Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, October 26, 2011

Aktiviti @ Stimulasi Atas Katil Ketika Bercuti!

Hari nih, Wati nak kongsikan satu video yang merupakan salah satu aktiviti yang sering Watie lakukan dengan anak-anak tidak kira di mana kami berada. :) Pada Watie, ia adalah satu aktiviti @ stimulasi yang menyeronokkan bukan sahaja untuk kita tapi juga untuk anak. :) Dan tak susah pun sebenarnya. Especially kalau uols suma suka gi karoke! Bila gi karoke, mesti suka menyanyi kan?  Maknanya pandailah nyanyi kan? Hehehe.. Apa kata uols gunakan suara merdu anugerah Allah SWT tu untuk menghiburkan hati anak, mengajar mereka dengan cara yang paling senang, mudah dan menggembirakan. Banyak pahala tuh! Heheehhe.. :) 

Watie dapati isu sebenar kebanyakan para ibu bapa bukanlah "tak pandai nyanyi", sebenarnya suma pandai nyanyi, tapi tak tahu nak nyanyi lagu apa kan? Hehehe..Kalau lagu sendu, lagu rock atau lagu cinta mungkin taulah, dah selalu dengar kat radio setiap kali nak pergi atau balik kerja, so automatik dah terhafal. Tapi lagu kanak-kanak? Nursery Rhyme? Nasyid anak2? Hmmm.. banyak yg kantoi di situ kan? Heheehe.. Kenapa Watie tekan Nursery Rhyme & Nasyid Kanak-Kanak dan bukan lagu2 biasa? Sekali lagi Watie tegaskan, ia adalah cara yang paling mudah untuk mengajar anak! Jadi, anda sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan, malah tak keterlaluan Watie katakan, ANDA TIADA PILIHAN! Samada suka atau tidak, anda harus hafal lagu-lagu ini dan sering menyanyikannya dengan anak anda. Percayalah, dalam tempoh masa yang sekejap, anda dah boleh hafal dah Nursery Rhyme tu, sebab ia selalunya berulang dan tak panjang sangat pun! Mulakan dengan Nursery Rhyme yang mudah dingati dan sangat popular sepanjang zaman, - Twinkle Twinkle Little Star! Tapi pastikan nyanyi dan hafal sampai habis, bukan separuh jalan yer! Hehehe.. Then bolehlah nyanyi Nursery Rhyme yang senang2 macam Baa Baa Black Sheep, The Wheels On The Bus, One, Two Buckle My Shoe dan sebagainya. 

Kalau anda berusaha lebih sedikit, anda pasti akan jumpa sangat banyak Nursery Rhyme untuk anda nyanyikan bersama anak. Watie dulu pun memang taklah hafal sangat semua Nursery Rhyme, in fact sampai skang pun masih ada Nursery Rhyme yang Watie tak hafal, tapi harus Watie akui, tuntutan kerja Watie memerlukan Watie tahu banyak lagu untuk dinyanyikan di kelas Playgroup, jadi Watie merasakan ia satu cabaran yang sangat menyeronokkan. Proses menghafal lagu merupakan satu cabaran yang sangat Watie enjoy. It makes my brain work faster! Ditambah lagi, kita harus jadi lebih kreatif dan inovatif untuk menjadikan lagu tersebut satu lagu yang menyeronokkan untuk dinyanyikan bersama anak-anak. Kalau tak percaya, cubalah anda try nyanyi lagu2 baru, yang tak pernah anda nyanyi sebelum ni. Memang best! 

Dalam video di bawah, Watie nyanyi lagu Nursery Rhyme - Shoo Fly Dont Bother Me masa kami bercuti ke Phuket baru-baru ni. Hari asyik hujan sepanjang 4 hari kami di sana, nak jalan2 pun tak boleh, so banyak lepak bilik jer. Anak-anak bosan dan Watie pun bosan. So, menyanyi adalah salah satu cara untuk kami menggembirakan hati masing-masing, Hehehe.. Both Q's sangat suka lagu ni dan bila tgk mereka berjoget2 kegembiraan dan mula menghafal lagu tersebut serta menyanyi bersama, ia satu kejayaan bagi Watie. Kalau dengar betul2, uols boleh dgr yang Zayra turut menyanyi bersama (bhg I feel..I feel tu.) Keletah sungguh! Siap cakap "Adoiii!" bila dia tergolek kat atas katil tuh! Hehehe.. Malah, video nih bergerak2 dan lari sana sini sebab dia tgh berebut nak amik Ipad Watie tu lah. :) Kakak dia rilek jer nak joget & nyanyi, tapi Zayra yang hover tau! Tak padan baru nak masuk 18 bulan time tu. Hehehehee..Memang Watie akui, Nursery Rhyme banyak bantu Zayra untuk bercakap. Her development is so tremendous :) Alhamdulillah. Watie dapat rasakan yang Allah SWT bagi banyak kelebihan pada Zayra- dari segi otak dan  mulutnya berbanding sedikit kekurangan di tangan kanannya itu.:) Seriously, sometimes Watie lupa pasal tangan kanan tu kerana Zayra terlalu aktif dan boleh lakukan hampir kesemua apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak sebaya normal yang lain, malah kadang-kadang lebih lagi, menyebabkan Watie sangat kagum dengan semangat dan kecekalannya. Semoga dia akan kekal begitu hingga besar nanti. Insya Allah. :)

So, to all parents out there, try your best untuk hafal sebanyak mungkin Nursery Rhyme dan cuba menyanyi dengan anak okeh! Ada banyak video di You Tube dan kalau anda nak yang berkualiti, gambar dan suaranya jelas dan tak crack, kena rajin cari VCD2 yang bagus. Di GBOB pun ada Watie jual, tapi selalu habis stok. Ekekekek.. :) Satu tips dari Watie - pastikan VCD yang anda mahupun anak anda dengar itu accentnya bagus . Jangan sebab murah, anda beli dan lepas tuh, bunyinya ada telor @ bunyi Cina. Watie perasan ada banyak VCD macam tu, memang tak syok dengar dan tak bagus juga anak dengar, sebab ia akan mempengaruhi bunyi accent mereka bila mereka pandai bercakap nanti. Sama juga kalau beli VCD @ CD Al-Quran cthnya Juzuk Amma utk anak-anak dengar. Kalau dapat yang dari Tanah Arab punya bacaan tu, memang best! Macam yg kawan Watie- Zaidathul Akma recommend - Adik Ahamd Saud dari Arab atau Adik Muhammad Taha Bajunid dari Malaysia. :) Sapa yang ikuti blog ni dari awal, pasti tahu, itulah yang selalu Watie tekankan kan? :) Pada Watie, pencarian VCD ni kan, macam kita nak cari isteri atau suami lah kekdahnya! Hahahahaa.. Nak kena cari betul2, sungguh-sungguh, hati-hati, salah pilih habislah nanti. Sendiri rugi. Ekekekeke.. Sebab tu, bila Watie jumpa yang bagus, Watie suka recommend, tapi kesian jugak kat parents, sebab dorang tak tahu mana nak cari dan minta bantuan Watie. Macam contoh- Mothergoose Club yang Watie rekomen dalam entry INI, ramai minta Watie  tolong belikan tapi this time I cant help, sebab Watie pun beli online sempena birthday Qarissa, dan duit dalam Pay Pal pun taklah banyak mana kan. Memang tak apat nak tolong dari segi tu. :) Sorry pada semua yang pernah mintak Watie tolong coz I cant help it. :( 

Insya Allah, dari masa ke semasa, ada apa2 product yang bagus, yang Watie jumpa, nanti Watie recommend kat blog ni okeh .:) Skang ni memang ada produk yang Watie tengah aim, tapi tak berani nak komen sebab Watie belum try, but look so promising tapi harganya mak aiiii.... kalau combine siri-siri yang ada, boleh beli Little Reader satu lagi nokss! Hu hu hu .. Tapi tu lah, tengah berkira2 lagi nak beli atau tidak. :) If dah beli, dah test, baru leh komen dan rekomen. Kan best kalau ada org nak bg Watie try produk education dorang for free dan mintak komen. Ekekeke..Jimat sket duit yerk? Hahahahhaa.. Oklah friends, kita jumpa lagi di entry akan datang okeh. Selamat menghafal Nursery Rhyme yer! Hehehe..

Our activity during vacation @ Phuket. Shoo Fly Dont Bother Me Song!

post signature

post signature

No comments: