Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, September 30, 2010

My Quzayra Can Read @ 5 months age!

Ya Allah, inilah hadiah paling bermakna buat diriku. Di saat aku sibuk memastikan segala agenda untuk Majlis Perasmian Genius Baby On Board berjalan lancar Sabtu ini, Quzayra telah menghadiahkan aku satu video yang sangat beharga. Di saat aku dirundung duka kerana kematian pakcik yang paling ku sayang semalam- yang ku panggil AYAH, Quzayra menceriakan hati dan perasaan ini dengan kehebatannya MEMBACA! Sungguh tidak aku sangka dan jangka! Hebatnya kuasa otak seorang bayi! Terima kasih kerana memberikan Zayra kepada kami sekeluarga. Amin Ya Allah... Sangat bersyukur padaMU...

Hari ini, 29 September 2010 bersamaan dengan hari Rabu, pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk melawat jenazah Ayah di Serdang. Aku membawa Zayra dan meninggalkan Qarissa di rumah. My FIL sangat baik hati to drive me to Serdang memandangkan hubby kerja.Puas rasanya dapat mencium dan menatap wajah Ayah buat kali terakhir. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Ayah dan menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman.

Usai melawat, aku pulang ke rumah lebih kurang pukul 4 pm. Melayan kerenah Zayra yang nak bermain bersama-sama, bukakkan TV, menetekkan dia, sambil berborak-borak sementara menunggu hubby pulang ke rumah untuk ke Serdang bagi upacara tahlil malam ini. Tanpa niat merekod sebarang video, aku terus bermain dengan Zayra dan mengajaknya membaca. Sangat terkejut dan terharu melihat kesungguhan Zayra mencapai perkataan-perkataan yang aku minta. Teruslah I said to myself, "Wahhh... ini sudah bagus .. Baik aku rekod .." dan terus mencapai camcoder yang aku simpan dalam laci hubby. Nasib baiklah bateri dia masih banyak dan berfungsi setelah lama aku tak pakai. Kalau tak...melopehhh.... :P

Sangat happy, bangga dan dalam masa yang sama terharu dengan kesungguhan dan kepandaian Zayra "membaca" kesemua perkataan yang aku suakan kepadanya. Dalam keadaan meniarap, Zayra sedaya upaya mencapai setiap perkataan yang aku minta..dengan tangan kiri! Dengan keadaan tangan kanan yang menahan berat badannya (yang bukan ringan ..> 7 kg) sambil tangan kiri mencapai perkataan yang betul, sememangnya membuatkan air mataku meleleh apabila melihat kembali video ini! Apatah lagi di saat Zayra baru 5 bulan, kebolehan, kepandaian serta semangatnya membuatkan aku KAGUM!

Zayra sememangnya bayi yang istimewa. Di saat Daddynya risau bagaimana anaknya itu akan bergolek dan meniarap serta menolak tubuhnya dengan keadaan tangan kanannya yang tiada tulang, Zayra dengan selamba menunjukkan skil tersebut pada usia 3 bulan! Bukan itu sahaja, siap jatuh sofa lagi pada usia 4 bulan! Sedaya mungkin Zayra ingin menenangkan dan menggembirakan hati kami suami isteri, tidak mahu kami risau akan perkembangannya. Zayra membuatkan aku gembira dan tidak ragu-ragu lagi akan kebolehannya. Dia membuatkan aku menjadi lebih kuat, lebih bersemangat untuk meneroka sesuatu yang sebelum ini tidak pernah aku cuba. Bukan itu sahaja, Zayra banyak mengajar aku menikmati dan menyukuri nikmat yang Allah berikan. Banyak sungguh hikmah yang berlaku selepas kelahiran Zayra.:)

Insya Allah, selepas ni, harap-harap aku dapat merekodkan lebih banyak sessi bacaan yang kami adakan. Dulu masa Q kempunan nak buat dari baby (tak terfikir pun....aku start fokus on reading pun masa dia 11 bulan ..:) but now dah ada Zayra, rasa happy sgt sebab start awal... tak sesia me stimulate dia few hours lepas dia lahir..start to teach her to read start dari sebulan setengah usia dia ..:) As I always told uols... - ALL BABIES ARE GENIUS!!

Semoga Zayra dapat menjadi inspirasi kepada ibu bapa yang ada diluar sana. Tidak kira bagaimana situasi dan condition anak kita, terutamanya pada anak-anak istimewa, mereka masih punya hak untuk belajar sama seperti rakan-rakan yang lain. Treat them equally, jangan membezakan anak (jangan sebab dia tak cukup sifat atau ada sedikit kekurangan, kita treat dia special. In certain things atau condition aku rasa maybe ok , tapi kalau boleh, layanilah dia sama rata dengan anak-anak yang lain). Mungkin bunyinya kejam, but that is what i tried to apply to Zayra. Aku nak dia berdiri di atas kaki sendiri, jangan mengharapkan bantuan orang dan meminta simpati sesiapa. Memang mengalir air mata aku tengok, tapi bukan sedih. Air mata tu adalah air mata kebanggaan melihat kejayaan anakku itu berusaha mengimbangi badannya. Orang mungkin nampak aku jahat bila sengaja bagi barang kat Zayra dan suruh dia amik pakai tangan kanan tapi aku buat camtuh sebab nak bagi Zayra guna tangan kanan dia. Find a way to take things using that hand dan biar deria rasa dan sentuhan dia semakin baik. Its all for her own good & I'm proud to say I'm happy to do that. :)

I'm planning to do a chit chat moment with Mummies & special baby at GBOB satu hari nanti. Will discuss with Mommy Lyna about this dengan lebih lanjut. :) Aku ada borak dan cadangkan pasal nih masa sebelum puasa tapi belum finalise lagi. Memang teruja jugak nak buat sessi nih, just a simple one, borak-borak dan memberi semangat antara satu sama lain. This is how we thankful our readers, viewers & the way we give back to the community. Nak bagi derma dalam bentuk wang mungkin tak mampu, tapi dalam bentuk sokongan moral dan semangat serta cara menghadapi masyarakat, insya Allah kami boleh bantu setakat yang termampu. :)

Semoga Allah SWT merahmati apa yang kami lakukan. Amin ..



video
My name is ZAYRA - I'm a Symbrachydactyly Baby & proud of it!!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Love All Babies in the World,


Tuesday, September 28, 2010

Wardina Safiyyah Bakal Merasmikan Genius Baby On Board

Alhamdulillah,Insya Allah, jika tiada aral melintang, personaliti yang aku minat, hormat dan suka iaitu Wardina akan merasmikan pembukaan pejabat dan pusat aktiviti Genius Baby On Board Sabtu ini.

Aku baru sahaja menerima sms kiriman dari beliau menandakan persetujuannya untuk menjadi my VIP guest for that day. Tak sangka angan-angan bakal jadi kenyataan:). Sememangnya, sejak aku bukak my GBOB ni, masa awal-awal tuh, belum ada perancangan nak wat launching lagi, cuma angan-angan jer. I said to myself, kalau akan datang, aku buat perasmian betul-betul, ada bukak khemah semua, mesti best kalau aku dapat ajak Wardina datang potong riben. Coz, dalam banyak-banyak personaliti yang dikenali ramai, aku rasa dia yang paling sesuai dan mewakili frasa Early Childhood Education itu sendiri. Seorang isteri penyayang, ibu kepada 3 orang anak, bekerjaya dan dalam masa yang sama, mementing serta mengaplikasikan pendidikan awal kanak-kanak itu sendiri kepada semua cahaya matanya. A perfect match with what GBOB is currently doing kan?

Ternyata Wardina seorang yang sungguh peramah dan tak sombong kat phone. Very down to earth, senang cakap, sempoi lah orang nya. Maklumlah, aku nih tak lah pandai na dalam hal berprotokol-tokol sgt nih kan (hahhaha.. ayat pun tak betul .. korang baca blog ni pun tau aku orangnya camner kan..? wakkakak), takut gak kalau salah cakap kan, but she is so good dan tak berkira sgt, tak lah rasa kekok borak ngan dia dalam phone. :)

Wardina & her beloved family - kredit to KOSMO.

Personally aku minat dia sejak sekolah lagik, masa zaman2 dia kat Dewi Remaja lagi. Umur we all kan beza setahun jer, so masa dia kat Dewi Remaja, pastu jadi model dan berlakon, aku ikuti perkembangan dia jugak. Orang kata, dari bujang sampai dah beranak pinak lah..hehehe.. Memula suka sebab dia lawa, kacukan katakan, amik gambar tak pernah tak lawa ..lawa & sweet jer sokmo .. ahaks ..gossip pun tak banyak ...pandai lak bergaya bila jadi model dengan segala bagai fesyen tu, then dari suka sebab lawa, akhirnya jadi respek bila dia mula berhijrah. Bertudung (yang betul-betul namanya tudung), pandai jaga diri dan akhirnya berkahwin dan mempunyai keluarga. Dia nampak matang & berani bersuara apa yang dirasakannya betul tanpa ada rasa hipokrit walaupun dia tahu akan ada orang yang tak puas hati dengan apa yang dia suarakan. :) Personaliti dia yang buat aku jadi hormat pada dia as an outsider yang ikuti perkembangan dia. Bukanlah aku nak puji lebih-lebih sebab dia jadi datang my launching, tapi ni ikhlas. Aku rasa ramai yang setuju apa aku cakap nih kan ..:) Aku tak pandai nak "kiss an ass"atau "bakar sate" nih. In fact aku pun tak suka orang buat kat aku camtu. Buat apa pun biar ikhlas, bukan sebab terpaksa atau dipaksa ..:)

Wardina & her supporting hubby - Mr Ikhwan - kredit to KOSMO.

Rasa tak sabar plak nak jumpa Wardina personally. Sebelum ni jumpa kat TV jer. Hheheh... :) Mesti aku teruja kan... Korang pun mesti teruja sama kan? Hhehehe.. So, mehlah datang sama2 memeriahkan open office WismaBling Lustre & majlis pelancaran GBOB ni hari Sabtu, 2 October nih. Berikut adalah aturcara yang bakal di adakan serta promosi yang dibuat pada hari tersebut:

ATURCARA MAJLIS

11am - 12 noon : FREE DEMONSTRATION on Baby Massage Time for 1-11 months baby
(pendaftaran masih dibuka,sila rujuk entry ini)

11-am - 4 pm: All day makan & chit chatting serta beramah mesra dengan tetamu sambil berkaraoke

12 - 1.30pm: Pelancaran Genius Baby On Board oleh Wardina Safiyyah

Wardina with her charming son - Imran Arrazi.- kredit to KOSMO.


PROMOSI PADA HARI TERSEBUT:

Perfume For All: 50% Discount For All Perfume & Size (rujuk promosi penuh di sini)

Bling Buubies: 20% Discount on Nursing Kurung Pahang

Chantek-Chantek: 30% Discount on High End & Premium Brooch

Bling Auto Care: 50% Discount on Wash, Interior & Exterior Treatment.


So, marilah kawan-kawan semua datang beramai-ramai dan boleh kita beramah mesra pada hari yang mulia ini okey. Selama ni pun, banyak yang bagi sokongan pada aku tru internet, tak jumpa live. Memang teringin nak jumpa uols semua secara live..:) See you there kay!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Syukran Ya Allah,

Thursday, September 23, 2010

ECE Seminar @ GBOB Kembali Lagi!

Alhamdulillah, pihak GBOB sekali lagi berpeluang mengadakan seminar ECE (Early Childhood Education) ini. Berdasarkan kepada maklum balas yang sungguh baik sebelum ini, di mana kali pertama pihak kami menjalankan seminar ini, maka pihak GBOB telah pun bersetuju untuk membuat satu seminar khas yang berkaitan dengan ECE dan mengasingkannya dengan seminar-seminar lain yang bakal di adakan kelak. Ini kerana, melalui feedback yang kami terima, peserta semuanya berpendapat yang seminar ECE ini adalah penting untuk pihak GBOB teruskan kerana disinilah bermulanya kesedaran bagi setiap ibu bapa tentang betapa pentingnya ECE ini kepada anak mereka - tidak kira status ibu bapa tersebut - sama ada bekerja sepenuh masa atau suri rumah sepenuh masa.

Pada mulanya, pihak kami ingin menggabungkan seminar ini dengan beberapa tajuk lain, tetapi berdasarkan pengalaman di mini seminar yang diadakan sebelum ini, adalah tidak praktikal sekiranya ia digabungkan, kerana terdapat banyak sekali maklumat yang ingin disampaikan dalam satu masa untuk setiap tajuk, dan ia menyebabkan penyampaian yang dilakukan tidak sepenuhnya kerana mengejar waktu untuk menghabiskan tajuk-tajuk tersebut, jadi tidak sepenuhnya maklumat dapat dikongsi bersama. Itu belum lagi masuk bab Q & A. Jadi, kami membuat keputusan untuk memfokuskan kepada satu-satu tajuk, dan menghuraikannya dengan terperinci di samping sessi Q & A yang akan dibuat di sepanjang sessi seminar berlangsung. Jadi, semua participants akan lebih fokus dan betul-betul faham mengenai tajuk yang dibincangkan. Selain itu, kita juga dapat berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman semasa sessi Q & A tersebut. Melalui cara inilah, pemahaman tentang sesuatu tajuk itu dapat dilakukan dengan lebih efektif dan berkesan.




Apa yang lebih istimewa, ini adalah seminar yang PERTAMA kali di adakan di pejabat baru GBOB di Tingkat 2, Wisma Bling Lustre. Semoga, seminar ini akan menjadi pemangkin kepada seminar serta bengkel-bengkel yang akan diadakan seterusnya. Insya Allah.

Buat masa kini, pihak GBOB telah pun menyediakan satu seminar ECE dan satu bengkel Stimulasi (will blog about this bengkel soon...). Seminar-seminar serta bengkel-bengkel lain akan menyusul kemudian. Seminar ECE ini akan memfokuskan tentang apa itu ECE, mengapa ianya sangat penting untuk anda ambil tahu, mengapa mesti bermula awal, apa kaitan ECE dengan perkembangan otak anak anda, bila seharusnya anda bermula dan bagaimana otak anak anda berkembang. Pendek kata, segala-galanya yang anda perlu tahu tentang Early Childhood Education akan diterangkan dengan terperinci dalam seminar ini. Seminar ini bakal menjadi titik tolak untuk anda memaksimumkan potensi anak anda dan memberikan kesedaran yang bukan sedikit kepada anda selaku ibu bapa. Jangan terperanjat kalau saya katakan, dengan mengikuti seminar ini, anda mungkin akan rasa sedikit kesal dan menyesal kerana lambat memulakan serta mengapliksikan ECE terhadap anak anda. Ia seakan-akan satu 'ketukan kesedaran'yang maha hebat di kepala anda!

Berikut adalah maklumat mengenai Seminar ECE yang bakal kami adakan pada bulan October ini:

Tajuk: All You Need To Know About Early Childhood Education
Tarikh: 29 October 2010 (Saturday)
Masa: 2 pm - 6 pm (bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 30 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
* untuk mereka yang membayar sebelum 10 October 2010, diskaun sebanyak RM 49 akan diberikan. Anda hanya perlu membayar RM 150 sahaja. *


Bagi yang berminat untuk menghadiri seminar ini, anda boleh membuat pembayaran ke dalam akaun Genius Baby On Board samada melalui Maybank atau CIMB. Selepas pembayaran dibuat, sila emelkan bukti pembayaran kepada pihak kami di geniusbabyonboard@gmail.com. Pihak kami akan memberikan anda borang pendaftaran untuk di isi sebagai rujukan pihak kami. Berikut adalah maklumat akaun pihak GBOB:

CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387

Kami akan mengemaskini blog ini dari masa ke semasa dan segalanya berkaitan seminar ini akan diberitahu di dalam blog Qarissa, blog GBOB dan juga fanpage GBOB. Daftar sebelum kehabisan tempat. Kami memohon maaf tetapi pihak GBOB hanya boleh menyediakan 30 tempat maksimum untuk seminar dan cuma 10 tempat maksimum untuk bengkel. Ini bagi memastikan semua peserta kami merasa selesa dan seminar serta bengkel dapat dijalankan dalam suasana relax, cool dan santai.

Bagi mereka yang mempunyai bayi & kanak-kanak, kami mengalu-alukan anda membawa anak anda bersama, cuma kami meminta kerjasama anda untuk memastikan mereka mempunyai penjaga untuk memastikan keselamatan mereka ketika berada di Kids Zone. Bagi ibu yang menyusu badan, kami meyediakan Breastfeeding Area untuk anda dan Freezer jika anda ingin menyimpan susu EBM. Jika anda ingin memanaskan susu EBM tersebut, kami mempunyai Pemanas khas untuk anda gunakan.

We're getting excited to meet our participants in our next session ...:) Hope to see u here okeh...:)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Allah SWT Bless Uols,

Wednesday, September 22, 2010

50% Diskaun PERFUME PFA @ GBOB Opening Launching Caremony!

A special note as an appreciation to all my family, friends, customers, subscribers & future clients..:)

Sempena perasmian Genius Baby On Board pada 2 October ini, Perfume For All akan memberi"hadiah" menarik secara besar-besaran untuk semua tetamu yang bakal hadir!

Its so simple ..:)


Diskaun 50% akan diberikan untuk SEMUA JENIS PATI HARUMAN, SEMUA JENIS SAIZ !!

Syaratnya?

Emelkan senarai perfume yang anda inginkan kepada patiperfume@gmail.comsecepat mungkin, dan WAJIB DATANG ke Majlis Perasmian GBOB untuk mengambil sendiri pati haruman anda! Naik opis we all, sambil2 cuci mata dan ambil perfume! Mudah kan????

What's the Catch??

Tak mainlah catch2 nih ..ingat anak kucing ker nak tangkap2 ..? Hahhahah....takder catch2 ..ni mmg aku besar hati nak bagi sebab hari raya, pastu aku bukak opis baru, kalau tak, aku kedekut sket nak wat promo .. hahahahah... (asyik terlupa jer sebenarnya ..ahaks!):P

Payment Camner?

Bayar masa ambil nanti okeh...:)

Ada wat delivery tak?

Mestilah TAKDER sayang... nama pun WAJIB AMIK SENDIRI! Takkan nak kirim abang posmen datang pulak? Unless kalau korang nak arrange dgn sesapa yang akan datang sini, to take the perfume on behalf of u, i still can consider ..(baik kan hati aku ..?? wakkakakak)

Berapa lama promo nih?

Well, well, well.....SEHARI JERRRRRRRR! On 2 October 2010 only bebeh!

Lepas diskaun harga berapa?

2cc sample: RM 7.50
5cc: RM 14. 00
8CC: RM 18.50

Kalau tak sempat nak emel bgtau perfume apa nak, camner?

Bolehlah korang pilih mana2 perfume yang memang dah tersedia stoknya kat opis GBOB tuh. Ada 1 display cabinet yang penuh dengan perfume PFA, tapi tak semua perfume ada kat situ (aku tak sompek nak packing oooo...banyak sgtttt),so mana2 yg korang berkenan, korang leh rembat seketul dua okeh!. hehhehee...

Macam mana nak tau perfume apa PFA ada?

Sila mencuci mata anda di laman web PFA okeh

www.patiperfume.com


Jadi, kalau nak pastikan korang dapat apa korang nak, cepat2lah emel aku yer.. sebab aku nak start packing dan bawak siap2 ke opis... kang last minit kang .. tak dapat acik nak tolong dek non... ehhehhhe..

See you guys okeh ..:)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Loves,

Tuesday, September 21, 2010

Baby Massage - Demonstrasi PERCUMA @ GBOB Office

Berita baik untuk semua kawan-kawan yang mempunyai anak berusia 1 – 11 bulan !!

Pihak Genius Baby On Board dengan kerjasama Baby Wellink Services, syarikat yang berdaftar dengan International Association of Infant Massage Malaysia akan mengadakan sessi DEMONSTRASI PERCUMA di pejabat kami pada hari pelancaran GBOB iaitu pada 2 October 2010. Happy sangat nak bgtau semua kengkawan neh … * mode teruja & excited *


Sessi Urutan bayi adalah satu sessi yang sangat penting sebagai salah satu cara stimulasi sentuhan antara ibu dan anak. In fact, aku suka sangat massage time sebab time ni lah aku dapat rasakan hubungan aku dan Qarissa & Zayra sangat rapat dan semakin hari aku praktikkan sessi urutan nih, semakin aku memahami anak-anak aku. Walaupun aku bukanlah pakar dalam bidang nih, tapi boleh lah sikit-sikit kan ..:) hehehe.. Sebab tuh, kursus Infant Massage ni akan menjadi salah satu kursus yang aku akan pergi, untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan bolehlah nanti aku pulak ajar parents on how to massage ur baby correctly ..:)

Aku bertuah sebab kenal dengan Pengarah Baby Wellink Services – Puan Choong Say Mooiyang merupakan CIMA (Certified Infant Massage Instructor) di Malaysia. Beliau merupakan seorang jururawat bersara yang mempunyai 35 tahun pengalaman dalam bidang nih. Sejak 5 tahun lepas, Pn Choong bukak Baby Wellink Services Company yang focus on Pre & Post-natal Services for Mothers & Babies termasuklah Baby Massage. Dari dialah aku tahu yang bukan sebarang orang boleh ajar urutan bayi. Menurut beliau, J & J pun is far away behind them(that’s y dorang tak boleh charge cust bila buat massage course, cust bayar RM 20, dan cust dapat balik barang J & J beharga RM 20, so macam FREE lah kan) cos hanya mereka yang ada pertauliahan sahaja yang boleh charge customer untuk lakukan this baby massage from house to house, atau bengkel on baby massage coz the technique pun lain). Well, we have to understand that after all, business come 1st and the main intention is to sell the baby massage oil, that’s y the bengkel dibuat. But for me, adalah penting untuk parents betul-betul tahu & faham bagaimana cara untuk massage baby dengan teknik-teknik yang betul, barulah kita dapat lihat hasilnya. Dan sebab tuh lah, the course for parents yang nak belajar this technique akan amik masa 3 hari dan bukan sekaligus boleh complete, maybe seminggu 1 kelas, sebab lepas habis kelas, parents kena balik dan praktikkan daily dengan anak, and on the 2nd class, review akan dibuat dan they want to know what is the difference sebelum dan selepas baby massage dilakukan.


To get this CIMA punya sijil, kita kena gi kursus yang khas yang dibuat kat oversea tau! Dah lah mahal lak tuh! But lucky me, sekarang this course dah boleh amik kat Malaysia, the instructor(yang ada sijil pertauliahan untuk mengajar mereka yang berminat nak jadi CIMA) akan datang dari Australia. So sesiapa yang nak jadi CIMA, akan turun ke Malaysia for 4 days course, ada exam dan praktikal session, baru layak dapat sijil, dan barulah boleh mengajar ibu bapa dari rumah ke rumah atau dalam sessi bengkel. Mahal tetap mahal coursenya, tapi since aku memang serius nak buat this business, dapat gak sampaikan ilmu yg aku dapat nanti pada ibu bapa yang datang my seminar & bengkel kan ..:) Insya Allah aku akan amik jugak this course. Kengkawan doakan aku murah rezeki okeh ..:) Leh amik course tu nanti.

Dan, aku juga dah pun menjalinkan kerjasama dengan Puan Choong nih, untuk mengadakan sessi bengkel Baby Massage di GBOB pada bulan November 2010 nanti. Bengkel ini khas untuk mengajar ibu & bapa teknik2 baby massage yang betul. Will blog about this when the time comes okeh ..:)

The best part is, Puan Choong sudi untuk memberikan DEMONSTRASI PERCUMA sempena pembukaan GBOB nanti! Sungguh lah aku terharu dengan keikhlasan dia untuk memberikan demonstrasi supaya semua ibu bapa tahu kepentingan baby massage ni. That’s’ y aku cepat2 blog pasal ni, sebab aku nak kumpul nama, sesiapa yang confirm nak datang on that day bersama bayi anda. Sapa yang nak, boleh cepat2 register dengan aku ok! Jangan tak datang pulaak tau, sebab aku nak confirm dengan Pn Choong the total pax yang akan hadir. Kalau ramai, maybe kena buat 2 sessi atau dia panggil another CIMA to help her. Jadi, aku nak confirm betul2 siapa yang boleh datang on that day. Berikut adalah informasi pasal baby Massage nih:


Tarikh: 2 October 2010 (Sabtu)
Masa: 11 am – 12 noon
(jangan lambat yer, sebab kalau lewat, baby ngantuk & grumpy, the session tak berkesan, lagipun, tak best ah buat kengkawan lain tunggu kita kan..)
Tempat: Seminar Area, GBOB OFfice @ Wisma Bling Lustre,
NO: 47-2, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya,
47120, Puchong, Selangor
Maklumat yang perlu di beri pada aku:
Nama ibu, nama anak & umur anak serta hp number, emelkan ke
geniusbabyonboard@gmail.com di bawah tajuk : Reservation for Baby Massage


Aku sangat2 menggalakkan sesiapa yang ada anak kecil tuh, boleh lah datang ke sessi DEMO PERCUMA ni untuk melihat dan merasakan sendiri keseronokannya. Once u get the idea, bolehlah uol decide whether you want to come for the bengkel or not. Very worth it sebab sekali belajar, sampai anak 10 boleh guna. Siap leh ajar Cucu skali okeh kalau korang dah tua nanti! Ahaks!

Till then, jumpa korang on our Open Office & Launching Day okeh!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Love,

Monday, September 20, 2010

Jemputan Open Office & Genius Baby On Board Official Launching!

Salam Lebaran buat semua,

Rasanya time nih semua dah balik dari kampung & dah mula bekerja kan? Mesti malas nak kerja selepas lama bercuti kan? Hhehehe... Tau sangat, lazy Monday mood yang akan menyerang semua pekerja2 yang amik cuti panjang neh ..hehhehe..

So, untuk menghilangkan rasa boring dan menambah aura seronok di pagi Isnin nih, aku dengan segala sukacitanya nak jemput semua saudara-mara dan kawan-kawan - baik yang rajin baca this blog, silent readers mahupun active readers, business partners PFA dan sesapa sahaja yang menyinggah ke laman blog ni untuk sama-sama memeriahkan mahlis yang bakal kami adakan di awal bulan Oktober nanti!

Pihak GBOB dan Bling Lustre telah pun bersepakat untuk mengadakan Open Office dan dalam masa yang sama, merasmikan pejabat baru Genius Baby On Board di Tingkat 2, Wisma Bling Lustre. Selepas seronok membuat kejutan pada my parents, tibalah masanya untuk kami membawa anda semua buat Road Tour kat pejabat baru GBOB. Dah tengok gambar kat FB @ Blog kan, this is the time uols leh tengok liveeee....:) *mode excited & teruja neh ...*

Sengaja we all pilih awal October sebab tahu, mesti banyak Open House yang menanti uols semua kan .. so, habiskan semua rumah yang ada, tapi block date kat bawah ni okay! Jangan lupa bawak anak-anak datang, lepas potong riben, anak-anak uols leh lepak2 dan main2 kat Kids Zone @ GBOB. Mak leh makan kat bawah, anak main kat atas! Ada 2 tempat nak lepak2, Tingkat 1 dan tingkat 2 .. Ikut uols lah nak lepak mana pun ... Best kan ..Hhehehe ...

Majlis nih we all memang plan nak buat secara santai dan taklah terlalu berprotokol sebab our main intention - NAK BERAMAH MESRA DENGAN PARA TETAMU YANG DATANG. Chit chatting, mingle around dan berkenal-kenalan dengan para tetamu .. hehehe.. rest & relax orang kata. Hheheh..Sebab tuh we all takder nak wat aktiviti-aktiviti yang terlalu banyak, sebab takut nanti terkocoh-kacah dengan aktiviti dan tak dapat nak melayan tetamu yang hadir. Dah lah raya setahun sekali kan ..ni lah masanya nak kenal-kenal anda sekeluarga .. :)

Jemput datang tau!!!

Sambil-sambil borak, kita juga akan dihiburkan dengan rangkaian lagu- lagu raya .. heheh.. bolehlah kalau korang nak lepas gian karaoke, leh nyanyi puas2 hari tuh yer! Hahhaha..Kalau tak cukup CD abang karaoke tuh .. korang bawak lah CD minus one sendiri .. wakakka.. layankan jer ... yang penting semua have fun! :)

So, this is the details pasal majlis tuh ..:)

Date : 2 October 2010
Day: Saturday
Time: 11 am - 4 pm
Place: Tempat Letak Kereta,
Wisma Bling Lustre, No: 47-G, 1 & 2, Jalan Meranti Jaya 3/1, Tanming Boulevard, Taman Meranti Jaya, 47120, Puchong, Selangor.
Tema: Hari Raya 1 Malaysia (pakai baju kebangsaan okeh!)

Aunty-anty & Uncle2 semua kena datang jumpa we all tau! Hhehehe

Any info pasal majlis tuh, aku akan update dari masa ke semasa dalam this blog okeh gang ..:) Jangan lupa block this date tau! Please ..pleaseee...& pleaseee... treat this as my personal invitation tau, janganlah sebab aku tak call uols direct ajak datang, korang takmo datang sebab aku tak cakap sendiri dari mulut kekdahnya...so hati suda kecik dan terus takmo datang .. hu hu ..sedih aku nanti tau .. kan skang ada banyak teknologi terkini, mehlah kita gunakan dia okeh...lagipun, hp aku tuh banyak nombor dah takder sebab hp lama aku hilang, semua nombor dalam hp lama, hp baru banyak number kawan yang takder ..haruslah nanti time majlis aku wat koleksi kumpul nommbor phone .hehehehe...

Ni pulak, peta utk korang datang ..Jangan sesat tau ..tak susah sebab dah banyak landmark yang ada ..susah-susah, pakai GPS okeh .. confirm tak sesat ..heheheh..


Map to GBOB


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Yang Ikhlas Menjemput ...
Watie & saiful Sekeluarga ...:)

Friday, September 17, 2010

Interior Decoration @ GBOB Office- Kids Zone

Akhirnya, dapat jugak aku pinjam camera mahal adik aku tuh utk amik gambar kat my new office. Bukan apa, camera aku cap ayam jer .. (siannya My Lumix... mahal gak tau, walaupun bukan DSLR, sampai hati aku kata dia cap ayam, nanti esok hilang baru padan muka aku ... hu hu ..sorry my dear Lumix... i love u nehhhh...). Tapi memang diff sungguh antara camera mahal ngan tak berapa mahal kan? Org yg tak pro kalau amik guna DSLR pun still nampak cantik. Hehhee..

The Kids Zone ..:)
Karpet yang lembut & tempat baby lepak & changing diapers..:)
Tempat Kids duduk, lepak, bermain, menulis, melukis dan sebagainya. Kat sebelah tuh ada 2 guard yg sedia menanti utk di"belasah". Confirm tak jatuh..Kuat tau guard tuh! Hhehehe...,
TV & DVD for them to watch Education Material only..:) sorry sayang, kat tempat Aunty takder Ben 10... hu hu ..

Gambar2 ni hubby yg amik. Ni lah 1st time dia pegang camera mahal utk amik gambar. Hhahaha.. Dia pun tak reti sgt tapi pas adik aku ajar sket2 .. oklah ..dia guna mode Auto jer pun.. Ekeke... tapi the output - not bad at all okeh! Ni pun semua gambar yg uols tgk takder pun yg aku edit, cuma ada yg aku wat rotation jer utk bg jelas sket, tak lah kepala kita terteleng2 nak tgk gambar dr view yg sebenar kan ..:)

The whole view dr arah ofis
The whole view dr arah Breastfeeding Area
Crawling & Play Time!

Area Kids Zone ni quite big jugak, in fact its bigger than the seminar area, sebab di sinilah segala aktiviti parent-kids akan dilakukan in the future such as Playgroup Activities, Art & Crafts dan Music. Ia juga dilengkapi dengan aircond 1.5 horse power dan kipas ala-ala kedai yang bunyi cam enjin kapal kalau aku bukak nombor 1. Wakakakakak.... Bukan apa, saja aku standby kan kipas tuh, manalah tau, kalau dah ramai-ramai, nanti aircond pun tak rasa dan berhempas pulas menyejukkan semua org yg datang, so..kipas aku tuh as my back up plan lah kunun... Tak sesia aku beli kipas tuh dulu .. Sangat kukuh dan teguh dan berat! Aku paling tak suka beli kipas stand sebab selalunya lembik dan lemau, sebab tuh bila jumpa kipas besi nih, terus aku beli. No regrets!.

Hiasan dinding ..:)
Material yang bakal digunakan utk Playgroup & Activities @ GBOB

Di sinilah anak-anak uolas akan ditempatkan bila GBOB buat seminar @ bengkel nanti. They can explore anything & everything yg ada kat sini dan for sure Q akan happy sebab ada banyak kawan. Hhehehe.. Selama nih dia main sengsorang jer sebab adik lum pandai jump and run lagik..Hhehhee.. Dont worry sebab walaupun uols kat dalam, u still can see ur kiddos playing outside. Just make sure ada maid @ helper utk tgk dorang main2 for safety side...:)

Kerusi utk mak bapak maid & helper lepak sambil tunggu anak wat aktiviti...
Lampu terbang...:)

Agak2nya, anak uols semua akan suka tak my place as tempat hang out baru for them? Hehehhe..:)

2 ekor kucing jinak yg akan menyambut anda di ofis GBOB...

Hmmm...nantikan gambar2 facilities yang disediakan @ GBOB Office pulak kay .. To be continue ..:)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Cool To Chill,

Saturday, September 4, 2010

Little Reader Chinese Is Coming To Malaysia!

The Box

Berita baik untuk peminat-peminat Little Reader seantero dunia! Little Reader Chinese Add On Pack akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. *mode excited*

Now, its easier to teach your baby Chinese..Selain dari bahasa Arab, I always wanted to teach my baby Chinese - Mandarin to be exact. Bahasa Arab atau mengaji tuh kita leh ajar sebab kita memang tahu kan, tapi Mandarin ni susah sket sebab kita pun tak pandai cakap. Macam mana nak ajar? Silap2 anak kita ajar kita balik. Haru toll.. Tu lah aku kalau boleh nak my babies tahu bahasa Mandarin, at least dia tahu cakap, jadi dah besar nanti senang sket aku nak ajak dia gi China shopping barang. Wakakakaka...ada agenda rupanya mak Q's neh! Sabau jerrrr....:P

The Set

Memang aku akui, kalau kita dah besar, nak-nak dah 2 kali meneran baby kan, memanglah urat2 memori tuh putus semua. Susah btol aku nak belajar bahasa ni tau. Tensen dowh .. Siap ada Traditional Chinese dan Simplified Chinese pulak tuh. Orang M'sia katanya banyak guna Traditional Chinese, tapi dah mula ke arah Simplified Chinese, memandangkan mainland China memang gunakan Simplified Chinese neh dalam pertuturan harian. So, haruslah kita guna jugak Simplified Chinese, nak-nak sesapa yang rasa nak ke China for shopping atau business. Senang nak mintak diskaun dan susah kena tipu okehh...

Dalam Little Reader Chinese nih, ada 2 jenis pertuturan, Traditional dan Simplified Chinese. Kita leh pilih salah satu, tapi aku cadangkan pilih Simplified Chinese. Yang bagusnya Add On Pack nih, sama seperti LR English, dia gunakan 3 suara iaitu lelaki dewasa, perempuan dewasa dan kanak-kanak. Suara2 nih pula sangatlah jelas dan mudah di ikuti, suara yg dibawa khas dari mainland China neh ...hehehe, so mudahlah kita mengikutinya ..:) Personal opinion - aku rasa mudah sebab sangat jelas berbanding dengan apa yang aku pernah dengar dan download sebelum ni. Untuk baby or toddlers, dah tentulah lebih mudah berbanding kita yang dah kertu ni kan. They learn it without effort pun. Sakit lak hati aku tgk Q sekali dengar dia leh terus ikut apa yg Cina tuh cakap kat LR, yang aku nih terkial2 duk ulang2 dua tiga kali semata-mata nak pastikan accent aku betul (kononnya ...hahahah) ..Dia rilek jer dude, mmg langsung takder effort ..caittt...napalah bapak aku tak htr aku skolah cina dulu .. kalau tak mesti aku dah power skang ..ni rasa cam bertanding ngan anak sendiri, dah confirmlah aku kalah .. hu hu ...sabar jer!

The Curiculum

Little Reader Chinese Pack ni juga HANYA BOLEH DIGUNAKAN BERSAMA LR SOFTWARE,so kalau korang tak beli software nih, harap maaf yerk, mmg tak leh guna. Manalah tahu ada yang nak beli LR Chinese Pack jer kan .. mmg tak dapek nak nolong yeoppp.. Kena dapatkan the software 1st, then only leh guna LR Chinese..:)

Memandangkan aku pun tak reti Chinese, secara jujurnya, there's nothing much that I can do, memang aku pun belajar bersama2 Q nampaknya ..100% jadi student balik. Hehehe..Ok ah tu kan .. aku dah belajar few words yg simple2 cam action words dan anggota badan .. rupanya EAR tuh bunyi lebih kurang sama jer dalam Mandarin .. hahahaha.. cuma accent tuh dia enhancekan sket ..wakakkak..si Zayra pun suka tengok, dah pandai demand baby neh .. Tak kesah English or Chinese, habis jer file dimainkan, kalau aku lambat bukak file lain, alamat kena bebel lah.. hu hu ..

In terms of price, aku pun lum tahu lagi harga kat Malaysia berapa, nanti kalau dah tahu, aku akan inform kat blog, web dan FB kay ..:) Sesapa yang nak Free Trial untuk LR Chinese nih, boleh ah klik link di bawah, jadi member dan download the Trial Pack okeh ...:) Again, as i always said, jgn lupa pulun kaw2 tau!

http://www.brillkids.com/ra.php?18287

The Lesson Planner

Sapa yang dapatkan LR & LM software ni, bolehkan hubungi aku coz my company Genius Baby Resources adalah authorised dealer untuk this software for M'sian market. Selain dari Trial Free Pack, kalau nak aku demo the whole software, how it works atau nak tgk the hardware (flash card, story book, presentation binder and so on ..) leh ah kita wat apointment atau jumpa kat my opis..leh lepak2 lelama dan borak2 kan ...:)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Loves,

Thursday, September 2, 2010

Stimulation: Zayra & Her Mirror Time

Finally dapat buat entry utk stimulation for my baby. Lama btol hutang entry neh. Asyik lupa jer. Ni dah ingat, cepat2 aku buat, tertangguh kejap my slide presentation for workshop tapi blog reader punya pasal (ceit..macam lah banyak reader pun ..wakkakaka..) aku gagahkan buat jugak. Coz i love uolss...eceh ecehh.. hehehe..

This is how i put my Zayra during her mirror time..:)
Zayra: Eh eh..ada baby yg sama muka & tangan cam kita lah .. hehehe

Mirror time with Zayra adalah satu time yang baik aku mahupun Zayra suka sangat. This is one of the way I stimulate my baby since dia lahir. I gunakan mirror as one of my tools. Ada jugak yang tanya aku takper ker guna mirror coz org tua2 tak bagi baby tgk mirror. Aku tak tau pulak ada restriction cam tuh sebab tak pernah dengar tapi pada aku, if ada sekalipun, aku tak dapat relatekan kenapa pulak tak boleh dan apakah sebab musababnya. Pada aku, as long as jawapan yg diterima takleh masuk dek akal, aku ignore jer kot.. hehehe.. aku kan rule breaker .. wakakak.. tapi maybe org dulu2 takut cermin tuh pecah, nanti kena kat anak, luka berdarah..dah kurang hantarannya pulak..Wakakak.. tuh yg tak bagi kot..

Leka tgk mirror

So, awal2 aku bgtau, korang kena pastikan mirror tuh adalah mirror yang selamat utk anak korang tengok, mungkin boleh beli baby mirror, yang dia reflection type tapi bukan dari jenis kaca. Aku tak tahu apa nama dia, sebab aku takder that kind of mirror, aku ada real mirror dan aku gunakan mirror tuh with Zayra, tapi aku pastikan aku sentiasa ada di sisi dia masa stimulasi berlangsung. So, masalah pecah, jatuh dan sebagainya dapat dielakkan.

Memek muka time..Hahaha
Garangnya baby depan aku neh!

Mirror ni adalah satu stimulasi social utk baby kita. Dengan mirror ini , baby boleh tgk reflection dia dan dia akan curious dengan baby "yang satu lagi". They tot its their frends and will try to grab, talk, lick atau apa sahaja lah aksi depan cermin tu. Its an important skills that your baby can master tru they mirror stimulation. Selain dari sosial skill, kita leh amik kesempatan utk tunjukkan anak kita bahagian2 muka dia, bermain2 dengan dia (bonding time with our baby) dan gunakan sessi ni jugak untuk buat tummy time. 2 in 1 job lah namanya ni ..:)

Gud tummy time too..She can stay like this for 15 minutes..:)
Umur tak sampai sebulan tapi cam dah besar yerk? Hahhaha

Untuk tummy time, maybe anak kita tak suka tummy time, tapi dengan adanya mirror nih, it helps them to like it. Sebab dia akan seronok dan jadi eager seterusnya dapat lupa ketidakseronokan tummy time tuh. Hhehehe.. As for me, aku suka gunakan nursing pillow sebagai bantal utk aku letak Zayra. Selain dari bentuk U yang dapat mengelakkan Zayra tergolek masa tengok cermin tuh, ia juga nampak tegap dan kukuh, tak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Just nice utk dia menjenguk ke cermin tuh, aku pun senang nak handle dia time tu. Aku buat aktiviti nih agak awal, Zayra baru sebulan lebih masa gambar ni di ambil @ 3/6/2010 yg lalu, and...at at 3 months age, aku dah nampak hasilnya. Zayra takder masalah tummy time, she love it dan bukan tu sahaja, it really helps to build up her neck and hand muscles. Tu yang 3 bulan dah rolling, 4 bulan pecah rekod, siap jatuh lagi (sebab rolling lah tuh ..eheheh). Memang boleh nampak the difference masa time Q dulu. Yerlah, time Q kan aku trial & error phase, skang dah berani dan yakin, no doubt, gua belasah jer beb .. hehehhe..alhamdulillah, nampak dah kesannya. :) Tummy time is important sebab it will help baby to roll, creep, crawl and sit later on. Semuanya berkaitan antara satu sama lain & ada melibatkan the brain connection. Dalam seminar aku, ada aku explain in details pasal this thing..:)

Menung nampak?
Yerlah, boring! Mummy asyik amik gambar jer. Flash cardnya mana? Takmo main ngan adik ker? Hu hu...

So, rajin-rajinlah kengkawan buat mirror time ngan baby okeh. oleh nyanyi atau just borak-borak time tuh. Paling best, tunjuk flash carYBCR atau LR flash card utk dia. Biar dia tgk that words and we can play with the words tuh semua. Ada gak pekdahnya dari borak2 kosong kan. Orang kata, borak ada isi. Hhehehe..Anak pun suka tengok words dan gambar tuh semua.. :)

Selamat ber mirror time okeh! .

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Loves,