Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, May 5, 2011

Updates: 1st Year Anniversary & FAMEKids Launching Ahad Ini.



Saya mencuri-curi masa anak tidur untuk updates sedikit mengenai majlis besar yang akan kami adakan hujung minggu ini. Selagi tak habis, tak tenang saya rasa. Risau kalau ada yang tak cukup, terkurang, tak puas hati dan sebagainya. Sampai saya terpaksa (yer ..memang terpaksa...pity anak muridku yg genius!) batalkan kelas Level 4 saya hari Sabtu ini semata-mata untuk pastikan  majlis di hari Ahad berjalan lancar. Almaklumlah, kalau kira-kira, ada 4 celebration yang akan dibuat - 1st Year Anniversary, FAMEKids Launching, Birthday Combo Zayra, Aisy & Airy serta Mothers Day Celebration! Hambek ko! Semput dibuatnya. Memang tak cukup kaki tangan rasanya nak bergerak nih ha. Saya nak pastikan para  ibu bapa FAMEKids a.k.a our VIP's for that day rasa selesa dan gembira datang ke Majlis kami. Ni kiranya 1st time juga saya akan bertemu mereka dan anak-anak yang bukan sahaja genius tapi comel sungguh! Tak sabar rasanya menantikan detik pertemuan ini(Janganlah ko emo lebih sampai nangis Watie oii.. adoiii... pelik lah saya nih skang, kalau pasal baby & kanak-kanak atau ibu-ibu kan ..saya senang nak mengalir air mata tau .. tak yah nak paksa-paksa, baca entry Ben Ashaari pasal FAMEKids pun dah meleleh dah .. apa sajaaaaaa si Watie nih kan? ) Wakakakaka... 

Letih? Pergh..memang letih, di saat tiada helper dan hanya saya & suami yang saling membantu antara satu sama lain mengemas opis dan rumah, memang mencabar. Tak pernah-pernah htr baju dobi, dah hantar pun! Tak larat dah nak terkejar2 dengan anak dan rumah dan pejabat, macam nomad pun ada! Hhehehe.. Insya Allah, ada rezeki, dapatlah maid pasni ..:) So, apa saya nak update pada GBOB fan yer? 

Majlis akan dimulakan pukul 11 am- 4 pm, rasanya semua dah tau kan. :) Very santai, datang makan, sambil shopping-mopping di booth2 yang ada , ada 12 booth semuanya .. :) dan bergembira bersama CLOWN yang akan datang around 1 pm - 3.30 pm. Dalam pukul 12.30, celebriti jemputan & para wartawan serta media akan hadir dan selepas makan, mereka akan naik ke GBOB untuk bertemu para ibu dan anak-anak FAMEKids untuk sessi chit -chat dan ramah mesra. Selepas itu, mereka semua akan turun ke Scriptory Box untuk sessi perasmian FAMEKids- potong riben dan kek. Selepas sessi pemberian cenderahati dilakukan, semua akan turun ke bawah dan melawat booth-booth yang ada. Pejabat GBOB dan Scriptory Box akan ditutup dari pagi hingga pukul 2.30 pm, hanya AJK dan para ibu bapa FAMEKids sahaja yang dibenarkan untuk naik ke atas. Ini bagi memastikan mereka selesa anak-beranak di tempat yang disediakan khas untuk mereka. Nama pun VIP kami kan? Haruslah layan seperti VIP yer dak? :) 

Selepas artis dan celebriti berangkat pulang (atau mungkin masih ada bersantai-santai di majlis ini..), pada anggaran pukul 2.20 pm, Majlis Sambutan Hari Lahir Quzayra, Aisy & Airy akan dilakukan bersama Uncle Beyond, our Clown for the day. Bukan itu sahaja, ada games dan banyak hadiah untuk dimenangi anak-anak semua. Kalau sempat dan tak bz, Insya Allah Teacher Watie try to do few games utk semua kanak-kanak turut serta, kaalau tak sempat, nampaknya Uncle Beyond sorang jer lah turun padang yer. :)  

Siapa celebriti, artis @ media yang datang? Alhamdulillah, setelah berusaha mendapatkan few celebrities dan artis serta model untuk datang ke Majlis Pelancaran FAMEKids ini, inilah antara-antara wajah-wajah yang akan turut serta menjayakan Majlis ini. Sangat berterima kasih pada mereka kerana secara peribadi telah pun mengesahkan kehadiran ke Majlis ini dengan Watie. Harap tiada aral melintang pada hari tersebut yang mungkin akan menyebabkan mereka tidak hadir di saat akhir. Harap-harap semua dapat hadir. :) Ada juga few artis macam Salina Saibi, Irma Hasmie dan Fahrin Ahmad yang Watie hubungi untuk menjemput mereka datang tapi mereka tidak dapat mengesahkan kehadiran buat masa ini kerana nak cek jadual dulu. Kata mereka, jika di hari tersebut, tiada shooting, Insya Allah mereka akan sampai. Dan, yang memang tak dapat hadir kerana komitmen tugas seperti Pak Nil, Erra, Wardina, David Teo, Kak Engku & Isma AF (yang baru saja keguguran anak ke 6), Insya Allah, kalau ada rezeki, mungkin lain kali kita boleh berjumpa mereka. :) 

Farrah Deeba - Pengacara Nasi Lemak Kopi O & Pemilik Butik Pakaian Muslimah Najjah

Najlah Ishak - mantan Pengacara Wanita Hari Ini  (gambar ihsan FB Kak Najlah)

Nawar Anisah - pemenang Anugerah Aura Seri Dian - NUR , Semi Finalist- Gadis Jelita (Majalah Jelita), tempat kedua Pesona De Wajah Harmoni (Majalah Harmoni), tempat ketiga, Wanita Pilihan Berita Harian, Mantan Model Tudung Fareeda & yang terkini Duta Tudung Hajra keluaran terbaru JAKEL. (gambar ihsan kalerkita)
Jack Dzull - Penyanyi 80-an yang kini kembali mewarnai industri seni tanahair selepas merantau menimba pengalaman di Indonesia. Insya Allah, Abang Jack akan buat persembahan untuk menghiburkan kita semua pada hari tersebut. :) Thanks a lot Abang Jack & Kak Afiza. 

Hasnida Hanim (gambar ihsan FB Hasnida). Kalau majlis di pagi harinya cepat habis, Insya Alllah Hasnida juga akan menyertai kita bersama rakan-rakan personaliti  TV3 beliau. 

Dan, kelmarin Watie dapat panggilan dari pihak RTM melalui Rancangan Chiki Boom di mana mereka akan membawa kelima-lima Pengacara nya iaitu Kak Rara, Kristal, Mamat, Fiqah & Izaac ke Majlis ini untuk memeriahkan suasana selain membuat rakaman untuk slot Chiki Boom itu nanti. Terima Kasih khas Watie tujukan pada Produsernya Farah Syahnaz kerana sudi bertandang ke Majlis ini & buat coverage berkenaan dengan FAMEKids, semoga makin ramai para ibu bapa yang tahu akan kewujudan FAMEkids ini nanti Insya Allah ..:) Begitu juga dengan pihak akhbar Harian Metro yang akan datang membuat liputan tentang Pelancaran ini nanti. :) Kami ada juga memanggil media-media cetak yang lain serta para blogger yang berpengaruh untuk turut sama hadir dan memberikan sokongan dan lebih penting lagi, mewarwarkan tentang kewujudan FAMEKids ini di akhbar, majalah dan blog mereka, Insya Allah, mungkin ada yang akan hadir. :) 

Chiki Boom @ RTM. 

Begitulah serba sedikit updates berkenaan dengan majlis hujung minggu ini. Dan di sini juga Watie nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi menaja Majlis ini seperti PAG- Percetakan Alaf Gemilang yang menaja Backdrop dan Banner pada hari tersebut, Lensa Gua yang Jurugambar Rasmi pada hari tersebut dan CupcakeCaR yang menaja kek Anniversary & FAMEKids.Tidak lupa juga kepada penaja-penaja hadiah & souvenier pack kepada para artis, wartawan dan kanak-kanak pada hari tersebut. Watie belum dapat the whole list lagi. Insya Allah, bila barang dah sampai ke tangan, dah tahu nama syarikat @ orang perseorangan yang menaja, Watie akan update senarai yang ada. Apa pun, kami sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang bertungkus lumus memastikan acara pada hari Ahad ini berjalan lancar, kawan-kawan doakan semuanya smooth ok. Mode berdebar ni ..:) 

Sampai sini dulu my updates. Lots of things to finalise, so memang mengejar masa. :) Cant wait to meet uols this Sunday. Siapa yang belum register @ RSVP untuk dtg majlis ini, boleh register kat sini ok.



Jumpa anda hari Ahad ini! :) Temanya biru + pink okeh!. Saya attach sekali brochure untuk tatapan anda semua. 


post signature
post signature

No comments: