Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, November 30, 2011

Montessori Workstation @ Home: Idea Menghias Bilik Anak.

Hari ni Watie nak share tentang bilik baru Qarissa dan Zayra yang Watie and hubby hias cantik2 sejak dia mula sekolah bulan November lalu. Masa 1st time Watie jumpa dengan Prinsipal Qarissa, beliau ada cakap yang Watie mesti berusaha untuk biarkan Qarissa tidur sendiri as one of the solution untuk kurangkan "attachment disorder" dia. Walaupun di bilik yang sama dengan parents, tapi biar dia ada katil sendiri. Dah lama sebenarnya Watie terfikir untuk buat macam tu, tapi Qarissa ni manja sgt dengan Daddynya, tidur atas dada Daddy setiap malam, jadi ia seolah2 satu misi mustahil. Tapi bila Prinsipal dia, orang yang biasa deal dengan kes-kes begini memberikan pendapat, I think the time has come for me to be more firm about this. Dan, kebetulan yang sangat menarik, Q pun dah mula sekolah. Dia dah rasa tanggungjawab dan rasa macam kakak- kakak. So, Watie dapati ia adalah masa yg sesuai untuk kami cuba tidurkan Qarissa di katil sendiri.

Just imagine, Watie dapat  hadiah huruf nih masa lahirkan Qarissa 3 tahun lepas, dan hanya pada bulan November 2011 baru watie pasangkan di depan bilik Qarissa & Quzayra. Hahahaha..lama kan Watie simpan!
Leka main blocks. Aderghh...bengkok Mommy! Satu kat opis, satu kat umah, sepatutnya ni utk Johor Branch, tapi sebab Q sibuk giler nak suh saya bukak, saya bukak jer lah. Kesian pulak tgk dia merayu2 suruh bukak sebab dia nak main. Mommy dia malas nak bawak balik blocks from office to home.

Few days after Qarissa masuk sekolah, Watie beli katil bujang dan letak sebelah katil me & hubby. Siap shopping comforter and bedsheet kat Ikea lagi, punyalah excited. Sungguhlah tak sangka, bila Q tgk katil tu dan we all kata kat dia, "You're a big girl Qarissa, you have your own bed now! Wow!!" dan ayat2 power lain dengan suara penuh excited untuk galakkan dia baring atas katil tu, Qarissa memang teruja. Dia minum susu dan baring atas katil tu sampai tertidur. Ia tidaklah sesusah yang kami bayangkan. Kadang- kadang, bila tgh malam, dia akan panjat balik katil Watie dan tidur sebelah Watie, for me its oklah, at least separuh malam dia dah tidur sendiri, tak merengek dan takut, pagi pun bgn tidur happy jer nak gi skolah, so Watie rasa lega bila cara pisah katil ini berkesan untuk Qarissa. 

The Montessori Workstation @ home. Love it!

Q with her Apparatus 

Selain tu, me and hubby pun dah mula teruja nak hias bilik tidur cum bilik mainan dia tu. Watie mulakan dengan menyediakan satu Montessori workstation khas untuk Qarissa dan Quzayra meneroka segala macam EPL - Early Practical Life Apparatus yang mampu Watie sediakan untuk mereka. Watie sedaya upaya buat macam Montessori room supaya Q and Zayra rasa seronok dan teruja, jadi bila mereka pergi sekolah dan lihat persekitaran yang sama, mereka rasa dekat dengan rumah. My school is my home lah kekdahnya! Hehehehe..

Montessori Kids @ work! Kesian Yaya, dia duduk kat kerusi tuh agak  rendah, so dia berdiri. Nak kena gi IKEA beli kerusi satu lagi. Heheheh..
Pouring & Scooping Activity. Leka bermain bersama.

Sebenarnya kan, taklah mahal sangat kalau kita nak aplikasikan Montessori Method especially EPL Apparatus at home ni. Kosnya sebenarnya bergantung pada kita. Kita boleh jer pakai barang-barang kat dapur tu sebagai Apparatus tapi kalau kita nak tersusun, cantik, seragam dan sedap mata memandang, barulah ia melibatkan sedikit kos, tapi tak berapa mahal pun pada pendapat Watie. Macam contoh, Watie beli rak yang uols nampak dalam gambar ni at Giant, harga dia baru RM 39.90 satu set. Watie beli 3 set dan gabungkan sekali. Asalnya Watie nak cari kat IKEA, tapi yang rendah punya rak dah discontinue katanya, tu yg cari alternatif lain. Happy bila jumpa rak ni, sebab just nice ketinggiannya dengan Qarissa, untuk Zayra mungkin agak tinggi tapi level 1 and 2 Zayra masih boleh capai. Kebetulan plak, bila letak 3 rak berderet, nak tutup pintu masih boleh, just nice lah org kata, tu yg Watie rasa seronok sebab dah nampak macam Montessori Workstation kat kindy, verangan lah aku yang bilik tu macam one of the kindy room, pastu siap verangan, kalau aku amik upah jaga anak orang, siap ngan sessi stimulasi dan pembelajaran, ada tak org nak htr anak dia kat aku? Hhahahhaha...hover tau Teacher Watie nih..tu anak dua gi jaga betul2 dulu yerk! Wakakakakaa...

Siblings..
Zayra sgt leka dengan kerjanya!

Then, Watie cari pula bekas ala2 dulang untuk letak setiap Apparatus dalam bekas tu. Puas juga lah cari, sebab kebanyakan dulang agak mahal, dalam RM 5-8 setiap satu, Watie nak pakai banyak, ingat nak beli 12 sebagai permulaan, kalau satu dulang atau bekas dah makan RM 5.90 satu, bengkok juga nak beli banyak2 kan..Watie memang nak cari yang seragam, sedap mata memandang sikit. Kalau nak ikutkan, korek jer dulang apa yang kita ada kat dapur tu kan, tapi selaku mak yang hover dan agak poyozz, semua nak cantik, hahahhaa..terpaksalah Watie gi hunting sana sini cari yang mampu di beli. Akhirnya, Watie jumpa lah juga bekas biru yang harga RM 3 sebuah tu. Bukanlah exactly dulang, tapi oklah size dan kedalaman bekas tu. Q dan Zayra senang pegang, tak besar, tak kecik dan kalau main air dan sponge dalam bekas tu, tak lah risau air melimpah keluar sebab bekas tu dalam juga. So, Watie pilih warna biru dan beli 12 set. Semua Apparatus Watie masukkan dalam setiap bekas tu.

Bangga sangat bila Zayra letak balik apparatus tuh di tempat asalnya. Bravo Zayra!
Pastu dia sambung main kat situ pulak! 

Apparatus tu pulak, kebanyakkannya memang Watie beli. Watie ni jenis malas nak korek2 barang dapur dan campur2 pakai. Mungkin Watie ni kurang idea juga, jadi mana bahan2 terbuang tu, memang Watie tak reti guna sgt untuk pakai semula. Contohnya kan, kat kindy Qarissa, Watie nampak ada apparatus - sorting button ikut color, biasa jer button tu, macam recycle button lama tapi berguna juga kan, tapi Watie pikir "Alamak, dah satu hal plak aku nak cari button2 terpakai kat umah aku, mana lah aku ingat aku letak mana kalau betul ada pun??" Sudahnya, Watie beli jer lah set button baru yang banyak color as one of the Apparatus. Tak mahal ah, dalam RM 3.90 satu set. Tu lah perangai Watie, malas nak pikir, malas nak cari dan korek2 dapur, bersepah jer nanti, skali cari2 tak jumpa, baik aku beli jer lah, tak buang masa kan.. Hehhehehe..

Lekanya anakku!
Dalam banyak2 apparatus, dia paling suka Scooping activity, maybe sebab warna merah tuh menarik perhatian kot!

Antara Apparatus yang Watie letak dalam bekas tu kebanyakannya untuk meningkatkan konsentrasi, koordinasi mata dan tangan dan mengukuhkan motor halus Qarissa dan Zayra. Kebanyakkan aktivitinya Watie aplikasikan juga di kelas Playgroup @ GBOB, sebagai pendedahan asas pada setiap ibu bapa tentang bagaimana kaedah ini membantu skill motor halus anak dan mengajar mereka berdikari. Watie tahu, semua ibu yang hadir pada hari Watie memperkenalkan kaedah ini mesti bangga tengok anak masing-masing simpan bekas mainan di rak seperti yang di minta oleh Watie & Teacher At kan? Mesti ramai yang tak sangka yang anak mereka boleh buat begitu tanpa susah payah kita memaksa malah bangga mereka dapat melakukannya. Sebenarnya, mereka memang boleh buat, tetapi mereka tiada kesempatan untuk berbuat begitu kerana anda selaku ibu bapa TIDAK PERNAH MEMBERIKAN ANAK PELUANG TERSEBUT!! Betul tak? Cuba duduk diam-diam, fikirkan semula. Pernah tak kita bagi peluang untuk anak kemas balik barang, tunjukkan pada anak bagaimana caranya mengemas semula selepas main, sabar sedikit jika anak lambat mengemas @ mungkin tidak mahu mengikut kata-kata kita in the beginning , ada tak kita buat camtu? Saya percaya hampir semua ibu bapa tak buat camni kan? Sebab kalau buat, mesti sekarang dah berjaya dah pun! Heheehe.. Kita asyik nak cepat jer...kita rasa kalau anak kemas bukan makin bersih, tapi makin sepah. Kita tak tahan menunggu mereka kemas sebab lambat tak macam kita yang segala serba serbinya cepat. Bila anak buat kerja lambat, atau ambil masa untuk kemas barang permainan mereka, kita jadi tak sabar dan cepat2 tolong mereka kemaskan permainan itu atau lebih teruk lagi, langsung tak suruh anak kemas, kita sendiri yang kemas tanpa cakap apa2 atau suruh maid yang buat kerja kemas2 tuh! Lepas tuh, komplen anak asyik meyepah dan kita penat buat kerja! Haaaaa! Macam lah saya tak tahu kan .. betul tak? Ekekekek.. Saya pun satu ketika dulu macam tu juga..! Heheheh..Sebab tuh saya kata, mendidik dan membesarkan anak adalah satu journey yg sangat saya hargai. Setiap saat dan ketika saya belajar perkara baru dari mereka dan saya sangat menghargainya. Hingga saat ini, saya masih lagi belajar dan semakin saya belajar, semakin banyak yang saya tak tahu dan saya seronok sebab sekarang saya dah tahu. :) Kalau sapa kenal saya dulu, tahu saya ni orgnya jenis tak sabar dan pemarah juga, tapi lepas ada anak, secara perlahan-lahan sikap tersebut mula berubah. Its not easy tapi perlahan-lahan saya cuba ubah sikap itu terutama apabila saya deal dengan kanak-kanak. Saya jadi lebih sabar, happy dan optimis. :) Sebab tuh saya berani consult parents on this kerana saya pernah mengalami apa yang anda semua alami. :) 

Q yg eksaited!

Ada juga parents yang kata, "Anak i ni kat kelas you rajin sangat, sampai rumah semua jadi malas, takmo kemas barang lepas  main!!" Hehehhe.. normal lah tuh Mommy, kat umah sometimes dorang purposely buat camtu, nak tarik perhatian you. Tapi percayalah, kalau kita asuh, kita jadikan aktiviti "menyimpan kembali barang selepas main" sebagai satu rutin, anak kita akan terbiasa. Untuk permulaan, bolehlah "jual" nama Teacher Watie ni kat anak-anak anda. Maksudnya, cakap camni kat anak, "Lepas main, abang @ kakak kena kemas balik tau sayang, nanti Teacher Watie tengok, Teacher Watie datang rumah, tengok barang abang suma sepah-sepah, malulah Mommy!". Ni contoh saja, kalau anda ada idea yang lebih baik, boleh saja gunakannya asalkan ianya berkesan. Sama seperti Watie, Watie juga sometimes "jual" nama cikgu Kindy Qarissa, samada Teacher Azura, Aunty Ros @ Teacher Edward bila Qarissa kadang-kadang tidak mahu dengar cakap Watie :) Berdasarkan pengalaman Watie, memang kalau kita "jual" nama cikgu ni (in a positive way lah kan ..) ia berkesan. Mommy2 yang datang Playgroup mesti ingat dan perasan yang kadang-kadang, kalau uols cakap apa pun, anak takmo dengar, tapi bila Watie datang dan handle the situation, senang jer anak anda dengar cakap Teacher kan? Hehhehe.. Itulah "amazing" nya jadi seorang guru. Same goes to me. Bila turn anak Watie, Watie pun perlukan bantuan cikgu Q juga kerana peranan sebagai seorang guru dan cikgu adalah berbeza.:) Nak-nak, anak kita kecil lagi. Manalah Qarissa dan Zayra tahu yg Watie ni "cikgu". Yang dorang tahu yang Watie ni mak dorang. Buat perangai selebet camner pun, Mommy tetap sayang. Hehehhe.. Tapi bila dengan org luar a.k.a cikgu, mereka ada perasaan segan dan hormat pada figura tersebut, jadi pada Watie, tak salah kita gunakan idola anak kita (Teacher lah tu) sebagai senjata untuk anak kita berkelakuan baik. :) 

Dan bermulalah sessi posing2 anak ku Qarissa!

Bila Watie dah sediakan this workstation, Watie rasa puas sangat, dan suprisingly, both Q's ni tak lah sibuk nak sepah-sepahkan apa yang ada kat situ. Mula-mula  Watie risau juga mereka akan sepah-sepahkan apa yang ada, habislah penat aku nak mengemas jer kerjanya kan, tapi time tuh Watie dah sematkan dalam hati, kalau dorang bersepahkan mainan tuh, I shud be happy sebab itu bermakna ANAK-ANAK WATIE SEDANG LEKA MENEROKA PERSEKITARAN mereka, cuba DISCOVER apa yang ada dan sebagai ibu, Watie harus bangga dengan pencapaian tersebut. Kalau dorang buat bodoh jer dengan apparatus tuh, lagi haru noks! Watie fikir, kalau bersepah pun, ia hanya dalam bilik dan bukan satu rumah, Dah puas bersepah nanti, kemaslah balik. Apa susahhhh....Ajak mereka kemas sama-sama, mesti seronok! Dan ternyata bila kita berfikiran positif seperti itu, semua perkara jadi sangat mudah. Terkejut Watie bila Qarissa tak lah sibuk nak sepahkan the workstation, malah Qarissa sangat cermat, ambil dan simpan semula setiap mainan yang telah dimain. Cuma Zayra yang suka sepah2kan mainan, terlebey excited tapi Watie tak marah pun, bebel2 manja jer, sebab Zayra kecik lagik, so, Watie tak lah expect dia akan cermat macam Qarissa, but suprisingly, Zayra juga pandai kemas selepas main, walaupun tak setiap kali main, tapi usaha dia buat Watie bangga juga. Especially bila tengok dia angkat bekas tuh, guna 2 tangan dan cuba sedaya mungkin simpan semula di rak. Bangga sangat tgk tau! She really want to do it herself. Tapi, bila time dia nak ngada2 tuh, memang dia sengaja jatuhkan apparatus yang sempat dia capai. Sabar jer lah. :P

Proud of her Montessori wokstation

Watie strongly suggest pada semua pembaca blog GBOB ini,  sediakan ruang khas untuk anak anda bermain. Kalaupun tak dapat buat workstation yang besar dan lengkap, sekurang-kurangnya ada ruang untuk anak kita meneroka persekitaran mereka secara tetap dan kerap. Kita jadikan ruang tersebut sebagai tempat mereka meneroka atau senang cakap, "THEIR TERRITORY". Ini dapat melatih dan menanam perasaan hormat dalam diri anak kita terhadap barang-barang miliknya. Watie dapati, ianya sangat berkesan, dan anak kita takkan menyepah, kalau betul dia sepah pun, hanya ketika dia main, dan selepas itu, mereka akan mengemasnya semula. Of course di awal-awal tuh, kita harus galakkan dan beri tunjuk ajar, but later on, they will know their responsibility. Dan, janganlah kita expect yg anak kita tuh akan kemas workstation mereka tu dengan cantik dan kemas macam mana kita kemas. Sebagai anak2 yg baru belajar, mesti ada kekurangan di sana sini. Kita seharusnya bangga jika anak kita mampu meletak kembali bekas mainan mereka  di tempat yg betul walaupun ianya senget-benget. Jangan banyak komplen, tapi banyaklah berikan pujian. Anak kita sangat suka dan dahagakan pujian, so please Mommy & Daddy, jangan kedekut sangat okay! Bukannya kena bayar pun nak sebut kata-kata pujian tuh kan? Heheheh..Dalam masa yang sama, kita berikan tunjuk ajar cara yang betul meletakkan kembali mainan agar dari masa ke semasa, skill mereka semakin baik. 

Sukanyaaaa diaaaa!

Apa yang Watie dapati, kalau EPL - Early Practical Life punya Apparatus, dia tak mahal sgt, tapi kalau yang khas untuk ajar Language, Math, Science & Cultural, memang apparatusnya mahal sedikit. Tidak hairanlah kalau kindergarten yang berasaskan Montessori agak mahal sedikit yurannya, kerana alat bantu mengajarnya juga memang mahal. Tapi, taklah jauh beza sgt kot, dalam RM 20-30 jer beza sebulan dengan normal kindy. Sebab tuh, ramai ibu bapa yang berminat nak gunakan kaedah Montessori @ home akan cuba untuk buat sendiri alat bantu mengajar ini bagi mengurangkan kos. Memang jimat dan rasa puas sebab kita buat sendiri. Untuk ibu bapa yang bekerjaya, memang nak buat2 alat bantu nih agak leceh sedikit lah. Especially kalau tak creative dan masa sering tak cukup. Takut separuh jalan buat, dah rasa lemah semangat dan pastu langsung tak buat! Haru jer.. teringat saya sorang member ni, Sue saya panggil dia, saya tahu dia baca blog ini, wkakakaka.. lawak jer dia nih tau! Dia beli Little Reader, tapi masih buat flash card guna Ms Words! Pastu msg saya tanya pasal Flash Card yg saya jual, sebab dia dah mula rasa penat dan buang masa buat flash card sendiri! Mana nak repair alignment kat Words, cari gambar dan sebagainya, masa terbuang berjam-jam just to repair the whole set of words! Pastu, kira2 balik kos, macam lagi murah jer kalau beli Flash Card terus. Yer lah, nak laminate lagik, kos laminate dah berapa kan? Saya suruh dia buat Flash Card guna Little Reader tuh ha! Kemain senang lagik, tak yah pikir apa dah, tulis jer apa nak tulis, pastu nak color apa, font apa, nak print camner, semua dah siap guna software tuh! Senang giler wei! Rupa-rupanya, selama nih dia tak pernah guna pun LR tuh untuk buat flash card anak! Sabar je haku noksss! Bila dah cuba buat sekali, baru lah dia rasa betapa senangnya hidup ada LR tuh! Lawak jer saya rasa bila pikir balik. Hhehehe..Memang LR tuh dicipta untuk memudahkan para ibu bapa yang bz kerja, takder masa nak buat mender2 remeh temeh nih, dan sgt best utk org yang PEMALAS macam aku nih! Hahhaha.. Saya sejak baca buku Azizi Ali, memang saya setuju betul apa dia tulis. - Jangan jadi macam tikus baiki labu. Kalau kita tak pakar dalam sesuatu perkara, carilah pakar. Biar dia yang buat untuk kita. Cth: Kita tak pandai repair paip air, so tak payah memandai2 nak repair paip air tuh konon2 nak jimat duit, silap2 lagi jahanam paip tuh, dan lebih mahal kos nak memperbaikinya. Baik lah kita cari pakar yg pandai repair, kita bayar pakar tuh dan masalah kita selesai. Kita pakar cari duit (sebab tuh kita kerja @ buat bisnes kan), jadi cari lah duit untuk bayar mereka2 yang pakar dalam bidang masing2 ni. Bila saya baca apa Azizi Ali tulis dan fikir kembali, saya rasa memang betul apa yang dikatakannya itu dan sejak itu, saya mula "let loose" sikit. Kalau tak dulu..selagi boleh aku nak buat semua sendiri, sampai rasa letih sgt, dan adakalanya tak terbuat. Hehehhee...Sebab tuh, jika saya jumpa apa2 Apparatus yang bagus dan sesuai untuk anak saya, dan harganya saya mampu bayar, kira ada dalam bajet ah, saya akan beli sahaja walaupun sebenarnya, kalau nak ikutkan, saya boleh buat sendiri di rumah. Yer, saya memang boleh buat, saya ada keupayaan untuk buat, tapi apa yang saya tiada ialah MASA untuk membuatnya. Daripada langsung tak terbuat, baiklah saya beli, jadi anak saya boleh terus gunakan Apparatus tersebut:)

Pose gini okeh ker? 

Ok, rasanya setakat ni dulu perkongsian saya tentang Montessori Workstation @ Home kali ini. Semoga ia dapat memberikan sedikit idea bagaimana untuk menghias dan memenuhi bilik anak anda dengan alat bantu mengajar sambil bermain yang bukan sahaja dapat meningkatkan IQ mereka, tetapi juga dapat meningkatkan skill motor halus anak anda. Its fun summore, tu yg penting kan! Secara tak langsung, bila kita masuk bilik anak jer, kita rasa happy dan nak main sama dengan anak, walau letih macam mana sekalipun lepas balik dari pejabat tu. :) Saya rasa begitu nyaman sekali bila lepak bilik anak2 saya, sampai saya tulis entry ni pun kat bilik dorang. Dah jadi cam bilik saya pulak! Poyozz sungguh! Hahhaha... Saya akhiri entry ini dengan gambar2 model cilik saya, si Qarissa yang begitu excited bila this station dah siap. Dia punya pose bukan main lagi. Pantang saya suruh bergaya, terus dia bergaya sakan. Siap peluk2 tiang workstation tuh! Sengih bukan main lebar. Macam-macam gaya dia buat! Walaupun pakai camera phone jer, tapi pose tetap vogue hokay! Saya dapat rasakan Qarissa memang sgt happy dan teruja dengan workstation ini. Dan saya begitu juga! Meh kita layan aweq ni punya pose2 hokay! Sapa nak amik dia jadi model bolehlah call mak dia.. Wakakakaka... 

Pose2 terhover seorang Qarissa The Diva!





 
  

post signature
post signature

Tuesday, November 22, 2011

FameKids: Ini Memang Confirm Anak Watie! Ada COP SIRIM Lagi!

Semalam, pas htr Qarissa ke kindy, aku balik rumah dan sampai2 jer kat umah, si budak bijak Zayra nih dah tunggu depan pintu, buat2 nangis, macam sedih naaa aku tinggalkan dia, siap bongkok2 badan sambil nangis kesedihan lagi! Hehehhe.. Comey giler wei tengok gelagat bakal pengganti Mia Sara ni (vavava ... perasan tak hengat!!!). 


Norhidawati Abdul Aziz 
Cinta hati saya ..masa ni gemok lagik..skang cam dah kecik plak aku rasa .. ehhehe


Then, bermulalah sessi melayan anak kat umah, si Zayra nih kemain suka main handphone Bibik Ita ni, tapi awal2 aku dah kuncikan keypadnya. :) Best giler melayan dia berborak wei! Ada jer mender dia nak cakap, memang berbeza sungguh dengan kakaknya, Qarissa yg sokmo kontrol cun! Hahhaha. Aku memang suka melayan kedua-dua anak ni bercakap, tapi aku dapati si Zayra ni bercakap "tanpa effort". Maknanya, apa jer yang aku cakap dan borak, senang betul dia follow balik dan boleh siap ajak aku borak2 lagi. Berbanding Qarissa, memang aku berusaha sangat kuat utk bagi dia bercakap (sapa yang pernah borak ngan aku rasanya leh imagine macam mana kuatnya aku berusaha bercakap kan ..hahahha) dan hasilnya boleh lah dia cakap lebih banyak dari dulu, tapi memang tak lah sebaik Zayra dalam hal "cakap-bercakap" nih.Sampai apa jer yg keluar dar mulut aku, aku kena tapis sebab Zayra akan dapat tangkap just within a click. So, perkataan2  yg pelik2 memang aku jaga betul sebab pernah sekali aku termelatah dan tanpa sengaja tersebut perkataan S.H.I.T!. Hambek ko!Dari luar bilik aku dengar dia ikut sama! Aderghhhh! Tobat terus takmo melatah lagi camtuh wei! Terus tukar dan sering sebut perkataan-perkataan yang baik like Allah! Allahuakbar! Subhanallah dan sebagainya. Memang Zayra ikut balik. Siap dengan intonasi lagik! Comey sgt! Memang karekter kedua-dua anak nih sgt2 berbeza, macam langit dengan bumi but I love it! Ia lebih membuatkan aku faham sifat dan perangai antara anak-anak sgt berbeza dan senang lah nak buat consultation pada parents, sebab kat umah aku ada  2 character anak2  yg sungguh berbeza terutama mulutnya!

Gambar ni aku share kat my FB .. tak sangka pula ramai yg terharu tgk dia makan daging guna 2 tangan..hehehe.. Zayra nih memang guna tgn kanan dia macam tgn kiri..dua2 tgn dia tuh sgt kuat ooo..Seksi plak anak aku makan yo! 

Takmolah bebel panjang2, sebab pasni korang nak dengar plak bebelan Zayra nih kan .. Aku sempat rakam 3 video aku melayan dia berborak semalam. Memang bes bila tengok balik sebab mulut dia Masya Allah, becok sungguh! Ni 3 video yg dirakamkan dalam waktu terdekat tau! So korang leh ah bayangkan dari pagi ke malam mulut dia camner! Baru 19 bulan tuh, kalau 3 tahun aku tak tahulah camner agaknya dia bercakap yerk! Hheheheh.. Memang btol anak Watie ni, sebijik ikut mak dia..Dengan muka2, dengan mulut suma sama! Ada COP SIRIM lagi yo! Hahahhaha... Dan, another thing yg buat aku terharu dan bangga juga, bila tgk camner dia memanipulasikan dan menggunakan tangan kanan dia dengan begitu baik skali dalam video2 ni..:) Bravo Zayra ..Mommy is proud of you Sayang ....:)

Zayra bergaya bersama kembarnya! Hahahaha.. Zayra the DORA!


Video 1 - @ Living Room


Video 2 - @ Living Room dan di sebalik langsir


Video 3 - @ Bedroom. Agak censored sebab dia mintak nenen..Sebut direct jer yo! Tak kaver2..hahaha...

post signature

post signature

Thursday, November 17, 2011

Kindy For My Q's: Satu Pencarian, Pengembaraan & Penemuan Yang Menyeronokkan

* ini entry sangat panjang oooo..bebelan Teacher Watie yg tak agak2 ... kalau agak2 malas nak baca, korang skroll jer lah laju2 yer..wakakkakaak *

************************************************************
Diam tak diam, dah masuk bulan November pun di tahun 2011 ni kan? Untuk mak-mak yang dah ada anak umur 3 tahun ke atas tuh, mesti lah akhir-akhir tahun nih sibuk duk toleh kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang kat area sekitar rumah dan pejabat, untuk cari the best kindy for ur genius children kan? I faham sangat lah perasaan tuh, sebab I dah melaluinya. Hehehehe.. Mana yang anaknya dah masuk kindy tuh, mungkin tak risau sgt, sebab just continue sekolah jer thn depan, atau maybe ada yang rasa nak tukar sekolah untuk dapat environment baru, tapi anak dah get used to skool, so taklah risau kan, tapi bagi ibu yang pertama kali nak hantar anak ke kindy, mesti macam-macam perasaan ada kan. Nak-nak jenis mak yang hover melampau overprotective dan risau pasal anak kesayangan dia..(aku lah tuh.. hahahhaha..hover gilerrr noksss!) Hahhahaha...

Masuk2 jer, ni lah rupa kindy tu. Watie tak sempat amik dari luar pun, just amik bhg dalam jer. camera pun cap Ayam jer, harap maaf yer. :) 

So, today Watie  nak cerita pasal pencarian, pengembaraan sampailah penemuan Watie dalam mencari Kindy yang sesuai dan terbaik untuk Qarissa. Hover jer tau..anak baru 3 tahun, nak cari Kindy macam nak masukkan anak ke University! Melampau jer...! Hhahahhaha.. Isk iskk..tak baik kata gitu tau ..Semua org nak bagi yang terbaik untuk anak masing-masing kan? And I believe everybody have their own issue on their children. Dan pada Watie, pendedahan ECE sgt penting untuk anak Watie. Sedaya mungkin Watie cuba yang terbaik untuk cari Kindy yang bukan sahaja memenuhi citarasa Qarissa dalam penerokaannya tetapi juga dapat memenuhi me & hubby punya expectation.  Watie nih kira boleh bertolak ansur lagi dlm certain2 issue, tapi hubby Watie tu mak aiii.. kalah org pompuan tau dia punya cerewet! Watie lah yang pening duk pusing2 satu kawasan perumahan ni ha.:) 

 
Kat ruangan ni dipenuhi dengan EPL - Early Practical Life punya apparatus. Tu lah Teacher Q. Teacher Azura yang sedang sarat mengandung anak kedua. :)

As for me, my main concern on Q is her "attachment disorder" tu. Let be tell you frankly that Q punya attachment bukan calang-calang ooo..3 tahun 4 bulan (until October 2011) Qarissa berada di bawah ketiak Mommy & Daddy dia the whole time! Tidak pernah Qarissa dibiarkan berseorangan tanpa me & hubby kecuali sejak my maid yg lama, si Nor tuh balik kampung 7 months back (Mac 2011). Sejak tuh, Qarissa terpaksa duduk rumah my sister every weekend, which was hard for her in the beginning. Sejak tu lah, boleh nampak Q punya tantrum meningkat dengan sangat melampau, rebel dia tak hengat oooo... Ipad dia pakai campak jer suka2 hati, macam buy 1 free 3 kekdahnya! Lot of things happened, yang I dah ceritakan serba sedikit dalam entry INI, dan I have to admit yang learned a lot, in fact sangat-sangat banyak within this 7 months. Alhamdulillah, Qarissa punya development in terms of behaviour & speech juga semakin bertambah baik, malah bila jumpa Doktor on our last appointment last few weeks pun Doktor kata, she's not and ASD kid pulak dah. She's very normal and apa yang aku risaukan pasal behaviour and speech tuh adalah perkara biasa untuk umur Qarissa. Doktor kata aku anxious sgt ..:P. Pada aku senang je,tak kesahlah apa label yang dorang nak bagi, atau takder label apa pun, yang penting - HOW CAN I HELP MY DAUGHTER TO BECOME BETTER IN ALL ASPECT sementara aku masih ada masa ni? (Well, as I always said, -the 1st 6 years of our child's life is a very critical time for their brain development kan?). Makin lambat start, makin susah dan makin mencabar. Kalau betul aku kena tolong Q to polish her speech & behaviour, I will definitely do anything within my power to help her, to master the skill. Syukur juga sebab in terms of reading, aku dah tak perlu beria-ia sgt, just monitor her from time to time, so my focus now is on her skill yg lack tu. 

Another station of EPL kat ruangan ni. Q suka lepak2 sini lah ..atas karpet tu dia tidur! Dia rasa secured kat situ berbanding di bilik. 

I keep on telling myself that I have only 3 months to go all out looking for all possibilities to help my Qarissa sebelum dia masuk tadika tahun depan. Memanglah kalau ikutkan umur, dia baru 3 tahun setengah on January 2012, tapi kalau ikut tahun, dia dah 4 tahun, so memang dah kena masuk sekolah lah kan..(yang mana anak lahir hujung tahun lagi pening kan..? I can imagine that..!) Thats y aku nak pulun kaw-kaw within this 3 months, - kurangkan attachment disorder dia, tantrum dia dan juga tingkatkan immunity badan dia. Bermula bulan 10, aku masukkan Q ke kelas Pingu near my house. Kelas 1 minggu 2 kali. Cantik juga tempat tuh, Teacher Edward dia bukan setakat buat Pingu, ada juga bilik mainan indoor dan Montessori station yang buatkan Q suka juga ke sana. Cuma, attachment disorder tuh masih ada. Q boleh buat semua benda yang disuruh dengan syarat aku ada sebelah dia. Pantang lepa, melilau dia cari aku. So, aku masih rasa risau di situ.

Jalan menuju ke bilik2 yang ada. Ada 3 bilik yang kesemuanya boleh tahan besar.

Dalam masa yang sama, Watie masih melilau mencari kindy yang sesuai untuk Qarissa. After Watie cuba kaedah Montessori at home, Watie nampak kesan yang sangat memberansangkan terhadap Q. In fact, dalam tempoh yg sgt sekejap, Watie nampak perubahan dia. Itu yang membuatkan Watie jadi excited dan ingin meneruskan kaedah tersebut dalam mendidik dan membesarkan Qarissa dan Zayra. Asalnya, Watie dah niat nak masukkan Qarissa ke Genius Aulad yang baru bukak berdekatan rumah Watie, cantik tempat tuh dan new area, tapi lepas cuba Montessori Method, Watie selagi boleh nak cari jugak Kindy yang guna that method. Kalau dapat Islamic Montessori lagi best, sebab ada add on value di situ. Tapi, ia bukannya sesenang yang kita sangkakan. Kadang-kadang, cakap jer Montessori School, apparatus pun takder @ tak lengkap. Cikgu pun tak terlatih, tu yang kita sebagai parents kena cek betul2 kindy yang kita nak htr tu. Dalam otak Watie, masa tu, dah ada 3 kindy - Genius Aulad, Brainy Bunch Montessori dan Nuh's Ark Islamic Montessori. Ada juga few kindy yang guna Montessori Method di kawasan perumahan Watie tapi bukan mengamalkan pendekatan Islamic, so my first choice of course Islamic based. Kalau tak dapat, barulah nak pikir yg lain2 tu. 

Otw ke kelas, ada satu station utk letak semua stationary dan art item kat sini.

So, Watie dah plan nak melawat ketiga2 kindy sebelum buat pilihan. Siap call my bff- Jegot untuk beritahu my suggestion about this Islamic Montessori yang berkesan untuk anak. Rupanya Jegot pun dah plan nak htr anak ke Genius Aulad tahun depan. Bagus jugak Genius Aulad tuh nak except budak 2 tahun tapi dia amik tak ramai. 3 org jer kot. So, bila Watie citer pasal kindy nih, Jegot pun excited nak melawat kindy-kindy ni. Watie pun bglah tips2 nak cek kindy nih camner (wahhh..cam pandai na nak bg tips kat org! Anak pun lum masuk skolah! Wakakakakak!) Then, my friend pun gi lah tgk Brainy Bunch kat Seksyen 3 sebab dia tinggal berdekatan dgn tempat tu. Watie tak sempat2 nak gi lagi masa dia pergi melawat tu. Lepas my bff ni pergi melawat dan melihat seluruh ceruk kindy tu, dia bg feedback pada Watie, tapi feedback tu tak berapa memberangsangkan. Watie takmo komen sgt sebab Watie tak pergi tgk sendiri, so its not fair for me to comment  @ judge kan, cuma bila dengar dia kata camtuh, Watie pun tak jadi nak melawat dan rasa tak jadi nak join. Bukan apa, sebab Watie tahu hubby Watie orangnya camner, kalau my bff yg ala-ala tak berapa cerewet pun komen camtu, apatah lagi hubby Watie yg sangatlah cerewet! Confirm dia reject nanti. Baiklah jgn buang masa! So, in my mind cuma Nuh's Ark dan Genius AuladWatie dah risau juga, sebab dalam hati Watie duk kata, if Nuh's Ark tak memenuhi citarasa Watie & hubby especially on the conducive environment punya criteria, memang nampaknya we all pilih Genius Aulad jer lah. Masa tuh Watie duk bayangkan Nuh's Ark ni amik corner lot punya housing area, so memang kena cek betul2 sebab pengalaman Watie pergi kindy2 yang lain sebelum ni, dr luar nampak gah & ok, tapi dalam hampeh jer banyak! Tu lah Watie risau sangat. Sampai dalam hati duk kata, "Takperlah, aku masuk Genius Aulad, tapi kat umah aku buat sendiri Montessori Method dengan anak aku!". Then, Watie pun buat appointment dengan Prinsipal merangkap Founder Nuh's Ark tu hujung bulan October yang lalu, Puan Roslina namanya. Puan Roslina ni is the Founder of Nuh's Ark Islamic Montessori dan ia merupakan  Islamic Montessori kindy yang pertama and the only one (kalau tak silap Watie) yang buat sistem Franchise dan berdaftar dengan Franchise Malaysia, boleh rujuk sini.

Ada juga courtyard yang khas untuk anak-anak makan semasa waktu rehat. Teringat Watie masa gi kat Tadika Acmar, private kindy @ Klang tuh, dorang pun ada kantin khas utk makan. Walaupun tak besar, tapi cukuplah untuk ajar anak berdisiplin ketika makan. Ambil pinggan mangkuk, cawan, sudu dan garpu sendiri, cuci tgn sendiri, lepas makan kemas balik, sapu dan mengelap sendiri. Vangga jer bila Teacher Q kata, Q siap lap2 dan mop2 lepas makan. :)

Berdebar2 jer masa pergi tuh, plus tak lah mengharap sgt sebab as I said earlier, Watie ingat ia terletak di cornet lot housing area, sekali tuh, bila sampai jer (penat jugaklah Prinsipal dia explain jalan, sebab tuh kawasan baru kan), punyalah suka hati Watie, sebab ia merupakan bangunan yang khas untuk Tadika, built for purpose orang kata, bukan corner lot punya rumah. Memang cantik sgt tempat tuh, besar dan bersebelahan dengan Taman Permainan Kanak-Kanak yg ada untuk penduduk sekitar and the environment sgt kondusif untuk perkembangan anak. So, Watie pun borak lama dengan Prinsipal a.ka.a Founder dia, a very nice, polite & humble lady, sambil pasang telinga dengar Teacher dia borak apa ngan Qarissa. Hahahha..nak dengar Teacher tuh pandai cakap English tak? Hihihii..Yerlah, kata pun English Islamic Montessori kan, sometimes cakap jer English, tapi Teacher dia tak pandai pun cakap English, tu lah nak kena pastikan jugak. Alhamdulillah, Watie dgr memang Teacher tuh cakap English jer ngan Qarissa the whole time dan English dia bagus juga.:) (wah.kalau Teacher Azura baca nih, mesti kembang semangkuk! Silap2 beranak terus.. eekkeke...sorry Teacher, gurau2 jer ..ahaks!). Watie berborak lama ngan Prinsipal dia, ceritakan semua apa yang Watie hadapi dengan Qarissa, her "attachment disorder" tu, dan segala-galanya yang Teacher dia perlu tahu pasal anak Watie. Yup, kesemuanya. I make it very clear in the beginning what is my expectation & I want to know whether they can cope with it and can handle my Q. So, sepanjang borak2 tuh, sambil we all borak, sambil Prinsipal dia perhatikan tingkah laku Qarissa dan Zayra. Puan Roslina cakap, Q is ok, maybe awal2 dia begini dan begitu, but Insya Allah, dia akan berubah secara semulajadi. Apa yang penting, Qarissa sukakan environment di sekolah tersebut. Yup, sememangnya Qarissa sgt sukakan tempat tu! Melopong2 mulut dia menjelajah ke seluruh pelusuk kindy dan tgk macam2 apparatus yang ada. Zayra pun tumpang sibuk sama, dan bila tgk camtu, Watie pun dah excited nak htr Zayra sekali. Walaupun kindy tuh hanya except kids yang berusia 2 thn setengah ke atas, tapi maybe Zayra ni agak smart dan matang berbanding usia sebenar, selepas melihat how Zayra behave that day, Puan Roslina kata she is willing to accept Zayra if I want to send her there too next year. :) 


Ni lah Bilik 1. Bilik belajar bahasa. English, Malay & Arab if I'm not mistaken. Workstation tuh Montessori punya appratus lah tu. :) Ada radio dan kat sinilah Q melompat dan berjoget nyanyi lagu Ants On The Apple dengan rakan-rakannya!

Another point yang buat Watie suka sgt, they accept kalau Watie nak join bulan November dan December sebagai persediaan Qarissa ke sekolah tahun depan. Patutnya December kan cuti, tapi Prinsipal dia nak train Teacher bulan December, so they open the kindy as usual, another bonus point for me. Watie memang berterima kasih sgt sebab Watie memang nak htr Qarissa at least 3 bulan awal sebenarnya (tapi hanya jumpa Nuh's Ark hujung bulan October, tu yg masuk Pingu dulu tuh...) sebab Watie nak biasakan Qarissa pada persekitaran sekolah. Pada Watie, at that point of time, "attachment disorder" Qarissa agak kritikal. Watie memang takder masa yang byk. Kalau Watie terus htr jer next year, Watie takut dia terkejut dengan environment baru dan terus tak nak ke sekolah, dan masa tuh Teacher takder masa nak layan kerenah dia sebab ada banyak student baru masuk juga. Anak2 kan macam-macam kerenahnya, jadi baiklah Watie start awal, jadi Teacher dan Prinsipalnya dapat fokus pada anak Watie dan memahami sikap dan tingkah laku anak Watie serta dapat mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul. Kebetulan juga, Nuh's Ark di sini baru buka pertengahan tahun ni, so student memang tak ramai, another good point juga kan. They can focus on my dotter too. Hehehe..tahun depan mungkin dah ramai student enroll. Jadi, Q ada 2 bulan untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran yang baru. Watie sgt berharap dalam tempoh 2 bulan nih, Q akan berubah sikapnya terutama bila Watie tinggalkan dia bersama cikgu. 


Ni Bilik 2 -  Bilik Math dengan bilik Sensorial lah rasanya. Puan Roslina ada bgtau by next year, all the Sensorial Apparatus akan sampai. Nampak tak bulatan tu? Dulu Watie tak tahu tu utk apa. Lepas jatuh cinta pada Montessori Method, baru Watie tahu aktiviti di bulatan tuh banyak fungsinya. Antaranya, melatih anak berjalan mengikut garisan, jalan lurus dan mengimbangi badan mereka seterusnya mengukuhkan koordinasi badan, skil pendengaran, disiplin dan meningkatkan motor kasar dan motor halus anak. Untuk lebih info, boleh baca kat sini. :)

Percaya atau tidak, it took ONLY 5 days for Qarissa to stop crying and throw her tantrum bila Watie tinggalkan dia. In fact, seingat Watie, cuma sehari jer dia tantrum dan baling barang di kindy tuh (tapi pastu dia kemas balik..ehehheh), lepas tuh dia cuma menangis sebut nama Mommy sampai tertidur. Watie masih ingat, hari pertama (Selasa,1 November 2011), I stayed with her for 3 hours, 1 jam jer Watie tinggalkan dia (tu yg dia tantrum tu), hari kedua Watie tak tinggalkan dia sebab dia sakit perut, kesian kat dia, hari ketiga Watie tinggalkan dia sejam juga (nangis jer tapi tak buang barang dah) dan pada hari Khamis (hari ketiga tu) tuh, Prinsipal dia kata Watie dah boleh tinggalkan dia terus next week sebab takut nanti dia terbiasa Watie ada kat sana , dia ngada2 pulak, which I agree too, but Watie kata takmo lah next week, baik terus buat hari Jumaat tu (sebab pastu dah cuti 4 hari due to Raya Haji kan, takut plak Q rasa lama tak gi skool), so malam tuh, me & hubby kept on telling her that I will send her to Teacher Azura & Aunty Ros, she must stay & play with friends and I will definitely pick her up. Seperti yg disangka, dia nangis dan cuba kejar Watie tapi Prinsipal dia kata sekejap jer, she tried to sooth and calm down herself which is good. Lega betul dengar time tu. Kalau tak, asyik rasa nak call jer Prinsipal dia tanya Q ok ker tak. Cuak btol Watie kalau dia baling2 barang kat situ, jahanam barang Teacher kang! Hahaaha.. Tapi, memang sungguhlah tak sangka, masuk minggu kedua, hari kelima tuh, Q dah nampak ok, nangis sikit tapi dia dah ada trust pada Teacher & friends, hari ke enam nangis pun cam tak nangis jer, dan after that is history lah. Hari ni hari ke 10 (16 November 2011), langsung tak dengar dia menangis masa Watie nak gerak pagi tadi, siap berdiri dan jenguk Watie with her friends summore. Allah SWT jer tahu betapa leganya Watie melihat perubahan Qarissa. I shud be thankful to Puan Roslina & Teacher Azura too coz they really take care of my Qarissa. Teacher Azura siap amik gambar and video of Qarissa tgh main, makan dan painting dengan seronoknya kat sekolah. Memang lega dan happy bila tengok tau.:)

Ni lah pemandangan dari dalam bilik Nombor 2 tu, cantik dan menghijau pemandangan dia. Taman permainan Kanak-Kanak yang Watie katakan tuh..:) First time tgk rasa tenang sangat!

Bukan itu sahaja, hari pertama Qarissa masuk skolah, bila nak amik balik @ 12.30 tuh, hubby Watie pun datang sama, dengan niat nak tgk anak dia dan buat inspection lah tuh (sebelum join dia datang tgk tapi tak masuk sebab we all dtg petang nak dekat Magrib, cuma tgk dari luar, dan Watie tunjuk gambar yg Watie amik masa 1st time Watie datang check the skool tu, so masa tuh dia dah approve lah..) Hubby punyalah terkejut tgk Qarissa pakai kasut sendiri masa nak balik! Hihihi... Dia amik kasut dia kat rak tuh, dia duduk dan pakai sendiri! Bukan main lebar senyuman hubby bila tgk. Apa taknya, selama nih memang Q manja dan tak sabar orangnya. Kalau lambat jer sarung kasut atau dia pakai tak betul, asyik nak marah jer. Sebab tu lah hubby terkejut. Sekarang ni memang best lah, pakai kasut, bukak kasut, letak kat rak, suma Q buat sendiri dah, main pun dah pandai kemas balik, memang nampaklah perubahan Qarissa yg sangat nyata. I really feel grateful. :) Harap sgt ia akan berterusan, dan Q akan discover macam-macam lagi perkara baru di kindynya tu. 

Ni bahagian Science & Culture. Ada subjek yang di ajar tentang Sains, Tumbuh-Tumbuhan & Alam Sekitar. Q siap bawak Turtle letak kat sini lagi tau! Hehehehe...

Ha, lupa plak nak citer, lepas balik jer dari check kindy Nuh's Ark for the 1st time tuh, dengan segeranya Watie call my bff yg nama Jegot tuh, dan bgtau yang Watie dah jumpa satu kindy yang sgt best dan dia confirm suka punya! Watie bgtau yang Nuh's Ark ada di Shah Alam juga, asalnya itu adalah HQ, but now HQ dah berubah ke area kawasan perumahan Watie sebab di Shah Alam dah establish, since 1993 dan dah produce student2 yang sangat baik (Watie siap cek tenet & baca forum2 lagi masa nak survey2 tu..), So maybe Founder dia nak develop the kindy in the new area. Watie bgtau kat kawan Watie, cubalah cek di Shah Alam Seksyen 7 tuh cantik tak, Watie tak pernah gi so tak berani nak komen. Tapi yang kat area rumah Watie memang cantik dan memuaskan hati. Kawan Watie dengan segeranya pergi tgk on Monday tu, dan terus call Watie right after balik dr lawatan dia. Alhamdulillah, dia sgt suka juga! She likes everything about it, dari persekitaran, Teacher, cara pengajaran, malah dia berterima kasih pada Watie sebab rekomenkan diaa suruh pergi situ. Masa dia pergi tuh memang tgh ada kelas, jadi dia nampak sendiri bagaimana kelas di jalankan. Dia dah htr anak ke Trial kelas dalam seminggu 3 kali dan tak sangka juga, Aesya suka main dan belajar di sana! Konon2 nak amik awal instead of 12.30, takut Aesya nangis, sekali bila call Prinsipal dia, dorang kata Aesya ok jer, suka jer main, so sudahnya amik at 12.30 juga. :) Watie sampai sekarang tak berkesempatan melawat Nuh's Ark di Shah Alam, tapi rasanya lebih besar dr Nuh's Ark di sini, mesti lagi best kan? Hihihi.. Tak kesahlah tuh, dua-dua pun best! Tu yang penting. Hehehehe..Rasa happy jer bila kawan Watie suka that kindy, taklah malu Watie rekomenkan sebab ia sememangnya memenuhi her expectation.:) 

Ni bilik Nombor 3. Yang uols nampak terbuka tuh pintu dia. Bilik Nombor 3 ni Bilik Sains & Geografi sekali dengan bilik Sembahyang dan belajar Iqra. Besar bilik ni. 
Bahan-bahan pembelajaran yang ada di bilik Nombor 3

Tu lah serba sebanyak (tak leh kata serba sedikit sebab memang banyak pun kan..wakakakak) cerita tentang pencarian, pengembaraan dan penemuan Watie dalam memastikan Qarissa mendapat yang terbaik dan terindah dalam proses penerokaannya. Setakat ni, Watie memang puas hati dengan Kindy Qarissa, in fact hampir setiap hari Watie tanya perkembangan Qarissa dengan Teacher dan Prinsipal dia (jgn dorang boring ngan aku sudahh...kepoh btol mak Q nih kan ..hahahahha) dan feedback yang mereka bg sgt positif. And I can see it with my own eyes, betapa gembiranya Qarissa. Jangan tak percaya, dah masuk 10 hari dia ke sekolah nih, SEKALI pun Qarissa TAK PERNAH MENANGIS bila Watie kejut dia bangun pagi nak pergi skool, padahal sebelum ni Qarissa hanya akan bangun pukul 11 pagi-12 tgh hari! Hambek ko! Lambat kan? Dia diam jer dan tak banyak songeh, siap cakap, "I want to go to skoll!" bila dah pakai baju skolah suma. Happy giler anak suka gi skool wei! Hahhahaa...

Satu  lagi workstation di bilik Nombor 3 ini.
Kat hujung tu ruangan solat & belajar Iqra untuk kids. 

Dan kat sini juga, Watie nak share sedikit panduan yang maybe boleh diguna pakai oleh para ibu bapa yang berhasrat nak htr anak ke kindy. In fact, masa borak ngan Puan Roslina tu pun, Watie cakap perkara yang sama: 

1. Jangan PERCAYAKAN website yang anda lihat. Its true that website tu penting. 1st impression is really important, tapi jangan tertipu dengan keindahan di laman web- PERGI SENDIRI tengok keadaan kindy tuh macam mana. Website adalah untuk u dapatkan maklumat tentang apa yang bakal di ajar, alamat kat mana, map nak pergi macam mana, dan serba sedikit info pasal kindy tuh untuk semakan kita as parents TAPI KITA WAJIB MELAWAT kindy tuh sebelum kita enroll. Kadang-kadang, malah tak keterlaluan kalau Watie cakap - INDAH WEBSITE DARI RUPA! (wah..peribahasa baru oooo...ahahahah) 

2. Sebelum decide nak enroll, buat spot check kat kindy tu, lagi best kalau dtg tanpa bgtau, selamba badak redah jer.. at least you can see the real environment during the class kan. Dan kita ada hak untuk cek seluruh ceruk penjuru kindy tuh, dari hujung ke hujung, kalau rajin, survey lama sikit dan tengok macam mana Teacher tuh handle the kids dan macam mana cara dia ajar murid-murid yang ada. Kita juga berhak untuk tanya segala macam soalan yang penting like program, fee, kaedah pembelajaran, pemakanan yang disediakan, first aid kit ada tak, isu2 keselamatan murid dan sebagainya, tanya terang2 kat Teacher @ Prinsipalnya. 

3. Interview Teacher yang bakal mengajar anak kita tu, BUKAN SETAKAT PRINSIPAL dia jer kita interview. Kita kena ingat, yang ajar anak kita bukan Prinsipal tapi Teacher.Kalau betul Kindy tu claim kata 100% English, kita pastikan betul2 English. Jangan cakap jer English, habis kelas semua bantai cakap Melayu. Tak berkesan macam tuh, susah nak nampak penguasaan bahasa tersebut pada anak kita nanti. Masa borak2 ngan Teacher tuh, kita cakap English, tengok dia reply camner. Kalau berkesempatan, tgk dia ajar murid-murid yang lain camner. Tak guna kalau Prinsipal dia cakap English berabuk tapi Teacher yang ajar anak kita tuh "yang hado!" Sebab, again, yang ajar anak kita adalah Teacher dan  bukan Prinsipal (unless kalau kindy tuh Prinsipal dia tetap mengajar, tu lain cerita lah kan ..) 

Saya harap jika ada Pengusaha Kindy yang baca nih, jangan kecik hati dengan point ini sebab itulah yang kami sebagai ibu bapa mahukan. Kami mahukan Teacher yang terbaik dan berkualiti untuk anak kami, bukan Teacher tangkap muat dan jadikan kerjaya Guru Tadika sebagai sandaran @ stepping stone sebelum mencari kerjaya yang sebenar. Kalau betul pun Teacher tuh kerja sementara, kami harap masa beliau sedang bekerja tuh, beliau akan lakukan sepenuh hati, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Yuran yang dikenakan bukan murah, malah saya rasa lebih mahal dari Sekolah Rendah. Its very competetive nowadays, parents have no choice but to look for the best utk anak masing-masing, sebab tuh mereka berhak untuk demand pada Prinsipal dan Guru yang bakal mengajar anak mereka. Terus terang, saya menghormati profession Guru Tadika kerana mereka merupakan orang PERTAMA yang mengajar anak kita di alam persekolahan. Ia bukan kerja mudah dan tidak harus di pandang enteng. Sebagaimana saya menghormati, menghargai dan memandang tinggi kerjaya saya sebagai guru Playgroup, sebegitulah saya menghormati, menghargai dan memandang tinggi kerjaya Guru Tadika. Persekitaran yang selesa dan kondusif amat penting bagi kami. Kebersihan harus di utamakan. Tak sedap mata memandang kalau kindy bersawang-sawang dan berhabuk-habuk, botol susu anak yg dibawak balik berkerak-kerak dan macam2 lagi hal yg saya sendiri takut nak baca bila bukak forum. Anak kami duduk paling sekejap 4 jam, paling lambat 8 jam, anything can happen within that time frame! Jangkitan penyakit senang berlaku jika kebersihan tak dijaga. Janganlah terlalu mementingkan keuntungan sampai kebajikan anak-anak ini terabai (peringatan untuk saya juga yang ada my own ECE Centre).

4. Sebagai ibu bapa, kita jangan nak cover2 apa sahaja isu atau masalah yang kita hadapi dengan anak. Kita harus bersikap terbuka, dan berterus terang dengan Guru dan Prinsipal tentang apa yang kita rasa dan risaukan tentang anak. Kadang2, ada ibu bapa takut kalau-kalau anak mereka tidak diterima oleh Tadika berkenaan jika mereka menceritakan masalah yang dihadapi anak, jadi mereka mendiamkan diri seolah tiada apa2 yang berlaku. Pada saya, ini tidak betul. Bila kita memberitahu masalah ini kepada Guru mahupun Prinsipal, sebagai orang yang bertanggungjawab, mereka akan lebih peka sekiranya masalah itu berlaku semasa ketiadaan ibu bapa iaitu ketika sessi pembelajaran berlaku. Mereka akan lebih faham dan tahu bagaimana untuk bertindak kerana telah diberitahu sebelumnya oleh ibu bapa. Saya dapati, cara ini sgt berkesan untuk Qarissa. Saya memberitahu segala-galanya (cthnya - Qarissa bila tantrum akan baling barang, dulu lagi teruk, boleh hentak kepala kat dinding!) dan saya dapati, Guru serta Prinsipalnya sudah bersedia apabila saya tinggalkan Qarissa bersama mereka. They expect that to happen and know how to handle that. Taklah dorang terkejut beruk bila tgk Q lempar barang for the 1st time. Sebab tuh saya rasa ia penting. Hubungan antara parents dengan Prinsipal dan Guru mesti baik dan kita sebagai ibu bapa, memang kena kepoh sikit. Kalau Teacher tak bgtau perkembangan anak, kita tanya mereka. Tanya banyak soalan, biar sampai Teacher & Prinsipal tuh kenal ngan kita, secara tak langsung, dorang kena amik tahu pasal anak kita sebab kita ni kepoh asyik tanya jer perkembangan anak! Heheheh..Almaklumlah, bila dah ramai-ramai student kan, terlepas pandang juga sorang dua. Kalau kita sendiri tak kesah pasal anak, stok - htr jer lah, sebab suma org htr, tapi tak pernah amik tahu perkembangan anak, jangan akhir tahun bila anak tak pandai apa-apa atau pencapaiannyaa kurang, kita hanya tahu marah dan kutuk saja! Tapi kita pun tak buat apa2, so kutuk diri sendiri dulu okeh! 

Rasanya tu lah serba sedikit yang boleh Watie kongsikan dalam entri kali ini. Watie ucapkan selamat mencari kindy terbaik untuk anak anda! Teringat pula pd student Watie- pasangan kembar Izzati & Izzudin yang terpaksa berhenti Playgroup sebab takder sapa nak jaga masa kelas sejak ayahnya kena kerja on Saturday. Mommynya htr kindy, tapi dia kata, "Tak nak skool bayu (baru), nak Teacher Watie!!" sambil merengek2 kesedihan, sampai Mommynya pening dan sms saya bercerita pasa anaknya. Baru seminggu tak datang kelas tuh sejak last week. Kesian sungguh saya dengar keluhan anak kecil itu. Yerlah, budak kecil kan tak pandai tipu. Mungkin persekitaran yang baru, jadi ambil masa sedikit nak biasakan diri. Dalam masa yg sama, saya ingatkan diri juga, yg saya harus buat yg terbaik, biar anak murid saya semuanya ingat kat saya sampai dorang besar! Hhehehehehe... Pas dapat sms, dapat call pula dari Mommy Aqeef yg juga berniat nak sambung kelas.   Beliau terpaksa stopkan Aqeef sementara atas hal2 yg tak dapat dielakkan. Dah berbulan tak datang pun, si hensem Aqeef masih ingat Teacher Watie. Pergi Nursery pun nak Teacher Watie jugak. Siap cakap ngan mak dia, "Teacher Watie best!" Hhihihi..comey kan anak2 saya semua?? Tu lah saya kata, best jadi teacher Playgroup nih, kanak-kanak genius dan bijak ni sememangnya menceriakan hidup saya, buat saya rasa muda jer selalu! Sampai Daddy Aleesya, anak murid saya yang Level 3 yang baru join 3 minggu lepas, 1st time Daddy Aleesya dtg tgk kelas anak dia, katanya, "Teacher Watie tuh macam Barney lah...!" Hahahhahaha.. Vangga mak noks... bukan senang org nak samakan kita ngan cartoon character femes camtu kan! Hahahaha..Boleh ah Teacher Watie buat Rancangan TV sendiri pasni. Ada tak stesen TV nak jadi buat Rancangan Kanak-Kanak. Ada sesiapa nak jadi Produser? Wakakakakka..:) Verangan tak agak2 Teacher Watie noks... Hahahhaha... .

Oklah pembaca semua, kita jumpa lagi di entry akan datang okeh ..:) Thanks for reading my bebelan yang super panjang kali ini. Lama tak menulis, sekali menulis, hambek ko, satu hari satu malam baru habis! :P.

post signature
post signature

Friday, November 4, 2011

Jigsaw Puzzle: Education Tools Yang Bagus Untuk Anak Anda!




Hari ni Watie nak share pasal jigsaw puzzle. Rasanya semua rumah yang ada anak kecil mesti ada sekurang2nya 1 set jigsaw untuk anak main kan? Jigsaw puzzle ni sememangnya alat bantu mengajar yang terbukti baik untuk perkembangan mental dan fizikal anak kita. Macam2 yang anak kita boleh belajar dengan adanya puzzle nih. Kalau dulu, jigsaw tuh standard jer kan...alah macam yg kita main kecik2 dulu, sama jer patternnya .. semua guna kad bod keras tu..macam susah jugaklah Watie rasa bila nak cantum2 tu, tapi we still managed to do it kan? Best jer bila ingat zaman kanak-kanak dulu.


But now, seiring dengan perkembangan teknologi dan idea especially on Early Childhood, dah banyak jigsaw puzzle yang "menarik- tertarik-ko memang da bom!" yang boleh anak kita explore. Buatannya lebih kemas dan tahan lama, most of it guna kayu yang ternyata baik for long term usage. Boleh diturunkan pada adik beradik lain lah kiranya..selagi tak hilang jigsaw nya tu kan..heheheh.. Taklah kita risau dia terkemek ker, koyak ker.. :) Watie memang suka betul kalau tgk wood jigsaw puzzle for ECE especially yg bewarna-warni dan yg ada knob tu. Tak pernah dapat main kekdahnya. Masa kita dulu mana ada kan (mungkin org lain ada tapi saya takde..hehehe..saya ni Barbie Doll pun takder masa kecik tau..sian kan..ahaks!), so bila dah tua2 nih baru dapat main, memang rasa sgt best, plus bila saya amalkan right brain method sejak buat ECE 3 years back, it feels like I understand the children more, saya seolah-olah dapat menyelami hati dan perasaan mereka bila bermain this kind of education tools.. memang best dan rasa puas! It makes me more creative and innovative on how to play this jigsaw with my kids..:)


So, today Watie nak share sikit apa yang Watie buat sewaktu bermain dengan Qarissa. Alhamdulillah, Q memang dah master this jigsaw, sebab dia dah kenal, bentuk dan warna serta boleh membaca, so takderlah masalah sgt nak main, cuma fine motor skill dia agak lemah, so sekarang memang Watie sedang gigih untuk bantu Qarissa develop her fine & gross motor skill ke tahap yang lebih baik. Watie gunakan Montessori Method di rumah untuk bantu Qarissa banyak perkara dan hasilnya? Alhamdulillah, syukur, nampak sgt banyak beza dari segi motor skill, kesabaran, ketekunan dan Q lebih berdikari sekarang. Kalau dulu, Q agak kurang sabar especially bila main2 jigsaw, nak masukkan tapi tak boleh (sebab fine motor skill dia agak lemah), dia cam suka nak lempar2 sebab tension, tapi skang, bila tak masuk, dia tensen gak, cumanya dia dah tak buang dah jigsaw tu, tapi dia akan cakap pada diri sendiri "Jangan marah ..Jangan marah.!" pastu dia sambung main. Hahahhaa... tu dia ikut balik apa Watie bgtau setiap kali dia marah bila tak dapat masukkan betul2 dalam based puzzle tu. Memang kesabaran ibu bapa paling penting bila amalkan method nih. Kita kena calm dan relax serta sabar. Insya Allah, nanti Watie cerita kan pasal Montessori ni dalam entry yang lain. :) Sekarang memang Watie sgt "giler" Montessori especially bila lihat perbezaan yg Qarissa alami a few days after Watie apply. Dan, bertambah seronok bila tgh2 giler dan gigih nak apply that Method kat Q, jenjalan kat blog my friend- Yati Chomeyl @ Japan (huwaaa..lama nya tak blog walking!), dia pun hantar anak ke Nursery yg apply Montessori Method, dan apply at home. Sungguhlah jeles tgk Nursery abe SN yg sgt best, cantik dan Teacher yg hebat2 belaka. Memang awesome wei! Kalau lah Jepun tuh dekat cam Sgor ngan KL, mau aku drive tetiap hari. Hahaha.. Syukur juga Watie dah jumpa satu kindy yg menepati me & hubby punya expectation untuk hantar Q tahun depan (in fact dah mula pun awal November lalu). Yang tuh pun kena buat another entry jugak. Eekekekke..:) 


Ok, camner Watie buat this game lebih interesting dan dalam masa yang sama membantu her fine motor skill? Meh kita tengok yer: 

1. Watie masukkan semua jigsaw dalam  plastik yang boleh seal tu. Pastu Watie gulung plastik tuh. Bila nak main, Q akan amik that plastik, bukak gulungan dan guna jari utk bukak seal tu. Bukan senang wei, memang selalu tak lepas pun, heheh..dan perlukan bantuan, so I keep showing her how to open it.Walaupun dalam kebanyakan masa tak lepas bhg seal tu, dia nak pegang and try pun dah bagus sebenarnya. She try to follow our action dan Insya Allah, lama2 dia akan master the skill.



2. Bila dah bukak, dia akan masukkan tangan dalam plastik, amik satu2, dan start to put the jigsaw on its based. Here, we can be a little bit more creative. As for me, Watie jenis yang tak suka buat kerja yang sama berulang2. Cepat boring, so Watie akan try untuk buat kerja yang sama DENGAN CARA YANG BERLAINAN supaya tak rasa boring. Watie rasa bagus camni sebab ia membuatkan kita jadi lebih kreatif, kena dig our brain sikit untuk jadikan permainan lebih menarik dan taklah asyik sama jer caranya. Kita tgklah feedback anak kita camner. Kalau kita tgk mereka suka dan leka menyiapkan puzzle tu, jgn sibuk duk kacau pulak. Biar dorang main and explore themselves. Kalau kita tgk dorang cam boring jer, barulah kita join sama and tukar suasana permainan jadi lebih happening dan menarik. So, salah satu yg Watie lakukan ialah - Watie akan letak 2 @ 3 jigsaw kat tapak tangan, pastu mintak Qarissa pilih salah satu shape, cthnya Watie cakap, "Qarissa, can you pick the Yellow Diamond please?" dan seterusnya sampailah habis jigsaw tu dia letak kat based. Jangan lupa puji bila dia amik jigsaw yang betul. Mula2 maybe kita leh fokus on shapes, pastu kita tambah lah warna pula. Jadi secara tak langsung anak kita akan master both. Shapes & Colors. 


3. Pastu, kita boleh suruh anak kita kira berapa sides @ sisi yang ada pada setiap shape. Count together. Ambil jari anak dan bagi mereka sentuh dan rasa shape & sides tu. They will soon learn that every shapes adalah berbeza antara satu sama lain. lebih best lagi, kalau tahu Nursery Rhyme yang related to the shape. Haa...Nursey Rhyme lagi si Watie nih kan? Tak habis-habis .. Hahhaha.. Dah memang tuh terbukti berkesan, saya rekomenlah nyanyi Mommy & Daddy oi..! Ekekek.. Cth yg senang - nampak kan Star punya shape kat gambar tu? Suruh anak pegang shape tuh dan nyanyi bersama lagu - Twinkle2 Little Star. Atau suruh anak pegang Heart shape sambil nyanyi lagu - The heart shape means that I love U! Kalau takder idea, inilah masanya anda semua menjadi pencipta lirik lagu kanak-kanak yang hebat dan spontan! Eekkeke. 


4. Kalau tgk gambar kat atas nih, adalah Wood Puzzle "My Face". Yang jenis ni tiada knob, jadi kira advance sedikit berbanding knob. I like it too sebab budak 3 tahun like Q sepatutnya dah boleh this type of jigsaw dengan mudah dan letakkan di basednya. Ini juga anda boleh buat kaedah yang sama macam yg Watie bgtahu di atas. Nyanyi sesama lagu2 yang anda tahu berkaitan dengan "My Face". Boleh juga minta anak tunjukkan part of their face bila anda pegang jigsaw yang berkaitan, cthnya -Eyes. Minta anak tunjuk mata dia dan mata anda. Nampak simple tapi penting tau. Sebab before this bila Watie tanya Zayra, "Mana Mommy'e eyes?" Zayra tunjuk dengan comel skali, bila saya tanya mana Zayra's eyes, dia tunjuk mata dia pulak. So cute and I did the same to Qarissa. Cuak jugak lah bila Watie tanya dia  soalan yg sama, she point to her eyes bila Watie tanya mana Mommy's eyes. Sib baik bila tanya again, dia paham and start to point to my eyes. Sometimes Q ni suka berangan, pastu buat-buat tak dengar apa kita cakap, maybe tu juga simptom ASD. Bila suara kita tegas sikit, baru dia nak tumpukan perhatian to our question. 


 5. Lepas dah main, time nak simpan semula tu, instead of just suruh anak simpan like we did normally, apa kata kita buat aktiviti "add on value" sikit. Kita bgtau anak kita yang kita akan sebut the name of the jigsaw, dan anak mesti letak dalam plastik seal yang ada. Kaedah ni bagus juga untuk anda galakkan anak membaca, especially kalau jigsaw tuh hanya ada perkataan sahaja. Maknanya, anak kita kena lihat, baca dan faham maksudnya sebelum dia ambil jigsaw dan simpan dalam plastik. Yang shapes pun bagus, anak akan faham mana satu shape yang kita mintak, Its like a game jugaklah kan. :) Macam cth puzzle di atas, Watie minta Qarissa masukkan jigsaw tuh satu demi satu based on my request. She love it! Tekun dia amik one by one dan masuk dalam plastik. 


6. Lepas dah masuk semua jigsaw, kita minta anak seal dan gulungkan plastik tuh as usual, kemudian simpan balik di tempat yang asal. :) Watie tahu mungkin ada anak yg dah biasa main pastu sepah-sepah, takmo simpan balik, dulu Q pun camtu. Pastu Watie latih dia, keep on telling her, lepas dah main simpan balik, Watie  ajak dia sama-sama simpan mainan dia, Watie pegang tangan dia, tunjuk how to do it, then after that, dia dah faham dah. Kalau dia lupa pun nak simpan, bila Watie ingatkan later on, dia akan ingat. Watie selalu guna ayat, "Clean up time!!" dengan intonasi yg sama setiap kali habis main. So, Q pun terikut2 sebut Clean Up Time tuh ..:) Masa mula2 buat dulu, Q tak berapa suka, maybe dia terkejut sebab all this while, kita yang kemaskan untuk dia, atau maid yang buat, but after 2-3 days, she's ok and get used to it already. In Montessori method, kita kena ajar anak berdikari, biar mereka rasa tanggungjwab untuk menyudahkan kerja mereka. If mula2 anak meragam atau mengamuk tuh, memang kena sabar sikit. Macam Q, memang Watie tak bagi muka sgt lah lately ni, sebab dia memang manja sgt for the past 3 years, its time for me to be a little bit strict dengan dia. I learned my lesson already, hehehe...so no more manja tak tentu pasal. Sometimes rasa kesian kat Q sebab she learn it the hard way (sebab Mommy dah ajar manja dari lahir), but alhamdulillah, she can take it piece by piece. Now, me & hubby tgh gigih nak kurangkan "attachment disorder" Qarissa, takmo dia melekap jer sampai nak htr kindy pun susah. Alhamdulillah, getting better over time. :) 


Ok, rasanya sampai sini sahaja perkongsian Watie hari ni. :) Jumpa lagi di entry akan datang, Insya Allah. Selamat hari Jumaat. :) Ha... taau dah ..mesti ada yg nak tanya pasal jigsaw ni beli kat mana kan? Wakakaka.. dah boleh agak dah soalan para pembaca semua, sebab memang tu yang akan ditanya dulu .. :) Ok, kat Genius Baby On Board ada jual, harga RM 12.90 satu excluding courier. Ada banyak jenis, campur2 punya puzzle, Watie tak sempat nak amik gambar semua. Ada yang tak amik gambar pun dah habis kan .. :) Yang kat atas ni pun Watie kena cek ada lagi ker tak kat opis tu esok. Hehhehe.. Ingat2 lupa dah mana satu yg ada, mana satu yg habis ..:) Till then, jumpa lagi okey! Selamat berhujung minggu semua. Tak sabar nak balik main ngan anak kan? Hehehhehe

post signature

post signature