Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, January 19, 2012

Tips @ GBOB: Bagaimana Menanamkan Rasa Cinta Anak ke Sekolah?

Wahh..tajuk tak tahan si Watie nih ...Eh?? bukan ker si Watie nih dulu pun ada masalah masa nak htr anak dia skolah? Siap buat entry lagi ngko!!Ni kemain lagi duk nak bg Tips kat orang nih ..cam kepoyo jer dia nih? Anak dia pun tak lepas lagi ada hati nak bg tips? Hhahahahaha...Ada tak agaknya pembaca saya yang komen camtuh yerk? Sadisssnyaa kalau ada..hehehe..tapi saya rasa mungkin takder, sebab saya tau my readers, baik yang nyata mahupun tersembunyi @ silent readers semuanya baik-baik belaka. :) Kan kan kan??? Kan saya selalu cakap, kalau ada perkara yang saya cuba buat terhadap anak-anak saya dan berkesan, saya kongsilah dengan anda semua, anda boleh cuba juga, kalau betul ia juga berkesan dengan anak anda dan anak-anak yg lain, maknanya memang betul itulah cara yg terbaik setakat ini. Mungkin akan datang, ada lagi idea dan cara yg terbaik untuk situasi yang berbeza pula.  Itulah indahnya menjadi ibu. Hari-hari yang kita lalui setiap hari sgt berbeza. Terutamanya bagi ibu yang bekerja sendiri atau suri rumah. Yang menghantar dan mengambil anak setiap hari dari sekolah. Kita boleh nampak perbezaan anak kita hari demi hari, samada mereka enjoy ke sekolah atau tidak. Tapi, bukan bermakna, ibu bapa yang bekerja, yang anaknya ke sekolah dan balik dari sekolah naik van @ bas, kita tak tahu perkembangan mereka, silap tuh, kita masih boleh tahu kalau kita sememangnya prihatin dengan  perkembangan anak. 

Ke mana berdua...dah macam kembar tak seiras dan tak sama tahun dah! Hehehe

Alhamdulillah, zaman sukar saya sewaktu Qarissa mula bersekolah dulu sudah lama berlalu. Saya dah lega, dan saya sudah boleh berbesar hati melihat kejayaan diri sendiri bila Qarissa tidak lagi seperti dulu, waktu mula2 di alam persekolahan bulan November 2011. Ternyata, itulah antara keputusan yang paling tepat yg saya pernah lakukan dalam hidup saya. Tak sesia saya "demand" pada Prinsipal Qarissa, yang saya inginkan Qarissa bersekolah lebih awal, kerana saya tahu dan saya mahu, guru-guru tersebut mempunyai masa yang cukup untuk memahami kerenah dan diri anak saya. Saya dapat bayangkan, bila Sessi persekolahan bermula pd bulan Jan 2012, sudah tentu ramai student baru dan jika saya menghantar Qarissa pada waktu itu, mungkin agak sukar Qarissa adapt dengan persekitaran barunya. As I said, Q punya "attachment disorder" agak kritikal satu waktu dahulu. Terus terang saya katakan, saya sangat risau ketika pertama kali melepaskan Qarissa di tangan gurunya. Walaupun saya tahu Teacher Qarissa especially the Prinsipal know how to handle the situation, tapi sebagai ibu, rasa risau tidak dapat saya elakkan. Nasib baiklah Puan Roslina tuh sgt memahami dan sering beri feedbacks pada saya, malah di awal-awal kemasukan Qarissa, beliau selalu datang awal, so that she can take care of Qarissa, takut-takut Q tantrum bila nampak saya keluar selepas menghantarnya. I really appreciate it, Puan Roslina. *saya tahu  Roslina baca blog nih ..ekekkek*. 


Aktiviti wajib selepas balik kindy setiap hari

Berbeza sungguh bila saya hantar Zayra ke kindy yang sama awal bulan Januari yang lalu. Saya sungguh yakin yang Zayra akan suka dengan kindy, dapat bergaul dengan baik, apatah lagi kakaknya ada bersama, cuma saya risau Zayra rindu nenennya! Hahahha..Dia kan masih menyusu badan, saya risau Zayra rasa kehilangan, tapi saya yakinkan diri yang Zayra memang boleh. Saya minta Trial Class for 1 month, sehingga  akhir bulan ini, tetapi ternyata saya tidak perlu menunggu lama untuk mengesahkan yang memang Zayra sangat serasi di kindy tersebut, so she will be officially in that kindy this February, Insya Allah.  Hari demi hari, sejak Qarissa masuk sekolah, saya melakukan rutin yang sama setiap masa, setiap hari tanpa jemu. Ia seolah-olah menjadi mantra saya setiap kali berbual dan bercakap dengan Qarissa, dan bila Zayra juga mula bersekolah, saya gunakan teknik yang sama, dan hasilnya sangat memberangsangkan! Kedua-dua anak saya  sukakan sekolah, mahu ke sekolah, enjoy di sekolah dan saat yang paling menyeronokkan dan membahagiakan adalah apabila saya sampai ke sekolah tersebut untuk mengambil mereka kembali. Nampak sahaja kereta saya memasuki ruangan parking, saya boleh nampak anak kedua-dua anak saya melompat-lompat kesukaan, saya boleh dengar suara gelak ketawa mereka sambil menjerit-jerit nama "MOMMY!!!MOMMY!!!MOMMYY!!!" dengan penuh excited, lantang, happy dan teruja. Mereka berlari-lari dan menari keliling kelas dengan penuh keseronokan sehingga saya kadang-kadang turut sama menari. Hehehe..Dari situ, saya tahu yg anak saya memang sukakan sekolah. Tidak nampak langsung tanda-tanda kesedihan, tangisan, mata merah dan sebagainya setiap kali saya mengambil mereka pulang. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat melihat situasi ini kerana saya tahu, itu impian setiap ibu, ingin menghantar dan mengambil anak sendiri tapi mungkin kerana kekangan kerja, kita tidak dapat melakukannya. Kerana itu ibu, kalau ada kesempatan, katakan kita MC atau cuti tahunan, gunakan kesempatan itu sebaiknya untuk menghantar dan mengambil anak pulang dari sekolah. Sememangnya, itulah momen-momen indah dalam hidup kita yang akan kita kenang. Sapa yang pernah dengar kisah Wardina Saffiyah yang berkongsi ceritanya pasal persekolahan anak-anak beliau, mesti suka dan teruja kan? Bagus sangat tips yang diberikan. Saya sharekan di sini yer ..:) 



Saya rasa terpanggil dan ingin berkongsi kisah saya kerana sejak awal bulan ini, saya terima agak banyak panggilan dari para ibu bapa yang meminta nasihat dan consultation saya tentang persekolahan anak-anak mereka. Kesemuanya meluahkan rasa risau bila anak tak suka sekolah, asyik menangis, takut kalau seolah-olah mereka terlalu pressure anak, ada yang rasa mereka boleh mengajar anak sendiri secara homeschool tapi bila tgk ramai yg htr ke kindy, rasa berbelah bahagi dan banyak lagi lah luahan hati dan perasaan yg mereka bgtau saya. Nasib baik yg call tuh Mommy2 sahaja, kalau Daddy pun sama mengadu, mesti pelik saya rasa. Hahahhahaa.. memang kes-kes macam ini, selalu mak yg handle kan? Sesuaiiiii lah sgt ..:) Tapi itu bukan bermakna Daddy tak amik tahu. Daddy mesti support dari belakang tau! Cuba buat sama tips2 yang nak kongsikan selepas ini. Insya Allah berkesan dan mujarab!! * mak aiiii...dah macam jual obat si Watie nih haaa! Hahhahha...* 


Ok, straight to the point. Pertama sekali, as parents, sebelum kita hantar anak ke kindy @ playskool, kita mesti jelas akan OBJEKTIF dan MATLAMAT kita menghantar anak ke tempat tersebut, terutamanya jika anak kita di bawah 4 tahun. Kenapa saya kata 4 tahun dan tidak 3 tahun? Sebab, kita WAJIB htr anak sekolah pada usia 5 tahun kan? Kalau di bawah 5 tahun, ia adalah sesuatu yang OPTIONAL. Nak hantar boleh, tak mau pun takper. Sebab tuh saya kata 4 tahun ke bawah.:) Tanya diri kita sendiri, "Kenapa aku nak htr anak aku ke kindy @ ke Playskool? Apa tujuan dia? Saja htr sebab nak ikut orang? Sebab jeles tgk anak kawan upload gambar anak gi skooll kat FB? Nak suka-suka? Nak eksen anak aku dah skolah kat jiran sebelah? Nak senang gi shopping lepas htr anak ke kindy? (*hehehe.. macam saya jer tuh, tapi kat area sini nih ada Tesco jer...tak ghairah langsung nak shopping!Hahhaha*), Nak anak aku bergaul, berkawan, bersosial, atau nak aku pandai ABC,!123? Nak anak aku pandai baca cepat2..atau APA?" Tanya pada diri sendiri TUJUAN SEBENAR kita hantar anak ke kindy @ Playschool. Biar kita jelas dengan diri sendiri tujuan kita htr anak ke kindy @ Playschool dan KITA PASTIKAN OBJEKTIF kita tercapai. Setiap orang ada tujuan dan matlamat masing-masing mengapa mereka buat keputusan untuk hantar anak ke kindy di awal usia kan? Kindy maksud saya di sini, bukan setakat menjaga anak tanpa ada program untuk mereka yer. Kindy yang saya maksudkan di sini adalah satu program khusus yang disediakan oleh pihak Kindy @ Playskool untuk anak anda meneroka persekitaran mereka seawal 2-4 tahun. Cthnya, OBJEKTIF dan MATLAMAT saya masukkan Qarissa ke Kindy adalah untuk dia belajar bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya, berdikari, tidak takut jika saya tiada, skill motor halusnya dapat dikukuhkan dengan pelbagai aktiviti yang bakal dilakukan bersama kawan-kawan, dia dapat melihat suasana yang berbeza dan belajar sesuatu yang baru. Alhamdulillah, saya dapat mencapai hampir kesemua matlamat yang saya inginkan semasa saya menulis entry ini, kecuali dari segi motor halus, ia masih dalam peringkat latihan lagi, sudah nampak perkembangan yg sgt positif tetapi masih harus diasah, dalam tempoh 3 bulan Qarissa ke kindy sejak November lalu, saya cukup puas hati dengan perkembangannya.

Adik-beradik yg sangat suka berpeluk sampai Teacher pun perasan! Hehehe. Nanti sempat saya buat entry pasal kasih-sayang yg saya tanamkan antara Qarissa & Zayra ni yer. 

Ok, sekarang saya nak tanya, anda perasan tak saya takder sentuh pun pasal ABC, 123 atau senang cakap  penekanan tentang "belajar" lah ..Kenapa? Anda nak kata sbb Q dah pandai baca, sebab tuh saya tak kisah? Hehehe..silap tuh, mungkin betul Q pandai baca bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayunya tidak sebaik bahasa Inggerisnya, masih terlalu banyak yg Q perlu pelajari dalam semua aspek pada pendapat saya, tapi kenapa saya tidak tekankan perkara itu buat masa ini? Kerana, pada masa saya masukkan Qarissa dulu, MATLAMAT UTAMA saya adalah perkara-perkara di atas. Bagaimana saya nak pastikan ianya tercapai?? Jawapannya - ANAK SAYA MESTI SUKA PERGI SEKOLAH DULU!!!  Tu yang paling penting. Yang lain tolak tepi. Cuba anda fikirkan, kalau anak anda tak suka pergi sekolah, bolehkah semuanya tercapai? Ia sangat mustahil. Perkara paling mudah - bersosial dgn kawan-kawan pun tak kan tercapai, apatah lagi belajar subjek2 tertentu! Anak menangis-nangis non-stop, takmau bangun pagi, nak mandikan dia macam nak berperang, bila suruh mandi macam kena pukul dan macam-macam yang berlaku setiap pagi. Bila sampai sekolah, keep on menangis, tak peduli kawan-kawan dan asyik nak balik jer. Sebab tuh kita kena kena "pelan-pelan kayuh" Mommy, step by step orang kata. Kerana saya percaya dengan apa yang  saya buat inilah, saya hantar Q awal 2 bulan. Untuk apa? Takkan saja nak habiskan duit RM 300 sebulan sia2 jer kan? Dah lah akhir tahun, bukan belajar sgt pun, semua dah eksaited nak cuti (*nasib baik skolah tuh takder cuti*), tp saya htr juga. Sebab saya nak Q sukakan sekolah, bila dia dah suka ke sekolah, Insya Allah matlamat dan objektif yang lain akan tercapai dengan mudah. Sebab tuh saya tak begitu kisah Q nak masuk kelas dan sama2 buat aktiviti dengan kawan-kawan lain atau tidak dalam tempoh 2 bulan lepas. Saya beritahu cikgunya - Yang penting sekarang, dia suka ke sekolah, itu yg paling penting. Saya bg Q tempoh 2 bulan sahaja, untuk dia menyesuaikan diri dengan sekolah barunya, bermula tahun ini, barulah saya mahu cikgunya fokus pada matlamat-matlamat saya yang masih belum tercapai. Kenapa saya cakap begini? Kerana saya tidak mahu Mommy-Mommy semua pressure memikirkan anak yang tidak suka ke sekolah. Hati pun tak tenteram samada di rumah atau di tempat kerja kan? Sebab matlamat dan objektif anda jauh ke hadapan, nafsu kita nih besar sgt sedangkan perkara yang asas pun anak kita belum lepas lagi. Sebab tu saya kata "step by step". Bila anak dah suka ke sekolah, matlamat pertama kita dah tercapai kan? Sekarang kita pergi ke fasa kedua. Matlamat seterusnya. Macam saya, saya nak kukuhkan motor halus Qarissa. Jadi, saya bgtau Teacher & Prinsipal Qarissa apa matlamat saya dan saya harap mereka boleh fokus perkara itu pada Qarissa. Dalam masa yang sama, saya nak dia bercampur dengan rakan sebaya, masuk kelas dan bermain dalam kumpulan. Baru-baru ni, Teacher Q bg feedback, kata yang Q masih suka join kelas Zayra, kelas 2-4 tahun, dia takmo sgt join kelas 4-6 tahun, tapi bila dia rasa dia nak join, dia akan join tanpa dipaksa. Alhamdulillah, kindy Q juga kan berasaskan Montessori, jadi mereka memang berpegang pada falsafah Montessori itu sendiri. Again, saya tak kisah sgt kelas mana dia suka masuk, janji both class ada kukuhkan her fine motor skills. Sebab itu matlamat saya sekarang. Dan memang pun both class ada buat aktiviti itu mengikut tahap kemampuan anak-anak. Dan, dah dua hari kebelakangan ini, Teacher Zayra bgtau saya, Q dah mula nak masuk kelas yang 4-6 tahun dan bergaul dengan rakan-rakan yg sama umur dan lebih tua darinya. Sudah tentu saya gembira kerana saya tahu, ada few advantages jika Q join rakan-rakan sebaya. Matlamat saya iaitu komunikasi antara rakan-rakan sebaya akan berlaku. Sudah tentu rakan-rakan dlm usia 4-6 tahun becok dan fasih bercakap berbanding rakan-rakan di kelas 2-4 tahun, jadi saya tahu Q akan dapat skill tersebut. Begitulah saya, akan terus mencipta matlamat dan objektif baru yang "rasional" dan "boleh di capai" apabila anak saya sudah berjaya mencapai matlamat yang saya letakkan sebelumnya. Saya tidak mahu menekan diri saya dan diri anak saya dengan meletakkan matlamat yang bukan-bukan, yang terlalu jauh untuk digapai apabila matlamat yang mudah pun masih belum tercapai. Hati saya akan lebih tenang, anak saya akan lebih gembira ke sekolah dan matlamat saya tercapai. Seronok kan? Masalah yang saya lihat sekarang, mungkin kebanyakan para ibu bapa meletakkan satu matlamat yang terlalu sukar digapai oleh anak semuda 2 tahun - 4 tahun. Bila matlamat itu tidak tercapai, mereka menyalahkan cikgu dan sekolah. Mereka pressure. Bila pressure, tanpa sedar, mereka bg pressure tuh pada anak. Anak dapat rasa kita pressure mereka walaupun kita tak tunjuk. Bila anak dah 5-6 tahun, dah pandai bercakap dgn fasih dan pandai memberontak, tak mau ke sekolah, kita bertambah pressure. Sebab dari mula lagi kita dah silap dalam meletakkan matlamat kita. That is why saya bebel panjang2, terangkan pasal matlamat dan objektif nih, khas untuk ibu bapa yang bercadang nak htr anak ke kindy @ Playskool. Dari bebelan dan penerangan saya yang panjang ini, saya harap anda dapat memahami kenapa saya tidak setuju bila ada pendapat yang mengatakan, "Buat apa nak pressure anak htr sekolah awal-awal? Kesian anak kecik2 dah kena belajar ..bla...blaaa..bla!". Pendapat peribadi saya, mungkin mereka belum faham maksud ECE dalam erti kata sebenar. Mungkin pemahaman mereka tentang "belajar" itu adalah setakat ABC, 123, tambah, tolak, darab, bahagi. Oh ...jangan sempitkan fikiran kita dengan istilah "belajar" itu. Kita semua, yang dah tua berkedut nih pun masih belajar perkara baru setiap hari bukan? Betul tak? Saya tidak pernah pressure anak-anak saya untuk belajar. Kerana pada saya, istilah belajar di usia bayi dan kanak-kanak tidak wujud, yang ada dalam diari hidup saya adalah istilah BERMAIN. Apa yang saya MAIN? Yer, apa yang saya MAIN adalah apa yang orang lain tgk sebagai BELAJAR. Hehehehe...tetapi apabila pendekatan yang digunakan adalah sesuatu yang menyeronokkan, percayalah, anak kita LANGSUNG TAK TAHU dia tengah belajar!. Tu yang si Q boleh pandai baca tuh! Dia tak rasa pun saya ajar dia baca, dia ingat saya MAIN ngan dia! Heheheheh..:) Orang luar jer yang ingat saya MENGAJAR anak saya ..kan? Kan? Kan? Hehhehe.. Nak tau lebih lanjut kena datang Seminar nih, dah berjela saya explain, tips tak bagi lagi kan? Perasan tak? Wakakakakaka..Adergh lah Watieeee... *sebab tuh lah aku suka cakap dari menulis oiii..lagi cepat cakap, 2 minit dapat cakap banyaaaakkkkk sgt!* Dah dah dah ...meh saya bg tips, kang sampai esok aku membebel tak habis2 macam Chef Wan! Hehheheh*


Kenangan lalu..Bam bam kan Zayra time nih? Dari kecil saya ajar mereka berpeluk! Tu yg sampai besar pun mereka sentiasa berpeluk!

Ok, antara tips yang ingin saya kongsikan untuk menanam rasa cinta pada sekolah terhadap my both Q's adalah : 

  • Setiap hari sejak mula Qarissa masuk sekolah, sampailah Zayra pulak masuk, saya dengan gigihnya bgtau anak saya, terangkan pada dia, SEBELUM PERGI KELAS satu hari entah berapa kali saya tak ingat sebab banyak kali sangat saya duk ulang-ulang ayat standard yang sama iaitu: - "QARISSA & ZAYRA, MOMMY WILL SEND YOU TO SCHOOL, YOU STAY IN SCHOOL, PLAY WITH YOUR FRIEND- KHADIJAH, ALIA, ARISSA, PLAY WITH TEACHER AZURA, TEACHER SYAZNI, TEACHER HADIRA, THEN MOMMY WILL PICK UP UP OK?? KAKAK TAKMO NANGIS OK, MOMMY WILL DEFINATELY PICK YOU UP OK SAYANG???" Nampak tak tulisan biru yang saya tulis tuh? Kat mana saya letak tulisan biru tuh? Kat akhir perbualan saya kan? Sebabnya? Sebab saya nak ayat tuh masuk dalam otak anak-anak saya, yang SAYA AKAN AMBIL MEREKA KEMBALI! Mereka TAKKAN di tinggalkan keseorangan sampai bila-bila, saya PASTI akan ambil mereka bila tiba masanya. Anda juga boleh cuba lakukan perkara yang sama. Tingkatkan keyakinan dan kepercayaan anak anda terhadap diri anda, yang anda tidak akan tinggalkan dia seorang diri di sekolah. Anda akan ambil dia semula. Kalau kes-kes yang van amik atau bas skolah amik, bgtau benda yg sama, cuma tukarkan ayat. Bgtau anak, yang Makcik Bedah (nama samaran) akan bawak dia balik ke rumah Pengasuh, Makcik Joyah (juga nama samaran) bila tiba masanya. Dan kemudian, anda pula akan amik mereka dari rumah Makcik Joyah. Ulang sekerap mungkin setiap hari tanpa gagal!
  • Bila sampai sekolah, lepas saya htr di masuk ke kelas, saya akan blah slumber buat Taliban Style, berlakon sikit macam tak heran langsung (especially masa awal2 lah, skang dorang dah tak kesah pun saya blah, kengkadang jer nangis ngada-ngada), bgtau yang saya nak pergi kerja. Saya kata, "OK QARISSA, MOMMY IS GOING TO WORK. U STAY IN CLASS YA, MOMMY WILL PICK U UP LATER!". Pastu saya pun jalan dengan takder perasaannya, masuk kereta terus blah! *walaupun dalam hati masa awal2 tuh Allah jer tahu .. hehehhe*  Nampak tak ayat terakhir sekali lagi? Again..saya gunakan perkataan yang sama sebab saya nak instill dalam minda anak saya yang saya akan datang kembali. Apa yang jadi lepas tuh, Teacher akan handle. Kita berdoa dan percaya yang Teacher akan buat sehabis baik untuk anak kita, Insya Allah. 
  • Bila tiba masanya untuk saya ambil anak, sampai sahaja di sekolah anak saya, saya akan dengan muka penuh excited dan teruja, dan penuh dengan rindu dendam,*sila bayangkan muka rindu dendam*, akan mencari anak-anak saya sambil mendepakan tangan bersedia untuk memeluk mereka, dan bila sahaja saya peluk mereka, saya akan kata, "HI SAYANG ..I'M COMING TO PICK YOU UP!! KAN MOMMY DAH KATA MOMMY WILL COME & PICK U UP?? SEE, I COME TO PICK YOU UP NOW!!". Nampak berapa kali saya ulang? Kenapa nak ulang banyak-banyak kali? Sebab saya nak anak saya percaya pada saya. Pagi tadi kan saya dah janji nak amik dia, sekarang saya tunaikan janji saya. Saya nak dia faham yang saya pasti akan amik dia kembali. Saya lakukan 3 langkah ini setiap hari tanpa jemu, seolah-olah mantra saya dan saya lihat ia sangat-sangat berkesan. Qarissa percaya pada saya, yang saya akan ambil dia, pasti akan ambil dia, jadi dia dah tak takut lagi. Walaupun saya ambil lambat setengah jam atau lebih, dia tak kisah, kerana dia tahu saya akan datang untuk ambil dia dan Zayra. Sampai ada ketika, bila Daddy yang ambil kelmarin, anak-anak bising bertanyakan mana Mommy mereka. Hehehe.. sweet sgt bila dgr..:) Bagi mereka yang kesnya berbeza, seperti htr anak guna van atau bas skolah, anda juga boleh gunakan ayat yang sama, cuma ubahsuai sedikit. Bila dah sampai rumah Pengasuh after balik kerja, cepat2 depakan tangan, buat muka rindu dendam, peluk anak dan terus kata, "HI SAYANG, YOU COME BACK FROM SKOOL ALREADY!! KAN MOMMY DAH KATA, NANTI AFTER SKOOL, MAKCIK BEDAH HTR KAKAK KAT RUMAH MAKCIK JOYAH AFTER SKOOL, THEN AFTER MOMMY BALIK KERJA, MOMMY WILL COME & PICK U UP. SEE?? NOW MOMMY DATANG NAK AMIK KAKAK LAH NIH....". Lebih kurang gitulah ayat yang anda semua boleh buat. :) Yang penting, anak anda percaya yang anda akan amik dia kembali walau di mana pun dia berada. 
Kenangan lama juga...Dah macam kembar SIAM erk? Haahhaa...bersimpang siur kaki masing2. Janji dapat rasa antara satu sama lain!Ahaks!
  • Ambil tahu NAMA KAWAN-KAWAN SEKOLAH ANAK ANDA BESERTA CIKGUNYA SEKALI! Mesti jadi kepoh sikit, kalau tak tahu, tanya Teacher dia sapa nama kawan baru anak anda. Lepas tuh HAFAL! Perasan tak, kat point pertama, saya sebut nama kawan2 Q's dan Teacher2 nya sekali? Tuh suma kawan tahun lepas, kawan tahun nih dah bertambah, macam Naufal, Amnina dan Amnani. Macam Qarissa, dulu kawan dia tak ramai, tahun nih ramai sikit, jadi saya memang tanya sapa nama anak-anak tu semua di awal bulan Januari tu. Dan, setiap kali berada di rumah, ketika bermain, ketika dalam kereta, atau ketika di mana-mana sahaja, saya akan ulang-ulang nama kawan-kawan dan Teacher Qarissa. Apa sahaja yg saya lakukan, saya akan kaitkan kawan-kawan Q's dalam "cerita" saya. Cthnya, ketika main lacing bead, saya tanya Qarissa, "Kakak, do you play this with Khadijah ini School? Khadijah pandai main tak? Do you like Khadijah?" dan macam-macam lagi lah yang saya tanya pasal kawan-kawan dia.  Begitu juga yang saya lakukan dengan Zayra. Baik kawan, baik Teacher. Memang saya akan sentiasa ulang dan reka ayat2 saya berkisarkan fugura-figura ini. Walaupun pada hari cuti. Kerana apa? Kerana saya nak anak-anak saya ingat kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah dia. Ingat keseronokan mereka bermain di sekolah bersama-sama, gelak bersama, ketawa bersama, makan bersama, selsema bersama, hingus sememeh pun sama-sama! Hahahaha..Saya dapati cara saya itu sangat berkesan untuk mengembalikan memori anak saya untuk cintakan sekolah. Bila hari cuti, saya bgtau yang hari ni cuti, tak jumpa Khadijah, tak jumpa Teacher Syazni, nanti on Monday kita jumpa lagi. Yang paling saya bangga, cikgu Qarissa juga perasan yang Qarissa dan Zayra saling menyanyi antara satu sama lain dan saling berpeluk.Sikit-sikit peluk, sikit-sikit peluk. Hehehe..Bukan hanya mereka berdua, rasa sayang itu juga dikongsi dengan rakan-rakan. Qarissa sayang sungguh dengan Khadijah! Dia rapat dengan Khadijah sejak Zayra belum masuk lagi dan walaupun dah ada Zayra, Q masih lagi suka dan sayangkan Khadijah bila dia disekolah. Nama Khadijah yang dia sebut dulu bila sampai sekolah. Bila saya ulang2 cerita pasal kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah, time cuti atau on weekdays, anak saya akan teruja. Saya rasa teknik ini juga boleh diamalkan oleh Mommy-Mommy semua. jadi, anak anda sentiasa ingat perkara-perkara indah yg berlaku disekolah. 
  • Kalau boleh, amiklah tahu permainan atau buku apa yang digunakan di kindy anak anda. Kemudian, beli 1 @ 2 permainan yang sama dan letak di rumah anda. Bila bermain dengan anak di rumah, ingatkan mereka yang permainan tersebut @ buku yang mereka sedang lihat tuh, ada juga di sekolah. Katakan pada anak, kalau mereka nak lebih banyak lagi mainan atau buku, mereka kena pergi sekolah, lagi best sebab boleh main dengan kawan-kawan. then, kita createlah story-story yang indah-indah pasal sekolah. :) Mesti anak happy bila bayangkan. Macam cth, kindy Q pun gunakan Buku Ants On The  Apple. And of course Montressori Apparatus. Jadi, bila saya nyanyi lagu Ants On The Apple ataupun main mainan Montessori dia, saya akan ingatkan dia pasal sekolah. Walaupun kat Playgroup saya juga gunakan lagu dan buku yang sama untuk Ants On The Apple, tapi saya tetap cakap, Teacher Syazni ajar huruf apa today? Then saya nyanyi sama-sama. Sebab saya nak dia dapat input yang di belajar tuh disekolah, dan dia seronok untuk pergi lagi. 
  • Setiap kali sebelum naik kereta, masa saya amik anak-anak saya tuh dari sekolah tu, selalunya Khadijah & Naufal akan stay sampai petang. Yang lain selalunya dah balik dah, sebab kengkadang saya datang lewat sikit, so semua dah balik. Mana yang tinggal tuh, saya akan suruh my Q's say Bye-Bye to them dan salam. Sebut nama dorang like, "Bye-Bye Khadijah, Bye-Bye Naufal!! Bye-bye Teacher" sampailaahhhh...kereta saya keluar dari perkarangan sekolah! Kadang-kadang sampai kat Guard pun si Q masih cakap lagi pasal kawan-kawan dia. kengkadang dia cakap, "No more Aunty Syaz!!" dan saya pula sambung, "Yess..no more Aunty Syaz, but tomorrow, its school time, Kakak jumpa lagi Aunty Syaz!" Sebanyak mungkin saya cuba instillkan rasa dekat pada sekolah di hati anak-anak saya supaya mereka suka ke sekolah. Sebab tuh apa saha yang saya cakap dan lakukan, saya relatekan kembali dengan sekolah. :) Sama jugalah ketika sampai ke sekolah, saya memang akan cakap, "Alhamdulillah, kita dah sampai! Qarissa! Zayra! Look!!! Khadijah is waiting for youuu!" dengan suara teruja dan penuh excited! Qarissa dan Zayra pun jadi excited sama. Hehehhe.. Kena pandai berlakon sikit beb .. *padahal kengkadang Khadijah takder pun depan pintu tuh! Hahahha*. 
Itulah antara perkara-perkara yang saya lakukan setiap hari, dari bulan November 2011 sampailah sekarang! Walaupun anak-anak saya dah okay, suka sekolah, tapi saya tetap meneruskan perkara-perkara di atas tanpa jemu. Alhamdulillah, setakat nih, memang tiada masalah untuk anak-anak saya bangun pagi, cuma kadang-kadang, datang mengada-ngada Qarissa atau Zayra, mulut jer cakap takmo School, tapi bila saya cakap, "Oklah, if you dont want to go, you sleep ok! Mommy nak hantar adik/kakak gi skool!" Pastu saya blah slumber. Kelam-kabut lah dorang bangun walaupun merengek. Hahahhaa.. Pernah juga terjadi keadaan di mana Q mengada-ngada takmo mandi, tapi nak gi skool, pampers kemain kuyup, dia buat perangai, kejap nak Ipad, kejap nak susu, hadoi makk ..memang geram sungguh saya! Hambek ko... kenalah Taliban Style, mandi dengan baju-baju, dengan pampers-pampers skali. Melalak-lalak dia nangis! Hehehhe..kesian gak tgk tapi kena tegas lah jugak, kalau tak, tak jadi orang anak kita kang! Bila dah siap, naik keta, elok jer perangai sampai sekolah. Sabar jer kan?? Then, bila balik umah, saya ingatkan dia, jangan buat perangai macam pagi tadi for tomorrow's school time, Mommy tak suka, Allah tak suka,nanti Allah tak sayang. Alhamdulillah, Qarissa faham nampaknya. Dia tak buat lagi dah perangai camtu. Kalau lenkali dia buat lagi, tak tahulah saya., Taliban Style lagi ah nampaknya. Heheheh..Memang tu lah warna warni hidup saya skang. Kengkadang saya pulak yang malas bangun pagi. Hehehhe.. Tu yg selalu terlajak htr lambat tuh. Ahaks! 

Saya harap dengan perkongsian kali ini, anda akan dapat sedikit panduan yang dapat anda aplikasikan terus kepada anak anda. Insya Allah mungkin ia dapat membantu sedikit sebanyak dalam memberikan rasa seronok dan rasa teruja anak anda pada sekolah :) Setelah anda aplikasikannya, bolehlah anda kongsi dengan saya apakah outcomenya nanti yer! Bagi sesiapa yang ada idea dan tips cara dan kaedah bagaimana anda menanamkan rasa minat dan suka anak anda ke sekolah, mungkin boleh kongsikannya di sini. :) Sharing is caring kan..? Until then, jumpa lagi di entry akan datang, Insya Allah ...

post signature

post signature

No comments: