Syukur ke hadrat Allah SWT, akhirnya pusat aktiviti Genius Baby On Board telah pun selamat dirasmikan pada hari Sabtu yang lalu, bersamaan dengan 2 Oktober 2010 bersama-sama dengan Open Office Wisma Bling Lustre. Memang berdebar-debar rasanya especially bila hari yang ditunggu2 tiba, aku plak jadi tak keruan. Hehhee, risau sana sini, nak pastikan semua berjalan lancar. Almaklumlah, kebanyakan tempahan dan arrangement aku yang buat, macam khemah, main dishes, PA System dan banner, sekali ada yang pedajal aku tetiba tak datang ker kan, mau mati kering aku hari tu. Aku dah terbayang2 dah betapa malunya aku kalau ada kontraktor atau supplier tetiba wat hal last minute, mesti ah malu ngan partner aku - Kay & Lyna & all the tetamu lagi. Hu hu .. mmg nervous ah gak nak pastikan all the arrangement berjalan lancar. Alhamdulillah, Allah memang membantu dan memudahkan urusan aku hari tu. Semua yang aku niat dan inginkan berjalan lancar dan mudah, memang Allah bukakan jalan untuk mudahkan urusan tuh, ni lah namanya rezeki anak-anak kan. Niat yang baik, insya Allah pengakhirannya baik juga. Amin.. Happy sgt neh ..:) (sampai lambat update blog.. penat punya pasal... wkakakakak)
The banner of the day... kredit to my superb designer - Yun Studio.
Wall yg dah berubah wajah- penuh dgn gambar cinta hati kami..:)
Hanz antara yg terawal dtg hari tuh.. :) Tq dear ..
Me with Suraya, Bard & Zahra the amoi so putih.... :)
My jiran yang baik hati - Ina:)
Me & the SMCS buddies .. Thanks guys .. aku belek2 gambar ngan Elya takder..hu hu..
Majlis hari tuh smooth jer.. nak kata ramai tetamu, tak lah nampak ramai sangat, tapi sentiasa ada. Dari mula sampai habis majlis. Memang aku tak menang tangan layan tetamu yang datang, kejap layan sana, kejap layan sini, nasib baiklah semua kengkawan dan family yang datang tuh faham kesibukan aku, so semua takder hal, layan borak kejap2 pun dorang suma ok ..:) Bertuah aku dapat kengkawan camneh ..:)
Me & hubby sayang .. yg byk bg sokongan..
Kiss kiss... sayang abang tau!
Us together.. best lak berdua2 an neh ..wakkaka...
Hug sampei tua nehhhh....!
Senyum lebar aku bila Dina msg bgtau she's otw tapi jem sket, happy sgt sebab akhirnya angan2 aku jadi kenyataan, I'm going to meet her in person dalam beberapa jam lagi. Terus update FB hokay. Heheheh.. Cian Dina, sampai sesat-sesat nak sampai opis aku. Banyak kali juga dia call dan cakap ngan hubby, almaklumlah, aku nih bab nak guide jalan fail sket ..:P . Yang aku nih punyalah ingat Dina tanya jalan ngan hubby aku, sambil hubby Dina drive keta, sekali tetiba bila sampai, Dina muncul sorang-sorang! Terkejut gak aku wei! Mati-mati aku ingat hubby dia drive! Terer ah gak dia sambil cakap sambil drive nak pastikan tak sesat .. Kalau aku sure dah ketepi jalan wei .. hahahha...
Dina yang baru sampai, terus dukung Zayra :)
Another shocking thing yang dia bgtau masa we all jumpa, yg buat aku salute pada dia, bila dia bgtau yang anak bongsu dia- Imran rupanya dari malam tadi kena Rotavirus infection, sampai minum air putih pun termuntah juga. Kalau nak ikutkan, boleh jer Dina cancel kedatangan dia due to her baby condition (tapi memang aku akan malu besar lah gak kalau Dina cancel...sebab dah warwarkan dalam blog & FB kan .. hu hu ..) tapi she still come sebab dah janji ngan aku. It really makes me respect her more! Sangat dedikasi dan berpegang pada janji. :) Personal thanks to you Dina, sangat-sangat menghargainya ..:)
Naik tangga for the launching ..:)
Ready...
And ...cut!!!
Yeahhhh...dah potong....!
Me with Dina yg cantik jelita ..best dapat kulit cam dia ooo...
Dan, keramahan Dina dengan all my guest yang hadir membuatkan semua orang yang datang sangat happy dan menyukai personaliti Dina. Memang dia ramah dan layan semua tetamu yang hadir dan nak bergambar. From the time dia kata dia kena balik cepat sebab nak tgk anak dia, sejam lepas tuh barulah dia dapat balik betul-betul, sebab ramai sgt nak bergambar dan berborak ngan dia. Aku pun serba salah nak halang atau cut the conversation sebab aku paham, semua pun excited dan teruja kan ..heheheh...Lucky Dina okeh dan memang best!!! Haruslah semua artis mencontohi sikap down to earth Dina nih ...:)
With my beloved Mum...:)
Me & hubby with Dina...:)
Lama jugaklah aku berborak dan menerangkan satu demi satu tentang apa yang GBOB lakukan dan produk serta perkhidmatan apa yang di tawarkan di sini. Dina memang sangat suppportive dan menyokong apa yang aku lakukan, sampai dia minta aku buat proposal so that dia leh panjangkan pada MHI @ WHI. Terharu jugak rasanya dengan sokongan Dina buat GBOB. Insya Allah, aku akan lakukan apa yang diminta tuh ...:)
Menerangkan pada Dina about Little Reader .. She love it!
Dina juga sangat prihatin dengan Zayra & also Fahry, hero Mommy Lyna. She loves Zayra yang gemok, tapi tumpang sedih juga dengan apa yang di alami Zayra & her Symbrachydactyly situation. Dia tanya-tanya jugak pasal Zayra's condition masa dalam perut. Me as usual, happy jer nak citer bila orang tanya. So, kalau korang jumpa aku, nak tanya ..tanya jer kay ..jgn memalu atau takut aku kecik hati. Takder nya nak kecik2 hati.. hehehe...
Us with Dina ..Sian adik aku nak menyelit gak..ehhehe
Sedapnya Zayra kena dukung ngan Auty Dina. :)
Majlis berakhir dalam pukul 4 pm, tapi we all lepak-lepak sampailah nak dekat pukul 6 pm kat khemah. My family & hubby punya family berborak2 lama gak sebelum balik. Then, sampai malam ada jugak sedara belah hubby yang datang melawat, sempat jugak sembahyang Magrib sambil sembahyang Hajat kat opis.. :) Then, Puan Maiza pun sempat juga melawat GBOB, she's coming a little bit late, after function habis, discuss few things with Kay then lepas habis, baru naik ke GBOB. Nak dekat sejam jugak aku borak-borak ngan dia. She's a very nice lady, sangat lembut dan cakap pun soft je. Bertuah erk hubby dia? And aku sempat gak ah merasa Nasi Ayam Pandan yang Kay & Lyna tempah ngan Maiza. Sedap ooo.. boleh tahan gak ah untuk kita tempah for function. :) Semoga business Maiza bertambah maju. :)
Berborak with Lyna :)
Me with Dina @ Scriptory Box..:)
Me & Partner with Dina - Kay & Lyna dengan anak masing2 ..:)
My bff @ UTM - Kea. Wah ..silap2 anak lam pewut muka cam Dina.. ahaks ...! Aku lupa bergambar ngan Reen.. sedih jer ..:(
Cenderahati utk Dina sebelum balik..:)
Cakap pasal makan, boleh dikatakan 100% tetamu suka dengan main dishes yg we all sediakan, Nasi Beriani berlauk ayam masak merah, daging masak kicap dan arca. Memang sedap oo.. serius aku tak tipu.Hheheh.. Semua puji dan kata sangat sedap terutama daging masak kicap dia. Daging lembut dan sedap hingga ramai tetamu tambah sampai 3 kali! Hhehehe.. Tak sesia aku amik katering Meru nih. Puas hati aku tetamu semua suka. Kalau sesapa nak contact this katerer, leh amik number ni: 012- 9037904, 019- 3914670 cakap ngan Kak Rozi @ Encik Syukor. Kek yang Dina potong for the launching pun sangat sedap. Aku amik dengan member aku, yang buatkan kek for B'day Qarissa. Dah tahu memang hasil tangan dia sedap. Haruslah jadi regular kan ..:) Dina siap suruh potong bawak balik hokay .. :) Banggalah ko Yat oiii...
Us with family Cik Dah, Makcu & Abah ...
Us with Zuraini & anak-anak,bff time skolah dulu ..:)
Me & Farah, Kamalia & Fatimah dengan anak2..:) Thanks for coming dear ..:
Me & Jegot, bff SMCS.
Kesimpulannya, majlis perasmian ini merupakan satu kenangan terindah buat aku dan keluarga serta anak-anak. Semuanya bermula dengan ANGAN-ANGAN. Serius beb.. ANGAN-ANGAN. Tapi bukan angan-angan kosong. Rasanya hampir semua angan-angan aku selama ini menjadi kenyataan. Dulu, aku angan-angan nak dapat hubby yang best, sporting dan selalu menyokong apa aku buat, dah dapat pun. :) Aku berangan-angan nak ada rumah besar, selesa dan nak hias rumah sendiri. Alhamdulillah, sapa sangka masa umur aku 27 tahun, aku berjaya beli rumah sendiri. Aku pernah berangan-angan, kan best masuk TV ada org interview, dah tercapai pun masa PFA masuk rancangan Apa-Apa Aja @ TV3. Angan-angan nak ada centre sendiri, buat ECE punya program, tak sangka Allah bagi peluang bukak GBOB, yang terkini, angan-angan nak jemput Wardina launchingkan opis kalau betul aku jadi bukak opis, sekali lagi angan-angan aku jadi kenyataan. Seronoknya rasa Allah jer tau..:) Syukur sangat.. hmm..pasni nak angan-angan apa yerk? Erkk? Dapat baby boy kot? Wakakakakakka....Tunggu Zayra 3 tahun lah dulu yerk ..ahaks ..
Terima kasih dari kami sekeluarga ..:)
Pada semua tetamu yang hadir, baik saudara, rakan taulan mahupun yang baru berkenalan pada hari tersebut, Watie dengan ini nak mintak ampun dan maaf kalau sepanjang majlis di adakan, ada yang terkurang dari segi layanan mahupun makanan. Harap semua berpuas hati dan semoga kita berjumpa lagi kay! Terima kasih di atas sokongan anda dan nantikan updates program-program terbaru GBOB nanti. :)
*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*
Bercuti di Bali dgn hati yg tenang hujung minggu nih!!,
8 comments:
Meriahnya! dear,sorry tak dpt hadir ke majis ini.Tapi insy,akan terjah juga ke GBOB nnt.
cantik sgt wardina.minat dia juga:)
tak tau nk ckp apa.. aku bangga ngn ko watie. all the best beb!
ishkk.. banggaa. bessttnya peluk wardina.... huhu. aku nk jemput sapa nnti ye? martha stwewart kot? huhuh
msk blog ni slps msk ofis GBOB! neway, sy turut bangga dgn awak..chayok2..
semoga GBOB sukses sokmo
watie....gud luck!
semoga GBOB terus melakar kejayaan!
huhuhu sedih tak dapt join that event due to my condition laa ni!huhuhuhu
US,
takper dear, bebila u free, u datang jer my opis, just let me know when kay ..:)
dinaa mmg lawa yang .. :) dan baik pulak tuh! hehehe
yulie,
tq so much yang ..really appreciate it my dear! wahhh..martha stewart ? bagusnya ..bangga aku wei! ko jemput chef wan beb .. mesti dia bangga ngan ko! hehehehe
hi kinna,
tq so much for dropping by my dear .. smalam baru singgah ur blog, anak u comey ah .. seronok gak baca ur blog pasal u nak beli umah, pasal skolah anak u suma .. heheh..
keep in touch kay yang ..:)
munira,
yang ..again yang, i'm so sorry for your loss... takziah yang erk ..takper dear ..ko jaga diri beb .. senang2 kita leh jumpa kay!
Post a Comment