* ini entry sangat panjang oooo..bebelan Teacher Watie yg tak agak2 ... kalau agak2 malas nak baca, korang skroll jer lah laju2 yer..wakakkakaak *
************************************************************
Diam tak diam, dah masuk bulan November pun di tahun 2011 ni kan? Untuk mak-mak yang dah ada anak umur 3 tahun ke atas tuh, mesti lah akhir-akhir tahun nih sibuk duk toleh kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang kat area sekitar rumah dan pejabat, untuk cari the best kindy for ur genius children kan? I faham sangat lah perasaan tuh, sebab I dah melaluinya. Hehehehe.. Mana yang anaknya dah masuk kindy tuh, mungkin tak risau sgt, sebab just continue sekolah jer thn depan, atau maybe ada yang rasa nak tukar sekolah untuk dapat environment baru, tapi anak dah get used to skool, so taklah risau kan, tapi bagi ibu yang pertama kali nak hantar anak ke kindy, mesti macam-macam perasaan ada kan. Nak-nak jenis mak yang hover melampau overprotective dan risau pasal anak kesayangan dia..(aku lah tuh.. hahahhaha..hover gilerrr noksss!) Hahhahaha...
Masuk2 jer, ni lah rupa kindy tu. Watie tak sempat amik dari luar pun, just amik bhg dalam jer. camera pun cap Ayam jer, harap maaf yer. :)
So, today Watie nak cerita pasal pencarian, pengembaraan sampailah penemuan Watie dalam mencari Kindy yang sesuai dan terbaik untuk Qarissa. Hover jer tau..anak baru 3 tahun, nak cari Kindy macam nak masukkan anak ke University! Melampau jer...! Hhahahhaha.. Isk iskk..tak baik kata gitu tau ..Semua org nak bagi yang terbaik untuk anak masing-masing kan? And I believe everybody have their own issue on their children. Dan pada Watie, pendedahan ECE sgt penting untuk anak Watie. Sedaya mungkin Watie cuba yang terbaik untuk cari Kindy yang bukan sahaja memenuhi citarasa Qarissa dalam penerokaannya tetapi juga dapat memenuhi me & hubby punya expectation. Watie nih kira boleh bertolak ansur lagi dlm certain2 issue, tapi hubby Watie tu mak aiii.. kalah org pompuan tau dia punya cerewet! Watie lah yang pening duk pusing2 satu kawasan perumahan ni ha.:)
Kat ruangan ni dipenuhi dengan EPL - Early Practical Life punya apparatus. Tu lah Teacher Q. Teacher Azura yang sedang sarat mengandung anak kedua. :)
As for me, my main concern on Q is her "attachment disorder" tu. Let be tell you frankly that Q punya attachment bukan calang-calang ooo..3 tahun 4 bulan (until October 2011) Qarissa berada di bawah ketiak Mommy & Daddy dia the whole time! Tidak pernah Qarissa dibiarkan berseorangan tanpa me & hubby kecuali sejak my maid yg lama, si Nor tuh balik kampung 7 months back (Mac 2011). Sejak tuh, Qarissa terpaksa duduk rumah my sister every weekend, which was hard for her in the beginning. Sejak tu lah, boleh nampak Q punya tantrum meningkat dengan sangat melampau, rebel dia tak hengat oooo... Ipad dia pakai campak jer suka2 hati, macam buy 1 free 3 kekdahnya! Lot of things happened, yang I dah ceritakan serba sedikit dalam entry INI, dan I have to admit yang learned a lot, in fact sangat-sangat banyak within this 7 months. Alhamdulillah, Qarissa punya development in terms of behaviour & speech juga semakin bertambah baik, malah bila jumpa Doktor on our last appointment last few weeks pun Doktor kata, she's not and ASD kid pulak dah. She's very normal and apa yang aku risaukan pasal behaviour and speech tuh adalah perkara biasa untuk umur Qarissa. Doktor kata aku anxious sgt ..:P. Pada aku senang je,tak kesahlah apa label yang dorang nak bagi, atau takder label apa pun, yang penting - HOW CAN I HELP MY DAUGHTER TO BECOME BETTER IN ALL ASPECT sementara aku masih ada masa ni? (Well, as I always said, -the 1st 6 years of our child's life is a very critical time for their brain development kan?). Makin lambat start, makin susah dan makin mencabar. Kalau betul aku kena tolong Q to polish her speech & behaviour, I will definitely do anything within my power to help her, to master the skill. Syukur juga sebab in terms of reading, aku dah tak perlu beria-ia sgt, just monitor her from time to time, so my focus now is on her skill yg lack tu.
Another station of EPL kat ruangan ni. Q suka lepak2 sini lah ..atas karpet tu dia tidur! Dia rasa secured kat situ berbanding di bilik.
I keep on telling myself that I have only 3 months to go all out looking for all possibilities to help my Qarissa sebelum dia masuk tadika tahun depan. Memanglah kalau ikutkan umur, dia baru 3 tahun setengah on January 2012, tapi kalau ikut tahun, dia dah 4 tahun, so memang dah kena masuk sekolah lah kan..(yang mana anak lahir hujung tahun lagi pening kan..? I can imagine that..!) Thats y aku nak pulun kaw-kaw within this 3 months, - kurangkan attachment disorder dia, tantrum dia dan juga tingkatkan immunity badan dia. Bermula bulan 10, aku masukkan Q ke kelas Pingu near my house. Kelas 1 minggu 2 kali. Cantik juga tempat tuh, Teacher Edward dia bukan setakat buat Pingu, ada juga bilik mainan indoor dan Montessori station yang buatkan Q suka juga ke sana. Cuma, attachment disorder tuh masih ada. Q boleh buat semua benda yang disuruh dengan syarat aku ada sebelah dia. Pantang lepa, melilau dia cari aku. So, aku masih rasa risau di situ.
Jalan menuju ke bilik2 yang ada. Ada 3 bilik yang kesemuanya boleh tahan besar.
Dalam masa yang sama, Watie masih melilau mencari kindy yang sesuai untuk Qarissa. After Watie cuba kaedah Montessori at home, Watie nampak kesan yang sangat memberansangkan terhadap Q. In fact, dalam tempoh yg sgt sekejap, Watie nampak perubahan dia. Itu yang membuatkan Watie jadi excited dan ingin meneruskan kaedah tersebut dalam mendidik dan membesarkan Qarissa dan Zayra. Asalnya, Watie dah niat nak masukkan Qarissa ke Genius Aulad yang baru bukak berdekatan rumah Watie, cantik tempat tuh dan new area, tapi lepas cuba Montessori Method, Watie selagi boleh nak cari jugak Kindy yang guna that method. Kalau dapat Islamic Montessori lagi best, sebab ada add on value di situ. Tapi, ia bukannya sesenang yang kita sangkakan. Kadang-kadang, cakap jer Montessori School, apparatus pun takder @ tak lengkap. Cikgu pun tak terlatih, tu yang kita sebagai parents kena cek betul2 kindy yang kita nak htr tu. Dalam otak Watie, masa tu, dah ada 3 kindy - Genius Aulad, Brainy Bunch Montessori dan Nuh's Ark Islamic Montessori. Ada juga few kindy yang guna Montessori Method di kawasan perumahan Watie tapi bukan mengamalkan pendekatan Islamic, so my first choice of course Islamic based. Kalau tak dapat, barulah nak pikir yg lain2 tu.
Otw ke kelas, ada satu station utk letak semua stationary dan art item kat sini.
So, Watie dah plan nak melawat ketiga2 kindy sebelum buat pilihan. Siap call my bff- Jegot untuk beritahu my suggestion about this Islamic Montessori yang berkesan untuk anak. Rupanya Jegot pun dah plan nak htr anak ke Genius Aulad tahun depan. Bagus jugak Genius Aulad tuh nak except budak 2 tahun tapi dia amik tak ramai. 3 org jer kot. So, bila Watie citer pasal kindy nih, Jegot pun excited nak melawat kindy-kindy ni. Watie pun bglah tips2 nak cek kindy nih camner (wahhh..cam pandai na nak bg tips kat org! Anak pun lum masuk skolah! Wakakakakak!) Then, my friend pun gi lah tgk Brainy Bunch kat Seksyen 3 sebab dia tinggal berdekatan dgn tempat tu. Watie tak sempat2 nak gi lagi masa dia pergi melawat tu. Lepas my bff ni pergi melawat dan melihat seluruh ceruk kindy tu, dia bg feedback pada Watie, tapi feedback tu tak berapa memberangsangkan. Watie takmo komen sgt sebab Watie tak pergi tgk sendiri, so its not fair for me to comment @ judge kan, cuma bila dengar dia kata camtuh, Watie pun tak jadi nak melawat dan rasa tak jadi nak join. Bukan apa, sebab Watie tahu hubby Watie orangnya camner, kalau my bff yg ala-ala tak berapa cerewet pun komen camtu, apatah lagi hubby Watie yg sangatlah cerewet! Confirm dia reject nanti. Baiklah jgn buang masa! So, in my mind cuma Nuh's Ark dan Genius Aulad. Watie dah risau juga, sebab dalam hati Watie duk kata, if Nuh's Ark tak memenuhi citarasa Watie & hubby especially on the conducive environment punya criteria, memang nampaknya we all pilih Genius Aulad jer lah. Masa tuh Watie duk bayangkan Nuh's Ark ni amik corner lot punya housing area, so memang kena cek betul2 sebab pengalaman Watie pergi kindy2 yang lain sebelum ni, dr luar nampak gah & ok, tapi dalam hampeh jer banyak! Tu lah Watie risau sangat. Sampai dalam hati duk kata, "Takperlah, aku masuk Genius Aulad, tapi kat umah aku buat sendiri Montessori Method dengan anak aku!". Then, Watie pun buat appointment dengan Prinsipal merangkap Founder Nuh's Ark tu hujung bulan October yang lalu, Puan Roslina namanya. Puan Roslina ni is the Founder of Nuh's Ark Islamic Montessori dan ia merupakan Islamic Montessori kindy yang pertama and the only one (kalau tak silap Watie) yang buat sistem Franchise dan berdaftar dengan Franchise Malaysia, boleh rujuk sini.
Ada juga courtyard yang khas untuk anak-anak makan semasa waktu rehat. Teringat Watie masa gi kat Tadika Acmar, private kindy @ Klang tuh, dorang pun ada kantin khas utk makan. Walaupun tak besar, tapi cukuplah untuk ajar anak berdisiplin ketika makan. Ambil pinggan mangkuk, cawan, sudu dan garpu sendiri, cuci tgn sendiri, lepas makan kemas balik, sapu dan mengelap sendiri. Vangga jer bila Teacher Q kata, Q siap lap2 dan mop2 lepas makan. :)
Berdebar2 jer masa pergi tuh, plus tak lah mengharap sgt sebab as I said earlier, Watie ingat ia terletak di cornet lot housing area, sekali tuh, bila sampai jer (penat jugaklah Prinsipal dia explain jalan, sebab tuh kawasan baru kan), punyalah suka hati Watie, sebab ia merupakan bangunan yang khas untuk Tadika, built for purpose orang kata, bukan corner lot punya rumah. Memang cantik sgt tempat tuh, besar dan bersebelahan dengan Taman Permainan Kanak-Kanak yg ada untuk penduduk sekitar and the environment sgt kondusif untuk perkembangan anak. So, Watie pun borak lama dengan Prinsipal a.ka.a Founder dia, a very nice, polite & humble lady, sambil pasang telinga dengar Teacher dia borak apa ngan Qarissa. Hahahha..nak dengar Teacher tuh pandai cakap English tak? Hihihii..Yerlah, kata pun English Islamic Montessori kan, sometimes cakap jer English, tapi Teacher dia tak pandai pun cakap English, tu lah nak kena pastikan jugak. Alhamdulillah, Watie dgr memang Teacher tuh cakap English jer ngan Qarissa the whole time dan English dia bagus juga.:) (wah.kalau Teacher Azura baca nih, mesti kembang semangkuk! Silap2 beranak terus.. eekkeke...sorry Teacher, gurau2 jer ..ahaks!). Watie berborak lama ngan Prinsipal dia, ceritakan semua apa yang Watie hadapi dengan Qarissa, her "attachment disorder" tu, dan segala-galanya yang Teacher dia perlu tahu pasal anak Watie. Yup, kesemuanya. I make it very clear in the beginning what is my expectation & I want to know whether they can cope with it and can handle my Q. So, sepanjang borak2 tuh, sambil we all borak, sambil Prinsipal dia perhatikan tingkah laku Qarissa dan Zayra. Puan Roslina cakap, Q is ok, maybe awal2 dia begini dan begitu, but Insya Allah, dia akan berubah secara semulajadi. Apa yang penting, Qarissa sukakan environment di sekolah tersebut. Yup, sememangnya Qarissa sgt sukakan tempat tu! Melopong2 mulut dia menjelajah ke seluruh pelusuk kindy dan tgk macam2 apparatus yang ada. Zayra pun tumpang sibuk sama, dan bila tgk camtu, Watie pun dah excited nak htr Zayra sekali. Walaupun kindy tuh hanya except kids yang berusia 2 thn setengah ke atas, tapi maybe Zayra ni agak smart dan matang berbanding usia sebenar, selepas melihat how Zayra behave that day, Puan Roslina kata she is willing to accept Zayra if I want to send her there too next year. :)
Ni lah Bilik 1. Bilik belajar bahasa. English, Malay & Arab if I'm not mistaken. Workstation tuh Montessori punya appratus lah tu. :) Ada radio dan kat sinilah Q melompat dan berjoget nyanyi lagu Ants On The Apple dengan rakan-rakannya!
Another point yang buat Watie suka sgt, they accept kalau Watie nak join bulan November dan December sebagai persediaan Qarissa ke sekolah tahun depan. Patutnya December kan cuti, tapi Prinsipal dia nak train Teacher bulan December, so they open the kindy as usual, another bonus point for me. Watie memang berterima kasih sgt sebab Watie memang nak htr Qarissa at least 3 bulan awal sebenarnya (tapi hanya jumpa Nuh's Ark hujung bulan October, tu yg masuk Pingu dulu tuh...) sebab Watie nak biasakan Qarissa pada persekitaran sekolah. Pada Watie, at that point of time, "attachment disorder" Qarissa agak kritikal. Watie memang takder masa yang byk. Kalau Watie terus htr jer next year, Watie takut dia terkejut dengan environment baru dan terus tak nak ke sekolah, dan masa tuh Teacher takder masa nak layan kerenah dia sebab ada banyak student baru masuk juga. Anak2 kan macam-macam kerenahnya, jadi baiklah Watie start awal, jadi Teacher dan Prinsipalnya dapat fokus pada anak Watie dan memahami sikap dan tingkah laku anak Watie serta dapat mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul. Kebetulan juga, Nuh's Ark di sini baru buka pertengahan tahun ni, so student memang tak ramai, another good point juga kan. They can focus on my dotter too. Hehehe..tahun depan mungkin dah ramai student enroll. Jadi, Q ada 2 bulan untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran yang baru. Watie sgt berharap dalam tempoh 2 bulan nih, Q akan berubah sikapnya terutama bila Watie tinggalkan dia bersama cikgu.
Ni Bilik 2 - Bilik Math dengan bilik Sensorial lah rasanya. Puan Roslina ada bgtau by next year, all the Sensorial Apparatus akan sampai. Nampak tak bulatan tu? Dulu Watie tak tahu tu utk apa. Lepas jatuh cinta pada Montessori Method, baru Watie tahu aktiviti di bulatan tuh banyak fungsinya. Antaranya, melatih anak berjalan mengikut garisan, jalan lurus dan mengimbangi badan mereka seterusnya mengukuhkan koordinasi badan, skil pendengaran, disiplin dan meningkatkan motor kasar dan motor halus anak. Untuk lebih info, boleh baca kat sini. :)
Percaya atau tidak, it took ONLY 5 days for Qarissa to stop crying and throw her tantrum bila Watie tinggalkan dia. In fact, seingat Watie, cuma sehari jer dia tantrum dan baling barang di kindy tuh (tapi pastu dia kemas balik..ehehheh), lepas tuh dia cuma menangis sebut nama Mommy sampai tertidur. Watie masih ingat, hari pertama (Selasa,1 November 2011), I stayed with her for 3 hours, 1 jam jer Watie tinggalkan dia (tu yg dia tantrum tu), hari kedua Watie tak tinggalkan dia sebab dia sakit perut, kesian kat dia, hari ketiga Watie tinggalkan dia sejam juga (nangis jer tapi tak buang barang dah) dan pada hari Khamis (hari ketiga tu) tuh, Prinsipal dia kata Watie dah boleh tinggalkan dia terus next week sebab takut nanti dia terbiasa Watie ada kat sana , dia ngada2 pulak, which I agree too, but Watie kata takmo lah next week, baik terus buat hari Jumaat tu (sebab pastu dah cuti 4 hari due to Raya Haji kan, takut plak Q rasa lama tak gi skool), so malam tuh, me & hubby kept on telling her that I will send her to Teacher Azura & Aunty Ros, she must stay & play with friends and I will definitely pick her up. Seperti yg disangka, dia nangis dan cuba kejar Watie tapi Prinsipal dia kata sekejap jer, she tried to sooth and calm down herself which is good. Lega betul dengar time tu. Kalau tak, asyik rasa nak call jer Prinsipal dia tanya Q ok ker tak. Cuak btol Watie kalau dia baling2 barang kat situ, jahanam barang Teacher kang! Hahaaha.. Tapi, memang sungguhlah tak sangka, masuk minggu kedua, hari kelima tuh, Q dah nampak ok, nangis sikit tapi dia dah ada trust pada Teacher & friends, hari ke enam nangis pun cam tak nangis jer, dan after that is history lah. Hari ni hari ke 10 (16 November 2011), langsung tak dengar dia menangis masa Watie nak gerak pagi tadi, siap berdiri dan jenguk Watie with her friends summore. Allah SWT jer tahu betapa leganya Watie melihat perubahan Qarissa. I shud be thankful to Puan Roslina & Teacher Azura too coz they really take care of my Qarissa. Teacher Azura siap amik gambar and video of Qarissa tgh main, makan dan painting dengan seronoknya kat sekolah. Memang lega dan happy bila tengok tau.:)
Ni lah pemandangan dari dalam bilik Nombor 2 tu, cantik dan menghijau pemandangan dia. Taman permainan Kanak-Kanak yang Watie katakan tuh..:) First time tgk rasa tenang sangat!
Bukan itu sahaja, hari pertama Qarissa masuk skolah, bila nak amik balik @ 12.30 tuh, hubby Watie pun datang sama, dengan niat nak tgk anak dia dan buat inspection lah tuh (sebelum join dia datang tgk tapi tak masuk sebab we all dtg petang nak dekat Magrib, cuma tgk dari luar, dan Watie tunjuk gambar yg Watie amik masa 1st time Watie datang check the skool tu, so masa tuh dia dah approve lah..) Hubby punyalah terkejut tgk Qarissa pakai kasut sendiri masa nak balik! Hihihi... Dia amik kasut dia kat rak tuh, dia duduk dan pakai sendiri! Bukan main lebar senyuman hubby bila tgk. Apa taknya, selama nih memang Q manja dan tak sabar orangnya. Kalau lambat jer sarung kasut atau dia pakai tak betul, asyik nak marah jer. Sebab tu lah hubby terkejut. Sekarang ni memang best lah, pakai kasut, bukak kasut, letak kat rak, suma Q buat sendiri dah, main pun dah pandai kemas balik, memang nampaklah perubahan Qarissa yg sangat nyata. I really feel grateful. :) Harap sgt ia akan berterusan, dan Q akan discover macam-macam lagi perkara baru di kindynya tu.
Ni bahagian Science & Culture. Ada subjek yang di ajar tentang Sains, Tumbuh-Tumbuhan & Alam Sekitar. Q siap bawak Turtle letak kat sini lagi tau! Hehehehe...
Ha, lupa plak nak citer, lepas balik jer dari check kindy Nuh's Ark for the 1st time tuh, dengan segeranya Watie call my bff yg nama Jegot tuh, dan bgtau yang Watie dah jumpa satu kindy yang sgt best dan dia confirm suka punya! Watie bgtau yang Nuh's Ark ada di Shah Alam juga, asalnya itu adalah HQ, but now HQ dah berubah ke area kawasan perumahan Watie sebab di Shah Alam dah establish, since 1993 dan dah produce student2 yang sangat baik (Watie siap cek tenet & baca forum2 lagi masa nak survey2 tu..), So maybe Founder dia nak develop the kindy in the new area. Watie bgtau kat kawan Watie, cubalah cek di Shah Alam Seksyen 7 tuh cantik tak, Watie tak pernah gi so tak berani nak komen. Tapi yang kat area rumah Watie memang cantik dan memuaskan hati. Kawan Watie dengan segeranya pergi tgk on Monday tu, dan terus call Watie right after balik dr lawatan dia. Alhamdulillah, dia sgt suka juga! She likes everything about it, dari persekitaran, Teacher, cara pengajaran, malah dia berterima kasih pada Watie sebab rekomenkan diaa suruh pergi situ. Masa dia pergi tuh memang tgh ada kelas, jadi dia nampak sendiri bagaimana kelas di jalankan. Dia dah htr anak ke Trial kelas dalam seminggu 3 kali dan tak sangka juga, Aesya suka main dan belajar di sana! Konon2 nak amik awal instead of 12.30, takut Aesya nangis, sekali bila call Prinsipal dia, dorang kata Aesya ok jer, suka jer main, so sudahnya amik at 12.30 juga. :) Watie sampai sekarang tak berkesempatan melawat Nuh's Ark di Shah Alam, tapi rasanya lebih besar dr Nuh's Ark di sini, mesti lagi best kan? Hihihi.. Tak kesahlah tuh, dua-dua pun best! Tu yang penting. Hehehehe..Rasa happy jer bila kawan Watie suka that kindy, taklah malu Watie rekomenkan sebab ia sememangnya memenuhi her expectation.:)
Ni bilik Nombor 3. Yang uols nampak terbuka tuh pintu dia. Bilik Nombor 3 ni Bilik Sains & Geografi sekali dengan bilik Sembahyang dan belajar Iqra. Besar bilik ni.
Bahan-bahan pembelajaran yang ada di bilik Nombor 3
Tu lah serba sebanyak (tak leh kata serba sedikit sebab memang banyak pun kan..wakakakak) cerita tentang pencarian, pengembaraan dan penemuan Watie dalam memastikan Qarissa mendapat yang terbaik dan terindah dalam proses penerokaannya. Setakat ni, Watie memang puas hati dengan Kindy Qarissa, in fact hampir setiap hari Watie tanya perkembangan Qarissa dengan Teacher dan Prinsipal dia (jgn dorang boring ngan aku sudahh...kepoh btol mak Q nih kan ..hahahahha) dan feedback yang mereka bg sgt positif. And I can see it with my own eyes, betapa gembiranya Qarissa. Jangan tak percaya, dah masuk 10 hari dia ke sekolah nih, SEKALI pun Qarissa TAK PERNAH MENANGIS bila Watie kejut dia bangun pagi nak pergi skool, padahal sebelum ni Qarissa hanya akan bangun pukul 11 pagi-12 tgh hari! Hambek ko! Lambat kan? Dia diam jer dan tak banyak songeh, siap cakap, "I want to go to skoll!" bila dah pakai baju skolah suma. Happy giler anak suka gi skool wei! Hahhahaa...
Satu lagi workstation di bilik Nombor 3 ini.
Kat hujung tu ruangan solat & belajar Iqra untuk kids.
Dan kat sini juga, Watie nak share sedikit panduan yang maybe boleh diguna pakai oleh para ibu bapa yang berhasrat nak htr anak ke kindy. In fact, masa borak ngan Puan Roslina tu pun, Watie cakap perkara yang sama:
1. Jangan PERCAYAKAN website yang anda lihat. Its true that website tu penting. 1st impression is really important, tapi jangan tertipu dengan keindahan di laman web- PERGI SENDIRI tengok keadaan kindy tuh macam mana. Website adalah untuk u dapatkan maklumat tentang apa yang bakal di ajar, alamat kat mana, map nak pergi macam mana, dan serba sedikit info pasal kindy tuh untuk semakan kita as parents TAPI KITA WAJIB MELAWAT kindy tuh sebelum kita enroll. Kadang-kadang, malah tak keterlaluan kalau Watie cakap - INDAH WEBSITE DARI RUPA! (wah..peribahasa baru oooo...ahahahah)
2. Sebelum decide nak enroll, buat spot check kat kindy tu, lagi best kalau dtg tanpa bgtau, selamba badak redah jer.. at least you can see the real environment during the class kan. Dan kita ada hak untuk cek seluruh ceruk penjuru kindy tuh, dari hujung ke hujung, kalau rajin, survey lama sikit dan tengok macam mana Teacher tuh handle the kids dan macam mana cara dia ajar murid-murid yang ada. Kita juga berhak untuk tanya segala macam soalan yang penting like program, fee, kaedah pembelajaran, pemakanan yang disediakan, first aid kit ada tak, isu2 keselamatan murid dan sebagainya, tanya terang2 kat Teacher @ Prinsipalnya.
3. Interview Teacher yang bakal mengajar anak kita tu, BUKAN SETAKAT PRINSIPAL dia jer kita interview. Kita kena ingat, yang ajar anak kita bukan Prinsipal tapi Teacher.Kalau betul Kindy tu claim kata 100% English, kita pastikan betul2 English. Jangan cakap jer English, habis kelas semua bantai cakap Melayu. Tak berkesan macam tuh, susah nak nampak penguasaan bahasa tersebut pada anak kita nanti. Masa borak2 ngan Teacher tuh, kita cakap English, tengok dia reply camner. Kalau berkesempatan, tgk dia ajar murid-murid yang lain camner. Tak guna kalau Prinsipal dia cakap English berabuk tapi Teacher yang ajar anak kita tuh "yang hado!" Sebab, again, yang ajar anak kita adalah Teacher dan bukan Prinsipal (unless kalau kindy tuh Prinsipal dia tetap mengajar, tu lain cerita lah kan ..)
Saya harap jika ada Pengusaha Kindy yang baca nih, jangan kecik hati dengan point ini sebab itulah yang kami sebagai ibu bapa mahukan. Kami mahukan Teacher yang terbaik dan berkualiti untuk anak kami, bukan Teacher tangkap muat dan jadikan kerjaya Guru Tadika sebagai sandaran @ stepping stone sebelum mencari kerjaya yang sebenar. Kalau betul pun Teacher tuh kerja sementara, kami harap masa beliau sedang bekerja tuh, beliau akan lakukan sepenuh hati, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Yuran yang dikenakan bukan murah, malah saya rasa lebih mahal dari Sekolah Rendah. Its very competetive nowadays, parents have no choice but to look for the best utk anak masing-masing, sebab tuh mereka berhak untuk demand pada Prinsipal dan Guru yang bakal mengajar anak mereka. Terus terang, saya menghormati profession Guru Tadika kerana mereka merupakan orang PERTAMA yang mengajar anak kita di alam persekolahan. Ia bukan kerja mudah dan tidak harus di pandang enteng. Sebagaimana saya menghormati, menghargai dan memandang tinggi kerjaya saya sebagai guru Playgroup, sebegitulah saya menghormati, menghargai dan memandang tinggi kerjaya Guru Tadika. Persekitaran yang selesa dan kondusif amat penting bagi kami. Kebersihan harus di utamakan. Tak sedap mata memandang kalau kindy bersawang-sawang dan berhabuk-habuk, botol susu anak yg dibawak balik berkerak-kerak dan macam2 lagi hal yg saya sendiri takut nak baca bila bukak forum. Anak kami duduk paling sekejap 4 jam, paling lambat 8 jam, anything can happen within that time frame! Jangkitan penyakit senang berlaku jika kebersihan tak dijaga. Janganlah terlalu mementingkan keuntungan sampai kebajikan anak-anak ini terabai (peringatan untuk saya juga yang ada my own ECE Centre).
4. Sebagai ibu bapa, kita jangan nak cover2 apa sahaja isu atau masalah yang kita hadapi dengan anak. Kita harus bersikap terbuka, dan berterus terang dengan Guru dan Prinsipal tentang apa yang kita rasa dan risaukan tentang anak. Kadang2, ada ibu bapa takut kalau-kalau anak mereka tidak diterima oleh Tadika berkenaan jika mereka menceritakan masalah yang dihadapi anak, jadi mereka mendiamkan diri seolah tiada apa2 yang berlaku. Pada saya, ini tidak betul. Bila kita memberitahu masalah ini kepada Guru mahupun Prinsipal, sebagai orang yang bertanggungjawab, mereka akan lebih peka sekiranya masalah itu berlaku semasa ketiadaan ibu bapa iaitu ketika sessi pembelajaran berlaku. Mereka akan lebih faham dan tahu bagaimana untuk bertindak kerana telah diberitahu sebelumnya oleh ibu bapa. Saya dapati, cara ini sgt berkesan untuk Qarissa. Saya memberitahu segala-galanya (cthnya - Qarissa bila tantrum akan baling barang, dulu lagi teruk, boleh hentak kepala kat dinding!) dan saya dapati, Guru serta Prinsipalnya sudah bersedia apabila saya tinggalkan Qarissa bersama mereka. They expect that to happen and know how to handle that. Taklah dorang terkejut beruk bila tgk Q lempar barang for the 1st time. Sebab tuh saya rasa ia penting. Hubungan antara parents dengan Prinsipal dan Guru mesti baik dan kita sebagai ibu bapa, memang kena kepoh sikit. Kalau Teacher tak bgtau perkembangan anak, kita tanya mereka. Tanya banyak soalan, biar sampai Teacher & Prinsipal tuh kenal ngan kita, secara tak langsung, dorang kena amik tahu pasal anak kita sebab kita ni kepoh asyik tanya jer perkembangan anak! Heheheh..Almaklumlah, bila dah ramai-ramai student kan, terlepas pandang juga sorang dua. Kalau kita sendiri tak kesah pasal anak, stok - htr jer lah, sebab suma org htr, tapi tak pernah amik tahu perkembangan anak, jangan akhir tahun bila anak tak pandai apa-apa atau pencapaiannyaa kurang, kita hanya tahu marah dan kutuk saja! Tapi kita pun tak buat apa2, so kutuk diri sendiri dulu okeh!
Rasanya tu lah serba sedikit yang boleh Watie kongsikan dalam entri kali ini. Watie ucapkan selamat mencari kindy terbaik untuk anak anda! Teringat pula pd student Watie- pasangan kembar Izzati & Izzudin yang terpaksa berhenti Playgroup sebab takder sapa nak jaga masa kelas sejak ayahnya kena kerja on Saturday. Mommynya htr kindy, tapi dia kata, "Tak nak skool bayu (baru), nak Teacher Watie!!" sambil merengek2 kesedihan, sampai Mommynya pening dan sms saya bercerita pasa anaknya. Baru seminggu tak datang kelas tuh sejak last week. Kesian sungguh saya dengar keluhan anak kecil itu. Yerlah, budak kecil kan tak pandai tipu. Mungkin persekitaran yang baru, jadi ambil masa sedikit nak biasakan diri. Dalam masa yg sama, saya ingatkan diri juga, yg saya harus buat yg terbaik, biar anak murid saya semuanya ingat kat saya sampai dorang besar! Hhehehehehe... Pas dapat sms, dapat call pula dari Mommy Aqeef yg juga berniat nak sambung kelas. Beliau terpaksa stopkan Aqeef sementara atas hal2 yg tak dapat dielakkan. Dah berbulan tak datang pun, si hensem Aqeef masih ingat Teacher Watie. Pergi Nursery pun nak Teacher Watie jugak. Siap cakap ngan mak dia, "Teacher Watie best!" Hhihihi..comey kan anak2 saya semua?? Tu lah saya kata, best jadi teacher Playgroup nih, kanak-kanak genius dan bijak ni sememangnya menceriakan hidup saya, buat saya rasa muda jer selalu! Sampai Daddy Aleesya, anak murid saya yang Level 3 yang baru join 3 minggu lepas, 1st time Daddy Aleesya dtg tgk kelas anak dia, katanya, "Teacher Watie tuh macam Barney lah...!" Hahahhahaha.. Vangga mak noks... bukan senang org nak samakan kita ngan cartoon character femes camtu kan! Hahahaha..Boleh ah Teacher Watie buat Rancangan TV sendiri pasni. Ada tak stesen TV nak jadi buat Rancangan Kanak-Kanak. Ada sesiapa nak jadi Produser? Wakakakakka..:) Verangan tak agak2 Teacher Watie noks... Hahahhaha... .
Oklah pembaca semua, kita jumpa lagi di entry akan datang okeh ..:) Thanks for reading my bebelan yang super panjang kali ini. Lama tak menulis, sekali menulis, hambek ko, satu hari satu malam baru habis! :P.
4 comments:
Apa masalah dgn Brainy Bunch?...i need to know coz...i akan hntar my son next month...btw, kat Penang Brainy Bunch is the only islamic montessori yang ada...yg lain x islamic?...
Salam sis, u hantar anak dkt nuh's ark mana ye? Sebab I hantar anak dkt Shah Alam. 1week x nangis, 2&3rd weeks nangis Everytime hantar. Padahal pergi school lauk sblom ni x nangis pun. Pelik. Apa yang TAK kenA dkt sekolah tu
Assalamualaikum Mummy, I too sent my kid there. My advise is, ask your child what has happened. Fr my experience there my kid too had been demeaned by one of teacher. She's stressed as her teacher admitted. The teacher apologised. My kid doesnt want to go to that school anymore. She's very down. I can feel her energy is low. Not as happy. And we didnt get help fr the principal either. As if she doesnt want to accept what we told her. S'ok. Allah is always watching n take care of our little angels. That's my du'a. No matter what, kids dont lie or just say things unless it happens to them. A sudden change require our attention.
Assalamualaikum Mummy, I too sent my kid there. My advise is, ask your child what has happened. Fr my experience there my kid too had been demeaned by one of teacher. She's stressed as her teacher admitted. The teacher apologised. My kid doesnt want to go to that school anymore. She's very down. I can feel her energy is low. Not as happy. And we didnt get help fr the principal either. As if she doesnt want to accept what we told her. S'ok. Allah is always watching n take care of our little angels. That's my du'a. No matter what, kids dont lie or just say things unless it happens to them. A sudden change require our attention.
Post a Comment