Majlis Moms Day Out telah pun selamat dijalankan pada hujung bulan January yang lalu seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan sangat meriah dan happening! Semua peserta best giler dan kepala boleh tahan "giler" gak lah, sama ngan Pengacara dia . Wakakakaka.. Me pepagi dah sibuk dengan kelas Playgroup, alhamdulillah, juga berjalan lancar, dan kemudian, bz giler buat kerja-kerja Admin nak mendaftarkan student-student baru pulak, lepas tuh dengan segeranya harus bersiap sedia untuk Majlis MDO ini. Me jadi Pengacara for that day. Hehehee.. Sesuka hati aku jer nak wat kecoh kat Majlis orang tau! Tapi serius memang best wei! Rugi uols tak join weols tau! Haruslah nanti kalau ada lagi, korang suma datang okeh! ada gak my friend yg last minit tak dapat datang sebab anaknya sakit, pity her so much, but no worries, kita ada plan nak buat lagi dalam bulan2 akan datang, so stay tune with this blog dan me akan bgtau the latest news about Bling Lustre activity ni okeh..:)
The Agenda For The Day
Disebabkan terlalu nya lah excited, sampai aku lupa nak amik gambar keseluruhan majlis, cuma sempat amik gambar time tgh deco kek jer, itupun sebab hubby Kay punya camera dah kong baterinya, so tetiba aku teringat yg aku ada camera. Hehehe.. kelam kabut lah amik baru terhegeh2 nak snap suma picture. Kalau nak tgk gambar yg lebih menyeluruh, boleh ah gi kat Mommy Lyna punya blog ..:) Aku pun rembat gambar2 sebelum sessi cake Deco kat blog dia gak! Eekekeke.. Majlis di mulakan dengan Penceramah pertama iaitu Puan Farah memberikan tips2 yang berguna kepada para peserta. A very santai one, me sgt suka sebab ni 1st time dengar Farah bg talk. Really admired her enthusiasm dalam memberikan maklumat dan consultation about breastfeeding ni. Walaupun tak banyak masa diberikan utk slotnya, Puan farah managed to give all the important fact and input pada peserta kerana di permulaaan perbincangan, dia dah siap2 tanya apa yang peserta mahu tahu, so she answer that based on the question. :) Dan, di akhir sessi tuh, sebagai penutup, adalah Puan Farah ceritakan pasal satu insiden yang berlaku di Malaysia tetapi tidak dihebahkan kerana BF issue ni masih tidak meluas lagi di Malaysia.Sangatlah sedih bila aku dengar (walaupun tak tgk videonya sebab takder internet connection plus bat Lappy farah dah kong) tapi melalui apa yg dia cerita, air mata aku nih dah melelh dah! Hover noks! Malu tau! Boleh plak Pengacara ni ternangis dalam majlis.. Wat segan jer. Kalau korang nak tau orang yang Lyna citer kat blog dia tuh, aku lah tuh! Hampeh sungguh! Entahlah erk, aku nih sejak wat ECE, jadi sensitif sgt tau! Ker sebab aku amalkan Right Brain yerk, konon2 artistik lah sgt sampai leh jadi sensitif melampau! Hahaha.. tapi memang sedih tau insiden tuh! Aku ceritakan kat sini sikit ok..
Ha..Nampak apa yang Hadha pegang! Ekekeke |
Super Mom Puan Farah!
Ini anaknya yg sungguh comel!
Ada sorang Mommy tuh eksiden dengan baby dia, memang teruklah kemalangan kereta tu. Mak dia tinggal nyawa-nyawa ikan jer. Tapi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan tuh, boleh Mak tuh suruh amik baby dia, selak baju dia dengan penuh kepayahan dan kemudian DIA SUSUKAN BABY DIA TUH KAT SITU JUGAK!! Baby tuh punyalah sedap hisap susu sampailah 10 minit kemudian, mak dia menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan anak dia masih lagi melekap di putingnya! Haaaaaa... sedih kan! Sempat org amik video rakam tuh tau ..aku try carik tapi tak jumpa. Nanti nak tanya Farah kat mana video tuh. Aku dengar teruslah rasa nak basah-basah dah air mata nih, cuba nak control tapi takleh dude! Meleleh gak. Dah lah lepas tuh aku kena cakap as pengacara, hadoiii! Kantoi di situ. Dan-dan tuh suma nak amik gambar aku nangis .. segannya wei! terus aku tutup muka aku ni ha! Wakakakka.. :P
Puan Anizon Yg Best!
Model pada hari tersebut! Sporting dia! Best!
Dan, selepas tuh ada lah sessi dari Puan Anizon Collection. Ni pun tak kurang hebatnya. Macam-macam tips yang Puan Anizon bagi dan yg bestnya tuh, semua yg hadir dapat hadiah istimewa dari Puan Anizon tau! Semua dapat tudung dr Anizon Collection. Aku siap dapat 2 lagi tudung. Satu mmg semua dpt dan satu lagi sebab tanya soalan bernas! Hahaha.. Memang best tips yg Puan Anizon bagi, memang kecoh lah kan sessi tuh, penuh dengan gelak ketawa. Nak-nak yg datang semua sporting. Bukan aku nak puji produk Puan Anizon sebab aku dapat free tudung tau, tapi serius beb, memang sedap tudung dia. Ada banyak jenis tapi semua selesa dipakai. Tak rasa ketat melampau. Semuanya just nice, lembut dan rasa ringan kepala kita nih, yang cotton punya tudung pun best. Selendang dia pun sgt best dan selesa. Apa yg lagi penting, harga dia tak mahal pun! Semurah RM 5 dan aku rasa yg paling mahal around RM 30 kot? Murah & berkualiti beb, tak tipu, cantik pulak tuh! Aku selalu komen kalau tgk tudung yg mahal giler kat pasaran tuh kan, sampai beratus2 ringgit, macam giler jer aku rasa tudung lagi mahal dari baju, aku mesti kuarkan statement lawak camni, "Kalau dah tudung lagi mahal dari baju, apa kata ko pakai tudung jer lah, tak yah pakai baju!" Wakakakakaka... Bunguk jer kan? Ahaks...Entah erk, me personally rasa kalau betul nak jual tudung, biarlah harga nya berbaloi dengan kualiti, kalau melampau sgt harganya, buat org rasa takmo pakai tudung jer tau. No offence yer penjual tudung2 mahal nih. Ni pendapat peribadi aku lah kan. Memang aku tak pernah beli tudung mahal lah, aku ada banyak gak koleksi tudung, paling mahal tak sampai 30 hengget, cantik2 jugak rasanya, tapi kalau yg sampai ratus2 tuh, aku rasa cam ridiculous ah .. rasa cekik darah pun yer. Untung melampau2 sampai buatkan terketar2 org nak bayar rega tudung tuh! Hehehehe..
Ni si Sekoci Norlie tuh punya pasal..Tak pasal2 aku jadi model terjun! |
Hadiah dari Anizon Collection!
Pas habis tuh, ada pulak Sessi Cake Deco dari Kak Dilla, ni pun best dan havoc, memang seronok main ngan cream wei! Selalunya kalau cream kan tak berapa sedap atau muak kan, tapi cream dia nih sedap lah pulak, walaupun buttercream, tapi ada perasa orange sket ..& nice tau! Dahlah sedap & aku nak citer kat korang nih, dia punya POP CAKE mak aiiii... punyalah sedap nokssss... aku makan sebijik, pastu budget nak rembat 2/3 lagi sekali tanya kat Kay, dia kata dah habis ..! Cait... tak sompek aku nak menikmatinya lagi. Hehehehe.. Macam-macam design we all belajar sambil bergelak ketawa! Memang betul-betul Moms Day Out lah kan! Baik jer Kak Dilla tuh layan we all. memang sesuai jadi Cikgu memandangkan kak Dilla memang ada buat class buat cake and Deco jugak ..:) Sabar melayan kerenah student2 dia yg hover nih ha! Hehehehe..
Semangat semua!!!
Ala-ala pro ni!
Sample yg Kak Dilla buat!
Tgn yg power! Owner's Dilla's Delli
Siap utk dideco kan!
Nampak tak mata Khayra punyalah stone sebab kek sedap! Model Playgroup GBOB nih, tgk baju dia pakai dr pg sampai ptg!
Yokoyo Norlie nak tunjuk terer! Hahahah
Dan sessi hari itu di akhiri dengan Felt Craft Session dari Norlie from SekociNorlie yang mmg giler! Bukan giler2 lagi dah! Hahahhahha.. Norlie nih boleh tahan lawak tau, tak padan kecik tapi mmg we all had fun betul lah hari tu. Kagum tul aku tgk dia punya kerja kemas jer dalam jahit menjahit nih. Aku buat lady bug hari tuh, tangan kemain keras nak menyiapkan satu ladybug dengan daun, tapi ok lah kan ..dari jadi si Lyna yang terus "cuci tangan" takmo buat, takut jari dia rosak kekdahnya! Hahahahhaa... Memamg bets lah aktiviti ni di buat kalau ada anak around 5 yerars and above .. memang leka dibuatnya. Bestnya dan tak sabar nak tunggu Q besar so that we can play together ..:) Ni tadi baru si Q amik the Ladybug and keep saying..."Lady Bug, Lady Bug!"..suka naaaaaa ...
Cikgu Norlie yg best!
Cikgu ajar aku wei!
Dan aku pun semangat kemain! Hahhaa
Inilah hasilnya! Oklah tuh kan? Hehhee
Happy with my Master Piece!
Munira with her LadyBug Creation!
Nini with her LadyBug Creation & Maher Zain on her lap! Hehehe
Overall, bolehlah disimpulkan yang Majlis nih sukses dan happening.! I believe semua yg datang rasa seronok dan puas hati dengan agenda pada hari tersebut. Me pun rasa puas sangat sebab dapat banyak ilmu hari tuh!. Walaupun letih, tapi kepuasan mengalahkan keletihan so I have no issue at all. Terima kasih pada Kay sebab sudi jemput aku jadi Pengacara pada hari tersebut. Lenkali jemputlah lagi! Ekekekkee.. leh aku wat kecoh2 sket kan ..Untung-untung ada org nak panggil event! Hahahahha..Tak sedar diri sungguh mak budak nih! Ahaks...
Kay dengan Kak Dilla. Poyo jer aku senget badan dengan harapan muka tak masuk camera! Hahhaa
Kay with Norlie.
Kay with Nini selaku penaja!
Kay with me selaku Penaja yg tamak - taja PFA & GBOB sekali dan selaku Pengacara jugak! Wakakaka.. Tamak kan?
No comments:
Post a Comment