Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, August 14, 2009

Dilema Flash Card - Bergambar @ Tidak?

Aku tidak pasti sama ada para ibu bapa diluar sana mengalami dilema sperti mana yang aku alami atau tidak. Dilema ini tidaklah sampai memberi tekanan pada aku as a mother a.k.a teacher during homeschooling session with Qarissa cuma sometimes ia akan bermain-main di minda & i'll try to do the best for my baby.

I believe semua ibu bapa ada membelikan anak mereka Flash Card kan? Flash Card yang bagaimana yang menjadi pilihan anda? Picture Flash Card sahaja? @ Picture + Word? @ Only Word without Picture? Mana satu anda pilih?

Pertama kali semasa aku melihat Program-program Early Education, aku teruja bila aku lihat kaedah yang di amalkan oleh otai in EE, Glenn Doman. Dalam program GD, mereka tekankan flashkan yang semata-mata Words tanpa gambar. Ada juga Flash Card begambar, tapi di asingkan. Tulisan nya juga sangat besar dan memang jelas untuk pandangan mata bayi & kanak-kanak. Cuma satu yang aku kurang gemar, kadnya sangat besar dan susah untuk kita slip one by one dengan cepat coz its too big. Aku tak beli GD punya program, aku pinjam Along aku punya GD program sebab dia beli that program. Sempat aku tunjukkan pada Qarissa few times but due to the big size of the card, aku tak continue lagi & that time, aku dah gunakan Little Reader as my software Tools to teach Qarissa to read. Aku masih sangsi keberkesanan WORD FLASH CARD ONLY to help baby to read walaupun aku tahu otak bayi sangat genius & do not underestimate what baby can do.

Aku dalam dilema kerana pada mulanya, aku rasakan penting untuk bayi melihat gambar beserta word kerana aku percaya ia dapat membuatkan bayi teruja melihat gambar yang bewarna warni itu. Secara tak langsung, bayi dapat mengenali apa yang kita sebut. Seperti contoh, BANANA berserta gambarnya. Jadi bayi tahu apa itu BANANA. Bagaimana rupa bentuk BANANA. Jadi ,masa Qarissa dalam perut, aku belikan banyak set Flash Card sebagai persediaan. Seawal usianya 3 -4 bulan, aku mula memainkan Flash Card bergambar ini. Aku juga perhatikan yang apabila Qarissa melihat Flash Card begambar seperti ini, dia lebih teruja dan leka memerhatikan setiap gambar. Bila aku memainkan Flash card dengan laju, she will keep on looking & bila aku suruh pilih kad yang betul berdasarkan apa yang aku sebut, suprisingly, she pick up the right card!!! For All!! It makes me believe that she understand what she saw in the picture.

Makin bertambah usia Qarissa, my experience & knowledge dalam early education juga semakin bertambah, hasil pergaulan dengan rakan-rakan blog yg mempunyai passion yang sama, hasil pembacaan web-web & blog-blog yang hebat & berinspirasi, aku mula bereksperimen dan mula memikirkan banyak perkara & cara bagi menjadikan sessi pembelajaran bersama Qarissa sesuatu yang menyeronokkan. Secara tiba-tiba, aku mula terfikir, betulkah teknik aku menunjukkan Flash Card Gambar berserta Word kepada Qarissa? Aku pernah cuba tunjukkan word sahaja pada dia, tapi she seems not interested. Flash card yang aku belikan untuk dia ada 2 side, di depan gambar + word, di belakang cuma word (untuk memudahkan parent baca & slip the card dengan cepat). Jadi, bila aku tunjukkan bhg belakang Flash Card tuh, Qarissa keep on looking at other places. Maybe tulisan dia kecik, jadi dia tak nampak sangat, so dia tak berminat. At that time, aku rasa oklah, i will show her the card yang dia suka tgk sahaja. The picture + word part only walaupun aku tahu, she's looking at the picture, not the word. After sometime, i start to think again.....am i doing the right thing??

I sit down & started to think like this - Katalah, aku tunjuk BANANA (yang live punya) kat dia, bila dia pandai cakap nanti, dia akan tahu tuh BANANA, dia akan sebut the word & aku akan proud on her achievement, coz i tot dia paham & tahu itu BANANA (coz she can say it what...clearly she know its BANANA!) tapi aku terpikir balik, kalau aku tulis the WORD - BANANA dalam sekeping kertas dan tunjuk pada dia, adakah dia akan sebut BANANA????? Atau dia akan diam dan buat tak tahu, coz she dont know apa yang tertulis atas paper tuh?? Thinking of this, aku dah mula risau....sebab my main intention adalah untuk Qarissa cepat membaca. Macam mana dia nak pandai baca kalau selama ni, apa yg dia tgk hanyalah GAMBAR? Aku tak nafikan kepentingan GAMBAR untuk menunjukkan sesuatu subjek @ objek, aku tahu ia juga penting tetapi bolehkan Qarissa MEMBACA bila aku hanya tunjukkan WORD pada dia?? Goshh... aku dah mula pening dan tau it's time to change my strategy. Wheter Qarissa like it or not, aku mesti berubah dan teach her "to read" by showing her the word so that dia recognize apa yg word tuh tulis. Tapi, the GD Card is too big & kat pasaran, memang TAKDE Words Only punya Flash Card. Kebanyakannya bergambar.

Lucky me, aku jumpa dengan Dr Titzer punya Program - Your Baby Can Read. Aku tau dia ada satu set DVD on how to teach our baby to read. Tapi aku tak perasan yang rupanya dia ada juga Flash Card yang bewarna-warni yang hanya tulis Word sahaja, yang penting ia kecil dan mudah di bawa travel, senang aku nak slip one by one dengan laju. Additional bonus, dia bukan Flash Card biasa, tetapi dia Lift the Flap -Flash Card. Maksudnya, aku boleh flip the card untuk tunjuk gambar di bhg dalam, siap ada words untuk explain berkenaan gambar tu lagi. For me- its Fantastic! More than i expect sebab aku cuma harap untuk dapat flash card - Word Only yang kecil sedikit supaya senang aku nak slip one by one masa tunjuk Qarissa tapi the idea of this Flip Flash Card is very brilliant! Harga nya juga tak mahal, cuma RM 29.90 sahaja. Aku beli di Jusco. Sebelum nih aku ke Jusco, aku tak pernah nampak this kind of YBCR punya produk, cuma nampak DVD dia sahaja. Thats y, bila last month aku ke Jusco dan nampak this Flash Card, aku terus ambil semua set. Untuk Lift The Flap Cards, dia ada 2 set, aku tak sempat ambil gambar set pertama sebab aku simpan kat Living Room, senang aku tak payah terkejar-kejar nak amik salah satu bila buat Reading Time with Q. Set 1 guna masa kat bawah during day time, Set 2 guna masa kat atas, during bed time, atau morning time lepas Qarissa bangun tidur.

YBCR Lift -The Flap Cards- Set 2. Cuma Rm 29.90 sahaja. Brilliant invention!
Antara words yang ada dalam Set 2 ini.
The internal part when we flap the card.

Satu lagi yang buat aku suka this program, kebanyakan Words yang di pilih untuk ditunjukkan kepada bayi adalah Words yang mudah untuk kita uji sama ada anak kita faham atau tidak the words. Kalau korang perasan, kebanyakan Flash Card di luar sana, banyak yang ikut kategori, macam Fruits, Transportation, Occupation dan sebagainya. Bukan tak bagus, even i have all the sets, cuma maksud aku, susah kita nak uji anak kita (walaupun baby hates to be tested, but we as parents nak jugak test our luck kan ..ehheeh) samada dia tau atau tidak apa yang dia baca coz they cannot speak yet. Dalam Set YBCR ni, ia bercampur-campur, tak stick pada satu kategori sahaja. Dan words yang dipilih, memudahkan kita nak tahu sama ada anak kita faham atau tidak, coz they can do the action or show the part of their body. macam contoh, dalam set ni, dia ada perkataan "kick", "kicking","smile", "smiling", "arms up","head","shoulder","clap","clapping" dan banyak lagi. All these words, anak kita boleh tunjuk pada kita yang dia faham apa yg tertulis di kad tuh dengan menunjukkan aksinya.

Let me be frank to uols. Masa mula-mula aku beli this set, aku tunjukkan Qarissa everyday. Few session dengan sangat laju, ia cuma mengambil masa 10 saat sahaja per session. Dalam set nih, ada 30 kad, aku pecahkan pada 3 set, aku cuma tunjuk 10 card sahaja at 1 time, a very fast one, aku slip laju-laju, within 10 second, dah habis dan aku terus simpan!! Well, terus terang cakap, i really have no idea whether it can really work on her or not!! Aku just buat dan tawakal yang this teknik akan beri kesan pada dia. Mula-mula memang dia cam tak berapa interested, sebab cuma ada tulisan sahaja. Walaupun ada warna, tapi no pictures. But i do it everyday. Let her focus, and slip laju-laju. Dia takder masa nak pandang tempat lain coz its only 10 seconds! Lama-lama, aku tgk dia start minat to look at the words. Aku dah mula happy & tahu its gonna work fine. Aku siap bawak the set ke Bandung masa we all cuti. As i said, its a play time for her! Not study time... :)

And, this is the best part. My baby dah start to understand the word when i showed her!! Last 2 days, aku HANYA TUNJUK THE WORDS PADA Q TANPA BERKATA APA-APA! The word is "arms up". And guess what??? She did the action!!!!Just imagine apa yang aku rasa bila tgk Qarissa do such action??? Barulah aku paham how proud a mother will be bila anak dia boleh membaca dalam erti kata sebenar! Aku sengaja tak keluarkan suara masa tunjuk the card sebab tak mahu Qarissa "dengar" the word dari mulut aku. Selama nih, setiap kali dia dengar aku sebut all these words, memang dia akan buat action tuh, walaupun takder flash card depan dia. So, aku nak test sama ada dia paham tak apa yang dia baca tu if aku tak cakap apa-apa. Alhamdulillah, nampaknya dia memang paham. She did the action when i showed her the word "kicking" (siap sebut kick, maybe ter 'accident' kot,ahhahaha..), "clap","wave", "eat" (yang ni pun dia sebut the word sambil buat action). Bila aku tunjuk the word "tongue", dia tak buat apa-apa, action tapi bila aku flip the card & show her the picture without saying anything also, she will start to play with her tounge. Ini juga membuktikan pada aku yang gambar juga penting untuk menerangkan sesuatu maksud pada my baby. Dan agak lawak bila aku tunjuk word "elephant" & she did the "ghroar" sound.. Hahahaha. Memang lately dia suka buat suara kasar dr tekak tuh sampai batuk-batuk, aku cukup marah bila di wat sebab nanti dia sakit tekak, tapi bila aku tunjuk that words dan dia buat that sound, i was so suprised & happy at the same time. Ooo...all this while the sound is for elephant ker sayang ...hahahaha... lawak ah anak Mummy nih.. hehehe..

Now, i believe memang betul baby can read! Tak sesia aku buat the session daily walaupun aku ragu-ragu pada mulanya whether the "1 second per card session" will work or not. Since its proven, kat sini, aku menyeru pada ibu bapa semua, use the precious 10 seconds to teach your baby to read. Walaupun korang kerja, but it really can be done. 10 saat je beb, memang korang ada masa tuh. U can really do it! Believe me! Lepas korang siap-siap mekap pagi-pagi hari tuh, just take 10 second untuk tunjuk the flash card dan terus simpan after dah tunjuk kat your baby! So easy & simple!

Ops, lupa pulak nak bgtau, YBCR ada satu lagi set Flash Card yg dinamakan - Double Sided Word Cards. Ianya ada 2 set, lebih keras, ada 2 bhg, depan dan belakang, warna warni dan terdiri dari campuran satu perkataan dan beberapa patah perkataan. This one aku suggest guna bila ur baby dah faham few words, so we can start to teach her few words that join together. Hari ni baru aku start guna untuk tunjuk Qarissa. Masih dalam sessi penyesuaian lagi, heheheh. Harga dia untuk satu set is RM 39.90, mahal sikit dr Flip Card tu but its worth it. Ada lagi set YBCR tapi aku belum berkesempatan nak beli. Insya Allah, pelan-pelan aku completekan set tu. Sekarang dalam proses nak beli DVD YBCR , asyik takder masa nak ke Jusco.Hari tuh pergi Jusco Bkt Raja, takder jual plak, kena gi Jusco yang besar baru ada aku rasa...:)

Set 1 - Double Sided Word Card yang beharga RM 39.90
Set 2 - Double Sided Word Card. Juga RM 39.90
Sample of the words dalam set ini.
Just imagine how happy I am kalau I show this card & Qarissa did the action? Hheheh.. Tak sabar tunggu saat tu.

Kesimpulannya, aku merasakan kedua-dua teknik Flash card - Words Only + Words & Picture memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu Qarissa membaca, tetapi buat masa ini, my priority adalah Words Only. Sebabnya mudah, I want Qarissa to read faster. Kalau gambar, aku boleh cakap & tunjuk terus during our "Shopping While Learning Session" dan bila dia dah pandai bercakap nanti, it will be easier for her. But "reading a book" is very important & crucial step. Sebab tuh aku kena sediakan asas yang kukuh utk my baby. I dont want to wait until tadika baru dia pandai baca. Lambat ah ..buku aku berlambak kat umah, nak tunggu lagi 5 tahun baru dia pandai baca, alamak..letih ah ... hahahaha...

Kay friend, sampai sini dulu my thoughts yang i nak share ngan korang semua. See u in my next entry okay..tetiba rasa takder mood nak sambung bebelan sebab baru dapat call from my best friend, bgtau yg dia misscarriage. So sad... Terus hilang mood aku nak sambung bebel sebagai penutup bicara. Hu hu... c ya ...


*feel free to contact me, Watie @016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Me,

25 comments:

defina said...

Yang,
Betul ape yang ko kate tu, semua penting tapi word tu akan lebih membantu baby membaca.

Aku mmg dalam kepala ni asyik duk teringat nak buat entri YBCR tapi sampai ke sudahnye tak karang2 lagi. kene cari masa sket...

yaya said...

yg aku borak dgn ko over the phone tu pasal cd your baby can read jek la yg aku jumpa, yg flash card ni tak tau plak. anyway thanks babe!

Watie Aziz said...

Naimah, ha lah yang ..aku tunggu gak entry YBCR ko, aku nak tgk set penuh dia camner ...

cepat buat yang .. kat sini susah nak jumpa one set complete...semua beli satu2 ..tapi aku rasa kalau combine pun harga lebih kurang sama kot..

Watie Aziz said...

yaya, if ko jumpa DVD dia, memang betul lah yang ..tak silap aku ada 4 @ 5 kot DVD dia..ingat2 lupa aku ..sampai skang tak sempat lagik nak ke Jusco Sunway .. hu hu..

ur most welcome dear ..:)

Rozy said...

Watie,
Rozy xbaper paham laa.. so bila watie tunjuk Q word kick, means you pronounce the word while doing the action?

Farah said...

watie thanks for sharing..aku pon dok ragu2..boleh ke bg flash card tanpa gambar..setakat ni semua flash card yg aku download ade gamba la..maybe i shud try buy flash card yg ko rekomen ni lgpon tak mahal sgt kan

Watie Aziz said...

Rozy, nope, at 1st, watie just tunjuk the flash card laju-laju jer sambil sebut the word without the action. watie tak bukak pun bhg gambar. then sometimes baru watie tunjuk the inside of the picture.


then, baru2 nih, watie just tunjuk kad yg ada tulis word kick tuh tapi tak cakap apa2 pun kat Q,just show her and she will do the action. as usual lah, datang ghairah dia hover btol dia buat. datang dia punya kerek, dia wat bodo jer...wakakaka..

but LR really help me a lot coz ada bhg multisensory dalam tuh, leepas keluar ayat kick cthnya, ada video gambar org kick, so Q tau how kick look like. tapi watie nak uji dia tau tak the word KICK bila watie tunjuk perkataan tuh. thats y watie tak sebut apa2 sebab kalau watie sebut perkataan tuh, dia memang tau dah the action, watie nak dia baca sendiri the card dan buat action tuh, baru watie tau yg dia memang leh baca ...:)

mamahanees said...

Watie, saya pun ada beli DVD YBCR. Saya beli satu set kat parkson. Lupa lak berapa sbb dah lama beli. Mmg Hanees suka sgt tgk dvd tu. Flip card dia pun bagus. Saper2 yg nak tahu siapa pengedar set YBCR leh masuk website dia. Dia ada list down sumer pengedar kat malaysia ni.Time saya beli dulu, siap suh parkson reserve utk sy lagik hehe sbb takut habis.

Tentang jenis2 flash card tu, pendapat saya....dua2 penting i-e. yg gambar sahaja (tulisan kat belakang utk guide parents), dan yg ada words sahaja atau yg boleh flip mcm siri YBCR tu. Saya x prefer guna yg ada dua2 gambar dan perkataan sbb bg saya kurang berkesan. Bukan senang nak mintak dia fokus kat dua2. Lgpun tgk kat gambar lg menarik kan...

Tentang size pulak, saya prefer giant size. Saya suka sgt flash cards yg size besar + real picture. Saya x prefer yg gambar kartun. Bagi saya, x susah nak flip cepat2 walaupun besar. Tp bila flip, kena letak kat tepi la. Kalau nak letak kat belakang, mmg susah. Saya dulu, hari2 tunjuk flash card bergambar tu......cukup sebulan baru saya test dia. Alhamdulillah....mmg surprise bila dia dapat tunjuk30 kad dgn betul. 4 jer salah. Time tu umur dia setahun. Bila umur dia 2 tahun dia pulak yg flip kad tu kat mama dia....cam cikgu hehe

Mmg seronok buat eksperiment kat baby :-)

Nak tanya, software little reader tu dlm bentuk flash card gak ke? berapa ya watie beli?

Hanz Jamaludin said...

Watie, thanks for sharing this..me memang kurang arif on flash card, baru nak ushar2 for hambali..me pun always hesitate between either both word & pics or words only or pics only..

Your baby can read ni me jumpa cd jer..susah jugak nak cari flash card dia..kena gigih cari ni..if x jumpa nanti i kolin2 u boleh,yer?

m-i-o said...

i bought the YBCR DVD @ mybbstore.com - sekarang tengah ada diskaun. so instead of paying RM119/++, you can get it at RM107/++ (kalo tak silap). yg tu utk complete DVD boxset. kalo nk beli separately pun ada dijual jgk.

selain drpd flipcard, ada YBCR books - jenis boleh flip jgk. depan ada words, then bila flip kat belakang ada gambar & explanation. YBCR books yg dijual kt mybbstore.com ada 2 jenis, satu Your Baby Can Read (yg boleh digunakan bersekali dengan YBCR DVD) dan satu lagi Your Baby Can Learn yg ajar Shapes, Colors, Prepositions, dll.

tentang kemusykilan watie berkenaan pemilihan flashcard tu - i think you don't need to worry.

cthnya, banana. first, you show her the word. then you can show her the picture. after a while you can show her the real banana. and you don't have to teach her in sequence. start mana2 dulu pun bleh. cthnya, mungkin bleh tunjuk real banana dulu. atau start dengan picture of banana dulu. apa yg penting, you can integrate all of them - the word, the picture and the real thing altogether. but of course, all these need time. start early, but don't accelerate.

yays said...

ko nih memang rajin la mama Q.
why dont buat bengkel.. informal punye for the starter pon cun.

aku teringin nak pergi course2 cenggitu, tapi takmo la belajar hardtime punye. mama2 belajar sama baby sama happy2 together gitu.

aku willing jer nak bayar kalau ada seminar cenggitu. apatah lagi pengajarnye fun cam ko ni ha..

p/s.. setiap kali aku membaca blog ko, aku terbayang2 ko nih macam penyanyi elyana main tarik tali gituh. :D

ummu_abdullah said...

mummy Q, respect!

Memang rajin... erm, niway, watie memang speaking dengan Q ke? So bila tunjuk perkataan tu Q memang tahu to do action sebab selalu cakap dengan dia?

Kalau kita x speakangg dengan anak, pastu flash eng words, camne plak tu ek?

alamaya said...

suka info kat sini..best best..anak saya sekarang 17 bulan..ni baru nak start flash card dengan dier...pun confusing gak..

linda said said...

Hi Wati, how r you? lama tak jumpa di Gymboree. I'm Aariz's mom (classmate Qarissa)..Masih ke Gymboree lagi ke? We have stoped for a while due to the H1N1...loved your blog..will try the YBCR on Aariz too...just selalu tak sempat!!!take care dear..

Watie Aziz said...

Farah, aah, betul yang, banyak flashcard yg bergambar skang.susah nak jumpa yang word shj. setakat nih, yang aku jumpa cuma GD & YBCR jer. sebab tuh aku beli YBCR coz boleh beli separte, harga pun affordable. kalau GD kena beli satu set, tapi tu lah, tulisan dia besar sgt, susah nak slip. kakak aku dah beli GD, jadi aku pinjam jer ..ehehhee

Watie Aziz said...

Mamahanees, mintak maaf sgt lambat betul watie reply all komen kali nih, watie tak sihat sgt lately,lama tak dapat blogging, hu hu...

seronok i baca ur comment pasal ur baby like the flash card. now dah besar, dia plak nak ngajaor maknya ..hehehe..just like my anak buah, dia suka jadi cikgu duk ajar adik2 dia plak.. hehehe..cute kan?

i pun tak suka flash card gambar kartun but sometimes, susah nak elak sebab package yang ada is more to cartoon cam occupation & transportation flash card yg i ada tuh. Hhehe.. but so far, gambarnya jelas & Q pun tahu bezakan, so its fine with me.

tentang size, i suka yg besar & jelas but bukanlah terlalu besar sampai susah i nak flip laju-laju. i jarang letak tepi the flash card, i selalu flip ke belakang, kalau letak tepi nanti Q sibuk nak ambik & takut fokus dia terganggu plak.:)

i pun rasa memang both penting dan i mmg amalkan kedua-duanya but now more to words, then after 1 session, i akan flip the card utk tunjuk gambar..:)

yang LR tuh, ia ada lah software, something like flash card but multisensory, the best part is kita leh create our own material yg bersesuaian dengan anak kita, bukan hanya flash card, tapi cam video @ any program yang sesuai, kita leh amsuk dalam the software.. :) i beli masa tuh harga dia belum naik like now.. skang tak silap i around 500-720 USD kot.. lebih kurang dengan set2 education yg ada kat Malaysia...but very worth it lah the software ..:)

Watie Aziz said...

Hanza, ur welcome dear ..:) no problem, i suggest u beli kat Jusco, tapi kena carik Jusco yang besar like Sunway Pyramid. kat Jusco tuh. u kena pergi kat seksyen kanak-kanak, sebelah barang2 baby cam botol air, sippy cup tuh semua... mmg ada tempat khas untuk this kind of program. :) kalau kat Jusco kecik, jarang ada.

Watie Aziz said...

mi-o, tq so much for ur explaination dear ..really appreciate it..now i tak worry dah ..coz i have all set yang diperlukan..i mean material yg berbeza2 yg dapat bantu i masa buat homeschool ngan Qarissa nih..hehehe..

i pun dah daatkan DVD YBCR tuh (sayangnya dia takder Repeat Play macam Baby Brainy @ Baby Einstein, so leceh nak kena tekan2 utk repeat balik..heheh) ..i beli cuma RM 90 jer masa Parenthood Expo kat Mid Valley baru2 nih... :) puas hati i ..hehehee

Watie Aziz said...

yays, ahhahaha.. ko wat aku gelak sorang2 lah malam2 buat nih ...tq so much for ur comment dear ...:)

wah ..ramai jugak yg mintak aku suh buat talk on early education nih .. hehehe.. insya allah, kena siapkan material dulu, nak carik tempat kat mana, dan few other things, pelan2 kayuh, insya allah 1 day kalau ada rezkei, aku akan buat kot.. sebab mmg banyak permintaan jugak dr young parents nih ...:)

aku pun rasa bangga sebab i can really see that parents sekarang ni more alert on child early development tau .. so i know, i'm not alone .. thats the best part!! hehehe...

Watie Aziz said...

Hi Ummu-Abdullah, tq so much for ur comment dear ..:)

i cakap english & Malay dengan Qarissa, i tak risau dia paham ker tak sebab i yakin baby memang genius.. they are all linguistik genius! hehehe.. u ajarlah bahasa apa pun, memang baby boleh paham.. how i wish i pandai mandarin so that i can teach her also.. hu hu ..but now, i cuma pakai DVD Mandarin sahaja untuk bg dia dengar & tengok...:)

ummu abdullah tak yah risau, kalau flash card English, just cakap english dengan dia during the session, if u tgk dia happy & have fun, maybe u leh translate ke BM pulak, i pun sometime buat gitu, but not on all flash card lah .. :)

i suggestkan u cakap english juga dengan baby @ home, selain kita dapat improve our English, kita juga bantu anak kita untuk berhadapan dengan cabaran akan datang whereby kita tau the english Languange is very important utk dia. kalau kita dah create the environment @ home sejak kecil, later on memang senang hidup our baby. :) & our live too..hehehe ..

its ok kalau mula2, English kita tunggang langgang, tapi dari situlah kita belajar banyak perkara baru kan?

Watie Aziz said...

alamaya, tq so much dear ..happy to hear that! .. wah ..kalau 1 tahun 6 bulan tuh dah kira pandai tuh ..dah start becok2 kan ..iskk..tak sabar i nak tunggu Q setahun setengah .. hehehe

Watie Aziz said...

alamaya, tq so much dear ..happy to hear that! .. wah ..kalau 1 tahun 6 bulan tuh dah kira pandai tuh ..dah start becok2 kan ..iskk..tak sabar i nak tunggu Q setahun setengah .. hehehe

Watie Aziz said...

Hi Linda, how are u dear? Lama kita tak jumpa kan? i pun dah lama tak pergi Gymboree sebab H1N1 punya kes... baru2 nih jer i start balik..

tapi i risau sebab Q ada lagi 20 kelas sampai Nov, memang cam tak sempat habiskan ..adui..cam rugi jer i rasa .. i nak pulun gak lah kelas dia ...hehehee...try to go on daily basis kot ..wakakkaa... habis minyak keta aku!!

Unknown said...

i pomot ur blog in mine :) tq for helpful article

Watie Aziz said...

hi Adlina, tq so much dear..:) nanti i pun link kan ur blog to mine kay ..:)

its my pleasure to share some gud info with all parents out there ..:)