Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, March 31, 2011

Playgroup @ GBOB: Jadual Kelas Bermula April 2011

Salam buat semua, di sini Watie nak buat pengumuman tentang Jadual Terkini Playgroup @ GBOB yang akan bermula bulan April 2011 nanti. Terdapat perubahan besar dari segi Jadual dan semua para ibu bapa yang telah pun menyertai Playgroup ini sedia maklum tentang perubahan yang bakal dibuat. Jadi untuk mereka di luar  sana yang masih belum menyertai Playgroup @ GBOB, Watie buat satu entri khas untuk memberitahu perubahan yang berlaku kerana bermula April 2011, semua Level dari 1 - 4 akan mula dijalankan.

Terdapat beberapa Pengumuman yang ingin Watie buat:
  1. Kelas pada bulan April 2011 iaitu pada 2 April 2011 di tunda ke 9 April 2011. Ini kerana pada 2 dan 3 April 2011, Watie akan menghadiri Seminar di KLCC. :) 
  2. Kelas pada bulan April hanya akan bermula seminggu selepas itu iaitu pada 9 April 2011. Dan buat pertama kalinya Watie membuka kelas pada hari Ahad iaitu pada 10 April 2011. Bermula 10 April 2011 ini, kelas Level 3 (13 bulan - 18 bulan) akan dilancarkan. Ini bermakna kesemua kelas iaitu Level 1 hingga Level 4 telah pun ada di Genius Baby On Board Playgroup.
  3. Pendaftaran untuk Playgroup Level 3 di buka sekarang. Kelas untuk Level 3 akan bermula 10 April 2011 (Ahad) pukul 11.30 pagi. Setakat entri ini ditulis, sudah 5 orang mendaftar untuk Level 3 dan bermakna hanya ada 5 sahaja tempat kosong lagi untuk Sessi Trial / Enrollment. 
Berikut adalah Jadual terkini Playgroup dan Senarai Nama Pelajar (yang telah mendaftar secara rasmi) yang berada di dalam Level tersebut untuk semakan ibu bapa: 

Setiap Sabtu 

10 am - 11 am: Level 4 (18 bulan - 4 tahun ) ( FULL CLASS)
Adam
Izzati
Izzudin
Luqman
Mya 
Addruce 
Yaya 
Faris 
Ayriss
Danial 

12 noon - 1 pm: Level 4 (18 bulan - 4 tahun) (ONLY 4 Seats Available For Enrollment)
Aideen Hakimi
Ziyad
Afiq
Aqil
Zaer
Farihah
Abie (2nd Trial) 
Hana (1st Trial) 
Akmal (1st Trial) 

2 pm- 3pm: Level 4 (18 bulan - 4 tahun )  (ONLY 1 Seat Available For Enrollment)
Ariana
Adriana 
Nayli
Riefqi
Aufa 
Khayra
Qhaireen
Aqeef 
Eiman

4 pm - 5 pm: Level 4 (18 bulan - 4 tahun )
 (masih belum dibuka pendaftarannya, apabila ketiga-tiga kelas di atas penuh, secara automatik saya akan membuka kelas pada pukul 4 pm pula) 

Setiap Ahad 
*harap maklum sekiranya pada hari Ahad, Watie mempunyai Seminar atau Bengkel @ GBOB yang perlu diadakan, maka kelas akan di tunda ke minggu yang seterusnya.* 

10 am - 11 am: Level 2 (6 bulan - 12 bulan ) (ONLY 3 Seat Available For Enrollment)
Danish 
Izz Iman 
Izz Aulia
Aydan
Khalish
Zulaikha 
Amani
Faqih Sadad (1st Trial)
Qaisarah Nur Qaseh ( 1st Trial)

11.30 am - 12.15 noon: Level 3 ( 13 bulan - 18 bulan ) (ONLY 5 Seat Available For Enrollment)
Zairil
Firdaus
Awatiff Aleesya
Adam Idris
Eimir 

12.30 noon - 1.15 pm: Level 3 ( 13 bulan - 18 bulan )
 (masih belum dibuka pendaftarannya, apabila kelas di atas penuh, secara automatik saya akan membuka kelas pada pukul 12. 30 noon pula) 

1.30 pm- 2.15 pm: Level 1 ( 0 bulan - 6 bulan )
 (by appointment)  

Diharapkan senarai dan jadual di atas jelas dan dapat membantu para ibu bapa yang mungkin berhasrat untuk mendaftar anak mereka di Playgroup @ GBOB. Jadual di atas baru sahaja dipinda hari Sabtu lepas memandangkan kelas Level 3 akan dibuka dan buat masa ini, ada ramai ibu bapa yang diletakkan di dalam status KIV. Harap maklum bahawa pendaftaran adalah berdasarkan First Come First Serve Basis. Watie amat mengharapkan komitmen dari para ibu bapa untuk membawa anak mereka setiap minggu tanpa gagal melainkan ada komitmen lain yang harus dilakukan dahulu. Watie memberikan 2 minggu tempoh ekstra  itu hanyalah sekiranya berlaku emergency cases dan Watie tidak mahu class anda "burned" begitu saja jika anda tidak hadir. 

Selepas ini, sekiranya ada ibu bapa yang mengambil cuti terlalu lama dari menghadiri Kelas Playgroup ini dan slot mereka kosong, sebelum ini Watie memberikan slot tersebut kepada mereka yang ingin menghadiri Trial Class (kerana masih ada seats available kalau mereka nak enroll) tetapi sekiranya semua kelas penuh dan ada ibu bapa lain yang ingin mendaftarkan anak mereka, kemungkinan besar untuk mereka menggantikan tempat @ slot anak anda adalah tinggi. Ini kerana Watie tidak dapat "reserve" tempat anda terlalu lama dan membiarkan ibu bapa lain yang betul-betul ingin menghadiri kelas setiap minggu menunggu lama sedangkan anda memang tidak datang setiap minggu. Watie harus memastikan student di dalam satu kelas ramai agar matlamat dan objektif Playgroup ini tercapai. Kalau kosong jer, tak berapa hype kan? Tak seronok main kalau student sikit ..harap parents faham ..:) Dan jumlah maksimum yang Watie boleh ambil cuma 10 orang sahaja untuk satu-satu sessi untuk menjadikan essi ini lebih berkesan. Sekiranya ada mana-mana students yang menarik diri dari Playgroup @ GBOB, slot yang kosong itu akan dibuka semuala kepada sesiapa yang berminat, termasuklah para ibu bapa yang sebelum ini menghantar anak mereka (tetapi at a point of time amik cuti lama sangat ..:) 

Sekiranya ada sebarang pertanyaan menenai Playgroup atau anda ingin mendaftar anak anda ke Sessi Percubaan, sila hubungi Watie di talian di bawah okeh ..:) I'm happy to help ...:) dan sebelum Watie mengakhiri entry ini .. nak hint-hint sket .. - Ada sesapa rasa nak jadi Teacher Playgroup? Hehehhee.. 


post signature

post signature

Ms Anne J: Wanita Kecelaruan Identiti?


Kalau tak kerana sepupu hubby, Irwan bgtau aku, aku pun tak tahu yg sebenarnya gambar aku dah kena curi dan dijadikan profile picture untuk satu akaun bernama Anne J di akaun Tagged. Irwan msg aku kat FB dia kata dia nampak gambar aku kat sana, betul ker tu aku? Aku cuma sempat baca dalam hp jer, tak sempat nak gi cek dalam tenet, maklumlah, kan kebelakangan nih aku dapat jawatan baru - House Manager a.k.a Maid memandangkan aku takder maid lepas Nor balik Indon dan maid sorang lagi dah cabut, so mmg aku sgt bz dengan rumah dan anak-anak serta kerja2 pejabat. So, memang jarang dapat online, sebab tuh korang tgk blog ni jarang berupdate lately. Tak tahulah sampai bila, sampai dapat maid barulah kot, baru tenang hati aku nak mencurahkan apa2 idea yg best-best dalam blog ni. Hehehehe.. :)

Miss Anne J kononnya! J for?? 

So, only after few days baru aku berkesempatan bukak link yang Irwan bagi. Mak aiii.. terkejut jugaklah aku bila terpampang muka aku yang muda belia terpampang dengan gahnya dalam akaun tuh! Masa gua umur 25 tahun bai... muka stok tegang giler kulit, hahhaha.. (skang dah kedut ker? erkk!) aku tau sgt dari mana minah nih curi gambar aku! Dia amik kat website CRONY! Kan dulu aku kerja CRONY, so memang aku ada letak my story pasal Program Pembentukan Tubuh yang CRONY offer. Memang aku gunakan diri sendiri as Testimoni masa tuh, dan aku letak gambar before and after, tak sangka plak minah nih berkenan gambar aku yg tengah "gemuk" nih! Hahahaha.. Aku actually taklah gemuk sgt, biasa-biasa jer, cuma shape makin ketara especially the sexy bone part,  so this minah yang aku rasa "kecelaruan identiti" dah curi gambar aku siul! Hadoii... aku pun tak tahu nak marah ker tak .. kalau aku nih artis ker, pelakon ker, penyanyi ker, aku tak kesah pun dia nak curi gambar tuh dan jadikan Profile Picture, berlambak2 orang letak gambar artis as Profile Picture kan, tapi masalahnya aku nih orang kebanyakan, bukan glamor pun, so apa motif dia pun aku tak tahu. 

Dia curi gambar ni dari website aku ni ha!

Mula-mula aku ingat nak abaikan jer, malas nak add as friend pun, tak kuasa aku nak buat akaun Tagged weh! Tapi aku risau juga kalau minah nih salah gunakan akaun tuh dan muka aku utk lakukan perbuatan yang tak baik dan menyalahi undang-undang. Kebetulan pulak, adik Irwan pun penah kena curi gambar kat FB pastu this lady siap offer khidmat sex guna gambar dia lagi! So, aku rasa lebih baik aku bgtau kat blog aku yg gambar aku dah kena curi ngan Miss Anne J dan sila jgn percaya itu adalah aku yg saja nak guna nama glamer konon! Hahhahaah... Kalau rajin, korang clicklah "Report Abuse" so that pihak Tagged leh remove that account immediately. In the mean time, I hope this Anne J (kalau dia baca blog ni lah kan .. ), sila lah guna gambar sendiri baiiiii! Sungguh tak pro lu guna gambar gua wei! Baik ko guna gambar Rozita Che Wan ker, Fasha Sandha ker, lagik best! Dorang kan menang anugerah artis terseksi Harian Metro baru-baru nih! Ekekekekeek... Ker indirectly ko nak ngutuk aku, nak bgtau yang aku dah tua? Maklumlah, 6 tahun dah berlalu kan? Hhahahahha... Sapa nak tgk akaun nih, ni link dia :


So kengkawan, kindly take note ok! This account does not belong to ME!! Kalau nak tgk info penuh pasal gambar nih, ni link dia ..:) 




post signature
post signature

Wednesday, March 23, 2011

Famekids: Tangan Zayra Yg Sungguh Membanggakan!

Happy sungguh aku tgk development Zayra lately. Makin hari Zayra makin bijak, alhamdulillah! Semalam we all ke Hospital Selayang, Dato' Pathmma nak tengok pertumbuhan tulang tangan kanan Zayra. Best tak best lah kan, sebab Zayra nih sungguh comel dan cantik. ewahhh.. ahhaha.. suma misi termasuklah PA Dato, Dr Alias sangat suka pada dia. Siap dapat cepat giliran dia  utk Xtray, langsung tak yah tunggu, terus jer masuk n scan! Memang budak bertuah Zayra nih! Dr Alias tuh bgtau yang anak dia sebaya Zayra, lahir bulan 3, Zayra lahir bulan 4. So, memang nampak yang dia sangat suka dan kagum dengan Zayra. Fall in love teruslah kiranya. Hehehe.. Keep on saying that Zayra is a smart girl. :) Hehhehe.. nanti kita tgk video kat bawah nih, whether dia smart ker tak kay! Hehehhee.. 

From the X-Ray yang dibuat tuh, nampaknya ada  pertumbuhan tulang tangan Zayra, memang semakin memanjang tetapi cabangnya memang langsung takder. So, Doktor kata, mereka akan pantau lagi, sebab kalau ada based atau dia panggil, something like "seed" kat tulang tuh, memang dia akan keluar, tapi maybe amik masa, dorang pun tak sure. Kalau dari dalam perut memang "seed" tuh takder, maknanya, memang takder lah pertumbuhan tulang kat pergelangan tangan tu, so nothing much yang Doktor boleh buat untuk bg Zayra boleh genggam. Cuma mungkin akan buat kosmetik surgeri nak bagi cantik sket dan let go the constriction band, pastu bila besar pakai prostesis kalau Zayra nak. Dato' Pathma kata, sayang juga sebab semua dah form, jari-jarinya, cuma foundationnya takder, so they cant do much if tulang tak tumbuh. :)

As for me, aku dah pun bersedia mental dan fizikal untuk  terima apa jer cakap Doktor. In fact, aku langsung tak sangka Doktor expect "seed" tuh akan tumbuh! Sebab aku pun rasa cam tak boleh jer tulang tuh tumbuh bercabang kan? Hehehe..Aku tgk tulang dia panjang pun aku dah happy dowh! Hahhahaa.. So, bila Dato' tuh cakap "seed" tuh cam takder, aku cam, "Its ok..she's fine, sihat, aktif, and she can adapt very well, so rasanya takder issue kot.. "  cuma aku discuss pasal the worst case scenario, kalau mmg tak boleh buat apa2 langsung if tulang tak tumbuh, apa dia suggest, so seperti yg disangkakan, prosthesis tapi bukan sekarang. Dan aku terus cakap yang aku tak mau tapak tangan Zayra yang takder tulang tu di buang if betul nak pakai prosthesis. So, Doktor kata, maybe tak buang, maybe letak satu bone structure kasik kuat, then baru letak prosthesis, tapi tgn tuh mmg takleh genggam lah ...Its a long way to go, so takyah pening2 sekarang. When the time come, we will know okeh .. :) Aku pun takmo duduk ward skang dalam keadaan Zayra sangat happy dan meneroka persekitaran dia dgn sgt aktif. 

So, this afternoon, aku main2 ngan dia & Qarissa, maklumlah maid takder, so, memang anak2 aku dalam bilik jer lah, main macam2 kat bilik, benda bukan permainan pun jadi benda mainan dorang. Hehehhe.. Aku tak tahu nak wat apa, aku pun amiklah cover botol susu adik & kakak, aku tap tap tap, kasik bunyi sikit dan terus bg kat adik. Tetiba aku terpikir, alahai, camner Zayra nak tap kan? Sayunya lah pulak... hu hu ..:( Mula2  mak terbayang macam-macam noks...! Nak buat aktiviti dalam kelas Playgroup yang memerlukan penggunaan both hands, hu hu ..Zayra boleh buat ker? Dia rasa rendah diri tak nanti? Hu hu .. tetiba aku cam feeling2 sedey gitu .. hu hu .. bergenang gak lah air mata kan..(tapi tangan tetap bg mende alah tuh kat dia ..wakakkakakak). Aku suh dia tap-tap juga. Dalam masa yang sama, aku nak tgk camner dia tap both cover kasik kuar bunyi. Aku nak tgk how she manipulate her hands. :) Sebab aku dah tgk banyak video yang sangat menginspirasikan, jangan kata takder tapak tangan, langsung takder tgn, langsung takder kaki pun ada! Dan boleh buat macam2 mende termasuklah bawak kapal terbang, so aku nak tgk satu lagi keajaiban yang Allah bg dekat kanak-kanak seistimewa Zayra nih! Dan, seperti yang di duga, Masya Allah ..bijak betul Zayra memanipulasikan tangan dia! Dia boleh gunakan lengan, dan tahan cover botol susu tuh dengan pipi supaya tak bergerak, and tap it!! And she really make me feel so proud to have  her as my dotter! Seriously! Terus lah aku rasa lagi nak nangis dowh! Tapi kali nih, bukan sebab sayu, tapi sebab bangga! 

Then, datanglah seorang diva berusia 2 tahun 9 bulan, seperti yang dijangka, memerlukan perhatian juga dari Mommy, tanpa belas kasihannya, merampas cover botol susu tuh dan dia pulak nak tunjuk hebat, duk tap-tap cover botol tuh! Hadoiiiii.. sabar jer haku, as usual lah ..adik memang baik jer bila kakak dia buli dia, sian anak  bongsu aku ..Heheheh.. So, aku pity kat adik, aku pun amiklah botol cotton bud yang dah habis, dan bg Zayra main! Hehehhe.. Tu lah aku kata, apa jer kita boleh bagi anak main, jangan ingat Fisher Price jer leh kasik anak pandai yer! As parents, we must creative in teaching our children. It takes time, I know, tapi mesti boleh kalau kita betul-betul nak. So, Zayra pun dengan segeranya capai botol tuh, and play it again. But this time, otak aku dah berkata-kata, memang nak rekod dan masuk dalam blog buat kenangan! It is such an inspirational moment aku rasa, manalah tau boleh bg semanaat pada kanak-kanak sebaya yang ada anak OKU Fizikal juga. Mommy & Daddy yang ada anak OKU, please jgn underestimate anak ok, especially kalau dia lahir-lahir memang dah istimewa. They will definitely adapt well with it ..:) Insya Allah, we must guide them & treat them as usual, as normal babies. They will surprise us with their abilities...:)  Trust me!

So, aku dengan bangganya menayang video Zayra bermain menggunakan kedua-dua tangannya untuk tatapan semua. Zayra Darling, Mommy tak tahu nak express betapa bangganya Mommy dengan kamu sayang! :) So very proud that I wish to tell the whole world that my Zayra is indeed so, so special & amazing! 


  video
Zayra play with both hands. (Sila abaikan suara latar belakang kakak yg sibuk nak Twinkle2 Little Star!)


post signature

post signature

Tuesday, March 22, 2011

Wajah Yg Buat Aku Tenang Sikit!

Lamanya rasa tak update blog nih .. hu hu ..seminggu nih my life sgt messy sebab my good maid dah pun balik Indon, and tak sampai 10 hari maid yg bagus balik, maid yg ganti (sejak 3 bulan lepas), yang memang sgt Cik Lem telah pun melarikan diri dengan selambanya! Aku mmg dah agak dia akan lari sebab dr mula aku tak berkenan but I have no choice. Malas nak citer sebab mmg akan menyakitkan hati .. thats y aku takder masa nak update blog, hatta nak masuk FB pun takder masa! Sibuk ngan anak, program banyak nak kena buat, i feeel so miserable but life must go on .. so thats y curi-curi masa juga update this blog..:)

Hari ni nak share muka kiut Zayra, sebab bila dia buat muka kiut, hati aku berbunga-bunga, dan masalah aku semua hilang kejap. Sememangnya anak adalah anugerah Allah yang tiada tandingan kan! Tengok jer muka dorang, we know that we have to be strong, no matter what happen in our life. They are so pure, gentle and terlalu tulus dan mulus untuk kita "bebankan" dengan masalah kita pula. :) So, kalau korang perlukan "gula-gula" untuk buatkan hati tenang dan rasa hilang sikit masalah tuh, tgk muka kiut baby okeh ..:)

video
Muka kiut Zayra

post signature


post signature

Friday, March 18, 2011

Kids Day Out @ GBOB & Scriptory Box This April!

Ramai yang tanya Watie pasal Art class di GBOB, samada Watie buat atau tidak. Sehingga kini, Watie belum sempat nak buat kelas untuk Learn By Art sebab terlalu busy dengan kelas Playgroup, Seminar & Bengkel yang di adakan. Jadi, Watie dah berbincang dengan partner di Scriptory Box iaitu Kay & Lyna, untuk kami sama-sama JV dan buat satu Program Khas untuk Kanak-Kanak berusia 5-12 tahun yang dinamakan Kids Day Out pada bulan April 2011 ini. 

Program separuh hari ini dari pukul 10 am - 1 pm ini akan di penuhi dengan pelbagai aktiviti Kraf yang menarik menggunakan pelbagai material seperti Beady Doh, Craft Doh 4 Kids, dan Craft Foam. Memang best sebab at least 5-6 produk seni kraftangan akan dilakukan oleh kanak-kanak ini dalam tempoh 4 jam tersebut. :) 

Ibu bapa juga boleh menyertai anak mereka jika berminat. Kalau rasa anak boleh berdikari sendiri dan nak melihat hasil kraftangan anak hanya selepas ianaya menjadi, maka bolehlah hantar dan kemudian shopping2 dulu, pastu datang amik balik. :) 

Harga untuk seorang kanak-kanak cuma RM 80 sahaja,  tetapi kalau nak diskaun, Watie syorkan daftar during Early Birds. Maklumat ada di bawah ini ..:) Harga ini termasuklah goody bag, refreshment dan produk-produk kraf yang akan kami sediakan nanti. Untuk harga adik beradik, kami menawarkan harga istimewa, jadi bolehlah datang beramai-ramai yer! Kids Day Out ini hanya untuk 20 peserta pertama yang mendaftar sahaja. Tak boleh nak cater ramai2, nanti sempit pulak Scriptory Box tuh dan Watie tak boleh nak fokus pada para peserta pula ..:) So check this out okeh! 



post signature

post signature

Friday, March 11, 2011

Kelas Penyusuan Susu Ibu Interaktif Ahad Ini!

Pergh! Buat pertama kalinya, saya terpaksa meng "copy paste" apa yang ditulis oleh rakan niaga saya, Mommy Lyna, secara bulat-bulat tanpa sempat "membebel" seperti kebiasaannya pasal Program Breastfeeding Day ini. Serius saya makin sibuk, ditambah pula maid saya yang setia dan bagus dah balik kampung hari Selasa, dan maid pengganti yang ada masih lagi lemau selepas 3 bulan berlatih, membuatkan hidup saya terkejar-kejar sikit. Nak tinggal anak kat rumah dengan dia pun saya tak percaya. Adoi.. Ntah sampai bila lah agaknya nih ..saya pun tak tahu ..:( Sebab tu lah nak update blog pun, hampir tiada masa. Saya sibuk nak siapkan Program2 Playgroup sebab dah ramai mak bapak yang tanya dan bising2 juga. Insya Allah, kelas Level 3 akan bermula awal bulan 4, iaitu pada 9 April 2010. Dan saya juga akan merombak kembali waktu kelas untuk Level 1,2 dan 4, saya akan mengumumkannya kepada semua apabila tiba masanya nanti, Insya Allah.

Maafkan saya kerana sedikit terlewat mengumumkan tentang Breastfeeding Day ini, tapi rasanya kalau siapa nak join masih sempat. Hari Ahad nih, pukul 9 am - 1 pm. Insya Allah, kalau tiada aral melintang pukang, saya akan jadi Emcee lagi kot .. hehhehee.. So, sapa nak datang, leh call watie ok.. atau call terus Kay di 016 3222760.

******************************************************

Scriptory Box menempatkan galeri penyusuan susu ibu, dan menampilkan antaranya baju-baju khas untuk ibu menyusu, Bling Buubies. Kami menganjurkan satu program ala kelas penyusuan yang interaktif, khas buat Ibu Bpasa dan bakal ibu bapa. Program ini dinamakan Breastfeeding  Day (Hari Penyusuan Susu Ibu) yang dianjurkan oleh Bling Lustre.

hari susu ibu


Program ini pastinya lebih menarik kerana:

  • Kehadiran kaunselor laktasi LELAKI yang pasti memberi lebih pendedahan tentang penyusuan kepada kaum bapa.
  • Kehadiran seorang tetamu istimewa yang akan berkongsi perasaan dan pengalamannya tentang penyusuan ibu.
  • In person dengan kaunselor laktasi bertauliah bagi menyelesaikan masalah anda.
  • Jualan pelbagai produk penyusuan dan demo pam susu.

Majlis bakal diserikan dengan pertunjukan fesyen oleh para pemenang My Bling Moment : Breastfeeding.

Hari Penyusuan Susu ibu di Scriptory Box juga adalah titik tolak kepada  kumpulan sokongan penyusuan ibu  yang sedang dijalankan.

Daftarlah hari ni di www.scriptorybox.com dan jadilah peserta terawal untuk menikmati diskaun yuran penyertaan.

Yuran penyertaan : RM80 satu pasangan (jika datang bersama pasangan). Digalakkan membawa anak/bayi.
Pembayaran dan pendaftaran boleh dibuat di www.scriptorybox.com

post signature

post signature

Wednesday, March 9, 2011

Anak Sulung VS Anak Kedua: Jangan Ada Benci!

Saya menerima satu komen yang agak merisaukan di blog ini hari Sabtu lalu, tapi saya tak sempat balas sebab sgt sibuk dengan kelas Playgroup dan membalas panggilan dan sms dari para ibu bapa yang baru mengetahui tentang kewujudan GBOB melalui Rancangan IKS yang disiarkan Sabtu lalu. Dalam masa yang sama saya juga harus memastikan Bengkel Stimulasi saya yang pertama ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Alhamdulillah, it was a successful one. Parents tunggu sampai pukul 8 malam ++ untuk menerima consultation berkaitan produk selepas habis bengkel, jadi hanya selepas pukul 8.30 pm, baru saya relax sedikit dan selepas tuh dah packing nak balik rumah pula. Penat tapi sangat puas! :) 

Menonton bersama..



Pagi Isnin, saya menerima satu lagi mesej tapi kali ini di SMS pula, membuatkan saya rasa saya harus korbankan sedikit masa saya untuk membalas msg beliau. Ruangan SMS terlalu sedikit utk saya balas, di ruangan blog juga mungkin tak cukup. Lots of thing to share so Seminar is the best place to talk about this kerana IA ADALAH ASAS UNTUK MEMAHAMI ANAK  KITA, tetapi tak megapalah, saya cuba juga jawab sebaik mungkin dalam ruangan sempit ini. Harap sedikit sebanyak ia dapat membantu. Saya masukkan sebahagian mesej yang saya terima dari beliau, yang berkaitan dengan kerisauan beliau dan juga saya sendiri. Saya namakan kakak ini Kak X. Beliau mempunyai 2 orang anak, yang sulung berumur 2 tahun 7 bulan dan seorang bayi berusia 3 bulan.  Katanya di dalam komen, "Salam wati,i suka tgk cara u didik anak2 u cara utk membaca..i pun FTHW@ full time hsewife,my first daughter  2yrs 7mths and 2nd bby 3mths..i nk tanya u mcmne u ajar anak u supaya dia tak cubit adik dia,kacau adik bila tidor etc..Kakak mmg jelouse since dia dpt adik.I smpai mcm nk demam bila nk solat tk boleh,nk mandi atau tinggal sekejap kt atas katil..if i put adik dlm playpen pn dia kacau,dia try cari kerusi atau apa2 saja utk bagi adik nangis..almost everyday i nangis bila dia buat adik and when she saw me crying dia pn stop sekejap dr buat adik dia, dia pn konon2nya nangis gak..my hubby akan pesan dgn dia everyday before he went to work "jgn buat adik ok" ,"sayang adik jaga adik baik2,jgn nakal2" FYI, i solat pn kadang2 tak ingat dh berapa raakat..tapi i tetap solat walaupn dh nk abis waktu sbb mcm2 hal b4 i nk masuk bilik air". Dan di dalam SMSnya pula, kata Puan X, "I tak pandai nak jaga anak I, yang kakak ni dia suka buat adik dia. U ajar anak u yang Q tu macamne tak buat Zayra? I dah penat, kadang-kadang dia buat i jadi benci n marah kat dia sebab suka buat adik. Please help me." Aduh!! Sungguh saya rasa saya ni cam dah bertukar kerjaya, dah macam Pakar Pasikologi Kanak-Kanak pula. Terus-terang saya kata dan rasakan, saya risau tau! Harapan orang terhadap saya untuk memberikan consultation pada mereka sangat tinggi, sampai kadang-kadang soalan tuh sebenarnya harus di tanya pada Pakar Kanak-Kanak, Pakar Pemakanan @ Dietition atau mungkin juga Doktor yang bertauliah, tetapi ibu-ibu ini tetap juga bertanyakan pada saya. Serba salah saya dibuatnya, kalau tak jawab atau takmo jawab, kang dikata sombong, kalau jawab, takut pulak tersalah jawab. Camni lah yer para pembaca semua, ibu-ibu dan bapa-bapa hebat diluar sana, saya cuba sedaya mungkin untuk menjawab mana-mana soalan yang saya tahu jawab, berasaskan pengalaman dan penelitian serta kajian yang saya lakukan. Saya tidaklah sempurna, malah banyak kekurangannya. Kalau perlu anda berjumpa dengan mana-mana pakar yang berkaitan, maka saya sangat syorkannya. Jumpalah mereka, dan minta nasihat serta pandangan mereka yang lebih pakar. Saya akan menjawab soalan di atas ini sebagai seorang ibu, tentang apa yang saya lakukan sehari-hari dengan Qarissa dan Quzayra sampai ini kakak Q, asyik nak menggentel adik dia setiap hari, asyik nak cium adik, sampai adik bosan dan tolak balik muka kakak dia jauh-jauh! Hahahha.. Tensen dowh asyik kena cium jer! Ahaks!..

Baca buku sama-sama..

Ok, terus terang saya ada isu yang sama masa Zayra baru lahir. Saya meninggalkan Qarissa bersama pembantu rumah di rumah ibu saya semasa saya ditahan di hospital selama 2 malam. Suami saya menemani saya di hospital, dan 2 malam rasanya seperti 2 tahun! Saya sangat merindui Qarissa, apatah lagi selepas kelahiran adiknya, Quzayra yang disahkan bayi tanpa tulang di tangan kanan atau Symbrachydactyly, saya sememangnya sedih dan sangat memerlukan Qarissa (walaupun dia baru 1 tahun ++) di samping saya sebagai kekuatan dan semangat saya untuk menerima kenyataan dan rezeki Allah ini. Saya mahu memeluk Qarissa, dan berharap Allah SWT akan berikan ketenangan dan ketabahan pada saya. Bukan kerana kecewa anak kedua saya OKU, tidak sama sekali, tetapi saya ingin memeluk anak sulung saya, memberitahu anak sulung saya yang dia sudah pun menjadi kakak, adiknya sungguh comel dan sangat istimewa, saya mahu dia menjaga adiknya dan membela adiknya dikemudian hari, menyayangi dan memelihara hubungan adik beradik ini sampai bila-bila dengan penuh kasih sayang tanpa batasan. Melihat wajah Qarissa yang datang melawat saya di hospital dengan selamba, macam tiada apa-apa berlaku membuatkan saya agak risau, tetapi selepas dia mencium adiknya, saya rasa sedikit lega. Risau juga sebab pembantu saya kata Qarissa tidak mahu tidur, terjaga tengah malam dan mencari-cari saya dan suami. Sedih betul bila dengar tau! :(

Ciuman pertama seorang kakak!

Malam pertama kami dirumah adalah malam yang tidak dapat dilupakan, boleh dikatakan DISASTER juga, Qarissa menangis dan mengamuk tanpa henti, seolah-olah melepaskan rasa marah yang terpendam selama 2 hari dia ditinggalkan dengan pembantu tanpa Mommy & Daddy di sisi. Yer lah, selama ini dia dimanjakan, tiba-tiba 2 hari hilang, dan bila muncul balik, bawak pula "orang asing" masuk ke rumah, siapa yang tak hangin kan? Adik pula, time dekat hospital sangat baik, tak menangis, tapi bila di rumah, malam pertama tuh, dia pun sama kuat nangis, memang mencabar betul malam pertama kami suami isteri tu. Dah lah bersalin kali kedua ini prosesnya sangat menyakitkan, ditambah pula dengan anak yang menangis non stop, memang mencabar! Bila malam, saya minta Qarissa peluk dan cium adiknya, sikit habuk dia buat tak peduli. She keep on looking around and playing atas katil, langsung takmo tengok muka adik pun! Serious!! Sampai saya menangis, bukan sebab adiknya yang OKU, tapi sebab kakaknya yang langsung macam takder perasaan sayang kat adik. Saya risau sangat, ditambah pula badan yang belum sihat betul, memang saya terganggu. Macam-macam saya fikirkan. Saya takut Qarissa akan begitu sampai bila-bila. Saya tidak mahu Q mendiskriminasikan adiknya. Saya nak dia sayangkan adiknya. Qarissa pula menuntut saya berdamping dengannya setiap masa pd malam tu. Dia nak saya main dan peluk dia jer. Saya nak peluk dia, sayang dia, tapi apalah daya saya, Zayra juga menangis dan nak susu, saya kena bagi susu pada adiknya dulu. Tapi bila Daddy nak pegang Qarissa, dia tak mahu pula. Nak Mummy juga. Aduhai.. Allah SWT jer tahu betapa sedihnya saya malam tuh! Sudahnya, apabila adik tidur sahaja dan saya berjaya meletakkan adik di katil bayi, saya terus memeluk Qarissa puas-puas, mencium wajah dan pipinya, rambutnya, mukanya, hidungnya sambil bercakap-cakap dengan anak sulung saya. Walaupun Q dah ada dalam state "deep sleep" dan ia tak lah sebagus "alpha state", saya tak peduli, saya nak cakap jugak!! Saya bercakap sampai menangis!  Saya bgtau Qarissa, lebih kurang macam ni lah dialognya, dengan sayu sambil menangis saya cakap, "Kakak, Mommy sayang sangat dekat kakak, Mommy rindu sangat dengan kakak tau sayang, rindu sangat, 2 hari Mommy tak jumpa kakak, Mommy nak main-main dengan kakak, tapi Mommy kena lahirkan adik, sorry ok sayang, Mommy terpaksa tinggalkan Kakak kat rumah Nenek, sorry sayang. Kakak, adik dah keluar tau sayang, ni adik kakak. Kakak kena sayang adik tau, kakak kena main-main dengan adik, kena peluk adik kena cium adik, kena jaga adik. Adik tak sihat sangat kakak, tangan adik sakit, sebab tuh Mommy nak kakak jaga adik sampai besar ok, sayang adik, peluk adik, jaga adik, Ok kakak. janganlah nangis dan mengamuk camni sayang, sedih Mommy nanti. Adik kecik lagi, adik nak susu sayang, kakak good girl kan? Kakak sayang Mommy & Daddy kan? Kakak kena sayang adik juga ok nak? Mommy ngan Daddy akan sayang kakak juga walaupun kakak dah ada adik baru, tak berubah pun kasih sayang Mommy & Daddy pada kakak sayang, takmo nangis-nangis yer sayang? Mommy rindu dan cinta sangat kat Kakak tau..! Love you sayang ....". 

Rebut pulak dah!

Saya rasa sgt puas lepas dapat meluahkan rasa hati saya pada Qarissa. Rasa puas dapat memeluk Qarissa walaupun hanya selepas sepertiga malam. Dan saya dan suami dapat rasa yang Qarissa sememangnya "kecil hati" sebab ditinggalkan secara tiba-tiba dan secara tiba-tiba juga ada orang baru dalam hidupnya yg selama ini dimanjakan dan disayangi Mommy & Daddy. Kerana itu, kami sepakat untuk memberikan perhatian lebih pada Qarissa, memastikan yang dia tidak rasa kehilangan, dan kasih sayang kami masih seperti dulu. Inilah juga antara sebab mengapa saya tidak bersedih berlebih-lebihan kerana situasi yang dialami Zayra, saya harus kuatkan hati untuk "mengubat" hati Qarissa pula. Pagi esoknya, saya dan suami kembali bermain2 dengan Qarissa macam tiada apa2 jadi. Main seperti biasa, bergelak ketawa, geletek sana sini, gelak sana sini, macam2 aktiviti kami buat, sama seperti sebelum saya melahirkan Zayra. Memang saya penat dan tak larat, tapi saya gagahkan diri, saya berdoa agar Allah SWT beri saya kekuatan untuk bermain dengan Qarissa, agar dia tidak rasa kehilangan kasih sayang saya. Biarlah saya berkorban sedikit dan saya sgt bersyukur kerana Allah SWT membantu saya. Saya tidak rasa penat, pantang macam tak pantang jer! Aktif selalu. Nasib baik juga ada maid, jadi saya fokus pada anak sahaja, rumah dan dapur maid yang uruskan. Hanya Allah SWT yang tahu betapa gembiranya saya apabila Qarissa mula memberi perhatian pada adiknya apabila saya perlahan-lahan membawa adik kepadanya, selepas kami main bersama. Dari hari ke hari, saya mendekatkan Qarissa dengan Quzayra, samada melalui percakapan, perbualan dan perbuatan. Dan Qarissa semakin hari semakin menunjukkan sikap prihatin dan kasih sayang seorang kakak, hinggalah dia pandai menyebut "ADDDIKKKKK!!!" dengan suara excited sambil datang dan memeluk serta mencium adiknya dengan penuh kasih sayang. Memang ada kalanya dia "membuli" adik, dan adiknya begitu baik, diam sahaja tanpa membantah, geram juga saya, tapi saya tahu Qarissa cuma ingin bergurau, dan dia belum tahu gurauannya itu kasar dan menyakitkan, kerana selepas itu, Qarissa akan datang kembali dan mencium adiknya. Yang paling saya geram sebab nampak sangat Q notty tau, dan nak menyakat adik, (sebab muka dia lepas cakap tuh macam senyum2 menyakat!) dia pegang jari tangan kanan adik dan sebut TOES!!! Bila saya tegur dan cakap, "FINGER lah kakak! FINGER!" Dia gelak-gelak nakal jer. Sabar jer haku! Lepas tuh, pandai nak amik hati saya, dia pegang kaki adik & say feet, pastu pegang toes adik yang betul & say toes. Geram kan!! Pandai pula dia nak kata jari tangan kanan tu toes sebab comel & kecil like toes. Hehehehe.. Sekali aku jotos baru tau yerk Q! (orang Singapore suka cakap the word JOTOS ni ...ahahahhah) 

Kita pun ada  buku sendiri lah kakak! Tak heran tau!

Saya sangat mengesyorkan pada ibu bapa diluar sana, terutama Puan X, sekiranya terdapat masalah seperti ini berlaku antara anak pertama dgn anak kedua, apa yang perlu dilakukan, pertama sekali ialah BERTENANG! Fikirkan secara rasional mengapa ini semua berlaku. Dalam kes Puan X, Puan harus ingat, selama 2 tahun setengah, anak Puan berada di samping Puan sepanjang masa (Puan X adalah FTHW) dan mendapat kasih sayang serta tumpuan sepenuhnya dari ibu dan ayahnya, dan secara tiba-tiba, ia seolah-olah direntap dengan kejam dengan kehadiran seorang "bayi kecil" yang entah dari mana datangnya (manalah dia tahu itu adik di dalam perut ibu kan) dan menyebabkan dia rasa diketepikan. Apa yang anak Puan lakukan selama ini, menyakiti dan sengaja membuat "onar" pada Puan mahupun adiknya adalah SEMATA-MATA untuk menarik perhatian Puan & Suami agar memberikan perhatian pada dirinya juga. It's a sign that u should understand and take note seriously. Saya mohon agar janganlah Puan sekali-sekali merasa menyampah, marah, apatah lagi benci apabila anak sulung Puan membuat perangai seperti itu. Ini kerana anak Puan pasti akan dapat merasakan apa yang Puan rasakan dan ia tidak baik untuk perkembangan psikologi anak. Ia tidak akan memperbaiki keadaan malah akan memburukkan lagi keadaan itu.

Morning time lepas bgn tidur 
Comel yerk?

Saya cadangkan agar Puan luangkan sedikit masa untuk anak sulung Puan, SETIAP HARI, bermain bersamanya, malah lebih lagi berbanding dulu, menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, berborak, menyanyi, menggeletek atau apa sahaja aktiviti yang anak Puan gemari. Lakukan dengan penuh ikhlas, dengan penuh gembira. Tinggalkan seketika anak kedua Puan, bayi tersebut sudah pasti elok2 sahaja di dalam baby cotnya. Ketika bermain dengan anak sulung Puan, berborak tentang adiknya, mungkin Puan boleh tunjukkan gambar adiknya ketika itu dan berborak mengenai adik, atau jika tidak, cukup setakat memanggilnya kakak dan berborak tentang betapa sayangnya Puan pada dia, sambil itu, selitkan sekali tentang peranannya sebagai kakak. Lakukan perkara ini dalam 2- 3 hari, kemudian, secara perlahan-lahan, libatkan adiknya sekali dalam permainan tersebut. Bawa adik pada kakak dan minta kakak cium dan peluk adik. Bila kakak lakukan, puji dengan sesungguh hati, bertepuk dan lagi baik, buat "high five" dengan kakak. Sebut nama adik, ulang banyak kali agar kakak faham itu adiknya. Macam saya, saya sering memanggil Zayra dengan nama adik dulu, jadi Q pun terikut panggil adik, lepas adik pandai merangkak, saya dah terbiasa sebut Zayra, dan bila Qarissa dengan, kini dia juga memanggil Zayra dengan nama tersebut. Comel sekali! Siap action macam kakak-kakak bila cakap, "Zayra!!! NO NO NO NO!!!" Padahal bukan adik buat apa pun, tolak mainan sambil berdiri jer. Hehehehe. Takut naaa adik jatuh!

Kiss Kakak Adik! Kiss Kakak..
Pagi2 dah ajak bergurau!

Satu lagi cadangan saya, selain bagus untuk memperkembangkan vocabulary anak sulung, ia juga merapatkan adik dan kakak. Macam contoh, bila Qarissa nampak adiknya, dia memang akan sebut ADIK, dan bila saya nampak, saya akan tambah ayat begini, "Sayang adik, kakak.., what do you want to tell adik, kakak? Tell adik, "I LOVE YOU ADIKKKKK!!"  Lepas tuh saya sambung, "Now kiss and hug your adik kakak", dan Qarissa akan segera memeluk dan mencium adiknya yang seorang itu. Thanks to LR juga sebab ada words, sound dan action di bhg multisensory, so both of my kids really understand the meaning of that 2 magic words! Hehehe.. bahagia sungguh lihat mereka berpelukan dan mencium antara satu sama lain. Adik dengan muncung2 tak tahan!

Pandanglah kakak adik! Pandang sini lah!

Selain itu, saya cadangkan agar Puan libatkan sekali adik dalam "kehidupan" kakaknya. Maksud saya, mungkin mintak bantuan untuk kakak ambilkan pampers adik, atau ambilkan mainan adik dan bg pada Puan atau pada adik. Ini akan membantu kakak merasakan yang dia penting dalam kehidupan adiknya. Mungkin juga Puan boleh membacakan buku untuk kedua-dua anak Puan seperti yang saya sering lakukan, letakkan anak di peha kita, both of them and start to read, bila kakak "tunjuk pandai" depan adik, puji sehabisnya, biar dia rasa dia adalah "ketua yang disayangi". Lama kelamaan, Insya Allah anak kita akan memahami peranannya yang besar sebagai anak sulung.

Kakak nak cium jugakkkk! Nak jugakkk!
Mehlah main adikkkkkk!

Bila waktu malam pula, ketika anak kita menyusu, time tengah tidur-tidur  ayam atau lalok tu kan, itulah waktu yang paling baik untuk kita merangsang otak kanan anak kita (terdapat kesilapan ejaan di artikel Harian Metro, its actually untuk merangsang otak kanan anak), masa itu adalah masa TERBAIK untuk kita bercakap apa sahaja dengan anak tanpa sempadan. Sekiranya kita ada buat salah dengan anak, dan kita rasa bersalah serta nak minta maaf, gunakan waktu ini untuk meminta maaf. Jika kita inginkan anak kita menyayangi adiknya, jangan nakal-nakal, mesti jadi kakak yang baik, khalifah Allah yang bagus, tolong ibu, tolong ayah, sayang adik dan sebagainya, ketika inilah kita luahkan pada anak kita. Cakap apa sahaja yang kita mahukan dengan anak, dengan syarat - KITA MESTI IKHLAS! Cakap dengan ikhlas dengan penuh perasaan, silap-silap boleh menangis time cakap tuh tau, sebab ikhlasnya kita inginkan yang terbaik untuk anak. Dan jangan lupa berdoa pada Allah SWT agar membantu memudahkan perjalanan kita mendidik amanah Allah ini dengan baik dan berkesan.

Tak koserlah aku kak Long nih! Hahhaha

Rasanya, itulah serba sedikit yang boleh saya kongsikan diruangan yg sangat terhad ini. Seperti yang saya katakan, saya bukanlah ibu sempurna, kadangkala tersasar juga, dan saya juga masih belajar tentang parenting ni, apa yang saya tahu dan amalkan, saya akan  kongsi, melalui pembacaan saya di laman web serta blog kawan-kawan yang lain juga saya akan dapat menambah ilmu parenting saya, dan saya akan amalkan mana yang baik dan sesuai untuk usia anak saya. Kalau ada yang tanya saya pasal anak remaja, saya pun tak berapa pandai nak jawab sebab saya belum ada anak remaja, tapi mungkin boleh gunakan kedah Psikologi yang saya pernah gunakan pada adik-adik saya dan juga adik rakan-rakan saya. Dulu saya pernah buat dan memang menjadi. :) Apa pun yang kita lakukan, pastikan anak kita merasa PENTING dalam kehidupan kita. Tidak kira berapa ramai pun yang hadir dalam kehidupan kita di masa akan datang, anak kita tetap mempunyai tempat yang istimewa di hati kita dan dia perlu tahu itu! Memang banyak yang perlu kita korbankan, kadangkala perasaan kita sendiri, tetapi jika ianya baik untuk mental dan fizikal anak kita, apa salahnya berkorban sedikit. Insya Allah, Allah SWT akan memudahkan urusan kita, menunjukkan jalan dan  memberkati kehidupan kita dan anak-anak. :)

Tengok tuh, bontot adik yg hancing pun nak cium jugak! Ekekekeke.. Adik bam-bam lah!


post signature


post signature

Monday, March 7, 2011

Di Sebalik Tabir IKS: Kelajuan Kuasa Kuda Seorang Watie!

Hahaha.. Aku takmo tulis banyak lah hari nih ..sebab lepas korang tgk Sessi temuramah nih, korang mesti mengah punya .. So, baik aku tak yah bebel panjang2 yer! Wakakakak.. Dalam masa kurang dr 9 minit, aku cover 3 soalan yang sering mak bapak tanyakan .. :) So check this out bebeh! No script, no nothing .. all sepontan jer! Hu hu .. Bila nak cakap selowwwww nih?????



Bersedia untuk melihat video "berkuasa kuda!"

post signature

post signature

Sunday, March 6, 2011

What's Hot @ GBOB On February & Mac?

* entry ini merupakan entry melekat, memikat dan terpikat sehingga 6 Mac 2011. Sila skroll page di bawah untuk melihat entry terbaru kami. Terima Kasih * 

*************************************************************************

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung dari Februari - Mac 2011 di Genius Baby On Board dan Bling Lustre (Scriptory Box). Memandangkan banyak aktiviti setiap minggu di Wisma Bling Lustre, saya mengambil keputusan untuk membuat satu link khas seperti yang anda lihat ini bagi memudahkan para pembaca blog mengikuti perkembangan aktiviti ini dengan lebih mudah dan membaca maklumat berkaitan dengan aktiviti-aktivi yang bakal berlangsung ini melalui link-link yang disertakan (jika ada). Link akan diberikan  di bawah adalah untuk entry yang telah pun disediakan sebelum Majlis berlangsung untuk memudahkan anda menyertainya jika berminat. Ada juga aktiviti yang tidak saya sertakan link, seperti Playgroup @ GBOB kerana ia sememangnya diadakan setiap minggu untuk Level 1, 2 dan 4 dan hanya apabila kelas untuk minggu tersebut selesai, baru saya akan updatekan maklumatnya di laman blog ini. begitu juga dengan aktiviti di Scriptory Box, kadangkala ada entry yg saya akan buat dan kadangkala ada yang tidak.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti di bawah, baik di GBOB atau di Scriptory Box,  anda boleh mengubungi saya untuk menempah tempat anda dengan kadar segera. :) 

Sila scroll down ke bawah untuk melihat entry terkini di Genius Baby On Board :) 
*****************************************************************

What's Happening @ GBOB & Bling Lustre on February & Mac 2011

Genius Baby On Board 

12 Februari 2011 (Saturday) : Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 3.30 pm)
19 Februari 2011 (Saturday): Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 1 pm)
26 Februari 2011 (Saturday): Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 3.30 pm)
5 Mac 2011 (Saturday): Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 1 pm)


Scriptory Box @ Bling Lustre 


post signature

post signature

Saturday, March 5, 2011

Di Sebalik Tabir Bicara IKS: Temuramah Bersama Mommy Lyna

Di hari dan waktu yang sama ketika pihak RTM mengadakan sessi rakaman Bicara IKS mengenai aktiviti dan program yang dijalankan di Genius Baby On Board, suami saya sempat merakamkan beberapa adegan dan sessi temuramah pada hari tersebut. Kiranya ada 2 cameraman lah nih kan. Ahaks! Satu yang bertauliah dan satu yang amatur .. (kang cakap tak bertauliah kang ..kecik ati laki den! Hahahahah). Saya hanya berkesempatan melihat rakam ini dua hari lepas, itu pun selepas merakamkan Promo @ Iklan GBOB yang disiarkan di TV1. Betapa sibuknya hari-hari yang saya lalui sekarang yerk?? Dah alang-alang tengok, saya transfer terus lah ke You Tube. Tapi rakaman temuramah saya tak sempat pula nak transfer. Cuma sessi temuramah pihak RTM dengan Mommy Lyna sahaja yang sempat di masukkan ke You Tube. Insya Allah, kalau sempat, saya transfer lah keseluruhan sessi temuramah yang ada itu. Ni saya attach sekali lah Iklan GBOB @ TV1 yg sempat saya rakamkan tu. 


Promo Rancangan Bicara IKS - Genius Baby On Board

Bila tengok balik, tergelak2 saya. Kesian hubby Mommy Lyna, tak dan nak glem sket Daddy tu, si Hafiy duk menangis-nangis mintak perhatian. Tak suka glamour kekdahnya si Hafiy nih! Hahahaha.. Memang dalam kelas saya pun, kalau Hafiy datang, dia tak suka sgt nak joget2.. tapi kalau game-game lain yang tak memerlukan dia joget-joget, memang dia suka. Ahaks .. Sungguhlah kontrol macho okey!. Sudahnya, disebab kan Hafiy tak berhenti nangis, terpaksalah Daddynya mengalah dan membawa Hafiy jauh dari kamera, dan hanya Mommy Lyna jer yang glamour. Heheheh..Sorry yer Daddy .. next time cuba lagi.. Ekekke...So, saya tak masukkan lah video tuh, sebab tak related sgt pun ..:) Hanya untuk saya dan Mommy Lyna tgk ..Ekekekek.. :P 



Bila time Mommy Lyna ngan Fahry yang glamour seantero dunia tuh pula di temuramah, mula2 okeh ..sekali si Fahry sibuk pulak duk tanya mana abang dia, mana Hafiy Mummy?? Mana Hafiy?? Hehehhe.. comey jer saya tgk .. terpaksalah cut dulu rakamannya dan sambung balik. Best pulak bila tgk rakaman takder potong potong ni yerk! :) Saya masih tak sempat tgk habis rakaman temubual saya. Memang busy betul lah. Apa yang saya ingat, ada gak yg kena cut sebab saya tershashul lah..tak ready lah .. ada mender tak sempat nak cakaplah ..hahahah.. macam-macam! 

Photobucket

Ok lah, meh kita tengok rakaman temuramah dengan Mommy Lyna nih ok. Siapa yang sempat baca entry ni, kejap lagi pukul 11.05 pagi - 11.30 pagi, jangan lupa tengok Rancangan Bicara IKS @ TV1 yer. Nampaklah nanti muka saya yang gemok, muka anak-anak Playgroup saya yang comel dan bijak-bijak belaka, dan muka peserta-peserta Seminar saya yang excited dan hadir pada awal bulan Januari yang lalu. Saya tak dapat tgk Rancangan ni sebab ketika ia disiarkan, saya sedang sibuk bermain dengan anak-anak saya Level 2, dan selepas tuh nak bersiap sedia untuk Level 4 @ 11.30 pagi pula. Takperlah, saya tgk rakaman semula nanti. Hehehe. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada Aishah kerana sudi menemuramah saya dan mengetengahkan cerita tentang Genius Baby On Board di Bicara IKS@ TV1 ini. Saya sangat-sangat menghargainya. Terima kasih kerana "nampak sesuatu" yang ditawarkan oleh GBOB yang dapat membuka mata masyarakat diluar sana.  Insya Allah, bila dah dapat copy penuh dari Aishah nanti, saya akan masukkan dalam You Tube ok..:) In the mean time, tgk rakaman di bawah dulu ..:) Apa Mommy Lyna nak cakap! Hehehehe.. 


post signature

post signature