Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, March 9, 2011

Anak Sulung VS Anak Kedua: Jangan Ada Benci!

Saya menerima satu komen yang agak merisaukan di blog ini hari Sabtu lalu, tapi saya tak sempat balas sebab sgt sibuk dengan kelas Playgroup dan membalas panggilan dan sms dari para ibu bapa yang baru mengetahui tentang kewujudan GBOB melalui Rancangan IKS yang disiarkan Sabtu lalu. Dalam masa yang sama saya juga harus memastikan Bengkel Stimulasi saya yang pertama ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Alhamdulillah, it was a successful one. Parents tunggu sampai pukul 8 malam ++ untuk menerima consultation berkaitan produk selepas habis bengkel, jadi hanya selepas pukul 8.30 pm, baru saya relax sedikit dan selepas tuh dah packing nak balik rumah pula. Penat tapi sangat puas! :) 

Menonton bersama..



Pagi Isnin, saya menerima satu lagi mesej tapi kali ini di SMS pula, membuatkan saya rasa saya harus korbankan sedikit masa saya untuk membalas msg beliau. Ruangan SMS terlalu sedikit utk saya balas, di ruangan blog juga mungkin tak cukup. Lots of thing to share so Seminar is the best place to talk about this kerana IA ADALAH ASAS UNTUK MEMAHAMI ANAK  KITA, tetapi tak megapalah, saya cuba juga jawab sebaik mungkin dalam ruangan sempit ini. Harap sedikit sebanyak ia dapat membantu. Saya masukkan sebahagian mesej yang saya terima dari beliau, yang berkaitan dengan kerisauan beliau dan juga saya sendiri. Saya namakan kakak ini Kak X. Beliau mempunyai 2 orang anak, yang sulung berumur 2 tahun 7 bulan dan seorang bayi berusia 3 bulan.  Katanya di dalam komen, "Salam wati,i suka tgk cara u didik anak2 u cara utk membaca..i pun FTHW@ full time hsewife,my first daughter  2yrs 7mths and 2nd bby 3mths..i nk tanya u mcmne u ajar anak u supaya dia tak cubit adik dia,kacau adik bila tidor etc..Kakak mmg jelouse since dia dpt adik.I smpai mcm nk demam bila nk solat tk boleh,nk mandi atau tinggal sekejap kt atas katil..if i put adik dlm playpen pn dia kacau,dia try cari kerusi atau apa2 saja utk bagi adik nangis..almost everyday i nangis bila dia buat adik and when she saw me crying dia pn stop sekejap dr buat adik dia, dia pn konon2nya nangis gak..my hubby akan pesan dgn dia everyday before he went to work "jgn buat adik ok" ,"sayang adik jaga adik baik2,jgn nakal2" FYI, i solat pn kadang2 tak ingat dh berapa raakat..tapi i tetap solat walaupn dh nk abis waktu sbb mcm2 hal b4 i nk masuk bilik air". Dan di dalam SMSnya pula, kata Puan X, "I tak pandai nak jaga anak I, yang kakak ni dia suka buat adik dia. U ajar anak u yang Q tu macamne tak buat Zayra? I dah penat, kadang-kadang dia buat i jadi benci n marah kat dia sebab suka buat adik. Please help me." Aduh!! Sungguh saya rasa saya ni cam dah bertukar kerjaya, dah macam Pakar Pasikologi Kanak-Kanak pula. Terus-terang saya kata dan rasakan, saya risau tau! Harapan orang terhadap saya untuk memberikan consultation pada mereka sangat tinggi, sampai kadang-kadang soalan tuh sebenarnya harus di tanya pada Pakar Kanak-Kanak, Pakar Pemakanan @ Dietition atau mungkin juga Doktor yang bertauliah, tetapi ibu-ibu ini tetap juga bertanyakan pada saya. Serba salah saya dibuatnya, kalau tak jawab atau takmo jawab, kang dikata sombong, kalau jawab, takut pulak tersalah jawab. Camni lah yer para pembaca semua, ibu-ibu dan bapa-bapa hebat diluar sana, saya cuba sedaya mungkin untuk menjawab mana-mana soalan yang saya tahu jawab, berasaskan pengalaman dan penelitian serta kajian yang saya lakukan. Saya tidaklah sempurna, malah banyak kekurangannya. Kalau perlu anda berjumpa dengan mana-mana pakar yang berkaitan, maka saya sangat syorkannya. Jumpalah mereka, dan minta nasihat serta pandangan mereka yang lebih pakar. Saya akan menjawab soalan di atas ini sebagai seorang ibu, tentang apa yang saya lakukan sehari-hari dengan Qarissa dan Quzayra sampai ini kakak Q, asyik nak menggentel adik dia setiap hari, asyik nak cium adik, sampai adik bosan dan tolak balik muka kakak dia jauh-jauh! Hahahha.. Tensen dowh asyik kena cium jer! Ahaks!..

Baca buku sama-sama..

Ok, terus terang saya ada isu yang sama masa Zayra baru lahir. Saya meninggalkan Qarissa bersama pembantu rumah di rumah ibu saya semasa saya ditahan di hospital selama 2 malam. Suami saya menemani saya di hospital, dan 2 malam rasanya seperti 2 tahun! Saya sangat merindui Qarissa, apatah lagi selepas kelahiran adiknya, Quzayra yang disahkan bayi tanpa tulang di tangan kanan atau Symbrachydactyly, saya sememangnya sedih dan sangat memerlukan Qarissa (walaupun dia baru 1 tahun ++) di samping saya sebagai kekuatan dan semangat saya untuk menerima kenyataan dan rezeki Allah ini. Saya mahu memeluk Qarissa, dan berharap Allah SWT akan berikan ketenangan dan ketabahan pada saya. Bukan kerana kecewa anak kedua saya OKU, tidak sama sekali, tetapi saya ingin memeluk anak sulung saya, memberitahu anak sulung saya yang dia sudah pun menjadi kakak, adiknya sungguh comel dan sangat istimewa, saya mahu dia menjaga adiknya dan membela adiknya dikemudian hari, menyayangi dan memelihara hubungan adik beradik ini sampai bila-bila dengan penuh kasih sayang tanpa batasan. Melihat wajah Qarissa yang datang melawat saya di hospital dengan selamba, macam tiada apa-apa berlaku membuatkan saya agak risau, tetapi selepas dia mencium adiknya, saya rasa sedikit lega. Risau juga sebab pembantu saya kata Qarissa tidak mahu tidur, terjaga tengah malam dan mencari-cari saya dan suami. Sedih betul bila dengar tau! :(

Ciuman pertama seorang kakak!

Malam pertama kami dirumah adalah malam yang tidak dapat dilupakan, boleh dikatakan DISASTER juga, Qarissa menangis dan mengamuk tanpa henti, seolah-olah melepaskan rasa marah yang terpendam selama 2 hari dia ditinggalkan dengan pembantu tanpa Mommy & Daddy di sisi. Yer lah, selama ini dia dimanjakan, tiba-tiba 2 hari hilang, dan bila muncul balik, bawak pula "orang asing" masuk ke rumah, siapa yang tak hangin kan? Adik pula, time dekat hospital sangat baik, tak menangis, tapi bila di rumah, malam pertama tuh, dia pun sama kuat nangis, memang mencabar betul malam pertama kami suami isteri tu. Dah lah bersalin kali kedua ini prosesnya sangat menyakitkan, ditambah pula dengan anak yang menangis non stop, memang mencabar! Bila malam, saya minta Qarissa peluk dan cium adiknya, sikit habuk dia buat tak peduli. She keep on looking around and playing atas katil, langsung takmo tengok muka adik pun! Serious!! Sampai saya menangis, bukan sebab adiknya yang OKU, tapi sebab kakaknya yang langsung macam takder perasaan sayang kat adik. Saya risau sangat, ditambah pula badan yang belum sihat betul, memang saya terganggu. Macam-macam saya fikirkan. Saya takut Qarissa akan begitu sampai bila-bila. Saya tidak mahu Q mendiskriminasikan adiknya. Saya nak dia sayangkan adiknya. Qarissa pula menuntut saya berdamping dengannya setiap masa pd malam tu. Dia nak saya main dan peluk dia jer. Saya nak peluk dia, sayang dia, tapi apalah daya saya, Zayra juga menangis dan nak susu, saya kena bagi susu pada adiknya dulu. Tapi bila Daddy nak pegang Qarissa, dia tak mahu pula. Nak Mummy juga. Aduhai.. Allah SWT jer tahu betapa sedihnya saya malam tuh! Sudahnya, apabila adik tidur sahaja dan saya berjaya meletakkan adik di katil bayi, saya terus memeluk Qarissa puas-puas, mencium wajah dan pipinya, rambutnya, mukanya, hidungnya sambil bercakap-cakap dengan anak sulung saya. Walaupun Q dah ada dalam state "deep sleep" dan ia tak lah sebagus "alpha state", saya tak peduli, saya nak cakap jugak!! Saya bercakap sampai menangis!  Saya bgtau Qarissa, lebih kurang macam ni lah dialognya, dengan sayu sambil menangis saya cakap, "Kakak, Mommy sayang sangat dekat kakak, Mommy rindu sangat dengan kakak tau sayang, rindu sangat, 2 hari Mommy tak jumpa kakak, Mommy nak main-main dengan kakak, tapi Mommy kena lahirkan adik, sorry ok sayang, Mommy terpaksa tinggalkan Kakak kat rumah Nenek, sorry sayang. Kakak, adik dah keluar tau sayang, ni adik kakak. Kakak kena sayang adik tau, kakak kena main-main dengan adik, kena peluk adik kena cium adik, kena jaga adik. Adik tak sihat sangat kakak, tangan adik sakit, sebab tuh Mommy nak kakak jaga adik sampai besar ok, sayang adik, peluk adik, jaga adik, Ok kakak. janganlah nangis dan mengamuk camni sayang, sedih Mommy nanti. Adik kecik lagi, adik nak susu sayang, kakak good girl kan? Kakak sayang Mommy & Daddy kan? Kakak kena sayang adik juga ok nak? Mommy ngan Daddy akan sayang kakak juga walaupun kakak dah ada adik baru, tak berubah pun kasih sayang Mommy & Daddy pada kakak sayang, takmo nangis-nangis yer sayang? Mommy rindu dan cinta sangat kat Kakak tau..! Love you sayang ....". 

Rebut pulak dah!

Saya rasa sgt puas lepas dapat meluahkan rasa hati saya pada Qarissa. Rasa puas dapat memeluk Qarissa walaupun hanya selepas sepertiga malam. Dan saya dan suami dapat rasa yang Qarissa sememangnya "kecil hati" sebab ditinggalkan secara tiba-tiba dan secara tiba-tiba juga ada orang baru dalam hidupnya yg selama ini dimanjakan dan disayangi Mommy & Daddy. Kerana itu, kami sepakat untuk memberikan perhatian lebih pada Qarissa, memastikan yang dia tidak rasa kehilangan, dan kasih sayang kami masih seperti dulu. Inilah juga antara sebab mengapa saya tidak bersedih berlebih-lebihan kerana situasi yang dialami Zayra, saya harus kuatkan hati untuk "mengubat" hati Qarissa pula. Pagi esoknya, saya dan suami kembali bermain2 dengan Qarissa macam tiada apa2 jadi. Main seperti biasa, bergelak ketawa, geletek sana sini, gelak sana sini, macam2 aktiviti kami buat, sama seperti sebelum saya melahirkan Zayra. Memang saya penat dan tak larat, tapi saya gagahkan diri, saya berdoa agar Allah SWT beri saya kekuatan untuk bermain dengan Qarissa, agar dia tidak rasa kehilangan kasih sayang saya. Biarlah saya berkorban sedikit dan saya sgt bersyukur kerana Allah SWT membantu saya. Saya tidak rasa penat, pantang macam tak pantang jer! Aktif selalu. Nasib baik juga ada maid, jadi saya fokus pada anak sahaja, rumah dan dapur maid yang uruskan. Hanya Allah SWT yang tahu betapa gembiranya saya apabila Qarissa mula memberi perhatian pada adiknya apabila saya perlahan-lahan membawa adik kepadanya, selepas kami main bersama. Dari hari ke hari, saya mendekatkan Qarissa dengan Quzayra, samada melalui percakapan, perbualan dan perbuatan. Dan Qarissa semakin hari semakin menunjukkan sikap prihatin dan kasih sayang seorang kakak, hinggalah dia pandai menyebut "ADDDIKKKKK!!!" dengan suara excited sambil datang dan memeluk serta mencium adiknya dengan penuh kasih sayang. Memang ada kalanya dia "membuli" adik, dan adiknya begitu baik, diam sahaja tanpa membantah, geram juga saya, tapi saya tahu Qarissa cuma ingin bergurau, dan dia belum tahu gurauannya itu kasar dan menyakitkan, kerana selepas itu, Qarissa akan datang kembali dan mencium adiknya. Yang paling saya geram sebab nampak sangat Q notty tau, dan nak menyakat adik, (sebab muka dia lepas cakap tuh macam senyum2 menyakat!) dia pegang jari tangan kanan adik dan sebut TOES!!! Bila saya tegur dan cakap, "FINGER lah kakak! FINGER!" Dia gelak-gelak nakal jer. Sabar jer haku! Lepas tuh, pandai nak amik hati saya, dia pegang kaki adik & say feet, pastu pegang toes adik yang betul & say toes. Geram kan!! Pandai pula dia nak kata jari tangan kanan tu toes sebab comel & kecil like toes. Hehehehe.. Sekali aku jotos baru tau yerk Q! (orang Singapore suka cakap the word JOTOS ni ...ahahahhah) 

Kita pun ada  buku sendiri lah kakak! Tak heran tau!

Saya sangat mengesyorkan pada ibu bapa diluar sana, terutama Puan X, sekiranya terdapat masalah seperti ini berlaku antara anak pertama dgn anak kedua, apa yang perlu dilakukan, pertama sekali ialah BERTENANG! Fikirkan secara rasional mengapa ini semua berlaku. Dalam kes Puan X, Puan harus ingat, selama 2 tahun setengah, anak Puan berada di samping Puan sepanjang masa (Puan X adalah FTHW) dan mendapat kasih sayang serta tumpuan sepenuhnya dari ibu dan ayahnya, dan secara tiba-tiba, ia seolah-olah direntap dengan kejam dengan kehadiran seorang "bayi kecil" yang entah dari mana datangnya (manalah dia tahu itu adik di dalam perut ibu kan) dan menyebabkan dia rasa diketepikan. Apa yang anak Puan lakukan selama ini, menyakiti dan sengaja membuat "onar" pada Puan mahupun adiknya adalah SEMATA-MATA untuk menarik perhatian Puan & Suami agar memberikan perhatian pada dirinya juga. It's a sign that u should understand and take note seriously. Saya mohon agar janganlah Puan sekali-sekali merasa menyampah, marah, apatah lagi benci apabila anak sulung Puan membuat perangai seperti itu. Ini kerana anak Puan pasti akan dapat merasakan apa yang Puan rasakan dan ia tidak baik untuk perkembangan psikologi anak. Ia tidak akan memperbaiki keadaan malah akan memburukkan lagi keadaan itu.

Morning time lepas bgn tidur 
Comel yerk?

Saya cadangkan agar Puan luangkan sedikit masa untuk anak sulung Puan, SETIAP HARI, bermain bersamanya, malah lebih lagi berbanding dulu, menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, berborak, menyanyi, menggeletek atau apa sahaja aktiviti yang anak Puan gemari. Lakukan dengan penuh ikhlas, dengan penuh gembira. Tinggalkan seketika anak kedua Puan, bayi tersebut sudah pasti elok2 sahaja di dalam baby cotnya. Ketika bermain dengan anak sulung Puan, berborak tentang adiknya, mungkin Puan boleh tunjukkan gambar adiknya ketika itu dan berborak mengenai adik, atau jika tidak, cukup setakat memanggilnya kakak dan berborak tentang betapa sayangnya Puan pada dia, sambil itu, selitkan sekali tentang peranannya sebagai kakak. Lakukan perkara ini dalam 2- 3 hari, kemudian, secara perlahan-lahan, libatkan adiknya sekali dalam permainan tersebut. Bawa adik pada kakak dan minta kakak cium dan peluk adik. Bila kakak lakukan, puji dengan sesungguh hati, bertepuk dan lagi baik, buat "high five" dengan kakak. Sebut nama adik, ulang banyak kali agar kakak faham itu adiknya. Macam saya, saya sering memanggil Zayra dengan nama adik dulu, jadi Q pun terikut panggil adik, lepas adik pandai merangkak, saya dah terbiasa sebut Zayra, dan bila Qarissa dengan, kini dia juga memanggil Zayra dengan nama tersebut. Comel sekali! Siap action macam kakak-kakak bila cakap, "Zayra!!! NO NO NO NO!!!" Padahal bukan adik buat apa pun, tolak mainan sambil berdiri jer. Hehehehe. Takut naaa adik jatuh!

Kiss Kakak Adik! Kiss Kakak..
Pagi2 dah ajak bergurau!

Satu lagi cadangan saya, selain bagus untuk memperkembangkan vocabulary anak sulung, ia juga merapatkan adik dan kakak. Macam contoh, bila Qarissa nampak adiknya, dia memang akan sebut ADIK, dan bila saya nampak, saya akan tambah ayat begini, "Sayang adik, kakak.., what do you want to tell adik, kakak? Tell adik, "I LOVE YOU ADIKKKKK!!"  Lepas tuh saya sambung, "Now kiss and hug your adik kakak", dan Qarissa akan segera memeluk dan mencium adiknya yang seorang itu. Thanks to LR juga sebab ada words, sound dan action di bhg multisensory, so both of my kids really understand the meaning of that 2 magic words! Hehehe.. bahagia sungguh lihat mereka berpelukan dan mencium antara satu sama lain. Adik dengan muncung2 tak tahan!

Pandanglah kakak adik! Pandang sini lah!

Selain itu, saya cadangkan agar Puan libatkan sekali adik dalam "kehidupan" kakaknya. Maksud saya, mungkin mintak bantuan untuk kakak ambilkan pampers adik, atau ambilkan mainan adik dan bg pada Puan atau pada adik. Ini akan membantu kakak merasakan yang dia penting dalam kehidupan adiknya. Mungkin juga Puan boleh membacakan buku untuk kedua-dua anak Puan seperti yang saya sering lakukan, letakkan anak di peha kita, both of them and start to read, bila kakak "tunjuk pandai" depan adik, puji sehabisnya, biar dia rasa dia adalah "ketua yang disayangi". Lama kelamaan, Insya Allah anak kita akan memahami peranannya yang besar sebagai anak sulung.

Kakak nak cium jugakkkk! Nak jugakkk!
Mehlah main adikkkkkk!

Bila waktu malam pula, ketika anak kita menyusu, time tengah tidur-tidur  ayam atau lalok tu kan, itulah waktu yang paling baik untuk kita merangsang otak kanan anak kita (terdapat kesilapan ejaan di artikel Harian Metro, its actually untuk merangsang otak kanan anak), masa itu adalah masa TERBAIK untuk kita bercakap apa sahaja dengan anak tanpa sempadan. Sekiranya kita ada buat salah dengan anak, dan kita rasa bersalah serta nak minta maaf, gunakan waktu ini untuk meminta maaf. Jika kita inginkan anak kita menyayangi adiknya, jangan nakal-nakal, mesti jadi kakak yang baik, khalifah Allah yang bagus, tolong ibu, tolong ayah, sayang adik dan sebagainya, ketika inilah kita luahkan pada anak kita. Cakap apa sahaja yang kita mahukan dengan anak, dengan syarat - KITA MESTI IKHLAS! Cakap dengan ikhlas dengan penuh perasaan, silap-silap boleh menangis time cakap tuh tau, sebab ikhlasnya kita inginkan yang terbaik untuk anak. Dan jangan lupa berdoa pada Allah SWT agar membantu memudahkan perjalanan kita mendidik amanah Allah ini dengan baik dan berkesan.

Tak koserlah aku kak Long nih! Hahhaha

Rasanya, itulah serba sedikit yang boleh saya kongsikan diruangan yg sangat terhad ini. Seperti yang saya katakan, saya bukanlah ibu sempurna, kadangkala tersasar juga, dan saya juga masih belajar tentang parenting ni, apa yang saya tahu dan amalkan, saya akan  kongsi, melalui pembacaan saya di laman web serta blog kawan-kawan yang lain juga saya akan dapat menambah ilmu parenting saya, dan saya akan amalkan mana yang baik dan sesuai untuk usia anak saya. Kalau ada yang tanya saya pasal anak remaja, saya pun tak berapa pandai nak jawab sebab saya belum ada anak remaja, tapi mungkin boleh gunakan kedah Psikologi yang saya pernah gunakan pada adik-adik saya dan juga adik rakan-rakan saya. Dulu saya pernah buat dan memang menjadi. :) Apa pun yang kita lakukan, pastikan anak kita merasa PENTING dalam kehidupan kita. Tidak kira berapa ramai pun yang hadir dalam kehidupan kita di masa akan datang, anak kita tetap mempunyai tempat yang istimewa di hati kita dan dia perlu tahu itu! Memang banyak yang perlu kita korbankan, kadangkala perasaan kita sendiri, tetapi jika ianya baik untuk mental dan fizikal anak kita, apa salahnya berkorban sedikit. Insya Allah, Allah SWT akan memudahkan urusan kita, menunjukkan jalan dan  memberkati kehidupan kita dan anak-anak. :)

Tengok tuh, bontot adik yg hancing pun nak cium jugak! Ekekekeke.. Adik bam-bam lah!


post signature


post signature

No comments: