Wow, bulan April dan bulan Mei nih memang banyak betul lah aktiviti hujung minggu kan? Tak terkejar Watie dibuatnya. Sampai demam-demam ni ha! Dengan anak-anak pun tak sihat. Nak berblog pun bercinta sungguh tau! Dah semangat aku rakam suara lemak merdu lagi berkrim nih untuk Tips Stimulasi yang pertama, skali tuh lebih 10 minit, terus kena reject bila nak save project tu! Hampeh tul... sabar jer haku. Dah kena rekod balik, tapi skang tekak sakit, cakap sikit batuk, cakap sikit batuk, dah tuh camno? Tgh gigih makan ubat so leh rekod cepat2 dan share dgn anda semua. Risau jugak sebab hujung minggu nih ada kelas Playgroup, so kalau Teacher tak sihat, nanti kelas tak happening kan? Hehehehe...
Cakap pasal happening, saya happy sgt sebab dapat feedback yg sgt bagus kat Facebook tentang kelas yg diadakan minggu lepas. Ni 1st time GBOB buat kelas Level 3 ( 13- 18 months), full house & so happening!. Level 2 ( 6- 12 months) pun full house & hhappening, siap terlebih sorang sebab ada miscommunication berlaku. Hehehe..Dan memang rasa penuh sebab hampir 10 Daddy yg dtg join sama termasuk atuk dan nenek yg sangat teruja nak tgk aktiviti yg cucu mereka join nih. Saya sgt bangga dan gembira walaupun gabra jugak takut dorang tak selesa. Saya nak suruh masuk dalam Seminar Area to rest tapi nampaknya semua tak sabar nak tgk anak-anak dan cucu beraksi. Nasib baik juga meja for Art Class dah diketepikan, so memang luas ah tempat, they sit and watch happily.:) Saya tak sempat nak wat entry khas utk tuh, almaklumlah, one man show katakan, hubby takder nak tolong tangkap gambar, so memang takder gambar pun, cuma banyak gambar yg diambil oleh para peserta. Semua excited hokay! :) Penat tak yah citer ah. 2 days in a row, 3 classes on Saturday and 3 classes on Sunday, tapi bila tgk muka my lovely kids, saya terus hilang penat, lepas dah duduk sorang-sorang barulah rasa nak upah org massage satu badan! Hahahahahha....
Ok, takmo bebel banyak2 lagi.Sebab banyak informasi yang nak dikongsikan dengan anda semua, Watie compile dalam ni so that anda semua tahu apa yg berlaku @ GBOB. Takut kalau tak sempat nak wat entry lagi, so at least semua dah tahu maklumat penting @ GBOB kan. Kalau ada masa, Watie akan buat entry khas kay. :) So here it goes :)
- Jumaat (16 April 2011) - Ahad (18 April 2011), saya nak jemput anda semua ke Smart Kids @ PWTC yang menyambut ulang tahunnya yg ke 10. Pihak Brillkids Malaysia ada bukak booth di sana! Booth kami nombornya 3168. Insya Allah Watie akan ada di sana pada hari Jumaat, Untuk hari Sabtu dan Ahad, hanya selepas pukul 3 pm, baru Watie ada di sana sebab Watie ada kelas Playgroup. Mula-mula Watie ingat nak cancel kelas, tapi tak sampai hati sebab asyik cuti jer. Kesian kat my kids, hubby pun bising, katanya jgnlah asyik cuti jer, kesian budak-budak tak jumpa Teacher. So, saya pun tak jadi nak cuti, cuma kelas Playgroup pukul 2pm sahaja yg saya batalkan, itupun 90% student pukul 2 pm masuk kelas pukul 10 am dan 12 noon, so kelas pun dibuat as usual. Lepas habis kelas, saya shoot terus ke PWTC. Semoga Allah merahmati saya dan bg kekuatan ala-ala Superwoman, so saya tak penat untuk hari Sabtu dan Ahad sebab Ahad pun ada class @ 10 am & 11.30 am :) Jangan lupa cari Watie kalau dtg booth ok!
- Sabtu (23 April 2011) - The Great Cloth Diaper Change- Guiness World Book Of Records Diaper Changing Challenge. Acara ni akan diadakan dr pukul 10 pm - 1 am di Scriptory Box, tapi siangnya, dr pukul 10 am - 4 pm, ada Fund Raising Event like booth, baby photo shoot, GCDC T-Shirt & Freebies utk mereka yg datang awal. So bolehlah shopping barang-barang baby di situ nanti okeh! :) Dengar cerita acara nih di adakan di beberapa buah negara dan Malaysia adalah salah satu darinya. Mereka nak pecahkan rekod menukar Cloth Diaper secara berterusan antara negara-negara yang menyertai petandingan ini dan akan masuk World Book of Record tau. Sapa nak tau lebih lanjut pasal nih, atau maybe nak join the program, bolehlah hubungi terus Penganjur di emel gcdmalaysia@gmail.com. Untung-untung muka masuk CNN .. :)
- Ahad (24 April 2011) - 2nd Open Day @ Sara Kids di Denai Alam Recreation & Riding Club. Sahabat saya, Puan Farah Farhan akan mengadakan Rumah terbuka Untuk SaraKids buat kali kedua dan saya dijemput untuk menjadi MC @ Pengacara pada hari itu. Insya Allah, jika tiada aral melintang
pukang, saya akan berada di sana dari mula hingga akhir. Ini satu penghormatan buat saya, dan sebagai tanda sokongan untuk sahabat saya. Bangga saya dengan Farah yang kini menjadi duta Nutri 99- iaitu produk menambah susu badan ibu. Dah siap beli pun saya satu pek, tak tunggu launching pun. Hehehee..:) Jadi, kelas Playgroup Level 2 dan Level 3 akan di di bawa ke minggu seterusnya, Insya Allah. Minggu ini kita rehat ok anak-anak genius saya semua, kita ramai-ramai ke DARC tuh, banyak acara menarik sepanjang hari tau! Rugi tak datang, Siap masuk Malaysian Book Of Records summore! :) Kalau nak tengok teacher Watie membebel panjang-panjang, mehlah datang! Kekekeke.. kata dapat microphone.. memang tak dapek nak tolong ah kan .. hahahahhaa...
- Ahad (1 Mei 2011) - Seminar ECE @ GBOB pada pukul 2.30 pm - 8.00 pm. Pendaftaran dibuka sekarang dan sesiapa yang berminat untuk menghadiri Seminar ECE ini, bolehlah membuat pembayaran ke dalam akaun Genius Baby Resources samada CIMB atau MBB dan emelkan bukti pembayaran ke geniusbabyonboard@gmail.com. Hanya RM 199 untuk seorang peserta dan jika datang bersama suami, cuma RM 350 sahaja untuk satu pasangan. :) Material Seminar, makanan & minum petang akan disediakan:)
- Ahad ( 8 Mei 2011) - Wisma Bling Lustre Anniversary. Ha... ni mmg saat yang ditunggu-tunggu. So, kena rancang dengan teliti so the event akan meriah dan bewarna-warni. I need time to discuss with our parners about this event, tentatively memang tarikh nih, so any updates, apa yang akan dibuat, apa yang akan dilancarkan, definitely Watie akan inform yer ..:) Tungguuuuuuu!
- Ahad ( 15 Mei 2011) - Seminar ECE untuk pemenang Majalah PaMa @ Karangkraf dari pukul 9.30am - 3 pm. Kalau anda nak join Sessi Seminar nih, ada 6 seat kosong lagi, but u need to inform me first okeh..:) 1st Come 1st Serve ..:)
- Ahad (22 Mei 2011) - Kids Day Out @ Scriptory Box, dengan kerjasama Genius Baby On Board. Ingat tak Watie kata yang Kids Day Out pada hujung minggu ni sepatutnya diadakan? Tapi sebab ada Smart Kids punya program, Watie terpaksa tunda Kids Day Out nih, jadinya, setelah diadakan perbincangan dengan my partners, we all dah setuju nak buat Kids Day Out pada tarikh 22 Mei ini pukul 2.30 pm - 6.30 pm. Ada lebih kurang 5-6 Art & Craft yang akan dibuat oleh anak anda. Penyertaan dibuka sekarang untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun dan maksimum 20 pax sahaja untuk Sessi Kids Day Out ni. Siapa cepat dia dapat okeh! :) So, cepat2 register dengan GBOB kalau nak anak anda join this happening functions..:)
Hambek ko...banyak kan event April & Mei nih ..Penuh schedule saya. Harap semuanya berjalan lancar Insya Allah ..:) So kengkawan, siap2 block date memasing okeh! See you soooonnnnn!
No comments:
Post a Comment