Salam Akhir tahun buat semua!. Waduhhhh.. teruknya sibuk saya ni ha ...! Satu entry dalam sebulan jer yg saya mampu buat dalam bulan December nih? Aduiii... Bila saya jenguk blog sendiri, rasa kesian pun ada. Hahahaha... Awatlah lompong jer takder entry Watie oi... hu hu ..sadis btol lah ..dari hari ke sehari nak capture gambar bilik Montessori Apparatus yg ada kat bilik anak2, tapi tak sempat2. Insya Allah, azam tahun baru nanti, saya nak amik gambar tuh suma, pastu cari masa untuk membebel dan bgtau kegunaan suma barang2 tuh ok? Ramai yang tunggu dan minta, saya tahu, tapi sorry lah sgt .. saya kesuntukan masa sebenarnya. Banyak sgt yg saya kena buat sebagai persediaan menyambut tahun baru. Kapasiti saya sebagai guru, usahawan, isteri dan ibu sememangnya menuntut perhatian yang bukan sedikit. Kelam kabut dibuatnya. Dengan anak kecil yang juga perlukan perhatian lebih, dengan Daddynya yang juga nak perhatian (ekekekke....) tak cukup tangan saya dibuatnya .. Tapi saya suka juga kesibukan ini, menyedarkan saya yang hidup ini sgt singkat untuk kita asyik mengeluh dan merungut. Melihat anak-anak saya membesar bagai johan dengan bijak dan bergurau senda sesama mereka membuatkan saya rasa sangat bahagia menjadi ibu mereka. :)
Apa yang saya nak kongsi di hari Jumaat, Penghulu segala hari di akhir tahun tahun 2011 nih? Saya nak kongsikan dengan anda semua kisah saya yang sudahpun diterbitkan di Majalah PaMa keluaran Januari 2012. Dah ada dipasaran pun kisahnya. Excited sungguh bila tgk gambar-gambar yang sungguh cantik tuh! Comel sungguh Zayra dan Qarissa dalam Majalah tu. Saya secara peribadi nak ucapkan terima kasih pada Kak Ita dari Majalah PaMa yang sudi menemuramah saya untuk ruangan KISAH MAMA. Saya rasa terharu dan rasa dihargai bila saya dipilih untuk menjadi personaliti dalam Kisah Mama yang pertama untuk tahun 2012 nih. Semoga ianya menjadi batu tanda positif dalam hidup saya di tahun 2012 nanti. Insya Allah, Amin. :)
Untuk siapa yang belum beli Majalah PaMa bukan Januari 2012, bolehlah cepat2 beli yer. :) Gambar baby Aisy yg comel sesangat tgh lena diulit intan! Heheheh.. Ni dia muka depannya. :)
Majalah PaMa edisi tahun baru 2012. Comel kan baby ni? :)
Dan, jangan lupa selak muka surat 66 dan 68 untuk baca KISAH MAMA a.k.a kisah saya dan anak-anak yer. Semoga ia memberikan semangat dan inspirasi pada mereka yg sedang mengandung dan ada anak kecil :) Insya Allah. Untuk anak-anak murid Teacher Watie, memang wajib kena beli, kalau tak dapat datang kelas tuh @ lama tak jumpa Teacher, Mommy leh tunjuk muka cun Teacher Watie, manalah tahu anak leh happy sikit kan? Hahhaha.. Teacher Watie ada kt umah kekdahnya! Ekekekke...
Ms 66, KISAH MAMA @ Majalah PaMa Jan 2012
Ms 68, KISAH MAMA @ Majalah PaMa Jan 2012
Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 pada semua pembaca setia blog Genius Baby On Board dan Genius Qarissa. Semoga tahun baru ini akan memberikan seribu satu rahmat buat kita dan seluruh keluarga. Saya secara peribadi ingin meminta ampun dan maaf jika selama saya berurusan dengan anda semua di tahun 2011 ini, ada yang rasa kurang senang, tidak puas hati atau apa sahaja rasa yang negatif dan tidak enak ketika kita berurusan. Semoga saya dan perniagaan ini akan menjadi lebih baik di tahun 2012. Insya Allah. Amin. Selamat bercuti semua. :) *hugs and kisses*
No comments:
Post a Comment