VCD ni dalam Bahasa Melayu. Memandangkan aku takde langsung VCD Education in Malay, thats why aku beli lah jugak, boleh tambahkan perbendaharaan kata utk Qarissa. Selepas aku tgk VCD nih, aku rasa this type of VCD sesuai jika kita mainkan untuk kanak-kanak yang dah paham dan reti bercakap. Macam dalam usia 3 tahun ke atas dan sangat bagus kalau dah masuk Tadika. Ia adalah persediaan sebelum masuk Darjah 1 untuk memantapkan kemahiran grammar kanak-kanak. Its good for them, tapi kalau untuk Qarissa, aku personally rasa kurang menarik untuk age dia. Sebab, dia terlalu muda dan mentah untuk mengaplikasikan apa yang di terangkan dalam VCD tu. Its ok, aku akan simpan the VCD sampailah Q paham nanti ..hehheh..
Cerita dalam VCD ni adalah mengenai cikgu yang sedang mengajar anak muridnya berbahasa Inggeris. Cikgu tuh cakap dalam bahasa Malaysia dan selepas tuh tanya murid-murid dia apakah maksud sesuatu perkataan dalam Bhs Inggeris. Yang aku ingat, macam perkataan "comel". Cikgu dia tanya kat anak murid, maksud perkataan "comel" dalam bhs Inggeris dan kemudian anak murid dia jawab - cute. Then ada ajar pasal noun, pronouns, adjectives & banyak lagi secara interactive. Macam contoh, "big, bigger,biggest" dan perbezaan maksud setiap kata-kata tu.
Personally, aku rasa ia sangat bagus terutama untuk kanak-kanak yang penggunaan Bahasa Inggeris di rumah sangat kurang. Dengan menonton VCD ni, ia akan dapat membantu mereka menambahkan perbendaharaan kata, pandai menggunakan frasa dengan tepat dan melatih skill grammar mereka. Well, aku nih pun kengkadang grammar tunggang terbalik..wakakak..Memang ada sesetengah org tak mementingkan grammar, tapi aku pulak mmg pentingkan grammar. Kalau grammar salah, aku rasa segan sket nak tulis @ cakap. Walaupun tak perfect, aku try my best utk gunakan phrase atau ayat-ayat dengan grammar yg betul walaupun skema jer bunyinya.Hahah..janji grammar aku betul. Mungkin dalam perbualan harian, grammar tak ditekankan sangat, tapi dalam penulisan, its very important..
Cuma satu jer aku kurang gemar tentang the company yg produce VCD ni. The content of the subjects boleh dimuatkan dalam satu VCD @ DVD, tapi dia pecahkan kepada 2 VCD. Aku rasa uols pun tahu kenapa. Kenapa nak jual RM 10 untuk sekeping VCD @ DVD sedangkan kita boleh buat 2 VCD@DVD & sell at RM 15.80 betul tak..? Hmmmm... Ada sesapa nak burn ker VCD aku nih? Wakakkak....nanti KPDNHEP cari aku plak wei....!!
So, untuk ibu-bapa yang ada anak dalam lingkungan 3 tahun ke atas, memang sesuai dapatkan VCD ni di TESCO @ mana-mana kedai VCD yang berhampiran.
2 comments:
bagus ni. nanti aida nak cari.
aida memang suka dgn aneka vcd or dvd. dua2 dara aida tu memang melekat if tgk tv.
aida, kalau baya2 anak u mmg best tgk DVD nih coz dorang leh aplikasikan mender nih.. u pun leh sesama layan sambil buat simple kuiz ngan dorang ..heheh..
cuba tgk kat TESCO yang ..kena korek2 sket kalau nak complete set ..kengkdang takder .. hehehe
Post a Comment