Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Monday, January 31, 2011

Stimulasi: Pentingnya Anak Mendengar Sebutan Yang Betul.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kepentingan memberikan anak anda stimulasi pendengaran yang baik. Apa yang saya maksudkan dengan stimulasi pendengaran yang baik? As simple as this : Apa yang anak anda dengar dari persekitarannya, dari sekelilingnya, dari orang yang terdekat dengan mereka dan dari apa yang mereka tonton atau dengar. Kita sebagai ibu bapa adalah memastikan anak kita mendengar sesuatu perkataan itu, tidak kira bahasa Melayu, bahasa Inggeris  atau apa sahaja bahasa yang ada di dunia ini dengan jelas sebutan dan pengucapannya. Jangan kerana anak kita masih kecil, kita bercakap ikut sedap rasa, ikut sedap mulut atau mungkin pelat bayi. Sesekali mungkin okeh, yer satahu baby memang sangat kiut & we tend to cakap pelat2 kan? Hehehe, saya pun macam tuh jugak, tapi bila teringat kembali, cepat2 saya kontrol and change my voice intonation and pronounciation. 

Kenapa ia penting? kalau anda tgk, tagline GBOB adalah ALL BABIES ARE GENIUS! Dan saya sangat berpegang kepada tagline tersebut. Bayi sememangnya sangat genius sehingga mereka boleh menyerap apa sahaja yang mereka dengari menggunakan deria pendengaran dan menyimpan maklumat tersebut di dalam otak mereka sehingga tiba masa yang sesuai untuk mengucapkannya. Just imagine apabila anda "memberi makan" kepada otak anak anda dengan perkataan-perkataan yang tidak memberi sebarang makna, atau pelat, atau bahasa pasar, atau bahasa daerah malah lebih teruk lagi kalau anak anda tumpang sama tgk VCD atau movie kat TV yang penuh dengan sumpah seranah (sebab satu keluarga bergaduh berebut harta). Sedikirt sebanyak anda anda akan menyerap maklumat tersebut di dalam otak genius mereka. 

Saya memang gediks! 

Tetapi, cuba bayangkan jika anda memberikan anak atau lebih tepat lagi bayi anda (yer, sedari bayi..) mendengar sesuatu yang baik dan memberikan manfaat, contohnya mendengar Al-Quran, Muqaddam, DVD Education, Nursery Rhyme dan sebagainya yang bermanfaat, inilah yang akan diserap oleh anak anda ke dalam otaknya. Secara mudah: Apa yang kita bagi @ feed, itulah yang akan di "makan" oleh anak. Jangan salahkan anak kalau mereka sukakan Ben 10 @ Ultraman @ Strawberry Shortcake kalau itu yang anda tunjukkan pada mereka. Anak kita tak tahu apa-apa, malah kewujudan cerita tersebut pun dia tak tahu, kita yg gatal tgn gi bukak tunjuk kat dorang dengan harapan kerja-kerja kita dapat diselesaikan tanpa gangguan kan? Hmmm.. Ingat saya tak tahu? Hheheheh....Ckp pasal Strawberry Shortcake, dah 2 tahun setengah hidup Qarissa, baru saya tunjuk DVD tuh padanya, dan sekarang..hambek ko! Sikit-sikit Straw, be be beryyyy...Straw be be beryyyyyy!!! Dia nyanyi lagu tuh jer ... Hhehehe.. 

Dan, saya percaya ramai ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak yang menguasai bahasa Inggeris dengan sangat baik tanpa perlu bersusah payah mengajar mereka, betul tak? Semuanya hasil bantuan channel-channel luar negara dan Astro seperti 613, Disney Channel dan sebagainya. Balik-balik kerja jer, terus terkejut dan bangga sebab anak sebut perkataan bahasa Inggeris dengan sangat betul, petah malah siap accent yang "berhabuk" lagi. Memang kalah lah mak dia... :) Itulah yang saya maksudkan stimulasi pendengaran yang baik. Anak kita akan menyerap segala apa yang mereka dengar dan mengucapkan kembali tanpa rasa susah langsung! With no effort at all! Secara semulajadi sahaja. Tapi kalau kita? Ya Allah, 10 kali dengar belum tentu boleh betul. Kalau betul pun, accent mesti orang kata ngada-ngada, nak sebut cam mat salleh celup kekdahnya! Hahahaha... 

Kerana itulah sangat penting kita memberikan anak kita mendengar bunyi dan sebutan yang jelas, baik, betul dan kalau nak ajar English misalnya, janganlah kita memberikan DVD (walaupun DVD Education) yang accentnya berbunyi seperti English + Cina. Kalau nak ajar Cina, pastikan bahasa dan sebutan itu disebut dengan jelas dan betul. Bahasa Mandarin lebih mencabar kerana ada 4 bunyi @ intonasi yang harus dipelajari. Susah giler noksss... tapi si Qarissa belajar (belajar mender, main jerrrr) dengan sangat gembiranya. Ntah hapa yang dia suka pun aku tak paham. Bila tgk Mandarin file -  Toung Chuo' punya file kat LR tuh, tergelak2 macam tgk sarkis kekdahnya, padahal mender yang sama jer dengan English punya file. Tapi terer btol dia sebut semua perkataan walaupun saya belum PLAY file tuh! Saya sampai sudah tak hafal2. Otak tepu mak dia nih! 

Saya juga ingin berkongsi cerita dengan anda, salah seorang participant saya di Seminar yang lalu, Kak Nur memberitahu bahawa anaknya yang sebelum ini membesar di New Zealand, English mestilah berhabuk kan, siyes beb, suka saya dengar anak dia cakap English. Menurut Kak Nur, bila di Malaysia dan mula bercampur gaul dengan rakan-rakan yang lain, dan mungkin juga penggunaaan Bahasa Inggeris di sekolah anaknya more to Chinese English, bila balik rumah, anak Kak Nur tend to use the Chinese English slang. English tapi berbunyi Cina, padahal masa kat New Zealand Dairy Board tuh, her English was fantastic! Di sini, bolehlah kita simpulkan, betapa mudahnya otak anak kita menyerap segala maklumat yang mereka dengari dan mengaplikasikannya dengan mudah tanpa effort at all! Siap boleh ikut persekitaran dia membesar lagi! Jadi, terpulanglah pada kita bagaimana kita ingin membentuk anak kita melalui stimulasi pendengaran ini .:) 

Saya akhiri entry kali ini dengan video Qarissa membaca menggunakan LR. Kalau uols nak tau video ni saya amik guna my BB jer. Dan file LR tuh memang takder suara dan gambar. Cuma perkataan semata-mata, sebab file tu merupakan file yang saya guna untuk kelas Playgroup saya. Saya gunakan LR sebagai alat bantu untuk membuat material semasa kelas dengan lebih mudah dan file ini adalah file Opposite.:) Si kenit ni pulak, bila saya tgh-tengah test file tuh, sibuk duk baca-baca, mula-mula excited, dah nak akhir2 tuh bunyi pun macam malas jer. Bak kata Lyna, anak ko pun dah boring tgk perkataan ni tak mencabar minda langsung nak baca! Ekekeke.. Aku tak suruh pun, dia yg sibuk-sibuk nak baca!. Dah lama juga file ni dalam simpanan saya, saya dah lupa pun, sampailah baru-baru ni bila kat KLCC, saya nak tunjuk demo pada client, saya jumpa file nih, dan terus berniat nak kongsikan entry pasal sebutan ni dengan pembaca blog saya. Saya nak ajak pembaca semua dengar sebutan yang keluar dari mulut Qarissa. Perkataan-perkataan seperti THICK, BACK, BLACK, CLOSE, OPEN, SIT, DIRTY, CLEAN dan sebagainya. Banyak naaa aku pun dah lupa apa si Q ni bebel. Hahahhaa.. Tapi yang penting, deengar sebutannya. Very precise and jelas untuk budak bawah 2 tahun setengah kan? Penggunakan ck, cl, dir dalam bahasa Inggeris mengikut Phonics yang sangat baik saya rasa. Dan dia belajar tanpa effort langsung! Saya pun tak sebut jelas macam tu kot?? Semuanya melalui apa yang dia dengar di file Little Reader selama ini. Ada 3 suara berbeza dan suara tuh sangat jelas dengan accent yang sangat baik. Dan, inilah hasilnya! Tak bermakna anda tiada LR, anak anda tak boleh mempunyai accent seperti ini, ada banyak sumber lain. No worries, yang penting, apa yang anda beri kepada anak anda untuk mereka dengar! :) kalau boleh, carilah VCD yang berkualiti dan baik, dapat British punya  lagik best ooo.. jatuh cinta saya dengan accent British. Ekekekeke.. hover noksss!



post signature

post signature

No comments: