Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Tuesday, September 4, 2012

Tips Stimulasi: Menggalakkan Anak Membaca & Mengeja Sambil Bermain!

Salam Sejahtera semua! Masih dalam mood hari raya yer? Banyak betul jemputan open house dan kenduri kahwin kan? Watie ni sampai batuk-batuk dan sakit tekak sejak raya ke 2 sampai skang masih belum baik betul, sampai terpaksa cancel kelas Playgroup last weekend sebab takut jadi pembawa virus untuk anak-anak genius saya di GBOB. Insya Allah by this week Watie dapat pulih seperti sedia kala dan bolehlah mula menguruskan dan mengempiskan perut secepat mungkin. Hehhehe.. :) Dah rindu sgt dengan anak-anak syurga saya di GBOB!

Hari ni Watie nak kongsikan dengan anda semua beberapa cara yang boleh anda aplikasikan dengan anak anda di rumah: Bagaimana untuk menggalakkan anak anda membaca & mengeja sambil mereka bermain dengan gembira. Yang best tuh, mereka tak sedar yang sebenarnya anda sedang mengajar mereka! Yang anak-anak tau, mereka seronok sekali bermain dengan huruf-huruf yang ada, sambil mencantum-cantumkan huruf-huruf tersebut membentuk satu perkataan yang boleh difahami. 

Mungkin selama ini kita terlalu menekankan ejaan dengan cara menyuruh anak menulis di atas kertas apabila kita menyebutkan perkataannya. Apa kata kali ini, kita ubah suasana tersebut dengan cara yang lebih santai dan menyeronokkan, dan ia melibatkan hampir kesemua deria mereka iaitu melihat, merasa, menyentuh dan mendengar. Bukan itu saja, anak kita juga akan meningkatkan tahap fokus mereka apabila mereka mula mencari huruf-huruf yang diperlukan untuk membina satu perkataan yang boleh difahami maksudnya. 

Google Image

Prinsip PERTAMA yang WAJIB anda semua patuhi sebagai ibu bapa ketika melakukan tugasan ini : LAPANGKAN HATI, SET MINDA YANG ANDA SEDANG BERMAIN DAN DI LARANG MENGUJI ANAK! Ini adalah satu permainan dan BUKAN PERTANDINGAN, jadi apabila bermain, tiada  peraturan khusus, dan permainan adalah suatu perkara yang MENYERONOKKAN, SO MAKE IT FUN! Jika anak buat salah 100 kali sekalipun, tidak mengapa! Keep on encouraging them to take the right letter and combine it together. Jika anda perlu ulang beratus kali untuk satu-satu perkataan itu, do it! Jika anda perlu bantu anak untuk ejakan perkataan tersebut, ejakan pada mereka walaupun anda terpaksa mengulangnya lagi & lagi!. Setiap kali anda rasa penat atau frust sebab anak masih tak dapat mengeja dengan betul, SILA KEMBALI KE PRINSIP PERTAMA! And yes...ketika anda rasa FRUST, ketika itulah sebenarnya anda SEDANG MENGUJI ANAK anda! :P 

Play pretend time...Q kata - Tiger eat trees! Heheheh..

Nak Watie bagi contoh dalam bentuk ayat pula? Hehhehe.. *kena lecture mak-ayah betul-betul dulu sebelum bg tips sebab Watie tau ramaiiiii sesangaatttt parents yang baru main 5-6 minit, bila anak tak dapat buat apa yang disuruh, mak-ayah dah mengeluh, dah penat, dah rasa anak tak pandai, dah rasa frust dan bertambah frust bila anak plak tak menunjukkan kesungguhan, muka anak boring dan anak kata tak nak main pastu anak blah tinggalkan kawasan permainan...padahal muka kita yang kelat cam tertelan anak cicak dalam air Coke bila soalan pertama kita gagal di jawab oleh anak- Anak boleh tahu okay ..takleh tipu anak tau!*  Meh kita tgk contoh ayat!

Ayat 1: "Alah...CAT pun takleh eja lah kakak ni ..Apa lah kakak ni .. salah tuh! Bukan D lah...T! T! Amik T tuh!! Dah 5 tahun pun tak pandai-pandai lagi. Mommy dulu 5 tahun dah baca buku tau!"
*sibuk nak bangga diri ngan anak plak...bajet bagus punya Mak! Hahhahaah*  

Ayat 2: "Iskkk..dah 10 kali Mommy eja kan pun masih tak dapat-dapat lagi. Kan Mommy dah kata, CAR tuh ejaannya C-A-R! Amik huruf-huruf tuh!"
*baru 10 kali ajar dah nak melenting. Bajet bagus btol Mak nih! Wakakak*

Ayat 3: "Dah lah, asyik nak eja CAT jer dari tadi. Kakak kan dah pandai eja CAT. Kita eja lain lah pulakkkkk...cuba eja HIPPOPOTAMUS!!!" 
*takder keja lain asyik nak testtttttt jer kerja dia...yang susah-susah pulak tuh disuruhnya anak masa mula-mula main..ni satu lagi kes - macam bagussss! hahhaah*

Ayat 4: " Isk adik nih, huruf B dengan P pun tak tahu bezakan..kan Mommy dah bgtau banyak kali!!Ni P! Ni B! Tengok betul-betul!!!"
* padahal Mak dia sebut B ngan P pun tak jelas..tak guna kaedah Phonics, anak tak berapa dengar pastu salahkan anak plak - macam bagussss! :P*

Zayra pun suka sangat..:)

Rasanya 4 contoh ayat di atas dah cukup untuk menunjukkan betapa TERUKNYA anda ni ketika bermain dengan anak. Asyik nak kondemmmm jer kerjanya. Hihihi... Tapi, bila kita betul-betul setkan minda kita yang ini adalah PERMAINAN, kita takkan kisah pun kalau nak berulang kali terangkan, tunjukkan, sebutkan dan ejakan untuk anak kita. Kita akan rasa lebih relax, lebih tenang dan cool malah lebih happy ketika sessi permainan tersebut. Dan percayalah, bila kita relax, bila kita tenang, kita TAK PEDULI LANGSUNG apa outputnya, maksudnya kita tak kisah pun samada  di akhir permainan itu, anak kita dapat membaca dan mengeja atau tidak, sebab apa yang lebih penting pada kita adalah the "valuable & precious bonding time together" dengan anak syurga kita. Kita happy, anak happy. Sama seperti bila kita ajak anak main di padang. Anak lari sana, lari sini, lompat sana sini, panjat sana sini, gelak suka hati dan semua orang happy, betul tak? Takder pun kita sibuk nak uji anak kita tu masa kat padang. Buatlah apa pun, break the rules, janji seronok! Balik rumah, hati rasa puas sebab dapat gembirakan anak. Samalah macam tips game yang akan Watie kongsikan selepas ini. Nak bg anak happy tapi dalam masa yang sama, mengajar mereka sesuatu yang lebih bermakna. 

KOALA!

Sebab tuh Watie suruh kita UBAH MINDA KITA DAHULU, sebab kitalah sebenarnya PUNCA anak tak nak buat apa-apa aktiviti yang berunsurkan PELAJARAN, kerana kita memandang "pelajaran" itu sebagai sesuatu yang serius, yang harus dibuat dengan betul, tidak boleh salah langsung, harus diuji untuk melihat anak bijak atau tidak, harus duduk mengadap buku, tak boleh lari sana-sini  masa Mommy @ Daddy mengajar dan macam-macam lagi lah! Banyak betul rules & regulationnya sampai anak rasa PELAJARAN ITU MEMBOSANKAN! Bila anak tak menunjukkan minat, mulakan mak-ayah komplen anak macam tu lah, anak macam ni lah, sudahnya anak tu di label - DEGIL! Tapi pernah tak kita terfikir mengapa situasi ni berlaku? Fikirlah sejenak, buangkan rasa ego anda dan fikir semula apa yang anda telah lakukan selama ini. Ia satu hakikat yang menyakitkan dan sukar diterima, tapi itulah yang sebenarnya. Biarlah anda kecik hati ngan statement nih, sebab mungkin takder orang kat luar sana nak sedarkan anda dan kalau anda BENCI saya sebab statement di atas, maknanya saya berjaya mengetuk minda anda untuk berfikir sejenak adakah benar apa yang saya katakan ini. Sama-samalah kita muhasabah diri dan ketika saya menaip entry ini, saya juga mengingatkan diri sendiri..:) Inilah juga yang akan saya tekankan di Seminar ECE saya - YANG PERLU DIUBAH MINDANYA ADALAH KITA, BUKAN ANAK!!

PANDA!
Ok,cukup rasanya bebelan untuk mak dan ayah dan rasanya anda dah bersedia untuk bergembira!! Its a HAPPY MOMENT TIME!!! Mula-mula, anda bgtau anak dengan wajah dan raut muka teruja, excited dan tak sabar! Bgtau anak yang anda ada satu permainan yang sangat best yang anda nak main dengan dia. Ajak anak main sama. Then, anda keluarkan jigsaw puzzle A-Z yang anda ada, jika tiada, anda boleh buat sendiri macam flash card tuh, tapi kalau dapat wood jigsaw puzzle tu, ia akan lebih menarik sebab mereka boleh pegang dan rasa huruf2 tuh. Lagipun, ianya bewarna-warni dan of course lebih menarik. Macam contoh gambar di bawah, Watie gunakan Double Layer Jigsaw Capital & Small Letter A-Z. Ada huruf besar dan huruf kecil dalam satu jigsaw. Jika anda tiada this jigsaw, boleh pakai jigsaw A-Z dan a-z yang berasingan, yang anda ada. Watie galakkan agar gunakan jigsaw yg ada both Capital & Small letter, selain dapat memudahkan anda untuk buat perkataan yang menggunakan lebih dr satu huruf yang sama *seperti contoh Ball*, ia juga dapat membantu anak mengenal huruf besar dan kecil secara tak langsung dalam waktu yang sama. Kalau boleh, anda terus teraburkan jer huruf-huruf tuh di lantai, biar bersepah, jadi anda dan anak boleh buat aktviti mencari huruf tersembunyi bersama-sama. Menajamkan mata anak, fokus anak dan seterusnya minda anak! :)

 
Double Layer Jigsaw Puzzle A-Z
Suruh Q eja Sock, pastu dia kata, "Macam Han Jae dgn Irfan!!" Heheheh.. Q terpengaruh nak pakai socks to school sebab tgk this 2 boys pakai dalam kelas.. :)

Bila dah bersepah, ajak anak sama-sama mengeja satu perkataan mudah. Contohnya CAT. Bila nak ajak mengeja dan mencari huruf tuh, mestilah dengan intonasi suara yang teruja dan happy, bukannya garang atau seperti memberi arahan dr bos pada kuli pulak yer! Memang lah anak langsung tak der semangat nak cari, lagi disepah dan dibalingnya huruf tuh adalah ..ehehhehe..:) Kita bgtau anak, cthnya: "Ok sayang, jom kita spell CAT sama-sama jom?? How to spell CAT??  C-A-T..... CAT!! Ok, Kakak cari huruf C dulu yer... cepat sayang, cepat..kita tgk sapa jumpa C dulu ..ok ready??? 1, 2 go!! *sambil kita pun sama-sama cari tapi biarlah anak yang mengambilnya, kalau kita jumpa dulu, pura-pura tolak huruf tu depan anak bg dia nampak huruf C tuh, dan bila dia jumpa, jerit kuat2 yang kita happy dan dia pandai sebab jumpa dulu huruf C tuh*  Asingkan huruf C di satu tempat yang anak boleh nampak jelas dan ulang perkara yang sama untuk huruf A dan T. Sedikit lagi tips untuk anda, semasa menyebut C-A & T, gunakan kaedah phonics jadi anak akan lebih jelas dengan sebutan anda di samping membantu anak untuk persediaannya ke Tadika nanti, atau jika anak anda dah ke Tadika, ini dapat membantunya mengingat kembali apa yang telah di ajar oleh guru di sekolah. Selain itu, untuk lebih menarik, rekakan satu lagu intonasi sendiri disamping anda mengeja. Apa sahaja lagu mengikut kreativiti anda. Sambil anda dan anak cari huruf, sambil anda nyanyikan lagu, cthnya: "C-A-T, CAT!  C-A-T, CAT!  I can spell CAT! You can spell CAT!! Kehh, Aeeh, Tehhh,  CAT, Kehh, Aeeh, Tehhh,  CAT, I love CAT, You Love CAT!! ". Ulang & ulang lagu tu sampailah semua huruf dijumpai dan jgn lupa hi-5 dengan anak anda sambil berikan puji-pujian. Terus susun huruf tersebut di satu tempat dan bila semua huruf dah dijumpai, bolehlah digabungkan dan encourage anak untuk baca perkataan tersebut. 

Siap bawak Butterfly Jigsaw takut tak cukup jigsaw Double Layer tuh..hover tau!

Macam mana nak suruh anak baca kalau anak belum pandai baca? Ok, ni kena berlakon sikit. Kalau kita tahu anak kita memang belum pandai baca, kita ASSUME yang dia tahu baca. Bila kita ASSUME dia tahu baca, our intonation of voice akan berubah betul tak? Taklah suara kita pun cam tak konfiden yang anak tak boleh baca. Hehehhe.. So, bila kita ASSUME dia boleh baca, kita terus tanya dengan selamba, intonasi relax dan cool, "Ok Kakak, kita dah susun semua nih, Kakak cepat ajar Mommy what word is that?" Dan PAUSED! Tunggu reaksi anak. Dia jawab atau tidak. Jika dia tidak jawab, ulang lagi sekali, gunakan ayat yg sedikit berbeza, cthnya, "Cepatlah Kakak, ajar Mommy, Mommy tak pandailah, ni perkataan apa nih Kakak?" Dan PAUSED lagi! Jika anak masih diam, kita jawab sendiri dengan suara yang relax dan cool serta happy, "Kakak ingat tak tadi Mommy nyanyi - C-A-T, CAT!, so, this is CAT sayang, sebut Kakak..- CAT! Ok, now, cuba kakak spell pulak. Mommy nak tengok, kakak pandai kan??" Dan PAUSED lagi. Tgk reaksi dan tindak balas anak, dia eja atau tidak. Dan jika dari awal anak memberikan kerjasama yang sebaiknya, pujilah dan hargailah anak dengan penuh rasa kasih sayang, peluklah anak, cium pipinya, tepuk belakangnya, bg hi-5 padanya dan pujilah dia dengan kata-kata penghargaan seperti, "Cayalah Kakak, Kakak ni pandai lah sayang, Mommy bangga sangat dengan Kakak tau!". 

3D Animals to put on the jigsaw puzzle..suka btol Q!

Dan, sekiranya anak anda sememangnya tahu membaca dan mengeja & anda tahu hakikat itu dr awal lagi, teruslah memuji anak & janganlah anda rasa ia tidak penting *kerana anda dah tahu memang anak tu dah pandai membaca & mengeja* lantas tidak memberikan kata-kata pujian pada mereka. Saya masih lagi teruja dan cukup suka memuji serta menggalakkan Qarissa mengeja CAT walaupun perkataan itu dia dah tahu sejak bayi lagi. :) Pujian itu PERCUMA jadi mengapa harus kedekut??? Anda bolehlah mengajak anak mengeja perkataan-perkataan mudah yang lain dengan menggunakan puzzle-puzzle ini. Mulakan dengan perkataan yang mempunyai 3 huruf seperti CAT , kemudian barulah 4 huruf seperti CAKE atau 5 huruf seperti TIGER. Jika anda hanya mempunyai salah satu jenis Jigsaw sahaja, anda bolehlah meminta anak anda mengeja perkataan-perkataan mudah yang tidak menggunakan huruf yang berulang. 

Satu lagi tips yang anda boleh amalkan, yang menyeronokkan bagi saya dan mengujakan bagi Qarissa, dah macam magic dah bila saya buat aktiviti ini dengan Q, suka betul dia, hehehe.. Bila saya aplikasikan kaedah Pattern Phonics di Little Reader ke dalam permainan ini. Siapa yang membeli Little Reader dengan GBOB pasti tahu terdapat Pattern Phonics di dalam software tersebut kan? Bg siapa yang tiada, boleh dapatkan sedikit gambaran di sini. Selepas anak mengeja perkataan CAT, minta anak keluarkan huruf C dan kemudian suruh dia masukkan huruf B dan letakkan di tempat C. Dan suruh anak baca kembali apakah perkataannya. Ia menjadi BAT. Kemudian, gantikan huruf B dengan huruf-huruf lain seperti P,CH & M dan sebagainya dan suruh anak baca atau anda baca dan suruh anak ikut kembali. Secara tidak langsung, anak akan faham yang bunyi A-T adalah AT dan bila ditukarkan perkataan hadapan, ia menjadi bunyi yang berbeza. Dr sini, anak akan belajar Phonics secara semulajadi, di mana mereka atau tahu bunyi-bunyian seperti Beh, Peh, Cheh, Mm dan sebagainya, :) Dan apabila ditukar huruf ia menjadi sesuatu objek atau perkara yang berbeza. Dalam Pattern Phonics Di Little Reader, walaupun perkataan itu tidak ada makna, ianya tidak mengapa kerana dalam Pattern Phonics, tujuannya adalah untuk mengajar bunyi. Cthnya, gantikan B dengat huruf J. Jadinya JAT. JAT itu tiada makna kan? Tetapi kita bukan ingin mengajar makna disini, tetapi mengajar yang J itu bunyinya Jeh. Watie harap anda jelas dengan penerangan ini. :) Kalau dah jelas dan faham bagaimana nak bermain dengan anak, tukarkan lah pula A-T menjadi A-D! Haaa...banyak lagi bunyi yang akan timbul. Di sinilah pentingnya sebutan anda dengan anak. Jangan BAT & BAD sama jer bunyinya tau. :) Itulah pentingnya Phonics. Kita akan sebut dengan jelas, Teh & Deh nya! :) 

Ok, another tips. Eja kan apa yang anak suka sebut. Cthnya, seperti Qarissa,  dia suka sekali melihat Water Fountain. Dari rumah sampai ke sekolah, ada sahaja water fountain yang dia tgk sepanjang jalan. Tak jemu-jemu setiap hari. Jadi, Watie nak galakkan dia mengeja, Watie ajak Qarissa eja Water Fountain sama-sama. Watie bunyikan secara Phonics, ejakan untuk Q, minta dia cari hurufnya dan Qarissa akan susun satu-satu huruf sampailah jadi perkataan penuh. Memanglah dia suka betul bila dah jadi perkataan penuh. Teruja dan fokus betul! Dan dia akan tersenyum girang sambil berkata, "Mommy, look! Water Fountain!" Hmmmm..panjang kan? Tapi bila anak dah suka, boleh jer dia eja dengan bantuan kita dan baca. Dan, Qarissa lakukannya tanpa jemu dan hampir setiap hari dia nak eja Water Fountain walaupun Watie tak suruh, Dia sendiri yang bagitahu Watie, dia nak spell Water Fountain & of course I will help her again & again..sampailah dia pandai eja sendiri..:) So, amik tahu perkataan apa yang anak anda suka sebut dan tanya dia, dia nak eja perkataan apa. Kemudian, eja sama-sama. :) Best kan?

 
Excited mengeja!


Selain dari menggunakan Alphabet Wood Jigsaw Puzzle ini, anda juga boleh gunakan Match & Spell Puzzle seperti di bawah. Ianya memang direka khas untuk anak anda mengeja dan menyelesaikan Puzzle dalam masa yang sama. Ianya di namakan Self Correcting Puzzle kerana apabila anak anda tidak memasukkan dengan betul, mereka akan menyedarinya sendiri dan segera membetulkannya. Sama seperti cara di atas, begitulah anda gunakan untuk bermain Puzzle ini. Beritahu anak apakah binatang yang sedang di cari itu. Cthnya, Bear. Eja pada anak : B-E-A-R dan minta anak gabungkan kesemuanya. Selepas siap, minta anak sebutkan hurufnya satu demi satu, *lebih baik dengan keadah Phonics, tetapi jika tidak pun, tidak mengapa, atau lakukan kedua-duanya serentak pun ok juga* dan selepas itu, minta anak membacanya - BEAR! Jangan lupa puji bila anak berjaya menyelesaikan Puzzle tersebut. Minta anak lihat gambar binatang itu dan berboraklah mengenainya. Anda akan dapat nilai tambah disitu apabila anak mengasah skill berkomunikasi mereka dengan menceritakan pada anda apa yang mereka faham melalui gambar tersebut. Lebih best lagi, jika anda anda beli contoh binatang 3D yang sama dan minta anak letakkan binatang tersebut di Puzzle yang betul! Mesti anak happy, just like my Q's! 

 
Match N Spell Animals Jigsaw
Leka, teruja..:)


Banyak lagi teknik, dan cara yang akan Watie kongsikan bersama anda semua bagaimana cara terbaik bermain dengan anak, dan bukan setakat bermain sahaja, malah lebih dari itu di Seminar ECE Watie yang akan datang, pada 17 September 2012 (Isnin) ini. Watie menjemput anda semua meluangkan masa untuk sama-sama menggali ilmu dan terus mengaplikasikannya sebaik sahaja anda pulang dan Insya Allah, anda akan menjadi orang yang baru selepas pulang dari Seminar Pendidikan Awal kanak-Kanak yang Watie kelolakan ini. Watie kongsikan sekali lagi maklumatnya, dan jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah anda hubungi watie di talian 0162033340 atau emel Watie di geniusbabyonboard@gmail.com. 

Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh: 17 September 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pg - 3 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
Alamat: Genius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 5 September 2012 (Rabu), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *
Pakej Suami Isteri: RM 350 / couple. (Jika anda mendaftar awal @ Early Bird, sila gunakan harga RM 170/pax di atas. )

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387


Watie rasa perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda idea bagaimana bermain dengan anak dengan cara yang menyeronokkan di samping memberikan mereka input yang sangat berguna. Insya Allah, kita akan berjumpa lagi di entry akan datang dan jika anda sudah mengaplikasinya teknik ini dengn anak anda, tahniah saya ucapkan dan bolehlah bagi maklum balas pada Watie apakah output yang anda dapat. Anak suka? Teruja? Seronok? Nak main lagi? Dah pandai baca? Pandai mengeja? Kongsilah di bahagian komen ini agar kita sama-sama mendapat faedahnya, Insya Allah. 

DEER!

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat pada anda dan rakan-rakan yang lain, bolehlah berkongsi dengan mereka dengan menekan butang Share di icon-icon yang ada di bahagian bawah artikel ini. :) Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya dan semoga Allah SWT mengurniakan saya ilham-ilham yang lebih baik di masa akan datang yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua. Amin..:) Jumpa lagi yer! Salam sayang!

post signature

1 comment:

Nailofar said...

thanks for the sharing..tak sabar nk main2 dgn anak2..:)