free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Monday, January 31, 2011

Stimulasi: Pentingnya Anak Mendengar Sebutan Yang Betul.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kepentingan memberikan anak anda stimulasi pendengaran yang baik. Apa yang saya maksudkan dengan stimulasi pendengaran yang baik? As simple as this : Apa yang anak anda dengar dari persekitarannya, dari sekelilingnya, dari orang yang terdekat dengan mereka dan dari apa yang mereka tonton atau dengar. Kita sebagai ibu bapa adalah memastikan anak kita mendengar sesuatu perkataan itu, tidak kira bahasa Melayu, bahasa Inggeris  atau apa sahaja bahasa yang ada di dunia ini dengan jelas sebutan dan pengucapannya. Jangan kerana anak kita masih kecil, kita bercakap ikut sedap rasa, ikut sedap mulut atau mungkin pelat bayi. Sesekali mungkin okeh, yer satahu baby memang sangat kiut & we tend to cakap pelat2 kan? Hehehe, saya pun macam tuh jugak, tapi bila teringat kembali, cepat2 saya kontrol and change my voice intonation and pronounciation. 

Kenapa ia penting? kalau anda tgk, tagline GBOB adalah ALL BABIES ARE GENIUS! Dan saya sangat berpegang kepada tagline tersebut. Bayi sememangnya sangat genius sehingga mereka boleh menyerap apa sahaja yang mereka dengari menggunakan deria pendengaran dan menyimpan maklumat tersebut di dalam otak mereka sehingga tiba masa yang sesuai untuk mengucapkannya. Just imagine apabila anda "memberi makan" kepada otak anak anda dengan perkataan-perkataan yang tidak memberi sebarang makna, atau pelat, atau bahasa pasar, atau bahasa daerah malah lebih teruk lagi kalau anak anda tumpang sama tgk VCD atau movie kat TV yang penuh dengan sumpah seranah (sebab satu keluarga bergaduh berebut harta). Sedikirt sebanyak anda anda akan menyerap maklumat tersebut di dalam otak genius mereka. 

Saya memang gediks! 

Tetapi, cuba bayangkan jika anda memberikan anak atau lebih tepat lagi bayi anda (yer, sedari bayi..) mendengar sesuatu yang baik dan memberikan manfaat, contohnya mendengar Al-Quran, Muqaddam, DVD Education, Nursery Rhyme dan sebagainya yang bermanfaat, inilah yang akan diserap oleh anak anda ke dalam otaknya. Secara mudah: Apa yang kita bagi @ feed, itulah yang akan di "makan" oleh anak. Jangan salahkan anak kalau mereka sukakan Ben 10 @ Ultraman @ Strawberry Shortcake kalau itu yang anda tunjukkan pada mereka. Anak kita tak tahu apa-apa, malah kewujudan cerita tersebut pun dia tak tahu, kita yg gatal tgn gi bukak tunjuk kat dorang dengan harapan kerja-kerja kita dapat diselesaikan tanpa gangguan kan? Hmmm.. Ingat saya tak tahu? Hheheheh....Ckp pasal Strawberry Shortcake, dah 2 tahun setengah hidup Qarissa, baru saya tunjuk DVD tuh padanya, dan sekarang..hambek ko! Sikit-sikit Straw, be be beryyyy...Straw be be beryyyyyy!!! Dia nyanyi lagu tuh jer ... Hhehehe.. 

Dan, saya percaya ramai ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak yang menguasai bahasa Inggeris dengan sangat baik tanpa perlu bersusah payah mengajar mereka, betul tak? Semuanya hasil bantuan channel-channel luar negara dan Astro seperti 613, Disney Channel dan sebagainya. Balik-balik kerja jer, terus terkejut dan bangga sebab anak sebut perkataan bahasa Inggeris dengan sangat betul, petah malah siap accent yang "berhabuk" lagi. Memang kalah lah mak dia... :) Itulah yang saya maksudkan stimulasi pendengaran yang baik. Anak kita akan menyerap segala apa yang mereka dengar dan mengucapkan kembali tanpa rasa susah langsung! With no effort at all! Secara semulajadi sahaja. Tapi kalau kita? Ya Allah, 10 kali dengar belum tentu boleh betul. Kalau betul pun, accent mesti orang kata ngada-ngada, nak sebut cam mat salleh celup kekdahnya! Hahahaha... 

Kerana itulah sangat penting kita memberikan anak kita mendengar bunyi dan sebutan yang jelas, baik, betul dan kalau nak ajar English misalnya, janganlah kita memberikan DVD (walaupun DVD Education) yang accentnya berbunyi seperti English + Cina. Kalau nak ajar Cina, pastikan bahasa dan sebutan itu disebut dengan jelas dan betul. Bahasa Mandarin lebih mencabar kerana ada 4 bunyi @ intonasi yang harus dipelajari. Susah giler noksss... tapi si Qarissa belajar (belajar mender, main jerrrr) dengan sangat gembiranya. Ntah hapa yang dia suka pun aku tak paham. Bila tgk Mandarin file -  Toung Chuo' punya file kat LR tuh, tergelak2 macam tgk sarkis kekdahnya, padahal mender yang sama jer dengan English punya file. Tapi terer btol dia sebut semua perkataan walaupun saya belum PLAY file tuh! Saya sampai sudah tak hafal2. Otak tepu mak dia nih! 

Saya juga ingin berkongsi cerita dengan anda, salah seorang participant saya di Seminar yang lalu, Kak Nur memberitahu bahawa anaknya yang sebelum ini membesar di New Zealand, English mestilah berhabuk kan, siyes beb, suka saya dengar anak dia cakap English. Menurut Kak Nur, bila di Malaysia dan mula bercampur gaul dengan rakan-rakan yang lain, dan mungkin juga penggunaaan Bahasa Inggeris di sekolah anaknya more to Chinese English, bila balik rumah, anak Kak Nur tend to use the Chinese English slang. English tapi berbunyi Cina, padahal masa kat New Zealand Dairy Board tuh, her English was fantastic! Di sini, bolehlah kita simpulkan, betapa mudahnya otak anak kita menyerap segala maklumat yang mereka dengari dan mengaplikasikannya dengan mudah tanpa effort at all! Siap boleh ikut persekitaran dia membesar lagi! Jadi, terpulanglah pada kita bagaimana kita ingin membentuk anak kita melalui stimulasi pendengaran ini .:) 

Saya akhiri entry kali ini dengan video Qarissa membaca menggunakan LR. Kalau uols nak tau video ni saya amik guna my BB jer. Dan file LR tuh memang takder suara dan gambar. Cuma perkataan semata-mata, sebab file tu merupakan file yang saya guna untuk kelas Playgroup saya. Saya gunakan LR sebagai alat bantu untuk membuat material semasa kelas dengan lebih mudah dan file ini adalah file Opposite.:) Si kenit ni pulak, bila saya tgh-tengah test file tuh, sibuk duk baca-baca, mula-mula excited, dah nak akhir2 tuh bunyi pun macam malas jer. Bak kata Lyna, anak ko pun dah boring tgk perkataan ni tak mencabar minda langsung nak baca! Ekekeke.. Aku tak suruh pun, dia yg sibuk-sibuk nak baca!. Dah lama juga file ni dalam simpanan saya, saya dah lupa pun, sampailah baru-baru ni bila kat KLCC, saya nak tunjuk demo pada client, saya jumpa file nih, dan terus berniat nak kongsikan entry pasal sebutan ni dengan pembaca blog saya. Saya nak ajak pembaca semua dengar sebutan yang keluar dari mulut Qarissa. Perkataan-perkataan seperti THICK, BACK, BLACK, CLOSE, OPEN, SIT, DIRTY, CLEAN dan sebagainya. Banyak naaa aku pun dah lupa apa si Q ni bebel. Hahahhaa.. Tapi yang penting, deengar sebutannya. Very precise and jelas untuk budak bawah 2 tahun setengah kan? Penggunakan ck, cl, dir dalam bahasa Inggeris mengikut Phonics yang sangat baik saya rasa. Dan dia belajar tanpa effort langsung! Saya pun tak sebut jelas macam tu kot?? Semuanya melalui apa yang dia dengar di file Little Reader selama ini. Ada 3 suara berbeza dan suara tuh sangat jelas dengan accent yang sangat baik. Dan, inilah hasilnya! Tak bermakna anda tiada LR, anak anda tak boleh mempunyai accent seperti ini, ada banyak sumber lain. No worries, yang penting, apa yang anda beri kepada anak anda untuk mereka dengar! :) kalau boleh, carilah VCD yang berkualiti dan baik, dapat British punya  lagik best ooo.. jatuh cinta saya dengan accent British. Ekekekeke.. hover noksss!



post signature

post signature

Saturday, January 29, 2011

Weekend Yg Super Pack & Bizzyy!

Sejak hari Khamis, saya memang sangat sibuk sampai takder masa nak bukak blog utk update any info sebab hari Jumaat, saya dah ke KLCC utk Charity Bazaar punya event. Saya hanya sempat kongsikan entry terakhir pasal SMS yang membuatkan saya tersenyum itu sahaja.. :) Nak buat schedule entry pun tak sempat. memang masa saya sangat limited, ditambah pula dengan anak-anak yang tak berapa nak sihat, dengan emaknya yang juga tak ckup kaki tangan buat itu ini, plus dengan selsema dan tak sedap badan ..aduii...memang mencabar juga dibuatnya .. Alhamdulillah, dah selesai pun Charity Event yg sangat sukses tuh! Saya akan sharekan dengan pembaca semua apa yang berlaku pada hari tersebut di entry yg lain. Insya Allah .. 

And now, at 4.43 am in the morning, saya ada few hours sebelum kelas Playgroup Level 1 start, di ikuti dengan Level 2 dan Level 4, selepas itu sambung pula dari pukul 1 pm - 6.30 pm untuk event Moms Day Out di Scritptory Box, wahhhh..memang sangat meletihkan tetapi dalam masa yg sama juga amat menyeronokkan!. Saya sangat harap agar ubat yg Doktor berikan akan membantu memulihkan saya dan juga TF Ad & TF Plus (demmm..saya lupa bawak Riovida!) akan mengenalpasti bakteria dan virus yg sedang bersarang di tubuh dan hidung saya agar cepat2 ia boleh "berperang" dengan virus tuh.. so that saya akan ceria dan sihat seperti biasa utk melakukan aktiviti yang saya cintai ini. Insya Allah, I believe Allah SWT will help me ..:) Amin .. 

Ok, saya takmo bebel panjang sebab ada lagi few other things saya kena prepare untuk event this weekend, so i better catch up where i left .. hu hu .. sometimes Zayra nangis2 tgh malam nak nenen, tengah2 wat kerja kat Lappy, saya terpaksa berkejar kepadanya, bagi nenen dulu sampai terlelap2 Mummy nih, pastu bangun balik sambung buat kerja, pastu lari balik nenen kejap, sambung lagi buat kerja, mak aiii.. mmg weng dibuatnya! Nasib baik dah biasa. Orang kata alah bisa tegal biasa. So, everything's under control, I hope so ..:) So, saya cuma sempat attach this 2 flyers & brochure tanpa sempat membebel panjang seperti kebiasaannya. Its a simple yet very attractive brochure, I must say so ..:) Satu pasal Moms Day Out punya flyers dan satu lagi pasal Felt Craft Session pada hari Ahad nih. Here it goes ..:)


Comey kan mulut patung kan atas nih? Hhehehe.. This is the agenda for todays event @ 1 pm- 6.30 pm di Scriptory Box, masih sempat utk mereka yg nak datang register. Smalam kul 10.30 pm saya dapat call from my friends, Munira nak ajak Zahraa datang Playgroup dan pastu sambung ke MDO punya program nih. Sama juga another friend of mine, Mas. Wahhh..bangga saya dengan kedua-dua husband yg sangat sporting dan supportive nih (heheheh..mesti hangin jer Mas ngan Munira sebab saya tak puji dorang ..wkakakkak) Yerlah, bukan senang hubby nak tunggu dari pukul 11.30 am sampai 6.30 pm tau. Ala-ala suami mithali gitu. Ai like .. stok jadi rebutan pompuan-pompuan anak dara diluar sana .. Ekekekeke.. Say NO to CURANG haaaa....(ayat gazettttt!)  Saya sedih sikit sebab dapat tahu yg Kak Engku terpaksa menarik diri di saat-saat akkhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Hmm..frust giler tau, memanglah dah banyak aktiviti juga, tetapi maybe ada parents yg datang nak dengar pasal penjagaan lepas bersalin tak dapatlah info yang boleh dikongsikan tu. Hmmmm..kalaulah saya pandai cakap pasal nih, aku jer ganti senang, jadi penceramahnya. Wakakakak.. Tapi tak boleh beb .. rosak program kang, ntah hapa2 aku ajar .. Almaklumlah, 3 hari pantang aku dah duduk ngadap meja opis buat perfume masa time Qarissa, time Zayra 7 hari dah ngadap Lappy, memang sungguh tak sesuai nak ajar orang penjagaan lepas bersalin. Wakakakaka.. Kang tak pasal-pasal kena hempuk ngan mak-mak ibu-ibu ni semua, ajar anak dorang mender yg tak betul! Ahaks .. tapi takper, banyak lagi event menanti di GBOB dan SB, so check it out okeh! 


Yang ni pulak, saya tak berkesempatan nak menglamerkan diri menyelit sama, almaklumlah masuk TV Free. Hahhaha.. Gila glamer btol seiii!. Saya ada Playgroup Class pukul 10.30 am, jadi saya harus komited terhadap kelas tersebut dan terpaksa mengorbankan program ini untuk kesekian kalinya. Adoi... bila lah nak dapat jengah program nih kat bawah opis yer? Ini lah namanya dekat tapi jauh! Hheheh.. Takper, Insya Allah next time saya join (tapi TV3 tak cover dahhh..uwaaaaaa! hahahah..serabutnya si Watie nih kan ..? hahahah) . So, mana-mana yang terbaca pasal this event, bolehlah buat tempahan terus atau call Watie untuk tempah tempat ada. Rasanya masih ada kekosongan untuk hari Ahad ini ..:)  Cepat2 grab the seat for u n ur kids okeh! 

Till then, bg saya habiskan minggu ni dengan cemerlang sebelum saya blogkan entry yang mungkin bermanfaat untuk anda sekeluarga praktikkan okeh .. :) See ya & thanks for all the support friends .. I really truly extremely appreciate all the supports and comments .. Wahh..ayat dah macam Charlie & Lola tau! Tu lah akibat banyak sangat tgk citer Charlie & Lola dengan Qarissa. Sampai berita terkini dah jadi berita basi, sampai movie terbaru dah jadi movie terlama and so on .. Asyik tgk DVD anakkkkkkkk jerrr.. (Yer lah, nak cakap hidup saya ni membosankan lah kan ..ingat saya tak tahu? Hhahahahha) Tak bosan lah ..best lagi ada tau! .. Hhehehehehe


post signature

post signature

Thursday, January 27, 2011

SMS Yang Membuatkan Saya Tersenyum!

Kebelakangan ini, saya sering menerima SMS dari para ibu bapa. Macam-macam SMS saya dapat lepas cerita GBOB keluar di Pa&Ma.Belum lagi panggilan telefon. Alhamdulillah, nampaknya banyak kesan positif yang saya rasai terutamanya the awareness tetang kewujudan GBOB di Malaysia ni. Hehehhe... Ye lah, kami kan syarikat baru, jadi pengiklanan seperti ini sememangnya membantu pihak GBOB memperkenalkan produuk dan perkhidmatan kami pada masyarakat. Bila dah banyak SMS dan panggilan masuk, saya jadi blur kejap, hehehe... saya tak pasti, saya yang dah tua sampai rasa letih melampau, atau sebab bulan sedang mengambang atau memang SMS dan panggilan masuk bertalu-talu sampai saya jadi blur siapa punya number dan siapa yang bercakap. Hhehehee... Nasib baik, semuanya masih berada di dalam kawalan saya. Saya minta maaf jika ada sesiapa yang merasakan saya tidak melayan mereka sepenuhnya. Saya dah cuba lakukan sehabis baik, kita keep in touch ok..:) 


Dan, secara tiba-tiba juga, ada GUEST dalam blog GBOB ni. Saya tak pasti GUEST tuh datang dari blog personal anak-anak saya atau blog GBOB kerana for both blog, saya sediakan satu Shoutbox yang sama, jadi senang saya nak monitor dan balas. Itupun designer saya buat satu Shoutbox baru di laman web GBOB dan kadangkala saya terlepas pandang komen2 dan pertanyaan di situ..:( Takper, saya akan pastikan saya jawab soalan2 yang dikemukakan sehabis baik..:) Bercerita pasal GUEST tuh, saya nak tergelak sebab ni 1st time GUEST tinggalkan komen kat blog ni. Selalunya  kalau takder link pun, mesti ada nama yang blogger atau reader tinggalkan di ruangan komen. Ni tak, link takder, nama pun takder, setakat GUEST atau TETAMU sahaja. Nama dia tak penting kot, tu lah dia tak letak agaknya. Ekekekek.. Dan GUEST ni pulak dengan ikhlasnya mengatakan blog ni sungguh membosankan, punyalah bosan sampai salah eja perkataan "membosankan" tuh. Hehehhee.. Saya senyum dan tergelak juga sebab tak sangka ada juga orang yg nak tinggalkan komen negatif pada blog "bayi& kanak-kanak" macam ni. Yerlah, rasanya blog nih ada niche yg tersendiri, bukan blog gossip atau blog artis pun, tak glamor pun rasanya kan ..hehehe.. tapi ada gak yg takmo tinggal nama tapi  kutuk. Hhehehe.. nasib baik lah blog saya sendiri, saya malas ah nak kutuk lebih-lebih GUEST tu, kalau blog kengkawan saya yang kena, mesti saya kutuk giler-giler punya si peninggal komen yg tak bernama tu.. yg macam saya pernah buat sebelum ni.. Ekekek.. Tak kesahlah tuh, saya rasa itu satu penghormatan pada saya sebab GUEST tu rajin tinggalkan komen dan rajin menggeledah blog yg membosankan nih .. Hhehehhe..:) 


Ok, cerita balik pasal SMS yg saya terima. Saya menerima beberapa SMS menarik yang membuatkan saya rasa terharu dan dihargai. Terima kasih anak-anak Teacher semua kerana tak mau ponteng Playgroup yang Teacher buat, terharu tau Teacher, senyum sampai telinga dan rasa begitu dihargai. Ia sememangnya membuatkan saya rasa saya harus lakukan lebih lagi untuk menarik minat anak-anak bijak ini dan membuatkan mereka rasa seronok nak datang setiap minggu. Ni saya kongsikan 2 SMS yang saya terima dengan anda semua yer ..:)

SMS Mommy Danial a.k.a Sakinah :)
SMS Mommy Azzam a.k.a Azfa:)

Sambungan SMS Mommy Azzam :)

Dan, satu lagi SMS yang juga membuatkan saya tersenyum sambil membayangkan bagaimana agaknya Ziyad mengamuk tidak mahu masuk ke kelas. :) Memang tidak boleh di duga kan kanak-kanak ni. :) Ingat lagi Mommy Ziyad bgtau yang minggu lepas mula-mula Ziyad takmo pakai baju Playgroup, bila dipaksa dia pakai juga, sudahnya lepas habis kelas dan sampai ke shopping complex dia takmo bukak baju tuh. Dan minggu nih pula, mengamuk2 takmo masuk kelas. Hhehehe.. Tapi ia juga membuatkan saya rasa yang saya perlu melakukan yang lebih baik untuk memastikan anak murid saya yang genius dan bijak nak datang kelas dan tak mengamuk! Ekekekek...

SMS Mommy Ziyad :)

Terima kasih anak-anak Teacher, kamu semua sememangnya menceriakan hari Teacher tau! Sebab tu lah Teacher nampak muda sentiasa! Sebab asyik gelak dan bersuka ria jer setiap minggu! Ewahhhhh!. Hhahhahaa...Best jugak jadi Teacher ni tau! Dulu saya ingat saya tak boleh jadi Teacher sebab saya ni garang kemain. Ingat lagi adik perempuan saya yang bongsu menangis-nangis bila saya marah dia time mengajar dia dulu. Kesian dia .. Hhehehe.. Sekali siapa sangka saya akhirnya jadi Teacher. Teacher untuk baby & toddlers plak tuh! Bukan senang tau kalau nak dibandingkan dengaan kanak-kanak yang dah masuk darjah 1. Hehhehhe..Cayalah Watie .. Keep it up okeh!


post signature
post signature

Wednesday, January 26, 2011

Bengkel Stimulasi: How To Develop Your Baby's Brain.

Buat pertama kalinya pihak GBOB akan mengadakan satu Bengkel Stimulasi di GBOB pada awal bulan Februari ini. Bengkel ini akan di adakan dari pagi hingga ke petang. Saya sangat menggalakkan para ibu bapa yang pernah datang ke Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di GBOB untuk menghadiri Bengkel Stimulasi ini kerana ia merupakan pelengkap kepada apa yang telah anda ketahui dan kuasai semasa Sessi Seminar tersebut. Jika di Sessi Seminar, saya menerangkan dengan jelas dan lengkap berkaitan dengan Kepentingan Pendidikan Awal dan kaitannnya dengan pertumbuhan otak bayi, di dalam Bengkel ini pula, kita akan bersama-sama melaksanakannya. Saya akan mengajar para peserta yang hadir BAGAIMANA STIMULASI boleh dilakukan terhadap bayi dan anak anda. Ia akan dipenuhi dengan aktiviti Role Play, dan syarat utamanya - ANDA TIDAK BOLEH MALU! 


Ini kerana sepanjang sessi tersebut, pada kebanyakan waktu, anda akan bermain dengan anak patung yang akan disediakan oleh pihak GBOB dan anak patung itu akan menjadi "anak" anda pada hari tersebut. Saya tidak menggalakan anda membawa bayi dan anak anda pada Sessi Bengkel kerana dikhuatiri mereka akan keletihan & tantrum kerana Bengkel ini dijalankan dari pagi ke petang. Saya kasihankan bayi anda yang mungkin akan penat dan tidak dapat bertahan menunggu ibunya bermain dengan "anak" yang baru:) Melainkan jika ada sesiapa yang boleh menjaga  anak anda di kawasan Kids Zone sepanjang anda menjalani latihan praktikal di dalam Seminar Area, saya tiada masalah mengenainya. Bukan apa, saya tidak mahu anda rasa rugi menghabiskan wang untuk menghadiri Bengkel ini, sudahnya anda terpaksa duduk sahaja dan tengok tanpa dapat melakukan praktikal kerana melayani kerenah anak. :) 

Di dalam Bengkel Stimulasi ini juga, saya tidak akan menerangkan kembali apa yang telah diterangkan semasa Sessi Seminar dahulu. Saya hanya akan fokus kepada Stimulasi dan kepentingannya serta cara-cara anda boleh menstimulasi otak bayi anda. Its all about HOW, HOW & HOW. Kerana itulah, sangat penting untuk anda menghadiri Seminar ECE dahulu supaya tiada lagi tanda tanya dan persoalan tentang ECE. Apabila anda sudah jelas dan mengerti konsep ini, Insya Allah anda akan melalui sessi Bengkel Stimulasi ini dengan rasa yang gembira dan fikiran yang terbuka. 

Apakah yang anda akan pelajari semasa Sessi Bengkel ini nanti?
  • Pengenalan Stimulasi 
  • Persekitaran Stimulasi 
  • Kepentingan Stimulasi
  • Motor Kasar dan Motor Halus
  • Aktiviti - aktiviti Stimulasi Visual - 9 + 10 Aktiviti akan di ajar serta dilakukan bersama. 
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Pendengaran - 6 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Sentuhan - 5 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Fizikal - 11 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Stimulasi Untuk Menggalakkan Anak Membaca 
  • Baby Signing - What Is It?
  • Kebaikan & Faedah Baby Signing 
  • 20 ASL of Baby Signing akan di ajar. 
Selain dari perkara-perkara di atas, anda juga akan menerima:
  • Kit Permulaan Stimulasi - mengandungi beberapa alat bantu stimulasi yang boleh anda gunakan dengan bayi dan anak anda.Simple tapi berkesan. Anda pasti teruja!
  • CD yang mengandungi :
    • Kesemua aktiviti yang diterangkan di dalam Bengkel malah lebih lagi. Mungkin di dalam Bengkel, anda diperkenalkan dengan satu aktiviti tetapi terdapat beberapa aktiviti yang mempunyai tujuan yang sama. Jadi, kami berikan semuanya untuk anda jadi material dan bahan latihan anda akan bertambah. 
    • Kad Visual Stimulasi yang boleh anda cetak dan gunakan serta merta. 
    • Lagu-lagu serta ryhme yang digunakan di dalam Bengkel akan di compilekan di dalam satu folder, jadi mudah untuk anda  berlatih dan menghafalnya di rumah. kebanyakannya adalah ryhme yang saya nyanyikan sendiri :) 
    • Video Aktiviti Stimulasi yang saya rakamkan sejak Qarissa kecil, dan ada juga video dari luar negara. Ada di antara Video ini saya kongsikan di laman blog dan ada juga yang tidak. 
    • Video 20 Baby Sign yang telah di compilekan dalam satu folder untuk anda berlatih menggunakan bersama anak kesayangan anda. 
  • Sijil Kehadiran dari Genius Baby On Board. 
Siapa yang patut hadir? 
  1. Ibu @ Bapa yang mempunyai anak seawal 0-4 tahun . Aktiviti yang saya lakukan di dalam Bengkel ini boleh diguna dan dipraktikkan sehingga anak anda bersusia 4 tahun, dan jika mereka menyukainya, anda boleh gunakannya sampai bila-bila! 
  2. Pengusaha Taska, Nursery & Tadika. - Boleh menghantar pekerja anda untuk menghadiri Bengkel ini agar mereka dapat memberikan stimulasi terbaik kepada bayi dan kanak-kanak dalam jagaan mereka. Ia dapat memberikan nilai tambah untuk Taska @ Tadika yang anda kelolakan. 
  3. Ibu mengandung yang ingin menyiapkan diri dengan memberikan stimulasi maksimum sebaik sahaja anak tersayang dilahirkan. 
  4. Sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah ilmu dalam bidang ECE dan Teknik Stimulasi ini. 
Maklumat tentang Bengkel ini:

Tarikh: 6 February 2011 (AHAD)
Masa: 10 am - 6 pm 
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak 
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)

Max Participants: 10 orang sahaja.
 (first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 30 Jan 2011 cuma RM 350 sahaja)

* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan. 

Bagi yang berminat untuk menghadiri sessi Bengkel ini, bolehlah menempah tempat dengan menghubungi saya di talian di bawah atau emelkan kepada geniusbabyonboard@gmail.com supaya saya boleh mengemelkan anda borang untuk di isi. Untuk pembayaran pula, anda boleh memasukkan yuran pendaftaran ke dalam akaun yng diberikan di bawah. Ada yang menghubungi saya bertanyakan tentang sessi Seminar seterusnya, Insya Allah, saya akan mengadakannya pada 27 February 2011 dan akan kongsikan maklumat tersebut esok. 

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387


post signature

post signature

Playgroup Level 2 (6-12 Months) Yang Menyeronokkan!

Hari ini saya nak kongsikan gambar-gambar sekitar Playgroup Level 2 yang di adakan 2 minggu lepas. Dah terlambat betul rasanya nak upload this picture sampai last week punya gambar & aktiviti pun dah ada ..:) Saya sibuk betul minggu ni sampai tak terkejar rasanya nak kena buat semua mender. Tapi saya suka sebab aktiflah sikit badan nih, kalau tak lemau jer. Tapi mmg kena amik supplement dan vitamin nak maintain @ servis badan kalau tak mmg tak larat ..:)





Sejak Playgroup Level 2 dilancarkan, sambutan yang diterima memang menggalakkan. Setiap minggu mesti ada yang datang untuk Trial. Saya sememangnya menggalakkan parents datang untuk Trial Class agar mereka dapat melihat sendiri bagaimana kelas dijalankan dan apakah faedah yang akan mereka dapat melalui kelas tersebut. Sebab tuh saya membenarkan pelanggan untuk hadir ke Trial Class sebanyak 2 kali sebelum mereka buat keputusan untuk join atau atau tidak. Setiap minggu kelas dan aktiviti yang dilakukan memang berbeza jadi memang rugi kalau tak join after the Trial Class habis. ..:) 




Selain dari dalam kelas, saya sangat menggalakkan parents untuk melakukan apa yang mereka pelajari bersama di dalam kelas ketika mereka berada dirumah dengan anak. Ini bagi mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari dalam seminggu itu sebelum hadir sekali lagi untuk kelas pada minggu berikutnya. Saya sering menasihati dan mengingatkan pelanggan yg adalah penting untuk mereka turut bermain bersama anak ketika di rumah kerana masa yang mereka dan anak-anak luangkan bersama saya cuma 45 minit sahaja dalam seminggu, tetapi masa yang anak luangkan dengan ibu bapa lebih dari itu. As I always said - KITA ADALAH GURU TERBAIK UNTUK ANAK KITA. 




Kelas tersebut anak penting untuk anak kita bersosial dan belajar berkawan. Dalam usia  6 bulan ke atas, anak kita dah mula ada rasa seperation anxiety, dorang takut nak berpisah ngan mak bapak. Hilang kejap, sure nangis punya. Kalau kita hulur tangan ala-ala nak amik, belum tentu baby tuh nak kat kita kan? Especially kalau anak sulung, lagilah "tak boleh blah" dia punya sombong. Hahhaha..Nak-nak yang duduk rumah dengan mak @ maid, tak pergi nursery. Kalau nursery okeh sket, social skill baby tuh lebih baik lah, atau yg ada banyak sepupu-sepapat sebaya. Sebab itulah penting kita menghadiri kelas-kelas Playgroup macam ni untuk meningkatkan Social Skills anak. Ingat lagi dulu, masa Qarissa baru lahir dan saya hantar ke Gymboree, saya selalu cakap, "Weekend adalah minggu untuk anak aku bersosial yer!! Korang ingat korang jer nak sosial? Anak aku pun pandai bersosial gak wei!" Hhhahaha...(padahal umur baru 4 bulan!Wakakakka..) Tapi biasalah kan, ada gak bila family dengar Q gi skolah, dorang cam, "Ha?? Kecik-kecik dah gi skolah??" Ekekekek..aku dengan muka bangga cam poyo kan ... "Aah, skolah" Dalam hati, - Skolah lah sangatttt..manader, main lah ... best ooo...main ngan anak ..heheheh..



Saya harap dengan perkongsian ketika kelas ini, makin ramai ibu bapa akan sedar kepentingan bermain dengan anak dan bagaimana cara untuk melaksanakannya. Semakin hari, semakin banyak SMS, msg dan komen yang saya terima, dan ini membuatkan saya cukup gembira dan terharu kerana saya dapat rasakan yang kesedaran mendidik anak sedari bayi sudah mula menular di kalangan ibu bapa. Mungkin secara kebetulan, sejak cerita GBOB keluar di dada majalah PaMa, saya sememangnya tidak menang tangan melayan panggilan ibu bapa bertanyakan tentang GBOB dan Little Reader. Alhamdulillah, pada saya, yang penting adalah kesedaran. Barulah saya sedar dan nampak yang sebenarnya, ramai ibu bapa sukakan dan mahukan ECE, tetapi mereka tak tahu di mana nak cari tempat yang menawarkan program seperti ini dan bukan hanya program tetapi juga "consultation". Yer, consultation yang baik serta bernas tuh yang susah nak dapat kan? Insya Allah, saya akan sentiasa memperbaiki diri untuk memberikan yang terbaik pada para pelanggan GBOB. Sedaya mungkin saya cuba melayan setiap panggilan dan sms dengan segera. Kalau saya terkhilaf atau terlambat, tolong ingatkan saya yer. Mungkin saya tak perasan atau "blur tahap cipan" time tuh .. maklumlah, dah tua sket .. kekekkeke.. :) Ok, meh kita layan gambar2 nih semua ..:)






post signature

post signature

Monday, January 24, 2011

Suami Ortodoks: Menolak Konsep Early Childhood?

Semenjak saya menjalankan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di GBOB, saya telah berjumpa dengan pelbagai lapisan Daddy @ Ayah @ Abah @ Abi @ Walid dan sebagainya. Harus saya akui tidak semua para bapa yang saya jumpa setuju dengan konsep Early Childhood ini. Ada yang percaya dan suka malah mengamalkannya dan ada juga yang menolak mentah-mentah. Di bawah adalah di antara kriteria-kriteria bapa yang dapat saya jumpa, baik ketika Sessi Seminar mahupun Playgroup. 
  • Datang sebab kena paksa dengan isteri 
  • Bukan sebab nak datang sebenarnya, nak hantar bini jer, tapi entah macam mana "tersangkut' pulak duk dengar bebelan si Watie nih!
  • Datang dengan kerelaan hati sendiri sebab percaya dengan ECE
  • Datang sebab sayang kat anak ngan isteri sebagai tanda sokongan walaupun tak berapa paham apa kebendanya ECE tuh!

Apa pun alasannya, di manapun kedudukan mereka di atas, yang pasti mereka telah datang, duduk, dengar dan lihat sendiri kepentingan ECE dan akhirnya mengakui serta bersetuju mempraktikkannya terhadap anak masing-masing. Kesimpulan yang boleh dibuat selepas selesai menyertai Seminar @ Playgroup ialah "It's an eye opener". Mata dan pintu hati mereka telah terbuka seluas-luasnya apabila menyedari hakikat betapa ECE memainkan peranan penting dalam hidup anak mereka. 


Saya secara peribadi tidak menyalahkan bapa dalam hal ini. Suami saya juga begitu. Beliau menyokong, tetapi apabila semua produk ECE saya nak beli, beliau sering menegur kerana risau saya tidak akan menggunakannya. Pada mulanya beliau juga tidak nampak apa yang saya nampak, beliau sekadar mengikut arus "excited" isterinya yang seorang ini, tetapi lama kelamaan, suami saya melihat sesuatu. Beliau melihat batu permata yang saya canai sudah pun bertukar menjadi berlian!  Lantas, ia 100% menukar persepsi suami saya tentang konsep ECE dan sejak dari itu, sokongannya tidak berbelah bahagi. 


Sama juga kesnya dengan sahabat saya yang saya kenal melalui internet. Beliau membocorkan rahsianya pada saya semasa kami berjumpa. Katanya, dia membeli Little Reader secara diam-diam tanpa memberitahu suaminya, menggunakan duitnya sendiri. Bila saya tanya kenapa, jawapnya, "I malas nak bgtau hubby I, nanti dia bising-bising cakap macam-macam, biar I beli senyap2, I ajar anak I guna LR nih, bila anak I dah pandai membaca nanti, I nak terus tunjuk jer kat dia!"  Dan, rakan saya sememangnya BENAR! Apabila anaknya mula pandai membaca, satu demi satu perkataan yang ditunjukkan itu dibaca dengan yakin dan selamba, suami kawan saya menjadi begitu excited, teruja dan dia pula yang hover mengalahkan isteri! Hahaahaha... Hambek ubat noksss.... Baru percaya kan? Baru nampak kan? Dan suaminya terus berubah pandangan 100% terhadap ECE dan terus rekomen produk LR pada rakan-rakan yg lain. Itu hanya satu contoh, saya rasa banyak lagi cth yang lain yang ada di sekeliling kita. 


Memang benar kadangkala "Action Speaks Louder Than Words." Itu yang lebih berkesan. Dan apabila kebenaran terbukti di depan mata hasil usaha kita yang berterusan, apa lagi yang dapat dikatakan. Semuanya memang jelas dan terbukti. Kita tidak perlu berkata apa-apa bukan?:) Tetapi saya akui, untuk menanam rasa percaya pada minda suami yang Ortodoks bukan mudah. Kita suami isteri, kadangkala tergigit juga lidah. Bercakap lebih sangat, jatuh berdosa. Tidak manis pula kalau asyik bertengkar perkara yang sebenarnya boleh dibawa berbincang bersama. Seperti contoh di atas, tidak semua ibu mampu membelikan LR menggunakan wang poket sendiri. Ada yang mahu berkongsi bersama suami. Tetapi jika tiada lampu hijau diberikan, apa lagi yang harus di kata.


Apabila saya berhadapan dengan pelanggan yang memberitahu saya bahawa suaminya Ortodoks dan kurang memberi galakan dalam hal ECE nih, saya sering mengajak mereka ke Seminar ECE. Tanpa niat menjual Seminar saya untuk kepentingan diri semata-mata, saya sering merasakan di situlah medan yang paling baik untuk saya "brain wash" suami @ Daddy  tersebut dengan cara yang paling halus berasaskan fakta dan bukan rekaan. Seminar saya mengambil masa 4-6 jam, saya tidak mungkin dapat menghabiskan waktu sebanyak itu untuk memberikan consultation pada pelanggan secara one to one. Bukan hanya saya, pelanggan juga tidak punya waktu sebanyak itu, unless kalau memang dia datang ke Seminar. They paid for it, sudah tentu meraka nak pastikan yang investment tersebut berbaloi bukan? Kadangkala, apa yang kita dapat secara PERCUMA, jarang kita menghargainya walaupun ianya sungguh bagus dan berkesan. Tetapi apabila sesuatu yang kita dapat secara sukar dan berbayar, walaupun tidak sebagus mana, kita akan menghargainya kerana kita mencari rezeki yang halal bagi mendapatkan sesuatu itu. Itulah lumrah alam. Sebab itu juga, saya seringkali mengingatkan diri saya yang pelanggan membayar saya untuk bercakap, jadi cakaplah sesuatu yang memberikan manfaat dan berguna. Pelanggan membayar saya untuk Playgroup, maka berikan sepenuh hati ketika sessi tersebut. 

Saya percaya semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Tiada siapa yang mahu anaknya menjadi orang tidak berguna dan sampah masyarakat bukan? Dan saya juga sedar bahawa bukan mudah meyakinkan para suami berkenaan ECE kalau tidak penuh ilmu dan fakta. Ibarat mengajak suami bercanda ke bulan, begitulah ibaratnya kita hendak menekankan kepentingan ECE pada mereka. Tidak logik dan sekadar cakap kosong tanpa sebarang erti. Kerana apa? Kerana TIDAK NAMPAK BAGAIMANA IANYA HARUS DILAKUKAN. Bayi membaca?? Ridiculous!! Nak merangkak pun terkial-kial, nak duduk pun belum pandai, berdiri apatah lagi, berjalan jauh sekali, dah boleh membaca? Nonsense! Jangan terpengaruh dengan iklan TV yang awak tengok tu lah!! Mungkin itu yang suami kita fikirkan. 


Itulah salah satu tujuan saya merakamkan aksi anak-anak saya membaca dan mempromosikan kepada dunia melalui You Tube & Blog. Tujuan saya hanya satu - Action Speaks Louder Than Words! Biar mereka lihat sendiri adakah ianya ridicilous, adakah ianya betul atau hanya helah semata-mata, adakah anak saya setakat menghafal perkataan-perkataan yang saya suakan padanya? Kalau betul dia menghafal,  bagaimana dia boleh membaca perkataan "First Love" apabila saya menyuakan lagu First Love nyanyian Utada Hikaru di telefon bimbit saya sedangkan saya tidak pernah mengajarnya. Itulah pertama kali dia melihatnya di skrin telefon. Bagaimana pula dengan perkataan DIESEL, yang akan disebut Qarissa setiap kali dia melihat papan tanda bertulis DIESEL di Petronas Taman Meranti Jaya, sebelum membelok ke pejabat saya, sedangkan saya tidak pernah mengajarnya perkataan tersebut. Saya lebih menekankan PETRONAS, rasanya anda juga begitu kan? Kita tidak terfikir pun nak sebut Diesel tuh, nampak sahaja mata Qarissa tuh tau! Selepas membelok, di bacanya pula, HERO dan HAPPY HOME. Kalau benar dia menghafal, bagaimana dia tahu semuanya ini?. 



Sebab itulah saya merasakan Seminar adalah langkah pertama dan medan terbaik untuk para bapa datang dan mendengar sendiri betapa pentingnya ECE terhadap pertumbuhan otak bayi dan anak-anak. Berilah peluang untuk diri anda mendengar dan melihat sendiri apa yang boleh anda bantu terhadap perkembangan minda anak. Peluang itu jugalah yang harus anda berikan pada anak anda. Jangan sesekali memandang rendah kebolehan mereka walaupun mereka masih bayi. Bayi kita adalah JUARA sejak hari pertama sperma dan ovum bercantum! Mereka adalah pemenang, biarkanlah mereka menjadi pemenang selamanya. Jangan kerana keegoan kita, anak kita menjadi mangsa. :( 


Satu lagi nasihat  ikhlas saya sebagai rakan (saya anggap semua pelanggan dan rakan-rakan yang singgah blog nih as my friends ..) jangan sekali-kali kita menolak @ against dengan konsep ECE ini. Walaupun sesibuk mana pun kita mencari wang sehingga tiada masa sedikit pun untuk meransang anak di rumah, janganlah kita menolak konsep itu hanya kerana kita tidak mampu melaksanakannya. Adalah amat malang bagi seorang anak yang ibu bapanya menolak @ against pada ECE hanya kerana mereka tidak mengamalkannya dan menjadikan penolakan itu sebagai satu escapism untuk menutup kelemahan diri. Jangan sekali-kali kita jadikan Sufiah Yusuf dan Shukri Hadafi sebagai penyebab utama kita menolak ECE. (yer, saya tahu ada beberapa ibu dan bapa takut anak mereka terlebih pandai dan menggunakan Sufiah & Shukri sebagai contoh "terbaik" menolak konsep ECE). Jangan hanya kerana kisah hidup mereka berakhir dengan kesedihan dan penghinaan orang, kita jadi takut pada ECE dan menolaknya mentah-mentah. Sufiah jadi seperti itu bukan kerana kehendaknya. Shukri jadi begitu pun bukan kerana itu yang dia mahu. Tahukah kita apa pengalaman yang dilalui oleh kedua anak "genius" ini semasa mereka kecil dahulu? Apa yang berlaku dan apa yang terjadi pada zaman kanak-kanak mereka dahulu? Tahukah kita bahawa zaman kecil kanak-kanak itulah yang akan membentuk siapa kita apabila dewasa nanti. Adili lah mereka berdua dengan adil sebelum kita menjatuhkan hukum. Bukan hanya Sufiah sahaja pelacur kelas atasan di dunia ini, bukan hanya Shukri sahaja penagih dadah di dunia ini. Beratus ribu lagi manusia yang tersilap langkah, kenapa hanya mereka berdua yang jadi sasaran? Maaf kalau bahasa saya kasar tetapi saya ingin tanya,  Apakah kita yakin anak perempuan kita yang "tidak segenius" Sufiah itu tidak akan menjadi "pelacur kelas atasan" apabila besar nanti? Atau kita boleh jamin anak lelaki kita yang "tidak sepandai" Shukri itu  tidak menjadi "penagih dadah" bila dewasa kelak?  Kalau kita sendiri tidak yakin, jangan sesuka hati menuding jari dan membenci apa yang Sufiah & Shukri miliki satu ketika dulu (kepandaian & kegeniusan). Kaji dan selidik dahulu apa yang mereka lalui semasa kecil, barulah kita akan memahami kenapa tragedi itu berlaku dalam hidup mereka.  
Semoga perkongsian ini akan membuka mata para bapa yang membaca dan para ibu yang sentiasa mengikuti blog Genius Baby On Board ini. Saya doakan yang terbaik untuk semua para ibu bapa dan anak-anak saya yang genius di luar sana. As I always said & believe - ALL BABIES ARE GENIUS!! 


post signature
post signature

Sunday, January 23, 2011

FeedBack Form 9/1/2011: Berapa Bintang?


Sebelum terlambat, saya nak kongsi juga borang feedback yang saya dapat dari para peserta Seminar saya pada 9 January 2011 yang lalu. Seperti yang saya katakan, saya menggunakan borang feedback ini sejak tahun lepas, dan ia mengandungi beberapa kriteria penting yang saya jadikan kayu pengukur untuk melihat sejauh mana Seminar saya memberikan impak kepada para peserta yang datang dari semua segi. :)  Alhamdulillah, feedback yang saya terima sangat memuaskan hati. Seperti seminar-seminar yang lepas, nampaknya semua peserta berpuas hati dengan seminar yang mereka hadiri ini.





Nampak tak kat kaunter pendaftaran tuh kosong? Hhehehe.. Ini namanya peserta datang lambat, tak sompek nak register! Eekkekek..Kantoiiiiii!

Antara kriteria yang menjadi kayu pengukur dalam seminar ini adalah Kaunter Pendaftaran, Persekitaran, Persembahan Slide, Penceramah & Keseluruhan Seminar. Alhamdulillah, rasanya kali ini, hampir tiada nombor 3 saya rasa. Semuanya 4 dan 5 bintang sahaja yang saya dapat. Happy sgt .. nampaknya semua peserta mmg puas hati. :) Meh kita tgk apa yang dorang tulis okeh. Saya mmg suka dan tak sabar-sabar nak tgk bhg Penceramah tuh. Ekekekk.. nak nilai diri sendiri katakan. Tapi tu lah ..as usual, mesti ada yang kata laju! Adoiiii... Camner nak kurangkan kuasa kuda ni ha? Pastu ada pulak yang kata dia suka saya cakap laju. Camner  tuh? Apa pun, saya hargai komen dan markah serta feedback yang anda berikan. Dalam feedback form nih, saya tak letak nama pun. Sebab yang penting adalah maklum balas, tak kisah dari siapa pun ..:) 
 
 Wah ...siap bgtau tak yah pakai mic, sebab suara saya dah jelas..hehehe..tq so much! Ada harapan masuk A9 tak? Projection suara cam dah bagus jer tuh?? Hahahhah... Okeh, next time saya minta pandangan ramai. If semua okeh jer kalau tak pakai mic, saya okeh aja! Hhehehe..
Hambek ko... sekali tarikkkkkk jerr senang kan? Ekekekek..Kreatif sungguh! 
 Kejap fokus, kejap tak ...hmmm..napa agaknya yer? Ada perkara yg menggangu ker during seminar? Saya nak tanya tapi tak tahu siapa punya ..:) and right...tempoh seminar tak berapa tepat kan? Hhehehe
Yang ni mintak saya slowkan speed masa important facts. Hhehehe.. yerlah ..mesti amik masa nak digest the info kan .. okeh okeh ..next time saya try slowkan ..:)
 Yang ni pulak suka laju-laju .. ekekekke...
 Insya Allah, this one akan cover banyaaaakkkkk dalam Bengkel Stimulasi. How..How...How..!

Insya Allah, saya akan sedaya upaya mengekalkan prestasi ini di Seminar mahupun bengkel akan datang. Terim akasih di atas feedback yang jujur ini. Seperti yang saya katakan, ianya penting pada saya untuk menilai diri sendiri hasil bantuan anda semua. :) 




 


 post signature
post signature