free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Monday, February 20, 2012

Faris: Seindah Namamu, Sekuat Itulah Dirimu!!



Satu wajah yang bisa membuatkan mana-mana wanita samada bergelar ibu @ tidak berkata secara spontan "Alahai...comelnya si kecil nih...pandainya bergaya.. so cute!!!" . Itulah bait-bait kata yang terluah dari mulut saya apabila melihat wajah mulus ini. Rasanya, mungkin anda juga kenal akan wajah ini, wajah yang kini hebat diperkatakan di mana2 sahaja seluruk pelusuk Malaysia, dan mungkin juga seluruh dunia. 

Wajah yang anda saksikan ini, yang anda puji & suka lihat ini, kini sedang bertarung nyawa, sedang menghadapi ujian yang maha hebat, sedang bersusaha sekuat yang mampu untuk melawan penyakitnya dan kini sedang terlantar di SDMC, tanpa daya, tanpa suara. Hanya mata yang bisa berkata-kata. Hanya air mata yang mampu meluahkan rasa. 



Saya menulis kisah ini di blog dengan perasaan dan takungan air mata, mencuba sedaya mampu untuk menahan ia dari mengalir, setelah pagi tadi saya gagal, dan sambil bercakap dengan suami di dalam kereta, suara dan air mata saya  mengalir tanpa mampu di tahan lagi. Selain rasa simpati yang menggunung, saya juga rasa bersalah kerana tidak sempat membuat entri di blog minggu lepas selepas mendapat tahu berita ini akibat kesibukan yang melampau.. Hurghhh!! Alasan yang tak boleh nak pakai langsung! Kalau betul nak tolong tulis... mestilah cari masa, looser jer yang akan cari alasan! Yer ..dan saya rasa saya sungguh looser dalam hal ini! Cepat2 saya bagitahu hubby, saya nak balik rumah dan buat entry untuk adik Faris.. and here I am .. writing with all my broken heart ..merayu simpati anda untuk sama-sama menyebarkan berita ini, agar wang dapat dikumpul untuk membantu keluarga Faris menyelesaikan bil di hospital yang khabarnya sudah pun mencecah RM 75,000. 



Tak perlulah saya ulas dan saya harap tak perlulah ada yang bertanya lagi mengapa tak dihantar ke Hospital Kerajaan, ayah Faris sudah pun membuat penjelasan, dan kalau saya berada dalam situasi yang sama, saya juga akan berbuat demikian, malah saya percaya semua ibu bapa juga akan berbuat demikian. Bukan menidakkan  kebolehan Hospital Kerajaan, malah saya juga puji perkhidmatan mereka yang semakin baik, saya rasa adalah sesuatu yang normal bagi ibu bapa yang bekerja swasta menghantar anak mereka ke hospital swasta yang ditanggung bil medicalnya oleh syarikat. Immunisasi yang percuma kita boleh dapat di hospital kerajaan juga kita ambil di hospital swasta kerana syarikat yang cover, apatah lagi kalau anak demam, sakit dan perlukan rawatan khusus. Keluarga Faris juga tidak sangka, disebalik demam dan sawan yang Faris hadapi itu, tersembunyi satu penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam nyawanya, dalam bahasa mudahnya, barah darah atau HLH. Adalah sgt berisiko untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan sekarang kerana kondisinya yang kritikal kini. 



Selain doa yang boleh kita titipkan untuk keluarga yang sedang diuji Allah SWT ini, saya sgt berharap agar kita boleh sumbangkan sedikit wang untuk mereka, bagi meringankan beban mereka. Insaf sungguh saya melihat anak kecil ini bertarung nyawa, rasa pecah hati ini dan saya sungguh-sungguh berdoa agar keluarga Encik Shamrulismawi akan tabah menerima dugaan ini. Mengambil Zayra & Qarissa di sekolah tadi, melihat mereka berlari dan memeluk saya, masuk ke dalam kereta dengan gembira sambil Zayra terus mencari nenennya, saya langsung teringatkan adik Faris yang sedang kesakitan di hospital. Dengan usia yang sudah mencecah 6 tahun, sudah tentu berjuta-juta kenangan indah telah dicipta oleh keluarga tersebut ketika Faris masih sihat dan aktif, dan saya dapat rasakan yang ia bukan mudah untuk ibu dan bapa Faris melihat kesengsaraan Faris yang kini berselirat dengan wayar seluruh tubuh. Besar sungguh dugaanMu Ya Allah, semoga adik Faris sentiasa berada di bawa lindunganMu selamanya....Amin..

Kawan-kawan tersayang, sekiranya ada rasa simpati anda melihat anak kecil ini, saya mohon, bantulah mereka. Tidak kira berapa sen sekalipun anda menderma, ia cukup besar maknanya buat keluarga ini. Saya lampirkan di sini maklumat ayah Faris & akaun Maybanknya untuk kita sama-sama menambah saham akhirat kita. Semoga Allah SWT akan merahmati anda dan keluarga dengan sumbangan ikhlas ini. Amin. 

Maybank 1628-5200-2738 @1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail)
Facebook Ayah Faris: http://www.facebook.com/Abahko


Saya sertakan juga surat dari Hospital SDMC untuk tatapan anda semua. Terima kasih kepada saudara Mazidul Akmal yang sentiasa mengemaskini berita tentang adik Faris agar kita sama-sama tahu perkembangan terkini anak comel ini. Gambar2 yang saya sertakan di sini semuanya ihsan dari blog saudara Mazidul Akmal. 




Di saat saya bergembira dengan anak-anak murid saya seawal usia 4-5 bulan sehingga 4 tahun di dalam kelas, ada anak-anak yang tidak dapat berbuat demikian dengan ibu bapa mereka walaupun sebelum ini, itulah aktiviti yang sering mereka lakukan. Insafnya saya, sedihnya saya, sebaknya rasa hati saya. Saya pasti ada hikmahnya semua kejadian ini berlaku, bukan hanya untuk keluarga beliau, tetapi juga untuk kita supaya  menginsafi hakikat satu kehidupan. Saya mohon satu keajaiban berlaku untuk keluarga adik Faris. Hanya Allah SWT yang mempunyai kuasa itu. Amin Ya Rabbal Alamin...

post signature

post signature

Tuesday, February 14, 2012

GBOB JB 1st Trial Class: Havoc & Meriah Nampaknya!

Saya baru sahaja menerima emel dari Teacher Aida yang disertakan gambar2 sewaktu kelas Trial kali pertama diadakan hari Sabtu lepas. Ohhh!!! Saya tersenyum kambing sendirian, kesukaan di depan Lappy melihat anak-anak & ibu-ibu yang ada begitu leka dan seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Semacam tidak percaya, GBOB kini mempunyai cawangan di Johor Bharu, dan orang-orang Johor dapat sama-sama menikmati dan merasai bagaimana terujanya para ibu bapa di KL/Selangor (err..Seremban & Nilai juga!!) untuk datang ke kelas Playgroup @ GBOB setiap minggu. Bukan anak jer yang excited, Mommy & Daddy turut sama excited nak bermain dengan anak-anak mereka. Memang betul-betul "balas dendam" selepas puas mengadap kerja-kerja pejabat sepanjang minggu. Release tension kan Mommy2 semua? Hehhehe.. 



Saya menerima feedback yang memberangsangkan dari para ibu bapa yang hadir hari itu, memuji cara Teacher Aida mengendalikan kelas. Begitu bersemangat sampai masuk kelas yang kedua, terus asyik terbatuk-batuk dan hilang suara. Hehehe.. Memang nak jadi Teacher Playgroup bukan sesuatu yang mudah, saya baru sahaja mengakui hakikat itu ketika memberikan latihan "ala mafia" (hahahahha..jahatnya aku nih..) pada Teacher Aida sebulan yang lepas. Yer lah, kadang-kadang, perkara yang kita rasa mudah, pada org lain terlalu sukar dan saya harus mengakui hakikat itu apabila salah seorang Mommy yg datang ke kelas Playgroup ketika saya masih melatih Teacher Aida, memberitahu saya, "Susah rupanya nak jadi Teacher Playgroup ni yer Watie..I tengok you handle kelas senang jer ..Pup pap pup pap...dah setel..Susah rupanya.." Dan pada saat itu, saya tahu yang kerjaya sebagai seorang guru, apatah lagi guru kepada bayi dan anak-anak kecil, adalah sesuatu yang bukan mudah. Ia tidak sukar, tetapi tidak mudah juga. Walaupun kita minat, suka, dan sayang pada kanak-kanak, belum tentu lagi kita boleh mengawal situasi seisi kelas, memastikan kelas riuh & happening, dalam masa yang sama pastikan anak-anak itu mendengar arahan kita tanpa dipaksa dan mempelajari sesuatu dalam setiap kelas yang mereka hadiri. Minat, suka & sayang pada kanak-kanak itu adalah langkah pertama itu kita menceburkan diri dalam bidang ECE ini, ia akan membantu, tapi sekiranya tanpa skill, tanpa latihan yang berterusan, tanpa teknik yang betul, kelas akan jadi hambar. Menghilangkan rasa malu dan segan dalam diri ketika kelas berlangsung adalah cabaran yang paling besar, selain dari interaksi dengan anak-anak yang semuanya aktif dan bijak ini. Ohhh...itu juga agak sukar...Anak-anak ini sangat bijak dan sangat aktif, mereka TIDAK akan tunggu kita, kalau hang terkial-kial..hang tinggal lahhh Teacher oiiii...hhahahhaa.. dan kerana itu, saya harus nyatakan secara terbuka - SAYA RESPECT TEACHER PLAYGROUP @ PLAYSKOOL YANG BERJAYA MENJADIKAN KELAS ANDA HAPPENING, HAVOC & MERIAH...KUDOSSS TO U!!




Saya masih ingat bagaimana kali pertama saya meminta Teacher Aida mengendalikan kelas di KL. Habis sahaja kelas, semua student dah balik, soalan pertama yang saya tanyakan, "How do you feel dear? Come on, share with me.. I want to know..." Heehehehe.. sememangnya melihat saya mengendalikan kelas dan melakukan sendiri perkara tersebut adalah sesuatu yang sangat berbeza..Perasaannya & cuaknya jauh berbeza! Dan saya tergelak bila Teacher Aida kata lebih kurang macam ni, "Ohhhh...(sambil menutup muka dan tergelak juga ..)..I rasa nak stop semua... nak tarik diri jer! I rasa I tak leh buattttt!" Hhahahahaa... besar sungguh gelak saya waktu tuh bila Teacher Aida kata she feel like giving up everything sebab dia rasa susah sangat nak handle situasi. Yeah..I know its not easy ..when 10 genius babies & kids  are in front of you.. and another 10 Mommies are judging you, belum masuk lagi Daddy dan sedara mara yang datang sama2 nak tengok bagaimana kelas dijalankan. :) I have to admit, its not easy. Dan, saya habiskan seluruh petang melatih Teacher Aida, memberikan semangat & motivasi (dalam erti kata lain ..membebel lah tuh..hahahha), untuk memastikan semangat & keyakinannya kembali pulih. Its' ok to feel down, anyway, its your 1st class..dan saya mahu Teacher Aida jadikan ianya satu pencetus semangat untuk buat yang lebih baik di minggu seterusnya. Dan, saya mula meletakkan sedikit tekanan, di mana saya tidak membenarkan beliau membuat kelas sendiri selagi saya tidak puas hati dengan pencapaiannya di KL. She must prove to me she is capable to run the class alone, without me at all, then only I akan benarkan dia buat kelas di JB. Dalam masa yang sama, orang JB sudah ramai yang ingin menghadiri kelas Trial yang sudah saya warwarkan di FB dan Teacher Aida sudah menerima banyak tempahan slot untuk menghadiri kelas Trial. Sudah tentu ini menambahkan tekanan pada beliau. :) 



Alhamdulillah, Teacher Aida menjadikan kata-kata semangat & motivasi saya sebagai satu cabaran dan mengambil berat setiap latihan yang saya berikan. Ternyata tekanan yang diberikan tidak membuatkan beliau jatuh tetapi tekanan itu yang menyebabkan beliau bangkit dan membuktikan beliau mampu melakukannya. Beliau pulang ke Johor dan menggunakan hari Isnin- Khamis sehabis baik untuk berlatih dan kemudian kembali ke KL pada hujung minggu untuk melakukan kelas bagi membuktikan pada saya yang beliau sememangnya boleh melakukannya. Sekali lagi saya tergelak apabila selepas kelas di minggu seterusnya, soalan pertama yang saya tanyakan, "How's your weekdays last week?? You felt like in HELL??" Dan beliau juga tergelak sambil menceritakan bagaimana setiap hari dan "pantang ada masa terluang", beliau akan berlatih buat kelas di pejabat, menghafal lagu, menyanyi dengan anak-anak sampai dalam bas masa nak datang KL pun, beliau masih berlatih! Sampai mak Teacher Aida sound, "Ko jgn nak nyanyi2 kuat2 dalam bas plak yerk!!!" Hhahahaha.. Adoilahhh ...sakit perut saya gelak...Dan kemudian, saya tersenyum lebar sambil berkata lebih kurang begini, "Kerana itu, you dapat lihat hasil seperti mana yang you lihat tadi! Kelas tadi membuktikan, that you're taking my advice & training seriously, you feel responsible towards your job & apa yang you lakukan bukan hanya kerana you rasa you want to take advantage of being our Licensee and using our name to get the students joining you, but you really want to do the best for the sake of the children's development. Congratulations to you!"




Secara jujur, saya berbangga melihat kesungguhan Teacher Aida berlatih bersungguh-sungguh tanpa jemu, sentiasa cuba melakukan yang terbaik, merubah diri dan menajamkan skill beliau demi untuk memastikan GBOB  JB mendapat tempat di hati pelanggan. Saya akui, mungkin nama GBOB itu dekat di hati pelanggan, mereka excited dan teruja untuk datang kelas, tetapi jika kelas yang dilaksanakan "not up to their expectation", ia tidak akan menjadi juga. GBOB telah menyediakan platform yang baik untuk nama mereka dikenali, tetapi ia haruslah disertai dengan semangat dan usaha ingin melakukan yang terbaik, sehabis mungkin agar pelanggan tidak mengatakan, "Kelas @ GBOB hanya indah khabar dari rupa". Kerana itu, saya sangat memberikan penekanan pada latihan untuk memastikan Licensee & bakal-bakal Licensee akan datang bersedia dari segi mental, fizikal (* dan duit juga .. hehehehe..) sebelum merancang membuka cawangan GBOB di mana-mana. Saya percaya, dari masa ke semasa, selepas beberapa minggu kelas dijalankan, Teacher Aida akan semakin serasi dengan kerjaya baru beliau, dan skill serta interaksi sosialnya akan bertambah baik dengan anak-anak yang hadir. :) Insya Allah.. Saya yakin dengan kebolehnnya beliau mengendalikan kelas. 


Melihatkan gambar2 yang beliau kirimkan, saya yakin anak-anak ini seronok dan teruja menimba pengalaman baru, berjumpa kawan-kawan baru dan suasana baru yang kondusif dan sesuai untuk perkembangan mental & fizikal mereka. Ada ibu-ibu di Johor yang bertanya, adakah kelasnya sama setiap minggu? Sudah tentu tidak.. :) Kami mempunyai 7 modul, lebih kurang 68 minggu dan temanya berbeza setiap minggu, aktiviti yang dilakukan juga berbeza. Program yang dilaksanakan ini berstruktur dan ada bahagian-bahagian tertentu yang diklasifikasikan sebagai ritual untuk memastikan anak-anak ini belajar mendisiplinkan diri tanpa mereka sedari, tanpa tekanan malah menyeronokkan. Anda harus mendaftar dan menyertai kelas Playgroup @ GBOB JB untuk merasai dan melihat sendiri perubahan anak anak minggu demi minggu. :) 



Kami kini masih melaksanakan Sessi Trial untuk minggu kedua pada 18 Feb 2012 ini, dan sekiranya anda berminat untuk menghadirinya, anda boleh hubungi Teacher Aida di talian 010-7103155 untuk mendaftar di GBOB @ JB. Bagi mereka yang telah menghadiri Sessi Playgroup & ingin membuat pendaftaran, anda boleh membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM 150 ke akaun Maybank GBOB Johor Bharu iaitu Genius Kids Resource (5513 0651 0407) dan sebaik sahaja 5 pelajar mendaftar, kelas official akan dilaksanakan, Insya Allah. :) I strongly suggest you to LIKE the Facebook Fanpage of GBOB JB @ www.facebook.com/gbobjb, agar anda menerima maklumat terkini tentang kelas Playgroup di JB ini. :) 

Saya suka dan tumpang bangga jika ada mana-mana Daddy yang turut sama ingin bermain dan melibatkan diri dengan aktiviti bersama anak mereka. Walaupun tidak seaktif ibu ketika dalam kelas , sekurang-kurangnya kehadiran mereka di sisi anak dapat membantu meningkat keyakinan diri anak tersebut. :)

post signature

post signature

Wednesday, February 8, 2012

Testimoni ECE Seminar 6 Feb 2012 @ GBOB HQ

 Alhamdulillah, kelmarin @ hari Isnin yang lepas, sempena cuti Maulidur Rasul, GBOB telah pun berjaya mengadakan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang pertama kalinya buat tahun 2012 ini. Insya Allah, satu entry khas mengenai Seminar ini akan Watie buat kemudian kerana semua gambar ada kat hp hubby .:) Kat hp Watie cuma sempat amik gambar borang Testimoni sahaja. So, sebelum Watie lupa, lebih baik Watie share kan dalam blog dulu. Hehehe..


Full board Alhamdulillah ..gambar yg hubby kongsi kat FB beliau, saya rembat lah kan .. hehehe.. banyak lagi kat hp dia tapi tak sempat transfer ...)

I'm happy to share with uols the Testimoni written by my participants. Sepatutnya ada 16 testimoni, tapi bila dah habis, saya cek, cuma ada 11 jer, maybe saya tak perasan kat mana diletakkkannya yg lagi 5 borang, atau borang Testimoni tuh takder dalam file peserta menyebabkan mereka juga tak dapat nak tulis dan beri feedback. Alhamdulillah, nampaknya semua berpuas hati dengan Seminar ECE ini dan sesungguhnya ia merupakan satu seminar yang berjaya membuka mata dan hati mereka betapa pentingnya ECE itu sendiri dalam kehidupan anak masing-masing. Jom kita tgk apa yang mereka tulis okeh :) Sorry Watie kena hitamkan hp mereka utk menjaga privacy my participants but no worries, kalau rasa nak hubungi mereka, bolehlah gunakan emel yang disertakan dalam borang tu. Takut nombor tuh disalah guna oleh mereka-mereka yang suka "menjual hp number" pelanggan pada syarikat2 tertentu yang buat Telemarketing..ekekekke:) Tu okeh lagi .. kalau dia jual nama GBOB @ nama Watie pada my clients, lagi haru oooo... So, jom tengok.. :)

Fatiha: Seminar ini beri kesedaran pada saya - masa prime time anak yang perlu dihargai sepenuhnya. Doakan saya dapat usahakannya dengan anak-anak. Amin.  (*Amin, saya doakan. Mari kita sama-sama doakan semua ibu bapa berjaya mendidik anak mereka dengan baik dan sempurna, Amin..)
Aida AtiqahSeminar yang sangat bagus! Sekarang saya menyedari betapa pentingnya kita kena menghabiskan masa bersama anak-anak. Teringat pulak ayat "Hargailah seseorang / sesuatu sebelum kita kehilangannya'. Berikan hak yang sepatutnya untuk mereka. (*yess..kerana masa itu tidak akan berulang lagi. Its only once in your life time. :)
AzzalinaKnow you, Playgroup & Seminar was the best moments in my life and that was good information that I get. Bout the Seminar, Teacher Watie need to control emotion, hehehe..kita pun sedih bila Teacher sedih.  (*tergelak saya baca testimoni ni, tu lah salah satu sebab saya elak2 nak buat selalu Seminar nih, susah betul nak kontrol kesedihan saya terutamanya bila kita tahu hakikat dan masa yg kita ada tidak lama, hubby kata nanti nampak tak "pro" bila nangis..but I just cant help it, but suprisingly, saya dapat kontrol juga hari Isnin tu, tak meleleh dah macam yg dulu-dulu. Hehehe.. bertakung jer sebab dah berhari-hari I talk to myself, to control my emotion sehabis baik, dah lah suara serak teruk, kalau meleleh, habislah semua hingus kuar dan suara lagilah teruk hilang..Allah memang bantu saya hari tu .. Amin...) 
Muhamad FauziIt teach me what is early Childhood all about. Very beneficial to us. Every parents should attend this Seminar. (* En Fauzi adalah salah satu dari 2 orang Daddy yang hadir pada hari tersebut. Respect him, she came with her sweet wife yang preggy 13 minggu, anak pertama! And I know they got the input that they can applied to the baby in the womb! Yeahhh!) 
Mahfuzah AbasVery good Seminar. Really membuka mata saya ECE ini sangat penting (*Fuza nih lagi best, kelakar dia cerita macam mana dia tahu pasal GBOB. Katanya, dia baru sangat tahu pasal kewujudan GBOB ni. Asalnya dia nak tahu pasal Little Reader. Google punya google, terjumpa blog yang ada cerita pasal LR dan juga GBOB dalam tu. Terus lah masuk blog GBOB dan kebetulan tahu yang Watie buat Seminar. Tak fikir panjang, terus mendaftar untuk hadir. Yer..semudah itu!)
Intan JulianaSeminar yang sangat bagus. Memberikan pendedahan tentang teknik-teknik yang dipakai dalam ECE memandangkan kesedaran tentang ECE itu sudah ada, cuma kekurangan ilmu, kesabaran, "courage", semangat untuk menjalankannya secara konsisten. (*Saya tumpang simpati dalam masa yang sama sangat berbangga dengan semangat Intan yang sanggup hadir walaupun suaminya di tahan di wad kerana disyaki demam denggi, pada awalnya beliau mengatakan tidak dapat hadir keraana tiada siapa yang boleh dipercayai untuk menjaga anaknya Rausyan Hadi, tetapi  saya memberi kebenaran beliau membawa anaknya bersama dan dapat juga kami berjumpa hari itu. Mari kita doakan suami Intan cepat sembuh dan Intan dapat berita gembira kerana menurut beliau, she's expecting!) 
JegieYou have done a great job in creating awareness on ECE. It's an eye opener and those method /stimulation that I've learn will be practice. Thank you for your effort.:) (*Jegie merupakan satu-satunya peserta Seminar ECE saya yang bukan berbangsa Melayu yang hadir pada hari itu, dan beliau juga adalah peserta saya yang pertama yang bukan berbangsa Melayu hadir sepanjang saya mengendalikan Seminar ECE selama ini. I feel so honoured as my main intention having this kind of Seminar ini adalah untuk membantu menyedarkan bangsa saya sendiri, ibu dan ayah terutamanya, tentang betapa pentingnya ECE dan apabila bangsa lain turut menghargai & mengiktiraf usaha yang saya lakukan, saya rasa sangat terharu. Thanks for the support Jegie. Ops..Lupa nak bgtahu, bukan tu saja, Jegie juga datang dari luar Kuala Lumpur! All the way from Perak!)  
Maisarah Mohammad YusapSangat membantu kami dalam merancang pendidikan anak-anak. Sangat teruja! Terima Kasih. :)  (*isteri Encik Fauzi. Wanita comel yang bertuah kerana suaminya menyokong penuh ECE ini. So romantic nama pun digabungkan bersama sampai saya plak yang keliru. Heheh..Tapi senang ingatlah - Sarah Fauzi.. :) 
Rosmah Mohd ZabidiVery very interesting. rasa nak jadi full housewife so that I can practice ECE to my children.  (*memang ramai yg rasa nak jadi housewife sepenuh masa so that they can have all the golden time with their children. But no worries, sekiranya ada kemahuan, wanita bekerjaya juga pasti mampu menjana minda anak dengan sempurna dan bagus!) 
RossafenazSangat menarik dan sangat penuh dengan  info yang berguna untuk dipraktikkan dengan anak/ semasa hamil. Mungkin boleh dipanjangkan lagi menjadi kursus 1 hari beserta dengan praktikal bagaimana untuk menjalani sendiri ECE dari rumah.  (* Hehehe, senyum jer saya baca testimoni Rossa.. Seminar yang sepatutnya habis pukul 2 hari tu pun habis pada pukul 4 petang, Lewat 2 jam dari jadual asal, kalau campur dengan kursus, memang sampai malam lah jawapnya. Hehehe.. Sebab tu saya adakan Bengkel Stimulasi untuk sehari tapi memandangkan masa saya sgt2 tight, jarang betul saya dapat melakukannya..hu hu ..last year sempat buat sekali jer Bengkel tu..hu hu) 
ShareenaSeminar ini bukan sahaja beri tips untuk stimulate anak-anak, malah memberi pendedahan how to react with your child positively..continously. Keep on sharing Watie! I'm glad dapat jumpa orang macam you, really believe in ECE! and orang yang I boleh banyak belajar tentang ECE. Thanks again. Good job and you are really awesome!! (*Tq so much Shareena, I really appreciate it ..:) terharu baca your testimoni..:)


Sesungguhnya saya berterima kasih di atas Testimoni ikhlas yang diberikan. Saya amat-amat menghargai apa yang anda coretkan dan ia menjadi pencetus semangat pada saya untuk memperbaiki kelemahan diri saya dari masa ke semasa. Semoga Allah SWT membantu saya, memberikan saya idea-idea yang bernas,  memebrikan kesihatan pada saya, dan memberikan saya ilham untuk menyampaikan ilmu-ilmuNya pada semua sehingga nafas yang terakhir. Amin. 

post signature

post signature