Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Showing posts with label GBOB Playgroup. Show all posts
Showing posts with label GBOB Playgroup. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Playgroup @ GBOB JB: Eid Mubarak Celebration Theme!!

Pada 2 September 2012 yang lalu, GBOB JB telah mengadakan Special Playgroup Class yang bertemakan Eid Mubarak Celebration sempena Hari Raya Aidilfitri. Melalui gambar2 yang dikirimkan, memang nampak sangat meriah dan semua parents dan anak-anak enjoy sangat. Watie tgk pun rasa seronok dan dalam masa yang sama jeles jugak sebab masa tuh Watie tak berkesempatan lagi nak buat Playgroup Class. Memang semangat rasa nak buat jugak pada minggu hadapannya, tapi sayangnya, terbantut sebab kesihatan tak mengizinkan masa tu..:( sampailah Teacher Watie tersadai kat hopsital dan akhirnya, dapat juga merealisasikan impian nak buat kelas last week..:) Alhamdulillah. 

Di GBOB JB, bukan hanya buat Playgroup Special Theme tetapi juga sambutan Hari Lahir anak-anak syurga iaitu Airys dan Aleesya Raihana selepas habis kelas. :) Cantiklah sangat kek dia tau .. dan makanan yang di bawa secara Pot Luck juga sangatlah meriah .. Memang sangat best! 

Untuk pengetahuan anda semua, GBOB juga ada blognya yang tersendiri. Teacher Aida yang merekabentuk dan mengemaskini segala maklumat terkini tentang aktiviti-aktiviti di Johor Bharu. Anda boleh melayari laman blog GBOB JB di http://www.gbob-jb.blogspot.com/ dan follow blog tersebut untuk lihat maklumat terkini tentang aktiviti yang dijalankan di sana okeh! 

Bagi mereka yang ingin menyertai kelas Trial @ GBOB JB, bolehlah menghubungi Teacher Aida di talian  010-669 4699. Kelas di JB diadakan pada setiap hari Ahad pukul 10 untuk Level 4 (18 bulan - 4 tahun). Dan sekiranya anda berminat untuk menghadiri kelas Trial bg Level 2 (6-12 bulan) dan Level 3 ( 13-18 bulan), bolehlah maklumkan pada Teacher Aida supaya Teacher Aida dapat buat arragement untuk mengadakan kelas ini. Level 2 dan Level 3 ini kena ada sekurang-kurang 2-3 students baru boleh buat kelas, kalau tak, objektifnya tak tercapai nanti ..:) 

Ok, Watie copy pastekan info mengenai sambutan Eid Mubarak Celebration ini yang Watie ambil dari blog Teacher Aida.. :) Jom baca...

******************************************************

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca. Rasanya masih belum terlambat untuk Aida sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Macam mana sambutan raya tahun ni? Mesti meriah kan. Bagi Aida pula, rasanya so & so kot. Bukan sebab apa pun, kesihatan yang tidak memberangsangkan. Pada pertengahan puasa lepas, dengan secara tiba2nya Aida diserang Asthma (yg tak pernah kena pun sblm ni), selsema & batuk yg agak teruk (sampai sekarang pun tak baik lagi). Sampai malam raya tu dah takde suara yg kedengaran. Tapi alhamdulillah pagi raya dah ok sket suara, jadi dapatlah Aida bermaaf-maafan bersama keluarga tersayang. 

Cerita dalam entry kali ni ialah Majlis Sambutan Hari Raya Serta Majlis Hari Lahir Aleesya kuasa 2 (Airys Aleesya & Aleesya Raihana) yang berlangsung di GBOB JB pada 2hb September 2012 yang lepas. Ni merupakan pengalaman kedua Aida dalam menjadi tuan rumah selepas majlis perasmian GBOB JB pada bln 3 aritu. Kat bawah ni Aida sertakan serba-sedikit gambar semasa majlis berlangsung. Jutaan terima kasih kepada semua tetamu yg hadir, mama kesayangan Aida yg tolong masak & mommies yg memberi sokongan serta membawa potluck seperti yang disarankan. Hanya ALLAH SWT yg dapat membalas jasa kalian semua. Aida memohon kemaafan yang tidak terkira sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Sesungguhnya yg baik datang daripada ALLAH SWT & yg buruk daripada Aida sendiri hendaknya. =)

Antara genius students yang hadir
Balloon Balance Boogie games
Musical chair games
Spoon & Egg games
It's bubbles time
Parachute time
Happy Birthday darls
Hidangan yang tersedia
Cake for Airys Aleesya  & Aleesya Raihana
Birthday girls
Birthday girls again
Antara tetamu yang hadir
Blow the candles dear
4 siblings
Airys Aleesya's family
Aleesya Raihana's family

Aida harap anda semua terhibur dan turut merasai kemeriahan sambutan kedua-dua majlis ini. Semoga kita berjumpa lagi di entry seterusnya, insya'ALLAH.

******************************************************
post signature


Wednesday, August 15, 2012

Perutusan Raya Dari Genius Baby On Board Untuk Semua!

Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan anak-anak syurga kita. Cuti persekolahan akan bermula dan kebanyakan dari kita akan balik ke kampung halaman. Mesti seronok kan? Bukan selalu kita dapat cuti panjang begini, dan masa inilah yang harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh ibu bapa. 


Di akhir bulan Ramadhan yang mulia ini, Genius Baby On Board HQ & JB ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA  & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang mengikuti perkembangan kami selama ini, yang melayari laman blog dan Facebook kami. Terima kasih di atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi selama ini. Kami amat menghargainya. Istimewa untuk anak-anak syurga kami yang menyertai Playgroup @ GBOB, jangan lupakan Teacher Watie & Teacher Aida yer! Kami berdua sudah pasti akan merindui kamu semua sepanjang cuti kali ini. Semoga perjumpaan antara ahli keluarga dan saudara serta rakan sebaya akan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam meningkatkan skill sosial dan interaksi antara satu sama lain. :)

Selamat Hari Raya & Selamat Bercuti Sayang!

Khas buat anda semua, Teacher hadiahkan video lagu BALIK KAMPUNG yang dirakamkan pada hari Sabtu yang lalu @ GBOB HQ untuk menaikkan semangat anak-anak Teacher pulang ke kampung berjumpa Nenek & Atok tersayang. Sampai kampung nanti, jangan lupa nyanyikan lagu ini untuk Atok & Nenek yer. Pasti mereka bangga dengan anak-anak syurga Teacher ini tau!:) Salam sayang di kejauhan dari Teacher Watie & Teacher Aida buat semua. Terimalah Kad Raya Istimewa dari kami buat anda semua. Hand made lagi tau...di reka dengan penuh kasih sayang! Hhehehe... Insya Allah kita jumpa lagi 2 minggu dari sekarang. Amin .. Muahsss!

Ikhlas dari kami berdua, khas buat semua yang melayari laman blog ini. We LOVE YOU!


post signature

Tuesday, February 14, 2012

GBOB JB 1st Trial Class: Havoc & Meriah Nampaknya!

Saya baru sahaja menerima emel dari Teacher Aida yang disertakan gambar2 sewaktu kelas Trial kali pertama diadakan hari Sabtu lepas. Ohhh!!! Saya tersenyum kambing sendirian, kesukaan di depan Lappy melihat anak-anak & ibu-ibu yang ada begitu leka dan seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Semacam tidak percaya, GBOB kini mempunyai cawangan di Johor Bharu, dan orang-orang Johor dapat sama-sama menikmati dan merasai bagaimana terujanya para ibu bapa di KL/Selangor (err..Seremban & Nilai juga!!) untuk datang ke kelas Playgroup @ GBOB setiap minggu. Bukan anak jer yang excited, Mommy & Daddy turut sama excited nak bermain dengan anak-anak mereka. Memang betul-betul "balas dendam" selepas puas mengadap kerja-kerja pejabat sepanjang minggu. Release tension kan Mommy2 semua? Hehhehe.. 



Saya menerima feedback yang memberangsangkan dari para ibu bapa yang hadir hari itu, memuji cara Teacher Aida mengendalikan kelas. Begitu bersemangat sampai masuk kelas yang kedua, terus asyik terbatuk-batuk dan hilang suara. Hehehe.. Memang nak jadi Teacher Playgroup bukan sesuatu yang mudah, saya baru sahaja mengakui hakikat itu ketika memberikan latihan "ala mafia" (hahahahha..jahatnya aku nih..) pada Teacher Aida sebulan yang lepas. Yer lah, kadang-kadang, perkara yang kita rasa mudah, pada org lain terlalu sukar dan saya harus mengakui hakikat itu apabila salah seorang Mommy yg datang ke kelas Playgroup ketika saya masih melatih Teacher Aida, memberitahu saya, "Susah rupanya nak jadi Teacher Playgroup ni yer Watie..I tengok you handle kelas senang jer ..Pup pap pup pap...dah setel..Susah rupanya.." Dan pada saat itu, saya tahu yang kerjaya sebagai seorang guru, apatah lagi guru kepada bayi dan anak-anak kecil, adalah sesuatu yang bukan mudah. Ia tidak sukar, tetapi tidak mudah juga. Walaupun kita minat, suka, dan sayang pada kanak-kanak, belum tentu lagi kita boleh mengawal situasi seisi kelas, memastikan kelas riuh & happening, dalam masa yang sama pastikan anak-anak itu mendengar arahan kita tanpa dipaksa dan mempelajari sesuatu dalam setiap kelas yang mereka hadiri. Minat, suka & sayang pada kanak-kanak itu adalah langkah pertama itu kita menceburkan diri dalam bidang ECE ini, ia akan membantu, tapi sekiranya tanpa skill, tanpa latihan yang berterusan, tanpa teknik yang betul, kelas akan jadi hambar. Menghilangkan rasa malu dan segan dalam diri ketika kelas berlangsung adalah cabaran yang paling besar, selain dari interaksi dengan anak-anak yang semuanya aktif dan bijak ini. Ohhh...itu juga agak sukar...Anak-anak ini sangat bijak dan sangat aktif, mereka TIDAK akan tunggu kita, kalau hang terkial-kial..hang tinggal lahhh Teacher oiiii...hhahahhaa.. dan kerana itu, saya harus nyatakan secara terbuka - SAYA RESPECT TEACHER PLAYGROUP @ PLAYSKOOL YANG BERJAYA MENJADIKAN KELAS ANDA HAPPENING, HAVOC & MERIAH...KUDOSSS TO U!!




Saya masih ingat bagaimana kali pertama saya meminta Teacher Aida mengendalikan kelas di KL. Habis sahaja kelas, semua student dah balik, soalan pertama yang saya tanyakan, "How do you feel dear? Come on, share with me.. I want to know..." Heehehehe.. sememangnya melihat saya mengendalikan kelas dan melakukan sendiri perkara tersebut adalah sesuatu yang sangat berbeza..Perasaannya & cuaknya jauh berbeza! Dan saya tergelak bila Teacher Aida kata lebih kurang macam ni, "Ohhhh...(sambil menutup muka dan tergelak juga ..)..I rasa nak stop semua... nak tarik diri jer! I rasa I tak leh buattttt!" Hhahahahaa... besar sungguh gelak saya waktu tuh bila Teacher Aida kata she feel like giving up everything sebab dia rasa susah sangat nak handle situasi. Yeah..I know its not easy ..when 10 genius babies & kids  are in front of you.. and another 10 Mommies are judging you, belum masuk lagi Daddy dan sedara mara yang datang sama2 nak tengok bagaimana kelas dijalankan. :) I have to admit, its not easy. Dan, saya habiskan seluruh petang melatih Teacher Aida, memberikan semangat & motivasi (dalam erti kata lain ..membebel lah tuh..hahahha), untuk memastikan semangat & keyakinannya kembali pulih. Its' ok to feel down, anyway, its your 1st class..dan saya mahu Teacher Aida jadikan ianya satu pencetus semangat untuk buat yang lebih baik di minggu seterusnya. Dan, saya mula meletakkan sedikit tekanan, di mana saya tidak membenarkan beliau membuat kelas sendiri selagi saya tidak puas hati dengan pencapaiannya di KL. She must prove to me she is capable to run the class alone, without me at all, then only I akan benarkan dia buat kelas di JB. Dalam masa yang sama, orang JB sudah ramai yang ingin menghadiri kelas Trial yang sudah saya warwarkan di FB dan Teacher Aida sudah menerima banyak tempahan slot untuk menghadiri kelas Trial. Sudah tentu ini menambahkan tekanan pada beliau. :) 



Alhamdulillah, Teacher Aida menjadikan kata-kata semangat & motivasi saya sebagai satu cabaran dan mengambil berat setiap latihan yang saya berikan. Ternyata tekanan yang diberikan tidak membuatkan beliau jatuh tetapi tekanan itu yang menyebabkan beliau bangkit dan membuktikan beliau mampu melakukannya. Beliau pulang ke Johor dan menggunakan hari Isnin- Khamis sehabis baik untuk berlatih dan kemudian kembali ke KL pada hujung minggu untuk melakukan kelas bagi membuktikan pada saya yang beliau sememangnya boleh melakukannya. Sekali lagi saya tergelak apabila selepas kelas di minggu seterusnya, soalan pertama yang saya tanyakan, "How's your weekdays last week?? You felt like in HELL??" Dan beliau juga tergelak sambil menceritakan bagaimana setiap hari dan "pantang ada masa terluang", beliau akan berlatih buat kelas di pejabat, menghafal lagu, menyanyi dengan anak-anak sampai dalam bas masa nak datang KL pun, beliau masih berlatih! Sampai mak Teacher Aida sound, "Ko jgn nak nyanyi2 kuat2 dalam bas plak yerk!!!" Hhahahaha.. Adoilahhh ...sakit perut saya gelak...Dan kemudian, saya tersenyum lebar sambil berkata lebih kurang begini, "Kerana itu, you dapat lihat hasil seperti mana yang you lihat tadi! Kelas tadi membuktikan, that you're taking my advice & training seriously, you feel responsible towards your job & apa yang you lakukan bukan hanya kerana you rasa you want to take advantage of being our Licensee and using our name to get the students joining you, but you really want to do the best for the sake of the children's development. Congratulations to you!"




Secara jujur, saya berbangga melihat kesungguhan Teacher Aida berlatih bersungguh-sungguh tanpa jemu, sentiasa cuba melakukan yang terbaik, merubah diri dan menajamkan skill beliau demi untuk memastikan GBOB  JB mendapat tempat di hati pelanggan. Saya akui, mungkin nama GBOB itu dekat di hati pelanggan, mereka excited dan teruja untuk datang kelas, tetapi jika kelas yang dilaksanakan "not up to their expectation", ia tidak akan menjadi juga. GBOB telah menyediakan platform yang baik untuk nama mereka dikenali, tetapi ia haruslah disertai dengan semangat dan usaha ingin melakukan yang terbaik, sehabis mungkin agar pelanggan tidak mengatakan, "Kelas @ GBOB hanya indah khabar dari rupa". Kerana itu, saya sangat memberikan penekanan pada latihan untuk memastikan Licensee & bakal-bakal Licensee akan datang bersedia dari segi mental, fizikal (* dan duit juga .. hehehehe..) sebelum merancang membuka cawangan GBOB di mana-mana. Saya percaya, dari masa ke semasa, selepas beberapa minggu kelas dijalankan, Teacher Aida akan semakin serasi dengan kerjaya baru beliau, dan skill serta interaksi sosialnya akan bertambah baik dengan anak-anak yang hadir. :) Insya Allah.. Saya yakin dengan kebolehnnya beliau mengendalikan kelas. 


Melihatkan gambar2 yang beliau kirimkan, saya yakin anak-anak ini seronok dan teruja menimba pengalaman baru, berjumpa kawan-kawan baru dan suasana baru yang kondusif dan sesuai untuk perkembangan mental & fizikal mereka. Ada ibu-ibu di Johor yang bertanya, adakah kelasnya sama setiap minggu? Sudah tentu tidak.. :) Kami mempunyai 7 modul, lebih kurang 68 minggu dan temanya berbeza setiap minggu, aktiviti yang dilakukan juga berbeza. Program yang dilaksanakan ini berstruktur dan ada bahagian-bahagian tertentu yang diklasifikasikan sebagai ritual untuk memastikan anak-anak ini belajar mendisiplinkan diri tanpa mereka sedari, tanpa tekanan malah menyeronokkan. Anda harus mendaftar dan menyertai kelas Playgroup @ GBOB JB untuk merasai dan melihat sendiri perubahan anak anak minggu demi minggu. :) 



Kami kini masih melaksanakan Sessi Trial untuk minggu kedua pada 18 Feb 2012 ini, dan sekiranya anda berminat untuk menghadirinya, anda boleh hubungi Teacher Aida di talian 010-7103155 untuk mendaftar di GBOB @ JB. Bagi mereka yang telah menghadiri Sessi Playgroup & ingin membuat pendaftaran, anda boleh membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM 150 ke akaun Maybank GBOB Johor Bharu iaitu Genius Kids Resource (5513 0651 0407) dan sebaik sahaja 5 pelajar mendaftar, kelas official akan dilaksanakan, Insya Allah. :) I strongly suggest you to LIKE the Facebook Fanpage of GBOB JB @ www.facebook.com/gbobjb, agar anda menerima maklumat terkini tentang kelas Playgroup di JB ini. :) 

Saya suka dan tumpang bangga jika ada mana-mana Daddy yang turut sama ingin bermain dan melibatkan diri dengan aktiviti bersama anak mereka. Walaupun tidak seaktif ibu ketika dalam kelas , sekurang-kurangnya kehadiran mereka di sisi anak dapat membantu meningkat keyakinan diri anak tersebut. :)

post signature

post signature

Wednesday, January 25, 2012

Sneak Preview: GBOB @ Johor Bharu - Bermulanya Satu Perjalanan

 Salam buat semua pembaca blog ini. Mesti puas dan seronok dapat cuti panjang sejak hari Sabtu lepas kan? :) Ntah-ntah masih ramai ada kat kampung bila baca entry ni..Semua pakat-pakat balik lambat atau extend cuti sebab tak mau tersangkut dalam kesesakan yang maha hebat! Adoilaaa... dengar citer nak jalan 70 km pun sampai 4 jam? Boleh lebam punggung dibuatnya!! Tapi semua sanggup kita redah .. mak & ayah punya pasal, anak-anak punya pasal ... semua sanggup kan..? Janji dapat berkumpul satu keluarga ..So sweet of uols..:) 


Rasanya tak lambat lagi Watie nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada semua rakan-rakan yang menyambutnya, hmmm..tahun ni tahun Naga kan..? Semoga ada "ONG" untuk anda semua okeh ..:) Tahun Baru Cina kali ini adalah tahun yg agak istimewa buat Watie kerana buat pertama kalinya dalam hidup, Watie tak cuti pun! Hehehe.. Selalunya, memang cuti tetiap tahun. Walaupun tak balik kampung, tak gi jalan,  hanya lepak-lepak layan anak-anak & family di rumah, tapi maksudnya Watie tak kerja lah ..but this year .. Watie kerja 4 hari terus menerus! Dari hari Sabtu lepas untuk kelas Playgroup Level 4, kemudian hari Ahad untuk kelas Playgroup Level 2 dan 3, dan terus amik kesempatan cuti umum untuk buat Training for my Licensee @ JB pada hari Isnin & Selasa. Hambek ko...4 hari berturut2 saya bercakap non-stop! 


Langkah pertama ketika saya membuat Site Visit dahulu ..:) Tgk gambar last untuk lihat gambar terkini.:)

Dan yang lebih "manis", keempat-empat hari yang Watie lalui itu, ada satu ulser yang semakin membesar di dalam mulut ni haa! Memang sakit lah jugak, dah sampai bercakap pun accent pelik2 dan rasa pedih juga. Tapi Watie tahankan lah..dan cuba untuk tidak tunjukkan kesakitan untuk depan anak murid Watie. Alhamdulillah, bukan anak murid jer, mak-mak pun tak perasan that I am actually in pain ..Hehehhe...Kalau dah memang betul2 tak larat, mungkin kena cancel kelas jugak, tapi Alhamdulillah, Watie masih mampu buat kelas, so takleh nak ngengada suka-suki nak cancel kelas :). Lagipun, Watie nak kena lah tunjuk contoh yang baik pada Licensee & bakal-bakal Licensee yg akan datang kan? Watie nak latih Licensee Watie ada rasa bertanggungjawab pada bisnes mereka. Walaupun pakai nama GBOB, itu masih bisnes mereka dan sebab mereka pakai nama GBOB lah, Watie kena pastikan Licensee Watie betul-betul serius dalam perniagaan dan bukan setakat nak guna nama GBOB supaya cawangan mereka dapat dikenali dengan mudah, lepas tuh, bg servis yang 'hado' pada client, yang akhirnya akan memberikan kesan buruk juga pada  syarikat.  Itu lah yg paling Watie risaukan. GBOB lahir dari kecintaan Watie terhadap dunia pendidikan bayi & kanak-kanak, ia hasil keringat dan air mata sepanjang Watie menjalankan perniagaan ini, dan Watie akan pertahankan sehabis-habisnya, sebab tuh lah Watie kena pastikan yang Licensee Watie juga "sama arah tujunya" dengan Watie. I dont mind to teach, give consultation and do extra service to make sure they achieve my standard & expectation, asalkan mereka ingin belajar dan sudi terima nasihat dan kata-kata Watie dan sama-sama berusaha, bekerja bersama-sama Watie (uiksss..awat dah macam Pak Lah punya statement masa menang Pilihanraya neh? Hadoilah Watie oiii!) untuk meningkat dan menaikkankan nama GBOB. Sebab tu Watie akan pantau my Licensee closely from time to time to make sure mereka benar-benar serius dalam bidang ini. 

Perbincangan semasa Site Visit yg Watie lakukan 2 minggu lepas.

Alhamdulillah, my first Licensee dari Johor - Aida menepati ciri-ciri yang yg Watie inginkan. Jujurnya, Aida lah yang bertanggungjawab untuk "push me to the max"  supaya Watie mempercepatkan program Licensing ini. Semasa Aida menghubungi Watie pertengahan tahun lepas dan menyatakan hajatnya untuk membuka cawangan GBOB di JB, Watie masih belum bersedia. Lagipun, program Playgroup @ GBOB juga masih  belum pun setahun. Watie bgtau Aida, objektif utama Watie adalah untuk mengukuhkan jenama GBOB dahulu, barulah Watie akan fikirkan mengenai Licensing. My target is to start the Licensing on 2012. Kira tahun ni baru lah nak buat all the preparation. I want to take my "own sweet time" membuat program Playgroup itu, sebab tuh memang takder plan pun nak promo apa-apa pasal Licensing. Sebab tuh anda semua tak nampak apa2 pun perkhabaran atau promo Watie pasal nak buat Licensing kan? Hehehe..Tau-tau jer dah ada satu kat Johor. Ni suma Aida punya pasal lah nih! Ahaks! Aida begitu menunjukkan kesungguhannya dan betul-betul serius dalam perkara ini hingga sanggup datang KL jumpa Watie, call Watie selalu bertanyakan pasal Licensing ni, bila dia boleh start, dia mmg minat *walaupun Watie kata tak ready nak promo pasal Licensing lagi walaupun dah ada perancangan ke arah itu* dan sebagainya ..hingga Watie rasa, "Ayoyo this lady aaaa...very persistence ooooo!!". Hahahaha... *selalunya org persistence memang akan dapat "masa" mereka dengan Watie akhirnya, sebab I value their enthusiasm, walaupun susah dorang nak wat appnt ngan Watie in the beginning..:)*.


Inilah Aida, my GBOB Partner in JB. Wanita perkasa inilah yang akan tersemat di hati anak-anak anda tidak lama lagi. Hehehee..

Masa tuh Aida kerja lagi, tapi dia dah plan nak berhenti dan buka bisnes berkaitan dengan kanak-kanak selepas she bumped into my FB last year. Of course lah Watie ada interview dia kan..hehe..tanya camner dia tau GBOB, apa yang buatkan dia rasa dia nak sgt amik Licensing ngan GBOB ni dan sebagainya ..*aku kan wartawan pencen!! Hahahah*. Aida kata, dia pun tak tahu macam mana, tengah-tengah dia blog hopping, masuk sana-sini, tau-tau jer dah sampai kat FB page GBOB, pastu dia pun google lah blog Watie, fall in love with me *yer ker?? hahahhaa*  and my GBOB dan terus bercita-cita nak jadi macam Watie juga. Memang all this while sejak mula dia  kata dia berminat nak jadi my Licensee, Aida yang banyak call Watie dan Watie lebih banyak ambil sikap "Wait & See". Dari situ juga, Watie nak menilai sejauh mana dia betul-betul serius dalam bidang ini. Jujur Watie katakan, masa mula-mula tuh, Watie manalah kenal Aida kan..she's completely a stranger to me, so of course Watie kena berhati-hati juga tapi dari hari ke hari selepas kenal dia, melihat kesungguhan dia dalam bidang ini, sikap ingin belajar yang sangat tinggi, sanggup belajar dari ZERO, dari asas, apa yang Watie minta dia buat segera, jujur mengakui yang Englishnya agak lemah tetapi selepas Watie kata yang English itu WAJIB digunakan walaupun bukan 100% dalam kelas, I can see her improvement dan dia sedaya upaya memperbaiki dan meningkatkan penggunaan Bahasa Inggerisnya, malah kini dengan anak-anaknya, Aida dah banyak gunakan bahasa tersebut sebagai latihan. Watie bgtau terus terang dengan Aida - TIADA CARA LAIN AIDA..IF YOU WANT TO BE GOOD IN ENGLISH..YOU HAVE TO SPEAK OUT LOUD! KENA CAKAP SELALU !!And I'm happy to see her improvement & enthusiasm.Watie kata, dalam kelas, sometimes bila kita guna English, anak-anak tak bg feedback, besar kemungkinan mereka tak tahu how to reply back to us, mungkin di rumah jarang guna bahasa itu, tapi itu bukan alasan untuk kita tak guna bahasa tersebut. Watie masih ingat, my 1st class, I use English all the way tapi the kids tak berapa enjoy, maybe because of Language barrier, tapi lepas Watie ubah cara Watie sedikit di minggu-minggu seterusnya,  baru ada feedback yang sangat baik. Bila anak-anak konsisten datang kelas, when we always communicate in class, baru lah mereka pandai berinteraksi dalam bahasa itu. That is why it's very important for us to continue using English in our class. Bukan hanya murid, tapi kita sebagai guru pun dapat rasa perbezaannya. Grammar Watie pun kengkadang berterabur dulu, sebab kita nih belajar "by rules" tapi kalau kita dedah anak English dari awal, mereka belajar by heart, secara natural. So, from time to time, kita juga akan meningkatkan penggunaan bahasa, vocab dan grammar kita. :) 


Asalnya PUSAT TUISYEN, tak lama lagi bertukarlah Signboard.. ambek ko..kemain besar Signboard GBOB kat sini kang ..kekekek.. Kalau tak jumpa juga, tak tahulah saya ..hehehe..

Apa yang Watie happy dengar dari Aida, beliau mengakui yang kehidupannya banyak berubah sejak dia ambil keputusan berhenti kerja dan ingin menceburi bisnes ECE ini. Aida pun ada 2 anak perempuan lebih kurang sebaya anak Watie, so when she applied apa yang Watie cakap, kongsi, nasihat dan motivate semasa perjumpaan-perjumpaan kami, Aida kata she can see that her life change malah anak-anak dia pun suka sangat dengan perubahan ibu mereka. Tumpang terharu juga bila Aida cerita yang dia jarang betul ada masa dengan anak sulung dia masa dia kerja dulu. Kerja sampai lewat malam, balik-balik anak dah tidur, susah betul nak luangkan masa dengan anak, her child belajar banyak perkara pun dari Tadika tapi anak dia sikit pun tak mengeluh atau komplen. She felt gulity tapi ternyata Aida beruntung sgt sebab anak sulung dia memang bijak dan petah berkata-kata. Sebab tu Watie kata kat Aida, Allah knows best. Allah tahu you sibuk cari rezeki sampai kadang-kadang masa dengan anak terabai, sebab tuh dari Allah bantu dari segi lain pula. Melihatkan apa yang telah Aida lakukan dan laburkan sepanjang kami berurusan ini, kesungguhan beliau, keazaman, dan semangat Aida dalam bidang ni, Watie rasa she's capable of being my partner dalam mengukuhkan jenama GBOB di Johor Bharu. Dan Watie pun dengan sukarelanya "memaksa diri sendiri" untuk mempercepatkan program Licensing ini. Watie pandang dari sudut positif, kerana dengan adanya "tekanan" ini, Watie lebih berdispilin dalam mengatur jadual harian agar Watie dapat menyediakan program Licensing itu dalam tempoh masa yang telah dipersetujui bersama. Kira projek dengan Aida ini adalah sebagai batu tanda  & our baby project dalam memastikan Program Licensing ini berkembang  dalam tahun 2012 ini. Insya Allah. Sebab tuh Watie nak kena make sure yang Aida dah run the class smoothly, bisnes dah betul2 berjalan, barulah Watie nak fikirkan pasal permohonan-permohonan Licensing yang Watie terima kebelakangan ini. Bagi Watie sedikit masa yer.. Watie tak mahu terburu-buru sangat, biar Watie settlekan JB Branch dulu, sebab adalah tidak adil jika anda melaburkan wang anda, dan Watie tidak dapat fokus untuk bantu anda sebab bz dan tak cukup masa. Insya Allah, kalau Watie dah betul-betul bersedia memperkenalkan Program Licensing Watie, Watie akan beritahu secara rasmi dalam blog dan FB, dan sesiapa yang berminat boleh hubungi Watie for us to discuss more. :) 


Sudah bertukar rupa ... Oh i likee....! Laminate flooring lagi yoooo!

Watie telah pun melawat pejabat Aida di Taman Mutiara Rini, Skudai, 2 minggu lalu, dan berpuas hati dengan persekitaran kelasnya. Masa tu masih kosong lagi, Aida tak design apa lagi sebab nak Watie tgk the whole kedai dulu dan bg opinion. Lepas dah tgk dan approve, barulah Aida dan suaminya bekerja keras menghias dan mencantikkan pejabat mereka. Tergelak Watie dengar Aida kata, bila dah nampak kemas dan selesa sekarang, hubby dia pulak yang excited "terlebey sudaa" nak cantikkan lagi...dan lagi...dan lagi... hahahah! Tu lah Watie kata kat Aida, sebijik lah macam me & hubby dulu...semangat btol nak cantikkan opis, biar selesa untuk kita anak beranak dan selesa untuk pelanggan juga. Tu yg paling penting..:) Kalau landlord ni pedajal aku naikkan sewa sampai tak mampu bayar, habislah aku nangis sebab opis dah santekkkkk... nak kena buat semua baru , pengsanlah wei! Hahahha...


Ruang menunggu yang disediakan khas untuk ibu bapa & anak. Sgt lah selesaaaa!

Dan, Insya Allah, Watie bercadang untuk untuk melawat beliau sekali lagi dalam tempoh terdekat bg meninjau pejabatnya yang sudahpun siap hampir 70% itu. Melalui gambar yang beliau kirimkan, nampak sgt kemas dan cozy..:) Excited nya nak pergi tengok yo!! Orang-orang Johor pun rasanya tak sabar nak join dah kan?? Semua tanya bila nak start. Insya Allah, dalam waktu terdekat ni, kami akan umumkan, bilakah kelas Trial @ GBOB JB akan bermula. Kami akan memulakan sessi Trial sehinggalah terdapat sekurang-kurannya 3-5 peserta yang mendaftar di Playgroup @ GBOBJB, barulah kelas secara rasmi akan dibuka. So, we estimate paling lewat dalam bulan Mac, kelas rasmi akan dibuka. Jadi, Februari adalah masa di mana kelas Trial akan dilakukan. Tunggu entry Watie dalam waktu terdekat untuk kami umumkan masa & waktu untuk anda menyertai kelas Trial @ GBOBJB ini. :) 


Pintu masuk ke ruangan menunggu.

Setakat ini perkongsian Watie, jumpa lagi di entry akan datang, peluk cium untuk anak GENIUS anda okehh!


Tangga-tangga kejayaan bermula ...Amin ..:) Dan berubah rupa juga dari gambar sebelum ini kan? Hehehe..

post signature

post signature

Friday, January 13, 2012

Johor Bharu Here We Come!!

Salam sejahtera pembaca semua..di saat anda membaca entry ini, saya ada di dalam kereta,sdg menuju ke Kuala Lumpur setelah seharian menghabiskan masa di Johor Bharu..

Dah puas berborak dgn hubby, tak tahu apa nak buat, saya godek2 hp ni, try apps Blogger yg ada. Nak tgk ok tak outcomenya kalau saya buat entry melalui hp jer. "Saya budak baru belajar" katakan..hahahha..kalau ok..bolehlah update tru hp if ada masa terluang..

Apa saya buat kat JB di hari Jumaat ni? Esok kan ada class Playgroup? Heheh..saya melawat cawangan Genius Baby On Board di JB..nak kena buat site visit sblm buat renovation.

Pasni dah bolehlah partner saya kat sana- Aida ubah suai dan mekap opis tu utk kasi menarik, tertarik ko mmg da bomb! Hehehe..bertuah juga Aida krn dpt sewa shop lot yg asalnya pusat tusyen, jadi kawasannya mmg sesuai juga, siap ada laminate flooring! Not only that..tangganya pun dah ada karpet! Memang 1st impression yg sgt baik saya rasa..Saya mmg pentingkan keselesaan para anak2 itu kerana pd saya, persekitaran yg selesa, cantik dan menarik akan membuatkan anak2 suka dan "ketagih" utk dtg kelas selalu..hehehe..ketagih yg sangat positif dan ibu bapa pun suka.hehehe..

Saya akan membebel panjang berkenaan cawangan kami di Johor Bharu ini dalam entry yg akan dtg..Insya Allah..meh kita tgk gambar tangga yg hubby sempat rakamkan masa kami sampai siang tadi...
Jumpa lagi!

Loves..
Mommy of Q's..



Tunjuk gambar tangga dulu okeh...ehehe

Monday, October 31, 2011

Video: GBOB On Media - GBOB Playgroup @ Rancangan IKS TV1

Waduuhhhh... it took me nearly 8 months to upload this video yo! Hehehehe.. Apa lah Teacher Watie ni kan.. Hu hu.. mmg bz sungguh sampai nak upload pun asyik lupa jer. Memang saya dapat this copy from Aisyah @ RTM pun agak lewat, few months lepas rancangan tu di ke udarakan,  tapi patutnya bila dah dapat tuh, teruslah upload kan.. tapi tu lah, nak upload pun kena tunggu lama, plus asyiklah lupa, kengkadang CD tertinggal kat umah, bila CD ada, DVD Writer plak tinggal. Hadoii... :P

But Alhamdulillah, finally I managed to upload the video untuk tatapan semua, at least parents boleh nampak sedikit sebanyak apa produk dan servis yang kami tawarkan di GBOB. Bila saya tengok semula video ini, rasa terharu pula, dah besar dan bijak dah anak2 saya tu suma sekarang tau. Masa rakaman ni dibuat, dalam Januari 2011, GBOB baru beroperasi dalam 3 bulan, kira baru sangat lah usianya tu. Walaupun sekarang masih dalam tahun 2011, tapi saya nampak perkembangan yang sangat2 positif dalam diri mereka. Kalau anda rasakan semua kanak-kanak dalam video ini comel, bijak dan pandai berinteraksi, ehehhehe.. bolehlah bayangkan keadaan mereka selepas hampir 10 bulan mereka join the Playgroup. :) Tu lah sebab teacher Watie makin hari makin kurus you! Tak yah gi Fitness First, Slim World semua tu, anak-anak Teacher tiap2 minggu dah buatkan Teacher Watie ni berpeluh2 dan sihat + kurus. Ekekekeke...


Cuba teka saya rembat gambar ni dari blog siapa? Eekkeke.. Ni masa majlis Hari Raya Playgroup baru2 nih @ GBOB

Ok, takmo bebel panjang2 lah yerk, meh kita imbas kembali Program IKS @ TV1 ni. Rasanya ramai parents kat luar sana masih  belum berkesempatan untuk tengok Playgroup @ GBOB di Rancangan IKS ketika ia di ke udarakan awal tahun lalu. So, bolehlah jamu mata, tunjuk kat anak dan tanya dorang nak join kelas Teacher watie tak? Eekkekek.. :) Sebelum Watie terlupa, kelas Level 1, Level 2, Level 3 dan Level 4 akan dijalankan seperti biasa, dan sekiranya anda ingin menghadiri sessi Trial Playgroup @ GBOB untuk mana-mana Level, anda boleh hubungi Watie to make the appointment kay! Lately kelas selalu penuh especially level 3 & 4, so it will be based on First Come First Serve. :) Level 1(0-6 bulan) dan Level 2 (6-12 bulan) yang kurang, student Level 2 dah banyak naik ke Level 3, so Level 2 kurang sikit studentnya, sapa yg nak join sekarang memang ada slot kosong. 


Saya rembat dari blog budak bijak bam-bam yang saya tgh peluk tu lah .. heheheheh.. kat SINI

Level 1 memang kurang dapat sambutan dan personally Watie rasa sedih juga sebab Level 1 tu lah yang paling penting dan orang kata asas untuk perkembangan otak bayi. Maybe banyak parents rasa tak perlu untuk join sebab anak kecil lagi, apa dia leh buat kalau join umur 3 bulan (lepas pantang tu kan)..macam tak masuk dek akal jer yerk..:) bukannya leh merangkak pun..heheh..tapi, kalau dorang nak tahu, kelas2 macam ni di oversea tu paling penuh memang Level 1 ni lah, sebab as I always said, the ECE di luar negara  lebih advance & most mother tahu kepentingannya. Di Malaysia ni nampaknya ECE semakin berkembang maju walaupun tak semaju di oversea tu. Dulu kalau anak masuk tadika umur 6 tahun, pastu 5 tahun, sekarang dah ada yg masuk seawal 4 tahun, malah ada juga parents yang sanggup cari Taska @ Early Development Centre yang tawarkan program untuk anak-anak semuda 2 tahun. Program-program di bawah 2 tahun, terutamanya untuk bayi seawal 0-6 bulan ni memang agak sukar kita nak jumpa. Mungkin sebab permintaan kurang, sebab tu Pengusaha tak buat this kind of Program. Kalau ada pun, agak mahal Programnya, dan selalunya kaum kita adalah kaum-kaum yang jarang-jarang ada dalam program tu. Selalu expat & Chinese. Maaf kalau terasa, tapi itu realitinya, jadi jangan pelik jika bayi orang lain lebih bijak @ smart dr bayi kita kalau kita sendiri tidak berusaha memberikan yang terbaik untuk anak sedari bayi. (survey-survey kelas yang ada di tempat anda, cari info, cari bahan pembelajaran utk bayi dan sebagainya sepertimana yang ibu bapa lain buat.) Dan Watie rasa menjadi tanggungjawab watie untuk beritahu pada parents hakikat dan senario ini supaya anda sedar STIMULASI BERMULA SEJAK HARI PERTAMA ANAK ANDA MELIHAT DUNIA! It's TRUE..very TRUE.. :) 

Kenangan terindah dalam hidup saya selaku ibu dan guru. :) Terima kasih IKS, Terima kasih Aisyah. Terima kasih TV1. I Heart Uols!

post signature

post signature