Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, October 29, 2010

Map to Genius Baby On Board.

Yeehaa, special thanks to my hubby Darling kerana telah menghabiskan separuh malam semalam (burn dah malam Jumaat we all..wakkaka..korang jangan pikir lain plak haaaa.....)membantu aku menyiapkan peta to my office - Genius Baby On Board @ Wisma Bling Lustre ni. Menggunakan Visio, kemudian convert ke PDF dan JPG, aku rasa ini adalah peta yang paling jelas untuk semua pelanggan dan bakal pelanggan yang ingin datang ke Wisma Bling Lustre. Sama ada ke Genius Baby On Board atau ke Scriptory Box. Mesti korang takkan sesat punya...kalau sesat jugak .. aku tak tahulah nak kata hapa dah .... ekekekke... haruslah sewa teksi terus bawak datang sini. Actually kan .. tak susah sgt tau ..sapa yang pernah gi Warehouse My Dear, yang femes dengan produk bayi & kanak-kanak tuh, mesti tau area sini punya ..

Aku sebelum ni mmg malas btol nak wat peta, sebab UTAMA- jalan-jalan kat KL dan Sgor nih mmg aku fail. Hubby adalah org yang paling sabar melayan kerenah bini dia yang blur tahap dewa kalau bab-bab jalan ni. Paling standard punya ayat aku selalu sebut.."Alah...jalan belakang tu yang ....". Balik-balik jalan belakang ..balik-balik jalan belakang .. wakakkaka.. semua aku bantai jalan belakang jer ..belakang umah nak gi Carrefour lah, belakang opis nak gi Pos Laju lah.. jalan belakang Glenmarie nak masuk Hiway Sg Buloh lah ...hahhaa.. asal boleh jer kan? Sampai we all sesama gelak bila setiap kali aku cakap.. "ikut jalan belakang tuh bang....!" Hhahahahaa....

Tapi aku rasa memang dah tiba masanya aku kena wat peta yang betul-betul clear. Lepas nih, akan ada banyak aktiviti kat GBOB & SC, jadi kalau client tak tahu jalan, payah gak tuh kan? Hheheh... Dulu aku cetak rompak jer Mommy Lyna punya peta ..ehhee..tapi sebab bila nak enlarge dia jadi pecah, lagipun masa tuh masih belum banyak kedai kat area sini, jadi maybe tak berapa jelas..now dah ada few kedai sederet office we all, so memang senang rasanya nak jumpa our office.

Sebab tu aku berterima kasih sgt kat hubby sebab dia sudi lakarkan the map utk aku, dan aku cuma tambah-tambah sikit jer, mekap sikit sana sini, letak blusher sket, lipstik dan mascara, siap dah peta tuh! Ekekekek..

So, this is the latest map for Genius Baby On Board & Scriptory Box yer. Boleh ah kalau korang nak save dalam Lappy, nanti ada function ker hapa pasni yang we all akan buat, korang leh upload this peta kat blog memasing okeh ..:)



To all my lovely participants, jumpa esok pukul 2 pm yer. Jangan lambat tau, nanti kesian kengkawan lain kena tunggu gak ..:) Sesapa yg ada last minute tetiba rasa nk dtg, leh contact aku kay. Dulu my last seminar pun ada gak yg last minute call kata nk dtg, so kalau this time pun ada, just bgtau aku jer kay .. Lega dah hati aku nih, peta dah siap, dah boleh fokus on my revision for tomorrow. Mommy Lyna pun mesti tgh sibuk melihat handsout dia, sebab besok SC pun ada buat talk belah pagi utk Wohowo mum. Wohowo tuh stand for Work At Home Working Mum. Sesuai lah utk ibu-ibu yang bekerja tetapi ingin menambah pendapatan dari rumah. Wat side income. :) Memang sekarang kena wat cam tuh wei, kalau tak cari jalan tambah pendapatan untuk seisi keluarga kat KL@ Sgor nih, dah macam hidup "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" kekdahnya... kengkdadang rasa nak lari duduk kat kampung pun bagus .. jimat sket kosnya kan? Sayangnya, aku takder kampung. Kampung aku kat Singapore, yang dah sure aku jadi papa kedana kalau duduk sana dengan gaji banyak tuh.. hahahha.. sib baik hubby ada kampung kat Melaka, tapi tuh pun dah jarang balik sejak arwah mama meninggal. Hu hu ..

Korang percaya tak kalau aku kata, hasil duit simpanan buat part time business masa kerja dengan CRONY dulu, me & hubby dapat beli banglo? Hmmmm... cam tak caya kan ..? Percayalah...(ala-ala Siti Nurhaliza..) sebab aku dah duduk pun kat situ 3 tahun lepas, masa umur aku 27 tahun! Hhehe... Sebelum Q lahir lagi, pas beli jer terus preggy, macam tau2 jer Q nak duk umah besar. Sungguh poyo itu budak..kecik2 sudah pandai demand, tapi tak leh lawan Zayra..Zayra lagik kuat demand sejak dalam perut, sampai akhir preggy, sampai dah kuar pun demandnya sangat tinggi. Nak beli bionic hand dia jer mau makan RM 255,000 weh! Tapi takper, tu lama lagi! Masih sempat aku cari duit ..hahah..by the time dia 21 tahun dan tangan tak membesar lagi dah, silap2 dah ada made in China punya Bionic hand ker kan? Wakakaka.. Murah lah sikit, RM 25, 000 jer ke, boleh lah acik korek2 sket sana sini nak beli. Hhahahaha....Tak sesia aku wat part times business, ikat perut lepas kawin, jimat cermat sebab ada mission yg aku nak capai, dan alhamdulillah, berkat restu mak bapak jugak, belum sampai umur 30, aku dah ada umah sendiri, sangat happy. Sekarang fokus nak bayar duit umah jer .. ehhehe...So, mmg lah aku galakkan mak2 dan bapak2 wat part time business nih, tapi jgn sampai keluarga terabai plak ..tuh dah lari konsep tuh.. hu hu ..

Ok geng, selamat membaca peta ni okeh!!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

See you tomorrow,



Tuesday, October 26, 2010

Trial Class For Playgroup @ GBOB Di Buka Sekarang!

Pengumuman Penting Kepada Para Ibu Bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Playgroup @ Genius Baby On Board :

Pihak Genius Baby On Board akan mengadakan sessi Preview @ Trial Class untuk Playgroup pada awal bulan November 2010. Terdapat sedikit perubahan dari segi usia untuk Sessi Playgroup memandangkan terdapat ramai ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke sessi Playgroup untuk 2 - 4 tahun walaupun usia anak mereka baru mencecah 18 bulan. Setelaah mendapatkan cadangan & pandangan beberapa pihak termasuklah pihak AlimKids Consultancy, maka pihak GBOB bersetuju untuk membuat sedikit pindaan terhadap Sessi Playgroup @ GBOB. Berikut adalah Sessi Playgroup yang baru di Genius Baby On Board:

Play & Learn Stage 1 : 0-6 Months (45 minutes each session)
Play & Learn Stage 2 : 6 - 12 Months (45 minutes each session)
Play & Learn Stage 3 : 12 - 18 Months (45 minutes each session)
Play & Learn Stage 4 : 18 Months - 4 Years (1 hour each session)

Buat masa ini, hanya sessi Play & Learn Stage 1 & Play & Learn Stage 4 sahaja yang akan dilancarkan di GBOB. Insya Allah, dalam masa terdekat, pihak kami akan melancarkan 2 lagi sessi iaitu Play & Learn Stage 2 & Play & Learn Stage 3 pula.

Untuk pengetahuan anda, bagi Play & Learn Stage 4, selain dari penggunaan pelbagai jenis material pembelajaran yang membina minda anak anda, pihak GBOB akan menggunakan pendekatan Khalifah Method dan menerapkan unsur-unsur Akidah & Ketuhanan serta Keesaan Allah SWT secara tidak langsung kepada anak anda menerusi aktiviti-aktiviti Play, Music & Simple Art yang dilakukan.

Trial Class untuk kedua-dua sessi ini akan diadakan pada awal bulan November & butirannya adalah seperti di bawah. Pihak kami akan membuat 2 kelas untuk setiap sessi iaitu pada hari Sabtu & Ahad bergantung kepada sambutan ibu bapa. Sekiranya terdapat lebih dari 8 pelajar yang mendaftarkan diri untuk sessi Trial pada hari Sabtu (for stage 1 & 4), maka pihak GBOB akan membuat satu lagi Trial class yang sama pada hari Ahad pula. Ini bagi membolehkan pada ibu bapa yang berminat untuk mendafftarkan anak mereka merasai pengalaman kali pertama menyertai Playgroup di GBOB. Harap maklum bahawa sessi kelas pada hari Sabtu & Ahad ini adalah Program yang sama, jadi ibu bapa hanya boleh memilih salah satu hari sahaja untuk Sessi Trial ini.

Selepas Trial Class, sekiranya berminat, ibu bapa boleh terus membuat pendaftaran di GBOB dengan membuat pembayaran pendaftaran dan bulanan kepada pihak kami mengikut harga yang telah di tetapkan di bawah. Sila maklum bahawa harga yang ditetapkan adalah sama untuk mana-mana sessi & stage.

Maklumat Trial Class Play & Learn Stage 1 (0-6 Months):

Tarikh: 6 November 2010 & 7 November 2010

Hari: Sabtu & Ahad

Masa: 10.30 am - 11.15 am

Harga: RM 25 sahaja
(*apabila kelas telah dimulakan dan terdapat ibu bapa yang ingin hadir bagi sessi Trial, harganya adalah sama seperti kelas biasa iaitu RM 35/sessi, maksimum 2 sessi Trial sahaja)

~sila bawa selimut bayi untuk sessi ini~
**********************************************************************

Maklumat Trial Class Play & Learn Stage 4 (18 Months - 4 Years)

Tarikh: 6 November 2010 & 7 November 2010

Hari: Sabtu & Ahad

Masa: 2.00 pm - 3.00 pm

Harga: RM 25 sahaja
(*apabila kelas telah dimulakan dan terdapat ibu bapa yang ingin hadir bagi sessi Trial, harganya adalah sama seperti kelas biasa iaitu RM 35/sessi, maksimum 2 sessi Trial sahaja)

~sila pakaikan anak anda pakaian yang bersesuaian untuk sessi ini~


Berikut adalah harga pakej & yuran pendaftaran untuk semua sessi Playgroup yang terdapat di GBOB.
Yuran Pendaftaran & Kelas:

Yuran pendaftaran adalah RM 150 setahun. Di bayar ketika pendaftaran dilakukan dan anda akan menerima:

  • * Sehelai T-Shirt (for your child)
  • * Sticker kereta keluaran khas Genius Baby On Board
  • *Diskaun 5% untuk semua produk pendidikan dan permainan di GBOB(kecuali pakej Little Reader & Learn By Art Programme) untuk tempoh setahun.
Yuran kelas: RM 35/Class (for any Stage of Playgroup). Dibayar untuk 4 kelas sekaligus (1 bulan) iaitu RM 140 sebelum kelas bermula. Perlu di habiskan dalam tempoh 6 minggu dari tarikh pendaftaran/kelas pertama. Pembayaran untuk bulan kedua dan seterusnya boleh dilakukan sebelum setiap kelas yang baru bermula.

Pendaftaran untuk Trial Class di buka mulai sekarang dan sesiapa yang berminat untuk menghadirinya, sila emelkan nama ibu,hp number, nama anak, dan umur anak kepada geniusbabyonboard@gmail.com atau sms kepada Watie di talian 016- 20 333 40. Harap maklum bahawa pihak GBOB membuka Trial Class ini untuk hari Sabtu dahulu, apabila kuota student telah penuh, barulah kami akan membuka sessi Trial untuk hari Ahad pula. Ini bagi mengelakkan berlakunya kekurangan mahupun terlebih pelajar pada satu-satu sessi itu.

Pihak kami juga berharap agar anda yang sedang membaca maklumat ini dapat menyebarkan info ini kepada sahabat handai dan saudara mara yang anda kenal, manalah tahu jika mereka berminat untuk menghadiri sessi percubaan ini bersama anak-anak mereka kan...:) Terima kasih GBOB ucapkan di atas jasa baik anda mennyebarkan maklumat ini. Semoga Allah SWT membalas budi baik anda. Amin..

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Semoga Allah merahmati apa yang GBOB lakukan,

Saturday, October 23, 2010

GBOB & PFA Penaja Utama Dalam My Belle Giveaway!

Yer, seperti yang telah dicanang seantero dunia sebelum ini, PFA & GBOB berhasrat nak sponsor mana2 contest yang dibuat oleh bloggers btol tak? Its a very good step sebab lepas tuh, aku dapat few emel's bertanyakan hal penajaan untuk blog mereka. :)

The first one is Has, yang kini ada kat oversea, but she is so good & still want to do the contest, bangga jugak dengan usaha dia ..:) Siap bg aku idea nak wat contest or giveaway .. and few other suggestion..:) Aku ikut jer lah .. dah namanya tak reti sgt nak buat contest.. beza contest ngan giveaway pun aku cam blur-blur jer nih .. hahha..masuk contest ok lagik... nak buat tuh yang pening sket, so, jadi penaja pun ok apa ... heheheh...Once dah discuss kat emel, dengan segeranya has terus buat entry dan buat giveaway hingga 31 Oktober nih! Cepat kan .. I likeeee.... Siap buat untuk bloggers & facebookers lagi tau! So, sapa yang takder blog, boleh join thru FB. :)

(sila baca ala-ala ahli politik tgh kempen untuk Pilihanraya Galas)

Jadi, dengan bangganya..saya ingin menyeru semua para bloggers dan facebookers untuk sama-sama memeriahkan Give Away yang dianjurkan oleh Has di blognya bermula sekarang hingga 31 Oktober 2010 ini.. Jangan risau, kerana saya tidak menyeru anda untuk menderma dara... tetapi jika anda hendak menderma, dermalah darah ... (wakaka..apa yg ko merepek ni Watieee....pepagi buta di hari Sabtu ni haaa...?)

Ok geng, aku cuma promosikan the link dan ajak korang sama2 join, tapi once korang dah buat apa yang diminta oleh Has dalam giveaway dia, make sure korang tinggal komen kat blog tuh okeh, sebab segala-galanya tentang giveaway dan bab-bab monitoring nih, Has yang buat, (kan aku dah bgtau aku ni lembab sket dalam hal-hal nak monitor contest nih, tak tahu sgt pun yer .. ni ngah nak belajar lah pelan2 nih ..wakkakaak) . So, sebagai penaja rasmi, aku galakkan korang join dan aku wat entry kat blog as my promotion & support towards the Give Away..:)

Memang banyak hadiah yang menanti.. Dan .. hmmm..tu baru Give Away tau, belum Contest lagi. We're planning to do a Contest in time to come, maybe next month dan hadiahnya sudah pasti akan lebih umphhhh! Hhehhee, so apa tunggu lagik! Copek2 lah korang klik gambar kat bawah ni okeh .. Karang melepas pulak.. dah rugi kan? Hhehhehe


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Marilah memeriahkan majlis,


Monday, October 18, 2010

Pendaftaran Playgroup @ GBOB Kini Dibuka!

Hi Friends,

I wish to inform that the registration for Playgroup is now open! Insya Allah, kalau tiada aral melintang, kelas akan dimulakan by early November 2010. There are few classes tapi buat masa nih, hanya kelas-kelas for this particular age sahaja yang akan dibuka. From time to time, I will announce if ada any class untuk umur2 yang berbeza okeh ..:)

Kelas Playgroup yang akan dibuka pendaftarannya ialah kelas for :

0-6 Months Age: Stimulation & Play Class For Mummies & Babies

dan

2 - 4 Years: Playgroup For Your Toddlers.



Info Mengenai Playgroup ini:

For 0 - 6 months : This is the most important time for you to connect with your baby, to stimulate all of the senses dan memastikan seluruh deria bayi berfungsi dengan baik. The earlier you start, the better. You will understand your baby more & segala aktiviti yang bakal dilakukan akan menjurus kepada stimulasi terhadap deria-deria bayi dan persekitarannya. Pengukuhan otak kanan juga akan dilakukan dalam sessi playgroup ini. Tempoh masa kelas adalah 45 minit untuk satu sessi.

For 2-4 years: Ketika ini, anak anda sudah aktif dan ingin meneroka sesuatu yang baru. Perjumpaan dengan rakan-rakan sebaya akan meningkatkan interaksi sosial mereka. Untuk Playgroup 2-4 tahun ini, selain dari merekacipta program sendiri khas untuk kanak-kanak ini , pihak Genius Baby On Board juga bekerjasama dengan syarikat AlimKids Consultancy di mana kami turut menggunakan modul khas yang dikeluarkan oleh AlimKids Islamic Playgroup dalam kelas & program kami. Ia merupakan satu program khusus yang menerapkan nilai-nilai Islam melalui aktiviti "structured play". Di dalam Playgroup @ GBOB ini, ia terbahagi kepada Play Class, Music Class & Simple Art Class. Ini bermakna anak anda akan mendapat faedah 3 dalam 1 di dalam Playgroup ini. Tempoh masa kelas adalah1 jam untuk satu sessi.

Student in each class:

0- 6 months: Minimum 1 pax (1 Mummy & 1 Baby) to a maximum of 6 pax (6 Mummy & 6 Babies) in each classes. Di waktu ini, interaksi yang lebih penting adalah antara ibu & bayi untuk menstimulasi mereka sebaik mungkin, jadi jumlah bayi yang menyertai Playgroup ini bukanlah keutamaan. Sekiranya terdapat hanya satu ibu dan bayi dalam satu-satu kelas, ia masih boleh dijalankan seperti biasa.

2-4 years: Minimum of 3 students with Mummy@ Daddy to start the class.Maximum of 8 students per class. Memandangkan this Playgroup adalah untuk meningkatkan interaksi sosial kanak-kanak selain Play & Learn time untuk mereka, minimum pax of student diperlukan supaya objektif kelas dapat di capai.

Yuran Pendaftaran & Kelas:

Yuran pendaftaran adalah RM 150 setahun. Di bayar ketika pendaftaran dilakukan dan anda akan menerima:
  • * Kad Keahlian GBOB
  • * Sehelai T-Shirt (for your child)
  • * Sticker kereta keluaran khas Genius Baby On Board
  • * Diskaun 5% untuk semua produk pendidikan dan permainan di GBOB(kecuali pakej Little Reader & Learn By Art Programme) untuk tempoh setahun.
  • * Harga tetap untuk menghadiri Seminar ECE di GBOB
  • * Harga tetap untuk menghadiri Bengkel ECE di GBOB
  • * Pati haruman 2cc tajaan Perfume For All
  • * Kupon Diskaun RM 5 tajaan Perfume For All
  • * Kupon Diskaun RM 5 tajaan Genius Baby On Board
  • * Kupon Diskaun RM 15 tajaan Adrinis
  • * Kupon Diskaun Harga Tetap RM 5 Cucian Kereta (Exterior Wash) dr Bling Auto Care
  • * Kupon 50% Diskaun Polish, Wax @ Interior Care dr Bling Auto Care
Yuran kelas: RM 35/Class (for any age of Playgroup). Dibayar untuk 4 kelas sekaligus (1 bulan) iaitu RM 140 sebelum kelas bermula. Perlu di habiskan dalam tempoh 6 minggu dari tarikh pendaftaran/kelas pertama. Pembayaran untuk bulan kedua dan seterusnya boleh dilakukan sebelum setiap kelas yang baru bermula.


Cadangan Bermulanya Kelas:

Minggu pertama bulan November 2010. Setiap hari Sabtu, pukul 10 am- 10. 45 am untuk Playgroup 0-6 Months dan 11.30 noon - 12.30 pm untuk Playgroup 2-4 tahun.Sebarang cadangan untuk perubahan masa, boleh diberitahu pada Watie okeh ..:)

How To Register @ Any Question?

Boleh emel terus pada Watie di alamat geniusbabyonboard@gmail.com atau call 016-20 333 40. Bgtau info anak, which class yang uols nak register dan once dah cukup korum (untuk Playgroup 2-4 years), I will annouce it here ok.

So, thats about it, kalau ada any question atau nak maklumat lanjut, dont hesitate to call me kay. Feel free to call & I will be happy to assist uols.. :)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*


Welcome to GBOB Playgroup,

Monday, October 4, 2010

The BIG Day: Majlis Perasmian GBOB Meriah!

Syukur ke hadrat Allah SWT, akhirnya pusat aktiviti Genius Baby On Board telah pun selamat dirasmikan pada hari Sabtu yang lalu, bersamaan dengan 2 Oktober 2010 bersama-sama dengan Open Office Wisma Bling Lustre. Memang berdebar-debar rasanya especially bila hari yang ditunggu2 tiba, aku plak jadi tak keruan. Hehhee, risau sana sini, nak pastikan semua berjalan lancar. Almaklumlah, kebanyakan tempahan dan arrangement aku yang buat, macam khemah, main dishes, PA System dan banner, sekali ada yang pedajal aku tetiba tak datang ker kan, mau mati kering aku hari tu. Aku dah terbayang2 dah betapa malunya aku kalau ada kontraktor atau supplier tetiba wat hal last minute, mesti ah malu ngan partner aku - Kay & Lyna & all the tetamu lagi. Hu hu .. mmg nervous ah gak nak pastikan all the arrangement berjalan lancar. Alhamdulillah, Allah memang membantu dan memudahkan urusan aku hari tu. Semua yang aku niat dan inginkan berjalan lancar dan mudah, memang Allah bukakan jalan untuk mudahkan urusan tuh, ni lah namanya rezeki anak-anak kan. Niat yang baik, insya Allah pengakhirannya baik juga. Amin.. Happy sgt neh ..:) (sampai lambat update blog.. penat punya pasal... wkakakakak)

The banner of the day... kredit to my superb designer - Yun Studio.
Wall yg dah berubah wajah- penuh dgn gambar cinta hati kami..:)
Hanz antara yg terawal dtg hari tuh.. :) Tq dear ..
Me with Suraya, Bard & Zahra the amoi so putih.... :)
My jiran yang baik hati - Ina:)
Me & the SMCS buddies .. Thanks guys .. aku belek2 gambar ngan Elya takder..hu hu..

Majlis hari tuh smooth jer.. nak kata ramai tetamu, tak lah nampak ramai sangat, tapi sentiasa ada. Dari mula sampai habis majlis. Memang aku tak menang tangan layan tetamu yang datang, kejap layan sana, kejap layan sini, nasib baiklah semua kengkawan dan family yang datang tuh faham kesibukan aku, so semua takder hal, layan borak kejap2 pun dorang suma ok ..:) Bertuah aku dapat kengkawan camneh ..:)

Me & hubby sayang .. yg byk bg sokongan..
Kiss kiss... sayang abang tau!
Us together.. best lak berdua2 an neh ..wakkaka...
Hug sampei tua nehhhh....!

Senyum lebar aku bila Dina msg bgtau she's otw tapi jem sket, happy sgt sebab akhirnya angan2 aku jadi kenyataan, I'm going to meet her in person dalam beberapa jam lagi. Terus update FB hokay. Heheheh.. Cian Dina, sampai sesat-sesat nak sampai opis aku. Banyak kali juga dia call dan cakap ngan hubby, almaklumlah, aku nih bab nak guide jalan fail sket ..:P . Yang aku nih punyalah ingat Dina tanya jalan ngan hubby aku, sambil hubby Dina drive keta, sekali tetiba bila sampai, Dina muncul sorang-sorang! Terkejut gak aku wei! Mati-mati aku ingat hubby dia drive! Terer ah gak dia sambil cakap sambil drive nak pastikan tak sesat .. Kalau aku sure dah ketepi jalan wei .. hahahha...

Dina yang baru sampai, terus dukung Zayra :)
Me with my sis - Nana & Dina..:)
Dina sangat ramah ajak my mum yang pendiam tuh borak2 ..:)

Another shocking thing yang dia bgtau masa we all jumpa, yg buat aku salute pada dia, bila dia bgtau yang anak bongsu dia- Imran rupanya dari malam tadi kena Rotavirus infection, sampai minum air putih pun termuntah juga. Kalau nak ikutkan, boleh jer Dina cancel kedatangan dia due to her baby condition (tapi memang aku akan malu besar lah gak kalau Dina cancel...sebab dah warwarkan dalam blog & FB kan .. hu hu ..) tapi she still come sebab dah janji ngan aku. It really makes me respect her more! Sangat dedikasi dan berpegang pada janji. :) Personal thanks to you Dina, sangat-sangat menghargainya ..:)

Naik tangga for the launching ..:)
Ready...
And ...cut!!!
Yeahhhh...dah potong....!
Pose dulu ..:)
Me with Dina yg cantik jelita ..best dapat kulit cam dia ooo...

Dan, keramahan Dina dengan all my guest yang hadir membuatkan semua orang yang datang sangat happy dan menyukai personaliti Dina. Memang dia ramah dan layan semua tetamu yang hadir dan nak bergambar. From the time dia kata dia kena balik cepat sebab nak tgk anak dia, sejam lepas tuh barulah dia dapat balik betul-betul, sebab ramai sgt nak bergambar dan berborak ngan dia. Aku pun serba salah nak halang atau cut the conversation sebab aku paham, semua pun excited dan teruja kan ..heheheh...Lucky Dina okeh dan memang best!!! Haruslah semua artis mencontohi sikap down to earth Dina nih ...:)

Kek yg sangat sedap...
Cake cutting session
Berpadu tangan ..:)
With my beloved Mum...:)
Me & hubby with Dina...:)

Lama jugaklah aku berborak dan menerangkan satu demi satu tentang apa yang GBOB lakukan dan produk serta perkhidmatan apa yang di tawarkan di sini. Dina memang sangat suppportive dan menyokong apa yang aku lakukan, sampai dia minta aku buat proposal so that dia leh panjangkan pada MHI @ WHI. Terharu jugak rasanya dengan sokongan Dina buat GBOB. Insya Allah, aku akan lakukan apa yang diminta tuh ...:)

Learn By Art Programme - salah satu aktviti yang bakal dibuat di GBOB..:)
Dina pun dapatkan this product for Amna ..:)
Me tgh explain pasal produk pendidikan GBOB yang ada.
Eh eh ..seksinya anak aku!
Buku nih dah ada kat rumah Dina .. hehe..
Buku Paul & Mary juga menjadi pilihan Dina @ GBOB
Menerangkan pada Dina about Little Reader .. She love it!

Dina juga sangat prihatin dengan Zayra & also Fahry, hero Mommy Lyna. She loves Zayra yang gemok, tapi tumpang sedih juga dengan apa yang di alami Zayra & her Symbrachydactyly situation. Dia tanya-tanya jugak pasal Zayra's condition masa dalam perut. Me as usual, happy jer nak citer bila orang tanya. So, kalau korang jumpa aku, nak tanya ..tanya jer kay ..jgn memalu atau takut aku kecik hati. Takder nya nak kecik2 hati.. hehehe...

Us with Dina ..Sian adik aku nak menyelit gak..ehhehe
Sedapnya Zayra kena dukung ngan Auty Dina. :)
Mak, abah & our family ..:)

Majlis berakhir dalam pukul 4 pm, tapi we all lepak-lepak sampailah nak dekat pukul 6 pm kat khemah. My family & hubby punya family berborak2 lama gak sebelum balik. Then, sampai malam ada jugak sedara belah hubby yang datang melawat, sempat jugak sembahyang Magrib sambil sembahyang Hajat kat opis.. :) Then, Puan Maiza pun sempat juga melawat GBOB, she's coming a little bit late, after function habis, discuss few things with Kay then lepas habis, baru naik ke GBOB. Nak dekat sejam jugak aku borak-borak ngan dia. She's a very nice lady, sangat lembut dan cakap pun soft je. Bertuah erk hubby dia? And aku sempat gak ah merasa Nasi Ayam Pandan yang Kay & Lyna tempah ngan Maiza. Sedap ooo.. boleh tahan gak ah untuk kita tempah for function. :) Semoga business Maiza bertambah maju. :)

Berborak with Lyna :)
Me with Dina @ Scriptory Box..:)
Me & Partner with Dina - Kay & Lyna dengan anak masing2 ..:)
My bff @ UTM - Kea. Wah ..silap2 anak lam pewut muka cam Dina.. ahaks ...! Aku lupa bergambar ngan Reen.. sedih jer ..:(
Peluk sebelum balik..:)
Cenderahati utk Dina sebelum balik..:)

Cakap pasal makan, boleh dikatakan 100% tetamu suka dengan main dishes yg we all sediakan, Nasi Beriani berlauk ayam masak merah, daging masak kicap dan arca. Memang sedap oo.. serius aku tak tipu.Hheheh.. Semua puji dan kata sangat sedap terutama daging masak kicap dia. Daging lembut dan sedap hingga ramai tetamu tambah sampai 3 kali! Hhehehe.. Tak sesia aku amik katering Meru nih. Puas hati aku tetamu semua suka. Kalau sesapa nak contact this katerer, leh amik number ni: 012- 9037904, 019- 3914670 cakap ngan Kak Rozi @ Encik Syukor. Kek yang Dina potong for the launching pun sangat sedap. Aku amik dengan member aku, yang buatkan kek for B'day Qarissa. Dah tahu memang hasil tangan dia sedap. Haruslah jadi regular kan ..:) Dina siap suruh potong bawak balik hokay .. :) Banggalah ko Yat oiii...

Us with family Cik Dah, Makcu & Abah ...
Us with Zuraini & anak-anak,bff time skolah dulu ..:)
Me & Farah, Kamalia & Fatimah dengan anak2..:) Thanks for coming dear ..:
Me & Jegot, bff SMCS.

Kesimpulannya, majlis perasmian ini merupakan satu kenangan terindah buat aku dan keluarga serta anak-anak. Semuanya bermula dengan ANGAN-ANGAN. Serius beb.. ANGAN-ANGAN. Tapi bukan angan-angan kosong. Rasanya hampir semua angan-angan aku selama ini menjadi kenyataan. Dulu, aku angan-angan nak dapat hubby yang best, sporting dan selalu menyokong apa aku buat, dah dapat pun. :) Aku berangan-angan nak ada rumah besar, selesa dan nak hias rumah sendiri. Alhamdulillah, sapa sangka masa umur aku 27 tahun, aku berjaya beli rumah sendiri. Aku pernah berangan-angan, kan best masuk TV ada org interview, dah tercapai pun masa PFA masuk rancangan Apa-Apa Aja @ TV3. Angan-angan nak ada centre sendiri, buat ECE punya program, tak sangka Allah bagi peluang bukak GBOB, yang terkini, angan-angan nak jemput Wardina launchingkan opis kalau betul aku jadi bukak opis, sekali lagi angan-angan aku jadi kenyataan. Seronoknya rasa Allah jer tau..:) Syukur sangat.. hmm..pasni nak angan-angan apa yerk? Erkk? Dapat baby boy kot? Wakakakakakka....Tunggu Zayra 3 tahun lah dulu yerk ..ahaks ..

Terima kasih dari kami sekeluarga ..:)

Pada semua tetamu yang hadir, baik saudara, rakan taulan mahupun yang baru berkenalan pada hari tersebut, Watie dengan ini nak mintak ampun dan maaf kalau sepanjang majlis di adakan, ada yang terkurang dari segi layanan mahupun makanan. Harap semua berpuas hati dan semoga kita berjumpa lagi kay! Terima kasih di atas sokongan anda dan nantikan updates program-program terbaru GBOB nanti. :)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Bercuti di Bali dgn hati yg tenang hujung minggu nih!!,