free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, February 24, 2011

Stimulation: Having Fun with Toy Stimulation Blocks

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua video anak-anak saya bermain stimulation blocks. Dah lama juga saya ambil vdeo nih, tapi lupa nak transfer sampai lah baru-baru berkesempatan untuk transfer all the videos. Seperti dalam entry ini, saya ada menceritakan secara terperinci tentang Kepentingan dan Faedah Stimulation Blocks ini terhadap perkembangan motor halus serta minda anak anda. Dan kali ini pula, saya kongsikan video ini dengan anda semua, menunjukkan betapa seronoknya kedua-dua anak saya bermain blocks. 


Saya sangat menggalakkan ibu bapa untuk bermain bersama anak mereka ketika sessi ini. Ada ibu bapa yang memberitahu saya yang mereka risau kerana anak mereka tidak pandai membina blocks, tetapi mereka suka merobohkan binaan yang dibuat. Well Mommies .. do not worries ok..Merobohkan binaan juga satu aktiviti yang menyeronokkan bukan? Qarissa juga sangat suka merobohkan binaan yang saya bina dan ketika itu, mukanya sangat excited dan teruja untuk melihat binaan tersebut "musnah". Lepas jer roboh, kemain suka dia gelak dan rasa puas. As I always said, everything that we do should be fun kan? Terdapat satu tempoh masa anak kita akan leka membuat binaan, dari rendah sampailah tinggi, dan bila kita nak join, dia tak bagi, MASTERPIECE kekdahnya! Jangan kacau arkitek tau! Hahahaah.. Dan ada ketikanya mereka hanya suka untuk merobohkan binaan yang kita buat. Kira cam "pengganas" lah gitu .. Ahaks..


Tidak kira apa pun yang anak kita lakukan, kita haruslah menjadi lebih kreatif untuk mengajar mereka, baik ketika sedang membina atau merobohkan. Anda boleh lihat di dalam video ini, interaksi saya dengan anak-anak ketika mereka bermain blocks. Inilah blocks yang saya beritahu dalam entry sebelum ini. Yang besar dan paling mahal sampai RM 200++ kot, kalau tak silap. Semuanya gara2 susah nak dapat foam type blocks, saya tutup sebelah mata beli juga yang paling besar, memang puas lah main kan, tapi kat GBOB saya jual yang paling besar cuma RM 89.90. Saya cadangkan, ketika binaan sedang dibuat, anda sebut berulang-ulang setiap kali satu binaan diletakkan di atas binaan yang lain, perkataan ON TOP (sambil anda meletakkan binaan baru). Ini secara tidak langsung mengajar anak anda cara melakukan perbuatan tersebut dan mengajar mereka perkataan baru. Dan, bila binaan di robohkan, kita boleh sama-sama tergelak, dan membuat mimik muka sambil mengatakan, "Oh oh.. dah roboh.." dan sebagainya.


Selamat menonton dan bergembira bersama anak yer..:) 


video





post signature

post signature

Tuesday, February 22, 2011

Entry Khas Untuk Sang Suami :Kuasa Sebuah Kepercayaan!

Saya menulis entry ini dengan perasaan yang berbaur di hati. Yang pasti ia bukannya perasaan marah, tapi mungkin lebih kepada rasa sedih, kecewa, geram, risau, terkejut atau ....entahlah, susah saya nak gambarkan apa yang terbuku di hati ini. Sebelum saya menulis entry ini, saya meletakkan diri saya sebagai orang luar, yang tidak ada kepentingan peribadi, yang tidak ada perniagaan ECE dan bukannya kerana keuntungan. Saya menulis dan bercakap ketika ini sebagai seorang sahabat dan memberikan nasihat PERCUMA, dan apabila ia PERCUMA, saya tidak peduli samada ada orang kisah atau tidak nasihat saya itu, yang penting saya ingin meluahkan pendapat tentang apa yang saya rasa. Siapa yang mengenali saya secara peribadi, dari kanak-kanak, hingga ke remaja, jadi anak dara sampailah dah beranak pinak, pasti tahu perangai dan tingkah laku saya. Saya masih orang yg sama yang anda kenal dulu kan? I will said directly to your face whether you like it or not, lebih rapat saya dgn orang itu, lebih selamba saya sound kalau saya rasa ada yg saya tak puas hati. Bukan kerana benci, tapi kerana sayang. Saya memang tak pandai bodek dan saya benci orang yg suka membodek, jadi kalau saya rasa tak puas hati, memang saya akan "bohhh" jer walaupun it can jeopardise me or my career. Memang ada "makan dalam" tapi bila balik dan berfikir secara rasional, mereka akhirnya sedar apa yang saya cakap itu memang benar dan kadangkala kebenaran itu pahit untuk ditelan.


Pada saya mudah - "I've done my part as your bff to advise you, take it or leave it. It doesn't cost you anything to hear what I want to say, so it doesn't concern me whether u want to take my advice or not". Kalau aku nasihat ko takmo dengar dan lepas tuh if anything happen, aku tak rasa ralat sebab aku dah jalankan tanggungjawab aku as friend. Kau dah dengar  tapi ko tak nak ikut kan? So sendiri mau ingat! Yer, saya akui mmg saya kuat membebel, kawan-kawan rapat saya tahu perangai saya mmg tak pernah berubah dari dulu ..:) Tapi bila berkenalan dengan orang baru, saya cuba sedaya mungkin untuk tidak terlalu "loud" menyuarakan apa yang saya rasa kerana menghormati perasaan mereka. Risau juga saya kalau tiba-tiba orang tuh terkejut tgk saya sound direct jer kan. Sebab tuh, saya sedaya mungkin try to control the situation sebab my new friends baru kenal saya dan belum kenal isi hati saya, belum kenal saya "luar dan dalam". So I need to behave. Tak mau orang salah sangka dan salah tafsir niat ikhlas kita. Kerana itu saya meminta izin tuan punya badan untuk menulis dan memberikan pendapat di sini agar semua orang boleh baca termasuk dirinya, kerana berbalas SMS di hp mmg sukar memandangkan ruang tersebut sgt sempit. Alhamdulillah, tuan punya badan memberikan izin pada saya dan meminta saya menamakannya sebagai Cik Anon sahaja. 


Apa yang membuatkan saya terkejut sehingga menulis entry khas ini? Kerana mesej yang dikirimkan Cik Anon pada saya hari Sabtu yang lalu. Saya akan menaip balik apa yang beliau tulis dan menukar sedikit mana yang perlu kerana ingin memastikan dirinya masih Cik Anon. Cik Anon menulis, "Puan Watie, actually my X will not be attending his class anymore. My hubby is not satisfied when most of the time X refuse to involve in the activities. I'm so sorry for this matter. Actually my hubby also complains that X still cant recognize alphabet well. So, I was thinking of LR but seems like X is way to "old" for it cause at his age, their right brain are shifting to left brain kan? So, do u have any suggestion on this? Sorry again for the matter". Nampak apa yang saya gariskan itu? And let us see the fact & figures. The first fact: X is only 2 years 6 months NOW! The second fact: The total class that X attended all this while: 3 classes including TRIAL!!! Not even complete the session that we offer - 4 times and the husband make the decision not to continue and willing to burn the final class just because of the reason I underlined above. Now, please tell me how to react apabila menerima mesej seperti ini? Pelbagai rasa menerjah minda saya. Dan semuanya melibatkan perasaan berkaitan dengan anak genius itu. Tidak sedikit pun pada saat ini saya memikirkan yang saya "hilang satu client" dan rugi wang. Saya sedih sekali. Mengapa tega sekali Daddy ini membuat kesimpulan? Mengapa menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya. Mengapa menilai anak sebegitu rupa?  Adakah ini ADIL untuk anaknya? Saya mohon agar semua pembaca menilai apa yang saya tulis ini dengan sewajarnya. Its not about ME, bukan kerana saya ada perniagaan ECE & I want to backing up my business (if I were to cover up, I will definitely not sharing with uols about this), tapi saya merasakan satu keperluan untuk menyedarkan para ibu bapa diluar sana hakikat sebuah keadilan, hakikat satu kepercayaan. Even if I dont have my own Playgroup @ Centre, I will still say the same thing dan takkan berganjak sedikit pun dari apa yang saya percaya. Saya akan tetap mengatakan apa yang saya ingin katakan, apa yang ingin saya luahkan di bawah ini. Mungkin para bapa yang terasa akan berkecil hati, saya minta maaf, tapi sila fikir secara rasional dan lebih bertanggungjawab. 


Wahai Daddy, sedarkah anda apa yang anda dah lakukan pada anak anda? ADIL kah anda untuk menilai prestasi anak anda dengan hanya 3 kelas (termasuk kelas percubaan pula tuh!) dan terus menghakimi anak anda dan menjatuhkan hukuman untuk berhenti hanya kerana anak anda tidak terlibat 100% dalam setiap aktiviti yang diadakan? Sedarkah Daddy yang anak anda cuma 2 tahun 6 bulan, and you expect your child to recognize the alphabet??? Boleh saya tanya, apa yang you dah lakukan as Daddy selama 2 thn 6 bulan hidup anak you dalam memastikan anak kecil you kenal huruf A-Z? Apa peranan you dalam memastikan your child kenal semua huruf tuh as you wish?? Kalau you sendiri tidak banyak memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan anak you, kenapa mesti merungut? Please Daddy, dont put high hope if you yourself do not give your best effort!You nak harap nursery ker yang ajar semua tuh? You tau tak yang you adalah CIKGU TERBAIK untuk anak you? Kalau anak you masih tak kenal huruf, tanya balik pada diri you apa yang you dah lakukan selama ini? Do you participate? Atau hanya membiarkan kerja itu di uruskan oleh isteri sahaja? And, if u REALLY PARTICIPATE, it clearly shows that ITS NOT ENUFF!! DO MORE!! Tolonglah Daddy, bukan ini caranya menguji anak. They hate to be tested! Tolonglah bagi kepercayaan pada anak you, tidak kisah di mana you hantar anak you sekalipun, any Playgroup @ Playdates, di Taska, Tadika, atau Sekolah Rendah. Janganlah terlalu cepat "buruk  sangka" dengan kebolehan anak you, they can really see that you frustrated, that you don't trust them, dan ia akan memberikan kesan psychology yang negatif pada anak. I faham Daddy, you pay for the class, so you want to see the result, you want your child to participate in all the activities, so that your investment is worth every penny, but please understand that your child develop at their own pace. Tak semestinya anak tak participate dalam kelas, mereka tak belajar sesuatu, ALL BABIES ARE GENIUS that they dont need to sit in front of ME or YOU to learn something!!! Please understand that!! 


Fikirkan seketika Daddy, dalam Playgroup ada involvement ibu bapa. So you nampak perkembangan anak you dari minggu ke minggu. Kalau you hantar anak ke Tadika dan Sekolah Rendah nanti, you ada ker di sisi anak you masa kelas? You takder kan? So, you tau ker apa anak you buat dalam kelas? Wheter THEY REALLY PARTICIPATE OR NOT? You have no idea at all melainkan menerima feedback dari Teacher betul tak?. So, katakan dalam tempoh 3 bulan, takder perubahan dalam diri anak you, adakah you akan berhentikan anak you dari sekolah tuh? You sepatutnya menyokong isteri dan anak-anak you, bukan menuding jari menyalahkan isteri semata-mata. Satu jari you tuding kat isteri, 3 jari menuding kembali kepada diri you! Saya sedih bila baca mesej seterusnya dari Cik Anon. Katanya, "I tau, I faham, I tau kids develop at their own pace. And I know X did learn something. Tapi tu lah, my hubby had made his decision. Dia boleh salahkan I sebab X tak ...." dan mesej tersebut tergantung di situ. Mungkin network error so mesej tak masuk, tapi saya boleh agak yang perkataan bergaris dalam message kedua ini berkaitan dengan mesej yang pertama. Luruh hati saya bila baca!! Kenapa hanya mengharapkan isteri? Kenapa menyalahkan isteri apabila anak tidak menunjukkan peningkatan? (yang sebenarnya memang ada, malah saya amat bangga dengan pencapaian anak anda, seriously I do! Sebab tuh saya sedih, saya orang luar yang jumpa anak you seminggu sekali boleh nampak, tapi Daddy depan mata boleh tak nampak!!!) Bukankah itu anak bersama, yang lahir dari benih cinta masing-masing? Alangkah baiknya jika Daddy sama-sama mencari jalan terbaik untuk memastikan anak menunjukkan peningkatan minggu demi minggu. Sedarlah Daddy, ITS A LONG WAY TO GOOOOOO!!  Anak you baru 2 tahun setengah!! Kalau macam ni pun u dah mengalah, you dah surrender, malulah kita sebagai orang dewasa yang diberikan akal sempurna oleh Allah SWT. Sebagai isteri, kalau menjawab lebih kang jatuh berdosa, tapi tolonglah faham, usia emas anak you - 3 tahun pertama itu takkan datang lagi!! Biarlah Daddy benci kat saya sebab buat entry macam nih, seolah-olah menyalahkan Daddy, sungguh itu bukan niat saya, saya tiada medan lain untuk meluahkan rasa, saya menaip entry ini dari pukul 1 pagi sampai 5 pagi, tidur, kemudian sambung balik menaip hanya untuk mencari ayat yang paling sedap untuk didengar dan di baca, agar Daddy tak kecil hati dengan penulisan saya, kerana saya merasakan itu tanggungjawab sosial yang perlu saya laksanakan. 


Pendikan awal kanak-kanak memerlukan involvement kedua-dua pihak. Bukan one way road!! Sebab itu saya sering mengulang-ulang cakap betapa pentingnya suami hadir sama ke  Seminar. Kalau Bengkel tak datang pun takper, sebab nanti isteri boleh ajar suami bila balik rumah. (Kalau saya nak untung lebih saya tak cakap macam ni kan ..?) Sebab Seminar itulah tempat saya membuka mata hati dan minda Daddy tentang ECE. Terlalu banyak untuk dikongsikan, memang tak cukup tempat nak "membebel" dalam entry-entry saya. Dan sebaik mana pun saya menulis, ia tidak akan pernah sebaik saya bercakap!! Saya beritahu Cik Anon, kalau saya tidak berjaya sebagai Cikgu @ Pembimbing untuk menunjukkan kepada Daddynya yang anak beliau belajar sesuatu di kelas saya, cubalah cari Playgroup @ Playdates yang lain. Sungguh saya tidak kecil hati, malah sangat menggalakkannya. Tapi nasihat saya, bagilah masa untuk anak anda, tanamkanlah kepercayaan yang anak anda bijak, anak anda boleh buat dan anak anda genius!!! Kalau Daddy masih bersikap begini, mana-mana Playgroup yang Daddy join juga akan memberikan hasil yang sama. Baik Playgroup, Tadika atau Sekolah. Sungguh saya risau, kerna anak kecil itu di harapkan memberi sesuatu yang BESAR pada ibu bapanya, dalam usianya yang masih mentah! Please Daddy, anything that your child do now SHOULD BE FUN!!! IT SHOULD BE FUN in terms of learning!! Positifkan diri dan minda anda, jangan terlalu berorientasikan hasil dan keputusan semata-mata. Cukuplah anak kita di uji di sekolah nya nanti dengan pelbagai ujian yang bakal menjelma, jangan kita pula yang memberi tekanan di awal-awal usia anak di mana pembelajaran adalah sangat mudah dan tanpa tekanan! 


Saya dan anak-anak really had fun in terms of learning, saya mengajar mereka macam-macam tanpa mereka menyedari langsung yang mereka sedang belajar sebenarnya. Itulah yang saya kongsikan di blog peribadi dan kemudian di blog GBOB. Bermula dengan tiada apa-apa, hanya sekadar blog untuk menceritakan tentang anak-anak, saya tidak peduli pun samada ada orang baca atau tak blog saya itu, yang penting mak dan bapak saya baca dan ikuti perkembangan cucu mereka. Kerana itu, saya tetap akan mempertahankan apa yang saya cakap, apa yang saya rasa walaupun kini saya dah ada Centre sendiri, kerana saya cakap berdasarkan pengalaman, yang menjadi GURU TERBAIK utuk saya berkongsi dengan anda semua. Sekali lagi saya tegaskan, its not about ME, adalah tidak berbaloi untuk saya menghabiskan masa lebih dari 6 jam menulis di entry ini hanya kerana RM 35 yang saya "hilang" apabila anak Cik Anon berhenti kelas saya. Tetapi saya amat berharap dengan hasil perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan para bapa betapa pentingnya mereka memberikan kepercayaan kepada anak kecil mereka, memberi peluang seluas-luasnya kepada anak kecil mereka untuk meneroka segala potensi diri. Bukan setakat memberikan kepercayaan dan peluang meneroka diri, tetapi turut sama membantu isteri dalam segala aktiviti yang melibatkan pendidikan a.k.a permainan anak tersebut. Jangan "buruk sangka" dengan anak, jangan terlalu negatif dan memandang rendah kebolehan anak hanya kerana pencapaian anak tidak seperti yang kita harapkan. Jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman dan membuat kesimpulan. Kita adalah ibu bapa, apa yang kita cakap adalah "doa". Kalau kita sendiri yang negatif, ia sesungguhnya akan memberikan impak pada anak dan ia akan jadi negatif "seperti yang kita rasakan!!"


Berkaitan Otak Kanan (Right Brain) dan Otak Kiri (Left Brain) seperti yang ditanya Cik Anon pula, anak kita tidak akan menggunakan sepenuhnya Otak Kiri mereka sehingga mereka berusia dalam lingkungan  4-6 tahun. Ini bermakna Otak Kanan TERBUKA LUAS untuk input pembelajaran antara 0-3 tahun. Tempoh masa ini dipanggil "The Right Brain Window". Untuk kanak-kanak "ajaib" (saya suka perkataan ajaib sekarang!) brain injured atau brain damage, tempoh masa dari Right Brain - Left Brain ini lebih lama sedikit. So, we shud thanks to Allah SWT sebab bagi kita lebih banyak masa untuk meneroka potensi diri anak kita, as I told uols in my previous entry, tak semua cerita OKU adalah cerita yang sedih kan? Kerana itu saya sangat menggalakkan ibu bapa yang anaknya normal, sihat walafiat dan sempurna akal fikirannya haruslah bekerja lebih sedikit (kerana 3 tahun bukan lama sangat!!) untuk melakukan apa yang mereka boleh untuk membantu anak mereka ketika mereka masih di dalam state "Right Brain" ini kerana ketika ini, EVERYTHING IS POSSIBLE!!


Untuk Little Reader pula, kalau kita nak beli, ada 2 tujuan why we want to purchase. Satu - kita nak anak kita baca cepat. Dua- kita nak penguasaan Bahasa Inggeris anak kita superb! Jadi, umur bukan satu isu di sini. Di kotak, cadangan penggunaan Little Reader adalah 3 bulan - 5 tahun, tetapi haruslah kita ambil kira yang produk ini adalah produk luar negara. Di luar negara, pendedahan terhadap ECE sangat baik dan ketika usia 5 tahun, kebanyakan kanak-kanak di sana read independently. Sekiranya anak kita berusia 5  tahun ke atas dan masih tidak boleh membaca, saya akan tetap mencadangkan agar para ibu bapa mendapatkan produk ini.  Kerana, ASAS itu yang penting. Anak kita harus menguasai PERKARA YANG ASAS dahulu. Ada juga yang sudah pandai membaca, tetapi penguasaan Bahasa Inggeris tidak baik, maka produk ini juga sesuai digunakan untuk anak kita. Saya menerima banyak aduan dan keluhan ibu bapa yang risau anak mereka masih belum pandai membaca dan lebih sedih lagi, tidak mengenal ABC di kala usia mereka 6-7 tahun. Serius saya tumpang sedih, dan dari situ saya tahu tanggungjawab saya sangat besar untuk membantu kanak-kanak ini. Saya akan cuba sedaya mungkin yang saya mampu untuk berkongsi pengalaman dan expertise saya melalui blog, seminar, bengkel dan Playgroup yang saya adakan, tetapi ianya TIDAK AKAN BERMAKNA tanpa penglibatan dan sokongan ibu bapa di RUMAH. So please Mommy & Daddy, HELP ME TO HELP YOU!!! 


Saya mendoakan yang terbaik untuk anak genius saya di luar sana khususnya X, saya yakin walaupun tanpa Playgroup Teacher Watie, X akan tetap menjadi anak yang cerdik, bijak, pandai, genius dan menjadi kebanggan kedua-dua ibu bapanya. Terima kasih saya ucapkan kepada Cik Anon kerana memberikan saya peluang menjadi guru buat X for 3 times, semoga Cik Anon dan suami akan memberikan yang terbaik buat X di rumah selepas ini. Jika ada mana-mana Playgroup, Playdates, Tadika atau Taska yang menawarkan program-program yang hebat, jangan lupa daftarkan X dan bagi peluang seluasnya untuk X meneroka potensi dirinya yer! Jaga diri dan semoga hubungan silaturrahim antara kita tidak akan terputus. :) I Love You Cik Anon ..:) 


post signature

post signature

Sunday, February 20, 2011

Playgroup 12 Feb 2011: Level 2 & Level 4 Yg Hangat!

This is the pictures for Playgroup Level 2 & Level 4 minggu lepas, Alhamdulillah, lately sambutan untuk Level 2 sangat menggalakkan dan parents semua suka sebab anak mereka kemain suka dalam kelas, dan yang mebuatkan Teacher Watie lagi suka adalah semua bayi-bayi genius itu suka sgt tgk Teacher Watie berbanding tgk mak masing-masing. Eekkekeke.. Terasa di sayangi gitu .. hahahahah .. Takperlah kan, tgk Teacher seminggu sekali jer. Tgk muka Mommy setiap hari tau ..apa salah sekali lagi renung dan tenung teacher yang comey nih kan? Comey macam Clown! Ahaks..! 

Level 2 Playgroup 
Level 4 pula bertemakan I Love Grandma & Grandpa pada minggu nih ..Macam-macam nama dorang panggil Atok dan Nenek. Ada Wan, ada Tok, ada Chaq dan ada Onni juga .. :)So, kat sini aku tempek gambar yang memberi seribu satu makna pada mereka yang melihat dan mereka yang hadir. Ekekek. Dan kat sini juga aku nak bgtau, yang Playgroup Level 2 Week 5 dan Playgroup Level 4 Week 13 – My Home tak dapat eden nak wat entry kerana gambar tak amik pun, hu hu ..my hubby ada kerja, so tak dapat dia nak tolong amik gambar. Kebetulan pula, camera aku bateri dah habis. Boleh ker terlupa nak charge malam sebelum kelas. Hangin aku! Sudahnya, gambar yilek! Takperlah, insya Allah next time punya sessi okeh! :)  
Level 4 Playgroup

Ziyad :”Saya nak ngorat awak boleh?”
Ayris:” Erkk..saya rasa tak boleh lah ..nanti mak saya marah!”

Friday, February 18, 2011

Baby Harris: Bukti Stimulasi Berkesan @ GBOB!

Sekarang ni, bayi comel yang anda tengok di bawah ni dah pun selamat berada di Doha, Qatar. :) Rindu pulak saya dengan keletah dan kebijaksanaan Harris ni. Saya belek-belek album gambar yang saya dah transfer, nampak gambar Haris & family dan terus nak wat satu entry khas untuk si comel ni. :)

Me & the genius baby Harris!

Saya secara personal bangga dengan Mommy Harris kerana beliau begitu bersungguh-sungguh ingin menyertai Playgroup @ GBOB just for Harris. Dari Terengganu ke KL, dan selepas itu ke Doha pula, she really make an effort to learn how to stimulate Harris to the max. Masa Mommy Harris @ Norizan ni telefon saya, beliau masih berada di Terengganu, masa tuh saya tak tahu pun yang mereka sekeluarga akan berpindah ke Doha, Qatar pada awal bulan Febuari. Izan bgtau saya dia dari Terengganu dan nak datang my Playgroup pun saya dah cukup terkejut. Adoii.. jauh tuh yang! Rupa-rupanya, dia memang dalam plan untuk pindah semula ke KL dan lepas tuh akan mengikut suaminya ke Qatar. 

Me, Harris, Izan & Nina!

So, sebelum beliau ke Doha, she want to come over for the Playgroup Class. Memandangkan masa yang ada begitu singkat, beliau bercadang untuk enroll kan Harris for 4 classes. Saya pula yang rasa rugi sebab she also paid the Yearly Fee as other family tapi cuma managed untuk datang 4 kali sahaja. Suprisingly, she dont mind at all, because she really want to learn how to stimulate her only son. It makes me realizes that parents would do anything for the best of their children kan? Kerana kesungguhannya juga, saya buatkan class khas untuk Harris di mana it is a special class yang bukan weekly but mengikut masa free Izan dan campuran sukatan subjek sebab kalau boleh saya nak mak Harris belajar banyak dalam masa yg sekejap tu. Memang lah 4 kali tak boleh cover semua, but at least I want her to get an idea how to stimulate Harris at home. Satu lagi yang saya bangga, kerana dalam banyak-banyak kelas, kelas Level 1 yang paling kurang student, sedangkan kelas itulah YANG PALING PENTING! Dari situ saya sedar yang kesedaran ibu bapa tentang betapa pentingnya stimulasi dilakukan sejak anak mereka lahir memang kurang. Kalaulah mereka tahu yang tempoh masa 0-6 bulan tuh adalah masa yang sangat-sangat "crucial", mesti keluar-keluar spital jer, dah semangat nak htr anak ke kelas-kelas stimulasi, just like oversea parents selalu buat. Dorang kan tak pantang macam kita, cukup 2 minggu dah bawak anak ke all kinds of class yang ada kat sana, Kat Malaysia memang kurang kelas-kelas sebegini, itu saya akui, dan itulah cabaran yang perlu saya hadapi - Menerangkan pada ibu bapa betapa pentingnya tempoh 0-6 bulan usia anak tu. :) Nanti kita buat entry lain lah .. kang terkeluar tajuk plak kang! Hahahah..

Kakak comey yang baik sesangat!

Kali pertama Izan datang dan selepas habis kelas, beliau membeli beberapa jenis alat bantu untuk menstimulasi Harris at home. Selepas kali pertama, Izan agak busy meneruskan kerja-kerja harian dan persedian untuk ke Doha. Hanya apabila beliau berada di KL dan suaminya juga ada untuk membawa mereka anak beranak ke Doha, barulah Izan dapat datang ke kelas saya untuk baki 3 kelas. Kelas tersebut diadakan 4 hari sebelum Izan berangkat ke Doha. Very last minute kan? So every single day for the 3 days tuh, Izan datang ke kelas yang saya buat khas untuknya dan suprisingly, kami dapat melihat perubahan Harris yang sangat-sangat nyata! Saya yakin kerana stimulasinya dilakukan secara berterusan. 3 days in a row, dalam waktu yang lebih kurang sama, around 10.30 am. Harris seolah-olah tahu yang masa permainannya telah tiba dan bayi genius itu memberikan kerjasama yang sangat mengagumkan. He suprise us a lot! Just imagine, Harris can look at the word flash for right brain session for more than 10 seconds! Amazing kan! Lebih kurang 15 saat rasanya. Selalunya untuk bayi baru yang saya latih di kelas, jika mereka dapat bertahan 5 saat dah kira cukup baik sebenarnya, ada juga yang mencecah 10 saat, saya kagum! Tapi more than that, masih belum ada lagi saya jumpa. Bukan setakat tengok, boleh siap gelak2 suka lagi. Pastu mulut becok bila saya stop! Hahaha. Nak lagi lah tuh kan! 

We're genius!! (Harris cakap kat semua kengkawan dia!) Hehehhe

Memang kerjasama yang Harris berikan mengagumkan saya dan ternyata apa yang saya percayai selama ini benar. When u play a.k.a stimulate the babies on daily basis, as a routine, they will show their potential u will be amaze.Saya dah jumpa banyak anak-anak dari pelbagai peringkat, Level 1, 2 dan 4, ramai yang mula-mula datang sebagai kanak-kanak pemalu dan tidak mahu memberikan kerjasama, tapi selepas 2/3 kali hadir, they become more active dan jadi happy baby. Zairil, Aqil, Aqeef, Farihah, Afiq, Azzam dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama yang saya ingat pada waktu awal kehadiran mereka, sangat pemalu dan takut-takut serta tak mau join @ tak bagi kerjasama seperti yang Mommy mereka harapkan.) But now, they become more supportive and aggressive serta menjadi "happy baby" dalam class. Sebab tu saya bgtau kat parents, you should be grateful kalau anak u tak nangis atau tantrum dalam kelas. Walaupun dia tak join sgt, atau buat tak peduli, keep on running here and there to explore the new places, sekurang-kurangnya anak u berani dan observance, as a mother, kitalah kena guide anak kita untuk participate in all the session, kata pun masa main ngan anak kan? Hehehehe.. 

Nanti jumpa balik mesti dah besar budak bijak nih! 5 tahun ooo kat Qatar!

Dan, saya juga sememangnya sangat menggalakkan para ibu yang datang, tidak kira Level mana sekalipun, bila ada di rumah, gunakan apa yang telah dipelajari dalam kelas semasa di rumah juga. Ini bertujuan untuk menghubungkan sinaps-sinaps di otak anak, agar mereka mengingati aktiviti yang telah mereka lakukan pada minggu tersebut. I tell you- The result is TREMENDOUS! Saya selalu ulang ayat yang sama pada parents - Setakat 45 minit - 1 jam setengah dengan I dalam kelas, memang tak cukup dibandingkan dengan masa yang you  habiskan dengan anak. Dah lah seminggu sekali jer kan, tu belum lagi kalau tak datang kelas, sebab tu u kena buat juga aktiviti tuh kat rumah bersama anak you, then only you will see the result. Me as a Teacher akan membimbing tapi CIKGU TERBAIK ADALAH YOU SENDIRI! I pun tak boleh jadi Teacher terbaik untuk anak you! Ha ... kalau betul nak untung, eden tak cakap gini, lagi banyak uols datang, lagi untung aku kan? Peduli lah u buat ker tak buat kat umah, yang penting datang class selalu yer! Hahahhaa... tapi saya bukan camtu lah! Saya pun sama macam mak-mak lain- I WANT TO SEE RESULT, I WANT THE OUTCOME (sebab kita ni dah disogokkan dengan hasil, result atau keputusan sejak lahir kan ..hahahah) apabila datang kelas, jadi saya perlukan kerjasama dan bantuan dari para ibu bapa yang dah enrollkan anak itu. Saya hanya rasa saya berjaya apabila saya dapat melihat perubahan yang nyata dalam diri anak-anak genius ini. That is my benchmark! :)

Muka Izan nih ada iras2 adik sepupu hubby i tau! Macam Alia..:)

Kerana itu saya mudah kagum dengan anak-anak genius ini. Mungkin pada mak bapak perkara itu adalah perkara yang biasa, tetapi pada saya, ia adalah sesuatu yang besar, kejayaan anak yang besar dan kita harus meraikannya! Saya telah banyak membaca mengenai ECE dan kepentingannya terhadap pertumbuhan otak bayi dan kanak-kanak, dan saya sharekan apa yang saya tahu dalam seminar dan bengkel yang saya kendalikan, sebab itu saya sangat menghargai setiap inci pencapaian mana-mana bayi dan  kanak-kanak sekalipun. Saya belajar untuk menghargai usaha dan pencapaian mereka walaupun sedikit, kerana dari situlah anak-anak kita akan terus maju ke hadapan. Itu baru anak yang normal, kalau anak OKU atau yang brain damage @ brain injured, lagilah saya akan kagum dan rasa diri saya "kecik sangat" nak dibandingkan dengan anak-anak ini. So please, parents yang ada anak, tak kiralah normal ker, istimewa ker, ajaib ker, OKU ker, brain damage ker, hargailah setiap inci perkembangan anak anda and tell the world please!. Trust, trust, trust is very important! Ada satu segmen khas dalam Seminar saya tentang TRUST ni tau! Nanti kita share ok ..! :)

Semoga Izan & family happy di Doha dan akan meneruskan stimulasi bersama Harris & Nina. Comel betul Nina, 4 tahun tapi halus jer ..:) Good sister tau! Saya tak sabar juga nak tengok Harris pandai baca sebab izan pun dah beli LR+LM untuk anak dia. She said dia tak pandai IT sangat, FB ada pun jarang bukak, Blog apatah lagi. Saya tak tahulah Izan baca ker tak entry nih, hehehe...tapi kalau dia baca, saya nak bgtau dia yg saya bangga dengan pencapaian Harris selama 3 hari saya "bersiaran" dengan mereka awal bulan Feb yang lalu. In just 3 days, Harris menunjukkan peningkatan yang sungguh memberangsangkan. Just imagine kalau 3 bulan? Hmmmm.. superb! Tahniah to you and hubby coz believe in ECE dan lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Semoga Allah SWT merahmati you dan keluarga. Jaga diri di Doha dan jangan lupakan daku! Ewah ..Sentimental nya bunyi! Hahhaa.. Mentel sungguh!  Nanti balik cuti kat M'sia, as u said to me, join activity kat GBOB okeh! :) Take care dear, & thanks for the trust u've given me to stimulate your genius baby!:)

post signature
post signature

Playgroup 5 Feb 2011: Level 2 & 4 Yang Hot!


As usual lah kan, Teacher Watie nih asyiklah terlambat seminggu dua nak upload gambar2 dalam blog ni ha. Adoi...sorry lah Mommy2 semua yer.. terlalu sibuk sampai tak sempat nak transfer dan resize gambar, ni baru terkedek2 nak masukkan .. sorry kay ..:) 

So, takmo citer banyak, biarlah gambar2 ni jer yg ceritakan betapa "kecohnya" class saya tuh! Saya masukkan terus gambar2 yang sempat dirakamkan suami ketika kelas diadakan. I shud be thankful to my lovely hubby sebab tolong ambilkan semua gambar nih. Kalau dia takder, alamat tak bergambar lah kelas saya minggu itu. So, agak2 kalau saya tak sempat nak update gambar lawa-lawa tuh kan .. hehehe..paham-paham jer lah yer .. lone ranger namanya tuh! 

 Level 2 Class: Zairil yang dah menunjukkan perkembangan yg sangat-sangat positif selepas 3 kali datang class. Happy baby skang!
Masa yg ditunggu-tunggu ..:)
Ini budak bijak kan, nama dia Firdaus, sgtlah suka Bubbles Times, gelak besar macam org dewasa setiap kali Bubbles Time! Mengekek-ngkek hokay! Suka betul saya tgk dia gelak sampai saya tergelak sama. Tgk tuh dia dah bijak nak poke the bubbles selepas 3 kali datang kelas .. :) 
 Ni Level 4. Tengok Teacher Watie kusyuk baca doa. Poyo yerk? Ahaks!.

 Ni Level 4 Class. This week we all main hulla hoop! Full house class minggu nih,yang datang dari Sabah pun ada! Thanks sarah coz sudi hadir for the Trial Class!   
Seronok tengok Aqil dah tak malu lagi, dah berani nak datang letak hulla hoop kat saya, padahal masa mula2 datang 3 weeks ago, salam pun takmo! Pemalu betul dia ..:)
 Tu yg kat tengah tuh, nama dia Farihah, dengar jer Good Morning Song, terus ke tengah-tengah dan nak joget2 ..padahal dia jenis pendiam dan segan. Saya pun terkejut hari tuh mood dia tetiba baik. Hehehe
 Yaya yang comel dan manja nak saya peluk dia time saya kata, kita kena sayang our Brother & Sister .. Comel lah anak-anak saya nih .. Rasa sungguh disayangi sebagai Cikgu tau! :)
Mujahid jadi mandur tengok kawan lompat-lompat! Eekekek..
Problem solving skills time. Arissa yang sangat excited during class dan asyik duduk depan saya jer sepanjang watu. teruja betul dia ..:) Bak kata maknya, asyik main Ipod jer kat umah, takder kawan... heheh.. Cian anak Teacher..:)
Ants On The Apples time .. Tgk tuh,semua anak-anak nih memang suka Sessi nih, kemain semangat si Arissa, Aqeef dan Afiq :)
Art Class. Book Mark time ..
Hasil karya Da Vinci anak-anak saya .:) 
Playing time with Mommy! 

post signature

post signature