But Alhamdulillah, finally I managed to upload the video untuk tatapan semua, at least parents boleh nampak sedikit sebanyak apa produk dan servis yang kami tawarkan di GBOB. Bila saya tengok semula video ini, rasa terharu pula, dah besar dan bijak dah anak2 saya tu suma sekarang tau. Masa rakaman ni dibuat, dalam Januari 2011, GBOB baru beroperasi dalam 3 bulan, kira baru sangat lah usianya tu. Walaupun sekarang masih dalam tahun 2011, tapi saya nampak perkembangan yang sangat2 positif dalam diri mereka. Kalau anda rasakan semua kanak-kanak dalam video ini comel, bijak dan pandai berinteraksi, ehehhehe.. bolehlah bayangkan keadaan mereka selepas hampir 10 bulan mereka join the Playgroup. :) Tu lah sebab teacher Watie makin hari makin kurus you! Tak yah gi Fitness First, Slim World semua tu, anak-anak Teacher tiap2 minggu dah buatkan Teacher Watie ni berpeluh2 dan sihat + kurus. Ekekekeke...
Cuba teka saya rembat gambar ni dari blog siapa? Eekkeke.. Ni masa majlis Hari Raya Playgroup baru2 nih @ GBOB
Ok, takmo bebel panjang2 lah yerk, meh kita imbas kembali Program IKS @ TV1 ni. Rasanya ramai parents kat luar sana masih belum berkesempatan untuk tengok Playgroup @ GBOB di Rancangan IKS ketika ia di ke udarakan awal tahun lalu. So, bolehlah jamu mata, tunjuk kat anak dan tanya dorang nak join kelas Teacher watie tak? Eekkekek.. :) Sebelum Watie terlupa, kelas Level 1, Level 2, Level 3 dan Level 4 akan dijalankan seperti biasa, dan sekiranya anda ingin menghadiri sessi Trial Playgroup @ GBOB untuk mana-mana Level, anda boleh hubungi Watie to make the appointment kay! Lately kelas selalu penuh especially level 3 & 4, so it will be based on First Come First Serve. :) Level 1(0-6 bulan) dan Level 2 (6-12 bulan) yang kurang, student Level 2 dah banyak naik ke Level 3, so Level 2 kurang sikit studentnya, sapa yg nak join sekarang memang ada slot kosong.
Level 1 memang kurang dapat sambutan dan personally Watie rasa sedih juga sebab Level 1 tu lah yang paling penting dan orang kata asas untuk perkembangan otak bayi. Maybe banyak parents rasa tak perlu untuk join sebab anak kecil lagi, apa dia leh buat kalau join umur 3 bulan (lepas pantang tu kan)..macam tak masuk dek akal jer yerk..:) bukannya leh merangkak pun..heheh..tapi, kalau dorang nak tahu, kelas2 macam ni di oversea tu paling penuh memang Level 1 ni lah, sebab as I always said, the ECE di luar negara lebih advance & most mother tahu kepentingannya. Di Malaysia ni nampaknya ECE semakin berkembang maju walaupun tak semaju di oversea tu. Dulu kalau anak masuk tadika umur 6 tahun, pastu 5 tahun, sekarang dah ada yg masuk seawal 4 tahun, malah ada juga parents yang sanggup cari Taska @ Early Development Centre yang tawarkan program untuk anak-anak semuda 2 tahun. Program-program di bawah 2 tahun, terutamanya untuk bayi seawal 0-6 bulan ni memang agak sukar kita nak jumpa. Mungkin sebab permintaan kurang, sebab tu Pengusaha tak buat this kind of Program. Kalau ada pun, agak mahal Programnya, dan selalunya kaum kita adalah kaum-kaum yang jarang-jarang ada dalam program tu. Selalu expat & Chinese. Maaf kalau terasa, tapi itu realitinya, jadi jangan pelik jika bayi orang lain lebih bijak @ smart dr bayi kita kalau kita sendiri tidak berusaha memberikan yang terbaik untuk anak sedari bayi. (survey-survey kelas yang ada di tempat anda, cari info, cari bahan pembelajaran utk bayi dan sebagainya sepertimana yang ibu bapa lain buat.) Dan Watie rasa menjadi tanggungjawab watie untuk beritahu pada parents hakikat dan senario ini supaya anda sedar STIMULASI BERMULA SEJAK HARI PERTAMA ANAK ANDA MELIHAT DUNIA! It's TRUE..very TRUE.. :)
Kenangan terindah dalam hidup saya selaku ibu dan guru. :) Terima kasih IKS, Terima kasih Aisyah. Terima kasih TV1. I Heart Uols!
No comments:
Post a Comment