free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Tuesday, November 6, 2012

Quzayra: Kiriman Allah Yang Menjadikan Aku Manusia Bermanfaat!

Lama sungguh rasanya saya tak update blog ni ..:) Sibuk dengan anak-anak dan kelas Playgroup, kerja 7 hari seminggu membuatkan masa saya begitu singkat untuk menulis. Syukur juga ada Fanpage FB GBOB dan  kebelakangan ini saya sememangnya menggunakan medium tersebut 100% untuk berkomunikasi dan berkongsi ilmu serta pengetahuan dengan pelanggan serta Fans GBOB. Siapa yang belum LIKE Facebook GBOB, cepat-cepat LIKE yer, dan cadangkan juga page tersebut pada rakan-rakan dan saudara mara, mungkin ianya berguna untuk mereka, Insya Allah ..:) 

Saya menulis entry ini pada pukul 2.40 am, ketika anak-anak sedang enak dibuai mimpi. :) Saya ingin berkongsi rasa dengan anda semua, pembaca setia blog saya. Sesuatu berlaku dalam hidup saya kelmarin, dan saya sudahpun berkongsi rasa sayu dan sedih itu dengan rakan-rakan saya di FB semalam, kini saya ingin abadikan kisah itu di blog pula, agar saya akan dapat membacanya selagi hayat dikandung badan, malah mungkin Zayra juga dapat menatap dan menghayati isi hati ibunya ini apabila beliau dewasa kelak..


Saya salinkan kembali apa yang saya tulis di Facebook saya semalam.

***Kengkawan..nak share citer sayu pasal Yaya smalam..balik2 jer aku terus cek apa barang aku dah beli utk anak2 aku for this coming holiday. Aku shopping sikit2 from the past few months so aku dah lupa apa benda yg dah beli dan apa yg belum. Bila cek2..rupanya aku dah beli glove for the kids.. Aku suruh lah Yaya cuba..excited giler Yaya sebab glove dia color purple.. Cepat2 dia mintak pakai.

Yg sedih tu kan.. Bila tgk muka Yaya happy sebab both hands dia ada 'jari-jari' yg complete..jadi Yaya macam excited lah jari tgn kanan tu panjang2..aku sayu jer tgk tambahan pula bila hubby kata "Cantik pulak Yaya pakai glove tu nampak cam semua jari ada. ".. 

Dan yang paling sedih..memang terganggu gak lah emosi aku.. Meleleh gak air mata dan hampir rasa bersalah sebab macam aku yg menyebabkan tangan dia lahir camtu...bila Yaya tak mo pakai mitten yang aku belikan utk dia. Aku beli wool mitten nak kasik panas tgn tu tapi Yaya tak nak pakai.. Pecah hati aku bila Yaya cakap, "Taknaklah pakai ni Mommy.."..bila aku tanya kenapa...jawapan dia buat aku sedih sangattttt...Yaya kata "Taknak..ni ada 1 jer finger..ni takder!!" *sambil tunjuk kat mitten tu. Mitten tu hanya ada sarung 'jari' kat thumb dan yg lain takder..*

Memang aku terus terdiam dan kitaorang laki bini cam tersenyap jap dgr Yaya cakap macam tu.. Terus bergenang air mata aku dan aku peluk Yaya kuat2...:'(((

Yaya sayang..kalaulah Mommy ada kuasa utk buat tangan Yaya normal semula....Mommy akan buat saayanggggg...huwaaaaa!!! *tetiba emo plak hujan2 ni haaaaa***


Itulah luahan hati seorang ibu apabila berhadapan dengan situasi yang tak terduga seperti ini. Walaupun Yaya bercakap seolah-olah tiada apa yang berlaku, tetapi sebagai ibu, naluri keibuan saya cukup tersentuh dan sekuat-kuat ..setabah-tabah saya ini pun, akhirnya lemah juga hanya dengan kata-kata seperti itu. Apatah lagi ianya datang dari anak sekecil Yaya yang baru menginjak usia 2 tahun 7 bulan. Saya dapat lihat mata Yaya bersinar-sinar kesukaan tatkala melihat tangannya yang kelihatan sungguh sempurna apabila dia memakai glove itu dan kalaulah saya ada kuasa magis, ingin saja saya letakkan tongkat sakti ke tangannya dan pastikan ia normal sama seperti kanak-kanak lain..

Ya, seorang ibu dan ayah akan melakukan apa sahaja yang mampu untuk memastikan anaknya dapat yang terbaik dalam hidupnya, tetapi apabila datangnya satu hakikat dan takdir yang tidak mampu kita tolak, hanya doa sahaja yang dapat kita panjatkan semoga Allah SWT membantu kita dalam membesarkan amanahNya ini. Benarlah kata rakan baik saya yang juga mempunyai anak OKU, setiap ibu bapa itu cabarannya lain, anak beliau mungkin tidak pandai berkata-kata dan mempersoalkan mengapa dan kenapa dia menjadi OKU kerana dilahirkan dengan hampir tiada sel otak, dan untuk berkata-kata adalah sesuatu yang hampir mustahil, jadi dia tidak perlu bersusah payah dan pening2 nak berfikir jawapan apa yang patut diberikan pada anaknya itu. Berbeza dengan saya, anak saya kelainannya di tangan kanan, alhamdulillah otaknya berfungsi normal dan sudah tentu saya harus bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi situasi-situasi seperti ini yang kadangkala saya tidak bersedia sepenuhnya .. :(

Semasa rakan saya itu memberikan hujahnya, sungguh saya rasa kagum melihat beliau. Saya tahu yang cabaran beliau bukan kecil anak, bukan calang-calang, besar sungguh cabaran yang beliau hadapi, boleh dikatakan hampir setiap masa dalam keadaan berjaga-jaga dengan kondisi kesihatan anaknya yang pasang surut tidak henti-henti, tetapi beliau masih lagi melihat "saya ini bertuah berbanding dirinya" dengan mengemukakan hujah seperti di atas, sedangkan kalau kita lihat secara luaran dan secara logik, patutnya sayalah yang rasa bertuah dan bersyukur kerana anak saya cuma kekurangan dari segi fizikal sahaja. Zayra masih boleh melakukan apa yang anak-anak lain lakukan, cuma mungkin ada sedikit limitasi yang saya rasa tidak akan menjejaskan langsung kualiti hidupnya. Benarlah kata ahli falsafah, "Kita adalah apa yang kita fikirkan". Bagaimana kita melihat diri kita, bagaimana kita melihat dunia ini dan isinya serta bertindak balas dengannya, membezakan antara kita dengan orang lain.


Begitulah kita ini sebagai hamba Allah SWT yang tidak pernah sempurna. Melihat diri kita, nasib kita dan mula merungut serta kecewa dengan takdir yang telah ditetapkan hanya akan membuatkan kita semakin lemah. Mempersoalkan kerja Allah SWT yang kita rasa tidak adil, tidak siap, tidak cantik, tidak seperti yang lain yang DIA ciptakan kebiasaannya hanya akan membuatkan kita mudah dikuasai emosi dan syaitan. Satu petua yang saya amalkan dan saya rasa ia cukup berkesan dalam menaikkan kembali motivasi diri tatkala rasa sedih menyerang *untuk apa jenis situasi yang melanda* adalah dengan MEMBUKA MATA saya luas-luas, dan melihat sekeliling saya. Instead of looking at myself and my fate, I'm looking around at the people. Berapa ramai lagi orang yang situasinya lebih dasyat dari saya? Kenapa saya begitu lemah dengan ujian menguji keimanan yang begitu sedikit dari Allah SWT ini? Dan saya dengan bangga mengaku saya Islam?? Tetapi rukun iman pun tak lepas!!! Saya tak percaya pada Qada' dan Qadar Allah?? Dan..cukup setakat itu, saya akan angkat tangan dan surrender. Malu saya pada Allah. Takut saya untuk terus mencari sebab mengapa saya harus rasa tidak puas hati dengan apa yang telah DIA berikan pada saya. Terus saya tidak lagi memikirkan kesedihan yg saya alami itu. Dengan sekelip mata hati saya yg gundah terubat dan saya tahu malah percaya sungguh-sungguh, Allah tidak memberikan saya sesuatu yang saya rasakan "masalah" itu tanpa ada sebab musababnya. Janji Allah itu pasti, hanya saya yang perlu mengerti. Saya yakin sesungguhnya yang Allah tidak beri Zayra pada saya untuk suka-suka, Allah mahu saya lakukan sesuatu, Allah mahu saya menjadi manusia yang lebih baik, manusia yang dapat memberikan manfaat pada manusia lain dan ianya memang benar..sungguh benar!!

Lihatlah saya sekarang, memberikan konsultasi, motivasi dan semangat pada semua ibu bapa dan anak-anak, baik yang sempurna ataupun istimewa. Tanpa mengenal saya sepenuhnya, tidak pernah berjumpa, hanya melalui tulisan, dengan izin Allah saya berjaya menyentuh hati dan memberikan inspirasi pada mereka yang membaca blog ini. Padahal, saya ini bukan siapa-siapa sebelum Quzayra hadir dalam hidup saya. Saya ibu biasa, sama seperti anda semua, tetapi selepas kehadiran anak bertuah ini, hidup saya berubah, harus saya mengakui yang saya menjadi insan yang lebih baik selepas kehadiran  Zayra. Alangkah cantiknya percaturan Allah itu, mengamanahkan Zayra kepada saya suami isteri kerana DIA tahu saya mampu membantu orang lain dengan tulisan dan pemikiran saya. DIA berikan saya fikiran yang pantas, suara yang jelas, hati yang kuat dan bersemangat, otak yang tajam untuk saya belajar ilmu-ilmuNYA dan kemudian menyampaikannya kepada masyarakat. Tanpa Zayra yang istimewa, saya mungkin asyik berblog dan bercerita tentang apa yang saya lakukan sehari-hari dengan Qarissa dan Quzayra yang normal tanpa memahami isi hati ibu-ibu lain yang mempunyai anak istimewa, mengeluarkan idea dan berkongsi rasa disamping memberikan motivasi dan semangat kepada ibu bapa lain. Allah ingin saya mengumpul pahala sebanyak mungkin melalui perkongsian saya. Dengan adanya Zayra, Allah beri saya peluang. Peluang menambah pahala. Peluang untuk saya kongsikan dengan masyarakat yang akhirnya membawa manfaat pada banyak pihak. Subhanallah.. hanya dengan mengirimkan Zayra yang istimewa, banyak sungguh hikmahnya yang saya dapat lihat .. Cuma, apa yang harus kita semua ingat, hikmah itu HANYA DAPAT DILIHAT, DIRASAI & DINIKMATI HANYA JIKA KITA MEMBUKA MATA HATI...:)


Jangan sesekali kita bersangka buruk pada Allah SWT. Saya ingin berkongsi satu huraian yang saya dengar di TV9 baru-baru ini. Saya lupa nama Ustaznya, tetapi beliau bukan Melayu. Ceramahnya dalam bahasa Inggeris. Agak terkenal juga, cuma saya tidak pernah berkesempatan mendengar ceramah beliau di TV. Kebetulan hari itu saya di meja makan di rumah kakak dan  rancangan Ustaz itu ke udara, dan saya mendengar penuh minat. Beliau menghuraikan tentang ayat ini yang saya rasakan huraiannya cukup menarik dan memberikan satu persepsi yang berbeza terhadap apa yang selama ini kita kurang peduli. Ayatnya seperti di bawah:

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Selalu sangat kita dengar kan? Dah boleh hafal pun! Tapi apa yang kita faham dari ayat ini? Apa yang boleh kita huraikan?Apa yang boleh kita simpulkan? Kata Ustaz tersebut yang masih saya ingat dan terkesan sehingga kini tentang ayat di atas ialah: Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya melainkan kita ini telah dibekalkan dengan kelengkapan yang cukup, peralatan yang ada dalam diri kita sendiri untuk kita gunakan dalam menangani dan mengatasi ujian itu dengan bijaksana. Allah takkan biarkan kita terkapai-kapai sendirian menangkis masalah dan ujian itu, kita sebenarnya sudah pun dibekalkan dengan alat bantu sebelum kita diuji supaya kita ini terdaya menongkah ujian yang diberikan itu dengan jayanya. Beliau turut memberikan contoh Nabi Musa ketika dikejar askar Firaun.  Bila Nabi Musa dikejar askar Firaun, Nabi Musa lari sehingga sampai ke Laut Merah dan beliau terhenti disitu. Nabi Musa berdoa pada Allah, dan Allah tanya Nabi Musa apa yang dipegangnya, Nabi Musa jawab, takder apa, ni ranting kayu buat aku halau-halau kambing petang-petang, tiada apa yang istimewa. Tetapi Allah Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkatnya ke laut untuk menyelamatkan diri dari tentera tersebut dan dengan izin Allah dan mukjizat Nabi Musa yang dikurniakan Allah, Laut Merah terbelah dan selamatlah Nabi Musa. Tanya Ustaz itu sewaktu menghuraikan situasi ini, kenapa tongkat Nabi Musa yang ada ditangannya itu yang Allah suruh ketuk, kenapa Allah tak suruh guna ranting-ranting kayu yang ada dikelilingnya tuh? Itulah menunjukkan yang Allah tidak memberikan pada kita sesuatu itu dengan sia-sia. Tongkat kayu yang buruk dan seolah-olah tiada gunanya itulah yang menjadi penyelamat di saat-saat yang amat kritikal dan amat berguna. Hmmm..menarik kan huraian ini? Sungguh saya terkesan bila mendengar penjelasan dan huraian Ustaz ini dalam topik UJIAN Allah ini. Kawan-kawan sayang, ambil pengajaran dari kisah ini. Jangan lupakan kata-kata ini - "Kita adalah APA YANG KITA FIKIRKAN". Jika baik dan lurus serta ikhlas pemikiran kita terhadap segala ujian yang Allah berikan, maka kita akan dapat lihat hikmahnya, kita dapat lihat apakah "tools @ alat bantu" yang Allah telah kirimkan dan berikan pada kita dengan segera dan kita akan jumpa penyelesaian terhadap ujian itu secepat mungkin.


Saya rasa tidak salah untuk kita rasa sedih dan terharu serta sayu untuk setengah-setengah ujian yang Allah beri dan situasi yang kita lalui, kerana itulah juga emosi yang Allah berikan pada kita hambanya ini. Allah yang bagi kita sekeping hati untuk merasai pelbagai gelojak rasa dalam kehidupan sehari-hari. Tidak salah untuk mempunyai rasa itu tetapi biarlah berpada. Biarlah ada hadnya. Jika perlu menangis dan meraung untuk 5-10 minit, lakukan jika itu mampu melepaskan bebanan di dada yang berat dan sarat. Selepas puas menangis dalam tempoh 10 minit itu, lap lah air mata kita, bangkit kembali dan melangkahlah dengan berani,  yakin dan pasti yang Allah SWT sentiasa ada bersama kita, Allah akan bantu kita mengharungi ujian ini.  itulah yang saya lakukan setiap kali perasaan dan gelojak rasa saya condong ke kiri. Di saat saya sedih, terharu, kecewa, risau, dan pelbagai rasa lagi, saya tidak akan sekali-kali membenar perasaan itu menguasai akal saya. Tidak!! Hanya saya yang berhak menguasai akal saya sendiri dan bertindak selari dengan tuntuan agama, dengan bantuan dan alat bantu yang telah pun Allah berikan sebelum saya diuji, Insya Allah. Bila saya rasa perlu, saya akan berkongsi rasa dengan rakan-rakan FB tentang perasaan saya di saat itu sebagai salah satu cara mendapatkan kekuatan dan sokongan dari orang-orang keliling saya yang saya sayangi, yang pasti akan memberikan kata-kata semangat yang menenangkan, kerana saya tahu, saya takkan pernah keseorangan. :)

Saya tahu ada dikalangan pembaca blog ini juga mempunyai anak istimewa. Dan saya tahu situasi anak istimewa setiap dari kita ini berbeza-beza. Cabaran kita berbeza tetapi naluri keibuan kita sama. Saya juga ada menerima mesej peribadi dari ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa, dan ada juga yang baru mendapat khabar bakal melahirkan anak istimewa, di mana mereka sukar menerima hakikat itu pada awalnya dan setelah membaca blog ini, mereka kembali bersemangat dan tahu mereka tidak keseorangan. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Semuanya dengan izin Allah juga. Ingatlah, anda sememangnya tidak keseorangan. Dan percayalah yang sesungguhnya hidup anda akan jadi lebih baik selepas di uji Allah SWT. Saya akhiri coretan ini dengan nukilan hati,

"JANJI ALLAH ITU PASTI, HANYA KITA YANG PERLU MENGERTI" 

post signature

Friday, October 5, 2012

Bajet Bayangan 2013: Harapan Seorang Ibu & Pendidik

Sana sini orang bercerita tentang Bajet 2013. Yang mana dapat faedahnya, akan tersenyum gembira dan bersyukur. Yang mana tak terkena tempiasnya...harus tetap bersyukur kerana kita masih dikurniakan nikmat pendengaran oleh Allah SWT untuk "mendengar" Bajet yang dibentangkan itu. Yer, kita mesti sentiasa ada sebab untuk bersyukur walaupun saya tahu ramai yang kurang berpuas hati dengan Bajet 2013 ini terutama mereka yang bekerja sendiri atau swasta. :) Kalau ditanyakan pendapat peribadi saya terhadap Bajet 2013 ini, cukuplah kalau saya katakan yang saya ingin SEMUA rakyat dpt menikmati segala faedah yg diberikan secara terus, tanpa melalui org tengah atau kerenah birokrasi dan bukan hanya rakyat terpilih seperti dalam kes BR1M. Ketahuilah bahawa rakyat dlm golongan "medium income" baik di luar bandar apatah lagi di bandar besar yang paling tersepit dalam keadaan ekonomi sekarang dengan inflasi yg mencanak-canak naiknya. Nak ke kiri tak layak, nak ke kanan pun tak lepas..Sudahnya..MELEPASSS, lepas tuh SESAK NAFASSS... hehehe..:)

Saya tidak mahu bercerita panjang pasal POLITIK di sini kerana saya ada agenda yang lebih penting. Saya ingin mencatatkan Bajet Bayangan 2013 yang saya harapkan sebagai seorang IBU dan seorang PENDIDIK. Memandangkan saya berkecimpung dalam bidang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak, maka seharuslah Bajet Bayangan yang ingin saya bentangkan ini berkaitan dengan Pendidikan Awal juga. Tetapi, saya yakin..cukup yakin SEMUA IBU BAPA di Malaysia akan mendapat manfaat YANG PALING BESAR sekiranya kerajaan merealisasikan Bajet Bayangan ini. Dari golongan yang berpendapatan rendah, sederhana tinggi atau tinggi akan mendapat manfaatnya.  Bukan hanya ibu bapa, tetapi juga para pelajar dan guru-guru Taska & Tadika, baik swasta mahupun kerajaan akan mendapat manfaatnya secara terus. Insya Allah.

Mari kita lihat Bajet Bayangan 2013 saya. Sebelum saya terus menaip, saya ucapkan - SELAMAT BERANGAN. Yakinlah yang satu REALITI bermula dengan hanya ANGAN-ANGAN. Selepas anda membaca dan melihat sendiri gambar-gambar REALITI yang saya paparkan ini, anda akan merasakan apa yang saya minta sebagai seorang ibu & pendidik adalah sedikit, sangat sedikit dari apa yang kerajaan boleh sediakan sebenarnya. Semoga satu hari nanti PM kita akan dapat melihat sendiri apa yang Ibu & Bapa inginkan. Amin. 

**********************************
1. Sebagai ibu, saya merasakan yg PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK seawal bayi SANGAT PENTING kerana anak-anak inilah yg akan mencorakkan masa depan negara dan ia bermula dari dalam kandungan dan bukannya 5 tahun. Mereka adalah aset negara yang paling berharga. Siapakah orang ORANG LUAR PERTAMA yang akan mengasuh dan mendidik anak-anak ini selepas ibu bapa mereka? Yer, pihak Taska & Tadika lah menjadi pihak yang PERTAMA akan menyentuh hati dan perasaan anak-anak syurga ini dalam proses pembesaran mereka. Kita semua tahu yang 6 tahun PERTAMA usia anak adalah SANGAT KRITIKAL dari segi pembanguan mental, fizikal, rohani, jasmani dan sahsiah diri seorang anak. Maka dengan itu, saya merasakan yang perhatian yang sewajarnya haruslah diberi kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang ini. SEMUA Taska dan Tadika kerajaan harus di naik taraf dari semua segi, baik dari modul pembelajaran, persekitaran dan yg paling penting tenaga kerja yang profesional dan berilmu, bukannya mereka yg menjadikan kerjaya Guru Taska atau Tadika sebagai kerja part-time sementara mendapat tawaran yang lebih baik. Turn over yg tinggi dlm sektor pendidikan awal ini adalah tidak baik untuk perkembangan emosi bayi dan kanak-kanak. Apa yang dapat dilihat, kerja Guru Taska dan Tadika di Malaysia ini dipandang sebelah mata, remeh dan enteng, tidak seperti tadika-tadika di negara luar seperti USA @ Jepun. *sekadar memberi beberapa contoh*

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan

2. Untuk memastikan tenaga kerja profesional berminat dalam bidang pendidikan awal ini, layanlah mereka dengan profesional juga. Treat them like one. Naikkan gaji dan tetapkan satu tangga gaji untuk guru Taska dan Tadika yang tinggi agar turn over dikalangan guru-guru taska dan tadika ini dpt dikurangkan. Hantar mereka ke pelbagai kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Awal, Psikologi Bayi & Kanak-Kanak, Bagaimana berurusan dengan Special Needs Baby & Toddlers atau yang sewaktu dengannya. Lakukan On Job Training jangka pendek di pelbagai Institusi di dalam dan luar negara untuk menambah dan mengaplikasikan ilmu tersebut, yang mereka dapati melalui pengalaman sebenar dan bukan setakat pembacaan. Kursus ini bolehlah dilakukan 2 bulan sekali agar ilmu mereka semakin bertambah mengikut suasana semasa. Untuk memastikan komitmen mereka dlm kerajaan, mereka yg dihantar berkursus mesti ada menandatangani perjanjian bertulis dgn Kerajaan yg mereka harus bekerja untuk satu tempoh masa yg ditetapkan. Ini bagi mengelakkan mereka berhenti kerja atau mencari kerja baru di tempat lain. *tetapi rasanya, jika gaji telah dinaikkan dan langkah-langkah proaktif dilaksanakan bagi meletakkan profession ini ditempat yang tinggi dan sepatutnya, tidak akan ada masalah turn over yang berlaku, jika ada, mungkin ianya sangat sedikit dan kes-kes yang terpencil sahaja*


Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School In Japan

3. Modul pembelajaran di Tadika yg ada sekarang harus diperhalusi dan dilakukan perubahan mengikut keadaan semasa. Modul ini bolehlah bermula dari anak berusia 4 tahun-6 tahun. Sebarang modul yg tidak sesuai lagi harus dikeluarkan dan digantikan dgn modul atau subjek yg lebih efektif mengikut zaman. Modul yg ada haruslah berasaskan permainan @ belajar sambil bermain dan menggunakan keempat-empat unsur semulajadi iaitu api, air, tanah dan angin. Modul ini pula wajib disemak setahun @ 2 tahun sekali bagi memastikan ianya up to date dan sesuai dgn keadaan semasa.

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan

4. Modul pembelajaran di Taska harus diperkenalkan di mana setiap bayi baru lahir hingga 2 tahun yg dihantar ke Taska kerajaan harus mempunyai aktiviti-aktiviti yg konsisten dan terancang agar stimulasi untuk memantapkan kelima-lima deria mereka dijalankan dgn sempurna. Sama seperti Tadika, Taska juga perlu mempunyai modul sendiri dan aktiviti yg berasaskan permainan stimulasi dan tidaklah bayi ini hanya makan, minum dan tidur sahaja setiap hari tanpa ada aktiviti khusus utk merangsang otak dan deria mereka. Bagi anak yang berusia 2-4 tahun, mereka juga mempunyai modul khas yang dapat diaplikasikan mengikut tahap umur mereka sebelum mencecah 4 tahun. Fasa 0-4 tahun ini SANGAT KRITIKAL sebelum mereka memasuki Tadika yang sudah tentu modul pembelajarannya lebih sistematik dan terancang. Sekali lagi, modul ini haruslah berasaskan permainan @ belajar sambil bermain dan menggunakan keempat-empat unsur semulajadi iaitu api, air, tanah dan angin.

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Kindergarten Design Grows Up: contemporary nursery-school projects
Fagerborg Kindergarten

5. Persekitaran Taska dan Tadika kerajaan harus diubah supaya ianya kelihatan ekslusif, ceria, penuh stimulasi, tahap keselamatan maximum dgn cctv, keselesaan optimum dengan aircond dan ruang yang luas di dalam dan diluar kelas agar anak2 ini dpt meneroka persekitaran mereka dengan baik. Lebih molek lagi jika semua Taska dan Tadika kerajaan ini didirikan dalam satu kawasan khas @ built for purpose atau banglo 2 tingkat yg selesa untuk anak bermain sambil belajar. 

Kindergarten @ Nagaoka Japan.
Kindergarten Kekec, Slovania

7. Kemudahan Taska 1st class dengan ruang tempat tidur khas menggunakan stackable cot dan bagi bayi menggunakan baby cot. Susun atur barang-barang dan reka letak alat bantu mengajar harus selaras dan sama utk semua Taska dan Tadika kerajaan, seolah-olah konsep Francais, jadi setiap Taska dan Tadika Kerajaan rekabentuknya sama dari sekecil-kecil mainan hinggalah sebesar-besar rumah @ bangunan. Dengan ini, sudah pasti Taska dan Tadika kerajaan dipandang tinggi dan meletakkan ianya ke satu tempat yang dihormati dan di kagumi. Secara tidak langsung, ini akan "memaksa" Tadika Swasta bekerja keras bagi memastikan tempat mereka setanding dengan Tadika & Taska Kerajaan bagi menarik perhatian golongan masyarakat kelas tinggi untuk menghantar anak mereka belajar di situ. Sudah pasti ketika ini SEMUA Ibu Bapa berebut-berebut mahu ke TASKA dan TADIKA @ KEMAS milik kerajaan. Bayarannya murah dan mampu bayar dengan fasiliti kelas pertama. Siapa yang mahu menolaknya kan? :)

Timayui Kindergarten, Columbia

8. Ratio guru dengan pelajar yang rendah supaya guru boleh fokus dan memastikan setiap anak murid mendapat perhatian sewajarnya. Satu kelas terhad pd 10 pelajar dengan 2 guru. Jika ruang luas, bolehlah diambil sehingga maximum 50 pelajar dengan 10 guru. Jika ruang tidak begitu luas, paling maksimum 30 pelajar dalam satu Taska @ Tadika dengan 6 guru terlatih dan profesional. Ini bagi memastikan guru dapat memberi perhatian yang lebih kepada setiap pelajar mereka, membuat lebih banyak 1 to 1 session serta mengenalpasti sekiranya terdapat murid-murid mereka yang perlukan perhatian khusus dengan lebih awal seperti simptom Slow Learner, Dislexia, HyperActive, ADHD, Austism (Mild, Middle & Severe) atau lain-lain isu pembelajaran dengan lebih cepat. Ini bagi membolehkan guru memberikan maklum balas kepada ibu bapa anak-anak ini agar mereka dirujuk kepada Pakar Pembangunan Kanak-Kanak dengan segera dan jika perlu, di hantar ke Sekolah Taska @ Tadika Khas (Special Needs) milik Kerajaan yang mempunyai Fasiliti yang lebih canggih dan Guru-guru yang lebih terlatih khas untuk membantu anak-anak syurga ini.

Sarragueimines Nursery, France

9. Adakan subjek tambahan seperti Iqra, Kelas Hafazan, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Mental Aritmetik, Kelas Renang, Kelas Drama, Kelas Piano, Kelas Pengucapan Awam,  dan sebagainya mengikut  kecenderungan dan minat anak dalam modul sedia ada bagi anak-anak berusia 4-6 tahun di Tadika agar pelajar dapat memaksimumkan potensi mereka, menjadi anak-anak yang lebih berwibawa dan berdaya saing serta mampu berhujah dengan fakta sedari kecil lagi. Sudah tentu semuanya ini berasaskan bermain sambil belajar dan bukannya terlalu menekankan akedemik. ITS ALL ABOUT PLAY!

School Barvaux-Condroz, Belgium

10. Dengan semua kemudahan dan modul yang ada untuk Taska, Tadika Kerajaan ini, sudah pasti SEMUA ibu bapa ingin menghantar anak ke tempat-tempat ini. Taska dan Tadika kerajaan harus meletakkan satu aras penanda kepada Tadika swasta yang lain dan membuktikan bahawa kerajaan berada dalam kelasnya yg tersendiri. Bayaran bulanan mengikut kawasan tetapi mestilah mampu dibayar dan tidak membebankan ibu bapa. Sbg cth: Di kawasan bandar, harga mungkin RM 100 - RM 150 sebulan atau lebih rendah mengikut kajian yang harus dilaksanakan dahulu sebelum menetapkan bayaran (mungkin boleh mengikut tangga gaji ibu bapa, yang mana agak mampu bolehlah bayar lebih sedikit tetapi maksimum RM 150, yang mana kurang mampu bolehlah bayar antara RM 30-50 sebulan atau yang mana sangat tidak mampu bolehlah diberikan PERCUMA), tetapi dikawasan pedalaman, harganya mestilah lebih murah dengan fasiliti, kemudahan dan tenaga kerja yg mestilah setaraf sama seperti di bandar. Apabila tadika dan taska kerajaan dipandang tinggi dan berjaya meletakkan diri mereka dalam kelasnya yg tersendiri, sudah pasti Tadika Swasta akan bekerja lebih keras lagi untuk memastikan mereka juga harus sekurang-kurangnya sama standard dgn Taska @ Tadika kerajaan. Mereka juga akan memberi gaji lebih tinggi pada staff, memastikan modul mereka menarik tetapi masih mengikut garis panduan yang diberikan kerajaan, kemudahan dan fasiliti yg lebih baik serta persekitaran yg lebih kondusif untuk perkembangan minda kanak-kanak. Dari segi harga pula, mereka mungkin akan meletakkan harga yg mampu milik dan tidak keterlaluan mahal kerana mereka tahu Taska dan Tadika kerajaan lebih baik serba serbi dgn harga yg jauh lebih murah. Ianya persaingan yg sihat.

Kindergarten, Paris, France
Kindergarten Design Grows Up: contemporary nursery-school projects
The Stockholm Nursery

11. Bagi anak-anak yang memerlukan perhatian khusus @ Special Needs Kids, kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi serta tenaga kerja mahir untuk mengendalikan anak-anak ini.  Pusat Rehabilitasi (Rehab Centre) yang lengkap dengan peralatan perubatan perlu dibina bagi menampung keperluan anak-anak ini. Dalam Rehab Centre ini, perlulah mempunyai sekurang-kurangnya seorang Doktor Pakar Pembangunan Kanak-Kanak dan Paedtrician untuk memantau perkembangan mental dan fizikal anak-anak ini, dibantu dengan pasukan perubatan seperti Physiotherapist (PT), Occupational Therapist (OT), Speech Therapist (ST),  Behaviorial Therapist (BT), Special Needs Teacher & Special Needs Assistant Teacher. Semuanya di dalam satu tempat agar lebih mudah kebajikan anak-anak ini dijaga setiap hari. Beberapa kelas EIP @ Early Intervention Programme harus  dibuka di Pusat Rehab ini dan pisahkan kelas-kelas ini mengikut tahap anak-anak dan jenis perhatian khusus yang mereka perlukan. Sebagai contoh, mana-mana anak syurga yang perlukan rawatan fisio seperti anak Cereberal Palsy (CP) @ Global Delay Developmental (GDD) *sekadar menyebut beberapa contoh*, bolehlah mendaftar di EIP dan datang ke sini setiap hari seolah-olah mereka datang ke kelas biasa. Selain fisio, mereka juga mungkin perlukan bantuan OT, ST @ BT dan ia perlu dilakukan setiap hari. Sama seperti Taska @ Tadika, masa yang diperuntukkan untuk menjalankan semua terapi-terapi ini adalah selama 4 jam setiap hari. Special Needs Teacher serta Assistant boleh membantu anak-anak ini di dalam kelas dengan panduan dan tunjuk ajar dari Doktor, ST & OT. Aktiviti yg mereka lakukan dalam kelas khas ini mestilah mengikut laporan dan arahan dari Doktor Pakar, OT & ST untuk memastikan perkembangan anak-anak ini  mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam tempoh tertentu. Begitu juga jika anak-anak ini disahkan Autisme, Slow Learner, HyperActive, Dislexia @ ADHD *sekadar menyebut beberapa contoh*, @ mereka dirujuk oleh Pakar Kanak-Kanak ke Pusat Rehab ini atas apa-apa isu yang berkaitan, mereka juga di tempatkan di kelas-kelas EIP dan datang setiap hari, sama seperti kanak-kanak di Tadika & Taska. Apabila anak-anak ini sudah pulih dan nampak perkembangannya yang positif, bolehlah mereka dimasukkan semula ke Tadika @ Taska kerajaan dan sekali sekala, mengikut jadual yang ditetapkan, dapatkan rawatan pesakit luar di Pusat Rehab ini agar Doktor Pakar dapat memantau perkembangan anak ini dari masa ke semasa. *nampak macam susah direalisasikan, tapi sebenarnya tidaklah sesusah mana. Itulah perlunya BAJET. Kalau gaji yang ditawarkan setimpal dan faedah yang diterima menarik hati sebagai pekerja kerajaan, ramai yang sanggup belajar dan bekerja dalam bidang ini kerana jawatan itu sentiasa ada dan diperlukan. Tenaga kerja mahir seperti PT, OT & ST rasanya ramai di Malaysia, (tapi kebanyakkannya berkerja dengan pihak swasta kerana gaji yang ditawarkan lebih lumayan berbanding kerajaan), cuma Doktor Pakar Pembangunan Kanak-Kanak sahaja yang kurang. Dibandar besar seperti KL & Selangor pun agak sukar nak jumpa dan senarai menunggunya begitu panjang sehingga bertahun! Apatah lagi di bandar-bandar kecil di Malaysia. Menyedari situasi dan senario ini, maka haruslah kerajaan menggalakkan lebih banyak pelajar-pelajar lepasan SPM yang layak untuk mendalami bidang Pembangunan Kanak-Kanak agar kekosongan jawatan itu di isi di setiap bandar dan negeri di Malaysia ini. *


Tromso Kindergarten


12. Memang benar di Malaysia ada persatuan-persatuan seperti NASOM, KINWANIS, DAM,  SPASTIK atau lain-lain Persatuan untuk anak-anak Istimewa tetapi kebanyakkannya NGO @ Association dan bukannya direct under government. Alangkah indahnya dunia jika kerajaan sendiri mempunyai Pusat Rehabilitasi canggih bertaraf dunia khas untuk bayi dan kanak-kanak ini di setiap negeri di Malaysia. Sudah tentu harga nya lebih murah berbanding swasta dan golongan miskin dan sederhana boleh menghantar anak mereka ke sini setiap hari. Agak mendukacitakan apabila terapi-terapi yang penting seperti Fisio, Occupational dan Speech di hospital kerajaan hanya dapat dilakukan sebulan sekali atau maksimum 2 kali untuk seorang kanak-kanak. Bagaimana mungkin kita dapat melihat perubahan yang signifikan terhadap kanak-kanak itu jika sessi-sessi Terapi yang penting ini dilakukan sekali-sekala? Dan, masa yang kita ada pun tidaklah panjang. 6 TAHUN PERTAMA sahaja atau mungkin lebih sedikit untuk anak-anak istimewa ini  menyerap segala maklumat dengan baik. Stimulasi yang dilakukan secara berterusan sudah pasti akan berlakunya peningkatan ketara terhadap diri anak-anak ini. Saya sudah melihatnya sendiri di depan mata,   bagaimana stimulasi khas yang diberikan setiap hari merubah seluruh kehidupan anak-anak menjadi hampir seperti kanak-kanak normal yang lain, Tetapi jika stimulasi yang wajib ini pun jarang mereka terima kerana pelbagai kekangan yang ada, bagaimana mungkin mereka menjadi lebih baik? Bagi ibu bapa yang kaya raya, tiada masalah untuk mereka pergi ke Pusat Rehab swasta kerana mereka lebih dari mampu, tetapi bagaimana pula dengan golongan pertengahan dan bawahan? Kerana itulah, kita melihat ramai anak-anak istimewa ini terlantar tanpa dirawat dengan sewajarnya :(.

Yuyu-No-Mori Nursery School @ Japan. 
A Large atrium space gets fully utilised in the Yuyu No-Mori Nursery In Japan- where the children may play among the nets above the heads of their classmate.
 Yuyu-No-Mori Nursery School @ Japan. 

13. Bagi ibu bapa yang terdiri dari golongan pertengahan, kerajaan bolehlah memberi pilihan atau Option kepada mereka. Merekalah inilah yang paling tersepit dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.  Untuk lebih memudahkan pemahaman tentang golongan medium income ini, mereka tidaklah miskin sangat dan mereka juga tidaklah kaya sangat. Sebagai contoh, hidup di bandar besar seperti KL & Selangor, dengan pendapatan suami dan isteri jika di campur berjumlah RM 5K - RM 8K sekalipun, belum tentu cukup bagi menampung kehidupan terutama jika mempunyai anak yang ramai. Orang kata, cukup makan pakai dan tidaklah sampai meminta bantuan tetapi untuk bermewah-mewah jauh sekali. Katakan sebagai contoh, jika OT @ ST di Hospital kerajaan jumlah RM 20 sekali datang, untuk menyediakan sebanyak RM400 sebulan (20 hari, 5 kali seminggu) untuk anak syurga mereka melakukan sessi-sessi Terapi ini tidaklah begitu membebankan, rasanya mereka masih mampu menyediakan wang sebanyak itu tetapi untuk datang setiap hari selama 20 hari sebulan adalah sangat mustahil buat masa sekarang, seperti yg saya katakan di atas, dapat buat Terapi 2 kali sebulan pun dah cukup baik :(. Tetapi, untuk mereka ke Pusat Rehab swasta yang dapat memberikan mereka kemudahan itu, harganya cukup tinggi dan sememangnya membebankan, mencecah beribu-ribu ringgit sebulan! Tapi apa pilihan yang mereka ada? Hendak tak hendak, mereka datang juga Pusat Rehab Swasta kerana ia menawarkan apa yang pihak kerajaan tidak dapat tawarkan. Semua orang inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Ikatlah perut, carilah kerja part time, buatlah 2-3 kerja dalam satu masa, koreklah segala wang simpanan yang ada, demi untuk melunaskan pembayaran setiap bulan di Pusat tersebut. Berbalik kepada Option atau Pilihan tadi, bagi golongan ini, sekiranya mereka memilih untuk ke Pusat Rehab Swasta, kerajaan mungkin boleh membantu dalam bentuk subsidi perubatan, iaitu diskaun seabnyak 40-50% dari jumlah bil yang diterima. Ini dapat membantu meringankan beban para ibu bapa ini, dalam masa yang sama, mereka yang benar-benar kurang mampu dapatlah memenuhi slot Terapi yang ada di Pusat Rehab Kerajaan dengan bayaran yang murah. Walaupun bil bulanan di Pusat Rehab Swasta masih mencecah ribuan ringgit selepas diskaun @ subsidi itu, sekurang-kurangnya ia sangat membantu kewangan keluarga dari golongan berpendapatan sederhana ini. Seperti yang saya katakan, golongan ini tidaklah miskin sangat, mereka bekerjaya, berpelajaran tinggi tetapi mereka juga tidaklah terlalu kaya sehingga memandang wang berjumlah RM 2000 seolah-olah RM 2 ringgit.


Kindergarten Ring Around A Tree- Tachikawan Japan
Kindergarten Ring Around A Tree- Tachikawan Japan

14. Dari segi makanan pula, baik Taska, Tadika @ Pusat Rehab Kerajaan ini, haruslah ada tukang masak khas di sekolah yg akan menyediakan makanan mengikut nutrisi yg diperlukan bayi dan kanak kanak itu. Ini sangat penting kerana apa yang dimakan menjadi darah daging kita selama-lamanya. Pastikan semuanya HALALAN TOYYIBAN. Ini  bagi memastikan anak-anak ini mendapat khasiat yang cukup untuk perkembangan mental dan fizikal, rohani dan jasmani mereka. Mungkin ada anak-anak istimewa yang perlukan diet khusus dalam makanan harian, maka ibu bapa perlulah membekalkan diet tersebut agar perkembangan anak mereka tidak terjejas.

Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.
Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.
Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.

14. Saya tidak tahu apakah yg saya bayangkan ini relevan atau tidak, boleh diaplikasi atau tidak tetapi jauh disudut hati saya, saya rasa ia boleh dilaksanakan jika Bajetnya ada dan tidak tirus @ bocor. Ia sudah pasti mendapat sokongan padu rakyat jelata dari semua golongan. Jika perancangannya betul, telus dgn bajet yg cukup, ia memang sangat relevan. Pasti ibu bapa tidak risau menghantar anak mereka ke Taska atau Tadika kerana mereka tahu anak mereka mendapat yg terbaik dlm hidup mereka. Tidak lagi mereka risau anak mereka meninggal akibat tersedak susu, pagi hantar bercium beserta senyuman, petang balik bercium beserta tangisan *sedihnya tak dapat saya gambarkan..:'(, semoga Allah SWT memelihara anak-anak syurga kita semua..Amin..* Ibu bapa pasti gembira kerana anak mereka mendapat sekolah Taska & Tadika kelas pertama, Guru kelas pertama, Modul kelas pertama, Fasiliti kelas pertama dan segala-galanya kelas pertama dengan HARGA YANG SANGAT MAMPU BAYAR! Secara tidak langsung, ini juga akan meningkatkan emosi para ibu dan bapa ke tahap yg lebih baik kerana tidak perlu risau akan tahap kesihatan dan keselamatan anak mereka kerana semua guru dan tenaga pengajarnya profesional. Ini sudah tentu akan meningkatkan daya saing mereka dalam bekerja, meningkatkan prestasi dan seterusnya dpt membantu negara meningkatkan ekonomi.

Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun
Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun
Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun

Saya rasa setakat ini sahaja Bajet Bayangan 2013 yang ingin saya bentangkan ini. Mungkin ia seolah-olah mustahil buat masa ini, tetapi biarlah ia kekal di blog ini selama-lamanya. Siapa tahu, di masa akan datang, apa yang saya tuliskan ini menjadi kenyataan.:) Mungkin Bajet Bayangan 2013 saya ini ada yang kurang di sana sini, atau perlu diubahsuai mengikut keadaan semasa, tetapi objektif dan matlamatnya sama. Dan siapa tahu, mungkin anda yang membaca entry ini mengenali PM kita & Menteri Pelajaran dengan rapat, geng minum kopi @ open table orang kata, dapatlah mencetak entry ini dan berikan terus kepada mereka untuk di baca. Kerana inilah apa yang kami semua mahukan, yang kami harapkan sebagai rakyat Malaysia. Harapan & pandangan ikhlas dari seorang IBU yang juga seorang PENDIDIK anak-anak syurga baru lahir hinggalah 4 tahun..:)

Jika anda rasa apa yang saya tuliskan di atas adalah sesuatu yang TIDAK MUSTAHIL dan anda juga INGINKAN perkara yang sama, KONGSIKAN artikel ini di blog dan di wall FACEBOOK anda. It can do wonders, Insya Allah ..:) Amin..

post signature

Wednesday, September 26, 2012

Playgroup @ GBOB JB: Eid Mubarak Celebration Theme!!

Pada 2 September 2012 yang lalu, GBOB JB telah mengadakan Special Playgroup Class yang bertemakan Eid Mubarak Celebration sempena Hari Raya Aidilfitri. Melalui gambar2 yang dikirimkan, memang nampak sangat meriah dan semua parents dan anak-anak enjoy sangat. Watie tgk pun rasa seronok dan dalam masa yang sama jeles jugak sebab masa tuh Watie tak berkesempatan lagi nak buat Playgroup Class. Memang semangat rasa nak buat jugak pada minggu hadapannya, tapi sayangnya, terbantut sebab kesihatan tak mengizinkan masa tu..:( sampailah Teacher Watie tersadai kat hopsital dan akhirnya, dapat juga merealisasikan impian nak buat kelas last week..:) Alhamdulillah. 

Di GBOB JB, bukan hanya buat Playgroup Special Theme tetapi juga sambutan Hari Lahir anak-anak syurga iaitu Airys dan Aleesya Raihana selepas habis kelas. :) Cantiklah sangat kek dia tau .. dan makanan yang di bawa secara Pot Luck juga sangatlah meriah .. Memang sangat best! 

Untuk pengetahuan anda semua, GBOB juga ada blognya yang tersendiri. Teacher Aida yang merekabentuk dan mengemaskini segala maklumat terkini tentang aktiviti-aktiviti di Johor Bharu. Anda boleh melayari laman blog GBOB JB di http://www.gbob-jb.blogspot.com/ dan follow blog tersebut untuk lihat maklumat terkini tentang aktiviti yang dijalankan di sana okeh! 

Bagi mereka yang ingin menyertai kelas Trial @ GBOB JB, bolehlah menghubungi Teacher Aida di talian  010-669 4699. Kelas di JB diadakan pada setiap hari Ahad pukul 10 untuk Level 4 (18 bulan - 4 tahun). Dan sekiranya anda berminat untuk menghadiri kelas Trial bg Level 2 (6-12 bulan) dan Level 3 ( 13-18 bulan), bolehlah maklumkan pada Teacher Aida supaya Teacher Aida dapat buat arragement untuk mengadakan kelas ini. Level 2 dan Level 3 ini kena ada sekurang-kurang 2-3 students baru boleh buat kelas, kalau tak, objektifnya tak tercapai nanti ..:) 

Ok, Watie copy pastekan info mengenai sambutan Eid Mubarak Celebration ini yang Watie ambil dari blog Teacher Aida.. :) Jom baca...

******************************************************

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca. Rasanya masih belum terlambat untuk Aida sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Macam mana sambutan raya tahun ni? Mesti meriah kan. Bagi Aida pula, rasanya so & so kot. Bukan sebab apa pun, kesihatan yang tidak memberangsangkan. Pada pertengahan puasa lepas, dengan secara tiba2nya Aida diserang Asthma (yg tak pernah kena pun sblm ni), selsema & batuk yg agak teruk (sampai sekarang pun tak baik lagi). Sampai malam raya tu dah takde suara yg kedengaran. Tapi alhamdulillah pagi raya dah ok sket suara, jadi dapatlah Aida bermaaf-maafan bersama keluarga tersayang. 

Cerita dalam entry kali ni ialah Majlis Sambutan Hari Raya Serta Majlis Hari Lahir Aleesya kuasa 2 (Airys Aleesya & Aleesya Raihana) yang berlangsung di GBOB JB pada 2hb September 2012 yang lepas. Ni merupakan pengalaman kedua Aida dalam menjadi tuan rumah selepas majlis perasmian GBOB JB pada bln 3 aritu. Kat bawah ni Aida sertakan serba-sedikit gambar semasa majlis berlangsung. Jutaan terima kasih kepada semua tetamu yg hadir, mama kesayangan Aida yg tolong masak & mommies yg memberi sokongan serta membawa potluck seperti yang disarankan. Hanya ALLAH SWT yg dapat membalas jasa kalian semua. Aida memohon kemaafan yang tidak terkira sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Sesungguhnya yg baik datang daripada ALLAH SWT & yg buruk daripada Aida sendiri hendaknya. =)

Antara genius students yang hadir
Balloon Balance Boogie games
Musical chair games
Spoon & Egg games
It's bubbles time
Parachute time
Happy Birthday darls
Hidangan yang tersedia
Cake for Airys Aleesya  & Aleesya Raihana
Birthday girls
Birthday girls again
Antara tetamu yang hadir
Blow the candles dear
4 siblings
Airys Aleesya's family
Aleesya Raihana's family

Aida harap anda semua terhibur dan turut merasai kemeriahan sambutan kedua-dua majlis ini. Semoga kita berjumpa lagi di entry seterusnya, insya'ALLAH.

******************************************************
post signature