Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, November 11, 2010

1st Playgroup @ GBOB Meriah!

Alhamdulillah, playgroup @ GBOB telah pun selamat berlangsung pada minggu lepas on Saturday & Sunday, 6 dan 7 November 2010 yang lalu. 2 sessi dilakukan iaitu untuk Stage 1 (0-6 bulan) dan Stage 4 (18 - 4 tahun). Stage 2 ( 6-12 bulan) dan Stage 3 (12-18 bulan) masih belum dilancarkan lagi tetapi pihak kami menerima banyak panggilan dan sms bertanya tentang Stage 2 dan Stage 3 ini, Insya Allah, latest by Januari pihak kami akan melancarkan Stage 2 dan Stage 3 ini. Harap bersabar yer para ibu bapa sekalian.:)

Stage 1 Class (0-6 months)

The Stimulations





Right Brain Session
Kami sungguh terharu dengan sambutan yang diterima untuk kelas Playgroup ini. Nampaknya semakin ramai ibu bapa prihatin dengan perkembangan mental dan fizikal anak masing-masing dan cuba memberikan yang terbaik pada anak mereka. Setelah seminggu penat bekerja dan jarang dapat meluangkan masa untuk anak, kelas Playgroup yang diadakan ini merupakan medan terbaik untuk para ibu bapa sama-sama berkongsi kegembiraan dan memasuki dunia anak-anak ini, menyelami dan memahami tingkah laku anak dengan lebih baik dan dalam masa yang sama, belajar sesuatu yang baru yang dapat diaplikasikan dirumah. Bukan itu sahaja, medan ini juga dapat digunakan untuk anak anda berkawan, bersosial dan belajar berkongsi serta bergaul dengan sahabat baru. Ia bukan sesuatu yang mudah terutama bagi anak sulung, tetapi dengan penyertaan secara konsisten untuk kelas ini, insya allah anak anda akan mampu menjadi lebih baik.

The Class (18 months - 4 years)
Play Area
Art Area
Me, Neeza, Khalish & Quzayra
Start the class with Al-Fatihah
Magic Ball Game
Salam with all friends through singing!

Aku rasa happy bila dapat berinteraksi dengan all this genius kids tau .. :) Masing2 ada kerenah masing2 tapi dengan bantuan Mommies2 yang datang, semuanya jadi mudah ..cuma dari segi pergaulan dan sosial, nampaklah jugak semua masih takut2 sebab pertama kali nampak orang yang dorang tak kenal kan ..:) Biasalah tuh, bila dah jadi weekly activities, mesti dorang akan suka dan tak sabar nak datang tau ..:)
The Activities

Run!!!!
Problem Solving Skills
Jigsaw Time
Bubbles Times
Parachute Time
Riding On A Parachute
Singing & Action Time!

Dan, rasanya masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki untuk kelas-kelas akan datang. tak pandai nak rate diri sendiri tapi melalui feedbback yang Mommies2 bagi, semuanya bagi komen positif - like bagus, best dan sebaginya .. :) Ada jugak Daddy-Daddy yang duduk kat seminar room sementara menunggu anak habis kelas tanya kat my hubby whether we all ni grad oversea ker? Ekekekekke... Dengan bangga aku nak bagitahu semua yer - PALING JAUH AKU PERNAH PERGI OBERSEA ADALAH SINGAPORE DAN INDONESIA! Sebab Singapore kampung aku dan Indonesia adalah shopping heaven itu pun sebab Air Asia murah. Hhahahaha....Me & hubby grad local uni (takder jerrrrr..sebab I am totally proud of it .. kan ramai orang suka guna the word "jer" after habis ayat, like "I kerja kerani jer.. i suka makan nasi jer... gaji i sebulan 10 ribu jerrrrrr") iaitu Universiti Teknologi Malaysia Skudai & hubby UITM Melaka. Tapi memang aku akui aku lari bidang sungguh. Me in Computer Science & hubby in Banking. :) I have to admit the computer science thing mmg banyak jugak bantu aku untuk memasarkan semua produk dan perniagaan yang pernah aku buat selama nih and insya allah, aku ada plan nak sambung belajar untuk amik Early Childhood Education punya Master @ Diploma. Ada yang kata bagus amik Master since i dah ada degree, kenapa nak amik Diploma pulak kan? terus sambung Master lah (tapi boleh tukar bidang atau tak, tu aku kena amik tahu jugak tuh..). Dan ada yang kata amik Diploma pun okeh dah. Tengoklah camner nanti yer .. Coursenya dan juga duitnya .. hehehe..

The Art Session- Apple Flag



Ok, korang layan dulu gambar2 yang sempat dirakamkan ketika sessi Playgroup ni yer. :) Dan, sesapa yang nak datang utk Trial session, sangat dialu-alukan untuk korang melihat sendiri bagaimana kelas ini akan dilakukan setiap minggu. Anak-anak akan join sekali dengan kawan2 yang dah enroll, so its a real class, cuma u only have to pay for that particular class RM 35 sahaja. After class, then Mommy & Daddy can decide whether to enroll the class or not. Insya Allah in my next entry, aku akan explain in detail pasal our class and all the fee okeh, sebab ada yang masih tak jelas lagi ..:)



Choo Choo Train Time!!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Welcome To GBOB Playgroup!!

1 comment:

Unknown said...

mcm kat shopping complex punya..tapi tak igt nama pe..semoga kelas u offer the lowest rate in the market supaya semua ibu bapa dapat take part dlm klas u ni..

i tingin nak bawa pegi anak i tapi since i akan attend course end of this month til mid next year so maybe lepas tu baru i boleh pegi cari u..insya allah..