free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, July 30, 2010

Genius Baby On Board is Now on Facebook!

Yehaaaa! Finally aku dapat gak buat this "LIKE" button @ Facebook untuk my baby company Genius Baby Ressources ni.Dah lama aku nak buat tapi asyik tertangguh-tangguh jer. Bz ngalahkan Perdana Menteri Pakistan btol lah .. Hahahhaa.. Bukan bz jer ..tak reti pun yer .. Hhahaha..kena godek2 dulu FB nih .. then barulah pelan2 aku buat ..yang membuatkan lambat sket adalah sebab aku menunggu logo yang sangat cantik dan comey dari cik Jiji kita. Hhehehe.. Yerlah, nak mender cantik mestilah susah sket nak dapat kan.. but end result? Happy...happy!!!

Ni pun sebenarnya the signage belum finalise tapi logo bebudak tuh mmg aku dah nak lah kan .. skang Jiji ngah bertungkus lumus siang dan malam menyiapkan logo & website serta blog GBOB .. hehehhe... u go Jiji ..u go bebeh!! Setakat ni pueh hatilah aku dengan hasil kerja Jiji .. sangat best sebab si Jiji nih tak kedekut nak kongsi pandangan dia .. Suka bg idea dan tolong ah kata .. leh siap betulkan ayat BM aku yg tunggang terbalik untuk singane .. Adei..malu mak noks... aku mmg fail betol bab susun-susun ayat nih ..dah lupa dah semua kata kerja, kata adjektif, kata sifat .. perghhh..sungguh teruk! Sib baik Jiji ada, dia yang tolong aku betulkan semua tuh. Thank you so much dear .. :)

And, to all my blogger frends & my readers, semua dijemput untuk melayari laman Facebook Genius Baby On Board dan rajin2kan jari tuh untuk klik "SUKA" kat page tuh kay! Hhehehe.. Aku akan gunakan FB ni untuk berinteraksi dengan semua kengkawan, pelanggan dan bakal pelanggan..:) Lebih dekat dihati kekdahnya .. hahahaha .. kena blajar banyak lagi social plugins FB nih .. adeh ... :P

Ok frends .. here is the link ...:)



*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

My Baby Company is My Love Towards My Babies...

Friday, July 23, 2010

Right Brain VS Left Brain: My Brain?

Wow, this is SOOOOO GREATTTTT! This is my 1st test on Right Brain VS Left Brain since i have Qarissa. Dulu rasanya ada buat quiz like this when i attended training, my company sent me for a motivation training kot ..but its more on personality test, not specifically right @ left brain.

I can see a tremendous way of looking & solve things since i have my Q's. The way i think & react changed 360*. Its hard at first ..but i tried hard .. and i tried smart ..both ways as I'm aware of the importance of right brain method .. and how it can effect me as a person & a mother. I'm also aware of how importance to balance the usage of both brain for mankind, but I'm not expected to get this result! Nampaknya apa yang aku amalkan for this 2 years telah berhasil dan menampakkan positive result. Alhamdulillah ..

Hopefully, keadaan ini akan kekal sampai bila-bila ..:) My blog readers a.k.a my my lovely friends also can do the same test to check whether u are right brain dominan or left brain dominan or you use both brain equally! Pastikan jawab soalan yang diberi dengan penuh keihlasan, and apa yg terlintas di fikiran uols dulu tau .. or else u're cheating urself! :P Dont worry ..there is no right @ wrong answers. It is just for us to know where we stand and after that we can act accordingly to balance the usage of our brain.

Have fun yeahh...! Click kat link yang ada kat bawah nih ha ..if u want to do the quiz ..:)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Loves,

Mommy Of Q's ..:)

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance:16(16)
Right Brain Dominance:16(16)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday, July 20, 2010

My 1st Early Childhood Education Seminar @ Wisma Bling Lustre!

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya, pada 17 July 2010 bersamaan dengan hari Sabtu yang lepas, my new company Genius Baby Resources telah pun berjaya mengadakan seminar kami yang pertama mengenai Early Childhood Education. Aku rasa sungguh seronok dan teruja dengan kehadiran semua participants.

Books & VCD under Genius Baby Resources
Education Games to stimulates your babies & toddlers!

Seramai 22 orang telah pun berjaya menghadirkan diri di seminar yang diadakan buat kali pertama ini. Dan banyak juga emel serta sms yang aku terima dari beberapa keluarga terutamanya ibu-ibu menyatakan betapa kecewanya mereka kerana tidak dapat menghadirkan diri di seminar ini. They really rasa frust, ada yang sampai susu jadi kurang sebab tension tak dapat datang (love u Lis ..next time u datang tau!) Ada yang sedih, siap wat iklan kat blog nak ajak org lain join coz hubby tak dapat teman (thanks Yatie for your support) dan ada yg message berkali-kali to say sorry sebab last minute hubby ajak balik kampung ada urgent matters, sampai suh aku wat personal class utk dia ! (Ila, love u! Aku sungguh terharu!) Hu hu ..sungguh aku rasa terharu dan macam tak percaya dengan sambutan yang diberikan. Sungguh luar jangkaan! Thanks my dear frends .. U're such a wonderful Mom! Semua nak yg terbaik utk anak dia .. & I can really see ur effort towards that .. :)

Suraya & Bart yang sempoi! Lovely couples. Hubby u rock! Hehhe..
Mazlia & her kiddos. Cian Maz kena balik awal coz anak tantrum. Your VCD i bagi kat Kay tau! Hehhee..nanti leh amik ngan Kay ok..:)

From the feedback forms yang aku dapat, kebanyakannya bagi rate 4 & 5, which is BAIK & SANGAT BAIK di bahagian Penceramah, alhamdulillah, suka aku sebab awal2 aku dah bagitau .. aku nak semua ikhlas bagi pandangan, coz I really want to do better next time .. so I need the feed back to improve myself. Ada yang tulis "Good for 1st timer" yang buatkan aku senyum suka...Thanks sangat ( I dont know who u're but it really makes me smile dear) . Yer betul, dah 2 tahun lebih rasanya aku tak buat talk. My last talk masa aku kerja CRONY but talking & training about different things - citer pasal kesihatan dan kecantikan wanita, reshaping undergarments tuh. So this is my 1st time talking on ECE dan alhamdulillah, feed backnya sangat memberansangkan.!

Sebab muka aku huduh bila bercakap, aku letak 2 keping jer! hahhaa.. Menci ahh.. tak dapek nak posing bila org amik gambar time acik ngah bg talk! Hahahhaa..
Sama je aku ngan dinding kan! Wakakaka..

In terms of tempat pun ramai yang puji, they like the place dan persekitarannya, cuma ada yang kata jauh sikit dan susah nak cari sampai sesat. Takper-takper, pasni meh kita glamerkan tempat tuh ramai-ramai, sampai semua 1 Malaysia kenal!!!! Ok tak? Hehehe.. teringat plak dulu on 2006 my hubby tanya - "Kenapa pilih nama domain patiperfume.com? Tak komersial.." Then told him, "Takper, nanti u tgk, i komersialkan dia okeh!"Alhamdulillah, tak sampai 2 tahun, penuh kat internet dengan nama pati perfume. Banyak company tumbuh macam cendawan selling perfume like PFA and claim its PATIPERFUME. Seeeeeeee.. i dah popularkan nama pati perfume tuh walaupun masa nak buat web tuh dulu, i terkial-kial duk pikir design dan masa tuh, nama pati perfume kalau wat searching pun mmg tak jumpa dan takder pun orang pakai.:) Sekarang, bersepah-sepah kan? Well, its good to be the 1st one who venture into the market and after that tengok ramai orang follow the same concept.:) Memang ia satu persaingan, tapi persaingan yang sihat, & PFA is still alive & kicking! Insya Allah...So, my next mission is to popularkan that place... Hehehhee.. best tau ada mission nih .. Coz we will focus on our mission and strive for the best! Why nak POPULARKAN WISMA BLING LUSTRE??? I will tell u in my next entry. Insya Allah. (aduiii..gua banyak hutang entry beb...Perghh!)

Me with Mas
Me with Izzah. Yang, i rasa i ada hutang 1 VCD utk Taqi lah. I letak dia under ur family names, so I terlupa nak bg kat Taqi the VCD. Nanti u say sorry to her kay, maybe i can post the VCD?
Me with Super Duper Papa - Ariff hubby Jegot yg sungguh supportive!

Alhamdulillah, lepas habis seminar, I received lots of emel & sms serta komen2 di FB from my participants. Semuanya puas hati dan rasa seronok. They said that apa yang yang participants nak tau memang I bagi. And they said that aku tak kedekut @ simpan secret utk diri sendiri sebab ada sesetangah speaker yang tak mo share secret dorang. Wa...yer ker? Aku pun tak pasti sebab ni 1st time aku wat seminar berbayar kan. Hehhee. All this while, company yang bayar aku utk bercakap. So, my personal opinion, bila org dah bayar kita, kita bglah yang terbaik, walaupun yang kita share tu mungkin secret, but i believe its an "open secret". Mungkin ada sesetengah yg kita nak share tuh takleh nak share pada seminar tuh coz masa yg limited atau mmg kita nak buat khas utk seminar lain, but during the real seminar, bagi jer lah kaw-kaw. Coz bila kita bagi apa yg participants nak, I believe they will come again to our seminar or bengkel to listen to what we're going to share eventho they need to pay higher price for that. To tell u frankly, there's a lot to share ..and I have difficult time to share it in 1 seminar! Thats y aku kata hari tuh, aku pun tak pasti its mini seminar atau seminar betul. Hehehhe.. Tak kesahlah apa pun istilahnya, yang penting participants happy!

Me with Zuraini & anak2. Alahai Zuraini, aku bg ingat ni ha, aku ada hutang ko RM 20 nih. Adoii...! Lemaunya Watie!
Me with Kak Myza, our SMCS Senior. Anak 4 tapi body maintain hokay. Apa rahsia kak? Hheheh..
Me with Fiza, my silent reader yg sangat supportive with anak yg sangat comel hokay! Still remember Faheem senyum2 kat aku masa aku ngah wat talk. Mesti dia kata, "Apa mender la mak nenek ni bebel2 kat mak ayah aku nih?" Hahhahaa...

Dari feed back form jugak, the participants gave me some ideas & tell me what they want in my next seminar. So, Insya Allah, pasni aku akan sit down & think about all the seminar & bengkel serta workshop yang akan dikendalikan oleh Genius Baby Resources dengan tajuk-tajuk tertentu supaya aku dapat fokus dan bagi yang terbaik untuk semua. Aku tak suka terkejar2 dan cerita semua in 1 time ..As i said, makin banyak aku wat study & research, makin banyak pengalaman yg aku dapat melalui pembelajaran harian with my babies, makin banyak aku nak share, makin pening aku nak selitkan semua in 1 seminar! Sebab nanti dapat sana sikit, dapat sini sikit, dan aku rasa tak puas nanti sebab semua sikit-sikit. Hahahhaa.. At least, bila bincang by topik, leh ah aku wat role play dan interaction with parents dengan lebih banyak sikit. Semua rileks & its like a perbincangan yang akan mendatangkan output yang baik dan bernas serta boleh diaplikasikan bila dorang balik umah. Then I will feel that the money u all spent @ Genius Baby Resources is berbaloi-baloi...:)

Me with Nini yang preggy 5 ++ but still maintain figure! Cayalah yang..! & congrates sebab dah resign & work at home. How nice is that kan kan ?
Me with Hazie. Cian Rayyan tak ikut sama. I ada hutang emel ngan u dear. Jap gi i balas kay. Hhehehe...

Ok frends, till then, sapa yang tak datang tuh, leh share gambar2 yang ada kat sini ok..:) Insya Allah, there will be a lot of bengkel & seminar after this and now, my new website GBOB pun tengah diselenggarakan untuk di naik taraf oleh Cik Jiji kita. Sungguh tak sabar nak lihat hasil kerja Jiji yang mabelesssss hokay. Cantik jer dia buat make over blog orang. I likeeeee.. Yang aku sempat nampak - Hanz punya. Tuh pun sebab Hanz cakap Jiji yg wat. Yang lain aku tak pasti plak sapa yang pernah guna khidmat Jiji. maybe aku tak sempat nak baca blog lately, sampai blog aku pun bersawang-sawang sebab nak fokus on my seminar. Hu hu ..Bad me! Rasa happy gak dapat tolong bisnes member2 erk.. Pasni nak tgk pulak apa yang boleh aku sokong kat Little Mama a.k.a Ros. Maybe leh amik gambar satu family ker? Atau beli baju baby? Atau maybe leh beli nursing blouse kat Nini a.k.a Ummi Khayra ker? Hmmm...bestnya ramai kawan perempuan in business kan! Happy happy ...:)

Me with Ros a.k.a Little Mama. Mentang2 lah aku suka topi Izzah, saja jer Ros tayang2 kat aku. Alahai comeynya Izzah ngan topi tuh! & I managed to give Ros Brainy Baby VCD yg dia takder! Hhehehe.. walaupun Ros kata dia ada semua collections! Hope Izzah suka with that VCD dear!

Till then, will meet u in my next entry kay!!! Muahssss againnnnnn..aku harap hadiah VCD Brainy Baby yang aku bagi pada semua participants yang hadir tuh akan digunakan dan ditayangkan pada anak masing2 yer! Watch with them tau! Hheheh.. yer, memang semua particpants dapat hadiah tau ..:) They get Brainy Baby VCD. I told uols dy kan..all my participants will get MORE than what they invest in my seminar! :)

Me with few of the participants, ada yang dah kena balik coz habis lewat dari jangkaan. :) & me look so weird without my babies, mencinya rasa!!! Macam pengantin tak laku jer duduk ngan tangan kat peha camtuh! Waaaaaaa...I want my Q's!!!


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Lots Of Love,

Sunday, July 18, 2010

Official Launch Of My 1st Mini Seminar !!

* this is a sticky entry until 17 July 2010. Kindly scroll down for new updates entry. Thanks Pals !!*

Wowwwww! Tak pernah seumur hidup aku pakai 2 laptop kiri -kanan, anak satu berdiri kat celah peha, satu pangku kat peha, sambil layan LR sebab Q & Zayra nak wat reading session dan aku chatting ngan 3 org sekaligus, sambil sesekali jawap dan call few peoples! Gila betul aku rasa hidup aku hari nih! Dah lah semalam tidur kul 3 pagi ....cam nak pecah kepala aku hari nihhhhhhhh!! And now...I'm writing my blog at 3.56 am ..Goshhhhhh....!

Semuanya sebab banyak perkara berlaku in a period of time dan semuanya berkaitan antara satu sama lain dan memerlukan kecekapan dan kepantasan yang maha thir ..ops... bukan bukan ..maha tinggi! Hhehehe... Sebab tuh aku terus menjadi "iron lady" dan hampir-hampir jadi"incredible hulk hogan" jugak! Wakakaka... Ahamdulillah, my final discussion with my friendMommy Lyna untuk menggunakan pejabat a.k.a home sweet home nya @ Wisma Bling Lustreuntuk mini seminar PERTAMA yang bakal diadakan ini akhirnya menjadi kenyataan!! Penat tau aku kejar Mommy Lyna nih ..ahahha..the super duper bz Mommy on earth yang berjaya! Nak wat appointment ngan PM senang lagik kot! Hhahahah.. Kan Lyna kan ..sayang ko..!

So kengkawan, dengan penuh kesyukuran dan rasa rendah dirinya, aku dengan ini mengumumkan yang GENIUS BABY - MINI SEMINAR a.k.a BORAK SANTAI bakal menjadi kenyataan!!! Dan akan di adakan pada pertengahan bulan July ini !!!!!! Isnt that GREATTTTT?? Ok, here are the details of the mini seminar.


Date: 17 July 2010 (Saturday)
Time: 2 pm - 4 pm (or maybe longer depends on the chit-chat moment)
Place: Wisma Bling Lustre, No: 47-1, Jalan Meranti Jaya 3/1, Tanming Boulevard, Taman Meranti Jaya , Puchong, Sgor.
Price: RM 50/pax @ RM 80 per couple (husband & wife).
Max Participants: 30 pax only (1st come 1st serve with full payment)
Target Participants: Pregnant Lady, 1st time parents & Parents with > 1 child who love ECE.

Apa Yang Akan Uols Dapat? - Ok, seminar ni secara ringkasnya akan mendedahkan parents tentang BETAPA PENTINGNYA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK & WHY?. This is important before we start anything sebab dengan adanya kesedaran tuh, barulah apa yang kita akan lakukan selepas itu (that is when ** HOW ** took place) akan lebih berkesan. Sebab kita dah tahu kenapa kita kena maximisekan 3-4 tahun yang pertama dalam hidup anak kita sebaik mungkin. Bila dah faham dan sedar, Insya Allah, kita akan sampai ke matlamat asal kita. Kita tak lagi bertangguh dalam memberikan rangsangan yang terbaik untuk anak kita walaupun kita sibuk, walaupun kita working parents, walaupun kita hanya ada 2 hari sahaja dalam seminggu untuk bergomol dengan anak puas-puas. Kita takkan mencipta alasan lagi dan tuding jari kat orang lain & say - "Ko bolehlah, ko SAHM / WAHM, tak macam aku, kerja macam nak pengsan tau!! Balik dah penat .." bla ..bla..bla...(sambil membebel tak pueh hati!) Dari membebel (paling busuk 10 minit kan..hahah) lebih baik masa tuh kita gunakan utk kita wat stimulation dengan anak..Ada gak pekdahnya!

So, I really hope that i can share this knowledge & experience with uols. Aku nih tak lah sepandai mana kan ..hu hu ..sikit-sikit boleh lah ..(cait ...merendah2 diri yg dah memang rendah ponnnn! hu hu) but what I can say - This is a talk FROM A MOTHER TO A MOTHER. Aku bukanlah pakar bayi, pakar kanak-kanak, doktor mahupun cikgu tadika yang ada all the cert dalam bidang ni, but I'm just a plain Mummy yang alhamdulillah, setakat ini berjaya menanamkan rasa cinta dan suka kepada buku & in fact berjaya buat my baby Qarissa membaca seawal 1 tahun dan berazam untuk malakukannya pada Zayra lebih awal dari itu coz I know I CAN!!!! And I believe semua parents pun boleh...asalkan ada kemahuan. Yes, aku tak nafikan, it takes a lot n lots ofCOURAGE & SACRIFICE but end result - Kita akan bersyukur dgn hasilnya dan semua kepenatan itu amat2 berbaloi! Tak kesahlah status kita apa pun. Kerja atau suri rumah @ kerja dari rumah. Aku pun bukan tak pernah tinggalkan anak kat umah dan keluar sehari suntuk, penat nak pengsan bila sampai umah, but still manage to spend masa yang telah terlepas 8-12 jam tuh dengan anak walaupun sangat penat, sebab tuh aku percaya kita boleh kalau kita nak...:)

Dalam mini seminar ni juga, aku akan kongsi tips-tips stimulasi dengan uols. Walaupun tak sebanyak masa seminar nanti, but it still will help uols gunakannya untuk anak-anak - samada korang mengandung atau anak dah lahir. As I said, this seminar is more on focusing the 1st thing yg penting, yang setiap parents perlu tahu sebelum 'the HOW part' took place. Nanti masa the real seminar, ia akan mengambil masa sehari suntuk dan penuh dengan hands on activity & role play, supaya uols leh apply terus bila baik rumah...:) Aku akan updates the agenda of the day for this mini seminar in my next entry kay.. :)

Dan, aku pun need feedbacks from participants - apa yang korang nak tau masa the real seminar nanti. Apakah yg korang nak aku kongsikan masa seminar, yang mungkin aku belum masukkan dalam silibus yang aku rancangkan utk seminar tu. Senang citer, u tell me what u want, dan aku akan buat kerja korang lebih mudah. Aku suap jer ..korang bukak mulut besau2 yerkk...I know itu bukan kerja mudah, but again, that is why you're paying me for rite??? To make ur life easier ..:) Hhahahaa...

Ok, for this seminar also, aku mengalu-alukan uols bawak baby especially if the baby is still bf tapi if anak dah besar, better let them stay at home unless takder sapa nak jaga kat umah. Bukan apa, takut nanti depa boring tgk aunty Watie membebel ntahapahapantah...wakakakk... & start tantrum kat situ, kesian pulak kat that kids & the parents kan ..:) Tak dapat fokus sebab kena layan kerenah anak pulak. Nanti rugi plak masa terbuang cam tu jer sebab tak dapat dengar habis .. :)

And, for those yang berminat nak datang, thanks in advance ..:) Uols boleh emel Watie digeniusbabyonboard[at]gmail.com - My new official emel address for Genius Baby Resources! Ha ..apa lak tuh yerk? Nanti aku story mory kat entry yg lain kay! Hehheh... Sapa yang dah menyatakan minat untuk datang di entry sebelum nih, aku akan send an official invitation emel beserta borang pendaftaran menggunakan emel yang sama cam kat atas nih. Wait for my emel friends!!!:) Since this is my new emel address, cuba cek spam box kalau-kalau emel invitation aku tuh termasuk dalam spam box uols. :P. Yang baru nak register, leh terus emel Watie atau tinggalkan maklumat dalam ruangan komen kat bawah so that Watie can send an invitation emel to uols beserta borang pendaftaran.

And, as soon as the participants mencecah the max pax iaitu 30 orang (including husband & wife - jika ada ) yang dah buat full payment (berdasarkan 1st come 1st serve basis), aku dengan sedihnya terpaksa tutup penyertaan if ada lagi yg nak datang, coz 30 is the maximum pax for this mini seminar. In fact, frankly aku rasa 30 orang pun cam dah cukup banyak untuk my"Borak Santai", aku budget nak bukak for 10 pax jer.. supaya lebih senang nak berborak..hu hu .. but since Mummy Lyna kata 30 pax is ok for her place, so aku pun ok jer lah ..:)

So, Mummy & Daddy, are you ready to rock bebeh? Rock tak tahannnnnn.. ahhaha..dah macam rock kapak pulok.. hahaha.. I just cant wait to meet uols in person! I really hope that this mini seminar will help uols in becoming a brilliant parents with the awareness of how important is the early education for your babies & toddlers ..:) C u sooooooonnnnnn palssss.....!


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Semangat Yang Membara,


Wednesday, July 14, 2010

50% Diskaun PFA Perfume Utk Peserta Seminar GBOB!

A quick info for all my lovely participants.

Sebagai tanda menghargai sokongan kalian, me dengan suka hatinya nak bagi special promo - yang TAK PERNAH AKU BUAT SELAMA NI SEJAK MENIAGA DARI 2006, iaitu memberikan diskaun 50% kepada SEMUA PESERTA-PESERTA SEMINAR GBOB hari Sabtu ni .:) Tak kesahlah apa perfume yang korang nak, baik lelaki, perempuan, unisex ataupun kids, semuanya pukul rata jer - 50% diskaun!! Hhehehe.. Ni senarai harga dia SELEPAS DISKAUN.

Perfume 5cc : RM 14 (Normal price RM 28)
Perfume 8cc: RM 18.50 (Normal price RM 37)
Perfume 2cc sample : RM 7.50 (Normal price RM 15)


Cuma untuk 1 hari sahaja! This Saturday dan hanya untuk my seminar participants ..:) So, sapa yang nak mana2 perfume, just letak kat komen nih atau emel aku, nanti aku akan bawak ke seminar dan boleh bayar during the seminar! :)

Untuk tengok perfume mana berkenan di hati, sila click link website PFA di bawah :


Thanks for ur support my friends ..:)


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Loves,

Sunday, July 11, 2010

How To Maximise Your Quality Time With Your Kids?

Dalam pada sibuk dengan kerja-kerja harian yang tak pernah habis, aku seringkali jugak mengambil kesempatan yang ada untuk menstimulasikan both of my babies sebanyak mungkin. Hmm..jangan ingat aku duk umah tak wat apa tau ..:) Memang masa dengan anak-anak tuh org nampak macam banyak (coz aku duduk umah katakannnn....), tapi bila kerja persendirian dah bertambah (nak-nak skang sibuk ngan seminar & business baru pulak) , aku rasa aku nih dah jadi cam FTWM lah pulokkkk...terkejar sana sini, tapi lagik dasyat sebab apa pun nak buat, mesti dengan anak. Kalau kita kerja kat pejabat, anak mmg tinggal kan? Tapi yang nih, kita wat kerja pejabat tapi kena kendong & layan anak sambil buat kerja tu! Lagik ganas kan..? Hhehehe.. Cuma takder lah boss yang nak marah kita kalau sambil2 wat kerja tuh, kita layan anak. Hhehehe.. Tu jer bezanya..:)

Jadi, aku cuba sedaya upaya memberi ransangan dan stimulasi kepada anak setiap kali ada masa untuk kami bermain bersama. Sebabnya mudah - I TRY TO PUT MYSELF IN FTWM's SHOE & SEE WHETHER CAN I STIMULATE MY BABIES EVEN IF I WORK?? Yerlah, sometimes ada yang memperkecilkan apa yang cuba kita sampaikan dengan alasan -"U duduk rumah, senanglah u cakap macam tu. I kerja pejabat susah tau ..!" Well, personally aku rasa SAHM lagik banyak kerja okeh.. kerja pejabat 8 jam tapi kerja rumah 24 jam! Sometimes aku rasa penat aku nih ngalahkan org kerja pejabat. Apa tidaknya, hubby dah balik pejabat, aku nih masih mengadap Lappy sampai tengah malam, bukan tuh jer, siap sambung plak sampai kul 5 pagi especially bila time tgh hari banyak kerja lain yg nak kena settlekan. Time malam, bila anak-anak dah tidur, baru lah leh mengadap Lappy utk habiskan kerja-kerja yg tertangguh. Sebab tu aku kata, kalau kita nak bg yang terbaik untuk anak, apa pun sanggup kita lakukan. Pada aku, yang penting, adalah masa yang berkualiti yang kita gunakan ketika bersama anak kita. Stimulate anak kita sepenuhnya pada masa tu. I have to admit that we ourself must be creative in order to stimulate our baby without they notice yang kita ni sebbenarnya tengah menguji atau mengajar dia. Yeah, i know tak mudah coz kena gunakan otak untuk jadi creative, but I love it. Aku sedar sejak Q lahir sampailah ke Zayra nih, jaringan otak-otak aku nih semakin kuat dan bertambah coz I'm hunger to stimulate my babies, kena perah otak utk pikir idea-idea best .. (tapi sebenarnya tak lah susah sangat ..heheh)

Macam cth, katakan anak kita dah pandai atau kenal ABC dan 123, kita latih dia untuk gunakan maklumat yg dia dah tahu tuh selalu supaya dia akan ingat & try to twist it a little bit to see whether dia faham tak apa kita kata. Pastikan anak kita kenal dan tahu ABC & 123, bukan setakat menghafal lagu tapi bila ditunjukkan huruf ABC @ 123 (secara berturutan atau tunggang terbalik) dia tak kenal pulak. But how? Boleh tiru contoh yang aku buat kat Q petang semalam. Semuanya bermula dengan sebuah bantal comel bernombor 7 yang dihadiahkan olehKay kepada baby Zayra masa we all jumpa Kay for the 1st time at Wisma Bling Lustre. Memang sesuai lah sangat sebab Zayra pun lahir 7hb. Hhehe. Dah lah comey gilos bantalnya...I likeee...

So, petang tadi, sambil aku dukung dan melayan Zayra, Q pun sibuk nak join sekali. Dia memang suka menyakat Zayra sebab sayang sgt kat adik dia. Nak duduk dekat-dekat dan cium sokmo. Untuk mengelakkan adik dia merengek sebab tension dengan kakak, cepat-cepat otak aku berfikir untuk kasi Q tide up with something supaya dia akan "lupa" nak kacau adik dan dalam masa yang sama, aku gunakan kesempatan yang ada utk stimulate her brain without her notice it. Teruslah mata aku ternampak bantal comel tu. Aku apa lagi, terus ambil bantal tu dan tunjuk Q sambil tanya, "Kakak, what is this number???" Q dengan comeynya terus jawab - "Seven" dengan slang poyo yang berbunyi SE..HMMM... Hhahhaha.. Pelat yg sungguh kiut aku rasa. Then, aku pun terus terbalikkan bantal tuh dan tanya dia soalan ni, "Ok kakak, when we turn this pillow, what can u see?" Dan Q dengan tergedik-gediknya menjawab, "L". Wahhh...seronoknya aku rasa!! Bukan sebab dia sebut "L" (bila 7 diterbalikkan looks like L kan - coz aku tahu yang dia memang dah kenal huruf L) tapi sebab dia paham apa yang aku cakap and can answer me back!

Sometimes, I doubt that my Qarissa understand what I try to teach @ talk to her. Yer lah, kita duk bebel-bebel kan, entah dia paham ker tak yerk apa yg kita cakap atau instruct dia tu. Especially bila dia tantrum, aku suruh dia stop nangis, dia tak peduli pun .Hahhaha.. boleh ker aku kategorikan tuh sebagai - tak paham arahan? Wakakaka.. But now, setiap kali dia nangis, aku akan kata "Stop what you're doing now!", and she seems to understand and try to slowly calm down. Aku tau dia paham maksud "STOP" coz dalam LR Software tu, ada that words & action dan aku akan enhancekan that word dengan gaya2 sekali everytime we did our reading session , dia suka sangat sampai gelak hover melampau!. So dia tau the meaning of STOP. So bila aku use that word masa dia tantrum, nampak dia paham. That is the importance of repetition! :)

So, that is one of the simple activity yang aku buat to stimulate my baby. Walaupun aku tengah dukung Zayra dan Q nak berhimpit-himpit ngan adiknya, I keep her occupied everytime aku ada dengan dia, tanyakan soalan-soalan mudah, ingat balik apa yang we all dah pelajari bersama. Well, tangan dukung anak, mulut tak buat apa-apa kan? So, kita gunalah mulut utk bercakap ngan anak kita! Hehehhe.. Mintak dia nyanyi, tapi kalau dia tak nyanyi, aku yang akan mulakan dulu dan tengok her reaction. Serta merta boleh nampak yang dia excited and remember the song. Aku ajak dia baca buku. Suruh dia amik buku and say, "Q, go & take ur book. Come we read together. Mummy want to read with you". Sometimes dia akan amik dan terhegeh2 datang bawak buku kat aku, sometimes tak. Walaupun Q tak pergi ambik buku tuh dan we all tak baca pun (sebab dia tak gi ambik buku kan..), aku bebel-bebel jugak sebut pasal buku. Aku akan sebut nama-nama buku yang pernah we all baca sama-sama just to refresh her mind. Apa yang lebih penting, I want book to be part of her daily life. Walaupun tak baca masa tu, tapi bila aku sebut, the word BOOK is at her mind. Itulah strategy namanya ..:) Ahaks! Killing 2 birds with 1 stone bebeh! 1st - dapat jauhkan Q dari kacau Zayra (keep her bz with other things) and 2nd- dapat stimulate her brain & tanamkan minat suka buku, lagu, flash card dan sebagainya. Bagus yerk! Hahaha... Anakku "tertipu" in a gud way ..! Syabas Inspektor Sahabbb...!

Satu lagi, katakan aku tengah dukung Zayra dan duduk atas kerusi kan, si Q main sorang-sorang kat lantai. Aku takkan biarkan dia feel alone. Aku akan tetap layan dia dari jauh. I will talk to her, interact with her & comment atau bebel2 tentang apa yang dia buat. So, dia akan rasa aku participate in her activity, dia akan rasa diri dia penting dan apa dia buat, aku amik tahu. Walaupun tak duduk sebelah dia, but I want her to know that I know what she's doing & love to join & play with her. With only my voice & our eyes, we can still make contact with each other & the stimulations still run.. Sangat best bila tengok Q (dari atas kerusi bersama Zayra) push the ball inside the rail and she look and me and we both said "Weeeee". I dont have to be next to her to stimulate her. It can be anywhere! How fun is that??? Kaedah ni boleh dipraktikkan oleh semua ibu yang ada more than 2 kids. If anak sorang pun ok, especially bila uols tengah nak buat kerja lain, cam cth - Lipat kain sambil letak anak kat katil dia. Stimulate them where ever they are, in whatever u do! Be creative with your child!!

My brainy babies..

Ok friends, selamat mencuba kaedah ni wokeh ...! Just keep in mind-

I WANT TO MAXIMISE MY QUALITY TIME WITH MY KIDS HENCE STIMULATIONS IS VERY IMPORTANT!!!


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Gud Luck my friends,

Friday, July 2, 2010

Kandungan GBOB 1st Mini Seminar

Hi Friends,

Sorry, it took me few days to update about the content of my 1st mini seminar. Actually, isi kandungannya dah ada, tapi nak membuat entry yg tak cukup masa. Hu hu ..Alhamdulillah, sejak my 1st mini seminar dilancarkan, hidup aku "tak tentu arah" sikit. Hhahaha.. Masa tidur semua jadi tak tentu, tunggang terbalik lah senang citer .Wakakaka.. Hover noksss! Dengan kerenah anak-anak yg semakin membesar, dengan kakak Q si diva yg dah pandai jeles sebab terpaksa kongsi Mummy dan membuat muka "penuh tak puas hati" dengan adiknya (tapi sayang tetap sayang ..habis satu muka adik dia cium!) , dengan si Zayra pun dah belajar demanding, asyik nak berkepit jer ngan aku, nak bau badan aku jer, Nor dukung pun tak jalan. Tu yang aku buat apa pun, 80% anak mesti ada kat peha ni ha. Buatlah aksi camner pun, janji dia dekat ngan aku. Hhahaha.Belasah jer lah nak ..

Dan sesungguhnya, buat pertama kalinya, aku memaksimumkan anggota badan yg dikurniakan Allah SWT. Semua anggota badan di guna pakai. Tangan kiri pangku Zayra sambil menenen, tgn kanan menaip, kengkadang tukar plak tgn kiri menaip, kaki dan peha menahan tubuh bdn Zayra, mulut ngomel2 layan kakak Q pulak, mata kejap kt skrin lappy, kejap pandang Zayra sambil borak2, bila phone bunyi, jawap pulak, hadoiiii...huru hara kan? Dah macam "Octopus"bak kata kawan aku...Aku pun tak pasti camner aku leh handle suma tuh..senang citer..just go with the flow jerrrrr...Ahaks....:)

Aku ada tunjuk my friend the ppt slide for this mini seminar dan mintak her opinion. Alhamdulillah, dia suka dan puji content aku. In fact, dia kata "Ni bukan macam preview Watie oiiii... ni dah macam seminar betolll dah ni". Aku pun, "Alamak (gulp), yer ker beb.. Hhehehe..Err..sebenarnya kalau dalam preview orang citer apa yerk?"Wakaka..bongok jer rasa tanya soalan camtuh kan? Hhahaha..Secara jujurnya, aku tak pernah buat preview2 ni ha. Memang selalu talk yg aku buat dulu terus jer complete talk atau training yg whole day.Takder preview2 bagai ni... Walaupun aku tau istilah "preview" is like a teaser punya talk, but bila nak apply to my mini seminar, aku tak berapa terer. Hhahaha.. Tolong ah kata, slide jer ada 46 wei!!! Errr.. tu boleh kata preview kaaaa? Belasah jer noksss....Takperlah, rezeki participants aku kali nih ..hehhehee.. Harap-harap perkongsian aku ni mendatangkan manfaat pada semua yang hadir dan aku pun nak dapatkan maklum balas selepas seminar utk tgk komen dorang towards that seminar, Ye lah kan, aku kena gak kaji dan amik berat apa yang bakal dikatakan oleh participants aku supaya next time, especially bila buat the real seminar, aku boleh baiki apa yg patut dalam slide, cara percakapan dan persembahan aku nanti. :) Jadi, berbaloi lah org datang dan bayar kan! :)

Err..2 jam masa tuh pun aku tak pasti boleh ker habis dalam masa yg ditetapkan tu. Seriously, with 46 slide to go through, i doubt it lah kan.. hu hu..Nasib lah baik my best friend si Mommy Lyna tuh sangat baik dan tak kesah if habis lambat pun. Lega lah sikit aku dengar kan ..:) At least, tak lah aku terkejar-kejar. I will go through again my slide and see if aku boleh kurangkan mana2 part yang perlu. If tak, then aku akan continue jer with whatever info yang aku ada.

Ok, enuff with my bebel-bebel things. Kat bawah nih adalah isi kandungan yang bakal aku kongsikan dalam my 1st seminar ni ..

  • Maksud Early Childhood Education (ECE).
  • Apa Yang Anda Faham Tentang ECE?
  • Takrifan ECE Mengikut Negara
  • Bila Kita Harus Bermula Untuk Mendidik Anak.
  • Pendapat Lain & Pilihan Yang Ada
  • Mengapa Perlu Bermula Seawal Usia?
  • Kuasa Otak Bayi & Sambungannya
  • Mitos & Fakta tentang Otak Bayi
  • Bagaimana Otak Anak Berkembang?
  • Bagaimana MemaksimumkanPotensi Anak
  • Cadangan produk yang baik untuk menstimulasi anak anda
  • Info tentang seminar GBOB
  • Skop & topik seminar
I just cant wait to meet my participants. Seronok, teruja dan dalam masa yang sama nervous wei. Hu hu. Ada yang datang tuh, are my school friends yang dah ada anak kecik. Rasa segan plak nak "lecture" kawan sendiri. Wakakaka.. cam kekok ah plak. Jangan aku bantai gelak sudahh... haha.. no lah ..kena pro wei...kena pro ..ahaks! Ni pun aku tengah gigih nak melatih diri memberi talk. Dah quite sometime tak bg talk, harus lah polish balik yerrrr! Hhehehe..

Up to date, rasanya dah ada 18 orang confirmed the seat. So, tinggal 12 seat jer untuk dijual. Suprisingly, ramai yg datang bawak husband tau! Aku sungguh kagum dan respek giler ah ngan hubby2 korang suma beb! Support bini dan nak belajar sesuatu yg baru. Bertuah isteri sekarang kan. Memang dunia dah berubah. Tak macam zaman 60-70 an lagi whereby kerja suami cuma cari rezeki utk keluarga, kerja isteri duduk umah jaga anak sahaja. Now, suami isteri sama-sama cari duit untuk keluarga dan suami pun tolong support isteri jaga anak dan involve in the babies development activities. Sungguh bangga aku rasa dengan Daddy-daddy zaman sekarang! Kudos to uolsss... (Aku harap daddy2 tuh datang untuk dengar yer, bukan datang untuk jaga anak sebab takder sapa nak jaga kat umah .. hahahaa.. ciannn hubby tuh ..rugi bayar memahal tapi tak dengar kan ..? ) Ada jugak yang datang bawak adik yang belum kawin! Sungguhlah bagus, belum ada anak tapi berminat jugak nak dengar pasal ECE nih. So proud of uols!

Ok guys, cant wait to meet uolls nanti. Insya Allah ..:)


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Menaip dengan tangan kiri sambil mendukung Zayra dgn tgn kanan,

Thursday, July 1, 2010

My New Company - GENIUS BABY RESOURCES.

Alhamdulillah, pada 25 June 2010 yang lalu, bersamaan dengan hari Jumaat yang sungguh berkat, aku telah pun menubuhkan satu syarikat baru iaitu GENIUS BABY RESOURCESyang akan menumpukan kepada perkhidmatan perundingan @ consultation services on early education serta menjual produk pendidikan dan permainan bayi dan kanak-kanak.

Dah lama sebenarnya niat di hati untuk menubuhkan satu syarikat khas yang akan menumpukan tentang ECE ini, cuma seringkali tertangguh kerana terlalu banyak komitmen yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Alhamdulillah, kini masanya telah tiba dan dengan tertubuhnya syarikat ini, ia menandakan bahawa aku telah bersedia untuk berkongsi pengalaman dan belajar segala-galanya tentang ECE ini. Bukan setakat menjual produk, tetapi yang lebih penting adalah perkhidmatan perundingan yang bakal diberikan kepada bakal-bakal pelanggan. Kalau beli produk tapi tak tahu guna dan tak tahu apsal kita beli pun tak guna gak kan. Tengok mak orang beli, kita pun beli sebab takmo ketinggalan kononnya, tapi kita tak tahu sebab apa kita beli dan hanya ikut-ikutan.


Genius Baby Resouces akan menumpukan perhatian dalam perkhidmatan perundingan ECE dengan mengadakan seminar, workshop dan bengkel-bengkel berkenaan ECE kepada bakal-bakal ibu & bapa, 1st time parents & serta ibu bapa yang mempunyai ramai anak tetapi masih mencari-cari cara terbaik mendidik anak-anak yang masih kecil. Kami menumpukan kepada usaha pendidikan dan stimulasi khas untuk bayi dan kanak-kanak yang berusia 0-4 tahun. Ini kerana melalui pengalaman kami, kebanyakan ibu bapa sangat berminat untuk mendidik anak dirumah sedari kecil tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Kekurangan bahan pembelajaran dan alat bantu pendidikan menjadi salah satu kekangan yang sering menyebabkan usaha mengajar bayi terbantut. Jadi, di harap dengan tertubuhnya Genius Baby Resources ini, dapatlah kami membantu para ibu bapa cara terbaik dalam menstimulasikan bayi dan kanak-kanak secara lebih profesional dan teratur.

Genius Baby Resources juga akan menjual produk-produk pembelajaran, pendidikan dan permainan untuk bayi dan kanak-kanak antara 0-4 tahun yang mana aku sendiri telah menggunakannya dan melihat keberkesanannya. Untuk pengetahuan, pihak Genius Baby Resources adalah syarikat persendirian dan bukanlah syarikat yang terikat dengan mana-mana syarikat lain. Ini memberikan kelebihan kepada syarikat kami dalam mempromosikan pelbagai produk dari mana-mana syarikat pengeluar produk bayi & kanak-kanak yang terbukti berkesan dengan lebih bebas dan tanpa rasa terikat. Apa yang penting bagi kami, pelanggan mendapat maklumat yang sewajarnya tentang sesuatu produk itu, yang sesuai dengan usia bayi @ kanak-kanak ketika membuat pembelian dan dapat menimbangkan faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh mereka jika anda membelinya.


As Freelance Consultant, I will consult my future customers on the products, what are the best tools to use for ur babies & kids within your budget & after that, its up to my client. No paksa-paksa huh ... coz all my clients are my frends too..:) Malulah aku kalau nanti customer tak puas hati atau kata me like a typical sales person ...opss... no no no .I'm not that kind of person nehhhh... Aku berpegang pd kata-kata ini :

It takes 20 years to build a reputation and five minutes to ruin it. If you think about that, you'll do things differently.

So, I'm not going to jeopardise my reputation for the sake of sales yg tak berapa sen tuh ..:) Tak berbaloi noksss....Hu hu ...

Permata hati yg memberi inspirasi..:)

Dan, sebagai aktiviti pertama yang akan dilakukan oleh Genius Baby Resources adalah mini seminar yg bakal di adakan pada 17 July 2010 @ Wisma Bling Lustre, Puchong. Alhamdulillah, few hours selepas dilancarkan, 4 seat telah terjual dan cuma ada 26 seatsahaja yang tinggal (setakat entry ini ditulis pada 28 June 2010, 2.34 pm) . Jadi, pada parents & preggy Mommy yg berminat, grab this opportunity to learn something valuable for you & your baby!!! I'm eager & happy to share the information with uols especially the beginner level & new to early childhood education..:)

* updates on 30 June 2010 - 13 seated confirm, Alhamdulillah, suprisingly, byk hubby yg support wife!!!! they come together. Ada yg siap nk bwk adik yg blum kawin tau!!! Bagus sgt they all ni kan!!

Semoga apa yang bakal dikongsikan akan mendatangkan manfaat bersama. Insya Allah ..:)


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*


Lot's Of LOVE,