free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, November 30, 2011

Montessori Workstation @ Home: Idea Menghias Bilik Anak.

Hari ni Watie nak share tentang bilik baru Qarissa dan Zayra yang Watie and hubby hias cantik2 sejak dia mula sekolah bulan November lalu. Masa 1st time Watie jumpa dengan Prinsipal Qarissa, beliau ada cakap yang Watie mesti berusaha untuk biarkan Qarissa tidur sendiri as one of the solution untuk kurangkan "attachment disorder" dia. Walaupun di bilik yang sama dengan parents, tapi biar dia ada katil sendiri. Dah lama sebenarnya Watie terfikir untuk buat macam tu, tapi Qarissa ni manja sgt dengan Daddynya, tidur atas dada Daddy setiap malam, jadi ia seolah2 satu misi mustahil. Tapi bila Prinsipal dia, orang yang biasa deal dengan kes-kes begini memberikan pendapat, I think the time has come for me to be more firm about this. Dan, kebetulan yang sangat menarik, Q pun dah mula sekolah. Dia dah rasa tanggungjawab dan rasa macam kakak- kakak. So, Watie dapati ia adalah masa yg sesuai untuk kami cuba tidurkan Qarissa di katil sendiri.

Just imagine, Watie dapat  hadiah huruf nih masa lahirkan Qarissa 3 tahun lepas, dan hanya pada bulan November 2011 baru watie pasangkan di depan bilik Qarissa & Quzayra. Hahahaha..lama kan Watie simpan!
Leka main blocks. Aderghh...bengkok Mommy! Satu kat opis, satu kat umah, sepatutnya ni utk Johor Branch, tapi sebab Q sibuk giler nak suh saya bukak, saya bukak jer lah. Kesian pulak tgk dia merayu2 suruh bukak sebab dia nak main. Mommy dia malas nak bawak balik blocks from office to home.

Few days after Qarissa masuk sekolah, Watie beli katil bujang dan letak sebelah katil me & hubby. Siap shopping comforter and bedsheet kat Ikea lagi, punyalah excited. Sungguhlah tak sangka, bila Q tgk katil tu dan we all kata kat dia, "You're a big girl Qarissa, you have your own bed now! Wow!!" dan ayat2 power lain dengan suara penuh excited untuk galakkan dia baring atas katil tu, Qarissa memang teruja. Dia minum susu dan baring atas katil tu sampai tertidur. Ia tidaklah sesusah yang kami bayangkan. Kadang- kadang, bila tgh malam, dia akan panjat balik katil Watie dan tidur sebelah Watie, for me its oklah, at least separuh malam dia dah tidur sendiri, tak merengek dan takut, pagi pun bgn tidur happy jer nak gi skolah, so Watie rasa lega bila cara pisah katil ini berkesan untuk Qarissa. 

The Montessori Workstation @ home. Love it!

Q with her Apparatus 

Selain tu, me and hubby pun dah mula teruja nak hias bilik tidur cum bilik mainan dia tu. Watie mulakan dengan menyediakan satu Montessori workstation khas untuk Qarissa dan Quzayra meneroka segala macam EPL - Early Practical Life Apparatus yang mampu Watie sediakan untuk mereka. Watie sedaya upaya buat macam Montessori room supaya Q and Zayra rasa seronok dan teruja, jadi bila mereka pergi sekolah dan lihat persekitaran yang sama, mereka rasa dekat dengan rumah. My school is my home lah kekdahnya! Hehehehe..

Montessori Kids @ work! Kesian Yaya, dia duduk kat kerusi tuh agak  rendah, so dia berdiri. Nak kena gi IKEA beli kerusi satu lagi. Heheheh..
Pouring & Scooping Activity. Leka bermain bersama.

Sebenarnya kan, taklah mahal sangat kalau kita nak aplikasikan Montessori Method especially EPL Apparatus at home ni. Kosnya sebenarnya bergantung pada kita. Kita boleh jer pakai barang-barang kat dapur tu sebagai Apparatus tapi kalau kita nak tersusun, cantik, seragam dan sedap mata memandang, barulah ia melibatkan sedikit kos, tapi tak berapa mahal pun pada pendapat Watie. Macam contoh, Watie beli rak yang uols nampak dalam gambar ni at Giant, harga dia baru RM 39.90 satu set. Watie beli 3 set dan gabungkan sekali. Asalnya Watie nak cari kat IKEA, tapi yang rendah punya rak dah discontinue katanya, tu yg cari alternatif lain. Happy bila jumpa rak ni, sebab just nice ketinggiannya dengan Qarissa, untuk Zayra mungkin agak tinggi tapi level 1 and 2 Zayra masih boleh capai. Kebetulan plak, bila letak 3 rak berderet, nak tutup pintu masih boleh, just nice lah org kata, tu yg Watie rasa seronok sebab dah nampak macam Montessori Workstation kat kindy, verangan lah aku yang bilik tu macam one of the kindy room, pastu siap verangan, kalau aku amik upah jaga anak orang, siap ngan sessi stimulasi dan pembelajaran, ada tak org nak htr anak dia kat aku? Hhahahhaha...hover tau Teacher Watie nih..tu anak dua gi jaga betul2 dulu yerk! Wakakakakaa...

Siblings..
Zayra sgt leka dengan kerjanya!

Then, Watie cari pula bekas ala2 dulang untuk letak setiap Apparatus dalam bekas tu. Puas juga lah cari, sebab kebanyakan dulang agak mahal, dalam RM 5-8 setiap satu, Watie nak pakai banyak, ingat nak beli 12 sebagai permulaan, kalau satu dulang atau bekas dah makan RM 5.90 satu, bengkok juga nak beli banyak2 kan..Watie memang nak cari yang seragam, sedap mata memandang sikit. Kalau nak ikutkan, korek jer dulang apa yang kita ada kat dapur tu kan, tapi selaku mak yang hover dan agak poyozz, semua nak cantik, hahahhaa..terpaksalah Watie gi hunting sana sini cari yang mampu di beli. Akhirnya, Watie jumpa lah juga bekas biru yang harga RM 3 sebuah tu. Bukanlah exactly dulang, tapi oklah size dan kedalaman bekas tu. Q dan Zayra senang pegang, tak besar, tak kecik dan kalau main air dan sponge dalam bekas tu, tak lah risau air melimpah keluar sebab bekas tu dalam juga. So, Watie pilih warna biru dan beli 12 set. Semua Apparatus Watie masukkan dalam setiap bekas tu.

Bangga sangat bila Zayra letak balik apparatus tuh di tempat asalnya. Bravo Zayra!
Pastu dia sambung main kat situ pulak! 

Apparatus tu pulak, kebanyakkannya memang Watie beli. Watie ni jenis malas nak korek2 barang dapur dan campur2 pakai. Mungkin Watie ni kurang idea juga, jadi mana bahan2 terbuang tu, memang Watie tak reti guna sgt untuk pakai semula. Contohnya kan, kat kindy Qarissa, Watie nampak ada apparatus - sorting button ikut color, biasa jer button tu, macam recycle button lama tapi berguna juga kan, tapi Watie pikir "Alamak, dah satu hal plak aku nak cari button2 terpakai kat umah aku, mana lah aku ingat aku letak mana kalau betul ada pun??" Sudahnya, Watie beli jer lah set button baru yang banyak color as one of the Apparatus. Tak mahal ah, dalam RM 3.90 satu set. Tu lah perangai Watie, malas nak pikir, malas nak cari dan korek2 dapur, bersepah jer nanti, skali cari2 tak jumpa, baik aku beli jer lah, tak buang masa kan.. Hehhehehe..

Lekanya anakku!
Dalam banyak2 apparatus, dia paling suka Scooping activity, maybe sebab warna merah tuh menarik perhatian kot!

Antara Apparatus yang Watie letak dalam bekas tu kebanyakannya untuk meningkatkan konsentrasi, koordinasi mata dan tangan dan mengukuhkan motor halus Qarissa dan Zayra. Kebanyakkan aktivitinya Watie aplikasikan juga di kelas Playgroup @ GBOB, sebagai pendedahan asas pada setiap ibu bapa tentang bagaimana kaedah ini membantu skill motor halus anak dan mengajar mereka berdikari. Watie tahu, semua ibu yang hadir pada hari Watie memperkenalkan kaedah ini mesti bangga tengok anak masing-masing simpan bekas mainan di rak seperti yang di minta oleh Watie & Teacher At kan? Mesti ramai yang tak sangka yang anak mereka boleh buat begitu tanpa susah payah kita memaksa malah bangga mereka dapat melakukannya. Sebenarnya, mereka memang boleh buat, tetapi mereka tiada kesempatan untuk berbuat begitu kerana anda selaku ibu bapa TIDAK PERNAH MEMBERIKAN ANAK PELUANG TERSEBUT!! Betul tak? Cuba duduk diam-diam, fikirkan semula. Pernah tak kita bagi peluang untuk anak kemas balik barang, tunjukkan pada anak bagaimana caranya mengemas semula selepas main, sabar sedikit jika anak lambat mengemas @ mungkin tidak mahu mengikut kata-kata kita in the beginning , ada tak kita buat camtu? Saya percaya hampir semua ibu bapa tak buat camni kan? Sebab kalau buat, mesti sekarang dah berjaya dah pun! Heheehe.. Kita asyik nak cepat jer...kita rasa kalau anak kemas bukan makin bersih, tapi makin sepah. Kita tak tahan menunggu mereka kemas sebab lambat tak macam kita yang segala serba serbinya cepat. Bila anak buat kerja lambat, atau ambil masa untuk kemas barang permainan mereka, kita jadi tak sabar dan cepat2 tolong mereka kemaskan permainan itu atau lebih teruk lagi, langsung tak suruh anak kemas, kita sendiri yang kemas tanpa cakap apa2 atau suruh maid yang buat kerja kemas2 tuh! Lepas tuh, komplen anak asyik meyepah dan kita penat buat kerja! Haaaaa! Macam lah saya tak tahu kan .. betul tak? Ekekekek.. Saya pun satu ketika dulu macam tu juga..! Heheheh..Sebab tuh saya kata, mendidik dan membesarkan anak adalah satu journey yg sangat saya hargai. Setiap saat dan ketika saya belajar perkara baru dari mereka dan saya sangat menghargainya. Hingga saat ini, saya masih lagi belajar dan semakin saya belajar, semakin banyak yang saya tak tahu dan saya seronok sebab sekarang saya dah tahu. :) Kalau sapa kenal saya dulu, tahu saya ni orgnya jenis tak sabar dan pemarah juga, tapi lepas ada anak, secara perlahan-lahan sikap tersebut mula berubah. Its not easy tapi perlahan-lahan saya cuba ubah sikap itu terutama apabila saya deal dengan kanak-kanak. Saya jadi lebih sabar, happy dan optimis. :) Sebab tuh saya berani consult parents on this kerana saya pernah mengalami apa yang anda semua alami. :) 

Q yg eksaited!

Ada juga parents yang kata, "Anak i ni kat kelas you rajin sangat, sampai rumah semua jadi malas, takmo kemas barang lepas  main!!" Hehehhe.. normal lah tuh Mommy, kat umah sometimes dorang purposely buat camtu, nak tarik perhatian you. Tapi percayalah, kalau kita asuh, kita jadikan aktiviti "menyimpan kembali barang selepas main" sebagai satu rutin, anak kita akan terbiasa. Untuk permulaan, bolehlah "jual" nama Teacher Watie ni kat anak-anak anda. Maksudnya, cakap camni kat anak, "Lepas main, abang @ kakak kena kemas balik tau sayang, nanti Teacher Watie tengok, Teacher Watie datang rumah, tengok barang abang suma sepah-sepah, malulah Mommy!". Ni contoh saja, kalau anda ada idea yang lebih baik, boleh saja gunakannya asalkan ianya berkesan. Sama seperti Watie, Watie juga sometimes "jual" nama cikgu Kindy Qarissa, samada Teacher Azura, Aunty Ros @ Teacher Edward bila Qarissa kadang-kadang tidak mahu dengar cakap Watie :) Berdasarkan pengalaman Watie, memang kalau kita "jual" nama cikgu ni (in a positive way lah kan ..) ia berkesan. Mommy2 yang datang Playgroup mesti ingat dan perasan yang kadang-kadang, kalau uols cakap apa pun, anak takmo dengar, tapi bila Watie datang dan handle the situation, senang jer anak anda dengar cakap Teacher kan? Hehhehe.. Itulah "amazing" nya jadi seorang guru. Same goes to me. Bila turn anak Watie, Watie pun perlukan bantuan cikgu Q juga kerana peranan sebagai seorang guru dan cikgu adalah berbeza.:) Nak-nak, anak kita kecil lagi. Manalah Qarissa dan Zayra tahu yg Watie ni "cikgu". Yang dorang tahu yang Watie ni mak dorang. Buat perangai selebet camner pun, Mommy tetap sayang. Hehehhe.. Tapi bila dengan org luar a.k.a cikgu, mereka ada perasaan segan dan hormat pada figura tersebut, jadi pada Watie, tak salah kita gunakan idola anak kita (Teacher lah tu) sebagai senjata untuk anak kita berkelakuan baik. :) 

Dan bermulalah sessi posing2 anak ku Qarissa!

Bila Watie dah sediakan this workstation, Watie rasa puas sangat, dan suprisingly, both Q's ni tak lah sibuk nak sepah-sepahkan apa yang ada kat situ. Mula-mula  Watie risau juga mereka akan sepah-sepahkan apa yang ada, habislah penat aku nak mengemas jer kerjanya kan, tapi time tuh Watie dah sematkan dalam hati, kalau dorang bersepahkan mainan tuh, I shud be happy sebab itu bermakna ANAK-ANAK WATIE SEDANG LEKA MENEROKA PERSEKITARAN mereka, cuba DISCOVER apa yang ada dan sebagai ibu, Watie harus bangga dengan pencapaian tersebut. Kalau dorang buat bodoh jer dengan apparatus tuh, lagi haru noks! Watie fikir, kalau bersepah pun, ia hanya dalam bilik dan bukan satu rumah, Dah puas bersepah nanti, kemaslah balik. Apa susahhhh....Ajak mereka kemas sama-sama, mesti seronok! Dan ternyata bila kita berfikiran positif seperti itu, semua perkara jadi sangat mudah. Terkejut Watie bila Qarissa tak lah sibuk nak sepahkan the workstation, malah Qarissa sangat cermat, ambil dan simpan semula setiap mainan yang telah dimain. Cuma Zayra yang suka sepah2kan mainan, terlebey excited tapi Watie tak marah pun, bebel2 manja jer, sebab Zayra kecik lagik, so, Watie tak lah expect dia akan cermat macam Qarissa, but suprisingly, Zayra juga pandai kemas selepas main, walaupun tak setiap kali main, tapi usaha dia buat Watie bangga juga. Especially bila tengok dia angkat bekas tuh, guna 2 tangan dan cuba sedaya mungkin simpan semula di rak. Bangga sangat tgk tau! She really want to do it herself. Tapi, bila time dia nak ngada2 tuh, memang dia sengaja jatuhkan apparatus yang sempat dia capai. Sabar jer lah. :P

Proud of her Montessori wokstation

Watie strongly suggest pada semua pembaca blog GBOB ini,  sediakan ruang khas untuk anak anda bermain. Kalaupun tak dapat buat workstation yang besar dan lengkap, sekurang-kurangnya ada ruang untuk anak kita meneroka persekitaran mereka secara tetap dan kerap. Kita jadikan ruang tersebut sebagai tempat mereka meneroka atau senang cakap, "THEIR TERRITORY". Ini dapat melatih dan menanam perasaan hormat dalam diri anak kita terhadap barang-barang miliknya. Watie dapati, ianya sangat berkesan, dan anak kita takkan menyepah, kalau betul dia sepah pun, hanya ketika dia main, dan selepas itu, mereka akan mengemasnya semula. Of course di awal-awal tuh, kita harus galakkan dan beri tunjuk ajar, but later on, they will know their responsibility. Dan, janganlah kita expect yg anak kita tuh akan kemas workstation mereka tu dengan cantik dan kemas macam mana kita kemas. Sebagai anak2 yg baru belajar, mesti ada kekurangan di sana sini. Kita seharusnya bangga jika anak kita mampu meletak kembali bekas mainan mereka  di tempat yg betul walaupun ianya senget-benget. Jangan banyak komplen, tapi banyaklah berikan pujian. Anak kita sangat suka dan dahagakan pujian, so please Mommy & Daddy, jangan kedekut sangat okay! Bukannya kena bayar pun nak sebut kata-kata pujian tuh kan? Heheheh..Dalam masa yang sama, kita berikan tunjuk ajar cara yang betul meletakkan kembali mainan agar dari masa ke semasa, skill mereka semakin baik. 

Sukanyaaaa diaaaa!

Apa yang Watie dapati, kalau EPL - Early Practical Life punya Apparatus, dia tak mahal sgt, tapi kalau yang khas untuk ajar Language, Math, Science & Cultural, memang apparatusnya mahal sedikit. Tidak hairanlah kalau kindergarten yang berasaskan Montessori agak mahal sedikit yurannya, kerana alat bantu mengajarnya juga memang mahal. Tapi, taklah jauh beza sgt kot, dalam RM 20-30 jer beza sebulan dengan normal kindy. Sebab tuh, ramai ibu bapa yang berminat nak gunakan kaedah Montessori @ home akan cuba untuk buat sendiri alat bantu mengajar ini bagi mengurangkan kos. Memang jimat dan rasa puas sebab kita buat sendiri. Untuk ibu bapa yang bekerjaya, memang nak buat2 alat bantu nih agak leceh sedikit lah. Especially kalau tak creative dan masa sering tak cukup. Takut separuh jalan buat, dah rasa lemah semangat dan pastu langsung tak buat! Haru jer.. teringat saya sorang member ni, Sue saya panggil dia, saya tahu dia baca blog ini, wkakakaka.. lawak jer dia nih tau! Dia beli Little Reader, tapi masih buat flash card guna Ms Words! Pastu msg saya tanya pasal Flash Card yg saya jual, sebab dia dah mula rasa penat dan buang masa buat flash card sendiri! Mana nak repair alignment kat Words, cari gambar dan sebagainya, masa terbuang berjam-jam just to repair the whole set of words! Pastu, kira2 balik kos, macam lagi murah jer kalau beli Flash Card terus. Yer lah, nak laminate lagik, kos laminate dah berapa kan? Saya suruh dia buat Flash Card guna Little Reader tuh ha! Kemain senang lagik, tak yah pikir apa dah, tulis jer apa nak tulis, pastu nak color apa, font apa, nak print camner, semua dah siap guna software tuh! Senang giler wei! Rupa-rupanya, selama nih dia tak pernah guna pun LR tuh untuk buat flash card anak! Sabar je haku noksss! Bila dah cuba buat sekali, baru lah dia rasa betapa senangnya hidup ada LR tuh! Lawak jer saya rasa bila pikir balik. Hhehehe..Memang LR tuh dicipta untuk memudahkan para ibu bapa yang bz kerja, takder masa nak buat mender2 remeh temeh nih, dan sgt best utk org yang PEMALAS macam aku nih! Hahhaha.. Saya sejak baca buku Azizi Ali, memang saya setuju betul apa dia tulis. - Jangan jadi macam tikus baiki labu. Kalau kita tak pakar dalam sesuatu perkara, carilah pakar. Biar dia yang buat untuk kita. Cth: Kita tak pandai repair paip air, so tak payah memandai2 nak repair paip air tuh konon2 nak jimat duit, silap2 lagi jahanam paip tuh, dan lebih mahal kos nak memperbaikinya. Baik lah kita cari pakar yg pandai repair, kita bayar pakar tuh dan masalah kita selesai. Kita pakar cari duit (sebab tuh kita kerja @ buat bisnes kan), jadi cari lah duit untuk bayar mereka2 yang pakar dalam bidang masing2 ni. Bila saya baca apa Azizi Ali tulis dan fikir kembali, saya rasa memang betul apa yang dikatakannya itu dan sejak itu, saya mula "let loose" sikit. Kalau tak dulu..selagi boleh aku nak buat semua sendiri, sampai rasa letih sgt, dan adakalanya tak terbuat. Hehehhee...Sebab tuh, jika saya jumpa apa2 Apparatus yang bagus dan sesuai untuk anak saya, dan harganya saya mampu bayar, kira ada dalam bajet ah, saya akan beli sahaja walaupun sebenarnya, kalau nak ikutkan, saya boleh buat sendiri di rumah. Yer, saya memang boleh buat, saya ada keupayaan untuk buat, tapi apa yang saya tiada ialah MASA untuk membuatnya. Daripada langsung tak terbuat, baiklah saya beli, jadi anak saya boleh terus gunakan Apparatus tersebut:)

Pose gini okeh ker? 

Ok, rasanya setakat ni dulu perkongsian saya tentang Montessori Workstation @ Home kali ini. Semoga ia dapat memberikan sedikit idea bagaimana untuk menghias dan memenuhi bilik anak anda dengan alat bantu mengajar sambil bermain yang bukan sahaja dapat meningkatkan IQ mereka, tetapi juga dapat meningkatkan skill motor halus anak anda. Its fun summore, tu yg penting kan! Secara tak langsung, bila kita masuk bilik anak jer, kita rasa happy dan nak main sama dengan anak, walau letih macam mana sekalipun lepas balik dari pejabat tu. :) Saya rasa begitu nyaman sekali bila lepak bilik anak2 saya, sampai saya tulis entry ni pun kat bilik dorang. Dah jadi cam bilik saya pulak! Poyozz sungguh! Hahhaha... Saya akhiri entry ini dengan gambar2 model cilik saya, si Qarissa yang begitu excited bila this station dah siap. Dia punya pose bukan main lagi. Pantang saya suruh bergaya, terus dia bergaya sakan. Siap peluk2 tiang workstation tuh! Sengih bukan main lebar. Macam-macam gaya dia buat! Walaupun pakai camera phone jer, tapi pose tetap vogue hokay! Saya dapat rasakan Qarissa memang sgt happy dan teruja dengan workstation ini. Dan saya begitu juga! Meh kita layan aweq ni punya pose2 hokay! Sapa nak amik dia jadi model bolehlah call mak dia.. Wakakakaka... 

Pose2 terhover seorang Qarissa The Diva!





 
  

post signature
post signature

2 comments:

ibuarif said...

salam kak watie,
saya sedang mencuba utk setup ruang utk anak2 bermain. tetapi saya xtau nk mulakan dari mana sbb mereka masih kecil (21 bulan dan bayi).boleh kak watie kongsi peralatan apa yg sesuai mengikut peringkat umur perkmbgn mereka? saya pasti ramai yg ingin tahu.terima kasih.

cikgu amni said...

salam akak..sy pn sedang mencuba mncari ilmu tmbhn untuk memulakan homeschool di rumah.tp tak tau nk start dr mane..any tips?