya sampai tak sempat nak update apa2 artikel seperti yang dirancang sebelum ini. Seminggu sebelum raya, memang Watie tak buat kelas, sebab dah agak ramai student akan balik kampung. Lagipun, Watie nak "mengerjakan" rumah yg dah macam tongkang pecah tu. Hambek ko.. 7 hari 7 malam mengerjakan rumah, dari bilik ke bilik satu demi satu Watie kemas. Nasib baik juga hubby ada tolong, kalau tak memang lagi lama lah agaknya masa untuk mengemas rumah. 

Raya pertama bersama ibu & ayah Watie @ my sis house. Semua kata baju me & hubby cam pengantin nak nikah! Tapi lagi best sebab dah ada 2 pengapit! Wakakaka.. Tu baju nursing kurung moden tau! Tgklah Zayra mengamuk takmo duduk sebelah Atok. Nak Mommy dukung jugak! 

Tahun ni kiranya tahun pertama lah Watie beraya tanpa maid menolong kerja-kerja rumah. Tak sangka gak lah, walaupun maid takder, Watie berjaya juga mengemas rumah dengan sangatlah bersih sampai hubby puji dan terkejut tgk rumah terang, kemas dan bersih. Siap tilam, langsir dan carpet semua aku cuci! Nasib baik lah sgt ada Roboclean, my best investment so far!  Senang kerja Watie, tak penat sgt nak mengemop, puas hati Watie sebab tgk rumah dah bersih tanpa habuk, lega mata memandang. Hehehe.. Tapi tu lah, disebabkan terlalu sibuk mengemas rumah, sampai tidur malam pun ala-ala jer, jangan cakap nak berblog, nak menjenguk internet pun memang takder masa langsung! Bangun tidur jer terus mengemas, sampai malam, tidur kejap, then sahur, pastu sambung mengemas. Paling ganas, hari terakhir puasa tuh, lepas sahur jer, dari pukul 5.30 pagi Watie mengemas living room & dining room, pukul 10.30 am baru Watie duduk! Tak sedar langsung dah 5 jam Watie kerja non stop! Gilos btol.. hehehe.. hubby terperanjat bila turun tgk semua dah kemas dan cantik! Eekkekeke... Happy tgk muka dia terperanjat!

Masa ni kat Singapore rumah makcik we all yg paling rapat- Aunty Sarah. Sedap dia masak untuk we all. Watie belikan anak-anak baju Punjabi, comel sgt! Nampak lain dari lain sikit kan, nak bergerak pun senang! Sudahnya, baju raya kedua we all kena ikut tema baju anak, bukan anak ikut tema baju mak bapak! Ahaks! 

Raya tahun ni Watie & family ada kat KL, raya pertama ngan kedua, then we all balik Singapore melawat nenek dan saudara mara sebelah mak & ayah Watie dr hari raya ketiga sampailah kelima. We all tidur kat The ZON Regency, tak tidur hotel Singapore pun, currency dia tinggi sangat, rasa tak berbaloi nak tidur hotel sana, kecik dan mahal, kalau hotel besar lg lah mahal kan...kebetulan pula The ZON ada buat promotion Raya, so harga dia berbaloi lah..:) Lagipun memang dekat dengan Imegresen & Kastam, sekejap jer dah leh sampai Singapore tuh.. Setakat balik tidur jer kan, memang sangat selesa lah ..Qarissa kemain suka lagi melepak atas katil..Hehehe.. 

Masa ni dah malam, sampai Singapore dah lewat, tapi tetap jenguk Nenek Timah dulu. Ni lah Nenek kesayangan Watie, sampai  Watie kena lempang ngan Abah sebab asyik sedih teringatkan Nenek masa sekolah rendah dulu. Dah tahap kronik lah kot, kalau dah sampai bercakap ngan gambar Nenek, nampak flat kat KL semua Watie jerit "Nenek!!" Hahahaha... Mak dah risau sgt, mak ngadu ngan abah, terus abah lempang, baik terus aku pastu! Wakakakak.. (pas nangis kena lempang tu, Watie ngadu jugak ngan gambar Nenek, bg tau "Nenek" abah lempang!) Hahahhaa...

Tahun ni jugak, tahun pertama Watie beraya dengan wajah baru. Alhamdulillah, sejak awal Ramadhan, Watie secara perlahan-lahan cuba mengubah penampilan Watie ke arah menjadi Muslimah yang lebih baik. Takmolah sebut "berubah imej", geli jer dengar! (sebab ada yang kata kat Watie - "imej baru") Hahaha.. Siap ada yang tanya ni pakai time Ramadhan jer ker? Tanya camner dapat hidayah lah, sejak bila nak pakai tudung lah, apsal nak pakai lah.. semua cam tak percaya Watie dah pakai tudung. Hahahha.. Especially kawan-kawan sekolah & UTM lah, dorang dah lama kenal Watie, dorang tau Watie jenis yang giler-giler, happy go lucky, up to date & suka stylo mylo, dan maybe dorang tak sangka yg Watie akan pakai tudung sekarang kot? Maybe dorang pikir lambat lagi agaknya Watie akan pakai tudung. Hehhehe.. Watie tak sempat nak jawab panjang lebar sgt pun, nanti kalau Watie ada masa, Watie tulis lah dalam blog nih, macam mana Allah SWT bg hidayah pada Watie untuk lebih peka soal aurat, memang semuanya secara tak sengaja pun (kita yg rasa tak sengaja, pada Allah, memang Dia "sengajakan" dengan cara yg tak sengaja pada kita..heheh), kalau fikir balik, memang macam tak sangka juga, sebab pada Watie perubahan ini mesti datang dari hati, bukan kerana fesyen & ikut-ikutan tetapi kerana Allah. Seriously, pada Watie, ia adalah satu perubahan yg sangat BESAR dan bukan setakat "semua orang pakai, aku pun kena pakai". Harapnya, catatan ini juga sebagai ingatan dan kalau Watie ada tersasar sedikit dalam melalui kehidupan ni (dari segi berpakaian terutamanya), leh lah Watie baca balik catatan yang Watie sendiri tulis, semoga Watie akan kekal berpenampilan begini, Insya Allah.. 

Raya kedua @ KL. Ni masa kat umah Aunty Watie @ TTDI. Anak-anak pakai jubah bunga2, beli kat Jusco, best giler sebab ada diskaun 70%. Shopping last minit memang syiok oooo.. Jusco bg diskaun kaw-kaw punya! Nest time kan, kalau korang nak jimat banyak, jgn semangat na nak shopping awal-awal! kalau boleh, sehari sebelum raya baru gi shopping, confirm berbaloi! Hahaha.. Dari sehelai jer Watie buat baju raya anak, terus jadi 3 helai! Heheheh.. Murah bangat wei! Belas-belas ringgit jer after diskaun! 

Di kesempatan ini juga, Watie & keluarga GBOB ingin memohon ampun & maaf pada semua pelayar laman blog ini dan kepada semua rakan-rakan, keluarga, pelanggan GBOB dan semua pembaca & mereka yang mengenali Watie dan keluarga sejak kecil hinggalah dah beranak-pinak ni. Kalau ada salah & silap sepanjang kita kenal, dari segi perbuatan, perkataan dan apa sahaja dosa-doa besar mahupun kecil yang Watie sedar @ tak sedar, Watie mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun & maaf di bulan mulia ini. Semoga Ramadhan & Aidilfitri kali ini memberi barakah & keinsafan yang lebih buat kita semua. Amin. Jumpa lagi di entry akan datang okeh..:) Salam Aidilfitri buat semua. 

Watie ngan Along, with Danisha & Zayra. Motip letak gambar nih? Nak tunjuk betapa comelnya Zayra dengan songkok tinggi Pak Long dia! Hahahahha... Daddy nak sgt anak lelaki, Zayra berlakon jap jadi baby boy lah! Hihihi...

post signature

post signature