free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, November 4, 2011

Jigsaw Puzzle: Education Tools Yang Bagus Untuk Anak Anda!




Hari ni Watie nak share pasal jigsaw puzzle. Rasanya semua rumah yang ada anak kecil mesti ada sekurang2nya 1 set jigsaw untuk anak main kan? Jigsaw puzzle ni sememangnya alat bantu mengajar yang terbukti baik untuk perkembangan mental dan fizikal anak kita. Macam2 yang anak kita boleh belajar dengan adanya puzzle nih. Kalau dulu, jigsaw tuh standard jer kan...alah macam yg kita main kecik2 dulu, sama jer patternnya .. semua guna kad bod keras tu..macam susah jugaklah Watie rasa bila nak cantum2 tu, tapi we still managed to do it kan? Best jer bila ingat zaman kanak-kanak dulu.


But now, seiring dengan perkembangan teknologi dan idea especially on Early Childhood, dah banyak jigsaw puzzle yang "menarik- tertarik-ko memang da bom!" yang boleh anak kita explore. Buatannya lebih kemas dan tahan lama, most of it guna kayu yang ternyata baik for long term usage. Boleh diturunkan pada adik beradik lain lah kiranya..selagi tak hilang jigsaw nya tu kan..heheheh.. Taklah kita risau dia terkemek ker, koyak ker.. :) Watie memang suka betul kalau tgk wood jigsaw puzzle for ECE especially yg bewarna-warni dan yg ada knob tu. Tak pernah dapat main kekdahnya. Masa kita dulu mana ada kan (mungkin org lain ada tapi saya takde..hehehe..saya ni Barbie Doll pun takder masa kecik tau..sian kan..ahaks!), so bila dah tua2 nih baru dapat main, memang rasa sgt best, plus bila saya amalkan right brain method sejak buat ECE 3 years back, it feels like I understand the children more, saya seolah-olah dapat menyelami hati dan perasaan mereka bila bermain this kind of education tools.. memang best dan rasa puas! It makes me more creative and innovative on how to play this jigsaw with my kids..:)


So, today Watie nak share sikit apa yang Watie buat sewaktu bermain dengan Qarissa. Alhamdulillah, Q memang dah master this jigsaw, sebab dia dah kenal, bentuk dan warna serta boleh membaca, so takderlah masalah sgt nak main, cuma fine motor skill dia agak lemah, so sekarang memang Watie sedang gigih untuk bantu Qarissa develop her fine & gross motor skill ke tahap yang lebih baik. Watie gunakan Montessori Method di rumah untuk bantu Qarissa banyak perkara dan hasilnya? Alhamdulillah, syukur, nampak sgt banyak beza dari segi motor skill, kesabaran, ketekunan dan Q lebih berdikari sekarang. Kalau dulu, Q agak kurang sabar especially bila main2 jigsaw, nak masukkan tapi tak boleh (sebab fine motor skill dia agak lemah), dia cam suka nak lempar2 sebab tension, tapi skang, bila tak masuk, dia tensen gak, cumanya dia dah tak buang dah jigsaw tu, tapi dia akan cakap pada diri sendiri "Jangan marah ..Jangan marah.!" pastu dia sambung main. Hahahhaa... tu dia ikut balik apa Watie bgtau setiap kali dia marah bila tak dapat masukkan betul2 dalam based puzzle tu. Memang kesabaran ibu bapa paling penting bila amalkan method nih. Kita kena calm dan relax serta sabar. Insya Allah, nanti Watie cerita kan pasal Montessori ni dalam entry yang lain. :) Sekarang memang Watie sgt "giler" Montessori especially bila lihat perbezaan yg Qarissa alami a few days after Watie apply. Dan, bertambah seronok bila tgh2 giler dan gigih nak apply that Method kat Q, jenjalan kat blog my friend- Yati Chomeyl @ Japan (huwaaa..lama nya tak blog walking!), dia pun hantar anak ke Nursery yg apply Montessori Method, dan apply at home. Sungguhlah jeles tgk Nursery abe SN yg sgt best, cantik dan Teacher yg hebat2 belaka. Memang awesome wei! Kalau lah Jepun tuh dekat cam Sgor ngan KL, mau aku drive tetiap hari. Hahaha.. Syukur juga Watie dah jumpa satu kindy yg menepati me & hubby punya expectation untuk hantar Q tahun depan (in fact dah mula pun awal November lalu). Yang tuh pun kena buat another entry jugak. Eekekekke..:) 


Ok, camner Watie buat this game lebih interesting dan dalam masa yang sama membantu her fine motor skill? Meh kita tengok yer: 

1. Watie masukkan semua jigsaw dalam  plastik yang boleh seal tu. Pastu Watie gulung plastik tuh. Bila nak main, Q akan amik that plastik, bukak gulungan dan guna jari utk bukak seal tu. Bukan senang wei, memang selalu tak lepas pun, heheh..dan perlukan bantuan, so I keep showing her how to open it.Walaupun dalam kebanyakan masa tak lepas bhg seal tu, dia nak pegang and try pun dah bagus sebenarnya. She try to follow our action dan Insya Allah, lama2 dia akan master the skill.



2. Bila dah bukak, dia akan masukkan tangan dalam plastik, amik satu2, dan start to put the jigsaw on its based. Here, we can be a little bit more creative. As for me, Watie jenis yang tak suka buat kerja yang sama berulang2. Cepat boring, so Watie akan try untuk buat kerja yang sama DENGAN CARA YANG BERLAINAN supaya tak rasa boring. Watie rasa bagus camni sebab ia membuatkan kita jadi lebih kreatif, kena dig our brain sikit untuk jadikan permainan lebih menarik dan taklah asyik sama jer caranya. Kita tgklah feedback anak kita camner. Kalau kita tgk mereka suka dan leka menyiapkan puzzle tu, jgn sibuk duk kacau pulak. Biar dorang main and explore themselves. Kalau kita tgk dorang cam boring jer, barulah kita join sama and tukar suasana permainan jadi lebih happening dan menarik. So, salah satu yg Watie lakukan ialah - Watie akan letak 2 @ 3 jigsaw kat tapak tangan, pastu mintak Qarissa pilih salah satu shape, cthnya Watie cakap, "Qarissa, can you pick the Yellow Diamond please?" dan seterusnya sampailah habis jigsaw tu dia letak kat based. Jangan lupa puji bila dia amik jigsaw yang betul. Mula2 maybe kita leh fokus on shapes, pastu kita tambah lah warna pula. Jadi secara tak langsung anak kita akan master both. Shapes & Colors. 


3. Pastu, kita boleh suruh anak kita kira berapa sides @ sisi yang ada pada setiap shape. Count together. Ambil jari anak dan bagi mereka sentuh dan rasa shape & sides tu. They will soon learn that every shapes adalah berbeza antara satu sama lain. lebih best lagi, kalau tahu Nursery Rhyme yang related to the shape. Haa...Nursey Rhyme lagi si Watie nih kan? Tak habis-habis .. Hahhaha.. Dah memang tuh terbukti berkesan, saya rekomenlah nyanyi Mommy & Daddy oi..! Ekekek.. Cth yg senang - nampak kan Star punya shape kat gambar tu? Suruh anak pegang shape tuh dan nyanyi bersama lagu - Twinkle2 Little Star. Atau suruh anak pegang Heart shape sambil nyanyi lagu - The heart shape means that I love U! Kalau takder idea, inilah masanya anda semua menjadi pencipta lirik lagu kanak-kanak yang hebat dan spontan! Eekkeke. 


4. Kalau tgk gambar kat atas nih, adalah Wood Puzzle "My Face". Yang jenis ni tiada knob, jadi kira advance sedikit berbanding knob. I like it too sebab budak 3 tahun like Q sepatutnya dah boleh this type of jigsaw dengan mudah dan letakkan di basednya. Ini juga anda boleh buat kaedah yang sama macam yg Watie bgtahu di atas. Nyanyi sesama lagu2 yang anda tahu berkaitan dengan "My Face". Boleh juga minta anak tunjukkan part of their face bila anda pegang jigsaw yang berkaitan, cthnya -Eyes. Minta anak tunjuk mata dia dan mata anda. Nampak simple tapi penting tau. Sebab before this bila Watie tanya Zayra, "Mana Mommy'e eyes?" Zayra tunjuk dengan comel skali, bila saya tanya mana Zayra's eyes, dia tunjuk mata dia pulak. So cute and I did the same to Qarissa. Cuak jugak lah bila Watie tanya dia  soalan yg sama, she point to her eyes bila Watie tanya mana Mommy's eyes. Sib baik bila tanya again, dia paham and start to point to my eyes. Sometimes Q ni suka berangan, pastu buat-buat tak dengar apa kita cakap, maybe tu juga simptom ASD. Bila suara kita tegas sikit, baru dia nak tumpukan perhatian to our question. 


 5. Lepas dah main, time nak simpan semula tu, instead of just suruh anak simpan like we did normally, apa kata kita buat aktiviti "add on value" sikit. Kita bgtau anak kita yang kita akan sebut the name of the jigsaw, dan anak mesti letak dalam plastik seal yang ada. Kaedah ni bagus juga untuk anda galakkan anak membaca, especially kalau jigsaw tuh hanya ada perkataan sahaja. Maknanya, anak kita kena lihat, baca dan faham maksudnya sebelum dia ambil jigsaw dan simpan dalam plastik. Yang shapes pun bagus, anak akan faham mana satu shape yang kita mintak, Its like a game jugaklah kan. :) Macam cth puzzle di atas, Watie minta Qarissa masukkan jigsaw tuh satu demi satu based on my request. She love it! Tekun dia amik one by one dan masuk dalam plastik. 


6. Lepas dah masuk semua jigsaw, kita minta anak seal dan gulungkan plastik tuh as usual, kemudian simpan balik di tempat yang asal. :) Watie tahu mungkin ada anak yg dah biasa main pastu sepah-sepah, takmo simpan balik, dulu Q pun camtu. Pastu Watie latih dia, keep on telling her, lepas dah main simpan balik, Watie  ajak dia sama-sama simpan mainan dia, Watie pegang tangan dia, tunjuk how to do it, then after that, dia dah faham dah. Kalau dia lupa pun nak simpan, bila Watie ingatkan later on, dia akan ingat. Watie selalu guna ayat, "Clean up time!!" dengan intonasi yg sama setiap kali habis main. So, Q pun terikut2 sebut Clean Up Time tuh ..:) Masa mula2 buat dulu, Q tak berapa suka, maybe dia terkejut sebab all this while, kita yang kemaskan untuk dia, atau maid yang buat, but after 2-3 days, she's ok and get used to it already. In Montessori method, kita kena ajar anak berdikari, biar mereka rasa tanggungjwab untuk menyudahkan kerja mereka. If mula2 anak meragam atau mengamuk tuh, memang kena sabar sikit. Macam Q, memang Watie tak bagi muka sgt lah lately ni, sebab dia memang manja sgt for the past 3 years, its time for me to be a little bit strict dengan dia. I learned my lesson already, hehehe...so no more manja tak tentu pasal. Sometimes rasa kesian kat Q sebab she learn it the hard way (sebab Mommy dah ajar manja dari lahir), but alhamdulillah, she can take it piece by piece. Now, me & hubby tgh gigih nak kurangkan "attachment disorder" Qarissa, takmo dia melekap jer sampai nak htr kindy pun susah. Alhamdulillah, getting better over time. :) 


Ok, rasanya sampai sini sahaja perkongsian Watie hari ni. :) Jumpa lagi di entry akan datang, Insya Allah. Selamat hari Jumaat. :) Ha... taau dah ..mesti ada yg nak tanya pasal jigsaw ni beli kat mana kan? Wakakaka.. dah boleh agak dah soalan para pembaca semua, sebab memang tu yang akan ditanya dulu .. :) Ok, kat Genius Baby On Board ada jual, harga RM 12.90 satu excluding courier. Ada banyak jenis, campur2 punya puzzle, Watie tak sempat nak amik gambar semua. Ada yang tak amik gambar pun dah habis kan .. :) Yang kat atas ni pun Watie kena cek ada lagi ker tak kat opis tu esok. Hehhehe.. Ingat2 lupa dah mana satu yg ada, mana satu yg habis ..:) Till then, jumpa lagi okey! Selamat berhujung minggu semua. Tak sabar nak balik main ngan anak kan? Hehehhehe

post signature

post signature

No comments: