Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, October 23, 2009

Product Review - First Concept Book & Fable Series.

Hi Semua! Apa khabar? First of all, aku nak mintak maaf bebanyak sebab dah lama tak update this blog. More than 2 months already kan ..dah bersawang-sawang this blog. Hu hu .. Bukan aku sengaja...For your information, mungkin ada yg dah tau, mungkin ada yang belum, sebab rasanya dalam blog education Qarissa, aku tak berkongsi berita gembira nih. Hhehee.. Actually, aku sekarang sedang mengandung anak yang kedua. Jadi, my morning sickness quite bad, aku tak larat buat apa-apa dan penyakit MALAS menjadi-jadi. Nak bukak Lappy pun malas sangat. Tuh adalah sebab utama kenapa blog ni tak berupdate walaupun sebenarnya aku pun rindu nak berkongsi cerita dengan semua kawan-kawan dan "peminat" blog ni. Hhehehe..(ada peminat ker? Wakakaka...)

Alhamdulillah, sekarang kandungan aku dah nak masuk trimester kedua, nak masuk 4 bulan. Muntah pun dah berkurangan (tapi tadi muntah jugak 2 kali ..hu hu ..) dan aku gagahkan diri untuk menulis kembali. Kesian pulak rasanya bila ada kawan-kawan msg bertanyakan pandangan dan ingin dapat consultation tapi aku tak update blog. Harap-harap lepas ni aku akan rajin kembali, so kita boleh berkongsi pendapat & idea kan...? Insya Allah ..

Hari ni aku nak berkongsi dengan parents kat luar sana, antara buku-buku yang aku belikan untuk Q. Dah lama dah aku beli, cuma tak sempat nak masukkan dalam blog jer. I wanna share this book so that parents boleh dapat some ideas untuk belikan buku for their kids. Aku beli buku ni masa kat Pesta Buku Selangor 2009. Memang aku rasa sungguh berbaloi beli buku ni sebab bukan sahaja murah tapi amat sesuai untuk Qarissa. Aku akan explain lebih lanjut pasal this book & why i choose it.

Memang ada beribu-ribu jenis buku yang boleh kita pilih untuk anak kita tetapi sebagai ibu bapa, of course kita akan pilih yang terbaik sahaja kan? As for me, aku suka pilih buku berdasarkan umur Qarissa. Aku tgk sama ada buku tuh sesuai atau tak untuk peringkat umur Qarissa. Sometime, kalau murah, walaupun belum sesuai untuk Qarissa, i will buy it & keep it until tiba masanya untuk dia baca tapi kalau mahal sgt, aku takkan beli unless kalau sesuai & perlu. Untuk buku First Concept nih, aku memang berkenan sangat, sebab memang sesuai untuk Qarissa. Umur Qarissa baru setahun 3 bulan, aku nak Qarissa tanamkan sifat suka membaca sejak dari kecil lagi, sebab tuh I'm quite choosy on the books yang aku pilih. Aku akan pastikan buku yg aku pilih tuh:
  • Interesting - menarik perhatian untuk Qarissa baca & belek setiap hari
  • Ilustrasi yang menarik & bewarna-warni - so that dia suka tengok, sambil-sambil aku boleh ajar warna-warna kat dia.
  • Mudah dipegang - Saiz yang kecik @ sederhana supaya anak kita mudah untuk memegang sendiri buku tersebut & menyelak satu persatu muka suratnya. Kalau yang besar sangar sizenya, aku yang akan pegangkan dan open the page for her.
  • Words yang pendek dalam satu muka surat- INI YANG PALING PENTING! Agak susah nak dapat buku yang ada ayat-ayat pendek dalam satu buku. Kebanyakan panjang-panjang belaka. Bukan tak bagus, tapi tak berapa sesuai untuk Qarissa, sebab susah nak point to the words masa buat reading session if words dia panjang-panjang.
Aku memang cadangkan pada semua parents di luar sana, sekiranya anak anda berusia kurang dari 3 tahun, try to look for books yang ayat dia pendek-pendek dalam satu buku. Especially masa kita nak start ajar dia membaca. Bila anak kita dah mula pandai membaca, secara perlahan-lahan, kita belikan buku yang panjang-panjang ayat dia in 1 page. Jadi, anak kita takkan terasa "tertekan" ketika membaca. Sebab, as we all know, makin panjang ayat in 1 page, makin kecik tulisan dia kan. Just imagine kalau kita bagi story books yang penuh dengan tulisan in 1 page, rasanya memang anak kita takkan fokus pun pada that letter @ words. They will look @ the picture more & listen to us. Tapi in terms of words, dia takkan fokus sangat. Now, let us see the books in details.

First Concept Book Package 1.
First Concept Book Package 2.

Ada 2 pakej untuk First Concept ni. Setiap pakej ada 8 buku yang berbeza. Harga? Jangan terkejut kalau aku kata harganya cuma RM 5.00 untuk satu pakej!! Sangatttttt murah kan??Hmmm..jangan ingat buku yang bagus semua mahal tau! Kalau kita pandai cari, tak mustahil kita akan jumpa buku yang sesuai dan bagus untuk anak kita dengan harga yang sangat murah!! Meh kita tgk isi dalam dia pulak....






As uols can see, satu page hanya ada satu ayat sahaja. Tulisannya juga besar-besar. Ini bertujuan untuk memudahkan kita menunjukkan perkataan tersebut kepada anak kita bila kita membacakan buku tersebut kepada mereka. Apa yang selalu aku buat, aku akan point to the words everytime aku buat reading session pada Qarissa. Sebab tuh penting bagi aku untuk pastikan the words di tulis dengan size yang besar so that easy for me to point to the words. Baru-baru nih, aku ada belikan buku Peter & Jane for Qarissa. Goshh..She love it so much! Buku yang wajib di baca setiap hari oleh Q, dia akan terkedek-kedek bawak buku Peter & Jane tu pada aku @ hubby @ my maid, nak suruh bacakan!! Nanti aku buat review pasal buku tu pulak ok..:) What I can say, Qarissa showed tremendous interest in reading books walaupun usia dia baru setahun 3 bulan setakat nih. Tak sesia aku latih dia dari kecil supaya "mencintai buku". What i love most adalah apabila Qarissa turut sama pointing to the words dalam buku tuh sambil mulut dia membebel-bebel bahasa German- seolah-olah dia turut sama mengikuti aku membaca cerita dalam buku tersebut! Cute little tiny fingers pointing @ the book! Suka sungguh aku tgk..Hehhehee...

Yang kat bawah ni pula, Fable Series. Ada banyak series dia cuma aku beli 6 keping sahaja. As i told uols, aku hanya pilih buku yang ayatnya pendek-pendek sahaja sebab dalam series nih, ada ayat yang panjang juga, so aku choose yang mana sesuai untuk Q sahaja. Sizenya yang comel menarik perhatian aku sebab memang size poket dan mudah Qarissa nak pegang. Harga pula mahal sket berbanding First Concept Book. RM 10 untuk 6 keping buku.

Bold



In terms of "kekurangan" dalam both of this series, adalah dari segi "tahan lasak" nya. Memandangkan buku ni bukanlah hard cover, jadi ia amat mudah untuk kemek @ koyak especially jika anak kita jenis suka mengoyak buku. Alhamdulillah, Qarissa sejak kecil lagi tidak menujukkan tanda-tanda untuk mengoyak buku. Memang aku latih dia untuk open the page one by one. Lucky me sebab setakat ni dia cuma suka koyak tisu dan paper sahaja but not her books. Setakat nih, masih belum ada lagi buku yang mennjadi mangsanya, cuma kalau kemek atau "lusuh" tuh biasalah, kalau dah asyik belek jer setiap hari kan. Hu hu ...So, if your baby @ toddlers bukan jenis yang suka koyak buku, ia bukanlah satu masalah, but if they do, i think u need to start teaching them on how to take care of a book.

As for Qarissa, cuma satu habit dia aku tak berkenan, datang hangin dia, lepas dia belek-belek buku, dia akan campak buku ke bawah @ ke tepi. Everytime dia buat macam tuh, memang aku akan babab tangan dia atau jentik jari dia. Memang aku tau sakit, kengkadang dia nangis, Daddy dia pun mula-mula tak suka aku buat camtu, but to me, that's the best way to teach her NOT to simply throw away her books. Biar dia tahu its wrong to do that. I don't want to spoil my baby by just looking at her wrong action & do nothing about it. Setiap kali dia buaat macam tuh, aku akan membebel sambil kata, "Mummy said NO kan, tu ilmu Qarissa, not good buat macam tuh!, Mummy babab nanti..". Memang aku tak pujuk pun kalau dia nangis. Let her cry & know its wrong to do that (Big mistake kalau dah marah anak then pujuk balik on the spot, no way ..I'm not going to do that!!). Maybe it will take sometimes for her to understand its a bad habit to throw books away but its ok, she will learn it sooner @ later. In the meantime, kalau buang buku, memang kena jentik jari @ babab tangan! Hehhehee...No excuse Darling!

So, to all my friends out there, aku harap, my sharing today will benefits uols in terms of choosing good books for your little ones. Tak kisah apa jenisnya, as long as ada ciri-ciri penting seperti yang tertulis di atas, u can buy & start the reading session with ur kids. Start as early as possible tau! Jangan ingat anak kita kecik lagi, tak sesuai buat reading session for her! Totally wrong, coz I've seen it already! Qarissa punya semangat membaca tuh buatkan aku tambah semangat nak ajar dia membaca cepat-cepat. Tapi, kengkadang memang penat + boring kalau dah asyik baca buku yang sama setiap jam kan? Hahhaah.. Tambah-tambah lagi si Q ni pulak, jenis yang loyal. Kalau dah satu buku dia suka, dia akan suka yang tu jer, it will take time for her to love other type of books. But its ok, as long as she loves it, aku dengan besar hati akan bacakan the story books for her. :)

Gud luck to all parents! happy reading to ur little ones kay!!

*feel free to contact me, Watie @ 019-2371229 for appointment & consultation on early education*

Love Books,