Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, March 30, 2012

Seminar ECE 6 Feb 2012: Full Board, Full Energy & Full Of Information!

Wow! Tak pernah saya lewat sampai macam ni skali untuk updates pasal Seminar ECE! Dah nak masuk 2 bulan dah pun ni ha ..barulah dapat update story dalam blog. Ada cerita di sebalik kelewatan ni sebenarnya. Saya dah create entry dengan penuh semangat sampai 4-5 jam depan Lappy, siap berhenti dan sambung semula kerja-kerja penulisan, lepas dah siap semua, saya save as usual, tetapi secara tiba2 semuanya HILANG! Yer..HILANG!!! Macam nak giler Watie cuba cari semula entry tuh, back space jgn citer lah .. memang tu yang 1st skali Watie buat..then, cari dalam history rekod, cuba sedaya upaya untuk dapatkan balik data yang ada, tapi sayangnya, memang takder rezeki untuk dapat balik all the info. Memang sgt frust.. sgt kecewa dan terus down...Rasa cam nak nangis pun ada. Terus malas nak buat apa2 tau. Bayangkan semuanya dah siap .. dah save pun tp with just a click, everything GONE! Jangan tanya saya kenapa, sampai hari ni saya tertanya2 kenapa tiba2 data tu hilang dan tak boleh retrieve semula.. Sgt sedey ... tapi apa pun .. perjuangan mesti diteruskan. Lama juga saya amik masa nak menulis pasal Seminar yang telah berlangsung tuh. Frust tak boleh nak cakap.. ehehehe..:) 


Peserta Seminar ECE @ GBOB - 6 Februari 2012

Saya bersama Puan Fatin

Tapi saya masih perlu berkongsi cerita dgn anda semua betapa seronoknya saya hari itu kerana Seminar saya dihadiri oleh 16 para ibu bapa, siap terlebih sorang dari yang apa yang saya tetapkan. :) Saya harus berterima kasih sebanyaknya kepada Allah SWT kerana membantu saya dan mengembalikan suara saya yang hilang dalam minggu tersebut. Kalau sapa masih ingat, awal bulan Februari, Watie diserang sakit tekak yang agak kronik dan memang langsung orang tak boleh paham apa yang saya nak sampaikan. saya cukup risau tapi syukur sgt, pagi 6 Feb 2012 itu, suara saya dikembalikan Allah untuk tempoh 6 jam dan habis sahaja Seminar, tekak saya sakit kembali! Hebat kan kuasa Allah ..:) Allah memberi saya peluang untuk berkongsi dengan para ibu bapa semua dan selepas habis tanggungjawab itu, Allah kembalikan sakit saya supaya saya boleh berehat sepenuhnya dan jangan terlalu kuat bekerja sampai kesihatan tak terjaga..:) Hmmm..ada cerita juga yang berlaku sepanjang bulan Februari & Mac ini, takperlah, biar saya simpan sahaja, nanti bila kena masa dan ketikanya, saya akan berkongsi dengan semua..:)  

Kemainn lagi membebel noooo!
Saya bersama Puan Azza. Kurusnya ko yang ..jeles akak tau! Hehehe
Saya bersama Puan Sabrina. Salute you dear!! 

Seminar kali ini agak istimewa dari Seminar yang lepas-lepas, selain dari kehadiran yang penuh, terdapat 2 peserta yang datang dari luar Kuala Lumpur, drive all the way from Kuantan & Ipoh, iaitu Puan Rohana Fara & Puan Jegie. Saya sangat bangga dan berterima kasih pada mereka kerana sudi meluangkan masa menghadiri Seminar saya dan semoga mereka mendapat manfaatnya. Ini juga merupakan kali pertama Seminar saya dihadiri oleh peserta yang bukan berbangsa Melayu, iaitu Puan Jegie. Saya sangat terharu kerana jujur saya katakan, apabila saya membuat Seminar ini, fokus saya sudah tentu untuk menyebarkan maklumat, berkongsi info dan membantu mereka yang sebangsa & seagama dengan  untuk memahami dengan lebih jelas kepentingan ECE terhadap anak masing-masing. Ini kerana, satu ketika dahulu, saya dapati ECE lebih mudah diterima dan diamalkan oleh kaum lain sepeti Cina & India di Malaysia berbanding kaum Melayu. Alhamdulillah, senario ini kian berubah dengan baik sekali dan kini saya dapati ramai para ibu bapa muda di kalangan kaum Melayu mula mengakui hakikat kepentingan Pendidikan Awal itu dan bukat setakat mengakui tapi turut mengamalkannya. Kerana itu, bila ada Puan Jegie yang berbangsa India menghadiri Seminar ini, saya gembira kerana ini bermakna perkongsian saya terhadap ECE ini mendapat tempat juga di hati kaum yang lain. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan dan saya akan perbaiki lagi mutu penyampaian saya dari masa ke semasa demi untuk memastikan misi saya tercapai. Insya Allah ..:) 

Saya bersama Puan Jegie. Thanks a lot dear!
Saya bersama Puan Sarah. Excited nak tunggu baby keluar! Hehehhe
 
Kenal kan sapa nih? Hhehehe.. Ni lah partner saya di JB- Teacher Aida yang fun & havoc! Jika anda berada di JB atau ada saudara mara di JB yang anaknya berusia antara 12 bulan- 4 tahun, bolehlah ajak datang ke GBOB JB @ layari Fanpage GBOB JB - www.facebook.com/gbobjb

Saya juga harus berterima kasih dengan Puan Intan Juliana kerana walaupun suaminya tidak sihat dan dimasukkan ke hospital, beliau masih tetap datang ke GBOB untuk mendengar apayang ingin saya kongsikan pada hari tersebut. Itulah namanya komitmen. Beliau membawa anak kecilnya bersama kerana ingin sama-sama menggali ilmu pada hari tersebut. Seminar kali ini juga dihadiri oleh 2 bapa hebat iaitu Encik Radzi & Encik Fauzi bersama isteri masing-masing. Dan, seperti biasa, terdapat juga ibu mengandung iaitu Puan Sarah  yang mengandung anak sulung & Puan Rossa yang kini mengandung anak kedua. Saya sangat bangga dengan mereka kerana bersemangat untuk mengaplikasikan apa yg telah saya kongsikan pada hari itu. Selain itu, ada juga para ibu yang datang dari pelbagai latar belakang seperti Puan Rosmah, Puan Fatihah, Puan Fatin, Puan Linda, Puan Azza, Puan Sabrina, Teacher Aida & Puan Shareena dan saya sangat kagum dengan semangat untuk melakukan yang terbaik pada anak masing-masing yang mereka tunjukkan.

Suasana Seminar. Cool & Relax tapi otak sgt penat & stressed! Hahhaha
Saya bersama Puan Intan Juliana
Saya bersama Puan Rossa. Pretty preggy Mommy!

Melihatkan semangat dan kesungguhan mereka yang sanggup datang dari jauh, dalam apa juga keadaan yang berlaku, membuatkan saya terfikir, tidak ada lagi ALASAN yang boleh diberi oleh mereka yang suka MENCIPTA ALASAN untuk tidak menghadiri Seminar @ kursus-kursus sebegini. Tidak perlu memberikan alasan-alasan seperti jauh, susah, leceh, dan alasan paling sering digunakan- BUSY. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang tidak busy. Semua orang pun busy. Jika anda tidak busy, ada sesuatu yang TIDAK KENA dengan anda, Mungkin anda seorang yang telah PENCEN dan tidak tahu apa yang ingin dilakukan atau anda terlantar dirumah dan perlukan bantuan dari orang keliling untuk membantu menguruskan anda. Yer, kita semua busy, tetapi bagaimana anda menguruskan urusan kesibukan anda itulah yang membezakan anda dengan orang lain. Kalau saya katakan, sesiapa yang datang ke Seminar saya akan dapat 2 jongkong emas dengan berat 100g setiap seorang, apa tindakan anda? Percayalah, anda akan tetap datang walaupun duduk di hujung dunia, walaupun terpaksa bertongkat hanya kerana ingin mendapatkan jongkong emas tersebut bukan?? Yer, kerana adanya DESIRE dalam hati dan diri anda untuk mendapatkannya!! Samalah juga dengan kes Seminar ini. Jika anda rasa ianya penting untuk anda, untuk anak anda, untuk generasi anda, anda akan tolak tepi semua kesibukan anda untuk satu hari dan meluangkan masa untuk mendengar apa yang ingin saya kongsikan. Agak menyedihkan apabila ada ibu bapa yang tidak kisah menghabiskan wang beratus ringgit untuk membeli pakaian dan barang mekap sendiri tetapi berkira apabila ingin mendalami ilmu untuk memberikan yang terbaik pada anak mereka. Percayalah Mommy & Daddy, ilmu yang anda dapat dengan pelaburan yang SEKALI ini dapat dapat digunakan selama-lamanya. Bukan hanya untuk seorang anak, tetapi untuk anak-anak yang akan datang juga, tetapi baju dan mekap yang anda beli setiap bulan itu akan habis atau tidak boleh lagi dipakai apabila sampai waktunya. Kerana itulah saya tidak kisah melaburkan wang untuk membeli buku-buku keibu-bapaaan, perniagaan dan motivasi diri kerana ia satu pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding membeli mekap & baju!

Tekun mendengar ..:)
Proud of uols! Sayang tak dapat ambil gambar semua sbb ada yang kena balik cepat. Biasalah, seminar Watie ni kalau tak lambat habis tak sah! Hehehhe
Saya bersama Puan Shareena

Saya sangat menyukai Sessi Seminar seperti ini kerana saya dapat berjumpa dengan pelbagai latar belakang Mommy & Daddy, berkongsi kisah dengan mereka dan secara tidak langsung saya juga belajar sesuatu yang baru serta menambah ilmu pendidikan awal saya dengan lebih banyak lagi. Seperti contoh, berkongsi kisah dengan Puan Sabrina membuatkan saya rasa sangat risau, dan turut merasa "ketakutan dan rasa cuak" yang agak mendalam. Saya sangat menghormati kerja beliau yang mana beliau bertugas sebagai seorang guru yang mengendalikan kanak-kanak yang delay dalam pembelajaran. Apa yang membuatkan saya terkejut, beliau menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak darjah 6 *bukan 6 tahun yer .. tapi darjah 6 @ 12 tahun* yang masih TIDAK BOLEH MEMBACA di sekolah tersebut!. Sungguh saya tersentak dan seolah-olah satu batu besar menghempap kepala saya! Maaf jika saya silap info, sebab saya dah hampir lupa maklumatnya, tapi kalau tak silap saya, kanak-kanak ini normal sebenarnya tapi di kesan delay apabila memasuki sekolah. Saya sedih sebenarnya, dalam keadaan negara yang ingin menuju ke arah negara maju, penuh dengan kemudahan, internet dihujung jari, banyak facilities dan bantuan, masih terdapat kanak-kanak yang sangat lemah di usia 12 tahun! Saya tidak suka menyebut "Siapa yang harus dipersalahkan?" kerana  saya sendiri tidak tahu latar belakang kanak-kanak itu. Adalah tidak adil saya ingin menyalahkan ibu bapanya kerana mungkin mereka berusaha bersungguh-sungguh membantu anak mereka tetapi masih tidak berjaya atau belum menunjukkan peningkatan ketika ini. Tetapi apabila mendengar cerita salah seorang peserta Seminar saya yang juga hadir pada hari itu, di mana iparnya yang TIDAK PEDULI dengan perkembangan mental dan fizikal anak yang kini sudahpun berusia 7 tahun, saya turut rasa marah dan geram juga. Atas alasan "tidak mahu memaksa anak atau membebankan otaknya", ibu bapa ini langsung tidak melakukan apa-apa untuk membantu anak mereka yang TERNYATA sangat lemah dalam pelbagai perkara. Hinggakan sangat ketara perbezaan antara anak ini yg berusia 7 tahun ini dengan anak peserta Serminar ini yang berusia 4 tahun dari banyak segi, samada dari segi membaca, menyelesaikan masalah, berfikir baik dan buruk dan sebagainya. Bagaimana yer, seorang ibu dan bapa itu tega melihat sesuatu yang tidak betul berlaku di depan mata tanpa rasa risau dengan perkembangan anak sedikit pun? Sungguh saya tak dapat memahami perkara itu. Sedangkan Qarissa yang saya dapati memerlukan bantuan yang lebih dari segi sikap *tantrum & attachment disorder* dan percakapan *late talker* ketika di usia 2 tahun 9 bulan dahulu, saya dah kelam kabut pergi sana sini untuk belajar dan memastikan saya dapat membantunya dari 2 segi itu, tapi rupanya masih ada ibu bapa yang langsung tidak rasa bersalah membiarkan anak mereka terkapai-kapai mencari penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi  itu. Hmmm..sedih rasanya ..Saya risau, kerana makin lambat di perbaiki masalah ini, keadaan akan jadi makin sukar. Yang lebih ironik, kedua-dua ibu bapa ini lulusan Ijazah Universiti dan peserta Seminar saya lulusan SPM sahaja! :) Dari sini, kita dapat lihat betapa "keturunan" itu tidak begitu memberi nilai tambah kepada perkembangan otak anak. Maksudnya, ibu bapa yang bijak, otaknya geliga, belum tentu lagi anaknya akan turut pandai jika tidak distimulasi dengan betul dan begitulah sebaliknya. Apa yang lebih penting adalah STIMULASI, dan kita harus sedar yang STIMULASI itu perlu di lakukan dalam tempoh 3 tahun PERTAMA usia anak, dan BUKAN 3 tahun SELEPAS anak berusia 8, 9. atau 10 tahun! Hasilnya sama sekali TIDAK SAMA! 

Saya bersama Puan Fatiha. Happy go lucky Mom tapi asyik takuttt jer ..ahaks! But getting better lepas ajak Hariz dtg trial Playgroup @ GBOB.
Saya bersama Puan Linda.

Sebagai consultant ECE, saya akan cuba memberikan nasihat yang terbaik untuk semua para ibu bapa yang ingin mendengar apa yang saya kongsikan tetapi ia terpulang kembali kepada mereka samada ingin mengaplikasikannya atau tidak. Saya tahu kesibukan kita mencari nafkah untuk keluarga, lebih-lebih lagi hidup di bandar besar yang semuanya mahal, kadang-kadang menyebabkan sesetengah perkara yang penting dalam hidup anak kita agak terabai, saya faham, tetapi kalau tidak boleh setiap hari, sekurang-kurangnya seminggu sekali tu luangkan lah masa dengan anak. Fahami isi hati mereka dan selami dunia anak anda. Sebenarnya tidak susah untuk anda membuatkan anak tersenyum dan mempelajari sesuatu yang baru dari anda setiap hari. Sambil anda mandikan anak, buatkan susu anak, atau memakaikan pakaian anak, banyak perkara yang anda boleh sentuh dan berbicara dengan mereka secara efektif dalam masa yang sama. Saya telah mengamalkannya dan saya dapati ia sememangnya menjimatkan masa saya. Mana yang saya boleh buat at 1 go, saya akan buat, jadi saya jimat masa sedikit. :) 

Saya bersama Encik Fauzi, suami Puan Sarah. 
Saya bersama Puan Rosmah.
Saya bersama Encik Radzi, suami Puan Rosmah. 

Insya Allah, saya akan membuka pendaftaran untuk Seminar saya yang akan datang, iaitu pada 1 Mei 2012. Saya akan buat satu entry khas dalam masa terdekat ini, dan siapa yang berminat untuk meyertai saya, bolehlah berbuat demikian. Sengaja Watie bgtau akhir bulan 3, agar anda boleh menyimpan wang gaji anda untuk hadir ke Seminar ini, dan seperti biasa, jika anda cepat membuat pembayaran, anda akan mendapat harga Early Bird, Insya Allah. Nantikan entry saya mengenai Seminar bulan Mei ini. Insya Allah, jika sambutan yang diterima menggalakkan, ada lebih dari 20 peserta, I'm thinking of doing the Seminar at other place, bukan di GBOB. Kita tgk macam mana sambutannya. Saya lebih suka buat dipejabat, lebih santai dan relax, tapi kalau ramai peserta, saya harus pastikan tempat yaang lebih selesa untuk semua. We see how, i will confirm the place later yer ..:) Until then, jgn lupa simpan duit gaji bulan ni untuk ke Seminar di bulan Mei nanti! Cuti umum tuh tau .. not on weekends, but on Tuesday. :) 

Saya bersama Puan Fuzah
Saya bersama Puan Rohana Fara. Pretty Mommy from Kuantan..:)
Shopping after Seminar habis...

post signature
post signature

No comments: