Genius Baby On Board (SA 0159724-X) @ GBOB merupakan syarikat Bumiputera yang dimiliki oleh seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak iaitu Puan Norhidawati Abdul Aziz. Ia ditubuhkan khas untuk para ibu bapa yang mempunyai minat yang sama dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk berkongsi pandangan dan pendapat. Di GBOB, kami mengamalkan konsep “Belajar & Bermain” sejak lahir. Kami sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan percaya ibu dan bapa adalah orang paling sesuai dan layak menjadi guru kepada anak sendiri .
Sejarah kelahiran GBOB bermula apabila pemiliknya mula berblogging sejak kelahiran anak pertama. Dengan niat menjadikan blog tersebut sebagai tatapan anak di masa akan datang dan berkongsi segala aktiviti yang dilakukan bersama, tanpa disangka, ramai kawan-kawan mula meminati aktiviti dan cara pendekatan pendidikan yang dilakukan terhadap anak beliau. Lama kelamaan, blog tersebut mempunyai pengikut tersendiri yang terdiri dari kalangan ibu bapa yang meminati Pendidikan Awal .
Apabila anak sulung beliau sudah mula “membaca” seawal 1 tahun, permintaan mulai diterima oleh para ibu bapa yang inginkan tips dan teknik mendidik anak yang dilakukan oleh Puan Norhidawati. Permintaan semakin meningkat apabila anak beliau berusia 17 & 18 bulan apabila video anak beliau membaca berjaya di rekodkan. Hanya selepas anak kedua beliau dilahirkan, barulah beliau yakin untuk fokus dalam arena Pendidikan Awal ini secara professional dengan menubuhkan Genius Baby on Board, iaitu pusat sehenti bagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan Pendidikan Awal ini.
Di GBOB, kami mempunyai program yang direka khas untuk para ibu bapa dan juga bayi serta kanak-kanak. Bagi ibu bapa, seminar dan bengkel akan diadakan di mana ia menjurus tentang Pendidikan Awal serta kepentingannya dalam pertumbuhan otak bayi . Bengkel-bengkel berkaitan dengan bagaimana menstimulasi otak bayi dan kanak-kanak juga akan diadakan selain kerjasama yang dijalinkan dengan beberapa syarikat dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dalam bidang ini. Dalam seminar ini, peserta akan terlibat secara langsung dengan demonstrasi dan “role play” serta latihan intensif yang bakal diberikan supaya dapat diaplikasi secara terus kepada anak-anak.
Untuk bayi dan kanak-kanak pula, pihak GBOB akan mengadakan kelas Playgroup dari New Born – 4 tahun, yang dipecahkan kepada 4 Level iaitu Infant (NB-6 months), Crawler (7-12 months), Walker (12-18 Months) & Runner (18 Months -4 years). GBOB akan memaksimumkan 3 tahun pertama usia anak untuk menyerlahkan potensi mereka dengan memulakan stimulasi seawal mungkin. Segala aktiviti yang bakal dilakukan ini akan mengukuhkan dan memperkembangkan otak kanan bayi selain mengimbangi otak kiri dan kanan apabila mereka mula berusia 4-6 tahun.
Selain dari aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas, pihak GBOB juga menjual alat bantu dan sokongan dalam mendidik anak yang terdiri daripada produk pendidikan dan permainan yang khusus dalam menjana minda dan menstimulasi otak anak-anak sedari bayi hinggalah berusia 6 tahun.
Anda boleh menghubungi Puan Norhidawati Abdul Aziz untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan Pendidikan Awal Kanak-kanak atau sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai Seminar, Bengkel @ Playgroup di talian 016-2033340.
Anda juga boleh berinteraksi dengan kami di FaceBook Fanpage rasmi Genius Baby On Board. Klik butang di bawah untuk ke laman rasmi FanPage kami. Kami menghargai & berterima kasih sekiranya anda dapat berkongsi FanPage ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda.:)
Semoga kita dapat mendidik anak-anak kita dengan cara yang terbaik dan mudah serta menyeronokkan . Insya Allah.