Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Monday, March 11, 2013

International Montessori Forum: Special Educational Needs in Malaysia

Salam fans Genius Baby On Board, Watie ingin berkongsi maklumat yang SANGAT PENTING dengan anda semua. Mohon anda untuk bantu sebarkan maklumat ini, mungkin ia dapat membantu Ibu Bapa yang memerlukan forum terbuka seperti ini. Montessori Association Of Msia akan mengadakan International Montessori Forum selama 2 hari iaitu pada 16 & 17 Mac 2013 ini. Forum ini khas bagi membincangkan tentang "Special Educational Needs" di Malaysia. Forum 2 hari ini akan dihadiri oleh Panelist -panelist yang hebat dan pakar dan bidang masing-masing, mereka sangat berpengalaman mengendalikan anak-anak istimewa seperti Dyslexia, ADD, ADHD, Autisme, Asperger dan GDD. 


Antara panelist yang terlibat adalah: 

1. Puan Meenakshi dari India. Beliau adalah antara "Pioneer Montessorian" di India dan merupakan anak didik Dr. Maria Montessori. Sblm Dr Maria Montessori meninggal dunia, beliau pernah beberapa kali mengadakan Montessori Training di India, dan untuk pengetahuan anda, program Montessori di India sangat berjaya dan dikenali ramai. Mereka telah berjaya menggunakan kaedah Montessori dan mengaplikasikannya untuk anak istmewa dan Puan Meenakshi akan berkongsi pengalaman beliau tentang bagaimana kaedah ini dilakukan. 

2. Dr Preciosa Hails dari Filipina. Topik yang akan beliau bincangkan adalah mengenai Kaedah Montessori untuk "Special Needs Children" dan senario di Filipina. Di Malaysia ini, kaedah Montessori masih di pandang sebagai kaedah "alternatif" dalam mengajar kanak-kanak, baik yang normal, apatah lagi "special needs" sedangkan di negara jiran serta serata dunia, kaedah Montessori ini telah berjaya mengubah berjuta-juta hidup anak-anak yang tipikal mahupun anak istimewa. 

3. Forum Diskusi: "School & Parents Partnership" - Perkongsian seorang Ibu mengenai pengalaman beliau membesarkan anak istimewanya dan bagaimana kaedah Montessori yang diamalkan ini telah mengubah dan memberikan hasil positif pada keluarga beliau. Selain itu, mereka juga akan berkongsi info tentang apakah cara terbaik untuk Ibu Bapa bekerjasama dengan para Guru disekolah bagi memastikan kejayaan dan pembelajaran yang berterusan untuk anak istimewa ini. 

4. Forum Diskusi: (Play for All: Art, Music and Nature) - Bagaimana anak-anak istimewa ini akan mendapat faedah yang sangat baik dari aktiviti-aktiviti seperti Lukisan, Music dan aktiviti luar seperti Sukan dan meneroka Alam Semulajadi. 

5. Forum Diskusi: Antara Puan Sariah (Presiden Persatuan Dyslexia Msia) & Datin Hasnah yang mewakili para Ibu Bapa dan Guru di Msia dengan wakil pihak Kerajaan tentang "Special Education Needs in Malaysia". Para Ibu Bapa yang hadir juga boleh melontarkan soalan kepada pihak-pihak berkenaan secara terus tentang bagaimana Special Education Needs ini diaplikasikan di Malaysia terutama untuk anak-anak di bawah 7 tahun. Slot ini dijangka agak "panas" kerana seperti yang Ibu/Bapa @ Guru semua maklum, pendidikan awal untuk anak Istimewa di Malaysia agak terpinggir dan dijadikan kes-kes terpencil serta dipandang remeh sedangkan peningkatan kes-kes seperti Dyslexia, ADD, ADHD, Autisme, Asperger dan GDD semakin membimbangkan di Malaysia. 

6. Dr. Shaeffer iaitu Pengarah UNESCO's (Asia Pacific Regional Bureau for Education). Sedikit maklumat tentang latar belakang beliau : Dr. Shaeffer have been in Bangkok for over seven years, retiring at the end of 2008. A citizen of Canada, he was educated in history (B.A.), anthropology (M.A.) and comparative international education (Ph.D.) at Stanford University. He has taught, done research, and worked in development programmes in Southeast Asia for over 25 years - as a high school teacher in Malaysia, as an anthropologist and an education programme officer for the Ford Foundation in Indonesia, and as the regional education advisor for UNICEF in Bangkok. Sheldon was also for ten years the Director of Education and Population Programmes for the International Development Research Centre in Canada and later was a senior research fellow at the International Institute for Educational Planning (UNESCO) in Paris. Before moving back in Bangkok with UNESCO, he was head of UNICEF's global education programme in New York for three years. Dr. Shaeffer has long been interested in the revitalisation and development of indigenous, minority languages, especially in the context of their use as a language of instruction. 

Kesimpulan: Pendapat peribadi saya, bukan hanya para Ibu Bapa yang mempunyai anak istimewa sahaja WAJIB hadir, tetapi para Ibu Bapa yang mempunyai anak tipikal dan normal juga WAJIB HADIR dalam FORUM ini. Saya telah melihat begitu BANYAK SEKALI anak-anak kategori "NORMAL" yang mempunyai simptom-simptom anak istimewa seperti Dyslexia, ADD, ADHD, Autisme, Asperger dan GDD kerana KURANGNYA STIMULASI yang diberikan kepada mereka sedari kecil dan jumlahnya semakin meningkat. 

Satu perkara yang Ibu Bapa perlu tahu: Sekiranya kaedah Montesori telah berjaya mengubah hidup anak-anak istimewa ini, bayangkan sekiranya anda melakukan perkara yang sama dengan anak anda yang normal? Sudah pasti hasilnya lebih mengagumkan! Dan saya sering mengigatkan diri sendiri - ADALAH SANGAT MEMALUKAN SAYA SEBAGAI SEORANG IBU, JIKA ANAK ISTIMEWA INI BERJAYA KELUAR DARI "DUNIA" MEREKA DENGAN STIMULASI DAN KERJASAMA BERTERUSAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DAN IBU BAPA YG PRIHATIN, SEDANGKAN ANAK SAYA YANG NORMAL INI MENJADI SEOLAH-OLAH "CACAT" KERANA TIDAK CUKUP DILATIH AKIBAT SIKAP SAYA YANG KURANG PEDULI AKAN KEPERLUAN DAN HAK ANAK KECIL SAYA. 

Sesiapa yang berminat untuk hadir, baik Guru @ Ibu Bapa, boleh tinggalkan komen di bawah atau sms saya @ 016-2033340. Saya akan cuba mengumpulkan 6 orang Ibu Bapa dalam satu kumpulan untuk mendapatkan harga istimewa RM 250 seorang (harga asal RM 399 seorang). Satu lagi harga yang ditawarkan adalah RM 299, tetapi ia adalah harga untuk ahli MAM (Montessori Association Msia) sahaja. Mohon anda LIKE dan SHARE maklumat ini. Terima Kasih. :)

Program Forum

post signature

No comments: