Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, August 29, 2012

Seminar ECE 17 September 2012: Pendaftaran Di Buka Sekarang!

Seperti yang saya beritahu siang tadi di Fanpage Genius Baby On Board, saya dengan ini membuka pendaftaran untuk Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk bulan September, seminar yang ketiga yang di adakan pada tahun 2012 ini. Seminar yang bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Pertumbuhan Otak Bayi ini akan dijalankan pada 17 September 2012, iaitu pada hari Isnin, sempena cuti ganti Hari Malaysia yang jatuh pada hari Ahad 16 Sept 2012.

Seperti Seminar yang lepas, kali ini juga saya akan mengadakan Seminar ini pada waktu pagi. Saya rasa jika saya lakukan Seminar ini pada waktu pagi, saya ada banyak masa untuk melayani pertanyaan dari para peserta saya. Harus saya ingatkan pada bakal peserta yang kemungkinan besar Seminar ini akan tamat lebih lewat dari yang dijadualkan kerana ia bergantung kepada sessi Q & A dan sharing dari para peserta yang hadir. Saya harap agar sesiapa yang berniat untuk menghadirkan diri di Seminar ini agar tidak membuat sebarang appointment dengan pihak lain di sebelah petang bg mengelakkan anda kelam kabut pada hari tersebut. Make sure every penny you spend to come to this Seminar worth okeh! So all of us akan puas hati, Insya Allah ..:)

Di bawah ini adalah maklumat tentang Seminar yang bakal diadakan:

Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh: 17 September 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pg - 3 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
Alamat: Genius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 5 September 2012 (Rabu), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *
Pakej Suami Isteri: RM 350 / couple. (Jika anda mendaftar awal @ Early Bird, sila gunakan harga RM 170/pax di atas. )

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387

Sila emelkan bukti pembayaran anda ke geniusbabyonboard@gmail.com dan pihak kami akan mengemelkan borang penyertaan kepada anda untuk di sini bagi proses penyediaan Sijil Kehadiran. Siapa yang patut hadir di Seminar ini?


  • Ibu & Bapa @ Penjaga Anak-anak Syurga:)
  • Guru-guru Taska @ Tadika
  • Ibu Mengandung & Bakal Ayah
  • Mereka yang berminat dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Semua yang terlibat dalam tumbesaran bayi & anak-anak anak sehingga usia 6 tahun.


Semoga anda mengambil kesempatan dan sisa-sisa masa yang masih ada untuk menambah ilmu dalam membesarkan anak-anak syurga anda. Memandangkan Watie begitu sibuk di hujung minggu dengan kelas Playgroup, Watie menggunakan sepenuhnya masa cuti ganti pada hari biasa untuk menjalankan Seminar ini agar ilmu & pengalaman yang saya ada dapat dikongsi dengan anda semua, semoga Allah SWT memberkati usaha ini dan kita semua diberi kesihatan dan kelapangan masa untuk sama-sama menambah dan berkongsi pengetahuan, Insya Allah.

Jumpa anda di GBOB!

post signature

Wednesday, August 15, 2012

Perutusan Raya Dari Genius Baby On Board Untuk Semua!

Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan anak-anak syurga kita. Cuti persekolahan akan bermula dan kebanyakan dari kita akan balik ke kampung halaman. Mesti seronok kan? Bukan selalu kita dapat cuti panjang begini, dan masa inilah yang harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh ibu bapa. 


Di akhir bulan Ramadhan yang mulia ini, Genius Baby On Board HQ & JB ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA  & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang mengikuti perkembangan kami selama ini, yang melayari laman blog dan Facebook kami. Terima kasih di atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi selama ini. Kami amat menghargainya. Istimewa untuk anak-anak syurga kami yang menyertai Playgroup @ GBOB, jangan lupakan Teacher Watie & Teacher Aida yer! Kami berdua sudah pasti akan merindui kamu semua sepanjang cuti kali ini. Semoga perjumpaan antara ahli keluarga dan saudara serta rakan sebaya akan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam meningkatkan skill sosial dan interaksi antara satu sama lain. :)

Selamat Hari Raya & Selamat Bercuti Sayang!

Khas buat anda semua, Teacher hadiahkan video lagu BALIK KAMPUNG yang dirakamkan pada hari Sabtu yang lalu @ GBOB HQ untuk menaikkan semangat anak-anak Teacher pulang ke kampung berjumpa Nenek & Atok tersayang. Sampai kampung nanti, jangan lupa nyanyikan lagu ini untuk Atok & Nenek yer. Pasti mereka bangga dengan anak-anak syurga Teacher ini tau!:) Salam sayang di kejauhan dari Teacher Watie & Teacher Aida buat semua. Terimalah Kad Raya Istimewa dari kami buat anda semua. Hand made lagi tau...di reka dengan penuh kasih sayang! Hhehehe... Insya Allah kita jumpa lagi 2 minggu dari sekarang. Amin .. Muahsss!

Ikhlas dari kami berdua, khas buat semua yang melayari laman blog ini. We LOVE YOU!


post signature

Monday, August 13, 2012

Qarissa: Hari Raya Yang Paling Bermakna Buatnya!

Rasanya semua tgh excited sebab this week adalah minggu terakhir sebelum kita semua bercuti panjang sempena Bulan Syawal yang akan menjelma tak lama lagi. Sedih rasanya meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah ini kan? Semoga ibadah kita sepanjang bulan ini diterima oleh Allah SWT. 

Ha .. mesti sekarang kebanyakan dari dari anda yang sedang membaca ini dah banyak dengar lagu Raya kan? Dah terngiang-ngiang lagu Raya setiap hari, semua tak sabar nak balik kampung berjumpa dengan keluarga tercinta, bawak anak jalan balik kampung di hari mulia ni memang best. Dapat pula kampung yang saujana mata memandang, ada sawah, ada ayam, ada itik, ada sungai ..perghhhh! Bestnya... susah dah nak dapat this kind of view kat kota metropolitan ni kan? Jadi, sesekali dapat balik dan perkenalkan anak dengan alam semulajadi dan binatang ternakan yang ada memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Jangan lupa bawak anak anda ronda satu kampung okeh!

Selamat Hari Raya Aunty-Aunty & Uncle-Uncle semua...cantik tak spek mata  Raya saya? Hhehehe

Sebelum anda semua bercuti raya, Wati nak kasik semua "panas punggung" melihat video si Qarissa yang sungguh excited nak "balik kampung". Hehehe.jangan tak tahu, Q tiap2 hari cakap, "Kakak nak pakai baju Raya!Kakak nak pakai kasut raya!" kesian pulak Watie menengoknya. Masa 1st time try baju kurung tuh, dia punyalah suka sampai tak nak bukak! Nak tidur sekali dgn baju raya. Hehhehe... Bahagia betul rasanya tgk anak kita happy dan dah faham konsep Raya. Dulu masa Q kecik, dalam 1-3 years, Watie excited lah jugak nak Raya tapi tak lah beria-ria, maybe sebab Q pun tak faham lagi konsep Raya, dia pun tak sibuk nak raya time tuh, jadi auranya kurang sedikit. Tahun ni Qarissa dah faham konsep Raya, apatah lagi, setiap hari di sekolahnya, during Circle Time, mereka akan nyanyi Lagu Raya every morning! Pergh..mau tak terpengaruh Mak Q dengar ...terus rasa teruja lebih sikit nak Raya tahun nih! Dan bila Watie ajak Q nyanyi lagu Raya, Q pulak excited terlebey sudah dan Watie pun jadi sama-sama excited lah pulak!! Barulah Watie faham dan dapat rasakan keseronokan beraya bila anak dah mula faham konsep Raya dan excited nak beraya. Sememangnya, Raya kita akan lebih bermakna dengan anak-anak di sisi dan merekalah yang memberikan Aura pada Hari Raya itu sendiri.

Kalau pose camni time Raya, agak-agak leh dapat Duit Raya lebih tak? Kikikiki...

Zayra pula, dia taklah begitu faham konsep raya tapi bila tgk kakak dia excited sampai dah hafal Chorus lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman, si budak kenit yang petah ni mulalah terikut2 sama. Sekejapan jer dia pun dah hafal lagu Balik Kampung tu! Dan bila mereka berdua nyanyi dalam kereta, memang riuh dibuatnya! Tergelak-gelak Watie n Hubby tgk keletah anak2 syurga ni. Padahal nanti raya bukanlah "balik kampung" pun, tapi "balik bandar!". Hehhehe.. Watie akan beraya di  Singapura tahun ini dan memang rasa excited sebab dah lama tak balik. Malam Raya we all dah plan nak gi Geylang dengan adik beradik dan saudara mara yang lain. Gempak oh Geylang kalau malam Raya!! Macam Jalan TAR lah jugak.. ehhehe...

Kakak jangan hover boleh tak?? Gi Solat Raya dulu ahhhhhhh - kata Zayra yg tak pueh hati! Hahahha..

Jom kita tengok video Qarissa berjoget sakan nak "balik kampung" beraya. Heheheh.. Masa ni we all baru sampai rumah. Watie ada beli VCD Raya @ Jusco dan bukak dalam kereta, nak rasa bahang raya katakan. Sekali Qarissa sudah addicted dengan lagu Balik Kampung, so dia asyik minta bukakan lagu tuh so that she can dance and enjoy the song. Tgklah bukan main bergelek lagi si Q bila dgr lagu Balik Kampung nih, siap nyanyi kemain kuat time Chorus tuh.. hehehhe.. Dah sampai depan porch pun pun masih takmo masuk rumah dan nak joget sampai habis. Bila tgk aksi dia dalam video nih, memang rasa tak sabar nak ajak dia berjalan time Raya supaya dia faham erti Hari Raya - berkunjung kerumah saudara mara, pakai baju & kasut baru, minta maaf, ucap selamat hari raya, makan kuih, ketupat ..rendang..hmm..mesti best kan..? Boleh ah tunjuk anak anda video ni juga, mana tau dorang pun akan berjangkit jugak, excited nak Raya macam Q sekarang. Hhehehe.. Hari-hari kita kata nak raya, tapi tak raya-raya gak, asyik takleh pakai baju baru jer .. kesian Qarissa. Hhehehe...

Jangan lupa tutup Aurat time Raya tau semua Aunty2 yang cantik... UAI kata, dalam Quran takder kata pun kena pakai tudung! Yang ada cuma KENA TUTUP AURAT! Kalau pakai baldi pun boleh... janji tutup Aurat. Cth macam Yaya ni lah ..hehehhehe..:P 

Di kesempatan ini juga, Watie nak minta ampun dan maaf pada anda semua, pembaca blog Genius Baby On Board, jika selama Watie berinteraksi di alam maya ini dengan anda, ada yang terkecil hati, terasa hati atau ada salah silap Watie yang Watie tak sedar. Maafkan Watie dari hujung rambut sampai hujung kaki. Semoga Lailatulqadar milik kita tahun ini...dan semoga Aidilfitri kali ini akan lebih bererti, Insya Allah. Amin.

Balik Kampung! Oh Oh Oh! Balik Kampunggggggg!Hati Girangggggg!



post signature

Wednesday, August 8, 2012

Qarissa: Yang Terbaik Hanya Untuk Mu!

Alhamdulillah, saya diberi lagi kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang apa yang saya lakukan selepas pertemuan dengan Dr Rajini di Sunway Medical Centre. Bagi anda yang pertama kali melayari blog Genius Baby On Board ini, bolehlah membaca entry ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang berlaku dan tidaklah nanti anda kabur dengan apa yang saya kongsikan ini. 

Sebaik sahaja saya selesai bertemu dengan Dr Rajini, saya terus menghubungi Dr. Norizan di Urban Eethos Consultancy @ Seksyen 13 Shah Alam. Memang rezeki saya, kebetulan Dr Norizan dipejabat dan saya sebenarnya telah pun mengenali beliau sebelum ini ketika Dr Norizan memberikan ceramahnya di AlimKids Playgroup lebih kurang setahun yang lepas. Tanpa melengahkan masa, saya terus mengajak hubby menuju ke Urban Eethos untuk berjumpa pula dengan Dr Norizan. Yes! Right after I met Dr Rajini! As if there is no more tomorrow! :) Saya tidak mahu berlengah lagi kerana saya sudah tahu apa yang perlu saya lakukan dan saya perlu lakukannya dengan cepat! Dr Norizan berjumpa saya kira-kira setengah jam dan saya menunjukkan referral letter dari Dr Rajini kepada beliau. Sambil kami berborak, sambil Dr Norizan dan staffnya melihat2 Qarissa bermain dan selepas itu, kami membuat temujanji baru untuk Sessi Penilaian pertama di Urban Eethos.



Alamat: 11, Jln Boling Padang G13/G Sec.13, Shah Alam, 40100, Selangor
HP: 03-55111362

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan saya membuat keputusan untuk mengambil Program Intensif di Urban Eethos, bermakna setiap hari selama 1 jam, saya akan menghantar Qarissa ke Speech Theraphy di sana. Kos terapi untuk Program Intensif agak mahal iaitu RM 1600 selama 20 hari sebulan tetapi saya rasa di antara Speech Theraphy yang ada, ia antara yang termurah. Saya datang secara konsisten setiap hari tanpa henti (kecuali Sabtu & Ahad) dan hasilnya??? Memang membanggakan walaupun 2 hari pertama Qarissa buat juga perangai *nak orang dgr cakap dia tapi dia tak nak dgr cakap Miss Aimie & Mira, dan bila kehendak dia tidak dipenuhi, she start to throw the chair*, tapi this two young lady really know how to handle my Q dan saya sgt berpuas hati kerana saya sememangnya tidak mahu Q dimanjakan lagi. Cukup..cukup sudahhhhhh.. *sila nyanyi ala-ala lagu tuh...heheh*. Yang menariknya, dan saya rasa itulah sepatutnya yang semua guru lakukan kerana saya juga sudah mengamalkannya dan mungkin ada juga para ibu bapa yang datang Playgroup @ GBOB nampak situasi ini - Walaupun Teacher @ Therapist bertegas dengan murid @ patient ketika kelas atau sesi theraphy dan anak seolah2 menangis memberontak atau tidak puas hati, anak itu masih ingin dan suka serta teruja setiap kali datang kelas @ theraphy. Macam pelik kan? Patutnya secara logik, bila kita bertegas *bukan marah tak tentu hala atau tinggi suara melampau2*, budak tak suka kita dan takmo datang lagi tapi ini sebaliknya yang berlaku.

Melalui situasi ini, dapatlah saya simpulkan yang anak-anak ini sememangnya genius dan mereka tahu bezakan antara tegas untuk membetulkan keadaan atau tegas kerana membenci. Dan ibu bapa sepatutnya belajar teknik ini juga. Jujur saya katakan, mula-mula saya nak aplikasikan teknik ni kat kelas Playgroup, saya takut ibu bapa salah anggap yang saya ni garang atau nak marah anak mereka, tapi selepas itu, saya set minda dan set hati, saya katakan, saya dah aplikasikan teknik ni pada Qarissa dan ia berjaya, dan kini saya nak buat untuk student saya pula, saya buat ini untuk kebaikan anak-anak syurga saya dan saya nak buktikan pada parents yang saya boleh buat dan mereka sendiri akan nampak bagaimana anak mereka "hormat" dengan figura seorang Guru dan bukan kerana takut. Dan walaupun selepas ditegur dengan tegas, mereka masih sukakan saya dan tidak jemu-jemu datang setiap minggu. Alhamdulillah...saya berjaya melakukannya. Dan saya rasa anak saya begitu juga. Walaupun pada permulaannya, Qarissa memberontak, tapi dia ingin datang setiap hari! Dr Norizan juga agak impress dengan perubahan Qarissa kerana graf perubahannya meningkat dengan agak cepat. Itulah hasilnya kalau kita konsisten dan datang setiap hari. Saya memang percaya perkara yang satu ini. Buat theraphy setiap hari, sambung buat sendiri di rumah bila saja berkesempatan dan hasilnya pasti EXCELLENT!


Tetapi, bila bercakap tentang wang yang harus dilaburkan, saya faham tidak semua ibu bapa mampu. Nak hantar ke swasta, paling murah dalam RM 80-RM 150 sejam untuk satu sessi Therapi. Kalau nak pergi Hospital kerajaan RM 20 sekali sessi tapi nak dapat appnt sgt susah. Dapat datang sebulan 2x tuh memang dah cukup baik dah! Kadang-kadang sebulan sekali. Bila saya fikirkan nasib anak-anak yang ibu bapanya ada kekangan kewangan, saya rasa kasihan, dan saya secara peribadi merasakan keluarga yang berada dalam graf "medium income" *macam saya lah tuh* yang paling tersepit dalam hal ini. Apa tidaknya, nak pergi hospital kerajaan kena tunggu lama sangat dan tak boleh buat selalu. Kalau RM 20 sekali sessi, kita mampulah nak bayar kalau datang setiap hari, bolehlah juga tepikan RM 400 sebulan utk Theraphy anak syurga kita tapi kalau nak htr ke swasta dan ingin datang konsisten setiap hari, mau puasa selang sehari dan berbuka dengan Maggi Mee je satu family kita! Rehab Centre di Hospital Kerajaan pula dah tentulah tak boleh buat Theraphy setiap hari sebab ada ramai patient dan ada keluarga yang kurang mampu untuk ke swasta, mereka harus ke Hospital Kerajaan, kadang-kadang RM 20 sekali Sessi pun mungkin ada yang rasa berat *isu wang sangat sensitif untuk dibicarakan*. Tapi kalau datang sebulan sekali atau 2x maksimum dalam sebulan, berapa lama masa untuk kita lihat perubahan anak kita sedangkan masa kita semakin suntuk?  Itu belum masuk lagi kes-kes yang severe dan perlukan perhatian yang sangat khusus macam anak-anak Autism yang agak severe, anak-anak ADHD, Global Developmental Delay, ASD, Speech Delay dan macam-macam lagi labelnya. Sudah tentu masa yang perlu diperuntukkan untuk membantu anak ini lebih lama lagi. Hmmm..serba salah dibuatnya kan .. Baru fikir dah pening .. belum nak harung lagi tuh! Dan.. untuk tidak memeningkan kepala anda dalam hal kewangan anak syurga ini, UNDI lah saya di PRU 13 akan datang sebagai Menteri Wanita anda ... wkakaka *apa yang ko merepek nih Watie ... hehehhe*.  Nantilah, Insya Allah kalau saya FREE, saya kupas sikit pasal isu ini dan mungkin boleh juga di bawa ke tengah kan. Manalah tahu terbuka hati Kerajaan Malaysia nak bagi lebih banyak penyelesaian dan pilihan pada ibu bapa yang berada dalam kumpulan medium income ini. :)


Berbalik pada cerita Qarissa, selain dari ke Urban Eethos, saya juga mengambil kesempatan cuti sekolah 2 minggu pada akhir bulan Mei yang lalu dengan mendaftarkannya ke kelas renang di Pusat Akuatik Shah Alam di bawah kelolaan syarikat Ombak. My first intention hantar Q ke kelas renang adalah BUKAN untuk Q pandai berenang *pelik eh...htr anak kelas renang tapi bukan tujuan utama nak bg dia berenang..mengong mak Q nih.hheheh*, tapi lebih kepada melatih her LISTENING SKILL supaya Q boleh mendengar arahan orang lain dengan lebih baik, lebih fokus, berdikari, yakin diri dan seterusnya lebih berdisplin. Dan saya lihat kelas renang ini adalah salah satu cara terbaik buat masa ini kerana Q memang suka berenang! Tetapi, againnnn..dia suka ikut kepala sendiri, berenang kat mana dia nak, tidak mahu dengar arahan orang lain dan Q juga kurang terdedah kepada persekitaran yang memerlukan dia mendengar arahan orang lain dan mengikut arahan dalam kumpulan kecil. Jadi, saya tetapkan matlamat untuk Q polish her listening skill dahulu. Pandai berenang itu saya tak risau, kerana saya tahu, eventually Q akan pandai berenang juga nanti. Ia matlamat yang terakhir tetapi perjalanan menuju matlamat itu yang lebih penting buat saya. Dua hari pertama di kelas renang, Q boleh bangun dari duduknya ditepi kolam sambil menangis dan berlari ke kolam kecil. Hahhaa. Kelakar bila ingat balik. Kasihan sekali anak syurga itu mendapat ibu yang berasal dari Taliban. Kikiki.. saya angkat dia dan letak balik depan Coach dan pastikan dia ikut arahan! Dalam masa yang sama, di mana-mana sahaja kami pergi dan dalam apa jua keadaan, saya sering bercerita bagaimana seronoknya kelas renang tetapi dia harus mendengar arahan Coach. Alhamdulillah, hanya 2 hari sahaja yang Q perlukan untuk membiasakan dirinya walaupun terpaksa, dan sebagai reward, habis jer kelas, saya akan menunggu Q berjimba di dalam kolam kecil. Apa yang saya perhatikan, dalam kebanyakan situasi, Q adalah anak jenis "Observer". Q sangat suka memerhatikan apa org lain buat dan kemudian, apa yang dia lihat itu, dia akan tiru semula apabila dia berseorangan. Seperti cth berenang ini, setiap kali habis kelas, Q akan berlatih sendiri di kolam kecil apa yang telah diajarkan Coach nya. Senang hati saya melihat Q berlatih sendirian kerana saya tahu anak saya sangat enjoy dengan apa yang dilaluinya kini. *ketika artikel ini ditulis, Q sudah hampir 2 minggu memakai baju swimming Doranya setiap hari sampai tertidur, menunjukkan yang dia sangat rindukan kelas swimming tapi sebab puasa, Pusat Akuatik ditutup sebulan!. Kesian anak saya, mandi dalam bath tub jer tapi tak puas!* 

Berlatih sendiri selepas habis kelas 
 Semangat kan pakai cap sampai dalam keta! Hehe


Video yang sempat saya rakamkan ketika kelas Qarissa @ Pusat Akuatik.

Alhamdulillah, selepas dua minggu berlalu, saya meneruskan kelas renang Qarissa selepas melihat yang Qarissa menunjukkan peningkatan positif terhadap arahan-arahan yang diberikan Coach dan juga arahan-arahan yang saya berikan dirumah. Dan kini, selepas hampir 2 bulan menyertai kelas renang, Q sudah boleh berenang ke tepi dinding, menyelam ke lantai dan mengambil barang yang diminta guru serta berenang dengan jarak dekat. Jangan tak tahu, satu ketika dulu, nak cuci rambut Q pun susah tau! Sekarang dah agak senang. Dulu nak suruh dia menyelam masuk dalam air? Jangan harap, dia akan berenang ala-ala Diva jer ..takmo  basah rambut nanti ramos hilang kekdahnya! Tapi sekarang? Itulah yang paling dia suka lakukan! Dulu nak suruh pakai Goggle dan Swimming Cap sikit punya seksa, tapi sekarang tak swimming pun nak pakai Goggle ngan swimming kat rumah, nak hilangkan gian bercuti lama sangat kot! Hehhe.. Syukur alhamdulillah, saya sangat gembira dan yakin telah membuat keputusan yang tepat untuk memastikan Qarissa mendapat yang terbaik.

Enjoying her "me" time after class
Dengan rakan baiknya yang join skali - Khayra yang juga anak genius saya di GBOB, Mommynya my best friend saya,  pemilik butik Adrinis.
Yaya tumpang sekaki, peneman saya yang setia. Next year dia pulak join!

Dan, sekali lagi saya membuat satu keputusan yang besar dalam hidup saya dan suami, yang melibatkan bukan hanya wang tetapi juga minyak, masa dan tenaga yang lebih. Setelah berbincang dengan hubby tentang pro & kontranya, kami berdua mengambil keputusan untuk memasukkan Qarissa ke EIP- Early Intervention Programme di WQ Park secara Intensif selama 5 hari setiap minggu. Saya tidak jadi untuk mengambil Program Intensif di Urban Eethos kerana kekangan masa dan jadual yang tidak begitu flexible, tetapi masih datang seminggu sekali atau 2 kali sahaja, lagipun kami telah membuat keputusan untuk fokus di satu tempat yang semuanya ada untuk Qarissa- Doktor, OT, ST dan Teacher2 yang berpengalaman dan bertauliah untuk melatih Q menjadi lebih becok dan meningkatkan skill motor halusnya. Saya membandingkan harga yang perlu saya bayar di Urban Eethos + Kindy @ Nuh's Ark, jumlah nya lebih kurang RM 1900 sebulan. Sejam di Urban Eethos dan 4 jam di Nuh's Ark. Jika di WQ Park, Q akan menghabiskan masa selama 3 jam setiap hari di samping Doktor, Therapist dan Guru-Guru yang pakar dalam bidang masing-masing dan bayaran bulannya RM 2170, lebih RM 270 tetapi saya rasa ia berbaloi. Dan saya juga tidaklah terkejar-kejar ke 2 tempat dalam satu hari yang sudah pasti memenatkan. Walaupun sedih kerana Q banyak juga belajar di Kindynya, saya berbincang dengan Prinsipal Qarissa untuk cutikan Q dari Nuh's Ark selama 6 bulan hingga 1 tahun supaya saya dapat fokus di EIP @ WQ Park ini dan Q mula bersekolah pada 15 June 2012 yang lalu. Saya tidak nafikan, bil bulanannya sahaja sudah mampu membuatkan sesiapa yang mendengar senak perut, apatah lagi yang membayarnya, lebih-lebih lagi kita ini adalah golongan "medium income", tetapi demi melihat Qarissa menjadi lebih baik dengan lebih cepat, saya buat keputusan ini. Penat tak payah ceritalah kan..setiap hari travel dari Klang - Setia Alam- Kelana Jaya-  Setia Alam - Shah Alam - Klang membuatkan saya lelah kadang-kadang! Salah satu sebab kecil yang menyebabkan blog ni bersawang adalah kesibukan saya menjadi Driver pada anak-anak lah- membawa ke sekolah, ke terapi dan ke swimming class. Jadual memang sangat padat on weekdays and weekends tapi saya sangat happy. Ia masa berkualiti antara saya dengan anak-anak dan melihat perkembangan Q dan Zayra setiap hari adalah satu moment yang indah! Saya seharusnya bersyukur kerana dapat melihatnya berlaku di depan mata. Ada ramai ibu bapa yang tidak dapat melihat banyak "perkara pertama" yang berlaku dalam hidup anak masing-masing lantaran kesibukan dan tuntutan kerja, jadi saya seharusnya lebih bersyukur. :)
Qarissa dengan Teacher Wani kesayangannya. Bergambar selepas balik dr Kidzania!
Happy betul dapat Butterfly kat muka okeh! Dapat naik bas besarrrrrr! Impian Q tercapai setelah beberapa hari asyik cakap, "Kakak nak naik BIG BUS!". Sekali dorang gi Kidzania naik Bas Persiaran! Kelas ko Maria! 

Perkembangan Qarissa selama sebulan setengah di WQ Park juga sangat baik. Bolehlah saya katakan, pendidikan, terapi, kemudahan, tenaga pengajar dan semua yang disediakan disana setaraf dengan harganya. Private katakan, dan yang join tuh plak, kebanyakan anak orang berada dan expat pun boleh tahan ramai. Saya ni rajin berborak, jadi bila menunggu Qarissa habis kelas, sempatlah saya borak2 degan parents yang ada. Setakat ni, saya dah jumpa 2 parents yang htr anak di sini, yang berasal dari Maldives! Ibunya sanggup berhenti kerja dan datang ke Msia untuk htr anak ke sini, dan bapanya sekarang ambil cuti kerja untuk bantu isteri dan tengok perkembangan anaknya juga. Jangan tanya saya mana dorang korek duit bayar bil, sebab sampai skang saya masih tertanya-tanya juga. Bapa anak comel itu kata, dari segi pertukaran wang Msia dan Maldives, kos menghantar anak mereka ke WQ Park ini agak mahal juga, tapi saya taklah kepoh sampai tanya mana dorang dapat duit nak bayar bil tiap2 bulan. Hahahaha..

Sambutan hari lahir yang ke 4 di sambut dengan rakan-rakan. Q masih malu-malu sebab baru sangat join masa nih, dah sambut Birthday! Tapi semua cikgu-cikgu Q sangat sporting okay..Siap prepare hiasan-hiasan comey lagi dalam kelas. So sweet! Q tak pakai baju skolah sebab lepas balik terus gi holiday. Kekeke.. kes Mommy malas!

Dan, saya seronok sebab dari mula saya masuk, mereka melayan saya dan Qarissa dengan sangat baik sekali, they really take care and concern about Q's development, nak-nak dapat mak Q yang kepoh asyik tanya apa perkembangan anaknya setiap hari, jadi mereka memang kenal saya. Yang lebih menarik, mereka tidak tahu saya siapa, maksud saya, mereka tidak tahu saya ada ECE Centre sendiri dan tahu serba sedikit tentang ECE ini sehinggalah baru-baru ini saya terkantoi sebab Speech Therapist Q nampak saya melepak di dalam bangunan *selalu saya lepak kat Kafe sambil makan dan buat kerja, tapi skang kan puasa, jadi Kafe tutup, saya lepak kat dalam* dan bertanya saya tak kerja ker? Bila saya kata, saya kerja weekend jer ..dia pun tanya lagi, kerja apa dan sebagainya, saya pun bgtau lah saya kerja apa dan barulah mereka tahu saya pemilik Genius Baby On Board. Kecik betul dunia nih, rakan pada Speech Therapist Q tuh memang kenal dan tahu mengenai GBOB. :) Dan lepas tuh, we all selalulah borak2 pasal ECE. Hehehe...saya harap dan yakin they will help me to help Q walaupun selepas mereka tahu saya owner GBOB. Saya mahu mereka membantu Q sama macam student-student yang lain kerana saya percaya, mereka lebih pakar dari saya dalam hal-hal yang melibatkan fine motor skills, speech dan behaviour ini dan saya perlu banyak belajar cara membantu Q dirumah dan Alhamdulillah, setakat ini saya puas hati dengan apa yang telah mereka lakukan tehadap Qarissa. Ada banyak lagi yang boleh diperbaiki untuk meningkatkan skill motor halus dan perkembangan bahasa Qarissa dan mereka sedang mencapai objektif itu. Sudah pasti saya akan sama-sama menggembleng tenaga dengan Guru & Therapist Qarissa untuk memastikan semua objektif dapat dicapai secepat yang boleh. Yang bagusnya saya rasa, dalam hal ini, saya lebih memahami anak saya, memahami apa yang cuba dikongsi dan disampaikan Guru & Therapist Qarissa setiap kali mereka bermain dalam kelas dan sessi terapi with her. They will share with me dan berkongsi idea bagaimana saya boleh melakukannya dirumah dan saya dengan mudah dapat absorb apa yang mereka cuba sampaikan. Senang citer, perumpamaannya - macam ayam cakap ngan ayam lah .. Baru ngam ..kalau ayam cakap ngan kucing agak susahlah sikit dah digest ..hhehe...

Q with friends. Ni suma dah jadi best friend dia lah nih, Asyik lah duk sebut nama kawan hari-hari sampai saya pun dah naik hafal - Han Jae, Prisha & Amir. 

Saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat memberikan idea dan membantu anda bagaimana untuk mencari jalan keluar dan membantu anak anda selagi boleh. Ingatlah, lebih cepat anda bertindak, lebih cepat anda dapat lihat hasilnya. Orang melihat saya dengan agak pelik dan ada juga ibu bapa di WQ Park bertanya mengapa saya menghantar Q ke EIP sedangkan dia kelihatannya tidak bermasalah langsung. Saya hanya senyum sambil menerangkan serba sedikit mengapa saya hantar anak kesayangan saya ke sana. Seperti yang saya katakan dalam entry sebelum ini, hanya kita, sebagai ibu dan bapa tahu kekurangan dan kelebihan anak kita. Asah lagi kelebihannya dan bantu dia mengatasi kekurangannya, itu yang lebih penting dari sibuk memikirkan mengapa ini terjadi, mengapa kita, mengapa bukan org lain, serta menyalahkan takdir. Kalau saya tidak berfikiran positif, sudah tentu saya rasa frust kerana kalau nak ikutkan usaha saya selama ini, Q sudah dilatih dari bayi sejak usianya 3 bulan lagi sudah saya bawa ke Gymboree untuk membina skill social dan interaksinya, tetapi sehingga umurnya 4 tahun, nampaknya apa yang saya lakukan masih belum mencukupi. Tetapi, saya tidak memandangnya dari sudut negatif, saya memandangnya dari sudut positif, saya rasa inilah satu peluang yang saya dapat, yang Allah SWT berikan secara LIVE *dari studio1* pada saya agar saya belajar, berfikir, menggali ilmu, mengaplikasikan ilmu seterusnya berkongsi dengan orang diluar sana. Jika saya tidak mengalaminya sendiri, bagaimana mungkin saya jadi GURU yang terbaik untuk anak syurga saya di GBOB? Selepas saya melalui pengalaman ini, bayangkan berapa ribu orang yang membaca artikel ini dan mungkin mendapat semangat dan inspirasi kembali untuk melakukan yang terbaik untuk anak masing-masing tanpa rasa lemah dan kecewa? Yer, kondisi yang dialami Qarissa mungkin sangat remeh, beribu orang yang anaknya lebih hebat dari Qarissa tetapi sikap dan cara saya mencari penyelesaian untuk memperbaiki keadaan itulah yang mungkin dapat memberikan inspirasi pada mereka yang membaca, Insya Allah. Semoga Allah SWT semua merahmati kita dan memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat dalam membesarkan amanahNYA. :) Amin..

post signature

Monday, August 6, 2012

Qarissa: Akhirnya Saya Temui Jawapannya!!

Salam Nuzul Quran buat semua! Semoga hari ini adalah lebih baik dari hari semalam, Insya Allah.. Macam mana puasa kawan-kawan? Watie harap semuanya baik-baik sahaja, dan anda dapat melalui dan menikmati Ramadhan tahun ini dengan penuh keinsafan dan rendah hati. Sapa tahu ini Ramadhan terakhir buat kita, dan tamaklah dengan pahala sempena masa masih ada. :) 

Watie minta maaf kerana lama juga Watie tak menulis di ruangan maya ini. Sudah lama tidak menyentuh hati anda dengan penulisan-penulisan Watie yang mungkin sedikit sebanyak memberikan inspirasi buat anda dalam  membesarkan anak-anak syurga anda di rumah. Harus Watie akui, Watie sangat-sangat sibuk dengan urusan anak-anak syurga Watie iaitu Qarissa & Quzayra sepanjang hari bekerja (weekdays) dan pada hujung minggu pula, jadual Watie sangat padat dengan kelas-kelas Playgroup @ Genius Baby On Board untuk anak-anak syurga saya yang jumlahnya hampir 60 orang itu. Kadang-kadang rasa tak tertanggung dan sering tak cukup masa, menyebabkan penulisan di blog agak terganggu, apatah lagi setelah semua gambar di blog GBOB hilang dalam entry yang saya kongsikan di sini. Ia membuatkan saya agak sedih seolah2 tidak mahu lagi menulis hingga saya dapat mencari semula gambar2 itu. Tapi, saya tahu jika saya berbuat begitu, entah bila agaknya blog ini akan "berseri" kembali. Jadi, saya pujuk hati sendiri dan motivate diri sendiri untuk kembali mencantikkan blog ini dengan wajah baru, penulisan dan nukilan yang baru agar saya dapat berkongsi dengan anda semua mengenai perjalanan hidup saya membesarkan kedua-dua anak, dalam masa yang sama menjadi tenaga pengajar di @ Genius Baby On Board dan berurusan dengan ratusan anak-anak genius yang setiap satunya mempunyai identiti sendiri. Terima kasih sekali lagi kepada Jiji, my designer yang membantu saya merealisasikan impian untuk melihat blog ini kembali "bernyawa dengan ceria". saya yakin ada hikmah di sebalik semua ini. 

Hari ini saya ingin berkongsi tentang kisah anak-anak saya yang tertangguh sejak bulan Mei yang lalu. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan dengan anda semua dan sebelum saya lupa apa yang telah saya lalui dan lakukan, lebih baik saya coretkan di blog ini, semoga ia dapat membantu anda yang mana perlu, Insya Allah. Sesungguhnya, ia adalah perjalanan yang sungguh mengujakan walaupun memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Demi Allah saya sungguh menghargai perjalanan hidup ini dalam membesarkan anak-anak syurga saya, kerana dengan adanya pengalaman yang sedikit ini, saya dapat kongsi dengan anda semua dan semoga ianya dapat memberikan semangat pd anda juga. :)

Anak2 syurga saya .. ada 2 jer ..yang lagi 2 +1 (kat beg) tuh kembar tak jadi! Kikikiki...

Jika anda masih ingat, saya ada bercerita tentang Qarissa di entry ini, ini dan ini, dan hari ini, saya nak berkongsi dengan anda semua apa yang telah saya lakukan demi untuk membantu Qarissa menjadi lebih baik dalam menjalani kehidupan sehariannya. Katakan saya degil @ cuba memperkecilkan kebolehan anak itu yg sememangnya bijak, saya tidak kisah dan tidak kecil hati, kerana saya tahu saya degil semata-mata untuk memastikan saya memberikan yang terbaik pada amanah Allah SWT ini. Saya tidak punya banyak masa, saya ada maksimum 6 tahun saja dan 3 tahun setengah telah berlalu, saya akan pastikan saya buat apa sehabis baik dan seiring dengan apa yang saya lakukan itu, saya bertawakal dan berdoa agar Allah memudahkan segala urusan saya demi untuk anak syurga ini. Amin.


Saya sudah lama tidak ke OT di Hospital PPUM. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya pergi, cuma apa yang saya ingat, kali terakhir saya pergi, Therapist Qarissa suka sekali melihat perkembangan Qarissa yang menunjukkan peningkatan ketara, hingga apa yang Q lakukan di tiru oleh seorang anak Cina yang disahkan Autism. Ketika itu, Therapist itu ingin cuba buat aktiviti berkumpulan. Anak comel itu memang tidak reti duduk diam hingga harus di balut seluruh tubuhnya. Yang ajaibnya, apabila Q duduk dan bermain puzzle, anak itu cuba untuk mengikuti apa yang Q lakukan. Dalam tempoh satu jam itu, walaupun banyak masa yang terpaksa difokus kepada anak comel itu, dan perhatian Therapist pada Q agak sedikit terjejas, saya tidak terasa malah bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat anak istimewa itu, dalam masa yang sama gembira yang Qarissa dapat membantu anak comel itu dengan meniru perbuatan yang Q lakukan hingga Therapist itu juga agak teruja dengan perkembangan anak comel itu pada hari tersebut. Dan selepas hari itu, agak sukar untuk saya dapatkan temujanji bagi membawa Qarissa ke PPUM. Therapistnya selalu sahaja meeting dan panggilan saya tidak pernah dibalas. Saya faham mungkin beliau sibuk dan terlalu banyak patient yang perlu didahulukan berbanding anak saya. Tetapi itu bukan pengakhirannya. Saya mesti mencari jawapan pada persoalan yang saya rasakan sebagai seorang ibu. Walaupun Paed di PPUM kata Qarissa tiada apa2 yang perlu saya risaukan, jauh di dalam hati saya, saya tahu Qarissa perlukan bantuan dalam sesetengah perkara terutama Speech & Fine Motor Skillnya. Saya ingin mencari Pakar Kanak-Kanak yang terbaik yang dapat mengesahkan apa yang saya rasakan itu. Saya tahu ianya seolah-olah saya sengaja ingin mencari kekurangan anak saya, tapi saya keraskan hati dan kata pada diri sendiri, "Selagi aku tak dapat pengesahan dari Pakar Pembangunan Kanak-Kanak yang diiktiraf tentang Qarissa dan apa yang boleh aku bantu sebagai Ibu, aku takkan puas hati!" 
PPUM @ KL 

Dan selepas itu, saya terus membuat temujanji *untuk kali kedua* dengan Pakar Kanak-Kanak di Sunway Medical Centre -Dr Rajini. Dr Rajini juga mempunyai klinik kanak-kanak swasta sendiri iaitu Baby & Beyond di Bangsar Village II. Bayangkan, untuk saya membuat temujanji pertama sahaja, saya terpaksa memasukkan nama Qarissa di dalam "waiting list" pada tahun 2011 yang lalu! Bila nak dapat temujanji itu, hanya Allah yang tahu! *sebab itu saya terus ke PPUM dulu kerana tidak sanggup menunggu lama untuk dptkan appnt di Sunway Medical Centre. Silap saya kerana tidak letak sahaja nama di waiting list itu walaupun dalam masa yang sama saya ke PPUM, kalau tidak, mungkin appntnya lebih awal saya dapat*.  Katakan saya tamak, saya tak marah, kerana saya tidak mahu kesilapan lama berulang, saya letak nama  Qarissa di dua tempat - Sunway Medical & Baby & Beyond Clinic! Yang mana dapat appnt dulu, saya grab lah! :)  Dan, selepas menunggu hampir 9 bulan, saya dapat temujanji itu pada bulan Mei 2012 yang lalu di Sunway Medical. Cepat-cepat saya beritahu suami, walau apa pun terjadi, beliau mesti cuti pada hari tersebut untuk ikut saya bawa Qarissa ke Sunway Medical! Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya rasa sangat puas hati kerana Dr Rajini menghabiskan masa hampir 3 jam untuk melihat dan mendiagnos Qarissa. Apa yang lebih menggembirakan, apa yang saya rasakan selama ini dilubuk hati saya telah di sahkan oleh Dr Rajini. Dr Rajini mengatakan yang dalam sesetengah perkara tertentu, Qarissa melakukannya dengan sgt baik, above the par untuk dibandingkan dengan rakan sebaya, tetapi dalam sesetengah perkara tertentu, Qarissa agak sedikit lewat berbanding rakan sebaya dan seperti yang dijangka- It's her SPEECH. Ketika itu, umur Q dalam 3 tahun 11 bulan tetapi speech Qarissa macam anak-anak berusia 3 tahun. Apa yang menarik menurut Dr Rajini, Qarissa tahu banyak vocabulary yang power-power, tetapi dia tidak pandai mengolah dan menggunakan apa yang dia tahu untuk membuat ayat spontannya sendiri, jadi ia agak merugikan di situ. Menurut Dr Rajini lagi, tidak hairanlah jika Doktor lain kata Qarissa tiada masalah, kerana Q boleh bgtau dengan jelas apa yang dia nak pada orang lain, ditambah pula dengan kebolehannya yang pandai membaca di awal usia, jadi mungkin kerana itu Q ini telah di "hakimi" sebelum Diagnosis yang betul-betul khusus dilakukan.  Sepatutnya pada usia ini, sebagai contoh: Anak sudah boleh memberitahu kita, atau menceritakan apa yang berlaku disekolah bila kita tanya @ bila kita tak tanya pun, dia sendiri yang akan bercerita pada kita. tetapi itu tidak berlaku pada Qarissa. Dia mungkin tahu apa yang berlaku, tetapi dia tidak pandai menyusun ayat secara spontan untuk memberitahu apa yang berlaku disekelilingnya. Kebanyakan apa yang Q cakapkan adalah apa yang telah dia gunakan selama ini secara berulang dan bukannya perkataan baru yang spontan. 

Semasa diagnosis dilakukan juga, Qarissa ada juga buat perangai, dia seboleh2 nak main Pool Ball di salah satu bilik di Sunway itu. Bila kita alihkan perhatian dia pada mainan lain, dia akan lupa sekejap dan main mengikut arahan, kemudian, habis je main, dia akan sebut balik yang dia ingin ke bilik Pool Ball. Saya tanyakan pd Doktor, adakah ini normal? Sebab selalunya, apabila kita alihkan perhatian anak pada perkara lain, dia akan lupa apa yang dia nak pada mulanya, tapi dalam kes Qarissa, dia masih ingat malah kerap memintanya! Dr Rajini kata, ia boleh jadi normal dan tidak. Tak berapa normal lah kalau begitu.:) Selalunya, memang anak2 akan lupa, tapi kadang-kadang, mereka boleh ingat dan konsisten pula tuh! Saya memandangnya dari sudut positif. Takperlah. Saya menganggap yang ini menunjukkan yang Qarissa sgt persistence dan tahu apa yang dia mahukan. Dan dia boleh bertolak ansur dengan saya dan Doktor, melakukan apa yang di arahkan tetapi masih ingat yang saya sudah berjanji mahu membawa dia ke Pool Ball selepas semuanya selesai. Saya harus menghormati permintaan anak saya selepas dia memenuhi permintaan saya. Saya harap, dalam pelajaran juga begitu, dia akan tetap ingat segala ilmu dunia akhirat yang telah dipelajarinya dari bayi sehingga dewasa kelak. :) Amin...

Sunway Medical Centre 

Satu lagi pertanyaan yang membuatkan saya agak terkejut dari Dr Rajini ialah- "Anak you ni PERFECTIONIST ker?" Saya menjawab, " Huh?? Well, I don't want to answer that question. I want you to see for yourself and tell me, what do you think of her, and what makes you say that ?" dan kemudian Dr Rajini berkata, apa yang beliau lihat melalui pemerhatian itu, Qarissa ini apabila dia buat sesuatu yang dia tahu, dia akan buat sepenuh hati sampai habis, dan bila ada perkara yang agak sukar yang dia tidak boleh buat, dia akan terus meninggalkan kerjanya tanpa mahu berusaha, mencuba atau meneroka dengan lebih lagi. Dan, di saat itu juga, saya tahu term PERFECTIONIST itu tidak baik untuk tumbesaran anak syurga saya. No! Qarissa TIDAK PERLU jadi PERFECT untuk puaskan hati saya! Dia  TIDAK PERLU  jadi  PERFECT untuk impress orang lain! Dia hanya perlu jadi PERFECT untuk puaskan hati dia sendiri sahaja menerusi penerokaan, kaedah cuba jaya dan tidak putus asa ketika sessi BERMAIN itu. Saya mahu Qarissa gembira dan MENEROKA persekitarannya serta mencuba apa sahaja yang diberikan atau di minta dengan gembira dan tanpa ada rasa ianya satu COMPETITION untuk melihat siapa yang pandai atau bijak! Oh! Tugas saya bermula hari ini juga! Saya tahu ia bukan mudah, apabila anak mengelak untuk bermain permainan yang agak sukar, tapi kita tetap mengajak tanpa memaksa, memberikan semangat untuk mencuba, kerap mengatakan "it's ok kalau salah atau tak betul untuk percubaaan yang ke 100 kalinya!" dan macam-macam lagi!. Wowwww..  ia pengalaman baru bagi saya. "Mengajak" anak bermain permainan yang dia tidak suka itu sendiri sudah SUKAR, belum masuk lagi perkara-perkara lain yang bakal berlaku dalam sessi permainan itu. Hmm.. Pengalaman yang sudah pasti memberikan satu dimensi baru pada saya.

Dr Rajini- Dua dari kiri

Selepas hampir 3 jam saya bersama suami dan Dr Rajini "bermain" dengan Qarissa, Dr Rajini telah memberikan Diagnosisnya di mana keadaan yang berlaku pada Qarissa ialah SEMANTIC PRAGMATIC LANGUAGE DISORDER. Ia berkaitan dengan speech, itu yang utama dan menurut Dr Rajini, ada sedikit behaviour dan fine motor skill issue tetapi beliau yakin saya boleh menguruskan kedua-dua issue tersebut dan hanya mencadangkan saya ke Speech Theraphy. Beliau mencadangkan beberapa Theraphy Centre yang boleh saya kunjungi dan sertai untuk membantu Qarissa membangunkan bahasa dan percakapannya dengan lebih baik lagi. Saya pulang dengan dengan penuh rasa puas hati yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kerana saya telah berjaya mendapat pengesahan dari seorang Pakar dan ternyata apa yang beliau sahkan itu sama dengan apa yang saya rasakan sebagai Ibu yang juga seorang Pendidik yang mendidik anak-anak syurga yang genius-genius belaka di GBOB. Saya kini dapat melihat dengan jelas apa yang perlu saya lakukan bagi membantu Qarissa selepas ini dan saya akan pastikan saya beri yang terbaik dalam memastikan kekurangan Qarissa diperbaiki, Insya Allah. 

Anda ingin tahu apa langkah saya seterusnya selepas saya berjumpa Dr Rajini? Insya Allah saya akan kongsikan di entry akan datang. Melalui perkongsian ini, saya harap saya dapat memberikan input kepada ibu bapa di luar saya yang peranan kita sebagai ibu bapa sangat penting! Trust your heart, trust your feelings! Walaupun orang keliling kita, mungkin ibu bapa, keluarga, rakan-rakan, jiran atau Doktor sekalipun *yang bukan Pakar Pembangunan Kanak-Kanak * kata yang anak kita okay, tiada apa-apa, tak perlu risau lebih-lebih, saya harap, sebagai ibu dan bapa, janganlah terlalu percaya apa yang dikatakan @ senang sangat bersetuju dengan pendapat itu. Kita respect apa pandangan mereka itu, mungkin mereka tidak bersama anak kita 12 jam sehari untuk melihat perkembangannya, mungkin mereka mahu menyedapkan hati kita agar tidak risau atau mungkin mereka juga tidak arif dalam bidang pembangunan kanak-kanak ini. Carilah  mereka yang pakar untuk mengesahkan apa yang kita rasa selama ini. Semasa perjumpaan dengan Doktor, cerita semuanya kondisi anak kita, apa yang menyebabkan kita rasa anak kita berbeza dengan rakan sebaya dan dalam masa yang sama, minta Pakar itu menilai sendiri anak kita dengan mata kepala mereka agar mereka dapat menilai dengan adil. Dalam kes Qarissa, saya tidak memberitahu yang Qarissa boleh membaca di awal usia sehinggalah Doktor Rajini hampir mengetahuinya sendiri, dan barulah saya bercerita apa yang saya lakukan di awal usia Qarissa. Saya mahu Doktor Rajini melihat Qarissa seperti kanak-kanak normal yang lain, yang datang untuk didiagnosis and she need helps! Saya tidak mahu bayang-bayang "kebolehan membaca" itu menutup pandangan terhadap kekurangan-kekurangannya yang perlu dibantu. Reading is a skill, ada banyak lagi skill yang perlu anak saya kuasai dan saya perlu bantu dia selagi saya masih ada masa! 

Saya mengakui yang di KL/Selangor sekalipun, pakar Kanak-Kanak sukar di dapati dan jika anda, kita harus menunggu lama untuk mendapatkan temujanji. Apatah lagi di luar bandar. Tapi demi anak tersayang, berusahalah untuk bertemu dengan mereka yang Pakar supaya mereka dapat mengesahkan kondisi anak kita seterusnya memudahkan kita mencari penyelesaiannya dalam membantu anak mendapat yang terbaik dalam hidup mereka. Saya tau ini bukan mudah, haruslah saya akui melihat kekurangan @ kecacatan Zayra begitu mudah sekali, terus nampak di mata, tetapi melihat "kekurangan" anak yang lahirnya normal dan sihat memang sukar. Sebab tuh,kita kena pantau setiap anak yg kita ada, kerana mereka berbeza dan kita tak boleh pukul rata yang semua anak itu sama! Kita tak boleh rasa, oh...lahir normal dan sihat, semuanya ok, dan kemudian mengabaikan atau kurang peduli dengan perkembangan mental dan fizikal anak apabila mereka membesar. Sebenarnya, itulah yang lebih mencabar! Saya bersyukur melalui semua perkara ini, kerana saya belajar banyak sekali melalui pengalaman ini yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit! Insya Allah, saya akan berkongsi lagi pengalaman yang saya lalui ini dan bagaimana saya menanganinya dengan senyuman dan rasa syukur. :) Jumpa lagi di entry akan datang yer ..:) Selamat bercuti bagi yang bercuti hari ini! peluk cium anak syurga anda yang genius untuk saya! 

Saya sertakan sekali informasi Maklumat tentang Child Specialist yang saya tahu,mungkin berguna utk anda, Insya Allah.

Sunway Medical Centre: Child Health Centre 
Dr Rajini,
No.5, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-7491 9191
Fax: 603-7491 8181
Email: smc@sunway.com.my 

Dr Rajini,3F-5, Level 3, Bangsar Village II
2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur
Tel: 603-22829028 or 6-019-6059000

Child Development Centre HUKM
Jabatan Pediatrik
Tingkat 4 Blok Klinikal
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif
56000 Kuala Lumpur
Tel: 603-91455380 / 5385 / 7888
Faks: 603-91737827
Waktu Operasi: 8 am-5 pm

post signature