free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Monday, October 31, 2011

Video: GBOB On Media - GBOB Playgroup @ Rancangan IKS TV1

Waduuhhhh... it took me nearly 8 months to upload this video yo! Hehehehe.. Apa lah Teacher Watie ni kan.. Hu hu.. mmg bz sungguh sampai nak upload pun asyik lupa jer. Memang saya dapat this copy from Aisyah @ RTM pun agak lewat, few months lepas rancangan tu di ke udarakan,  tapi patutnya bila dah dapat tuh, teruslah upload kan.. tapi tu lah, nak upload pun kena tunggu lama, plus asyiklah lupa, kengkadang CD tertinggal kat umah, bila CD ada, DVD Writer plak tinggal. Hadoii... :P

But Alhamdulillah, finally I managed to upload the video untuk tatapan semua, at least parents boleh nampak sedikit sebanyak apa produk dan servis yang kami tawarkan di GBOB. Bila saya tengok semula video ini, rasa terharu pula, dah besar dan bijak dah anak2 saya tu suma sekarang tau. Masa rakaman ni dibuat, dalam Januari 2011, GBOB baru beroperasi dalam 3 bulan, kira baru sangat lah usianya tu. Walaupun sekarang masih dalam tahun 2011, tapi saya nampak perkembangan yang sangat2 positif dalam diri mereka. Kalau anda rasakan semua kanak-kanak dalam video ini comel, bijak dan pandai berinteraksi, ehehhehe.. bolehlah bayangkan keadaan mereka selepas hampir 10 bulan mereka join the Playgroup. :) Tu lah sebab teacher Watie makin hari makin kurus you! Tak yah gi Fitness First, Slim World semua tu, anak-anak Teacher tiap2 minggu dah buatkan Teacher Watie ni berpeluh2 dan sihat + kurus. Ekekekeke...


Cuba teka saya rembat gambar ni dari blog siapa? Eekkeke.. Ni masa majlis Hari Raya Playgroup baru2 nih @ GBOB

Ok, takmo bebel panjang2 lah yerk, meh kita imbas kembali Program IKS @ TV1 ni. Rasanya ramai parents kat luar sana masih  belum berkesempatan untuk tengok Playgroup @ GBOB di Rancangan IKS ketika ia di ke udarakan awal tahun lalu. So, bolehlah jamu mata, tunjuk kat anak dan tanya dorang nak join kelas Teacher watie tak? Eekkekek.. :) Sebelum Watie terlupa, kelas Level 1, Level 2, Level 3 dan Level 4 akan dijalankan seperti biasa, dan sekiranya anda ingin menghadiri sessi Trial Playgroup @ GBOB untuk mana-mana Level, anda boleh hubungi Watie to make the appointment kay! Lately kelas selalu penuh especially level 3 & 4, so it will be based on First Come First Serve. :) Level 1(0-6 bulan) dan Level 2 (6-12 bulan) yang kurang, student Level 2 dah banyak naik ke Level 3, so Level 2 kurang sikit studentnya, sapa yg nak join sekarang memang ada slot kosong. 


Saya rembat dari blog budak bijak bam-bam yang saya tgh peluk tu lah .. heheheheh.. kat SINI

Level 1 memang kurang dapat sambutan dan personally Watie rasa sedih juga sebab Level 1 tu lah yang paling penting dan orang kata asas untuk perkembangan otak bayi. Maybe banyak parents rasa tak perlu untuk join sebab anak kecil lagi, apa dia leh buat kalau join umur 3 bulan (lepas pantang tu kan)..macam tak masuk dek akal jer yerk..:) bukannya leh merangkak pun..heheh..tapi, kalau dorang nak tahu, kelas2 macam ni di oversea tu paling penuh memang Level 1 ni lah, sebab as I always said, the ECE di luar negara  lebih advance & most mother tahu kepentingannya. Di Malaysia ni nampaknya ECE semakin berkembang maju walaupun tak semaju di oversea tu. Dulu kalau anak masuk tadika umur 6 tahun, pastu 5 tahun, sekarang dah ada yg masuk seawal 4 tahun, malah ada juga parents yang sanggup cari Taska @ Early Development Centre yang tawarkan program untuk anak-anak semuda 2 tahun. Program-program di bawah 2 tahun, terutamanya untuk bayi seawal 0-6 bulan ni memang agak sukar kita nak jumpa. Mungkin sebab permintaan kurang, sebab tu Pengusaha tak buat this kind of Program. Kalau ada pun, agak mahal Programnya, dan selalunya kaum kita adalah kaum-kaum yang jarang-jarang ada dalam program tu. Selalu expat & Chinese. Maaf kalau terasa, tapi itu realitinya, jadi jangan pelik jika bayi orang lain lebih bijak @ smart dr bayi kita kalau kita sendiri tidak berusaha memberikan yang terbaik untuk anak sedari bayi. (survey-survey kelas yang ada di tempat anda, cari info, cari bahan pembelajaran utk bayi dan sebagainya sepertimana yang ibu bapa lain buat.) Dan Watie rasa menjadi tanggungjawab watie untuk beritahu pada parents hakikat dan senario ini supaya anda sedar STIMULASI BERMULA SEJAK HARI PERTAMA ANAK ANDA MELIHAT DUNIA! It's TRUE..very TRUE.. :) 

Kenangan terindah dalam hidup saya selaku ibu dan guru. :) Terima kasih IKS, Terima kasih Aisyah. Terima kasih TV1. I Heart Uols!

post signature

post signature

Friday, October 28, 2011

Review: Aplikasi Ipad - Monkey Math School Yang Menyeronokkan!

Ramai parents yang mintak Watie share Aplikasi Ipad yang Watie rasakan baik dan sesuai untuk anak-anak mereka. Secara jujurnya, memang banyak aplikasi Ipad yang baik untuk anak anda, cuma kena pandai cari, test dahulu dan kemudian barulah bagi anak main. Ada juga aplikasi yang nampak gempak, tapi bila kita dah download, biasa2 jer aplikasinya, tak best mana pun. Ada yang tak bagus pun yer! Hhehehe..

Best oo this Apps..!

Insya Allah, pasni kalau ada free masa, Watie akan buat review mana-mana aplikasi yang Watie rasakan bagus selepas Watie try the application yer. Tapi sebenarnya, as parents, uols pun boleh jer wat research sendiri, try & error kata orang.. Kalau bagus kita simpan, tak bagus kita delete lah kan ..apa susah ..hehehe.. tapi yerlah, Watie paham, kalau ada org rekomen mana yang bagus, mesti lagi best kan? Hhehehe.. nak wat review tu kengkadang leceh, nak menaip, nak bercerita ..ekekke.. but no worries, ada masa, Watie try share jugak. :) 

Tarik ke kotak mana jawapannya ..:) Ada bantuan gambarajah lagi (Starfish tu)

Watie pernah habiskan satu malam tak tidur hanya sebab nak download aplikasi kat Ipad! Tu masa mula2 beli dulu lah kan ..excited terlebey suda... segala macam game Watie nak try ..tapi semuanya education based lah kan. Skang dah tak rajin sgt cam dulu lah ..hahahha.. nak-nak pas tgk the negative outcome lepas Qarissa dapat Ipad dulu. Haaa...citer pasal negative outcome tuh, Alhamdulillah, Q dah banyak berubah dah sekarang. Ipad bukan lagi priority dia. Sekarang kalau tak bawak Ipad keluar pun dah ok. Dia tak heran dah. Dia lebih suka main kitchen set, main puzzle, main all the montessori apparatus yang Watie sediakan khas untuk dia. Hmmm.. tu laah..banyak nak kongsi ngan uols ni tau ..tapi masa lah takder nak bebel2 ni ha .. Watie skang ada 3 bulan jer bermula bulan October untuk bagi kaw2 kat Q, supaya dia tak kesah untuk gi Tadika tanpa Watie di sisi dia. Satu masalah anak yang duduk bawah ketiak mak sepanjang masa ni lah dia..attachment disoder kekdahnya! Hahhahaa.. Q takut betul kalau Watie takder kat dia, gi skool yang seminggu 2 kali pun Watie kena ada gak, menangis2 takmo lepas.. Risau lah uols...serius cuak ni..camner nak gi skolah camtu? Habislah dia mengamuk satu sekolah nanti. Tu lah Watie buat macam2 sejak awal bulan untuk bagi Q berdikari dan the outcome sgt bagus .. Dah nampak Q banyak berubah da tak manja sgt cam dulu, macam princess kekdahnya! Cuma tu lah yg Watie masih fail- Attachment tu ha... harap lah Cikgu dia nanti leh handle dia kat Tadika.  

Ni yg paling Watie suka. Sambung2 sampai anak Turtle tu berjaya ke laut! Interesting erk??

Ok, back to the topic. Al-kisahnya Watie tahu pasal aplikasi ni bila nak carikan Monkey utk si Zayra. Asalnya Watie konon2 nak share ngan uols aplikasi lain, Watie nak kena search balik aplikasi apa yang ada kat Ipad Q, yang bagus, yang boleh Watie kongsi, sekali dah terjumpa yang nih, sebelum aku lupa, baiklah aku wat entry dulu kan? Hahahhah.. Kan Ipad Watie ada 2, satu Q punya, satu Watie punya. Yang Q punya kemain banyaklah aplikasi termasuk lah ada satu Monkey See Monkey Do, taklah best sgt yg tu Watie rasa tapi Zayra suka Monkey tu lompat2 kot. So, si Q sibuk ngan Ipad dia, Zayra duk mintak Ipad Watie & expect adalah Monkey tu kat Ipad Watie. Dia sibuk duk cakap, "Nak Monkey! Nak Monkey!". So Watie pun nak install lah Monkey punya application kat Ipad Watie. Tu yang terjumpa aplikasi Monkey Math School Sunshine ni. Bila dah download, Watie rasa best lah pulak aplikasi dia, bagus  sgt sebagai permulaan untuk anak mengenal nombor sebab dia sgt interactive. Mungkin ada jugak parents yg dah ada download aplikasi ni, tapi takperlah yer..Watie share utk mereka yang tak tahu. Sebab kalau uols cari guna words Monkey, banyak giler ooo aplikasi dia.. Kang tak tahu mana satu, so let us be precise kay ..:) 

Ni akan menjadi kegilaan anak anda! Anak2 Watie asyik suh bukak bubble jer! Padahal bukan kita leh pilih2 ..Segmen2 tuh mmg dah set, kita takleh pilih .. ehheh.. Selain gambarajah, ada gak kena poke nombor dalam bubble tu ..:)

Ok, tak yah nak cover2 lah yerk ..Sapa yang ada Jailbreak tu leh ah guna Jailbreak kat Ipad, sapa yang takder tuh, leh guna App Store, sapa yang guna tablet leh cari guna Android tu. Uols cari Monkey Math School Sunshine. Kalau Jailbreak & Android, free, kalau Apps Store kena 0.99 cents (USD). Apa yg ada kat dalam games ni sampai Watie excited nak share ngan uols? Hehhehe.. pada Watie bestlah ..sampai aku plak yg excited main lebey2 .. hahaha.. dia ada banyak parts dan segment, dan kalau dapat complete segment tuh, kita akan boleh pilih any item yg dia offer untuk hias Aquarium  kita. Macam sticker ah gitu. :) Ada macam2 fish ..ada batu hiasan, ada duyung .. lots of things for us to put in the Aquarium.  Dan dia punya konsep sgt sempoi, catchy tapi berkesan.

Ni lah contoh Aquarium tu...Best yerk?

Antaranya, dia suruh akak pecahkan bubble yang bernombor 1 sahaja. So, akan ada banyak bubble keluar. Kalau poke bubble nombor lain, dia takkan pecah. Anak kena pilih nombor yang dia minta sahaja. Secara tak langsung, anak akan kenal nombor. Mula2 maybe anak kita akan belasah jer poke semua ..Excited kekdahnya ..hahaha.. tapi kita kena ajar anak kita yang Monkey tu nak nombor 1 jer.. so pegang jari anak dan poke that number with them. In a short while, Insya Allah anak akan paham. pastu ada di ajar seequence. Macam sapa yang pernah beli buku Dr Titzer kat GBOB - Your Baby Can Learn, kan ada satu buku about sequence - What come next? Samalah konsep dia. Dia tanya anak apakah gambar yg sepatutnya keluar ikut sequence tu. Then ada lah ajar games addition, like 1+2 =? Tu standard ah kan .. Pastu, ada juga segmen yang anak kena tulis atas pasir nombor2 yang diminta tu. Ada bantuan anak panah. Walaupun tak lah membantu dalam penggunaan pensil (just pakai jari jer kan kat Ipad tu), at least anak paham konsep nombor dan tau yang dia sedang lakar nombor yg diminta. They can imagine how the number look like. Another one, dia tanya apa shape ada 4 sides, 5 side. 3 sides dan sebagainya. Bila anak dah pilih betul, cthnya Triangles got 3 sides, dia akan tunjukkan apakah side nya tu, so anak akan lebih paham,:)  Dan yang paling Watie suka, ada satu part tu, kita kena tolong anak turtle tuh ke laut, so kena connect the dots from number 1-10, one by one sampailah ke nombor terakhir, alah...macam buku2 kat kindy tu lah ..yang Math punya tu ..tapi sebab ni interactive, so memang terujalah nak sambung from 1-2-3-4 sampailah habis .. nanti dia akan sebut semua nombor sambil anak turtle tu gerak from 1 number to 1 number..akhirnya ke laut .. So nice & catchy kan? Hhehehehe... Ada lah few others activity lagi ...yg pasti semuanya best!

Kesimpulannya, Watie rasa this game & aplikasi memang sangat baik lah untuk kita mengenal asas nombor dan Math. Very interesting & entertaining! Watie bagi 4/5 bintang lah ..:) Kalau sapa nak tgk website dia .. dan nak tahu lebih lanjut apa lagi yang ada kat game tuh, ni link dia ..leh tgk lebih details kay!  http://monkeypreschool.com/math.php

Syarikat ni juga ada keluarkan a few other games, Watie lum sempat nak download lagi, tak berani nak komen tapi rasanya ok juga kot? Cubalah uols try..:) Alah, sapa yang guna Jailbreak and Android tuh kalau ada cracknya apa kesah yerk dak? Yang pakai Apps jer lah .. heheheh..tapi okeh apa?? Murah la 0.99 cents jer!  Hhehehehe...Bolehlah try juga untuk anak anda!:) Ok readers, till we meet again kay!:) Selamat berseronok dgn anak anda! C Ya!

Antara aplikasi yang dikeluarkan oleh THUB Games. 

post signature

post signature

Wednesday, October 26, 2011

Aktiviti @ Stimulasi Atas Katil Ketika Bercuti!

Hari nih, Wati nak kongsikan satu video yang merupakan salah satu aktiviti yang sering Watie lakukan dengan anak-anak tidak kira di mana kami berada. :) Pada Watie, ia adalah satu aktiviti @ stimulasi yang menyeronokkan bukan sahaja untuk kita tapi juga untuk anak. :) Dan tak susah pun sebenarnya. Especially kalau uols suma suka gi karoke! Bila gi karoke, mesti suka menyanyi kan?  Maknanya pandailah nyanyi kan? Hehehe.. Apa kata uols gunakan suara merdu anugerah Allah SWT tu untuk menghiburkan hati anak, mengajar mereka dengan cara yang paling senang, mudah dan menggembirakan. Banyak pahala tuh! Heheehhe.. :) 

Watie dapati isu sebenar kebanyakan para ibu bapa bukanlah "tak pandai nyanyi", sebenarnya suma pandai nyanyi, tapi tak tahu nak nyanyi lagu apa kan? Hehehe..Kalau lagu sendu, lagu rock atau lagu cinta mungkin taulah, dah selalu dengar kat radio setiap kali nak pergi atau balik kerja, so automatik dah terhafal. Tapi lagu kanak-kanak? Nursery Rhyme? Nasyid anak2? Hmmm.. banyak yg kantoi di situ kan? Heheehe.. Kenapa Watie tekan Nursery Rhyme & Nasyid Kanak-Kanak dan bukan lagu2 biasa? Sekali lagi Watie tegaskan, ia adalah cara yang paling mudah untuk mengajar anak! Jadi, anda sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan, malah tak keterlaluan Watie katakan, ANDA TIADA PILIHAN! Samada suka atau tidak, anda harus hafal lagu-lagu ini dan sering menyanyikannya dengan anak anda. Percayalah, dalam tempoh masa yang sekejap, anda dah boleh hafal dah Nursery Rhyme tu, sebab ia selalunya berulang dan tak panjang sangat pun! Mulakan dengan Nursery Rhyme yang mudah dingati dan sangat popular sepanjang zaman, - Twinkle Twinkle Little Star! Tapi pastikan nyanyi dan hafal sampai habis, bukan separuh jalan yer! Hehehe.. Then bolehlah nyanyi Nursery Rhyme yang senang2 macam Baa Baa Black Sheep, The Wheels On The Bus, One, Two Buckle My Shoe dan sebagainya. 

Kalau anda berusaha lebih sedikit, anda pasti akan jumpa sangat banyak Nursery Rhyme untuk anda nyanyikan bersama anak. Watie dulu pun memang taklah hafal sangat semua Nursery Rhyme, in fact sampai skang pun masih ada Nursery Rhyme yang Watie tak hafal, tapi harus Watie akui, tuntutan kerja Watie memerlukan Watie tahu banyak lagu untuk dinyanyikan di kelas Playgroup, jadi Watie merasakan ia satu cabaran yang sangat menyeronokkan. Proses menghafal lagu merupakan satu cabaran yang sangat Watie enjoy. It makes my brain work faster! Ditambah lagi, kita harus jadi lebih kreatif dan inovatif untuk menjadikan lagu tersebut satu lagu yang menyeronokkan untuk dinyanyikan bersama anak-anak. Kalau tak percaya, cubalah anda try nyanyi lagu2 baru, yang tak pernah anda nyanyi sebelum ni. Memang best! 

Dalam video di bawah, Watie nyanyi lagu Nursery Rhyme - Shoo Fly Dont Bother Me masa kami bercuti ke Phuket baru-baru ni. Hari asyik hujan sepanjang 4 hari kami di sana, nak jalan2 pun tak boleh, so banyak lepak bilik jer. Anak-anak bosan dan Watie pun bosan. So, menyanyi adalah salah satu cara untuk kami menggembirakan hati masing-masing, Hehehe.. Both Q's sangat suka lagu ni dan bila tgk mereka berjoget2 kegembiraan dan mula menghafal lagu tersebut serta menyanyi bersama, ia satu kejayaan bagi Watie. Kalau dengar betul2, uols boleh dgr yang Zayra turut menyanyi bersama (bhg I feel..I feel tu.) Keletah sungguh! Siap cakap "Adoiii!" bila dia tergolek kat atas katil tuh! Hehehe.. Malah, video nih bergerak2 dan lari sana sini sebab dia tgh berebut nak amik Ipad Watie tu lah. :) Kakak dia rilek jer nak joget & nyanyi, tapi Zayra yang hover tau! Tak padan baru nak masuk 18 bulan time tu. Hehehehee..Memang Watie akui, Nursery Rhyme banyak bantu Zayra untuk bercakap. Her development is so tremendous :) Alhamdulillah. Watie dapat rasakan yang Allah SWT bagi banyak kelebihan pada Zayra- dari segi otak dan  mulutnya berbanding sedikit kekurangan di tangan kanannya itu.:) Seriously, sometimes Watie lupa pasal tangan kanan tu kerana Zayra terlalu aktif dan boleh lakukan hampir kesemua apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak sebaya normal yang lain, malah kadang-kadang lebih lagi, menyebabkan Watie sangat kagum dengan semangat dan kecekalannya. Semoga dia akan kekal begitu hingga besar nanti. Insya Allah. :)

So, to all parents out there, try your best untuk hafal sebanyak mungkin Nursery Rhyme dan cuba menyanyi dengan anak okeh! Ada banyak video di You Tube dan kalau anda nak yang berkualiti, gambar dan suaranya jelas dan tak crack, kena rajin cari VCD2 yang bagus. Di GBOB pun ada Watie jual, tapi selalu habis stok. Ekekekek.. :) Satu tips dari Watie - pastikan VCD yang anda mahupun anak anda dengar itu accentnya bagus . Jangan sebab murah, anda beli dan lepas tuh, bunyinya ada telor @ bunyi Cina. Watie perasan ada banyak VCD macam tu, memang tak syok dengar dan tak bagus juga anak dengar, sebab ia akan mempengaruhi bunyi accent mereka bila mereka pandai bercakap nanti. Sama juga kalau beli VCD @ CD Al-Quran cthnya Juzuk Amma utk anak-anak dengar. Kalau dapat yang dari Tanah Arab punya bacaan tu, memang best! Macam yg kawan Watie- Zaidathul Akma recommend - Adik Ahamd Saud dari Arab atau Adik Muhammad Taha Bajunid dari Malaysia. :) Sapa yang ikuti blog ni dari awal, pasti tahu, itulah yang selalu Watie tekankan kan? :) Pada Watie, pencarian VCD ni kan, macam kita nak cari isteri atau suami lah kekdahnya! Hahahahaa.. Nak kena cari betul2, sungguh-sungguh, hati-hati, salah pilih habislah nanti. Sendiri rugi. Ekekekeke.. Sebab tu, bila Watie jumpa yang bagus, Watie suka recommend, tapi kesian jugak kat parents, sebab dorang tak tahu mana nak cari dan minta bantuan Watie. Macam contoh- Mothergoose Club yang Watie rekomen dalam entry INI, ramai minta Watie  tolong belikan tapi this time I cant help, sebab Watie pun beli online sempena birthday Qarissa, dan duit dalam Pay Pal pun taklah banyak mana kan. Memang tak apat nak tolong dari segi tu. :) Sorry pada semua yang pernah mintak Watie tolong coz I cant help it. :( 

Insya Allah, dari masa ke semasa, ada apa2 product yang bagus, yang Watie jumpa, nanti Watie recommend kat blog ni okeh .:) Skang ni memang ada produk yang Watie tengah aim, tapi tak berani nak komen sebab Watie belum try, but look so promising tapi harganya mak aiiii.... kalau combine siri-siri yang ada, boleh beli Little Reader satu lagi nokss! Hu hu hu .. Tapi tu lah, tengah berkira2 lagi nak beli atau tidak. :) If dah beli, dah test, baru leh komen dan rekomen. Kan best kalau ada org nak bg Watie try produk education dorang for free dan mintak komen. Ekekeke..Jimat sket duit yerk? Hahahahhaa.. Oklah friends, kita jumpa lagi di entry akan datang okeh. Selamat menghafal Nursery Rhyme yer! Hehehe..

Our activity during vacation @ Phuket. Shoo Fly Dont Bother Me Song!

post signature

post signature

Tuesday, October 25, 2011

Vokal: Bukan Sekadar Rupa - Peserta Cilik Pertama!

Yeehaa..petang ni Watie nak kongsi video anak buah Watie yang sangatlah gebu dan tembam serta bijak beraksi dan bergelek - Danisha Darling. Ni anak Along Watie yang nombor 3.  Beza umur dia dalam 5 bulan jer dengan Zayra, tapi tahun lain-lain. Hehehe..Ni lah jugak "Otai Kampung Kerinci" yang suka sangat cubit pipi Zayra masa Zayra kecik. Habis dia kerjakan Zayra! Cubit2 sampai luka2 badan Zayra dia menggeram. Hehehee.. Sapa yang lum tgk video dia kerjakan Zayra, leh tgk kat SINI.


Tapi skang dia dah geng ngan Zayra. Dah jadi best friend. Seronok giler tgk dorang jalan berdua. Macam adik beraik. Dan lebih comel bila dia tegur Zayra time main sesama. Nanti tetiba dengar, "Yaya..NO!" Hehehhee.. Comey tol..! Bila tgk video nih, memang Watie tergelak sorang2 .. Hadoilah ChaCha (nama manja dia..) gediknya ko nak oi.. Memang patut jad peserta cilik pertama - Vokal: Bukan Sekadar Rupa tu ha! Siap pakai bandana sendiri tuh yg mahal tuh! Hahahaha.. kemain bijak lagi. Dengan muka2 dia menyanyi. Hehehehe..

Mehlah kita menenangkan waktu petang kita dengan keletah budak bijak ni okeh! :)  Kerenah anak-anak sememangnya menceriakan hari-hari kita sebagai ibu bapa kan..? Penat macam mana pun, kalau dapat tgk aksi macam ni dari anak, hilang penat yo!

Anak buahku Danisha - bakal peserta Vokal- Bukan Sekadar Rupa?? Hehehe..


post signature

post signature

Video: Playgroup @ GBOB Using My 1st Activity Book - Montessori Approach

Kalau semalam Watie kongsikan kebaikan buku My 1st Activity Book - Montessori Approach, hari ni Watie nak kongsikan video yang sempat dirakam oleh suami ketika sessi Playgroup @ GBOB Level 3 (12-18 Months) minggu lepas. Lucky me sebab hubby kerja tgh hari, so he managed to capture the moment using my Ipad. Best plak rasanya bila tgk rakaman ni semula. Nak upload terus ke You Tube pun senang, :) Thats y Watie terus buat entry pasal aktiviti ni untuk berkonsi dengan anda semua. Dah lama sangat rasanya tak kongsi cerita pasal my Playgroup kan. Video yang IKS tu, dah lama Watie dapat dr pihak RTM, tapi tak sempat2 nak hapdet kat You Tube. Insya Allah dalam waktu terdekat ni Watie upload lah. My external DVD tertinggal lah plak kat opis. :) Next week Insya Allah kalau sempat. :)


The book that we use in the Playgroup Class @ GBOB

Video yang anda lihat ni adalah sebahagian aktiviti yang kami lakukan dalam kelas Level 3. Memang best sgt tgk all the kids kemain comey bawak buku pergi sekolah kan? Yang paling best, bila Mommy2 bagi komen, anak2 kat umah pun siap amik handbag Mommy pastu pretend to do all the action yang mereka belajar di kelas. So cheeky! Tu lah Watie selalu kata, all babies are genius! They're all GREAT IMITATORS. Ada yang siap jadi "Techer" bila kat umah. Parents plak yang kena jadi anak murid! Kui ku kui.. Tergelak2 lah Watie dgr Mommy2 citer dorang kena berlakon jadi anak murid bila kat umah tu ha. Happy sgt sebab nampaknya kelas Playgroup ini berkesan dalam meransang minda anak masing-masing, menjadikan mereka lebih berdisiplin, berketrampilan, pandai bergaul dan tidak lupa semakin bijak! 

At the same time, Watie rasa kesian jugak untuk mereka yang tinggal jauh dari Klang Valley, sebab selalu terima komen yang they really want to join GBOB kalau dekat. Tanya ada cawangan ke tak, ada plan tak nak bukak cawangan and so on. Well, Insya Allah perancangan ke arah itu ada, that is my next year plan under Licensing Program. Sesiapa yang berminat untuk membuka kelas Playgroup like GBOB di kawasan atau daerah masing-masing, bolehlah menyertai Licensing Program GBOB ini. Watie takmo cerita lebih lanjut sebab segalanya dalam perancangan. Masih terlalu awal, cukuplah Watie katakan perancangan ke arah itu memang ada.:) I have to make sure mereka yang berminat untuk menjadi rakan niaga GBOB adalah mereka yang benar2 ingin menjadikan kerjaya ini sebagai sesuatu kerjaya yang tetap, bukan kerja part time, sebab ia memerlukan kesungguhan, keberanian, dan rasa tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kecil ini. Well, we're teaching the "genius" babes.. hehehehe. Watie nak kena pastikan all the Teachers are capable of creating the fun environment in the class and know why we're doing such activities.

Okeh, enuff said about the Licensing Program.:) Another reason why Watie nak share this video adalah untuk memberi idea kepada para ibu-bapa bagaimana bermain dengan anak mereka di rumah, selain itu, bagi mereka yang telah pun menyertai Playgroup @ GBOB, bolehlah menunjukkan video ini kepada anak, so that they feel excited dan akan cuba meniru gaya-gaya ini di rumah, dan bila sampai di kelas Playgroup, mereka akan lebih teruja. Teringat kata-kata Mommy Aleesya, bila kat rumah, Mommy Aleesya ajak Aleesya main this activity using any bag yg dia sempat grab pada waktu itu dan hasilnya?? Wonderful! Sebab bila di kelas, Aleesya sangat enjoy. 2 minggu sebelum itu, Aleesya  banyak menangis  sewaktu di kelas mungkin kerana baru baik sakit & ada minggu2 yg tak dapat hadir, (sebelum sakit, she was a very happy toddler in class) dan menurut ibunya lagi, selepas baik dari sakit, Aleesya seolah2 berubah dan cepat cengeng bila tak dapat apa yang dia kehendaki. Tumpang gembira bila lihat ada perubahan pada diri Aleesya. Memang gerun juga bila dengar Mommy dia beritahu tentang kekerapan ke hospital dalam tempoh satu bulan sebelum ini, mana tak phobia anak kecil itu, Pity Aleesya. Syukur dia dah sembuh dan harapnya akan kekal sihat. :)

So Mommy, jgn lupa tunjuk anak genius anda video ini okay. And dont forget to put some comments on the feedback after they watch it! :) Another thing, - dont forget to enjoy the moment! :)

Anak-anak genius saya di Playgroup @ Genius Baby On Board. :) Tergelak bila saya tgk they tried to imitate my action - marching sungguh2 yo! :) Hahahahaa.. So cute!




Sebelum Watie terlupa, Pendaftaran dan sessi Trial untuk Level 2 (6-12 months) di buka sekarang. Dah ramai student yang Level 2 naik ke Level 3 (dah graduate you! Hehehhe..) dan student Level 2 dah tak ramai, so pendaftaran baru akan dibuka untuk mereka yang berminat menghantar anak mereka ke kelas Playgroup @ GBOB ini. Kelas akan diadakan pada setiap hari Ahad @ 10 am. :) Jika berminat untuk mendaftar atau menghadiri sessi Trial, bolehlah hubungi Watie dengan kadar segera. Kelas akan bermula selepas hari raya Haji. :) 

post signature

post signature

Monday, October 24, 2011

Montessori Approach Cloth Book - My 1st Activity Yang Sangat Best!


Hari ni Watie nak kongsikan satu produk yang sangat bagus untuk meningkatkan motor halus anak anda. Produk ini sebenarnya adalah salah satu dari puluhan produk yang Watie gunakan dalam kelas Playgroup @ GBOB (Level 3:12-18 bulan). Sejak Watie gunakan produk ini, memang ramai ibu bapa yang menyertai kelas tersebut ingin turut sama memilikinya tetapi sayang, stok memang takder, dan memang sangat susah nak dapat. Watie ingat lagi, masa mula2 Watie beli, Watie berbelah bahagi samada nak guna atau tidak this produk untuk kelas Playgroup, sebab harganya taklah murah sangat, kalau satu boleh tahan lagi, tapi kalau dah 10? Hehehehe.. Tak betul2 memang bengkok lah jugak kan …Ekekek..Tapi sebab this produk is hard to get & really good for my student, I decided to invest jugak, kira 1 time investment lah kan .. tutup sebelah mata lah.. Hehehhe..Watie cuma sempat jual 2 sahaja dan yg selebihnya memang tak jual sebab nak pakai untuk kelas.

Buku yang mendapat permintaan hangat tapi stok takder. Now ada but very limited. Hehehe..

Lucky me, finally setelah cuba sedaya upaya dapatkan stok, I managed to get the stok but limited. So, Watie terus mesej pada parents Playgroup GBOB dan buat booking untuk siapa yang nak. Of course Watie kena bagi priority to my Playgroup students kan ..:) Kebanyakan alat mainan dan alat bantu mengajar memang jarang dapat Watie kongsikan, upload atau cerita kat blog sebab belum sempat cerita, barang dah terjual untuk students2 Watie, so I don’t think so its appropriate bila Watie duk citer pung pang pung pang, skali client nak beli barang takder..Its doesn’t sound good & professional. So, that’s y kebanyakan barang tuh memang student Playgroup akan dapat dulu sebab they come every week. Hehehehe.. So, sapa yg nak tgk barang2 @ GBOB, kena rajin2 singgah hujung minggu lah kekdahnya .. hehhehe.. But no worries, kalau stok ada atau akan di restock, Watie akan try to update the info dan kongsikan dengan anda semua tetang kebaikan dan keistimewaannya okeh ..:)

Alrite, produk yang Watie nak kongsikan ini namanya My First Activity Book. Ia merupakan satu buku kain atau “Cloth Book” yang mempunyai pelbagai aktiviti untuk anak anda terokai. Buku nih sangat menarik, first time anak u tengok pun, dia dah suka sebab warnanya sangat terang dan menarik perhatian. Orang kata, “Love at first sight”. I still remember, Watie bg Qarissa pegang buku nih, kemain lagi dia bergelek2 cam pegang handbag sambil dancing2 keliling opis. Ni ada watie attachkan gambar gedix si Qarissa satu ketika dulu. Masa ni Zayra tgh merangkak lagi. Hehehe.. In fact, Qarissa lah yang bg idea untuk Watie jadikan buku tersebut sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam kelas. Bentuknya yang direka seakan2 bag itu sememangnya menarik untuk untuk kanak-kanak pegang dan main play pretend seolah2 dia nak ke sekolah atau berjalan2. Good for traveling too! At least ada benda yang dia boleh main (mainan yang berfaedah dan meningkatkan skill motor halus mereka!) dalam kereta sepanjang perjalanan balik kampung atau bercuti!

 Ni lagi best dari bag Coach hokay Aunty2 semua.. Heheh!
 Angkat tinggi2 nak tayang sket I ada handbag! Hahahaha...
Vavava..Ada gaya model..Siap dgn berus gigi tu yg tak tahan. Ha, yg kat belakang tgh duk bergossip tu, sorang sangattt bagussss, lagi sorang sangaaaatt tak baguss! Haahhaa... 
 Memberus gigi sambil bergaya dengan handbag "ada curlass" nya. Kikiki...
 The Ants Go Marching One By One Hurahhh! Huraahhh!.. Sian anak aku main sorang2 ..hahahha..
Kepit mengepit tak tahannnnn!

Di dalam Cloth Book – My First Activity Book ini pula, terdapat 10 aktiviti yang boleh anak anda terokai dan setiap satunya mempunyai objektif yang berbeza. Setiap aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran motor halus anak anda dengan pengunaan dan latihan yang kerap.Meh kita tgk apa aktiviti-aktiviti yang ada dalam buku ni kay.:)
Anak2 belajar membuka dan menutup butang. Perlukan kemahiran dan latihan yang kerap, in the beginning memang parents kena bantu dengan sama2 bermain dengan mereka. :) Nanti senang bila anak dah pandai, dorang akan bukak butang baju sendiri tau.. I suggestkan nyanyi Nursery Rhyme - Round & Round The Garden sambil bukak button ni.  
Memasang dan membuka seat belt. Dalam masa yg sama, leh ajar anak, kalau naik kereta, mesti pakai seat belt!. Juga perlukan kemahiran dan latihan yang kerap. Kita rasa senang, anak rasa susah tau ..:) jadi kena bantu yer Mommy & Daddy!
Belajar Zip & Unzip. Aktivity ni agak mudah berbanding yang 2 di atas, tapi perlukan kemahiran juga. Yang best tuh, siap ada cloth duck dalam zip tu, dan ianya berbunyi bila kita gesekkan.Bagus untuk stimulasi pendengaran anak dan bayi. Nak gesek pun bukan aktiviti yg mudah bagi abak kecil anda tau! Kita rasa senang, but to them, rasanya mereka lebih suka keronyok berbanding gesek, betul tak? Sebab still berbunyi apa.. hehehe..Jadi, untuk variasi, boleh suruh anak gesek guna ibu jari dan jari telunjuk, bila dah biasa, nanti nak pegang pensil pun senang. :) 
Peek A Boo play with Mr Octopus. Ni pun best sebab Octopus ni punya kaki, ada 3 kaki kita boleh play around. Leh main tarik2 kaki dia. Leh main Peek A Boo dengan menutup mata Octopus, sedia, dan lepaskan and say Peek A Boo Octopus! :) Selain tu, ada juga baby Octopus di bawah salah satu kaki tu. Great way to say Peek A Poo when playing with our kids. :)  Sapa yg dtg Playgroup & tau pasal "Old Orange Octopus", leh ah nyanyi lagu tu jugak :)
Counting Activity - kira kaki Caterpillar dan ada juga finger puppet Butterfly. Finger puppet ni boleh di tarik keluar dan dilekatkan semula dalam buku.  Memang sangat lah disukai anak-anak saya kat Playgroup tu.. Level 3 ( 12-18 months) pun dah pandai masukkan dalam jari so kalau yg 2 thn lebih mmg lah sgt expert kot, siap leh nyanyi dan terbang2 with this Butterfly sambil nyanyi lagu Fly Fly Fly, the Butterfly! Bila time Catterpilar, leh nyanyi  "Caterpillar Coughing!" :) 
Yang ni plak Bee. Pun finger Puppet  with pelekat velcro juga. Kalau student yang datang Playgroup Level 4 last 2 weeks kot, mesti ingat yg kita ada main Bee ni kan..? They love it!. Pasni leh Main ngan Mommy okeh!:) Bunga tu ada macam kocek yang anak leh seluk2 jari dorang yg comel dalam tu. :) Atau maybe simpan Bee dalam tu and say Bee is eating! :) Pastu nyanyi lagu Buzzy Buzzing Bee!
Tie the Shoelace Activity. Agak sukar untuk anak pada mulanya, dan ia akan jadi lebih baik. Mommy can start by encourage them to insert the lace dalam lubang dan tarik dahulu, sebelum ajar buat riben.:) Time ni leh nyanyi lagu, One, Two Buckle My Shoe!:)
Ni button activity. Anak kena button belon2 dan bumbung rumah Cat tu di tempat yg betul. Material for both ballon and roof pun berbeza, so its good for their touch stimulation also. Sebab dia button, ada tendency anak untuk pakai button jer, dan tak ikut the shape. No worries, sebab bila dia wat camtu, kita leh bgtau yang dia mesti ikut shape just like the picture above. :) Time ni, kalau nak nyanyi lagu Happy Birthday pun ok sebab ada ballon tapi last week we all nyanyi lagu Mister Sun! hehehe..
Ni pulak hand puppet bear. Anak boleh masukkan tangan dari bawah, seluk dan bermain dengannya. :) Jangan lupa bagi nama for this bear okeh!
Dan, yang akhir sekali adalah button Activity & Tell the time. Anak boleh belajar nombor dan waktu.  Ia boleh dipusingkan 360* tapi sayangnya penunjuk jam dan minit tu tak leh dipisahkan. So, hanya leh tunjuk kat setengah2 nombor jer lah. :) Jangan lupa nyanyi lagu Hickory Dickory Dock masa main this Activiti dengan anak okeh..:)

Harga buku ni cuma RM 79.90 sahaja tidak termasuk penghantaran. Penghantaran ke Semenanjung cuma RM 6 dan ke Sabah/Sarawak cuma RM 10. Terus terang, stok yang Watie ada cuma 140 sahaja, Watie cuma boleh jual 100 sahaja sebab lagi 40 nak simpan untuk my branch akan datang. Branch? Opps...Heheh.. Insya Allah ..ada rezeki kita akan bukak di Johor tahun depan, sekarang tgh gigih nak siapkan program dan produk untuk branch sana, under our Licensing Program. Another sebab yg kukuh kenapa blog ni jarang update lately. Hehehe..Pening mak noks..pening giler skang.Ahaks..But i love it. Dan, daripada 100 buku tuh, 20 buku dah terjual untuk student2 Watie yg Level 3. Yang Level 4 baru dapat message, dan ada yang dah book, ada yang nak tengok by this week (sebab Level 4 belum berkesempatan guna that book masa Playgroup, cuma sempat guna Bee Finger Puppet jer), so that have no idea about the cloth book. Jadi, cuma tinggal 80 buku sahaja yg boleh Watie buka untuk jualan. Again, first come first serve basis dan siapa yang buat payment dalam akaun GBOB, htr info dan bukti pembelian, Watie akan terus courier.  Boleh sms atau mesej Watie selepas transfer. :) 

To those customer yg dah booking, no worries, Watie dah siap tagging dan stapler nama kat bag lagi, heheheh,,seram betul kalau tak buat camtu, kang aku pakai jual jer, tetiba dorang nak claim barang, stok dah takder. Huhu ..haru ooo.. :) Ok kengkawan, jumpa lagi di entry akan datang kay. Nanti sempat, Watie kongsi lagi produk2 yang bagus untuk meningkatkan pelbagai skill dalam diri anak anda yang genius tuh..:) Salam sayang semua ...:)

post signature

post signature

Monday, October 10, 2011

LR Testimony: Baby Armani Pun Dah Pandai Baca! Yeay!!!



Saya nak share FB msg yang dihantar oleh Ema kepada saya akhir bulan Sept yang lalu. Happy sgt baca emel dari beliau, yang berterima kasih pada saya for all the consultations and recommendations especially on Little Reader. Ema ni pernah datang my ECE Seminar masa tgh preggy dulu .. so memang banyak information yang beliau sudah dapat dan dah ready sebelum kelahiran Armani lagi. Persediaan yang cukup rapi saya rasa, untuk ibu yang pertama kali mengandung dan melahirkan. :) Tahniah saya ucapkan pada beliau dan suaminya yang cukup mementingkan ECE serta percaya yang bayi sememangnya genius!.Masih terbayang di tubir mata saya perbualan kami masa Seminar dulu, excited sungguh Ema lepas habis  Seminar .. cepat betul masa berlalu kan? Dah pandai pun Armani Boy tu ha.. hehehe..  Meh kita tgk apa yang Ema tulis dalam FB msg nih okay ..:) Terima kasih saya ucapkan pada Ema for the lovely msg...sesungguhnya saya tumpang happy mendengar berita hebat ini .. dan tak sabar nak tunggu videonya! We want video! We want video! Hehheheheh... :)

Keratan FB msg Ema:) 

Saya kopipes juga apa yang ditulis Ema dalam Fb tersebut untuk memudahkan pembacaan..:) 

"kak watie!!!! armani boy dah boleh baca!!! at least saya lah rasa dia boleh baca. td masa main2 ngn dia,guna falshcard ybcr tu saja je suruh dia pick words n to my surprise dia pick words yg betul!! saya cuba a few words ye lah incase tu kebetulan je betul kan.skali all the words dia pick tu betul.time nak record je dia dh mls.hahaha..mcm tau2 je.tq tq tq tq..i learn a lot from ur class ur blog n zayra mmg idol saya.hahaha.jeles zayra can read as early as 5mo.in a good way lah kan.pastu aesya pun dh pandai.hehe.wpun xdpt ajar dia full time mcm akak n kak zai,i guess betul lah yg kak watie cakap..5min everyday pun dh cukup.saya cuma ada time htr armani boy to babysitter je during weekdays nak ajar dia.Alhamdulillah!! suka xterhingga.tq for sharing all the infos n experience! tq kak!"

Sesiapa yang nak tahu, nak dapatkan info dan nak beli Little Reader, bolehlah berhubung dengan saya terus melalui nombor di bawah ok..:) Will be happy to help uols...:)

post signature

post signature